buletin jakim november 2010

Page 1

• TAHUN 21 • BILANGAN 137

• NOVEMBER 2010 • ZULKAEDAH – ZULHIJJAH 1431 H

Tilawah al-Quran

Saudara Muslim 2010 PERCUMA

www.islam.gov.my

buletin jakim_nov 2010.indd 1

1/25/11 12:47 PM


Meja Pengarang Sidang Redaksi PENAUNG Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia PENASIHAT Mohd Noor Abd. Hamid Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim KETUA PENGARANG Mohamad Saari Pengarah Bahagian Penerbitan PENGARANG Mohd Yusof Sham PENOLONG PENGARANG Mohd Firdaus Mohd Suhani JURUFOTO Jamal Ibrahim PENGEDAR Unit Edaran Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya ATUR HURUF / REKA BENTUK Visual Print Sdn. Bhd. Percetakan Visual Print Sdn. Bhd.

P engorbanan da l a m berk hi d m at

S

aban tahun sambutan Aidiladha kita digesa untuk menghayati konsep pengorbanan, dan melaksanakan ibadah korban sekiranya mempunyai kemampuan. Banyak kisah yang boleh dijadikan telah dan motivasi para nabi dan kaum terdahulu bagi membuktikan rasa ketaatan dan kehambaan kepada Allah SWT. Kita mungkin biasa mendengar kisah pengorbanan agung Nabi Ismail dan bapanya, Nabi Ibrahim AS, serta pengorbanan kaum Muhajirin dan Ansar dalam peristiwa Hijrah besar umat Islam dari Mekah ke Madinah. Bahkan perjalanan hidup Nabi Muhammad dan para sahabat penuh dengan cabaran dan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan kekuatan rohani dan jasmani, yang mana kita bukan sahaja menghayati konsep pengorbanan sahaja, namun melaksanakannya dengan tulang dua kerat. Kita mungkin tidak mampu menandingi pengorbanan hebat yang dilakukan oleh mereka, namun perlu berusaha melakukan pengorbanan mengikut konteks di mana kita berada. Sebagai penjawat awam contohnya, pengorbanan boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek seperti berkorban tenaga, masa, emosi dan harta benda demi melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, lebih-lebih lagi kita yang bertugas di agensi yang membawa panji Islam. Kadangkala kita perlu balik lewat bagi menyiapkan tugasan, melaksanakan tugasan di rumah, menggunakan peralatan peribadi dan ada kalanya terpaksa berada di pejabat pada hujung minggu. Walau bagaimanapun, pengorbanan yang dilakukan perlu seimbang dengan tanggungjawab dan peranan kita terhadap keluarga. Pengorbanan seperti ini perlu disertakan jiwa yang cekal serta keikhlasan yang tinggi, supaya ia tidak sia-sia. Diri yang disemai dengan jiwa korban menganjurkan kita mengabdikan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya. Dalam pada itu, kita perlu berusaha memperuntukkan sebahagian wang simpanan kita untuk melaksanakan ibadah korban kerana ia merupakan ibadah yang sangat dituntut pada hari raya Aidiladha. Daripada Aisyah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada amalan anak Adam pada hari Aidiladha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu terlebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Salam Aidiladha 1431H.

Kandungan Agong Rasmi Masjid al-Qurtubi

3

Kempen 1M1H di Paroi

11

Tilawah al-Quran Saudara Muslim 2010

4 5

4,000 Murid SRA Dan KAFA WP Kuala Lumpur dan Putrajaya Jayakan Majlis Khatam al-Quran Perdana

11

Majlis Menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Dan DYTM Raja Muda Perak MABIMS Ke-14 dan SOM Ke-35

5

Jelajah Bas Belia MABIMS Kukuh Hubungan Antara Negara Anggota

6

Muzakarah Dakwah di Brunei Satukan Idea Dakwah Serantau

6

ARWP di Kaherah Dirasmikan

7

Sheikhul Azhar Tawarkan Pensyarah kepada Malaysia

7

Berita Bergambar

8&9

Mesyuarat Tahunan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Wakil Persekutuan dan Negeri Kali Pertama

10

Taklimat Pindaan APD 1972 kepada Menteri di JPM dan Menteri KPDNKK

10

2

buletin jakim_nov 2010.indd 2

e-Jinayat Dilancarkan dalam Persidangan Pegawai Penguatkuasaan Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-6

12

KP Jakim Wakili Menteri dalam Konvokesyen Graduan Lepasan Universiti al-Azhar

13

Pulau Pinang Tuan Rumah Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia Retreat Hadhari Perkasa Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Perkhidmatan Awam

13

14

Tiga Wakil Malaysia Harumkan Nama Negara di Peringkat ASEAN dan Negara-Negara Pasifik

14

Penempatan dan Pertukaran Pegawai Jakim Bulan Oktober 2010

15

| November 2010

1/25/11 12:47 PM


Agong rasmi Masjid al-Qurtubi

S

eri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah berkenan merasmikan Masjid al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, sebelum menunaikan solat Jumaat bersama 2,000 jemaah di masjid tersebut pada 15 Oktober 2010.

kawasan khusus untuk pembuangan sampah,” katanya lagi. Masjid tersebut dinamakan al-Qurtubi sempena nama seorang ulama’ terkenal dari Cordova, Sepanyol, iaitu Abu Abdullah Muhammad Ibn Ahmad Ibn Abu Bakr al-Ansari al-Qurtubi atau lebih dikenali sebagai al-Imam al-Qurtubi. Al-Qurtubi merupakan seorang tokoh ulama’ yang terkenal dalam bidang fiqh, tafsir dan hadis.

Hadir sama dalam majlis perasmian berkenaan ialah Seri Paduka diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Dato’ Haji Che Mat Che Ali. Menurut Dato’ Seri Jamil Khir, Masjid al-Qurtubi dibina pada Ogos 2004 dan siap sepenuhnya April 2006 dengan kos RM7.8 juta di atas sebidang tanah seluas 2.4 ekar. “Masjid tiga tingkat itu boleh menampung sehingga 2,000 jemaah

Masjid al-Qurtubi dapat memenuhi keperluan umat Islam di sekitar Taman Sri Segambut, Taman Ceupacs, Taman Kok Doh, Taman Sejahtera, Kampung Sungai Udang, Kepong Baru dan Taman Pusat Kepong.

pada satu-satu masa, empat unit kuarters untuk pegawai dan kakitangan masjid dan sebuah

Sebelum pembinaan Masjid alQurtubi, umat Islam di kawasan sekitar Taman Sri Segambut menunaikan solat Jumaat di Surau Diniatun Nuriah, Taman Sri Segambut, yang hanya dapat menampung sehingga 500 jemaah pada satu-satu masa.

November 2010 |

buletin jakim_nov 2010.indd 3

3

1/25/11 12:47 PM


N

Tilawah al-Quran Saudara Muslim 2010

usantara Iman Sdn. Bhd. dengan kerjasama Cawangan Dakwah Bukan Islam dan Orang Asli, Bahagian Dakwah Jakim dan Islamic Outreach telah mengadakan Majlis Tilawah al-Quran Saudara Muslim 2010 di Bangunan Amphitheatre, Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 24 hingga 25 Oktober 2010. Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada orang dewasa, remaja dan kanak-kanak lelaki dan wanita telah mengambil bahagian. Tiga kategori tilawah dipertandingkan iaitu kategori terbuka (40 orang), millennium (18 orang) dan istimewa seramai (4 orang). Kategori Azan Remaja dan Putera pula disertai 28 orang peserta. Barisan panel hakim diketuai oleh Hj. Azhari Othman dan dibantu oleh Ustaz Abd. Karim Zakaria, Ustaz Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, Ustaz Hassan Fadli, Tuan Hj. Mohd Rahimi Ibrahim, Ustaz Mohd Zarifi Mohd Daud, Tuan Hj. Osman Hj. Ahmad dan Ustaz Zuhairee Mohd Yatim. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 25 Oktober di Dewan Seri Perdana Putrajaya. Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Duli yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah dan YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor; Isteri Perdana Menteri Malaysia. Hadiah telah disampaikan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pemenang menerima piala pusingan, wang sagu hati dan sijil penyertaan. Keputusan Tilawah al-Quran Saudara Muslim seperti berikut: • Johan Qari Millennium: En. Abd Razak Abdullah. • Johan Qariah Millennium: Puan Nur Afrina Heng Abdullah • Johan Qari Terbuka: En. Joha bin Amirul. • Johan Qariah Terbuka: Puan Siti Salmiah Sulong. 4

buletin jakim_nov 2010.indd 4

• • •

Johan Azan Putera: Adik Muhammad Abdullah, Johan Azan Remaja: En. Muhammad Fiqri Muhammad Fahmi Johan Kategori Istimewa; En. Abd Rahman Si Abdullah

Pada majlis itu juga En. Shakirit Govinddji Abdullah telah dipilih sebagai Tokoh Saudara Muslim Muslimin 2010 manakala Tokoh Saudara Muslim Muslimah disandang oleh Puan Noorshin Ng Abdullah. Penyampaian hadiah bagi kategori tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

| November 2010

1/25/11 12:47 PM


Majlis Menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYTM Raja Muda Perak

M

ajlis Menghadap Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan pada 5 Oktober 2010 di Istana Hinggap Seremban, Seremban, Negeri Sembilan dan Majlis Menghadap DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan diadakan pada 11 Oktober 2010 di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis tersebut diadakan bagi menyembah maklum kebawah Baginda berdua mengenai cadangan mengaktifkan semula Kolej Islam Malaya (KIM) dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Islam Diraja Malaysia. Dalam majlis tersebut baginda berdua telah memberi perkenan dan memberi sokongan padu dengan cadangan mengaktifkan semula KIM dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Islam Diraja Malaysia.

Majlis menghadap tersebut diketuai oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (Lepai), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Haji Md Noor. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam, mewakili Ketua Pengarah Jakim, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), serta pegawaipegawai Jakim dan MAIS.

MABIMS Ke-14 dan SOM Ke-35

M

esyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) ke-35 telah dihadiri oleh Delegasi empat negara anggota iaitu Negara Brunei Darussalam sebagai tuan rumah, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura pada 13 hingga 17 Oktober 2010. Mesyuarat tersebut telah membincangkan tujuh bidang kerjasama iaitu: 1. Pembangunan kehidupan beragama yang progresif melalui penghayatan syiar dakwah. 2. Peningkatan sumber daya manusia melalui sistem pendidikan Islam bersepadu dan relevan. 3. Pembasmian kemiskinan melalui pengupayaan golongan fakir miskin. 4. Pembangunan potensi belia sebagai generasi penerus. 5. Peningkatan harmonisasi sosial masyarakat melalui fahaman sidang agama dan budaya. 6. Penonjolan kefahaman dan amalan Islam di rantau mabims dan peranan mabims ke dunia luar. 7. Pembangunan umat Islam di luar MABIMS melalui program sosial dan kemanusiaan.

Dalam program bidang khas dua kertas telah dibincang iaitu Penyelarasan Rukyah dan Taqwim MABIMS dan Pengurusan Haji. Sebanyak tiga kertas cadangan telah dibentang seperti berikut iaitu, Persetujuan Pengiktirafan Barang Makanan Halal MABIMS, Mengemaskinikan Pengiktirafan Pensijilan Halal di Kalangan Negara MABIMS, dan Penetapan Tarikh dan Tempat Pertemuan MABIMS ke-15 dan Mesyuarat SOM ke-36 dan 37. Selain itu, satu kertas laporan telah dibentang mengenai perkembangan penubuhan pejabat maya (virtual office) bagi sekretariat MABIMS. Dalam program SOM / MABIMS ini turut diadakan Majlis Tilawah al-Quran peringkat kanak-kanak MABIMS. Peserta qari Malaysia telah merangkul johan, iaitu adik Ahmad Najib Dato’ Mohd Nassaruddin. Manakala qariah Malaysia telah mendapat tempat kedua, iaitu adik Nurul Ainil Syakirah Abu Hassan.

November 2010 |

buletin jakim_nov 2010.indd 5

5

1/25/11 12:47 PM


Jelajah Bas Belia Mabims

Kukuh Hubungan Antara Negara Anggota

meneruskan perjalanan ke Pontianak, Republik Indonesia. Sebelum memasuki Pontianak, para peserta dari Republik Singapura dan Malaysia berkumpul di Pejabat HIKMAH daerah Serian untuk Majlis Penyerahan Peserta BBM 2010.

P

rojek Bas Belia MABIMS (BBM) 2010 yang melibatkan seramai 32 orang peserta dari Negara MABIMS bermula pada 4 Oktober 2010 dengan tema “Meningkatkan Jati Diri Belia Islam” di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, YB Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman. Para ketua delegasi Projek Bas Belia MABIMS dari empat negara telah turut serta dalam majlis ini, seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke Sibu bersama peserta dari Brunei dan bermalam di Hotel Paramount sebelum

Peserta BBM 2010 menginap di Hotel Grand Mahkota, Pontianak sepanjang program di sana iaitu dari 5 hingga 8 Oktober 2010. Satu projek kemanusiaan turut dilaksanakan semasa BBM 2010 di Pontianak ini dengan mengadakan lawatan dan juga kerja-kerja bakti mengecat bangunan Madrasah Al-Ihsan yang turut disertai oleh para pelajar madrasah berkenaan. Perjalanan BBM 2010 diteruskan ke Kuching, Sarawak bermula 8 hinnga 12 Oktober 2010. Antara program dijalankan ialah lawatan ke Kampung Budaya Sarawak di Santubong, lawatan ke NGO HIKMAH dan Majlis Penyerahan Rasmi Plak BBM daripada pihak Malaysia kepada Negara Brunei Darussalam selaku tuan

rumah bagi BBM 2010 yang bertempat di Hotel Grand Margherita, Kuching. Plak tersebut telah disampaikan oleh YDP Majlis Agama Islam Sarawak, YBhg. Datu’ Putit Mohd Zain. Seterusnya BBM 2010 meneruskan perjalanan ke Negara Brunei Darussalam. Program BBM di Negara Brunei Darussalam berlangsung dengan meriah dan sangat menggalakkan serta mendapat liputan meluas dari pihak media negara Brunei Darussalam. Dengan adanya projek khas iaitu projek kemanusiaan yang julung kali dilaksanakan di Pontianak Indonesia dan juga kunjungan muhibah bersama masyarakat di Negara Brunei Darussalam telah merancakkan lagi BBM 2010 dan humanitarian project ini sewajarnya menjadi agenda wajib dalam perlaksanaan BBM pada masa hadapan dalam menonjolkan peranan Bas Belia MABIMS.

Muzakarah Dakwah di Brunei Satukan Idea Dakwah Serantau

M

uzakarah Dakwah MABIMS diadakan pada 7 Oktober 2010 Brunei Darussalam. Malaysia telah menghantar seramai lima orang wakil, iaitu Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Tn. Hj. Halid Sintol, dan Pengarah Jakim Sabah, Ustaz Hj Aziz Hj. Mohamad, serta tiga orang pembentang kertas seminar, iaitu Prof. Dr. Zulkifli Ab Ghani (USIM), Mufti Negeri Sarawak, SS Tn. Hj. Kifli Yasin, dan Tn. Hj. Abu Hurairah Abd Rahman dari USIA. Terdahulu, pada 5 dan 6 Oktober 2010, telah diadakan Seminar Pengurusan Dakwah MABIMS dengan tema “Bidang Strategik Pembinaan Kehidupan Beragama yang Progresif Melalui Syiar Islam dan Dakwah” di Dewan Persidangan Pusat Dakwah Islamiah Negara Brunei Darussalam. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei, YB Pengiran Datuk Seri Setia Dr. Haji Mohanad Pengiran Haji Abd. Rahman. Sebanyak tujuh kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar berkenaan. Antaranya kertas perdana (utama) yang dibentangkan oleh Datin Paduka Dayang Hajah Zasia Sirin dari Negara Brunei bertajuk “Pengurusan

6

buletin jakim_nov 2010.indd 6

Dakwah dalam Konteks Negara Brunei Darussalam,” “Pengurusan Dakwah di Malaysia: Kajian Terhadap Cina dan Orang Asli di Malaysia” oleh Prof. Dr. Zulkifli bin Abd Ghani (USIM), dan “Dakwah dalam Konteks Masyarakat Majmuk dan Negara Sekular” oleh Ustaz Mohd Ali Atan dari Singapura. Seminar dan muzakarah tersebut telah berjaya menghasilkan beberapa resolusi dan draf dan pelan tindakan (rangka kerja) untuk dilaksanakan oleh negara MABIMS. Resolusi dan pelan tindakan berkenaan akan dibentangkan dalam mesyuarat SOM dan Mesyuarat Menteri-menteri Agama MABIMS.

| November 2010

1/25/11 12:48 PM


ARWP di Kaherah Dirasmikan

N

asib para pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir kini semakin mendapat perhatian apabila bangunan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) di Bandar Nasr di Kaherah dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) di Dewan Sri Putra ARWP pada 7 Oktober 2010.

ARWP dibina oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kos kira-kira RM11 juta. Bangunan lapan tingkat mengandungi 10 unit rumah pelajar itu mampu menampung 105 penghuni iaitu 63 katil untuk wanita dan 42 katil untuk lelaki pada sesuatu masa. Ia memulakan operasinya pada 10 Mac 2009.

Sebanyak RM3.58 juta lagi adalah biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang kepada 97 pelajar dan bantuan aktiviti kepada Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan sebanyak RM16,000. Setakat September lalu, terdapat 444 pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir yang majoritinya iaitu 159 orang berada di Kaherah.

Pada majlis yang sama, Dato’ Seri Jamil Khir turut menyampaikan cek bantuan kepada 343 pelajar dalam bentuk biasiswa dan bantuan am pelajaran. Ia meliputi bantuan am pelajaran kepada 256 pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir sebanyak RM3.25 juta termasuk bantuan yuran pengajian kepada 101 pelajar perubatan dan pergigian.

Dalam perkembangan berkaitan, menteri memberitahu, MAIWP melalui Yayasan Taqwa turut membiayai 14 pelajar dalam bidang muamalat dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (ARB). Tajaan itu mulai tahun 2009 sehingga tahun 2014 melibatkan belanja keseluruhannya sebanyak RM700,000.

Sheikhul Azhar Tawarkan Pensyarah Kepada Malaysia

U

niversiti al-Azhar menawarkan khidmat pakar yang terdiri daripada tenaga pensyarah untuk membantu Malaysia meningkatkan lagi tahap kecemerlangan umat Islam. Tawaran itu disampaikan oleh Sheikul Azhar; Prof. Dr. Sheikh Ahmed Tayyeib dalam pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) pada 8 Oktober lalu. Dato’ Seri Jamil Khir berkata, tawaran oleh universiti tersohor dalam pengajian Islam itu juga adalah sebagai menghargai hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama. “Antara bidang yang kita fikir perlu ialah seperti qiraat untuk memantapkan lagi program ijazah di Universiti Sains Islam Malaysia dan juga Darul Quran, bidang bahasa Arab dan juga kewangan Islam,” katanya yang dalam lawatan kerja lima hari ke Mesir. Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Dr. Ahmed Tayyeib di pejabatnya. Dalam pertemuan selama kira-kira setengah jam itu, Dato’ Seri Jamil Khir turut menyatakan penghargaan terhadap Universiti al-Azhar yang telah membantu melahirkan ramai ulama terkemuka Malaysia.

Menurut Sheikhul Azhar lagi, pihak universiti bersetuju untuk menawarkan kepada Malaysia tanah seluas 160,000 meter persegi untuk dibangunkan sebagai penempatan asrama para pelajar di kampus utamanya.

Kunjungan hormat oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 30 September 2010 yang lalu adalah sebagai memenuhi arahan kabinet agar Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dapat mengatur lawatan kunjung hormat ke pejabat Sheikhul Azhar dalam usaha memenuhi keperluan Jakim.

Sepanjang lawatan di Mesir, Dato’ Seri Jamil Khir turut menghadiri Majlis Semarak Syawal di Kaherah dan Iskandariah yang terletak 210 kilometer dari Kaherah. Turut hadir Ketua Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz, bekas Duta Malaysia di Kaherah, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir dan Pengerusi Amanah Raya Berhad, Datuk Dusuki Ahmad.

Sheikhul Azhar juga telah bersetuju pada dasarnya untuk menghantar 10 orang pakar dalam pelbagai bidang. Mereka sendiri akan menanggung segala perbelanjaan berupa gaji dan penerbangan manakala pihak Jakim hanya perlu menyediakan tempat tinggal sahaja.

November 2010 |

buletin jakim_nov 2010.indd 7

7

1/25/11 12:48 PM


B

e

3

r

i

1

2

8

buletin jakim_nov 2010.indd 8

B

e

4

5 1. Kunjungan Hormat KP Jakim ke atas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 20 Oktober 2010 di Pejabat KPPA, Parcel C, Putrajaya. 2. Kumpulan Nasyid Jakim telah dinobatkan sebagai naib johan dalam Festival Nasyid Peringkat Kementerian di Auditorium Blok B, Jabatan Perdana Menteri pada 14 Oktober 2010. 3. Program Lawatan dan Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim anjuran Masjid Negara di Asrama Darul Falah (Asdaf), Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2010. 4. Perjumpaan dan Ramah Mesra Bersama Saudara baru bertempat di 1 Borneo Grand Ballroom, Kota Kinabalu pada 9 Oktober 2010. 5. Lawatan Muhibah Jabatan Mufti Pulau Pinang ke Bahagian Perancangan & Penyelidikan Jakim pada 12 Oktober 2010. 6. Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2010 anjuran Darul Quran Jakim di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur, Besut, Terengganu pada 13 hingga 15 Oktober 2010.

t a

6

8 7. Ziarah Mahabbah ke Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut, Papar pada 13 Oktober 2010. 8. Program Iqra’ anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia dan Jakim pada 23 Oktober 2010 di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya. 9. Program Pembangunan Komuniti Masyarakat di Kampung Betanak Pulau Bruit, Daro pada 21 hingga 24 Oktober 2010. 10. Perjumpaan Ketua Pengarah Jakim bersama pegawai dan kakitangan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur pada 26 Oktober 2010 di ILIM Wilayah Timur, Besut, Terengganu.

7

9

10

| November 2010

1/25/11 12:48 PM


e

r g a

m

b a

11

r

12

13

14

16

15 17

18

20

19 11. Lawatan Integrasi Dakwah MAIK ke Jakim Cawangan Sabah pada 14 Oktober 2010. 12. Program Qiyamullail Saudara Muslim Siri IV anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 dan 10 Oktober 2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 13. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Perkahwinan Orang Asli Pos Sg. Rual, Jeli, Kelantan pada 9 Oktober 2010. 14. Kursus Tahsin Solat dan Tahsin Quran di PPA Pada 28 hingga 30 September 2010 di PPA Jakim, Jelebu.

15. Bengkel Psikopendidikan anjuran JKM dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada 29 September 2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 16. Persidangan Pengetua-pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan kali ke-21 telah diadakan di Hotel Naza Talyya, Tanjung Tokong, Pulau Pinang pada 27 hingga 29 September 2010. 17. Program Kapsul Solat anjuran bersama antara Kelab Rukun Tetangga Guchil Luar, Kuala Krai dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 hingga 29 September 2010. 18. Jakim ziarah Pusat Perlindungan Remaja, Kem Bina Insan (KEWAJA) di Perak pada 23 dan 29 September 2010. 19. Seminar HIV/AIDS & Pameran di KD Pelanduk dalam Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Lumut pada 16 Oktober. 20. Forum Perdana Ehwal Islam sempena Seminar HIV/ AIDS & Pameran di Perkarangan Masjid al-Nur TLDM Lumut pada 16 Oktober 2010. November 2010 |

buletin jakim_nov 2010.indd 9

9

1/25/11 12:48 PM


Mesyuarat Tahunan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Wakil Persekutuan dan Negeri Kali Pertama

P

ejabat Penasihat Undang-Undang Jakim selaku urus setia dengan kerjasama Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Mesyuarat Tahunan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Wakil Persekutuan dan Negeri Kali Pertama pada 5 Oktober 2010 bertempat di Aras 4, Dewan Persidangan, Mahkamah Syariah, Putrajaya. Mesyuarat julung kali ini merupakan idea yang dicetuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) semasa mempengerusikan retreat yang melibatkan 12 buah agensi di bawah beliau yang diadakan pada 17 hingga 19 Februari 2010 di Awana Hotels & Resorts, Genting Highlands, Pahang. Mesyuarat tahunan yang dihadiri 82 orang ahli ini telah membincangkan hal-hal berkaitan perundangan Islam masa kini. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz, dan Tan Sri Sheikh Ghazali Abd Rahman, Penasihat Perundangan Syariah (Seksyen Syariah), Jabatan Peguam Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak/Sivil serta ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak/Sivil.

Taklimat Pindaan APD 1972 kepada Menteri di JPM dan Menteri KPDNKK

B

ahagian Hab Halal telah mengadakan Majlis Taklimat Akta Perihal Dagangan 1972 (APD 1972) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 5 Oktober 2010 di Dewan Syura Jakim. Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan kepada kedua-dua menteri tersebut mengenai persediaan yang perlu dibuat dan kesan yang akan dihadapi oleh Bahagian Hab Halal apabila pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 diwartakan kelak. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Undang-undang KPDNKK, Bahagian Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara, Bahagian Undangundang Jakim dan Bahagian Hab Halal Jakim. Kedua-dua menteri bersetuju kerjasama ini perlu diteruskan demi untuk menjamin penguatkuasaan halal dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Melalui pindaan tersebut secara jelas Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri akan menjadi badan berkuasa berwibawa untuk melaksanakan pensijilan halal di Malaysia. 10

buletin jakim_nov 2010.indd 10

| November 2010

1/25/11 12:48 PM


Kempen 1M1H di Paroi

N

egeri Sembilan dipilih sebagai destinasi terakhir tahun 2010 untuk mengadakan Kempen 1Malaysia 1Halal (1M1H) pada 15 hingga 17 Oktober 2010. Kempen edisi ke-4 tersebut diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jakim dan akhbar Kosmo! sebagai media rasmi. Negeri Sembilan yang terkenal dengan pelbagai adat istiadat ini berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah merasmikan Kempen 1M1H pada kali ini. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memanipulasi pensijilan halal demi meraih keuntungan. Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pengusaha yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Tn Hj. Abdul Halid Sintol, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Encik Johani Hassan dan Pengarang Kosmo!, Encik Baharom Mahusin. Kempen 1M1H menjadi platform bagi melonjakkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penggunaan produk halal sekali

gus mengembangkan industri halal Malaysia ke peringkat global. Selain itu, kempen berkenaan juga dapat memberi ruang dan peluang kepada pengusaha produk halal memperkenalkan barangan halal bukan sahaja berkaitan makanan bahkan produk kecantikan dan kosmetik. Antara aktiviti menarik pada kempen kali ini ialah seminar halal, klinik usahawan, sesi jaringan perniagaan, pemeriksaan kesihatan, klinik al-Quran, permainan tradisional, pertandingan bercerita, forum perdana, festival nasyid, dekorasi kek, malam ukhuwah dan pameranpameran keusahawanan daripada lebih 70 pengusaha yang mengambil bahagian. Jakim diwakili oleh Bahagian Hab Halal, Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Penerbitan.

4,000 Murid SRA Dan KAFA WP Kuala Lumpur dan Putrajaya Jayakan Majlis Khatam al-Quran Perdana

J

abatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran Perdana Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran & Fardhu Ain (KAFA) 2010M/1431 pada 30 September 2010 di Dewan Solat Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang bertemakan “Al-Quran Menjana Generasi Berilmu” itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. Turut hadir Pengarah Jawi, Dato’ Haji Che Mat Che Ali. Majlis ini merupakan majlis kali ketiga dianjurkan oleh Jawi sejak tahun 2008.

Majlis ini telah berjaya menghimpunkan seramai 4,000 orang murid SRA dan KAFA sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara objektif program ini diadakan ialah memberi peluang kepada murid SRA dan KAFA menunjukkan kebolehan mereka memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada ibu bapa, guru, rakan dan masyarakat umum, membuktikan keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan kurikulum Tilawah al-Quran di SRA dan KAFA, dan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid SRA dan KAFA yang telah berjaya khatam al-Quran.

November 2010 |

buletin jakim_nov 2010.indd 11

11

1/25/11 12:48 PM


S

e-Jinayat Dilancarkan dalam Persidangan Pegawai Penguatkuasaan Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-6

atu sistem web penguatkuasaan dan pendakwaan syarie yang dinamakan sistem e-Jinayat telah dilancarkan. e-Jinayat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dalam Majlis Perasmian e-Jinayat dan Persidangan Pegawai Penguatkuasaan Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia kali ke-6 yang berlangsung di Permaisuri Resort Port Dickson, Negeri Sembilan pada 4 Oktober 2010.

Sembilan, Tuan Mamat Haizan Salleh, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Jakim, Tuan Haji Razali Sahabuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, En. Yahya Md. Zain, dan Mantan Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim, Tuan Haji Abdul Latif Ibrahim.

Persidangan yang bertemakan “Ke Arah Penjabatanan Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan Syariah Negeri Seluruh Malaysia” itu telah disertai oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia. Persidangan ini telah membincang dan mengetengahkan beberapa isu berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan dalam bentuk pembentangan kertas kerja dan forum.

Laman web e-Jinayat yang khusus untuk Pegawai Penguatkuasaan Agama dan Pendakwa Syarie ini meliputi proses kerja penguatkuasaan dan pendakwaan di ibu pejabat dan daerah. Terdapat dua modul utama dalam e-Jinayat ini, modul pertama Modul Penguatkuasaan yang berkaitan dengan penerimaan maklumat, risikan, pencegahan, tangkapan dan siasatan. Manakala modul kedua adalah Modul Pendakwaan yang bermula dengan penerimaan dan pendaftaran fail siasatan, penyelidikan fail kes untuk pendakwaan, prosiding pertuduhan dan perbicaraan serta merekod keputusan pembicaraan.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz, Penasihat Perundangan Syariah (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tuan Johani Hassan, Ketua Pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah Negeri

Antara modul lain yang terkandung dalam sistem e-Jinayat ini ialah Modul Aduan, Modul Carian/Kronologi, Modul Laporan dan Modul Pentadbiran. Sistem ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan mempermudahkan urusan dalam pelbagai aspek seperti capaian, penyimpanan, penyenaraian, penyediaan laporan dan analisis.

12

buletin jakim_nov 2010.indd 12

| November 2010

1/25/11 12:48 PM


K

etua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) dalam Majlis Konvokesyen Bersama Graduan Lepasan Universiti al-Azhar pada 10 Oktober 2010 yang lalu.

KP Jakim Wakili Menteri dalam Konvokesyen Graduan Lepasan Universiti al-Azhar

Dalam ucapan Dato’ Haji Wan Mohamad telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak al-Azhar kerana telah menghadiahkan tanah untuk dijadikan penempatan pelajar Malaysia di Mesir serta kesudian Sheikh al-Azhar menguar-uarkan 10 orang tenaga profesional dalam pelbagai kepakaran dari al-Azhar untuk dihantar berkhidmat di Malaysia. Jumlah pelajar Malaysia yang belajar di Mesir pada ketika ini mencecah lebih dari lapan ribu orang pelajar.

dan menentang kekerasan dan penyelewengan,” kata Sheikh al-Azhar dalam ucapannya.

“Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai pegangan dalam perlaksanaan pentadbiran. Sebagai seorang pelajar al-Azhar hendaklah berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa oleh al-Azhar sejak dahulu lagi di mana sentiasa menegakkan kebenaran agama Islam

Ujar beliau lagi, “Kepada mereka yang pulang dan dapat memegang jawatan dalam pelbagai sektor hendaklah sentiasa ingat bahawa meraka merupakan penyambung lidah al-Azhar dalam usaha menyampaikan dan menyebarkan dakwah kepada masyarakat.”

Sheikh al-Azhar turut meninggalkan beberapa nasihat dan amanat kepada para pelajar antaranya, para graduan digesa untuk terus menimba ilmu ke peringkat Master dan PhD walaupun telah tamat pengajian di peringkat Ijazah di samping memperbaiki bacaan al-Quran demi kebaikan pada masa akan datang.

Pulau Pinang Tuan Rumah Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia

Persidangan ini sentiasa memberi perhatian yang serius dalam memastikan pengurusan dan penyelarasan institusi fatwa sentiasa dikemas kini dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa, selain daripada memastikan koordinasi antara Kerajaan Pusat dan Jabatan/Pejabat Mufti seluruh negeri sentiasa dilaksanakan secara menyeluruh.

P

ada 6 hingga 8 Oktober 2010 Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim telah mengadakan Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia bagi kali ke-6 bertempat di Hotel Bayview Georgetown, Pulau Pinang. Persidangan kali ini telah dihadiri oleh SS para mufti, timbalan-timbalan Mufti, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Penasihat Undangundang dan Pengarah Penyelidikan Jakim serta Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim selaku setiausaha.

Beberapa kertas kerja telah dibentang untuk pertimbangan dan persetujuan persidangan kali ini, antaranya ialah “Cadangan Mewujudkan Garis Panduan Penetapan Hukum/Fatwa Oleh Pihak Berkuasa Fatwa Negeri,” “Cadangan Penyelarasan Program Waktu Solat Negeri-Negeri di Malaysia,” “Laporan Kedudukan Terkini Penstrukturan Semula Organisasi Jabatan-jabatan Mufti Seluruh Malaysia” dan kertas kajian daripada Universiti Utara Malaysia mengenai isu “Baitulmal Negara: Keperluan dan Tuntutan Kepada Masyarakat Islam di Malaysia.” Pada Persidangan kali ini juga, Pelan Strategik Jabatan-jabatan Mufti Seluruh Malaysia 2010-2014 yang merupakan hasil usaha bersama Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim dengan Jabatan-jabatan Mufti seluruh negeri telah dilancarkan oleh Timbalan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim pada 8 Oktober 2010. Pelan Strategik yang menggariskan hala tuju dan rangka kerja Jabatan-jabatan Mufti bagi tempoh lima tahun ini telah digubal dengan mengambil kira peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh Jabatan Mufti dalam menangani isu-isu dan cabaran semasa yang sedang dihadapi oleh umat Islam. November 2010 |

buletin jakim_nov 2010.indd 13

13

1/25/11 12:48 PM


Retreat Hadhari Perkasa Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Perkhidmatan Awam

“S

Penyelarasan Program Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI), Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) dan Pendekatan Hadhari (PH) Kementerian yang berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2010 di ILIM Wilayah Timur, Besut, Terengganu.

ebagai Duta Jakim di peringkat kementerian dan negeri, anda mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan. Di samping itu, harus disedari bahawa imej dan reputasi Jakim di luar organisasi adalah bergantung kepada prestasi dan kecemerlangan kita dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian, saya menyarankan agar kita mengambil pendekatan yang inovatif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di peringkat kementerian dan kegeri.”

Retreat pada kali ini bertujuan untuk menyelaras dan memfokuskan hala tuju pelaksanaan program pada tahun hadapan dengan menggabungkan pelaksanaan dasar PNI, PIPA dan Pendekatan Hadhari di samping menggunakan pendekatan wasatiyyah selaras dengan semangat Gagasan 1Malaysia 1Ummah.

Demikian antara amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dalam Retreat

Antara resolusi yang dicapai dalam retreat pada kali ini ialah memperkasakan pelaksanaan PNI, PIPA dan PH, dengan mengadakan satu

Persidangan Pegawai-pegawai Kader Hal Ehwal Islam Jakim yang ditempatkan di seluruh kementerian, jabatan dan negeri. Ia bertujuan untuk menyusun, menyelaras dan menentukan hala tuju pelaksanaan program yang lebih jelas, strategik dan berkesan.

Tiga Wakil Malaysia Harumkan Nama Negara Di Peringkat ASEAN Dan Negara-Negara Pasifik

M

alaysia berbangga atas kejayaan tiga peserta hafazan Malaysia yang mewakili negara ke Prince Sultan Abdul Aziz Al-Saud Competition on the Memorization of Quran and Sunnah for ASEAN and Pacific Countries pada 30 September hingga 4 Oktober 2010 di Jakarta, Indonesia.

Jakim mengucapkan jutaan tahniah kepada wakil Malaysia dan berharap peserta-peserta Malaysia yang akan mewakili negara di peringkat antarabangsa pada masa hadapan akan terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama negara di persada dunia.

Dalam pertandingan tersebut, Encik Ahmad Mujahid Salleh Sani, berjaya merangkul naib johan bagi kategori 30 juzuk. Beliau membawa pulang hadiah 15,000 Riyal Saudi berserta pakej menunaikan haji. Bagi kategori 20 juzuk, Encik Muhammad Ezmir Kushairy Roslee memenangi tempat ketiga dengan hadiah 11,000 Riyal Saudi berserta pakej menunaikan haji, manakala bagi kategori 10 juzuk, Encik Muhammad al-Nawawi Borhan turut memenangi tempat ketiga dengan hadiah 6,000 Riyal Saudi berserta pakej menunaikan haji. Majlis ini merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Jakarta bersama Jabatan Agama Republik Indonesia. Tahun 2010 ini merupakan tahun ketiga penganjurannya dan melibatkan peserta dari negara Asia Pasifik. Majlis pembukaan dirasmikan oleh Presiden Republik Indonesia, Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Presiden pada 4 Oktober 2010 dan dihadiri oleh duta-duta negara yang bertanding, Menteri Kabinet serta Hakim Mahkamah Tinggi Arab Saudi. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Menteri Agama Indonesia di Hotel Grand Melia.

14

buletin jakim_nov 2010.indd 14

| November 2010

1/25/11 12:48 PM


PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI JAKIM BULAN OKTOBER 2010 PERTUKARAN BIL.

NAMA PEGAWAI

GRED

DARI

KE

TARIKH KUAT KUASA

BIL.

NAMA PEGAWAI

GRED

DARI

KE

TARIKH KUAT KUASA

1.

SALAHUDIN BIN HAJI GHOZALI

S48

ILIM

JABATAN MUFTI PULAU PINANG

12.10.2010

8.

NAJIBAH BINTI ABDUL MUTALIB

S41

PEJABAT MENTERI

HAB HALAL, JAKIM

1.10.2010

2.

MOHAMAD HAFIZ BIN ABDUL WAHAB

S41

IPK KEDAH

JAB. HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

18.10.2010

9.

AIZAT BUKHARI BIN SALLEH

S27

PERHUBUNGAN

SECARA PENTADBIRAN DI BAH. PERHUBUNGAN

1.10.2010

3.

MIZRA HILMI BIN ABU BAKAR

S41

AADK

BAHAGIAN DAKWAH

18.10.2010

10.

MOHAMAD AIZUDDIN ANAS BIN AZIZ

S17

IKBN MIRI

JAKIM CAW. SARAWAK

1.10.2010

4.

AHMAD RIJAL BIN GHAZALI

S41

HADHARI DAN PEMBANGUNAN INSAN

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

18.10.2010

1.10.2010

11

AHMAD KAMIL BIN IBRAHIM

S17

PUSPEN MUAR

KBS

12

HAMZAH BIN DRAHMAN

S17

AADK SARAWAK

JAKIM CAW. SARAWAK

1.10.2010

5.

NURUL HAFIZAH BINTI M. MOKHTAR

S41

BAHAGIAN PERHUBUNGAN

SECARA PENTADBIRAN DI BAHAGIAN PENERBITAN

18.10.2010

13

S17

MAKTAB POLIS CHERAS

AADK

1.10.2010

6.

JAZLI AMSYAR BIN ANGKASHAH

NOR AISYAH BINTI MOHD YUNUS

S41

JAKIM CAW. SABAH

BAHAGIAN PERHUBUNGAN

01.11.2010

14

MOHD FADZLE BIN DURANIH

S17

JAWI, KL

JAKIM CAW. SABAH

1.10.2010

7.

AHMAD NAJIB BIN AHMAD JALAL

S41

PPA JELEBU

JAB. HAL EHWAL AGAMA ISLAM N SEMBILAN

25.10.2010

15

NAJMUDDIN BIN ZAKARIA

S17

JABATAN PENJARA KLUANG

PDRM

15.10.2010

PENEMPATAN BIL. 1.

NAMA PEGAWAI FADHILAH BINTI AHMAD

TARIKH KUAT KUASA

BIL.

NAMA PEGAWAI

DARI

KE

TARIKH KUAT KUASA

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

S41

LANTIKAN BARU

KESUMA

18.10.2010

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

GRED

GRED

DARI

KE

S41

BAHAGIAN PENERBITAN

BAHAGIAN PENERBITAN (JAWATAN HAKIKI)

15.10.2010

37. AZIZAH BINTI ZAINI 38. NOOR AZLINA BINTI MOHD AZIM @ EJIM 39. WHILEA IRMA BINTI NORDIN

2.

SA’ADI BIN AWANG

S41

BAHAGIAN LATIHAN

BAHAGIAN LATIHAN (JAWATAN HAKIKI)

01.10.2010

3.

MOHD SABRI BIN ABDUL RAHMAN

S41

LANTIKAN BARU

PDRM

18.10.2010

4.

NORASHIKIN BIN YAACOB

S41

LANTIKAN BARU

HAB HALAL

18.10.2010

40. AZRUL AMINUR RASHID BIN HAJI SHAHRI

5.

SHAHRUL NIZAM BIN ABU BAKAR

S41

LANTIKAN BARU

HAB HALAL

18.10.2010

41. AHMAD HAMDAN BIN RAHMAN ALI

S41

LANTIKAN BARU

BAHAGIAN PERHUBUNGAN

18.10.2010

6.

HALALADLI ZIL-IKRAM BIN MOHAMED ARIFIN

S41

LANTIKAN BARU

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

18.10.2010

42. MAS FADZLINA BINTI MOHD AZALI

S41

LANTIKAN BARU

DARUL QURAN

18.10.2010

43. RINA ARDIANI BINTI RAHMADJI

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

KHAIRUNNISA BINTI KHAYUN

S41

MOHD FAIZUL BIN MOHD AYUS

S4

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

45. NOR SAFFIYAH BINTI YAHYA

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

46 NORAIN FARIZA BINTI AB LATIP

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

47. NURUL FIRDAUS BIN RUSLI

S41

LANTIKAN BARU

JAKIM CAW. SARAWAK

18.10.2010

48. MOHAMAD LUTFI BIN JAMEL

S41

LANTIKAN BARU

DARUL QURAN

18.10.2010

49 AZIAN EZIANA BINTI AHMAD

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

50. SURIA BINTI SHAFIE

S41

LANTIKAN BARU

BAHAGIAN DAKWAH

18.10.2010

51. AHMAD YUSRI BIN ABDUL MANAP

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010.

7. 8. 9.

MOHD HAFIZ BIN ASMANI MOHD ZULRUSHDI BIN SALLEH

S41

LANTIKAN BARU LANTIKAN BARU

BAHAGIAN PERANCANGAN & PENYELIDIKAN

18.10.2010

BAHAGIAN PERANCANGAN & PENYELIDIKAN

18.10.2010

S41

LANTIKAN BARU

MASJID PUTRA

1.10.2010

10 MOHD FAIZAL BIN OMAR BAKI

S41

LANTIKAN BARU

PEJABAT PENASIHAT AGAMA ISLAM KEPADA YAB PM

18.10.2010

11 ARMI BIN HALIT

S41

LANTIKAN BARU

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

18.10.2010

12 ABU HANIFA BIN ABU MUKHTAR

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

52 NURHASANAH BINTI SHARIF

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

13 MUHAMAD FIRDAUS BIN SHAPIAN

S41

LANTIKAN BARU

SECARA PENTADBIRAN DI BPSM

18.10.2010

53 KAMARUL BAHARIN BIN SHAUDIN

N17

-

DARUL QURAN

21.10.2010

54. LATIFAH BINTI YUSOF

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

14 MOHD FAISAL BIN TAN MUTALLIB

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

55. ZAABA BIN ZAKARIA

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

15 MOHD HIDHIR BIN HAMIDON

S41

LANTIKAN BARU

SECARA PENTADBIRAN DI BPSM

18.10.2010

56 ROSNIZA BINTI SHAHIDAN

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

57. NORFARANI BINTI HARUN

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

SECARA PENTADBIRAN DI BPSM

18.10.2010

58. NORAZEAN BINTI ASHARI

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

SECARA PENTADBIRAN DI BPSM

18.10.2010

59. NORFAHMI BIN MUHAMAD ZAZLI

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

60. ABDUL WAHID BIN ISHAK

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

16. MUHAMAD ADIB BIN HATIM 17 YUZFARIMAN BIN BOHARI

S41 S41

LANTIKAN BARU LANTIKAN BARU

18. MOHD FIRDAUZ BIN MOHD SHUKRAN

S41

LANTIKAN BARU

SECARA PENTADBIRAN DI BPSM

18.10.2010

61. MOHD HAFZI BIN BRAHIM 62. NUROL KAUSAR BINTI MUSA

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

19 MOHD HARIRI BIN MOHAMAD DAUD

S41

LANTIKAN BARU

BAHAGIAN DAKWAH

18.10.2010

63. NORHAYATI BINTI SABDIN

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

20 KHADIJAH BINTI HARIRI

S41

LANTIKAN BARU

BAHAGIAN DAKWAH

18.10.2010

64. MUHD KHAIRUL HAFIZ BIN KAMIS

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

21 NADIA BINTI ABDULLAH

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

65. SITI NOR SHAHADAH BINTI ISMAIL

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

22 ABUZAR BIN ZAINUDIN

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

66. NURIMAWATI BINTI IDRUS

S41

LANTIKAN BARU

JAIS

25.10.2010

23 SITI KASMAH BINTI KASSIM

S41

LANTIKAN BARU

BAHAGIAN DAKWAH

18.10.2010

67. MUHAMMAD RIDZUAN BIN ABDUL

S41

LANTIKAN BARU

25.10.2010

24 MOHD FIRDAUS BIN ROSLI

S41

LANTIKAN BARU

DARUL QURAN

18.10.2010

JAB. HAL EHWAL AGAMA ISLAM N. SEMBILAN

68. YANG ZULHILMI BIN MOHAMAD

S41

LANTIKAN BARU

JAB. HAL EHWAL AGAMA ISLAMN. SEMBILAN

25.10.2010

69. MOHAMMAD KHALIL BIN IBRAHIM

S41

LANTIKAN BARU

JAB. MUFTI N. SEMBILAN

25.10.2010

70 MOHAMAD ZUKRILLAH BIN ISMAIL

S41

LANTIKAN BARU

HAB HALAL

25.10.2010

25 MOHD SAIFUL AZHAR BIN JAMIL

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

26 MOHD BUKHARI BIN HALIAH

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

27 MOHAMMAD AKMAL BIN ABDUL AZIZ

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

28 SITI AA’ISYAH BINTI ABDUL RAHMAN

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

71. NOR AZLIM BIN SIDEK

S41

PPA, JELEBU

PPA JELEBU (JAWATAN HAKIKI)

25.10.2010

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

72. RIDUAN BIN MOHD ROSLAN

S41

LANTIKAN BARU

INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)

25.10.2010

29 YAHYA MAHYUDDIN UTOH BIN SAID 30 MUHAMMAD TORIQ BIN YAACOB

S41

LANTIKAN BARU

DARUL QURAN

18.10.2010

31 AMIN BIN HAJI CHE MAT

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

32 MOHD ZHAFRAN HELMI BIN MOKHTARUDIN

S41

LANTIKAN BARU

AADK

33 NUR IDZHAR BIN OMAR

S41

LANTIKAN BARU

34 MOHD RAHIMI BIN P. RAMLEE

S41

35. MUMTAZAH BINTI SANUSI 36. MOHD HASSAN BIN AHMAD SALLEH

73. SITI AISHAH BINTI KAMALUDIN

S27

LANTIKAN BARU

PDRM

18.10.2010

18.10.2010

74. JAMALIAH BINTI ISMAIL

S27

LANTIKAN BARU

PDRM

18.10.2010

75. NORRASHIDAH BINTI ZUL AZMI

S27

LANTIKAN BARU

PDRM

18.10.2010

HAB HALAL

18.10.2010

76.

N27

-

ILIM

04.10.2010

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

77. KHASIAAH BINTI ISHAK

N22

-

DARUL QURAN

12.10.2010

S41

LANTIKAN BARU

JAWI

18.10.2010

78. MOHD AZLIN BIN ABU TALIB

N1

-

BKP

05.10.2010

S41

LANTIKAN BARU

JAKIM CAW. SARAWAK

18.10.2010

NURULHUDA BINTI ZUL’ ABIDIN

November 2010 |

buletin jakim_nov 2010.indd 15

15

1/25/11 12:48 PM


BUKU TERBITAN JAKIM TAFSIR AR-RAHMAN (VERSI MANDARIN – JUZ 30) Pentashih Penyemak Cetakan Pertama ISBN

: Prof Madya Haji Obeidillah bin Mohamad : Hajjah Alina Wong binti Abdullah : 2010 : 978-983-042-456-9

SINOPSIS Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran yang ditulis oleh Tuan Sheikh Abdullah bin Mohd. Basmeih dianggap kitab tafsir karya tempatan yang muktabar di Malaysia disebabkan punca-punca kajiannya daripada kitabkitab yang muktabar. Versi bahasa Mandarin yang dimulakan dengan terbitan juz 30 ini merupakan kitab terjemahannya yang kedua selepas versi bahasa Inggeris yang telah diterbitkan pada tahun 2007. Usaha terjemahan ini telah dimulakan pada tahun 2008 untuk menampung kekurangan bahan bacaan teras berkaitan Islam dalam bahasa Mandarin. Ia berjaya dilaksanakan oleh panel penterjemah daripada kalangan warga Malaysia sendiri yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Mandarin. Dengan terbitnya kitab tafsir terjemahan ini, pengguna yang menguasai bahasa Mandarin dapat menjadikannya sebagai rujukan untuk lebih mudah memahami pengertian dalam kitab suci al-Quran dan meningkatkan lagi penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Kitab tafsir terjemahan ini bukan hanya membawa manfaat kepada masyarakat negara ini sahaja, malah ia juga boleh disebarkan ke seluruh dunia. Hubungi kami dan dapatkan naskhah anda di: Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 1, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya. Tel: 03-8886 4575

DIREKTORI HALAL Direktori Halal adalah direktori yang akan memaparkan senarai pemegang sijil halal. Pengguna boleh membuat carian berdasarkan nama syarikat, produk dan brand. Direktori ini akan memaparkan hasil carian berdasarkan kategori syarikat, produk, premis makanan, menu dan rumah sembelihan. Kemudahan Senarai Dapur Hotel menyenaraikan pemegang sijil halal bagi dapur hotel. Senarai ini merangkumi sijil yang dikeluarkan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri/Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN). Pengguna boleh memilih untuk paparan berdasarkan negeri. Capaian portal Halal Malaysia melalui telefon pintar turut disediakan. Sila layari: www.halal.gov.my Bagi kemudahan pengguna mobil, semakan halal menerusi kemudahan SMS juga disediakan.

16

Format SMS semakan permohonan: HALAL<>STATUS<>No. permohonan Cth: HALAL STATUS 20091231101010 hantar ke 15888. Format SMS semakan pemegang sijil halal HALAL<>SEMAK<>No. Pendaftaran Syarikat (ROC) Cth: HALAL SEMAK 12345X | November hantar 2010 ke 15888.

buletin jakim_nov 2010.indd 16

1/25/11 12:48 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.