2 minute read

MENGAJIAL QURAN

Next Article
KESIMPULAN

KESIMPULAN

MENGAJIAL QURAN

Sebagai orang muslim, selain solat.. Mengaji adalah aktiviti keagamaan yang dilakukan. Ini kerana Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk diikuti dan dipatuhi. Tanpa Al-Quran manusia akan hilang pedoman dan akan berlakulah kerosakan yang amat dahsyat di atas muka bumi. Orang muslim wajib berpegang pada Al Quran dan sunnah. Al Quran wajib dijadikan sebagai rujukan untuk menyelesaikan segala permasalahan ia merupakan panduan hidup umat islam

Advertisement

Sejak kecil saya dan adik adik di hantar oleh ayah dan ibu ke pusat pengajian islam untuk mengaji. Kami berlima telah belajar mengaji dengan ramai guru dan setiap dari merak mempunyai gaya mengajar yang berbeza antaranya ada lebih kepada pergertian dan fahaman dan ada juga yang teknikal bermaksud mereka mementingkan gaya bacaan dan juga tajwid. Walaubagaimanapun setiap dari mereka ingin anak murid mereka menyayangi Al Quran ketika mempelajarinya. Pada mulanya saya tidak paham kenapa kami beradik diantar untuk belajar mengaji dan apa penting dan kelebihannya pada kami kerana pada masa itu kami masih muda dan mentah. Namun mengaji antara aktiviti kesukaan saya dan adik adik. Di pusat pengajian kami dapat bertemu dengan ramai orang dan kami belajar mengaji bersama

sama.

Di pusat pengajian kami diajar macam macam berkaitan islam dan amalan sebagai orang islam antaranya ialah mengaji. Kadang kadang kami berlumba lumba menghafal Al Quran dan berebut rebut ingin membacanya dulu. Namun setelah meningkat dewasa saya sedar banyak kelebihan yang saya dapati dalam mengaji Al Quran. Sejujurnya mengaji Al Quran mudah dan senang.namun untuk membacanya dengan betul adalah amat susah. Kerana ia membantu kita untuk solat. Bila solat bacaan ayat perlu sempurna teritama sekali surah Al Fatihah. Jadi kita sebagai orang islam sebaiknya belajar dan terus belajar mendalami Al Quran.

Setelah kami adik beradik khatam Al Quran, kami masih meneruskan membaca Al

Quran namun jarang dimana kami susah berkumpul kerana masing masing sibuk dengan urusan sendiri. Biasanya kami akan berkumpul dan membaca Al quran bersama, selain itu kami akan menonton youtube dalam cara cara membaca tajwid yang betul dan banyak lagi. Antara apa yang kami lakukan adalah memantau bacaaan masing masing. Kami juga akan pilih satu ayat dan baca tafsirnya. Dan yang paling kami suka lakukan ialah menyambung bacaan ayat Al Quran masing masing. Dengan membaca Al Quran dengan keluarga ini mengeratkan lagi hubungan kami. Kerana ia antara aktiviti yang kami boleh lakukan bersama sama dan membantu masing masing. Saya membaca Al Quran ini dengan harapan saya mendapat syafaatnya di akhirat kelak. Banyak kelebihan yang saya dapat antaranya ialah ketenangan. Membaca Al Quran membantu saya dalam menghilangkan segala kerisauan dan keserabutan dalam kepala akibat daripada belajar dan lain lain. Membaca Al Quran ini, tidak sama dengan buku buku lain dan belajar mengaji juga tidak sama dengan belajar ilmu lain. Dimana ilmu lain ada pertandingan dan kita perlu rebut kerana kadang kadang ia terhad pada kemampuan masing masing namun Al Quran dan mengajinya adalah untuk semua semua orang mampu mengaji. Allah menjadikan ia antara ilmu yang mudah untuk kita pelajari dan banyak kelebihannya pada kita didunia dan akhirat insyaAllah.

Kami adik beradik tengah mencari ayat yang kami rasa menarik tuk didalami pada hari tersebut.

This article is from: