2 minute read
MENGASUH
MENGASUH
Dari saya kecil satu keluarga bekerja mengasuh anak anak jiran dan juga kenalan luar, mengasuh adalah salah satu pekerjaan yang baik dimana satu pihak dipilih untuk bertanggungjawab menjaga anak pihak lain. Pekerjaan ni berlaku dimana pada ketika kami sekeluarga susah, jadi ingin mencari wang samping mak saya diminta untuk menjaga anak kawan baik yang tinggal berdekatan rumah kami. Pada mulanya kami tidak mengenakan sebarang bayaran kerana kami sekeluarga ikhlas menja bayi tu, tapi ibu bapanya masih membayar kami kerana telah menbantu dalam menjaga anaknya. Niat kami sekeluarga hanya ingin membantu sesama islam, Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
Advertisement
Mengasuh ini Ada yang secara sah dengan mewujudkan taska, dan ada juga yang tidak sah dimana ini bermaksud yang dijaga adalah anak kenalan yang rapat seperti yang dilakukan oleh kami sekeluarga bermula dari anak kawan rapat sehingga la ada yang dapat berita yang kami sekeluarga boleh membantu dalam menjaga kanak kanak, sejak dari itu ada sahaja orang yang akan datang untuk meminta bantuan kami. Sepanjang berapa tahun melakukan perkhidmatan ini, kami telah menjaga hampir 12 orang kanak kanak. Ada yang dijaga sejak lahir ada juga yang bersekolah. Selalunya Sebelum menghantar, akan ada berapa benda yang perlu ditentukan seperti wang upah, waktu penjagaan, permakanan dan banyak lagi.
Antara sebab perlu tetapkan perkara perkara tersebut adalah kerana untuk memudahkan urusan dua dua belah pihak. Sebelum menghantar perlu ada sesi pengenalan dimana ibu bapa perlu membawa anak mereka bertemu dengan keluarga kami. Dan disini kami akan menetapkan masa supaya pengurusan masa lebih teratur dan bincangkan tentang pekerjaan ibu bapa kanak kanak tersebut,tingkatkan kreativiti, terdapat banyak kelebihan
yang saya dapati bila membantu keluarga mengasuh antaranya ia Mengajar kami sekeluarga kesabaran yang tinggi. Keluarga saya besar dalam satu rumah terdapat 7 orang kami lima daripadanya adalah lelaki, ibu saya banyak mengajar adik adik tentang membantu beliau menjaga kanak kanak ini dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam mengurus kanak kanak tersebut
Selain daripada itu kami juga perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dan juga rumah agar kanak kanak yang dijaga selamat dan sihat. Ini juga mendidik kami untuk sentiasa mengemas rumah dan mengekalkan kebersihan diri. Sepanjang menjaga mereka kami sekeluarga menghabiskan masa banyak dengan mereka dan menjaga semuanya kami Sayang seperti anak dan adik sendiri
Aktivit harian
● Setiap dari mereka punya waktu tiba yang berbeza ● Setelah sampai yang kecil mandi dahulu serta tidur dan yang besar akan sarapan ● Tengah hari waktu main dan makan tengah hari ● Petang waktu main bagi yang kecil dan belajar bagi yang besar ● Petang bersiap mandi untuk pulang dan waktu pulang juga berbeza bergantung pada ibu bapa masing masing