3 minute read

BERKONGSI ILMU

Next Article
BERIADAH

BERIADAH

BERKONGSI ILMU

Islam menjadikan satu kewajiban bagi umatnya untuk menuntut ilmu. Mencari ilmu dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang ramai. Al-Quran menggunakan pengulangan untuk menanamkan konsep utama tertentu dalam kesedaran pendengarnya. Nabi Muhammad SAW memerintahkan umatnya untuk mencari dan meneroka pelbagai ilmu dan menegaskan umatnya untuk berkongsi ilmu tersebut. Berkongsi ilmu mampu memberikan kebaikan pada ekonomi, sosial, harta diri sendiri dan orang lain. Mengajar orang lain adalah salah satu perbuatan baik yang akan mendapat ganjaran di dunia dan memberi pahala yang besar untuk di akhirat kelak.

Advertisement

Sebagai kakak sulung di dalam keluarga, saya mengambil tahu tentang pelajaran adik-adik saya. Sejak zaman sekolah lagi, saya telah dipertanggungjawabkan oleh ibu dan bapa saya untuk memberi didikan dan ajaran dalam aspek disiplin dan pelajaran adik-adik saya. Untuk klasifikasikan situasi, saya sekarang berada di Bangi, Selangor. Manakala keluarga saya berada di Kota Kinabalu, Sabah. Jika adik-adik saya memerlukan bantuan kami akan menggunakan aplikasi meet, zoom atau video bagi memudahkan saya untuk memberi tunjuk ajar. Adik pertama saya, memerlukan bantuan dalam pembacaan al-quran dari segi tajwid dan kelancaran. Adik kedua saya yang sedang mengambil SPM pula, memerlukan bantuan dalam pelajaran sekolah seperti subjek bahasa inggris dan matematik. Saya hanya mengajar mereka jika mereka menghubungi saya terlebih dahulu untuk meminta bantuan.

panduan membaca al-quran mengajar subjek sekolah tugasan kumpulan(online)

Selain itu, aktiviti berkongsi ilmu juga dilakukan apabila saya melakukan tugasan berkumpulan bersama rakan. Kerana keadaan pendamik sekarang, kami pelajar tidak dibenarkan untuk berada di kampus dan berjumpa. Oleh itu, saya menggunakan alternatif lain iaitu dengan menghubungi dalam talian atau menggunakan aplikasi zoom dan meet. Kami akan berkongsi ilmu dan mengajar untuk mendapat lebih banyak imput yang akan membantu dalam tugasan kumpulan kami. Hasil daridapa aktiviti berkongsi ilmu yang telah saya lakukan, saya dapat memberi pertolongan bagi yang memerlukan. Dengan mengajar ilmu, saya juga dapat kefahaman yang lebih mendalam dalam ilmu tersebut. Selain itu, saya dapat meluaskan dan menambah ilmu yang baru dengan berkongsi pendapat terutamanya ketika bersama rakan-rakan saya dalam tugasan berkumpulan. Akhirnya, saya juga dapat mengeratkan silaturahim antara orang yang mengajar dan diajar.

NAZAR

Apa itu nazar ? nazar melibatkan ni janji kita dengan ALLAH SWT. Jika seseorang telah bernazar maka wajib ke atas individu itu untuk melaksanakannya, janji mesti ditepati Rasulullah SAW bersabda: "Tanda-tanda munafik ada tiga iaitu apabila berkata, dia dusta, apabila berjanji, dia mungkir dan apabila percaya, dia khianat." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Jika kita inginkan sesuatu dan kita perlu memilih nazar yang mudah dilunaskan. Supaya kita dapat tunaikan janji yang temetri. Terdapat beberapa kaedah untuk benazar namun kebanyakkan orang bernazar memilih untuk berpuasa dalam satu tempoh tertentu dan ada yang memilih tuk bersedekah kepada golongan tertentu dan ada yang potong rambut

Berdasarkan pengalaman saya, saya dapat tahu mengenai nazar ni ketika saya masih bersekolah. Kehidupan kami sangat susah dan ketika saya ingin melanjutkan pelajaran ke vokasional selepas peperiksaan PMR. ibu saya yang kenalkan saya dengan nazar, beliau menyuruh saya berpuasa tiga hari jika lepas pemilihan tuk masuk ke kolej tersebut. Dan ternyata kemahuan saya termakbul dan saya pon mendapat panggilan pertama ke kolej vokasional tersebut namun saya tidak dapat pergi atas sebab sebab tertentu. Selepas itu saya terus tunaikan janji saya untuk berpuasa tiga hari.

Sejak dari itu, jika saya inginkan sesuatu saya akan bernazar dan sejujurnya kesemua kemahuan saya makbul. Tapi sepanjang saya nazar saya selalu berniat akan berpuasa, dan paling terkini saya minta pada ALLAH tuk makbulkan kemahuan saya untuk sambung sarjana muda dan memudahkan segala urusan saya sampai saya graduasi. Dan sekarang saya telah pun sambung belajar dan inshaallah selepas graduasi saya akan menunaikan janji saya iaitu berpuasa selama 30 hari.

Bersahur dan berbuka bersama keluarga

This article is from: