1 minute read
BERIADAH
Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan termasuk penjagaan kesihatan. Beriadah merupakan aktiviti atau perbuatan yang memerlukan pergerakan fizikal dan ketahanan mental sehingga mampu mengeluarkan peluh dan menambah baik kondisi badan manusia. Abu Hurairah menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa: "Orang yang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disayangi Allah daripada yang lemah, dan keduanya baik." Hadis ini menggariskan pentingnya menjadi sihat dan kuat secara fizikal, yang menunjukkan bahawa senaman dan menjaga kesihatan adalah penting bagi umat Islam. Antara perbuatan dan amalan yang memerlukan kecerdasan badan ialah Solat, berpuasa dan menunaikan Haji.
Terdapat pelbagai bentuk riadah yang boleh dilakukan selain daripada perbuatan beribadat. Banyak kajian telah dilakukan dalam cara yang paling berkesan ketika beriadah. Rujukan juga senang didapati di laman internet. Sebagai seorang pelajar, saya tidak mampu untuk beriadah setiap hari kerana ketegangan masa. Saya hanya melakukan riadah berat seminggu tiga kali dan selebihnya senaman ringan. Aktiviti riadah berat yang saya lakukan ialah seperti berlari, berjoging dan latihan intensiti tinggi (HIT Workout) yang mengambil masa sekurang-kurangnya 40 minit setiap aktiviti. Aktiviti tersebut memerlukan badan fizikal saya untuk bekerja lebih keras sehingga mengeluarkan banyak peluh dan nafas tercungap. Aktiviti riadah ringan pulak adalah seperti pilates, regangan badan dan berjalan. Saya akan menyusun jadual riadah saya sendiri dan memilih aktiviti yang sesuai pada hari tersebut. Contohnya, pada hari isnin saya melakukan riadah berat maka keesokan harinya saya melakukan riadah ringan.
Advertisement
Senaman ringan latihan intensiti tinggi (HIT Workout)
Hasil daripada aktiviti riadah yang telah saya lakukan sepanjang tempoh terdekat ini ialah, riadah dapat meningkatkan ketahanan badan. Riadah terbukti berkesan kerana saya sentiasa bertenaga, tidak mengantuk dan mampu memberi tumpuan pada kelas apabila melakukan senaman di masa lapang. Terdapat perubahan fizikal badan seperti penurunan berat dan ukur lilit badan. Seterusnya,riadah adalah aktiviti masa lapang yang baik, dengan ini saya tidak membazirkan masa dengan melakukan perkara yang melalaikan. Riadah juga membantu jadual tidur saya kerana perbuatan riadah yang memenat kan badan mendorong saya untuk tidur awal dengan nyaman dan selesa. Maka keesokan harinya saya mampu bangun awal untuk solat subuh tanpa merasa malas dan segar.