Menghidu Glu
Pusat Penyelidikan Dadah & Ubat-Ubatan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Penyalahgunaan Pelarut • Penyedutan wap daripada barang-barang rumah dan produk industri memberi kesan mabuk yang kuat. Termasuk:
glu yang cepat kering dan adhesif
penyembur aerosol
cecair pemetik api dan cecair cucian-kering
spirit pembedahan
cat dan produk petrolium
bahan cucian
Penyedutan Glu Penyalahgunaan pelarut biasanya dirujuk sebagai penyedutan Kebanyakannya lelaki berumur di antara 11-16 tahun Cara biasa ialah menyedut pelarut daripada beg plastik yang diletak pada muka Merasai mabuk yang kuat dengan serta-merta Sesetengah pengguna mengalami halusinasi Kesan ketahannya tidak lama, ini menyebabkan penagih sering mengulangi sedutan
Kesan Sampingan
Pandangan yang kacau
Tidak sedar diri
Tidak tegap
Sakit kepala yang teruk
Pertuturan tak jelas
Mengantuk
Kelakuan yang tidak dapat diramal
Ruam dikeliling mulut
Muntah/ Tercekik
Pada dos yang tinggi, pengguna mungkin berhalusinasi
Risiko Pengguna boleh mati walaupun kali pertama melakukannya. Kanak-kanak berisiko tinggi; ada yang mati setelah mencubanya untuk kali pertama. Melemahkan pernafasan dan kadar denyutan jantung; boleh merosakkan membran nasal. Menyembur pelarut ke dalam tekak boleh membawa maut serta merta. Menghadapi risiko sesak nafas jika menyedut pelarut daripada beg plastik yang diletakkan di atas muka. Pengguna cenderung mendapat kemalangan disebabkan semua deria terganggu. Penggunaan jangka-panjang boleh merosakkan organ seperti otak, hati dan ginjal. Penyedutan gas, glu atau aerosol membunuh pada kadar kematian seorang setiap minggu.
RA W A T AN
Tiada penawar spesifik atau teknik yang boleh mengeluarkan bahan pelarut dari badan Oksigen tambahan dan pengaliran udara untuk pesakit yang datang dengan masalah aritmia atau serangan sawan atau koma or coma Rawatan simptomatik untuk pesakit yang ada masalah konjunktivitis, sakit kepala, radang saluran pernafasan, radang kulit dsb.
Pencegahan dan Rawatan Penggunaan inhalan bermula di peringkat awal lagi, sejak di sekolah rendah. Selepas makan malam (6 – 8 malam) merupakan waktu berlakunya penyalahgunaan inhalan. Rawatan bertujuan menghindari simptom-simptom yang mengancam nyawa; mengadakan persekitaran yang tenang dan senyap bagi mengelak adrenalin meluap yang boleh menyebabkan aritmia kardiak yang mengakibatkan kematian mengejut disebabkan sedutan glu (Sudden Sniffing Death). Penyalahgunaan inhalan jangka-panjang sukar untuk dirawat disebabkan penggunaan terpaksa, sindrom tarikan, dan pelbagai masalah psikologikal dan sosial
Rawatan di peringkat awal merupakan langkah terbaik untuk sembuh.
Pendekatan-pendekatan Rawatan Memperkenalkan produk yang tidak larut dan tidak berasaskan aerosol. Penjagaan dan kemesraan hubungan dalam keluarga. Terapi berkumpulan. Penagihan semula biasa berlaku Melibatkan penagih dengan pelbagai aktiviti rekreasi yang selamat dan sihat. Penjagaan lanjutan dan susulan adalah penting Membantu meningkatkan kemahiran asas kehidupan. Pendidikan tentang kesan-kesan dan bahaya inhalan dapat membantu pengguna untuk mengekang diri daripada penyalahgunaan inhalan.
k u t n u
Memberitahu kanak-kanak supaya jangan cuba menggunakan inhalan. Bincang secara terbuka dan tekankan akibat yang teruk penyalahgunaan inhalan. Berwaspada dengan tanda-tanda dan simptom penyalahgunaan inhalan. Mendapat bantuan pakar dengan serta merta sekiranya mensyaki sesuatu masalah berkaitan penyalahgunaan inhalan.
Rujukan R. Smith, Missouri Department of Mental Health, 1993 Re-Solv, UK National Charity, 1986 National Institute on Drug Abuse, 1986 Focus Adolescent Services, www.focusas.com Health Education and Rural Outreach program, Texas www.girlhealth.org/drug_abuse2/facts.html ADVISORY March 2003, Volume 3, Issue 14 Substance Abuse Treatment