MESYUARAT GURU KALI 2/2017 SEKOLAH KEBANGSAAN PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN. Tarikh : 2 Ogos 2017 Hari
: Rabu
Masa
: 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan SKPA
Kehadiran : 1. Pn. Fauziah binti Ahmad 2. Pn.Safinaz binti Nordin 3. Pn.Hayati binti Ismail 4. En.Mohd Zamir bin Che Cob 5. Pn.Salina binti Maskan 6. En.Abdul Samad bin Ismail 7. Pn.Abidah binti Abdul Rahman 8. En.Amirul Husni bin Nor Hashim 9. Pn.Ayu Emilina binti Yahya. 10. En.Azuhan bin Che Othman 11. Pn.Caroline Nadan a/p Peter Nadan 12. Pn.Farhana binti Shawri 13. En.Fauzi bin Ahmad 14. Pn.Hasyimah binti Abdullah 15. Pn.Hazrina bin Che Idris 16. En.Izwan bin Mohd Baroja 17. Pn.Kaizura binti Kasim 18. Pn.Khadijah binti Md Khir 19. En.Mohammad Ali Akbar bin Abdul Kadir 20. En.Amirul Amzar bin Norazman.
21. En.Mohd Norman bin Hassan 22. En.Mohd Rizal bin Md.Kamal 23. En.Mohd Sidek bin Atan 24. Pn.Muhaidawati binti Mohammad 25. Pn.Nik Suhaila binti Nik Soh 26. En.Noor Azriqk bin Bahridan 27. Pn.Noor Iffah Akmal binti Abdullah 28. Pn. Nor AIni binti Mohd Apandi 29. Pn. Nor Asiah binti Mohd Norsani 30. En.Nor Azmi bin Mutalib 31. Pn. Nor Azura binti Md.Nor 32. En.Nordin bin Ahmad 33. PN.Norzamzila binti Ghazali 34. Pn.Norzita binti Abdul Aziz 35. Pn.Nur Izzati binti Idris 36. Pn.Nur Murni Hidayah binti Rosli 37. Pn.Nurhidayah binti Bahaman 38. Pn.Nurzahaslinda binti Ab Jalil 39. Cik Raja Nursyairah binti Raja Azhal 40. Pn.Ruzita binti Alias 41. Pn.Sharipah Adibah binti Syed Ahmad 42. Pn.Siti Aminah binti Hamzah 43. Pn.Siti Fatimah binti Warudin 44. Pn.Siti Kamariah binti Mat Zain 45. Pn.Siti Nordina binti Ahmad 46. Pn.SIti Nurul Hidayah binti Mohd Ghazi 47. Pn.Siti Shahirah binti Mohamad Ariff 48. Pn.Siti Zarina binti Sa’at 49. Pn.SIti Zubaidah binti Mohamed Jubi 50. En.Suardihazali bin Ismail 51. Pn.Umi Farahatul Farhah binti P.Remli 52. Pn.Wan Suzila binti Wan Ahmad
53. En.Zulhilmi bin Abd Halim 54. Pn.Zunaidah binti Abdul Samad 55. Pn.Zuraidah binti Yahaya 56. Pn.Zuria binti Mukhta Tidak Hadir Bersebab: 1. Pn. Noor Athalia binti Abdul Ghapar 2. Pn. Siti Khairiyah binti Sejo 3. Pn. Nor Latifah binti Samat 4. En. Mohd Azri Bin Azmy 5. Pn. Maziah Bt Harun 6. Pn. Siti Aishah bin Kamarudin
AGENDA : 1.0
UCAPAN ALUAN GURU BESAR 1.1
Pn. Fauziah memulakan mesyuarat dengan bacaan al fatihah dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
2.0
3.0
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Dicadangkan oleh
: En Nordin bin Ahmad
Disahkan oleh
: Pn Noor Iffah Akmal Bt Abdullah
PERKARA BERBANGKIT 3.1
Guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar pada bila-bila masa atas urusan kerja seperti kelas tambahan UPSR.
3.2
Guru yang mengambil cuti rehat khas hendaklah mencari penganti untuk kelas yang diajar. Relief akan dibuat sekiranya guru cuti sakit, menghadiri kursus dan guru yang cuti kecemasan.
3.3
Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu mengajar. Waktu mula pembelajaran iala 7.40 oleh itu guru wajib berada di sekolah pada 7.30 pagi.
3.4
Guru hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan professional keguruan dan masyarakat melayu.
3.5
Kebersihan dan keselamatan sekolah serta bilik khas adalah menjadi tanggungjawab semua guru.
3.6
Semua guru akan dilibatkan dalam kegiatan kokurikulum.
3.7
Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada hari dan masa yang ditetapkan.
3.8
Kehadiran guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.
3.9
Semua guru hendaklah memakai tanda nama.
3.10
Penggunaan alatan hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
3.11
Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa PdP.
3.12
Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis/ acara rasmi sekolah.
4.0
HOUSEKEEPING 4.1
Laporan / dapatan pemantauan Tuan PPD masih ada guru yang tidak menulis dan menghantar buku rekod mengajar. Tuan PPD telah mengambil salinan penghantaran buku rekod mengajar untuk dibawa ke pejabat.
4.2
Guru hendaklah membawa RPH ke kelas setiap hari. Guru yang gagal menulis RPH boleh dikenakan denda RM500 sehari.
4.3
Guru Besar meminta guru bertugas harian tidak mengambil masa lebih dari 30 minit untuk perhimpunan rasmi. Guru bertugas hendaklah bersedia agar perhimpunan berjalan lancer dan menepati masa.
4.4
GPK1 memaklumkan kepada semua guru SKPMG2 telah selesai dilaksanakan.
4.5
GPK1 meminta semua guru melaksanakan tugas dengan sebaiknya.
4.6
Permohonan CRK hendaklah di isi secara online menggunakan HRMIS. GPK1 meminta guru yang bercadang untuk CRK memaklumkan dahulu kepada pentadbir sebelum mengisi online.
4.7
Guru yang mengambil cuti sakit hendaklah menyerahkan MC/ time slip ke dalam kotak yang telah disediakan disebelah punch card.
4.8
Semua guru hendaklah punch card untuk balik kerana didapati ramai guru yang tidak punch card.
4.9
GPK1 menegaskan pemakaian sukan bagi guru hendaklah lengkap seperti baju berkolar bagi guru lelaki , seluar sukan dan kasut sukan.
4.10
GPK HEM meminta semua guru menerap disiplin murid ketika berada di dalam kelas sebelum PdP terutama kelas D. Unsur keagaman hendaklah dipupuk dalam diri murid seperti solat, zikir kerana ini dapat membantu mengubah disiplin murid. Semua guru adalah guru disiplin.
4.11
Guru Besar memaklumkan kepada semua guru PD WIN telah ke peringkat kebangsaan. Tuan PPD meminta semua guru mengambil tahu berkaitan dengan PD WIN.
4.12
GPK KOKU memaklumkan kepada semua guru program Bulan Kemerdakaan yang akan dilaksanakan bermula pada 7.8.2017 dan penutupan bulan kemerdekaan pada 18.9.2017 .
5.0
LAIN-LAIN 5.1
Pn.Nurzahaslinda binti Abd Jalil memaklumkan kepada semua guru 14.8.2017 audit akaun PIBG diminta guru kelas yang belum menjelaskan yuran PIBG menjelaskan sebelum 14.8.2017.
5.2
Semua guru diminta log in frog vle. Penglibatan murid log in frog vle amat memberangsangkan berbanding guru.
5.3
Pn.Zuraidah meminta pihak sekolah mengeluarkan surat kepada ibubapa untuk memaklumkan sebarang maklumat.
5.4
GPK1 meminta guru yang terlibat untuk program hari sabtu dapat menjalankan tugas yang sebaiknya.
5.5
GPK HEM mencadangkan setiap guru memegang satu pas keluar untuk pengawasan keluar masuk murid.
5.6
GPK HEM mencadangkan sumbangan kilat untuk Pn Norlaila ibu kepada murid 6D yang terlibat dalam kemalangan.
6.0
RUMUSAN/ HARAPAN 6.1
Semoga tahun 2017 SKPA dapat mencapai visi dan misi sekolah.
6.2
Menjadikan SKPA yang terbaik dalam kalangan sekolah-sekolah di Port Dikson.
6.3
7.0
Semua guru perlu menerapkan nilai positif dalam diri masing-masing.
PENUTUP 7.1
Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap dapat memberikan kerjasama untuk mencapai visi dan misi sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.
Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
……………………………..
……………………………………
(Siti Shahirah Binti Mohamad Ariff)
(Pn.Fauziah Binti Ahmad)
Setiausaha Mesyuarat Guru
Guru Besar,
SK. Panglima Adnan
SK. Panglima Adnan.