7 minute read
Kulit Datuk Muez Abd Aziz, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP
RENCANA MUKA DEPAN
MEWUJUDKAN TADBIR URUS YANG MESRA PERNIAGAAN
Sembang pagi bersama Datuk Muez Abd Aziz, Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), yang sudi berwawancara dengan kami walaupun sibuk dengan tugas, mendedahkan sokongan padu Kementeriannya terhadap para pengamal jualan langsung serta pandangan masa depan beliau bagi tahun 2020 di dalam membantu memacu industri ini bergerak selaras dengan IR4.0.
di dalam sebuah pejabat yang kemas, sederhana namun dihiasi indah, DSAM berpeluang bersembang-sembang dengan Datuk Muez yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak Januari 9, 2019.
Apakah sasaran perolehan bagi industri jualan langsung pada 2019? Kementerian telah menyasarkan perolehan jualan sebanyak RM19 bilion bagi 2019. Angka ini berasaskan sasaran tahun lalu yang meramalkan pertumbuhan bagi industri ini. Apakah kaitan angka ini dengan ekonomi negara bagi 2019? Gembira saya nyatakan bahawa bagi 2018, sasaran kami adalah RM17 bilion tetapi kami berjaya mencapai RM 17.9 bilion. Selama tiga tahun berturut-turut kami telah mencapai sasaran dengan ramalan pertumbuhan 5% hingga 7% setahun.
Perolehan jualan RM19 bilion yang disasarkan adalah mencaba. Tetapi saya percaya Kementerian ini akan berjaya mencapai jumlah itu kerana kami yakin yang etika kerja yang baik serta syarikat, produk dan perkhidmatan yang bagus merupakan komponen-komponen penting yang menyumbang kepada kestabilan industri kerana kami mahu mewujudkan kerajaan yang mesra perniagaan.
Berapa banyakkah lesen jualan langsung yang telah KPDNHEP keluarkan setakat Disember 31, 2019? Setakat Disember 31, 2019, Kementerian ini telah mengeluarkan 427 lesen jualan langsung.
Adakah Kementerian menjangkakan lebih banyak lagi lesen akan dikeluarkan pada tahun 2020 dan kenapa? Ya, Kementerian menjangkakan lebih banyak lagi lesen akan dikeluarkan tahun ini. Saya sentiasa mengarahkan pegawai
RENCANA MUKA DEPAN
pegawai saya supaya mencari jalan untuk menjadi lebih cekap dan mewujudkan pendekatan yang mesra sambil melaksanakan tugas dengan berintegriti.
Jualan langsung adalah satu industri yang sangat maju di Malaysia dan banyak syarikat jualan langsung, terutamanya syarikat-syarikat asing, menggunakan Malaysia sebagai landasan untuk berkembang di rantau ini.
Kita ada syarikat-syarikat yang ditubuhkan di negara ini yang telah berkembang ke luar negara dan dengan itu produk-produk tempatan telah menembusi pasaran luar negara. Bukan sahaja kita mahu produk kita berada di luar negara tetapi supaya nama Malaysia sentiasa dikenali di serata dunia.
Lagipun, bagi industri jualan langsung, Malaysia menduduki tempat ke 10 tertinggi di dunia dan tempat ke 5 tertinggi di rantau Asia Pasifik.
Rangka Tindakan atau Blueprint Jualan Langsung telah dimulakan pada 2013 dan berjalan sehingga 2020. Apakah ia telah mencapai matlamatnya? Blueprint tersebut telah dimulakan pada 2013 dan industri jualan langsung telah berkembang dengan begitu pesat sekali selama beberapa tahun. Dalam setahun dua ini kita telah melihat bagaimana teknologi telah menjadi pemangkin kepada transformasi ini dan ia tidak berakhir di situ.
Kami sedang melakukan penaksiran terhadap blueprint itu dan berharap dapat menyiapkannya pada suku keempat tahun 2020 ini. Saya telah meminta Shamsulzaman, ketua kluster jualan langsung supaya meneliti perkara ini dan mencipta satu blueprint baru bagi 2020 hingga 2025.
Blueprint baru ini akan dibincangkan dengan YB Menteri dan walaupun yang lama jangka masa yang lama adalah 7 tahun, kami tidak mahu tempoh yang terlalu lama untuk yang baru ini, memadailah dengan 5 tahun. Kerajaan telah menetapkan Wawasan Kemakmuran Bersama bagi 2030. Saya berpendapat yang tempoh lima tahun adalah lebih lestari.
Apakah langkah KPDNHEP seterusnya memandangkan tempoh Blueprint Jualan Langsung sudah tamat?
Kementerian percaya bahawa kita perlu mempunyai satu blueprint baru yang dipertingkatkan.
Penekanan yang lebih perlu kami beri kepada teknologi, pendekatan pemasaran yang baharu, modal insan, dan tidak dilupa juga perundangan-perundangan yg relevan yang boleh mengukuhkan industri.
Blueprint yang baru ini akan dibincangkan dengan YB Menteri. Jankamasa Blueprint yang dulu adalah 7 tahun. Kali ini kami tidak mahu yang terlalu lama. Kami berpendapat 5 tahun sudah mencukupi. Kerajaan telah menetapkan Wawasan Kemakmuran Bersama bagi 2030. Saya berpendapat tempoh 5 tahun lebih lestari.
Terdapat pertumbuhan yang stabil dalam kadar penjualan bagi industri jualan langsung selama 22 tahun. Dengan kemunculan e-dagang dalam talian, apakah pandangan KPDNHEP tentang masa depan industri ini? Jualan langsung memang merupakan perniagaan orang ke orang. Pengguna mahukan rasa sebenar sesuatu produk dan juga mendapat penerangan yang
betul tentang cara penggunaan atau pemakanannya, dll. Perkara-perkara ini tidak boleh diberikan oleh penjualpenjual dalam talian. Berdasarkan ini, saya percaya yang jualang langsung akan terus berkembang.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, teknologi itu penting kerana ia memanfaatkan perniagaan dan menjadikannya lebih cekap dan ke tahap yang lebih berdaya tahan dalam suasana yang sentiasa berubah.
Saya yakin yang industri ini akan meningkat maju kerana kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan DSAM. Pada masa ini, kami telah mendaftarkan 427 syarikat dan pada hemah saya bilangan ini akan semakin meningkat tahun ini.
Yang paling penting, kami mahukan syarikat-syarikat yang tulen dan tidak ingin dikaitkan dengan syarikat yang tidak beretika. Sebab itulah kerajaan mengatur hal ini dan mahukan mereka berdaftar dengan persatuan ini.
Pada masa yang sama, kami juga mahukan syarikat-syarikat mula menggunakan teknologi seperti e-wallet. Industri jualan langsung mestilah mengorak langkah ke hadapan dan berada di tahap yang sama dengan model perniagaan lain di dalam menjadikan teknologi satu elemen yang penting dalam meningkat maju ke suasana perniagaan yang lebih tinggi.
Apakah pendapat kementerian tentang isu-isu yang dihadapi oleh penjual-penjual yang menjalankan jualan dalam talian? Kita tidak dapat mengelakkan diri daripada jualan dalam talian oleh kerana semua orang terlibat di dalamnya dan kami tidak akan menahannya. Tetapi kami telah mencapai satu perjanjian baru dengan para penyedia platform jualan dalam talian.
Kami akan menyusun atur perniagaanperniagaan dan memastikan yang hak para pengguna dilindungi. Oleh itu, kita hendaklah melakukan ini dengan betul mengikut beberapa SOP. Para penjual boleh berurus dengan mana-mana penyedia platform perniagaan dalam talian tetapi mereka mesti melalui perjanjian yang betul di antara para perniaga dengan platformplatform dalam talian.
Bagaimanakah DSAM boleh bekerjasama dengan KPDNHEP untuk meningkatkan industri Jualan Langsung? Apakan yang Kementerian perlukan daripada DSAM? Saya berterima kasih yang selama ini DSAM telah banyak memberikan kerjasama kepada kementerian. Kami juga telah mengarahkan semua syarikat industri dengan mewajibkan mereka menyertai mana-mana persatuan jualan langsung seperti DSAM supaya lebih mudah bagi kami menyebarkan sebarang informasi, mengatur perniagaan-perniagaan, dan lebih senang bagi kami di pihak kerajaan berinteraksi dengan industri.
Kami meminta DSAM supaya sentiasa menjadi mata dan telinga kami bagi pihak industri. Itu sangat penting supaya kami akan menyedari apa-apa isu dan salah laku syarikat-syarikat. Seperti kata pepatah, pencegahan itu lebih baik daripada mengubati.
Oleh itu hanya apabila anda mengemukakan perkara-perkara tertentu mengenai industri kepada kerajaan, barulah kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya. Oleh kerana kami telah menjalinkan kerjasama yang baik dengan DSAM, adalah diharapkan yang pada tahun ini, hubungan kita akan bertambah erat. Paling penting, kita perlu mengadakan acara-acara tidak formal dalam pertemuan kami dengan persatuan anda.
Besar kemungkinan pihak kementerian akan mengadakan acara high tea misalnya bersama ahli-ahli DSAM supaya dapat mengadakan perjumpaan yang kurang formal, tetapi efisien. Kami tak mahu mewujudkan tembok-tembok yang menyulitkan di antara kami dengan ahli-ahli DSAM. Kita hendaklah memastikan wujud hubungan yang lancar di antara kerajaan dan industri demi kebaikan negara.
Kerana itu, sudah tiba masanya kita meneliti Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid (1993). Sejak kami memperkenalkan Akta tersebut, tidak banyak semakan semula telah dilakukan terhadapnya.
Beberapa perkara telah berubah dan kali terakhir sebarang pindaan dilakukan adalah pada tahun 2010. Itulah cabaran kita pada tahun ini. Kita perlu meneliti beberapa peruntukan yang sudah agak tidak sesuai dalam undang-undang berkenaan.
Kami perlu berinteraksi dengan DSAM dan persatuan-persatuan lain untuk mendapat input daripada mereka mengenai industri kerana era ‘kerajaan lah tahu segala-galanya’ sudah berlalu. Kami perlukan interaksi, maklum balas dan input yang sedemikian daripada industri.
Kami tidak akan memansuhkan perundangan tersebut tetapi meneliti peruntukan-peruntukannya supaya ia lebih mesra kepada industri dan negara.
Adakah Datuk mempunyai sebarang kata-kata perpisahan kepada pembacapembaca kami? Jualan Langsung adalah satu industri yang unik, penuh dengan kreativiti, dianggotai oleh pemain-pemain yang bersemangat dan ia menyediakan peluang-peluang yang tidak ada hadnya. Saya mempunyai harapan yang besar bagi industri ini untuk masa akan datang. Saya percaya yang DSAM berada di landasan yang tepat di dalam memberikan bimbingan yang perlu bagi ahli-ahlinya.
Hubungan yang telah DSAM jalinkan dengan kementerian adalah sesuatu yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana yang harmoni bagi ahli-ahli. Mereka tahu yang pihak kementerian akan meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka dan bertindak sewajarnya.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada DSAM atas sumbangannya terhadap kemajuan industri ini dan mengucapkan terima kasih kepada ahliahli jawatankuasa yang ada sekarang ini dan juga yang lalu di atas komitmen mereka menjadikan persatuan ini relevan. Saya percaya DSAM telah mewujudkan asas yang teguh di dalam mengukuhkan kehadiran industri ini.
• Datuk Muez Abd Aziz telah dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan berkuatkuasa 1 Februari.