4 minute read

Mewujudkan kebahagiaan dengan akar umbi kesejahteraan

MEWUJUDKAN KEBAHAGIAAN DENGAN KESIHATAN YANG SEJAHTERA

Dato’ Louis Chong, Pengasas dan CEO Annkang Wellness.

SIAPAKAH ANNKANG?

Satu perkataan yang melambangkan “harmoni dan kesihatan”, dan satu nama yang mengaitkan intipati kebahagiaan hidup, Annkang merangkul semangat “mewujudkan kebahagiaan” dan membawa kebahagian sejati kepada semua orang, di mana sahaja. Yang menjadi teras kepercayaannya ialah falsafah IKIGAI: Rahsia orang Jepun untuk hidup lama dan sempurna, berasal dari Okinawa, di mana terdapat paling ramai warga berumur 100 tahun ke atas, di dunia.

MEWUJUDKAN KEBAHAGIAAN

Mewujudkan kebahagiaan sejak ia ditubuhkan pada tahun 2018, Annkang mempercayai bahawa kebahagiaan adalah satu perjalanan dan bukannya satu destinasi.

Ini juga merupakan perjalanan pengasasnya, Dato’ Louis Chong, yang mempercayai bahawa alam semulajadi memegang kunci kepada kesihatan yang sejahtera. Pada tahun 2008, pencarian beliau untuk mendapatkan bahan semulajadi yang paling kaya dengan nutrien telah membawa beliau ke dunia penyelidikan laut di pesisiran pantai timur Malaysia. Ketika itulah beliau terserempak dengan potensi yang luar biasa di sebalik bahan saripati gamat keemasan. Berinspirasikan manfaat kesihatannya sebagai suplemen pemakanan, beliau sedar bahawa cara paling baik untuk menghasilkan rumusan yang tulus dan murni bagi setiap orang adalah dengan menjalinkan hubungan langsung di antara para pengilang yang pakar dan para pengguna. Oleh itu, satu model pemasaran yang progresif telah diwujudkan, supaya mereka yang bercitacita menjadi usahawan dapat berkongsi kemurnian kesihatan yang holistik.

MEWUJUDKAN USAHAWAN

Selain daripada mencipta kebahagiaan, Annkang juga menyediakan platform untuk seseorang mencapai potensi sepenuh melalui satu peluang perniagaan yang sihat.

Usahawan-usahawan Annkang yang berjaya telah dapat menikmati pembayaran bonus yang menguntungkan melalui satu rancangan pemasaran yang adil dan menghasilkan ganjaran. Selain itu mereka juga mendapat insentif tambahan seperti perjalanan ke luar negara dan dana kereta. Dengan pelaksanaan sistem pelajaran yang dikenali sebagai AES (Annkang Educational System atau Sistem Pelajaran Annkang) yang memberi fokus kepada kemajuan keusahawanan melalui berbagai latihan dan program, Annkang berusaha sepenuhnya untuk memastikan yang sistem pelajaran ini diulangkaji dari semasa ke semasa untuk mengenalpasti matlamat pembelajaran.

MEWUJUDKAN PRODUK BERKUALITI DAN BERTARAF DUNIA

Portfolio produk Annkang menyampaikan asas atau ‘akar’ kesihatan yang sejahtera berasaskan empat tiang utama. Melalui kombinasi pemakanan berfungsi dan nutrikosmetik (sains di bawah permukaan kulit) pelanggan dapat mengalami satu rangsangan kecantikan dan rasa sejahtera di luar dan di dalam.

Annkang juga secara berterusan memastikan yang produk-produknya memenuhi standard kualiti tertinggi menerusi pensijilan piawaian termasuk HACCP, GMP, HALAL dan ISO.

Produk-produk yang kini ditawarkan oleh Annkang adalah Seagold Liquid Golden Sea Cucumber (produk perdana Annkang), Chlorophyll Plus Liquid, Acai King, Koragen Mixed Collagen Powder Drink, You Qie Mixed Botanical Drink, Hydrogen Water Specialist, Seagold Ajwa Mocha and Aurum – The Life Cream.

MEWUJUDKAN KONSEP KESEJAHTERAAN KESIHATAN YANG HOLISTIK KONSEP KESEJAHTERAAN KESIHATAN

Falsafah kesejateraan kesihatan Annkang adalah berasaskan mendetoksifikasi, mengatur dan merangsang. Detoksifikasi – membersih badan kita daripada racun-racun yang merosakkan, yang merupakan bahan-bahan yang menyebabkan kesan kesihatan yang negatif di dalam dan di luar badan kita.

Mengatur – Memulihkan lapan sistem utama kita: peredaran darah, imunisasi, kerangka, perkumuhan, berotot, endokrin, pencernaan, saraf dan pernafasan. Setiapnya saling bergantung untuk menjaga kesihatan badan manusia supaya bahagia dan harmoni. Merangsang – Apabila kita telah membersih dan mengawal sistem kita, tiba masanya untuk badan kita mendapat rangsangan! Produk-produck Annkang diperkayakan dengan bahan-bahan penting yang mendatangkan faedah kesihatan yang positif, mengoptimumkan pengambilan vitamin, mineral dan nutrien. Tambahan pula, Annkang mementingkan kesejahteraan kecantikan dan menawarkan rangkaian produk anti-penuaan, pemutihan dan kelangsingan.

MEWUJUDKAN HARAPAN

Adalah menjadi keinginan Annkang untuk memulihkan harapan dan melakukan perubahan yang memberi kesan kepada kehidupan manusia menerusi aktivitiaktiviti tanggungjawab sosial korporat ke arah bersama membina masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif.

Pada 2018 dan 2019, dua kempen derma darah telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang kesan positif pendermaan darah dan menampung

MEWUJUDKAN SATU JENAMA YANG DIKENALI DI PERINGKAT ANTARABANGSA • Anugerah Jenama Kesihatan & Kesejahteraan

Malaysia 2018

- Kategori Nutrition Supplement Category (Seagold Liquid)

• Anugerah BrandLaureate Perniagaan Terkemuka

Prominent Business

Anugerah BestBrands 2018

- Anugerah BrandLeadership (Dato’ Louis Chong) - Suplemen Sesejahteraan Kesihatan (Annkang)

• Anugerah Jenama Halal Asia 2019 (AHBA)

- Jenama Yang Menjanjikan Kehebatan: Suplemen Pemakanan

Terbaik (Annkang Wellness)

• Anugerah Jenama Kesihatan & Kesejahteraan

Malaysia 2019

- Kategori Suplemen Pemakanan (Seagold Liquid) - Kategori Makanan Kesihatan (Seagold Ajwa Mocha) - Kategori Penjagaan Kesihatan Peribadi (Aurum, The Life Cream)

kekurangan simpanan darah dan menyelamatkan nyawa.

Sambil mencari satu tujuan yang bermanfaat di Malaysia, Annkang mendapati bahawa satu kesempatan yang diabaikan iaitu kesihatan mental – kemurungan yang merupakan penyebab utama kesihatan yang buruk dan ketidakupayaan di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Annkang selaku organisasi yang memperjuangkan segala yang positif

dan yang percayakan kekuatan mental, merasakan yang ia perlu menangani gangguan senyap kepada kehidupan. Inilah cara Annkang membantu warganya dan masyarakat supaya mencapai potensi kebahagiaan yang sebenar, bersama-sama, sebagai satu entiti.

MEWUJUDKAN PELUANG-PELUANG ANTARABANGSA

Mempercayai bahawa setiap seseorang di bumi ini layak hidup penuh kebahagiaan, Annkang berazam untuk menyebarkan mesej kebahagiaan ke seluruh dunia dengan membawa perniagaannya ke peringkat antarabangsa. Pada masa ini, Annkang menjalankan perniagaan di Singapura, Mauritius, dan tidak lama lagi akan bertapak di Vietnam, China dan di Timur Tengah.

Sila kunjungi www.annkang.com untuk maklumat lanjut.

This article is from: