betul tentang cara penggunaan atau pemakanannya, dll. Perkara-perkara ini tidak boleh diberikan oleh penjualpenjual dalam talian. Berdasarkan ini, saya percaya yang jualang langsung akan terus berkembang. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, teknologi itu penting kerana ia memanfaatkan perniagaan dan menjadikannya lebih cekap dan ke tahap yang lebih berdaya tahan dalam suasana yang sentiasa berubah. Saya yakin yang industri ini akan meningkat maju kerana kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan DSAM. Pada masa ini, kami telah mendaftarkan 427 syarikat dan pada hemah saya bilangan ini akan semakin meningkat tahun ini. Yang paling penting, kami mahukan syarikat-syarikat yang tulen dan tidak ingin dikaitkan dengan syarikat yang tidak beretika. Sebab itulah kerajaan mengatur hal ini dan mahukan mereka berdaftar dengan persatuan ini. Pada masa yang sama, kami juga mahukan syarikat-syarikat mula menggunakan teknologi seperti e-wallet. Industri jualan langsung mestilah mengorak langkah ke hadapan dan berada di tahap yang sama dengan model perniagaan lain di dalam menjadikan teknologi satu elemen yang penting dalam meningkat maju ke suasana perniagaan yang lebih tinggi.
Apakah pendapat kementerian tentang isu-isu yang dihadapi oleh penjual-penjual yang menjalankan jualan dalam talian? Kita tidak dapat mengelakkan diri daripada jualan dalam talian oleh kerana semua orang terlibat di dalamnya dan kami tidak akan menahannya. Tetapi kami telah mencapai satu perjanjian baru dengan para penyedia platform jualan dalam talian. Kami akan menyusun atur perniagaanperniagaan dan memastikan yang hak para pengguna dilindungi. Oleh itu, kita hendaklah melakukan ini dengan betul mengikut beberapa SOP. Para penjual boleh berurus dengan mana-mana penyedia platform perniagaan dalam talian tetapi mereka mesti melalui perjanjian yang betul
di antara para perniaga dengan platformplatform dalam talian.
Bagaimanakah DSAM boleh bekerjasama dengan KPDNHEP untuk meningkatkan industri Jualan Langsung? Apakan yang Kementerian perlukan daripada DSAM? Saya berterima kasih yang selama ini DSAM telah banyak memberikan kerjasama kepada kementerian. Kami juga telah mengarahkan semua syarikat industri dengan mewajibkan mereka menyertai mana-mana persatuan jualan langsung seperti DSAM supaya lebih mudah bagi kami menyebarkan sebarang informasi, mengatur perniagaan-perniagaan, dan lebih senang bagi kami di pihak kerajaan berinteraksi dengan industri. Kami meminta DSAM supaya sentiasa menjadi mata dan telinga kami bagi pihak industri. Itu sangat penting supaya kami akan menyedari apa-apa isu dan salah laku syarikat-syarikat. Seperti kata pepatah, pencegahan itu lebih baik daripada mengubati. Oleh itu hanya apabila anda mengemukakan perkara-perkara tertentu mengenai industri kepada kerajaan, barulah kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya. Oleh kerana kami telah menjalinkan kerjasama yang baik dengan DSAM, adalah diharapkan yang pada tahun ini, hubungan kita akan bertambah erat. Paling penting, kita perlu mengadakan acara-acara tidak formal dalam pertemuan kami dengan persatuan anda. Besar kemungkinan pihak kementerian akan mengadakan acara high tea misalnya bersama ahli-ahli DSAM supaya dapat mengadakan perjumpaan yang kurang formal, tetapi efisien. Kami tak mahu mewujudkan tembok-tembok yang menyulitkan di antara kami dengan ahli-ahli DSAM. Kita hendaklah memastikan wujud hubungan yang lancar di antara kerajaan dan industri demi kebaikan negara. Kerana itu, sudah tiba masanya kita meneliti Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid (1993). Sejak kami memperkenalkan Akta tersebut, tidak banyak semakan semula telah dilakukan terhadapnya.
Beberapa perkara telah berubah dan kali terakhir sebarang pindaan dilakukan adalah pada tahun 2010. Itulah cabaran kita pada tahun ini. Kita perlu meneliti beberapa peruntukan yang sudah agak tidak sesuai dalam undang-undang berkenaan. Kami perlu berinteraksi dengan DSAM dan persatuan-persatuan lain untuk mendapat input daripada mereka mengenai industri kerana era ‘kerajaan lah tahu segala-galanya’ sudah berlalu. Kami perlukan interaksi, maklum balas dan input yang sedemikian daripada industri. Kami tidak akan memansuhkan perundangan tersebut tetapi meneliti peruntukan-peruntukannya supaya ia lebih mesra kepada industri dan negara.
Adakah Datuk mempunyai sebarang kata-kata perpisahan kepada pembacapembaca kami? Jualan Langsung adalah satu industri yang unik, penuh dengan kreativiti, dianggotai oleh pemain-pemain yang bersemangat dan ia menyediakan peluang-peluang yang tidak ada hadnya. Saya mempunyai harapan yang besar bagi industri ini untuk masa akan datang. Saya percaya yang DSAM berada di landasan yang tepat di dalam memberikan bimbingan yang perlu bagi ahli-ahlinya. Hubungan yang telah DSAM jalinkan dengan kementerian adalah sesuatu yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana yang harmoni bagi ahli-ahli. Mereka tahu yang pihak kementerian akan meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka dan bertindak sewajarnya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada DSAM atas sumbangannya terhadap kemajuan industri ini dan mengucapkan terima kasih kepada ahliahli jawatankuasa yang ada sekarang ini dan juga yang lalu di atas komitmen mereka menjadikan persatuan ini relevan. Saya percaya DSAM telah mewujudkan asas yang teguh di dalam mengukuhkan kehadiran industri ini. • Datuk Muez Abd Aziz telah dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan berkuatkuasa 1 Februari.
2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /
5