5 minute read

Apa kesan Agenda 2030 bagi anda

Next Article
Direktori Ahli

Direktori Ahli

KESAN AGENDA 2030 KEPADA ANDA Diadaptasi dari SATU DEKAD YANG LALU, RISIKO ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN laporan Deloitte – On The Board’s Agenda TADBIR URUS SEMAKIN MENDAPAT PERHATIAN, KHUSUSNYA DI KALANGAN PARA PELABUR, PENGAWAL SELIA DAN PELANGGAN. – Sustainability Report

pada tahun 2015, kesemua 193 negara ahli Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu telah meluluskan resolusi yang dikenali sebagai Agenda 2030. Matlamat agenda ini adalah untuk mencapai pembangunan lestari sehingga 2030 iaitu pencapaian keperluan pembangunan manusia di seluruh dunia, dengan mengambil kira kekangan ekosistem semulajadi. Pencapaian Agenda 2030 dipandu oleh 17 matlamat SDG (Sustainable Development Goals, atau Matlamat Pembangunan Lestari). Ia juga dikenali sebagai “Global Goals” (Matlamat Global) dan diiringi oleh sejumlah 169 sasaran dan 231 penunjuk.

Pengaturan dengan SDG ini bukan sekadar sesuatu yang “bagus dimiliki” tetapi ia bermakna satu keputusan perniagaan yang baik. Malahan, adalah dianggarkan bahawa sektor swasta boleh menerima peluang perniagaan bernilai lebih AS$12 trilion dengan merealisasikan Global Goals yang paling berdaya maju.

Para pemimpin perniagaan di Asia dan sekitar dunia telah menyedari bahawa mengejar SDG itu menawarkan peluang-peluang yang cemerlang bagi pengwujudan nilai dan perlindungan nilai, menghasilkan pulangan yang tidak terkira kepada perniagaan dan masyarakat.

Hari ini, beberapa organisasi yang terbesar di dunia sedang mencari jalan untuk menguruskan dengan proaktif serta melaporkan mengenai risiko-risiko SDG

METRIK ESG YANG DISYORKAN OLEH WORLD FEDERATION OF EXCHANGES ( 2018 )

ALAM SEKITAR SOSIAL TADBIR URUS • Pelepasan gas rumah hijau • Nisbah gaji CEO • Kepelbagaian ahli lembaga • Kekuatan pelepasan • Nisbah gaji mengikut jantina • Kemerdekaan ahli lembaga • Penggunaan tenaga • Perolehan kakitangan • Gaji berinsentif • Campuran tenaga • Kepelbagaian jantina • Tawar-menawar kolektif • Penggunaan air • Nisbah pekerja sementara • Tatakelakuan pembekal • Operasi alam sekitar • Tanpa diskrimasi • Etika & anti-rasuah • Hal-hal alam sekitar yang • Kadar kecederaan • Data privasi terlepas pandang • Kesihatan dan keselamatan sedunia • Melaporkan kelestarian • Mengurangkan risiko iklim • Buruh kanak-kanak & buruh paksa • Amalan pendedahan • Hak asasi manusia • Jaminan luaran

dan untuk berakan kongsi dengan ataupun melabur dalam syrikat-syarikat yang “sedia ESG”.

Faktor kelestarian adalah sebahagian daripada asas yang diperlukan untuk mencapai pulangan yang lebih, kedaya tahanan organisasi, dan kepercayaan mereka yang berkepentingan. Syarikatsyarikat yang mengabaikan risiko ESG melakukan demikian atas tanggungan mereka sendiri.

Perniagaan yang benar-benar lestari menggabungkan ketiga-tiga komponen: 2030 Purpose, Sustainability Risk Management (SRM) , atau Tujuan 2030, Pengurusan Risiko Lestari dan Pengwujudan Nilai Bersama. Pelaksanaan komponen-komponen mengikuti dengan biasa proses yang bermula dengan penaksiran tentang strategi korporat dan rangkaian nilai yang berkait, dan akhirnya disusuli oleh perekaan dan penugasan maklum balas serta langkah-langkah pengawasan dan pengawalan.

Rangka kerja SRM meringkaskan dimensi-dimensi terpenting untuk membantu para eksekutif dan pemimpim tadbir urus melakukan impak yang perlu dengan membina warisan, kemakmuran dan penerusan bagi perniagaan anda.

Premis asas pendekatan CSV bergantung kepada tanggapan bahawa keperluan masyarakat yang tidak dipenuhi bermakna peluang pihak perniagaan untuk merangsang keuntungan mereka. Adalah menjadi kewajipan para pengarah dan pengurus setiap firma untuk memahami dan bertindak menangani peluang-peluang sedemikian yang paling menjanjikan kejayaan dan yang paling relevan. Ini dilakukan melalui mempengaruhi sumber-sumber dan keupayaan perniagaan masing-masing.

KEPADATAN GLOBAL PBB Dilancarkan pada tahun 2000, Kepadatan Global PBB (UN Global Compact UNGC) adalah satu inisiatif sukarela berasaskan kepada komitment CEO untuk melaksanakan prinsip-prinsip kelestarian universal dan untuk mengambil langkah bagi menyokong matlamat-matlamat PBB. Ia menyediakan rangka kerja bagi membangunkan amalan-amalan perniagaan yang lebih mampan atau lestari dan bertanggungjawab.

Penglibatan dalam UNGC terbuka kepada syarikat-syarikat semua saiz dan lokasi yang serius di dalam komitmen mereka untuk melaksanakan prinsipprinsip UNGC dalam keseluruhan operasinya dan untuk melaporkan mengenai kemajuan mereka, kecuali entiti-entiti dalm industri tembakau.

Dengan menyertai rangkaian tersebut, perniagaan-perniagaan dihubungkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi menentukan dan memenuhi matlamat-matlamat kelestarian mereka dan mencapai pertumbuhan jangka panjang. Laporan kemajuan tahunan mandatori membantu membina kepercayaan dan ketelusan syarikat-syarikat ahli.

Pemimpin-pemimpin kelestarian akan diiktiraf secara rasmi oleh UNGC, dan memperolehi publisiti oleh kerana kisah-kisah kejayaan mereka akan diketengahkan dan dipromosikan melintasi platform yang berbeza-beza.

RANGKAIAN KEPADATAN GLOBAL MALAYSIA (GCMY) GCMY adalah chapter atau bab UNGC tempatan yang menyokong ahli-ahli di Malaysia dengan membolehkan mereka menyumbang ke arah SDG dan mencapai kecemerlangan perniagaan.

Dalam realiti perniagaan, syarikatsyarikat berhadapan dengan cabarancabaran yang unik untuk beroperasi dengan bertanggungjawab dan mempunyai bermacam-macam peluang untuk mencetuskan impak positif.

GCMY memajukan kelestarian korporat di peringkat akar umbi dengan menolong syarikat-syarikat memahami apa erti perniagaan yang bertanggungjawab dalam konteks global, serantau dan negara dan memudahkan jangkauan, pembelajaran, dialog tentang polisi, tindakan kolektif dan perkongsian.

GCMY menyediakan bahasa universal untuk tanggungjawab korporat dan menyediakan rangka kerja untuk membimbing semua perniagaan tanpa mengira saiz, kerumitan atau lokasi.

KENAPA PERNIAGAAN PERLU TERLIBAT DENGAN RANGKAIAN TEMPATAN UNGC?

81%

syarikat-syarikat mengaitkan kemajuan kerja-kerja kelestarian mereka dengan peglibatan mereka dalam Kepadatan Global (Global Compact).

80%

58%

syarikat-syarikat yang menjadi ahli bersetuju bahawa dengan menjadi sebahagian daripada rangkaian akan menambahkan kepercayaan dalam syarikat melalui komitmen kepada kelestarian.

syarikat-syarikat yang menjadi ahli bersetuju bahawa UNGC

PRESTASI SDG

ORANG DALAM ORGANISASI Kelestarian bakat dan budaya sesebuah organisasi. Peringkat penglibatan dan inspirasi untuk melakukan pada kedua-dua peringkat kemahiran dan kemahuan. PROSES Adanya proses-proses kelestarian yang ditakrifkan dengan jelas. Prosedur Operasi Standard (SOP) dan piawaian yang diintegrasikan dengan keupayaan bagi inovasi.

SUMBER-SUMBER Komponen kewangan dan bukan kewangan yang sedia ada pada organisasi untuk melaksanakan kelestarian. KEPIMPINAN Keupayaan untuk memberi inspirasi dan memimpin orang-orang dalam syarikat untuk melaksanakan kemahiran pada peringkat optimum kemahiran dan kemahuan dan menjadi contoh penting bagi kelestarian.

Perniagaanperniagaan hendaklah menyokong dan menghormati pengisytiharan antarabangsa tehadap perlindungan hak asasi manusia

10 PRINSIP - PRINSIP UNGC

Pastikan yang perniagaanperniagaan tidak bekerjasama dalam perkara- perkara yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia Perniagaanperniagaan hendaklah menegakkan kebebasan berpersatuan dan mengiktiraf hak tawarmenawar kolektif secara berkesan Penghapusan segala bentuk buruh paksa atau pemaksaan bekerja Memansuhkan buruh kanak-kanak secara berkesan

Menghapuskan diskriminasi di dalam pengambilan kerja atau pekerjaan Perniagaanperniagaan hendaklah menyokong pendekatan yang berjaga-jaga terhadap cabaran-cabaran alam sekitar

Mengambil inisiatif untuk mempromosikan tanggungjawab yang lebih besar terhadap alam sekitar Menggalakkan usaha memajukan dan menyebarkan teknologiteknologi yang mesra alam sekitar Perniagaanperniagaan hendaklah berusaha menghapuskan rasuah dalam semua bentuk, termasuk peras ugut dan suapan

This article is from: