Fokus
PERUSAHAAN BEBAS SEJARAH, CABARAN DAN PELUANG JUALAN LANGSUNG.
Oleh Frederick Ng, Mantan Presiden DSAM. Beliau merupakan Presiden dari 2011 hingga 2017
m
engimbau kembali masa lalu, ke semasa pengalaman 20 tahun berada dalam persatuan yang memperjuangkan Jualan Langsung dan 16 tahun lagi apabila saya berkecimpung langsung dalamnya, hari ini menandakan persimpangan di antara masa lampau dan masa akan datang. Masa depan, seperti yang saya fikirkan, menjemput kita ke suasana yang didominasi oleh internet. Ini merupakan dunia realiti alam maya yang terkompaun berkomunikasi serta penyebaran maklumat berkelajuan tinggi. Malangnya, teknologi ini jugalah yang akan memudarkan garisan yang jelas di antara Jualan Langsung dan penipuan (scam) yang tidak sah. Masa depan adalah cerah, tetapi laluannya tidak begitu mudah. Masa depan bagi kita di sini secerah sediakala, terutamanya bagi industri Jualan Langsung. Bagi hari esok pula, sudah pasti akan ada detik-detik “awan mendung.” Berusahalah dengan gigih, dan anda akan melihat pelangi di penghujungnya. Jualan Langsung akan sentiasa menyesuaikan diri dan maju bersama-sama dengan peredaran zaman. Berpuluh-puluh tahun yang lalu, semasa
industri Jualan Langsung di Malaysia belum disusun atur, menubuh serta menjalankan perniagaan Jualan Langsung adalah lebih senang dan fleksibel. Pengurusan profesional boleh dikatakan tidak pernah didengar, syarikat-syarikat ditubuhkan dengan cuma sedikit atau tiada langsung bermodal, dan banyak syarikat tidak dapat dikesan. Penjual-penjual langsung dibiarkan melakukan jualan ‘cara’ mereka sendiri. Pada tahun 1990han, industri Jualan Langsung di Malaysia telah meninggalkan status “baru muncul” nya dan melonjak masuk ke era kegemilangan. Peniagapeniaga mula berkembang macam cendawan tumbuh. Ia sungguh meriah dan juga berdaya saing. Kami terpaksa menangani syarikat-syarikat asing yang berkembang dari luar negara yang begitu berminat berkongsi secebis daripada pertumbuhan ekonomi kita. Siapa yang boleh melupakan sekim-sekim piramid klasik, dan Ponziponzi cepat kaya? Walaupun pada masa itu belum ada internet lagi, penipuan berjalan rancak. Walau bagaimanapun, kebanyakan penipu-penipu pada masa itu juga cepat ‘hilang semangat’’atas sebab-sebab dihadkan oleh faktor-faktor lokasi (geografi). Serangan yang pertama membuatkan ramai hilang wang dan marah. Tidak ramai yang menyedari bahawa scam-scam tidak sah ini yang bertopengkan Jualan Langsung, telah meninggalkan industri dengan tugas membina semula kepercayaan yang berkait dengan Jualan Langsung. Setelah itu muncul pula milinium baru dengan ‘dot com’ nya. Internet sudah datang dan masa itulah beberapa perkara menjadi keliru. Mungkin, ini merupakan kali pertama dalam sejarah manusia di mana kita mudah membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, menetapkan garisan di antara rekaan dan realiti. Di alam maya internet, perjudian dan scam-scam yang menjanjikan pulangan tinggi menjadi semakin subur. Kelajuan broadband berganding dengan
ketamakan manusia hampir memadamkan kepercayaan dan muhibbah yang terdapat dalam industri Jualan Langsung, sepuluh tahun yang lalu. Ini ditambah pula dengan jualan satu malam berbilion dolar syarikat-syarikat e-dagang seperti Alibabab, Amazon, Taobao, yang menenggelamkan warisan pertumbuhan dua angka industri Jualan Langsung. Ilusi bahawa pasaran besar, hasil pantas, dan keuntungan besar telah memberi inspirasi kepada satu generasi baru pemilik perniagaan-mikro untuk pergi ‘online’ (dalam talian), menambahkan lagi kebimbangan tentang peningkatan kehadiran tanpa sempadannya. Hari ini, dengan adanya e-dagang bertanggungjawab bagi memenuhi kepuasan serta merta dan permainan wang dalam berbagai bentuk dan saiz, apakah rapan bagi Jualan Langsung? Ya, Jualan Langsung bukan sahaja akan wujud lestari dalam era internet, tetapi ia juga akan hidup subur. Industri ini adalah berorientasikan manusia. Saluran Jualan Langsung yang berjaya, terutamanya Perancangan Pemasaran Multi-Level memboleh pertumbuhan yang geometrik menerusi rangkaian berstruktur mengikut peringkat. Ia membolehkan penjanaan pendapatan melalui penjualan produk dan perkhidmatan melalui Plan Berstruktur bagi Penjual-penjual Langsung sepenuh masa atau separuh masa. Setelah cukup lama berada di dalam industri ini, saya menaruh kepercayaan bahawa cara pengurusan begini, iaitu melalui Multilevel atau Perancangan akan terus berkembang mengikut perkembangan era digital. Dengan pengenalan Internet, yang difikir oleh ramai Penjual Langsung sebagai inovasi apokaliptik yang akan menamatkan kerjaya mereka serta prospeknya, sebaliknya akan meningkat model perniagaan dan kualiti perniagaan ke satu lambaran baru. Perusahaan Bebas adalah satu idea yang bernas tetapi mestilah digerakkan oleh individu-individu yang berani berserta dengan impian mereka. Industri ini akan terus memacu ke hadapan selagi ada yang membina impian mereka untuk hari esok, dan betapa indahnya hari esok itu. Semoga Jualan Langsung terus bergerak maju.
2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /
13