DIRECT SELLER Malaysia BM|Vol 1|No 1|2019|Datuk Seri Saifuddin Nasution

Page 1

DIRECT SELLER MALAYSIA

“JUALAN LANGSUNG ADALAH ALAT PEMERKASAAN BAGI RAKYAT MALAYSIA MENJANA PENDAPATAN.”

Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

MENGENAL

PASTI PENIPUAN HARAM Presiden DSAM Datuk Tan Chong Guan

MENGENAI MASA HADAPAN INDUSTRI KAMI KINI

40

TAHUN DITERBITKAN OLEH

EDISI A PERTAM 2019




DITERBITKAN OLEH

Direct Seller Malaysia diterbitkan oleh Harini Management Services Sdn Bhd untuk Persatuan Jualan Langsung Malaysia. ISBN 978-967-15054-4-1

HARINI MANAGEMENT SERVICES SDN BHD (609031-W) W-9-12, Menara Melawangi, Amcorp Trade Centre, 18, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 603-7932 3259 E-mel: harini.mservices@gmail.com www.harini.com.my

Lembaga DSAM PRESIDEN Datuk Tan Chong Guan Forever Living Products (M) Sdn Bhd NAIB PRESIDEN David Cheong Nu Skin (Malaysia) Sdn Bhd

SETIAUSAHA KEHORMAT Khairuddin Yahya Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd

BENDAHARI Khor Lee Fan Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd

AHLI LEMBAGA Lew Soon Kiak Gano Excel Enterprise Sdn Bhd Sam Cheong CNI Enterprise (M) Sdn Bhd

Winston Chen PHHP Marketing (M) Sdn Bhd

Tham Yoke Lon Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd Ling Chai Fan Perfect Pentagon (M) Sdn Bhd

Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif V.S. Ganesan Editor Kanan Vimala Seneviratne Editor Khaw Chia Hui Pereka Kreatif Goh Wei Lee Perunding Pengiklanan Faridah Ismail Pengurus Pemasaran Karthik Ganesan Pengurus Operasi G. Revathi Pencetak United Mission Press Sdn Bhd (755329-X)

No. 25 & 27, Jalan PBS 14/14, Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan, 43300 Selangor. Tel: 603-8941 6618 Faks: 603-8945 5168 Pengedar MPH Distributors Sdn Bhd (Malaysia) (5048-A)

Tingkat Bawah, Bangunan TH, No 5, Jalan Bersatu 13/4, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 603-7958 1688 Faks: 603-7956 5995 E-mel: distributors@mph.com.my

Semua artikel dalam majalah Direct Seller Malaysia mewakili pandangan peribadi penyumbang dan tidak semestinya pandangan Persatuan Jualan Langsung Malaysia & Harini Management Services Sdn Bhd. Semua penulis bersetuju secara automatik untuk melindungi DSAM dan Harini Management Services Sdn Bhd terhadap sebarang kerugian, kos, perbelanjaan (termasuk fi guaman), ganti rugi dan liabiliti yang mungkin timbul daripada ketidakupayaan, kecuaian, pelanggaran kontrak mereka sendiri atau salah laku sivil yang lain. Kami berhak untuk mengedit semua artikel. Hak cipta terpelihara. Hak cipta Š 2019 oleh Harini Management Services Sdn Bhd. Tiada bahagian dalam penerbitan ini boleh diterbitkan semula dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada penerbit. Persatuan Jualan Langsung Malaysia dan Harini Management Services Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap manuskrip, fotografi, ilustrasi dan bahan editorial yang tidak diminta.

2

/ Malaysia Direct Seller / Vol 1 no 1


Edisi Pertama 2019 Muka Hadapan Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Foto V. Chanthiran

KANDUNGAN

BERITA UTAMA

FOKUS

Industri jualan langsung kekal sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara, sedia berhadapan dengan pelbagai cabaran.

8

Maju ke hadapan ke tahap lebih tinggi

KOLUM

4 Perutusan Presiden 38 Direktori ahli

12 Konvensyen QNET di Pulau Pinang menyaksikan 14 16 20 22 24

penyertaan 13,000 usahawan

Memperkenalkan Ganoderma kepada dunia Prestasi industri jualan langsung 2018 Cara memohon lesen jualan langsung Membezakan jualan langsung daripada penipuan haram Pemasaran inovatif untuk golongan profesional jualan langsung

36 Manfaat keahlian DSAM

ACARA

30

26 30 32 33 34

DSAM menyambut ulang tahun ke-40 Siri Jamuan Makan Tengah Hari Ketua Pegawai Eksekutif Seminar Prestasi Persatuan Asia Pasifik Memupuk hubungan dua hala dengan Myanmar Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Presiden Persatuan Jualan Langsung ASEAN

35 DSAM melawat China

14

Vol 1 no 1 / Malaysia Direct Seller /

3


PERUTUSAN PRESIDEN Ahli-ahli DSAM yang dihormati,

Datuk Tan Chong Guan, Presiden DSAM

4

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

Seperti yang anda tahu, persatuan kami telah memulakan satu projek yang berupaya meningkatkan kesedaran dan pendidikan berkenaan industri jualan langsung. Projek ini adalah Direct Seller, penerbitan yang mengetengahkan isu-isu penting kepada industri serta pelbagai aktiviti DSAM. Saya harap ahli-ahli kami mendapati penerbitan ini amat berguna dan juga melihatnya sebagai sumber maklumat untuk syarikat mereka. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat DSAM. Dalam edisi pertama kami, kami berbesar hati diberi peluang untuk bertemu bual dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang berkongsi pandangan dan harapan beliau terhadap industri ini. Pada masa ini, kerajaan mengunjurkan bahawa hasil jualan untuk industri jualan langsung akan meningkat kepada RM20 bilion menjelang 2020. Beliau juga berminat untuk bekerja lebih rapat dengan DSAM bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh industri, di samping menyediakan bantuan melalui Unit Jualan Langsung Kementerian. Artikel lain dalam majalah ini termasuk langkah-langkah untuk memohon lesen jualan langsung di Malaysia dan manfaat keahlian DSAM. Kami juga memberi tumpuan kepada Gano Excel dan QNET, dua


syarikat yang amat berjaya dalam industri mereka. Saya harap cerita kejayaan mereka akan mendorong dan memberi inspirasi kepada syarikat lain. Kami juga berkongsi angka prestasi yang dikumpul tahun lepas. Ini membolehkan syarikat ahli memperoleh maklumat, menyemak semula unjuran mereka dan membuat keputusan perniagaan yang termaklum. Penerbitan ini juga menyerlahkan beberapa acara seperti sambutan ulang tahun ke-40 DSAM, lawatan ke Myanmar dan China, mesyuarat DSA ASEAN dan Majlis Makan Tengah Hari Ketua Pegawai Eksekutif sempena Tahun Baru Cina 2019. Salah satu isu yang kita, sebagai industri, perlu ambil perhatian adalah kesan e-dagang. Kemunculan e-dagang telah menjejaskan kedudukan industri dari segi keaslian produk, harga dan perlindungan pengguna. Ini menyebabkan pelanggan terdedah kepada penipuan dan produk berkualiti rendah. Berdasarkan kajian, ramai pengguna tidak mempunyai cara untuk mengetahui tarikh luput, kelulusan produk dan tempoh bertenang terjamin yang perlu diikuti oleh penjual langsung berlesen. Walau bagaimanapun, syarikat jualan langsung berlesen harus dibenarkan untuk menyertai, dan bukan menentang platform dalam talian, yang pada masa ini tidak dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia. Satu lagi isu yang telah lama wujud adalah salah faham yang berterusan tentang penipuan wang dan skim piramid. Industri jualan langsung sering kali disalah kaitkan dengan penipuan seperti ini, sesuatu yang kami dan DSAM telah menasihati pengguna dan media secara konsisten. Penipuan seperti ini semakin

“Saya berharap rancangan pendidikan pengguna kami, serta penglibatan kerajaan dan pihak serantau yang berterusan akan membantu menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menentang penipuan.� terjadi di negara lain, justeru mewujudkan masalah rentas sempadan untuk semua negara. Ini juga menyebabkan masalah dari segi penguatkuasaan kerana setiap negara mempunyai undang-undang sendiri mengenai penipuan. Tambahan lagi, beberapa negara kurang maju tidak mempunyai undang-undang untuk industri jualan langsung. Sebagai permulaan, kami mempunyai artikel mengenai cara membezakan jualan langsung daripada skim piramid. Ia membutirkan beberapa perkara yang harus disedari untuk mengelak daripada ditipu. Saya berharap rancangan pendidikan pengguna kami, serta penglibatan kerajaan dan pihak serantau yang berterusan akan membantu menjelaskan langkahlangkah yang boleh diambil untuk menentang penipuan. Sebagai contoh, DSAM sedang membantu menubuhkan persatuan perdagangan yang sama di negara lain, di samping memperkenalkan kod etika dan tingkah laku, serta kod pentadbir yang boleh diamalkan. Selain undang-undang, saya gembira melihat ramai ahli kami mencapai kejayaan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Dalam pengalaman saya, 10 tahun pertama

adalah tempoh paling sukar untuk syarikat jualan langsung. Produk yang ditawarkan harus unik, kewangan perlu kukuh dan rancangan pemasaran harus berlaku adil kepada para pengedar dan agen. Seperti yang dapat anda lihat dalam laporan industri yang diterbitkan, produk kesejahteraan merupakan paling popular. Ia merangkumi lebih daripada separuh jumlah produk yang dijual tahun lepas. Pada pendapat saya, industri jualan langsung juga merupakan permulaan dalam bidang keusahawanan. Ia membolehkan orang ramai dari semua peringkat umur menceburi perniagaan mereka sendiri. Pengalaman peribadi saya juga memberitahu saya bahawa mereka yang berumur antara 30an hingga 50-an sering mencapai kejayaan dalam industri ini. Jualan langsung juga membantu meningkatkan kedudukan kewangan seseorang, memperoleh pendapatan tambahan dalam persekitaran ekonomi yang mencabar pada masa kini. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli yang beragama Islam. Semoga perayaan anda sentiasa diberkati.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

5




BERITA UTAMA

MAJU

KE HADAPAN

KE TAHAP LEBIH TINGGI

INDUSTRI JUALAN LANGSUNG KEKAL SEBAGAI PENYUMBANG PENTING KEPADA EKONOMI NEGARA, SEDIA BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI CABARAN.

i

ndustri jualan langsung terus berkembang dengan munculnya pelbagai model perniagaan baru, termasuk kehadiran peruncit dalam talian yang semakin meningkat. Ini dibuktikan oleh sumbangan industri, iaitu hasil jualan sebanyak RM15.9 bilion pada 2018, menunjukkan bahawa industri berada di landasan yang betul untuk mencapai hasil jualan RM20 bilion menjelang 2020. Matlamat ini ditetapkan oleh Pelan Hala Tuju Industri Jualan

8

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

Langsung yang dilancarkan pada 2013. Dalam wawancara untuk majalah Direct Seller terbitan Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap panjang lebar mengenai sumbangan industri kepada pertumbuhan ekonomi negara. “Berdasarkan Persekutuan Dunia Persatuan Jualan Langsung, Malaysia disenaraikan di antara 10 negara teratas dalam industri jualan langsung global dan menduduki tempat keempat di Asia di belakang China, Korea

Selatan dan Jepun,” kata beliau semasa sesi di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. “Malaysia adalah peneraju dari segi jualan di kalangan negara ASEAN, dengan itu, saya percaya kita mempunyai potensi yang besar untuk menjadi hab serantau bagi industri jualan langsung. “Hala Tuju ini bertujuan membimbing industri ke tahap yang lebih tinggi menjelang 2020, dengan memberi tumpuan kepada modal insan, tadbir urus korporat, serta produk dan perkhidmatan,” kata beliau.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

9


BERITA UTAMA

“Malaysia adalah peneraju dari segi jualan di kalangan negara ASEAN, dengan itu, saya percaya kita mempunyai potensi yang besar untuk menjadi hab serantau bagi industri jualan langsung.” “Penekanan juga diberikan kepada jenama tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan mengeksport produk mereka,” kata beliau sambil menambah bahawa beberapa jenama tempatan mempunyai kehadiran mantap di lebih 100 buah negara.

PENEKANAN TERHADAP AMALAN BERETIKA Untuk memastikan bahawa semua syarikat jualan langsung, para ahli dan pengguna mematuhi amalan beretika dalam interaksi perniagaan mereka, Kementerian telah bekerjasama dengan Persatuan Jualan Langsung untuk memperkenalkan Kod Etika Jualan Langsung 2012. Selain itu, Kementerian merancang untuk memperkenalkan dasar pandangan baru untuk industri. “Berkenaan dengan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid yang digubal pada 1993, pindaan kini dalam perancangan dan Kementerian sedang dalam proses menyusun maklumat terkini yang berkaitan,” kata Saifuddin. “Pada masa yang sama, Kementerian telah memperkenalkan senarai semak permohonan pembaharuan baru pada 2018 yang telah diterima secara meluas. “Melalui penglibatan saya dengan peserta industri mengenai perkara

10

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

ini, apa yang boleh berlaku ialah persepsi orang ramai terhadap model perniagaan ini, kerana ramai yang selalu menyamakan jualan langsung dengan skim piramid,” kata beliau. Walaupun Kementerian bekerja rapat dengan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menyiasat penipuan yang berkaitan dengan skim piramid, mereka juga mengalu-alukan peranan DSAM sebagai ‘mata’ dan ‘telinga’ mereka. Kementerian juga akan mengambil langkah untuk mendidik orang ramai tentang skim piramid haram melalui pendedahan media dan pameran bergerak.

JUALAN DALAM TALIAN YANG TIDAK DIBENARKAN Selain cabaran yang berkaitan dengan persepsi orang ramai tentang jualan langsung, penjualan produk jualan langsung yang tidak sah di platform e-dagang menimbulkan pelbagai masalah kepada peserta industri. Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 menyatakan bahawa jualan produk ini mesti mematuhi garis panduan. Walau bagaimanapun, untuk mengenal pasti penjual yang tidak dibenarkan dan membendung amalan

ini adalah satu cabaran memandangkan sifat penjual yang tidak memberikan nama mereka di platform seperti ini. Masalah timbul bukan sahaja dalam bentuk kehilangan pendapatan untuk penjual langsung, malah penipuan dalam talian juga berlaku. “Kementerian kini dalam proses menyediakan garis panduan untuk operasi perniagaan,” kata Saifuddin. “Salah satu tumpuan utama garis panduan ini ialah – produk dan perkhidmatan syarikat jualan langsung tidak boleh dijual di platform e-dagang pihak ketiga tanpa kebenaran daripada syarikat jualan langsung yang berlesen. Selain itu, platform e-dagang juga mesti mempunyai perjanjian atau kontrak dengan syarikat jualan langsung sebelum menyenaraikan produk dan perkhidmatan. “Ini adalah untuk mewujudkan satu tatacara pengendalian piawai yang dapat melindungi syarikat dan para pengguna dengan berkesan. “Kedudukan kami sebagai pihak kerajaan, dari sudut pandangan pengguna, adalah sebagai pengawal selia. Banyak yang perlu dilakukan untuk mengetatkan undang-undang sedia ada.” Walaupun amalan e-dagang yang tidak dikawal boleh menimbulkan masalah kepada penjual langsung, Saifuddin menggalakkan semua pengamal untuk mencuba model perniagaan ini kerana ia mungkin dapat meningkatkan perniagaan mereka. “Jualan langsung adalah model lama untuk menjual barangan, tetapi ia perlu diberi nafas baru, berubah, dan diuruskan dengan betul sebagai alat pemasaran.”

PERTUMBUHAN EKONOMI Menurut Saifuddin, kerajaan komited untuk menyokong perniagaan penjual


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

FAKTA & ANGKA Industri jualan langsung mempunyai hasil jualan RM15.9 bilion pada 2018. Pada 2020, ia disasarkan mencapai hasil jualan RM20 bilion.

Industri jualan langsung Malaysia di antara 10 teratas di dunia.

langsung kerana ia memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi. “Ramai yang bercakap tentang sentimen pengguna dan industri runcit. Ramai yang tinjau kedai tetapi tidak membeli apa-apa. Walau bagaimanapun, dalam sektor francais dan jualan langsung, anda boleh merancang dan melihat peningkatannya, dan ini bermakna orang ramai belum berhenti berbelanja,” jelas beliau. “Mari kita melihat dari sudut pandangan mikro – iaitu jenis barangan yang biasanya dibeli. Dalam jualan langsung, ini adalah kosmetik, pelengkap makanan, produk kesihatan. Ada pasaran untuk semua ini.” Dengan angka yang menggalakkan daripada industri jualan langsung, beliau yakin bahawa sektor ini bukan sahaja boleh membantu dalam

Industri jualan langsung Malaysia adalah keempat di Asia, di belakang China, Korea Selatan dan Jepun.

Isu umum: Jualan langsung bukanlah skim piramid.

pertumbuhan ekonomi negara, malah ia juga dapat memperkasakan rakyat. “Ia boleh memperkasakan mereka yang ingin menambah pendapatan keluarga, atau membantu ibu bapa tunggal yang perlu kefleksibelan dalam jadual mereka, atau untuk pesara yang ingin terus berhubung dengan persekitaran kerja sambil meningkatkan pendapatan persaraan mereka,” kata Saifuddin. “Saya percaya kita dapat mengatasi sasaran yang ditetapkan kerana lebih ramai penjual langsung menjadikan jualan langsung sebagai sumber pendapatan utama mereka dan bukan hanya melakukannya secara separuh masa. “Peralihan dalam pemikiran telah menggalakkan lebih ramai orang untuk menyertai industri. Produk eksklusif

Barangan popular: Kosmetik, pelengkap makanan, produk kesihatan.

Dikawal selia oleh Akta Jualan Langsung & Skim Anti Piramid 1993.

dan berkualiti yang ditawarkan oleh syarikat langsung serta program pemasaran dan jualan yang agresif turut menyumbang kepada peningkatan dalam hasil jualan,” kata beliau. Saifuddin melahirkan rasa puas hati beliau mengenai hubungan antara Kementerian dan industri jualan langsung, menyatakan bahawa beliau terbuka untuk bertemu dengan DSAM dan berbincang mengenai cara industri boleh mengatasi piawaian semasa. “Saya berharap hubungan seperti ini akan diteruskan,” kata beliau. “Saya berasa sangat gembira bukan sahaja untuk mendapat laporan daripada DSAM, tetapi saya dapat melihat setiap kali saya berpeluang untuk bertemu dengan mereka, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, saya amat gembira dengan hubungan ini.”

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

11


Focus

QNET CONVENTION IN PENANG HOSTS 13,000 ENTREPRENEURS

THE FIVE-DAY EVENT ALLOWS PARTICIPANTS TO UNDERSTAND ITS BUSINESS BETTER.

12

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

f

rom April 23-27, prominent Asian direct selling company QNET hosted a fiveday global convention, bringing together around 13,000 entrepreneurs from around the world to Penang. Around 8,000 aspiring entrepreneurs from Asia participated this year. The V-Convention, held twice a year, is a unique event which brings together customers and distributors of QNET from around the world, its business partners, and also government officials to experience QNET’s products and services and understand its business better. The opening ceremony was graced by Dr P. Ramasamy, Deputy Chief Minister II of Penang, Executive Chairman of QI Group, Dato’ Sri Vijay Eswaran and Deputy Chairman Joseph Bismark. Also present were QI Malaysia Chairman Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas and several other prominent international business partners of QNET. The convention included a series of training programs, motivational speeches, unveiling of brand-new lifestyle products of QNET, and entertainment events. A key attraction this year was the QNET Carnival which showcased over 30 brands of QNET products in one of the biggest exhibitions ever held by the company. This year’s new product launches included a limited-edition luxury watch to commemorate the five-year partnership between QNET and Manchester City Football Club, and Airpure Zayn, the state-of-the-art indoor purifier. One of the more emotional highlights was the graduation ceremony for customers who had completed their online courses through qLearn, an education


product by QNET, popular among customers in Southeast Asia. Participants also had the chance to hear and be motivated by guest speakers who had overcome incredible odds to achieve their dreams. Favourite among them were Farouk Saad Hamad Al-Zuman, the first Saudi to scale Mount Everest, and Sparsh Shah, a 15-year-old Indian-American boy born with brittle bones, who was given two days to live by the doctors upon birth, and is today a YouTube star for his unique musical form blending classical music with rap. QNET’s newly appointed Chief

Executive Officer, Malou Caluza said: “Events like the V-Convention give us an opportunity to serve our distributors and allow them to experience and witness Absolute Living which guides our business. “It is also a great platform to celebrate the spirit of entrepreneurship that direct selling companies like QNET spark in millions of people across the globe, enabling them to improve their lives and contribute to their communities.” Adding to this, Pushpalatha Balan, QNET Regional General Manager for Southeast Asia said: “The V-Convention 2019 has been an amazingly successful event. Our

customers engaged with us, up close and personal and were able to experience first-hand, the dynamism of QNET and what makes us one of the leading direct selling companies globally. The five days has proven to be a game-changer for us all, in many ways.” QNET retails a variety of products for wellness, personal care and beauty, holidays, home care and e-learning courses among others, that enhance the everyday lives of its customers around the world. It was ranked as one of the 100 Solid Top MLM Companies for 2018 by direct selling news portal, Business for Home.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

13


Focus

Gano Discovery Centre, the world’s largest organic Ganoderma plantation.

INTRODUCING GANODERMA TO THE WORLD MALAYSIAN COMPANY GANO EXCEL INTENDS TO IMPROVE LIVES OF PEOPLE WITH ITS HEALTH PRODUCTS.

i

t all started with Leow Soon Seng in the early 1980s, who found that Malaysia’s tropical climate is suited for cultivating Ganoderma lucidum (lingzhi mushroom). Ganoderma has long been associated with promoting health and longevity in China, Japan, and other Asian countries. From his research, he found that six types of Ganoderma to be used in his products. He then established Gano Excel in 1995, with an intention to change the lives of people around the world. Leow started company operations in a rented shophouse in Alor Setar, Kedah with three products – Ganoderma, Excellium dan Gano Café 3 in 1. Now, it is producing items that range from nutrition, health, self-care and home care. The company now has its own office building with seven departments working towards

achieving its common goals. In 2005, Gano Excel was awarded the ISO 9001-2000 certification. In addition, Gano Excel runs an industrial complex worth more than RM20 million, implementing international standards of Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) and Good Manufacturing Practice (GMP). To ensure quality control on the raw ingredient, Gano Excel has the world’s largest organic Ganoderma plantation. It also received recognition from the Malaysian Agriculture and Agro-based Industry Ministry. At the plantation, there are 100 greenhouses, each with 30,000 Ganoderma plants. Although founded in Malaysia, Gano Excel has won international recognition as a global leader in the research, cultivation, production, distribution and marketing of innovative world-class Ganoderma immunology products. With a humble beginning and

a simple philosophy of “Bringing Health and Wealth into Every Family”, Gano Excel has today grown up to be an internationally renowned direct selling company, where thousands of families have pursued their dreams of gaining better financial incomes and millions of people have experienced and benefited the goodness of Ganoderma. The multi-million-dollar company has an international network of more than 60 countries, making Gano Excel the largest Ganoderma company in the world.

Gano Excel’s Board of Executives.

Gano Excel Industries has implemented international HACCP and GMP standards.


DIRECT SELLER IRECT D MALAYSIA SELLER DIRECT SELLER MALAYSIA

“DIRECT SELLING IS AN EMPOWERMENT TOOL FOR MALAYSIANS TO GENERATE INCOME.”

ddin Datuk Seri Saifu er of ist in Nasution, M and e ad Tr tic Domes irs fa Af er um ns Co

IDENTIFYING

ILLEGAL SCAMS DSAM President an Datuk Tan Chong Gu

ON THE INDUSTRY’S FUTURE WE TURN

FIRST N IO EDIT 9 1 20

OF

RM10

N A P U B L I C AT I O

40

VOICE OF THE DIRECT SELLING INDUSTRY

Direct Seller Malaysia is the official publication of the Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) which was founded in 1978. The national trade association promotes the direct selling industry on a national and international level. With a membership of 116 companies in the country, DSAM is the official voice of the industry, and contributes to the industry’s professional image and presence on both the local and global levels. It works closely with the Ministry of Finance, Ministry of Health, Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs and other government bodies and trade associations to achieve the common goals. Malaysia is among the largest direct selling markets in the world and fourth in Asia Pacific, according to the World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA). According to the Direct Selling Unit of the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs, the total industry sales for direct selling in December 2015 was RM15 billion. Direct Seller Malaysia publication is mainly to serve the needs of the dynamic direct selling industry in the country and to voice the concerns and needs of the industry.

TARGET MARKET

• All members of the DSAM • Top management of companies • Relevant Ministries and Government Agencies • Distributed at DSAM events • Independent distributors • Consumers • Sold in all leading bookshops nationwide

For further information and enquiries Harini Management Services Sdn Bhd (609031-W) W-9-12, Menara Melawangi, Amcorp Trade Centre, 18, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor. Tel: +603-7932 3259


Fokus

PRESTASI INDUSTRI JUALAN LANGSUNG

2018

DSAM BERKONGSI STATISTIK UNTUK TAHUN 2018.

i

ndustri jualan langsung dijangka menyumbang RM20 bilion kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia menjelang 2020, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akhir tahun lalu. Pada 31 Disember 2018, ahli DSAM yang terdiri daripada 112 syarikat, telah mencatat peningkatan sebanyak RM7.3 bilion atau 17.74% dalam perolehan jualan, berbanding 2017. Keputusan ini menunjukkan bahawa hasil jualan syarikatsyarikat ahli telah meningkat sejak 2014, daripada RM4.26 bilion. Sementara itu, pada 2017, industri ini pada amnya telah

Sumbangan jualan mengikut jenis produk Kesejahteraan 52% Penjagaan Rumah 1%

Pakaian & Aksesori 5%

Bahan Makanan & Minuman 5% Barangan Isi Rumah & Barangan Tahan Lama 16%

16

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

Buku, Mainan & Alat Tulis 3% Pembaikan Rumah 1%

Kosmetik & Penjagaan Diri 17%


Rajah 1

116 Ahli DSAM (pada 31 Disember 2018) mencatat peningkatan dalam perolehan jualan sebanyak 17.74%, berjumlah RM7.3 bilion.

RM (dalam Bilion)

menyumbang hasil jualan melebihi RM16 bilion di Malaysia, dengan sumbangan sebanyak RM6.2 bilion daripada syarikat ahli DSAM. Menurut statistik yang dikumpul oleh DSAM, produk kesejahteraan masih merupakan produk paling laris di Malaysia. Ia membentuk 52% daripada jumlah produk jualan langsung yang dijual oleh syarikat ahli pada tahun lepas. Jatuh di tempat kedua adalah produk kosmetik dan penjagaan diri pada 17% manakala di tempat ketiga ialah barangan isi rumah dan barangan tahan lama pada 16%. Ini diikuti oleh bahan makanan & minuman, dan pakaian & aksesori pada 5% masing-masing. Buku, mainan dan alat tulis berada pada 3%. Akhir sekali, produk penjagaan rumah dan produk pembaikan rumah mencatat 1% masing-masing. Sebahagian daripada matlamat DSAM juga adalah untuk mempunyai 130 syarikat ahli menjelang akhir 2019. Pada masa ini, Persatuan mempunyai 116 ahli.

8 7.5 7 6.5 6 5.5 5 4.5 4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0

4.26 (-2.52%)

4.48 (5.16%)

2014

2015

5.09 (13.62%)

7.30 (17.74%)

6.20 (21.80%)

2016

2017

2018

Rajah 2

Keahlian DSAM telah meningkat kepada 112 syarikat pada akhir 2018.

13 0 (Unjuran) 112

Bilangan Ahli

97

55

2009

57

57

63

63

2010

2011

2012

2013

68

72

2014

2015

78

2016

2017

2018

2019

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

17


56

Years Establishment 19 Years in Malaysia

Over 40

international markets where Mary KayÂŽ products are sold

200+

Products in the Mary KayÂŽ line consisting of premium skin care, color cosmetics, body care, sun protection and fragrances

Over

3.5

million

Mary Kay Independent Beauty Consultants worldwide

More

1,4

Patents Mary products tec packagin

Pos

Commun

Collaborated Malaysia thro Pink Changing


More than

e than

4 00

y Kay holds for hnologies and n g designs

itive

n ity Impact

d with NASOM o ugh Mary Kay Lives™ initiatives

500,000

Over 200 Pink and Career Cars in Malaysia. * To date

Tests Mary Kay conducts each year to ensure every individual ingredient and finished product meets the highest standards of quality, safety and performance

90 Days Satisfaction Guarantee

beauty is our PASSION www.marykay.com.my


Fokus

1

CARA MEMOHON 6 LESEN JUALAN LANGSUNG

L IC E

20

NC E

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

Wujudkan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jenis perniagaan mesti mencatatkan ‘Jualan Langsung’.

http://www.ssm.com.my/Pages/ Home.aspx

Syarat produk di bawah Garis Panduan Jualan Langsung • Produk mempunyai kelebihannya sendiri Memerlukan penjelasan semasa jualan • • Produk bukan maya / ketara Pendaftaran Produk untuk Suplemen • Tradisional dan Kesihatan Pemberitahuan untuk Kosmetik • • Sijil Label Makanan untuk Produk Makanan • Lesen PDA untuk produk berasaskan Petroleum • Kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga untuk produk elektrik

11

Pemegang AJL baru mesti; Memulakan perniagaan dalam • tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan • Menggunakan pelan yang diluluskan Jual produk yang diluluskan • • Lesen tidak boleh dipindah milik


2

Muat turun borang permohonan Lesen Jualan Langsung (AJL) daripada laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) https://www.kpdnhep.gov.my/ download-forms/?lang=en

5 7 RM500

Pemohon harus mempunyai sekurang-kurangnya lima produk.

Serahkan permohonan kepada Unit Jualan Langsung Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Aras 4 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya, Malaysia. No. Tel.: 03-8882 5500

10

Apabila diluluskan, AJL di bawah nama syarikat akan dikeluarkan. Pemegang AJL baru perlu membayar yuran lesen sebanyak RM500 setahun.

3 4 8 9

Keperluan Modal Berbayar boleh didapati di sini: https://www.kpdnhep.gov.my/ methods/?lang=en

Pemohon mesti mempunyai pelan pemasaran. Pelan ini tidak boleh mengandungi sebarang unsur skim piramid seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 27A – Jadual: Ciri Skim atau Pengaturan Piramid, Akta Skim Jualan Langsung dan Anti Piramid 1993.

Permohonan untuk AJL adalah percuma. PERCUMA

KPDNHEP akan memproses permohonan.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

21


Fokus

MEMBEZAKAN

JUALAN LANGSUNG DARIPADA

PENIPUAN HARAM SKIM PIRAMID, PENIPUAN PELABURAN DAN PENIPUAN LAIN – YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG – DIDAPATI DI BANYAK NEGARA, TERMASUK DI MALAYSIA.

22

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

r

amai yang terpedaya dengan pelbagai skim haram ini manakala yang lain pula mengambil bahagian dengan harapan mendapat keuntungan segera daripada “pelaburan” mereka. Secara tidak sengaja, peserta skim ini telah mewujudkan imej palsu dan kebolehpercayaan tentang skim haram seperti ini selepas tertarik dengan penerimaan bayaran kecil sebagai balasan untuk “pelaburan” mereka. Akhirnya, pulangan ini akan berhenti, menyebabkan kerugian bagi keseluruhan “pelaburan” mereka. Skim haram sering menggunakan kaedah pemasaran berbilang tingkat (multilevel marketing atau MLM) dalam menggalakkan penipuan dan pengambilan ahli. Ada juga yang menyamar dengan harapan dilihat sebagai skim jualan langsung yang sah semasa proses pengambilan ahli.


Jadi, bagaimanakah seseorang dapat membezakan perniagaan jualan langsung yang sah daripada skim haram?

1

Semua perniagaan jualan langsung di Malaysia mesti diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kelulusan adalah dalam bentuk lesen jualan langsung yang mempunyai nombor dengan awalan “AJL” diikuti dengan lima atau enam angka. Sebagai contoh, AJL10001. Sebelum menyertai sebarang perniagaan jualan langsung, minta untuk melihat nombor AJL mereka.

2

MLM tidak sama dengan jualan langsung. MLM merupakan salah satu daripada tiga pelan pemasaran yang digunakan oleh industri jualan langsung di Malaysia (dua yang lain adalah pemasaran satu tingkat dan pesanan pos). Skim haram akan memanfaatkan kejayaan kaedah MLM yang digunakan dalam jualan langsung bagi memajukan perniagaan haram mereka, sering kali mengatakan bahawa skim haram mereka adalah MLM dan menyamakannya dengan jualan langsung.

3

Skim haram membayar bonus atau komisen untuk pengambilan ahli. Sebagai perbandingan, jualan langsung tidak memberi ganjaran atau bayaran terutamanya untuk mengambil atau memperkenalkan peserta. Pengedar bebas dalam jualan langsung hanya boleh memperoleh ganjaran atau bonus melalui penjualan barangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, jika A merekrut B untuk menyertai perniagaan jualan langsung, A tidak akan diberi ganjaran sehingga B membuat jualan. Ganjaran yang diterima oleh A adalah daripada keuntungan jualan yang dihasilkan oleh B dalam urus niaga penjualan tersebut. Jika B tidak membuat jualan, A tidak akan diberi ganjaran.

4

Skim haram biasanya tidak mempunyai kontrak, terma dan syarat yang terperinci. Sebagai

LANGKAH MUDAH UNTUK MENGENAL PASTI PENIPUAN

perbandingan, peserta yang menyertai perniagaan jualan langsung dikenali sebagai pengedar bebas dan mesti disediakan dengan kontrak bertulis yang jelas serta satu set terma dan syarat. Dokumen ini dengan jelas menerangkan syarat perjanjian mereka dengan syarikat jualan langsung.

5

Skim haram memerlukan pembelian wajib atau “pelaburan” untuk mengambil bahagian. Dalam jualan langsung, ia tidak wajib untuk membeli produk atau perkhidmatan atau mengenakan bayaran minimum atau keperluan jualan sebagai syarat untuk memulakan perniagaan jualan langsung anda. Sesiapa sahaja boleh menyertai perniagaan jualan langsung dengan membayar yuran penyertaan yang sangat rendah. Selepas itu, pengedar bebas mungkin diberi kit permulaan untuk membantu memulakan perniagaan. Pelaburan adalah dilarang sama sekali dan menyalahi undang-undang di bawah peraturan jualan langsung.

6

Dalam skim haram, peserta dikehendaki membeli barangan dalam jumlah yang tidak munasabah untuk memperoleh atau mengekalkan kedudukan mereka. Sebaliknya, ini tidak diperlukan dalam jualan langsung. Pengedar bebas hanya perlu membeli produk atau perkhidmatan yang mereka boleh jual atau gunakan dalam tempoh masa yang munasabah.

7 8

Membeli kedudukan atau melabur dalam kedudukan untuk memperoleh pulangan yang lebih baik sering diamalkan dalam skim haram. Untuk jualan langsung, kedudukan diperoleh melalui usaha jualan.

Skim haram biasanya tidak menawarkan sebarang perlindungan pengguna bagi produk atau perkhidmatan yang dijual. Sering kali, produk dan perkhidmatan ini hanya bertindak sebagai topeng bagi aktiviti haram mereka. Dalam jualan langsung, pengguna akan dilindungi oleh tempoh bertenang selama 10 hari. Jika pengguna

• Semak lesen operasi jualan langsung.

• Skim haram membayar

bonus/komisen untuk pengambilan ahli. • Skim haram tidak mempunyai kontrak terperinci. • Skim haram memerlukan pembelian/pelaburan wajib • Tiada perlindungan pengguna untuk produk/perkhidmatan. • Skim haram melupuskan “pelaburan” apabila peserta menarik diri.

tidak berpuas hati dengan pembelian mereka atas apa-apa sebab sekalipun, mereka berhak mengembalikan produk atau perkhidmatan tersebut dalam keadaan yang boleh dipasarkan dalam tempoh bertenang yang ditetapkan.

9

Setelah mendaftar dalam skim haram, peserta biasanya tidak dibenarkan untuk menarik diri. Jika peserta mendesak untuk menarik diri, “pelaburan” mereka mungkin dilupuskan. Dalam jualan langsung, pengedar bebas boleh menarik diri daripada perniagaan pada bila-bila. Namun demikian, jika pengedar bebas mempunyai lebihan stok, mereka perlu mengembalikan barangan yang tidak terjual kepada syarikat jualan langsung jika barangan tersebut dibeli dalam tempoh 180 hari yang lepas. Industri jualan langsung di Malaysia dikawal selia di bawah Akta Jualan Langsung dan Anti Piramid 1993. Untuk melihat salinan Akta ini, sila layari www. dsam.org.my.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

23


Fokus

Jane Bee mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pemasaran dan jualan. Untuk butiran lanjut, sila hubungi beliau di bzarkspace@gmail. com atau melalui WhatsApp di 012-268 5212.

k

onsep pemasaran dapat dijelaskan sebagai proses untuk menarik perhatian, menghasilkan minat dan menimbulkan keinginan daripada pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan anda. Pada pandangan saya, peranan utama pemasaran adalah mengenal pasti keperluan khusus dan mencadangkan produk dan/atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelanggan dan mematuhi semua perkhidmatan sokongan bagi mencapai kepuasan pelanggan. Sebaliknya, pemasaran inovatif merujuk kepada idea dan strategi kreatif untuk memenangi pelanggan. Ini bermakna meletakkan syarikat anda di kedudukan strategik untuk meningkatkan bahagian pasaran. Ia meneliti apa yang membuatkan produk, perkhidmatan, pasukan jualan, pengurusan dan syarikat anda berbeza. Pemasaran inovatif menumpu pada keperluan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan atau penyelesaian khas yang dihargai oleh pelanggan lebih daripada yang lain. Saya percaya pengajaran mengenai pemasaran inovatif tidak boleh diperoleh daripada buku teks. Banyak strategi inovatif adalah hasil daripada pengalaman dan pemahaman yang mendalam mengenai produk, perkhidmatan, pelanggan, pesaing dan industri secara keseluruhannya. Pemasaran inovatif hanya boleh berlaku jika seseorang itu mempunyai kesabaran dan keazaman untuk meneliti, menganalisis dan memanfaatkan

24

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

PEMASARAN INOVATIF UNTUK GOLONGAN PROFESIONAL JUALAN LANGSUNG PERANAN UTAMA ADALAH UNTUK MENGENAL PASTI KEPERLUAN DAN KEHENDAK PELANGGAN. OLEH JANE BEE

peluang yang belum diterokai di pasaran. Setelah bekerja dalam bidang pemasaran dan jualan selama bertahuntahun, saya ingin berkongsi pemahaman saya mengenai pemasaran inovatif yang terbukti telah memberikan hasil positif dari segi peningkatan jualan dan bahagian pasaran. Berikut adalah tujuh pemahaman pemasaran inovatif yang saya percaya juga boleh membantu anda meningkatkan prestasi jualan anda.

MEMAHAMI KEPERLUAN UNIK PELANGGAN ANDA Memahami keperluan biasa pelanggan anda tidak akan menarik perhatian dan minat pelanggan anda berbanding pesaing anda. Untuk mendapat kelebihan, anda perlu bergerak ke tahap persaingan yang seterusnya di mana anda dilihat oleh pelanggan anda sebagai memahami keperluan unik mereka yang tidak dilihat atau dipenuhi oleh orang lain. Sebagai contoh, baru-baru ini saya bertemu dengan seorang pelanggan yang perlukan bukan sekadar tempat acara biasa untuk pelancaran produk beliau. Beliau inginkan ruang majlis yang mempunyai suasana yang dapat mengilhamkan dan mencetuskan imaginasi kreatif bagi menghasilkan pelbagai kemungkinan dan peluang. Selepas meluangkan masa berbincang dan memberi tumpuan kepada keperluan unik tersebut, saya memberikan beberapa cadangan kreatif dan khusus bagi memenuhi keperluan tempat pelancaran produk beliau.

KETAHUI APA YANG PALING DIHARGAI OLEH PELANGGAN ANDA Salah satu bahagian yang paling diabaikan dalam pemasaran ialah andaian tentang apa yang paling dihargai oleh pelanggan kita. Selalunya, kita membuat andaian sendiri. Cara terbaik adalah bertanya


pelanggan anda apa yang mereka paling hargai dalam produk atau perkhidmatan yang telah mereka beli atau berhasrat untuk membeli. Bagi sesetengah orang, masa adalah amat penting manakala yang lain pula pentingkan kemudahan. Sebagai contoh, kebanyakan pelanggan ingin kualiti yang lebih baik, harga yang lebih rendah, kemudahan dan penghantaran yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, dengan memahami sifat produk atau perkhidmatan yang mereka paling hargai, dan menempatkan produk atau perkhidmatan anda untuk memenuhi keperluan mereka, akan memberi anda kelebihan jika mereka perlu melakukan keputusan perdagangan antara sifat-sifat ini.

MEMBANTU PELANGGAN ANDA MENGURANGKAN RISIKO MEMBELI PRODUK/PERKHIDMATAN ANDA Tidak ada sesiapa pun yang suka membuat kesilapan. Dalam banyak organisasi besar, ramai yang takut mengambil risiko. Cara untuk memudahkan orang ramai memilih produk atau perkhidmatan anda adalah untuk menjadikannya kurang berisiko untuk mereka memilihnya. Menyediakan pengendorsan daripada pelanggan sedia ada yang berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan anda adalah satu cara. Memberikan jaminan untuk produk atau perkhidmatan anda adalah cara yang pasti mengurangkan risiko membeli. Satu lagi cara ialah menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang baik. Menawarkan latihan yang baik dan maklumat mengenai penggunaan produk anda bagi memastikan penggunaan yang betul adalah satu lagi cara untuk mengurangkan risiko membeli.

MEMBANTU PELANGGAN ANDA MENCAPAI MATLAMATNYA Terdapat tiga peringkat pelanggan, iaitu; pengguna, pempengaruh keputusan dan pembuat keputusan. Setiap individu tersebut mempunyai

pelbagai matlamat. Jika anda dapat mengenal pasti salah satu matlamat pelanggan anda dan membantu mereka mencapai matlamat tersebut, mereka akan lebih senang membantu anda mencapai matlamat anda.

MEMAHAMI SEMUA KEPERLUAN PELANGGAN ANDA Pelanggan tidak berkelakuan atau berfikir dengan cara berasingan. Jika anda hanya memahami pelanggan anda berdasarkan produk beliau, maknanya anda tidak betul-betul memahami pelanggan anda. Pelanggan membuat keputusan berdasarkan semua keperluan mereka. Pemasaran inovatif bertujuan menghubungkan produk atau perkhidmatan anda untuk memenuhi keperluan lain pelanggan selain keperluan segera bagi produk. Dengan mengetahui cara untuk memenuhi keperluan lain pelanggan anda (walaupun hanya satu cara), anda akan berada pada kedudukan lebih baik berbanding pesaing yang mengabaikannya. Bagi sesetengah orang, keperluan utama mungkin adalah rasa hormat manakala yang lain pula mungkin inginkan keselamatan. Oleh itu, produk atau perkhidmatan anda juga mesti memenuhi keperluan khusus pelanggan anda.

MEMBEZAKAN PRODUK/ PERKHIDMATAN ANDA DENGAN CARA YANG UNGGUL Dalam persekitaran persaingan sengit, kata-kata hikmah berkenaan pemasaran adalah: membezakan atau merosot. Kepentingan pembezaan terletak pada mempunyai ciri produk, sifat atau perkhidmatan yang unik yang tidak dimiliki oleh pesaing tetapi yang dihargai oleh pelanggan. Cara terbaik untuk mencapai keputusan maksimum daripada pembezaan adalah untuk memahami keperluan pelanggan anda secara menyeluruh dan cuba memadankan sifat

unik produk atau perkhidmatan anda kepada keperluan pelanggan anda.

MENINGKATKAN KEUPAYAAN JUALAN ANDA Apabila pelanggan membeli produk anda, dia membeli lebih daripada itu. Dia membeli kredibiliti anda, keperibadian anda, rekod prestasi anda, latar belakang syarikat anda, pasukan sokongan selepas jualan anda, dan faktor lain yang dianggap penting. Oleh itu, meningkatkan keupayaan jualan anda akan lebih mempengaruhi pelanggan membuat keputusan untuk membeli produk atau perkhidmatan anda. Jika anda tidak dapat bersaing dengan pesaing anda dari segi ciri atau sifat produk anda, anda boleh menyerlahkan aspek lain produk anda yang dihargai oleh pelanggan berpotensi sebelum beliau membuat keputusan untuk membelinya. Cara syarikat dapat mengatasi persaingan masa hadapan adalah untuk melabur dalam pelbagai sumber yang dapat menyediakan kelebihan daya saing yang mampan dalam tempoh jangka panjang. Cara untuk melakukan ini adalah dengan melabur lebih banyak masa dan sumber untuk memperoleh pemahaman lebih mendalam tentang pelanggan. Syarikat perlu mendengar keperluan pelanggan secara lebih intensif dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Mereka perlu melakukan tinjauan yang lebih kerap supaya cepat menangkap pandangan pelanggan mereka. Selain itu, mereka perlu sentiasa bertanya apa lagi yang mereka boleh sediakan dan bagaimana mereka boleh meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan mencapai kepuasan pelanggan. Sebagai penutup, saya ingin memetik ungkapan daripada guru pemasaran terkenal, Philip Kotler yang pernah berkongsi kata-kata hikmah ini mengenai pemasaran: “Syarikat terlalu banyak menumpu pada kos untuk melakukan sesuatu. Mereka perlu lebih prihatin tentang kos untuk tidak melakukannya.�

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

25


DSAM

40

DSAM MENYAMBUT ULANG TAHUN

40

KE-

Sambutan dua hari ini termasuk anjuran projek kemanusiaan dan majlis makan malam gala serta sambutan bersama dengan WFDSA. 26

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama


p

ersatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) ditubuhkan pada tahun 1978 dengan matlamat untuk mempromosikan industri jualan langsung serta bertindak sebagai suara utama bagi industri. Pada tahun lepas, DSAM menyambut ulang tahun yang ke40nya pada 25 dan 26 September dengan cara yang begitu bermakna sekali. Sebagai permulaan, lebih 160 sukarelawan daripada syarikatsyarikat ahli telah berkumpul di Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 25 September. Dengan kerjasama pertubuhan amal Rise Against Hunger Malaysia, para sukarelawan berjaya membungkus 80,000 pek makanan yang diedarkan ke kawasan yang sangat miskin dan juga kepada mangsa bencana alam. Dana untuk projek kemanusiaan ini disumbangkan oleh ahli DSAM. Ini diikuti dengan konvensyen dan majlis makan malam gala yang dihadiri lebih 700 peserta. Pada waktu pagi, para peserta telah menghadiri konvensyen yang bertemakan “Jualan Langsung Beretika Selama 40 Tahun”. Dalam ucapan perasmiannya, Presiden DSAM Datuk Tan Chong Guan mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas sokongan mereka

dalam usaha persatuan meneruskan momentumnya ke hadapan. Kemudian, Pengerusi Persekutuan Dunia Persatuan Jualan Langsung (WFDSA) Magnus Brannstrom menyampaikan ucaptama beliau yang bertajuk “Jualan Langsung berteknologi canggih di masa hadapan”. Ini diikuti dengan penyampaian oleh Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi WFDSA Tamuna Gabilaia mengenai, “Berita Terkini mengenai Jualan Langsung Global”. Akhir sekali, perbincangan panel mengenai “Jualan Langsung Beretika Selama 40 Tahun” telah diadakan dengan pengasas dan ketua daripada empat syarikat ahli DSAM. Untuk mengakhiri acara petang

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

27


DSAM

40

28

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama


DSAM INGIN MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA • Penaja Platinum BE International Marketing Sdn Bhd, Coway (M) Sdn Bhd, QNet (M) Sdn Bhd & Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd. • Penaja Emas Elken Sdn Bhd, Forever Living Products (M) Sdn Bhd, Isagenix (Asia Pacific) Malaysia Sdn Bhd, K-Link International Sdn Bhd, Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd, Nu Skin (Malaysia) Sdn Bhd, Perfect Pentagon Sdn Bhd, Sunrider International (Malaysia) Sdn Bhd & UHS Essential Health (Malaysia) Sdn Bhd. • Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur sebagai penaja tempat untuk projek kemanusiaan. tersebut, acara pemotongan kek diadakan oleh DSAM dan WFDSA bagi menyambut ulang tahun ke-40 tahun kedua-dua persatuan. Pada waktu malam, sambutan diteruskan dengan Majlis Makan Malam Gala Red Ruby dengan ucaptama oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau kemudiannya menerima sumbangan RM50,000 daripada DSAM bagi pihak Tabung Harapan Malaysia. Majlis tersebut turut meraikan 42 syarikat ahli DSAM yang menyertai persatuan antara 10 hingga 40 tahun yang lalu. Para hadirin turut menikmati hadiah cabutan bertuah dan hiburan daripada pemegang rekod Guinness, Mark & Pinky, serta persembahan istimewa oleh penyanyi terkemuka Malaysia, Ning Baizura.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

29


ACARA

Siri Jamuan Makan Tengah Hari Ketua Pegawai Eksekutif Acara ini menyaksikan anjuran pelbagai ceramah dan peluang berinteraksi di kalangan ketua syarikat ahli, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Krismas dan Tahun Baru Cina.

Jamuan makan tengah hari tahunan Ketua Pegawai Eksekutif telah diadakan pada 21 Februari 2019 sempena perayaan Tahun Baru Cina. Ia dihadiri oleh lebih 70 ketua syarikat ahli DSAM. Di majlis tersebut, Profesor Madya Dr Ng Swee Chin dan Dr Lee Wah Pheng dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman berkongsi pandangan mereka mengenai Industri 4.0 dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada industri jualan langsung. Kedua-dua penceramah mempunyai pengetahuan mendalam mengenai topik ini dan juga kajian serta proses pelaksanaan dengan sektor kerajaan dan swasta. Penyampaian berwawasan mereka memberikan perspektif umum mengenai perkembangan dan penggunaan Industri 4.0. Pelancongan Dubai kemudiannya memberi penyampaian tentang kemudahan dan keistimewaan kota Dubai sebagai destinasi insentif. Pada tahun lepas, DSAM telah menganjurkan dua Jamuan Makan Tengah Hari Ketua Pegawai Eksekutif sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Krismas.

âœŁ

30

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama


Para hadirin mendengar penyampaian daripada Chan Shu-Ting, Pengarah Jabatan Nutrisi Gen dari Universiti Perubatan Sun Yat-Sen di Taiwan. Topik beliau, “Ujian DNA, Alat Diagnostik yang Tepat” menumpu pada ujian DNA untuk keadaan terdahulu. Jika dikaji dan dibangunkan dengan tepat, ia mempunyai kesan amat besar terhadap produk jualan langsung kerana ia akan mempunyai peranan penting bagi keadaan terdahulu ini. Alvin Kong, Pengarah Urusan HSBC dan Ketua Pasaran Global menyampaikan topik tentang ‘Bajet 2019 dan Tinjauan Ekonomi’, serta gambaran keseluruhan mengenai prospek global dan Asia masa kini, termasuk perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, sebelum memberi tumpuan kepada ekonomi dan prospek 2019 bagi Malaysia. DSAM ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pelancongan Hong Kong, Jabatan Pemasaran Pelancongan Wilayah Gangwon, Pelancongan Korea dan Dubai atas penajaan jamuan makan tengah hari yang diadakan. Ketua korporat DSAM diberi taklimat mengenai tempat MICE, serta aktiviti dan tarikan unik untuk dipertimbangkan di semua destinasi tersebut bagi percutian insentif mereka.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

31


ACARA

Seminar Prestasi Persatuan Asia Pasifik Diadakan di Seoul, WFDSA berkongsi draf akhir Buku Panduan Pemesejan. DSAM menghadiri Seminar APP untuk Persatuan Jualan Langsung Asia Pasifik anjuran Persekutuan Dunia Persatuan Jualan Langsung (WFDSA) di Seoul, Korea Selatan pada 10 dan 11 Mei 2018. Para peserta lain termasuk wakil DSA serantau dan para eksekutif WFDSA. Salah satu acara utama ialah pembentangan draf akhir Buku Panduan Pemesejan WFDSA – panduan bagi semua DSA untuk memberi penerangan mengenai industri dalam cara yang standard dan konsisten, sejajar dengan definisi WFDSA. Sesi sumbang saran juga diadakan untuk menangani isu-isu yang berkenaan dengan syarikat ahli, perkembangan semasa yang dihadapi oleh setiap DSA, pertukaran amalan terbaik, piawaian

32

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

prestasi DSA, inisiatif baru, penyampaian syarikat oleh Atomy dan Amway Korea, dan banyak lagi. DSAM turut melakukan penyampaian di Seminar Ulang Tahun ke-30 DSA Korea Selatan yang dinamakan, “Meet the Future”.


ACARA

Memupuk Hubungan Dua Hala Dengan Myanmar DSAM menyertai mesyuarat pertama Persatuan Jualan Langsung Myanmar. Kerjasama antara Myanmar dan DSAM bermula pada Oktober 2016, apabila delegasi Malaysia melawat negara tersebut untuk bertemu dengan wakil daripada Kementerian Perdagangan. Selain berkongsi pengetahuan industri, delegasi DSAM juga mewujudkan hubungan kerja yang rapat dengan kerajaan Myanmar yang berminat untuk membina industri jualan langsung dan persatuannya sendiri. Pada tahun tersebut, dilaporkan bahawa kira-kira 40 syarikat jualan langsung telah menjalankan perniagaan di Myanmar. Pada akhir November 2016, suatu lawatan sambil belajar ke Myanmar telah dianjurkan oleh DSAM. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengumpul maklumat mengenai industri jualan langsung di Myanmar dan juga prosedur serta peraturan kemasukan. DSAM dan Kementerian Perdagangan juga menganjurkan bengkel dua hari berkenaan jualan langsung yang memudahkan pertukaran pelbagai maklumat penting. Bengkel ini dihadiri pegawai kanan daripada lebih 14 agensi kerajaan, termasuk Kementerian Perdagangan, Jabatan Pentadbiran Makanan & Dadah, Jabatan Kastam, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Direktorat Pelaburan & Pentadbiran

âœŁ

Syarikat, dan Dewan Perdagangan & Industri Persekutuan. Memasuki 2019, DSAM dijemput ke mesyuarat rasmi pertama Persatuan Jualan Langsung Myanmar (MDSA) di Yangon pada 29 Januari. DSAM telah bekerjasama dengan beberapa syarikat yang beroperasi di Myanmar sejak beberapa tahun sebelum ini, yang memuncak dengan pembentukan MDSA. Perlembagaan dan Kod Tatakelakuan MDSA telah diambil daripada DSAM, dengan beberapa pindaan untuk memenuhi syarat pengawalseliaan di Myanmar. Acara kemuncak mesyuarat Januari adalah pemilihan calon untuk Lembaga MDSA yang pertama, diikuti dengan perbincangan tentang perasmian persatuan dan pelantikan pentadbir kod bebas. DSAM juga mengunjungi Zaw Min Win, Presiden Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri Republik Kesatuan Myanmar (UMFCCI). UMFCCI sentiasa menyokong industri jualan langsung di Myanmar dan yakin bahawa Akta Jualan Langsung yang baru akan dilaksanakan tidak lama lagi. Semua persatuan perdagangan di Myanmar berada di bawah bidang kuasa UMFCCI, yang kemudiannya memberikan maklumat terkini kepada kerajaan Myanmar. Kelulusan UMFCCI diperlukan untuk membentuk MDSA.

DSAM dan MDSA kemudiannya bertemu dengan Ye Htut Naing, Pengarah, Kementerian Perdagangan, dan pasukannya di Nay Pyi Taw. Antara topik yang dibincang termasuk penggubalan Akta Jualan Langsung yang pertama untuk Myanmar. Akta ini amat dinantikan oleh industri di Myanmar kerana ia dijangka akan membatalkan larangan ke atas pemasaran berbilang tingkat yang dikuatkuasakan September lalu. Sementara itu, pada bulan Mac, atas undangan DSAM, Ye dan pasukannya melawat Malaysia dengan tujuan memperoleh pemahaman mengenai industri jualan langsung di sini serta membantu dalam penggubalan Akta Jualan Langsung untuk Myanmar. Semasa lawatan, delegasi tersebut diberi taklimat oleh DSAM mengenai prestasi industri, kerjasama erat antara DSAM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, serta pengawalseliaan sendiri yang diamalkan oleh persatuan melalui Kod Tatakelakuan. Satu mesyuarat juga diaturkan antara Kementerian Perdagangan Myanmar dan KPDNHEP di mana delegasi Myanmar diberi taklimat mengenai amalan dan pematuhan jualan langsung di Malaysia.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

33


ACARA

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Presiden DSA ASEAN Jawatankuasa kerja bertemu tiga kali dalam 12 bulan terakhir untuk membincangkan isu-isu industri di rantau ini. Jawatankuasa Kerja Presiden DSA ASEAN (ADPWC) ditubuhkan untuk membincangkan isu-isu semasa dan juga berkongsi maklumat penting tentang amalan jualan langsung di rantau ini. Mesyuarat ADPWC ke-11 telah diadakan di Hanoi, Vietnam pada Julai lepas. Salah satu agenda utama mesyuarat ini ialah taklimat oleh Jawatankuasa Jualan Langsung AmCham Vietnam mengenai enakmen bagi Dekri 40 baru-baru ini, yang menggantikan Dekri 42. Dekri 40 mengawal selia industri jualan langsung di Vietnam. Wakil ADPWC kemudiannya mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa

âœŁ

34

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

Perlindungan Pengguna dan Persaingan Vietnam (VCCPA), Kementerian Perindustrian dan Perdagangan (MoIT), dan Jawatankuasa Jualan Langsung AmCham Vietnam. Pengerusi perbincangan ini adalah Trinh Anh Tuan, Timbalan Ketua Pengarah MoIT. Turut hadir ialah ketua Jabatan Perindustrian dan Perdagangan (DoIT) dari 28 daerah utara Vietnam. Mesyuarat ini diakhiri dengan perbincangan menarik mengenai Dekri 40 oleh MoIt, DoIT dan para Presiden DSA ASEAN. Sementara itu, mesyuarat ke-12 telah diadakan di Kuala Lumpur pada September lalu. Para Presiden dan wakil DSA ASEAN telah hadir di mesyuarat ini bersama dengan

Pengarah Eksekutif Persekutuan Dunia Persatuan Jualan Langsung (WFDSA) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tamuna Gabilaia, Ketua Jawatankuasa GRAC Pontus Andreasson, Presiden DSA India dan juga Pentadbir Kodnya. Antara topik yang dibincangkan termasuk kesan platform e-dagang dalam talian serta berita terkini daripada Asosiasi Penjualan Langsung Indonesia (APLI) mengenai prosedur permohonan dalam talian yang baru dilaksanakan untuk lesen jualan langsung di Indonesia. Akhir sekali, mesyuarat ke-13 telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 2019. Ia dihadiri oleh Menteri Perdagangan Myanmar Ye Htut Naing dan delegasi beliau. Presiden DSA masing-masing menyampaikan ringkasan aktiviti dan undang-undang jualan langsung di negara mereka, diikuti dengan sesi soal jawab. Presiden DSA Myanmar juga berkongsi maklumat terkini mengenai industri jualan langsung di Myanmar serta larangan berterusan mengenai pemasaran pelbagai tingkat. DSA Negara Thai, yang akan menjadi tuan rumah Kongres Sedunia WFDSA XVI, berkongsi maklumat mengenai acara tersebut. Ia akan diadakan dari 30 September hingga 2 Oktober, 2020 di Bangkok. Pada masa ini, ADPWC mempunyai sekretariat tetap di Kuala Lumpur. Ahli ADPWC terdiri daripada DSAM, DSA Negara Thai, DSA Filipina, DSA Singapura, APLI, Jawatankuasa Jualan Langsung AmCham Vietnam, DSA Myanmar dan DSA India.


ACARA

DSAM Melawat China

Lawatan sambil belajar ke China pada April 2018 membolehkan ahli memperoleh pemahaman mengenai industri jualan langsung di negara tersebut. Dengan bantuan CNI (China) Co Ltd, delegasi DSAM telah melawat China buat kali kedua pada April 2018. Lawatan tersebut memberi peluang untuk meneroka industri jualan langsung dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa China yang berkaitan. Delegasi telah bertemu dengan Yang Hongcan, Ketua Pengarah Biro Penguatkuasaan Anti Monopoli dan Anti Persaingan Tak Wajar, Pentadbiran Negeri untuk Industri dan Perdagangan (SAIC) dan pasukan beliau; serta Ye Wei, Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran Pelaburan Asing, Kementerian

âœŁ

Perdagangan (MOFCOM) dan pasukan beliau. Biro dan Kementerian ini terlibat secara langsung dengan peraturan jualan langsung di China. Topik perbincangan termasuk penggabungan pelbagai pentadbiran bagi meningkatkan kecekapan pengawalseliaan industri jualan langsung di China dan juga berkongsi maklumat terkini mengenai industri di Malaysia. Sementara itu, CNI (China) Co Ltd menganjurkan majlis makan malam yang dihadiri oleh Presiden China Hu Jintao, yang juga bekas presiden Persatuan Jualan Langsung Asing MOFCOM.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

35


Fokus

MANFAAT MENJADI AHLI DSAM 4

2

1

Dikendalikan oleh sekretariat bebas. Kerahsiaan adalah terjamin.

Berhak menggunakan logo DSAM berdaftar, pembawa standard bagi industri jualan langsung.

3

Mengamalkan Kod Tatakelakuan yang diiktiraf oleh Persekutuan Dunia Persatuan Jualan Langsung (WFDSA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ahliahli akan ditanda aras terhadap piawaian global.

5

Kod Tatakelakuan DSAM menawarkan perlindungan kepada pengguna, syarikat ahli dan pengedar bebas. Pematuhan kod diawasi oleh pentadbir Kod bebas kami. Kod ini juga termasuk prosedur aduan yang berstruktur.

Bantuan penasihat dalam pelbagai bidang yang luas.

6

Akses yang eksklusif ke laman web “Ahli Sahaja� WFDSA dan DSAM.

36

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama


7

Bantuan khusus apabila berkembang ke pasaran sekutu ASEAN.

8

Bantuan dan rujukan kepada lebih 60 persatuan jualan langsung sekutu di dunia apabila berkembang secara global.

9

Platform untuk membangkitkan isu berkenaan industri kepada pelbagai kementerian termasuk KPDNHEP, Kementerian Kesihatan, Lembaga Perlindungan Data Peribadi, Tabung Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan lain-lain.

10

Mesyuarat bulanan dengan KPDNHEP untuk membangkitkan isu berkaitan ahli kepada Unit Jualan Langsung.

11

Kerjasama dengan syarikat perundangan antarabangsa terkemuka dan perunding cukai, menyediakan tahap perkhidmatan paling tinggi kepada ahli dalam bidang ini.

12

Mengadakan jamuan makan tengah hari Ketua Pegawai Eksekutif yang berkala serta mesyuarat untuk membincangkan pelbagai isu, bertukar-tukar pandangan, pengetahuan dan pengalaman di peringkat pengurusan tertinggi.

13

e-buletin bulanan menyediakan berita terkini mengenai semua perkara berkenaan dengan industri serta pekeliling memberikan kemas kini segera untuk perkara mustahak.

14

DSAM menjalankan tinjauan tahunan dan menerbitkan laporan industri tahunan, termasuk saiz pasaran, sumbangan segmen produk, dan banyak lagi. Ini membantu ahli kami dalam perancangan dan unjuran mereka.

15

Dan banyak lagi.

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

37


A

Direktori Ahli

1. Agape Superior Living Sdn Bhd T: 03 2732 5716 2. AMC Allied Metalcraft Corporation Sdn Bhd T: 03 8081 7223 F: 03 8081 0277

17. CenGreen Global Sdn Bhd T: 03 9056 2005 F: 03 9056 2516 18. Chini Enterprise (M) Sdn Bhd T: 03 4048 1268 F: 03 4041 9918 19. CNI Enterprise (M) Sdn Bhd T: 03 5569 4000 F: 03 5569 1078 20. Conforer Global Sdn Bhd T: 03 9283 5289 F: 03 9285 3449 21. Cosway (M) Sdn Bhd T: 03 2116 1188 F: 03 2148 5444 22. Coway (M) Sdn Bhd T: 03 2059 1000 F: 03 2181 1929

F I 36. Flantech Asia Sdn Bhd T: 04 537 2200 F: 04 537 0099

49. I-Linkage Sdn Bhd T: 03 2713 1288 F: 03 2713 1822

37. Fitline (M) Sdn Bhd T: 03 8081 6680 F: 03 8081 6102

50. Immeri Sdn Bhd T: 03 7972 8033 F: 03 7972 7233

D G J B E H K L C 3. Americ Corporation Sdn Bhd T: 04 229 3470 F: 04 229 3480

4. Am Life International Sdn Bhd T: 03 8070 7616 F: 03-8070 4616

23. Creative Dreams International Sdn Bhd T: 03 7954 9196 F: 03 7954 9197 24. Cuckoo International (Mal) Sdn Bhd T: 1800 88 8181 F: 03 9078 2538

38. Forever Living Products (M) Sdn Bhd T: 03 9282 0033 F: 03 9283 5055

51. Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 8079 1828 F: 03 8079 1829

39. Forlife Research Sdn Bhd T: 03 7629 6800 F: 03 7629 6888

52. Isagenix (Asia Pacific) Malaysia Sdn Bhd T: 03 2243 1878 F: 03 2243 1933

5. Amway (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 7946 2288 F: 03 7946 2399 6. Annkang Wellness Sdn Bhd T: 03 7733 8873

7. Aphrozone (Malaysia) Sdn Bhd T: 04 646 9028 F: 04 646 7153

8. Asia Herbal Biotech Sdn Bhd T: 03 5622 2600 F: 03 5622 2900 9. Atomy Malaysia Sdn Bhd T: 03 2718 8989 F: 03 2718 8988

25. Decho Bio International Sdn Bhd T: 03 8066 2788 F: 03 8066 3132

10. Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd T: 03 5033 2800 F: 03 5033 2900

26. Diamond Interest Sdn Bhd T: 04 397 4675 F: 04 397 9230 27. Doterra Malaysia Sdn Bhd T: 03 2633 7888

40. Gano Excel Enterprise Sdn Bhd T: 04 734 6828 F: 04 732 3828

41. Goodarch Technology Sdn Bhd T: 03 5525 8189 F: 03 5525 8789

53. Jeunesse Global Sdn Bhd T: 03 7960 6005 F: 03 7960 9005 54. Just Essentials Sdn Bhd T: 03 6143 9008

42. Grolier (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 2688 1688 F: 03 2070 5708

28. DXN Marketing Sdn Bhd T: 03 7809 3388 F: 03 7809 3200

55. Kyani (M) Sdn Bhd T: 03 5022 0833 F: 03 5022 0836

11. BE International Marketing Sdn Bhd T: 03 5561 8500 F: 03 5561 8501

43. HDI Network (M) Sdn Bhd T: 03 5633 0906 F: 03 5633 3129

12. Best World Lifestyle Sdn Bhd T: 03 9057 1133 F: 03 9057 2158

13. Bing Han Enterprise Sdn Bhd T: 03 2144 1081 F: 03 2144 7443

29. Edmark (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 8070 2488 F: 03 8075 3366

14. Blondal Sales & Service Sdn Bhd T: 03 5569 1888 F: 03 5569 1558

30. Edutex Trading Sdn Bhd T: 05 313 9988 F: 05 312 8068

15. Brilliant Point Sdn Bhd T: 03 4142 0411 F: 03 4142 0415

31. Elken Sdn Bhd T: 03 7985 8888 F: 03 7785 9284 32. Elowater Malaysia Sdn Bhd T: 03 9212 8500

33. Enagic (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 2282 2332 F: 03 2282 2335

34. Excellent Household Resources Malaysia Sdn Bhd T: 03 5892 1962 35. Extend My Network Sdn Bhd T: 07 5588 276 F: 07 558 8278

16. Cadware Pioneer Sdn Bhd T: 03 9171 6952 F: 03 9171 6951

38

/ Malaysia Direct Seller / Edisi Pertama

44. Healthy Futures Sdn Bhd T: 03 7661 0812 F: 03 7661 0820

56. KZ1 Global Sdn Bhd T: 03 7960 1877 F: 03 7960 2877 57. K-Link International Sdn Bhd T: 03 7948 2333 F: 03 7948 2338

45. Healthy Homes Marketing (M) Sdn Bhd T: 03 9221 2828 F: 03 9221 1868 46. Healthy Way (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 8656 9999 F: 03 8656 1232

47. Herbalife Products Malaysia Sdn Bhd T: 03 2687 6300 F: 03 2687 6262 48. Home Direct Shopping Sdn Bhd T: 03 2282 1233 F: 03 2282 1833

58. Lanfar (M) Sdn Bhd T: 03 4296 0649 F: 03 4296 0650 59. LeRoy International Sdn Bjd T: 03-8925 9999 F: 03-8922 2280 60. Longrich Bioscience (M) Bhd T: 03 2289 0888 F: 03 2289 0828 61. Luxor Network Sdn Bhd T: 03 7681 2233 F: 7681 2266


M P

77. Optimo International Sdn Bhd T: 03 5192 1989 F: 03 5192 1978

88. Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd T: 03 3348 8588 F: 03 3348 8133 89. Sami Direct Sdn Bhd T: 03 7932 3301 F: 03 7932 3341

108. UHS Essential Health (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 2246 0800 F: 03 2246 0901

V Q T W N R Y Z O S U 62. Manamana International Sdn Bhd T: 03 7788 7791 F: 03 7788 7792 63. Market Malaysia Shop Sdn Bhd T: 03 2289 3388 F: 03 2289 3300 64. Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 7711 7555 F: 03 7711 7556

65. Max Health & Living Worldwide (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 7494 1270 F: 03 7931 5018

90. Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 5622 3188 F: 03 5622 3199 91. Shuang Hor Enterprise (M) Sdn Bhd T: 03 6275 8818 F: 03 6276 6822

110. Unilever Malaysia Aviance Sdn Bhd T: 03 7951 9888 F: 03 7960 3660

92. Siang Hin Network Sdn Bhd T: 03 7960 7322 F: 03 7960 7323

78. Perfect Pentagon (M) Sdn Bhd T: 03 7620 3800 F: 03 7620 8282

93. Singer (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 7985 9090 F: 03 7985 9199

79. PHHP Marketing (M) Sdn Bhd T: 07 861 9889 F: 07 861 5023

94. Stemtech Malaysia Sdn Bhd T: 03 7980 2007 F: 03 7980 9700

80. P-Life Marketing Sdn Bhd T: 03 9057 4559 F: 03 9058 2911

95. Sunrider International (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 4253 3266 F: 03 4251 4986 96. Superlife World Sdn Bhd T: 03 9202 6566

66. Max Pine International Holdings Sdn Bhd T: 04 506 0185 F: 04 506 0187

109. Unicity Marketing Sdn Bhd T: 03 7968 9911 F: 03 7968 0888

111. VIVA Life Science Sdn Bhd T: 03 7859 8248 F: 03 7859 8249

97. Synergy Worldwide Marketing Sdn Bhd T: 03 7710 8228 F: 03 7710 9229

67. MOI Worldwide Sdn Bhd T: 03 9221 0586 F: 03 9221 0586

68. Morinda (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 6205 5988 F: 03 6205 2180

69. MPI Multi-Pure International Sdn Bhd T: 03 2242 4188 F: 03 2242 4886

81. Q Beaute Marketing (M) Sdn Bhd T: 03 5879 8544 F: 03 5879 8544

112. Wealthy Pentagon Sdn Bhd T: 03 2280 0068 F: 03 2280 0568

82. QNet (M) Sdn Bhd T: 03 7967 9888 F: 03 7957 5142

98. Tasly (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 9222 3811 F: 03 9222 6811

113. Worldwellness Network Sdn Bhd T: 03 7788 7791 F: 03 7788 0949

99. Thanks Ai Sales & Marketing Sdn Bhd T: 03 7932 1613 F: 03 7932 1619

70. Natural Health Farm Marketing (M) Sdn Bhd T: 03 5569 3721 F: 03 5569 0139

100. Theta Mobile Sdn Bhd T: 03 7839 3439 F: 03 7666 6995

101. Tiens Health Development Sdn Bhd T: 03 9284 7999 F: 03 9284 8999

71. Nefful (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 2031 1177 F: 03 2031 1155

72. NHTC Wellness Products Malaysia Sdn Bhd T: 03 8605 0072 73. Norwex Malaysia Sdn Bhd T: 03 5031 2688

74. Nu Skin (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 2170 7700 F: 03 2170 7799

75. N.Z. New Image Sdn Bhd T: 03 7940 3688 F: 03 7940 3600

83. RBN Global Bhd T: 03 6257 0088 F: 03 6242 7088

84. Richnergy International Sdn Bhd T: 03 7490 5760 F: 03 7496 6266 85. Reliv International Sdn Bhd T: 03 6038 7388

86. Revell Sdn Bhd T: 03 7931 9601 F: 03 7931 9609

102. Totalife (M) Sdn Bhd T: 03 6144 0528

103. Total Reach Marketing Sdn Bhd T: 03 7877 6500 F: 03 7874 4294

114. YMR International Marketing Sdn Bhd T: 09 844 2775 F: 03 848 4775

104. Tri Wonder International Sdn Bhd T: 03 6206 1630

115. Young Living (Malaysia) Sdn Bhd T: 03 2280 1000 F: 03 2280 1002

105. True Mix Sdn Bhd T: 03 7804 9326 F: 03 7806 2463

106. Tupperware Brands Malaysia Sdn Bhd T: 03 5636 5500 F: 03 5631 1832

116. Zhulian Marketing (M) Sdn Bhd T: 04 616 2020 F: 04 641 3020

76. OMX Nutrition Sdn Bhd T: 03 8025 9103 F: 03 8025 9110

87. Sachaway Sdn Bhd T: 07 558 2188

107. UGS Network Service (M) Sdn Bhd T: 03 8060 6989 F: 03 8060 6989

Edisi Pertama / Malaysia Direct Seller /

39





Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.