6 minute read

Konvensyen DSAM 2021: Seterusnya Adalah Sekarang

Next Article
Mesej Presiden

Mesej Presiden

KONVENSYEN DALAM TALIAN KE-2 TELAH MENGIKTIRAF YANG TERBAIK DALAM INDUSTRI DENGAN ANUGERAH-ANUGERAH PENGIKTIRAFANNYA, DAN MENAWARKAN PEMAIN-PEMAIN INDUSTRI MAKLUMAT YANG DIKEMASKINI DARI BARISAN PARA PENCERAMAH YANG DIHORMATI.

konvensyen DSAM 2021, bertemakan Seterusnya Adalah Sekarang telah dirasmikan dengan teruja sekali pada masa negara beralih dari suasana pandemik kepada endemik. Ketika sektor perniagaan mula memulihkan momentum, satu evolusi adalah diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu dari segi kekeluargaan, aktiviti masa lapang, dan yang penting sekali cara perniagaan dijalankan.

“Kita mesti berupaya melakukan inovasi, mendidik dan menggerakkan wawasan kita untuk mendorong kita ke tahap yang seterusnya – Seterusnya Adalah Sekarang,” kata Kent, sebelum mengalu-alukan para hadirin, untuk mendengar perutusan alu-aluannya.

UCAPAN ALU-ALUAN PRESIDEN

Di dalam ucapan alu-aluan beliau, Presiden DSAM Datuk Tan Chong Guan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), serta pasukan beliau atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan kepada DSAM. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penaja konvensyen atas sokongan berterusan mereka.

“Dengan pendapatan yang melebihi RM23 bilion, dan lebih 4 juta pengedar dalam industri kita, jualan langsung kekal sebagai elemen penting di dalam membantu negara terutamanya dalam masa kesusahan. Sebaik sahaja kita keluar daripada kesusahan susah, kita perlu membina asas yang kukuh untuk membawa industri kita ke tahap yang seterusnya,” kata Datuk Tan. “Setelah keadaan tidak menentu yang dialami selama setahun setengah, kita pastinya dapat melihat cahaya di hujung terowong. Negara kita adalah di kalangan segelintir neegara yang telah mencapai 90 peratus kadar vaksinasi di kalangan warga dewasa. Syabas Malaysia!” kata Datuk Tan dengan penuh semangat. Beliau menambah yang industri jualan langsung telah tumbuh 20 peratus pada tahun 2019, lebih daripada jangkaan ramai. Kadar pertumbuhan berterusan dijangka pada tahun 2022, yang kini masih di susun kira oleh pihak KPDNHEP.

Datuk Tan memberitahu bahawa industri telah memperlihatkan tambahan 500,000 pengedar baru yang telah menyertai sejak tahun lepas. “Pernan kita dalam memberi harapan, pendapatan dan kesihatan kepada orang ramai memang sanag t relevan sekarang ini,” beliau menyatakan.

Industri jualan langsung Malaysia menduduki tempat ke 6 di dunia dan ke 4 di Asia Pasifik dari segi jualan, selepas China, Japun dan Korea.

“Kita perlu terus bekerja keras dan bijak untuk memperbaiki kedudukan kita, “ beliau mengingatkan pemainpemain industri dan ahli-ahli. “Pada tahun 2020, saya telah bercakap tentang teknologi dan mengguna teknologi itu untuk memajukan lagi perniagaan. Tahun ini, saya mahu anda memupuk bakat – bolehkah anda bayangkan separuh juta individu yang telah menyertai industri kita, mereka yang baharu dan segar. Menjadi tugas anda untuk memajukan bakat-bakat ini,” Datuk Tan menekankan.

Beliau menasihatkan supaya mengguna inovasi untuk mendapatkan nilai yang lebih baik bagi pengguna dan menggalakkan ahli-ahli untuk meneroka pasaran di luar Malaysia untuk mengembangkan perniagaan. “Pendidikan dan pembelajaran adalah sebagian daripada rutin seharian kita dan kita perlu menambah nilai dalam segala perkara yang kita lakukan,” ujar beliau.

Tambah beliau, segala pelan perlu digiatkan dan setiap ahli perlu menjadi contoh yang baik melalui amalanamalan yang baik dan beretika. “Kode tika DSAM adalah di antara yang paling ketat dan terbaik di dunia Kita sendiri yang menetapkan standard untuk mengekalkan nama baik industri,” kata beliau.

Beliau mengucapkan tahniah kepada usahawan-usahawan terbaik tahunan dan menggalkkan semua untuk terus melakukan usaha mereka yang paling baik dan membanggakan persatuan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam inisiatif Bendera Putih kerana usaha dan sumbangan mereka terhadap satu usaha yang murni ini.

Dato’ Haji Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Konvensyen mengalu-alukan kehadiran Dato’ Haji. Rosol yang berucap kepada para hadirin dengan mesra dan bersemangat.

Beliau mengucapkan tahniah kepada DSAM dan ahli-ahlinya atas kejayaan mereka meskipun terdapat cabaran dari pandemik yang melanda. Dato’ Haji Rosol berkata pandemik telah menjejaskan ekonomi dunia dan negara. Tambahnya ramai orang telah hilang pekerjaan dan sumber pendapatan, namun demikian, jika ditinjau semula apa yang telah berlaku, industry jualan langsung telah memberi harapan kepada jutaan rakyat Malaysia melalui keusahawanan. Industri ini telah menawarkan peluangpeluang yang tidak terbilang bagi menjana pendapatan kepada warga Malayysia Ketika krisis tersebut melanda. Dato’ Haji Rosol.

Berkata beliau berasa bangga menyatakan bahawa industri telah mencatat jualan RM25.6 juta pada 2020, peningkatan 20 peratus berbanding dengan 2019. Tambah beliau KPDNDHEP akan bekerja rapat dengan DSAM untuk memastikan perubahan positif dalm industri jualan langsung, sambil menyumbang bimbingan yang lebih baik.

SENI PERBUALAN OLEH VICTORIA ONG, WARTAWAN, HOS DAN PENERBIT

Di dalam industri jualan langsung, senia perbualan adalah faktor yang penting dalam menjayakan perhubungan dengan. Dengan suasana pandemik ramai orang berada dalam keseorangan tanpa

mengamalkan perbualan. Sesetengah individu mungkin berasa yang mereka telah hilang melibatk diri dalam seni perbualan. Menyedari hakikat itu, Victoria Ong telah menyampai satu seesi yang penuh berkesan dalam menawan saat-saat melalui perbualan yang bermakna. Beliau menonjolkan bahawa professional dalam bidang jualan, kemungkinan anda diberkati dengan kepetahan bercakap, berupaya bercakap kepada orang ramai dengan penuh keyakinan, Tetapi mungkin juga, setelah berbulan-bulan terkurung, ada di kalangan mereka yang mungkin sudah kehilangan majis petah bercakap mereka. Beliau mengemukakan soalan “bagaimana kita mempelajari semula atau mempelajari seni berbual?”

Dalam menangani soalan tersebut, Victoria berkongsi 7 tips berasaskan pengalaman yang termasuk: 1. Hadir – ketepikan semua gajet dan tumpukan perhatian kepada perbualan tanpa melakukan ‘multisaking’ (menjalan dua tugas atau lebih dalam satu masa).

2. Bertanya soalan yang bagus-bagus

– Fikirkan untuk bertanya soalan dan kemukakan soalan-soalan yang terbuka. 3. Berikan pujian – lakukan dengan jujur, spesifik dan senyum semasa memberi pujian. 4. Cari titik persamaan – lakukan penyelidikan tentang pewawancara supaya anda boleh berhubung dengan lebih bersama beliau. 5. Denganr dengan teliti – perhatikan isyarat-isyarat yang bersifat lisan atau sebaliknya, jelaskan soalan dan perhatikan ketidak selesaan di pihak yang lagi satu. 6. Lokasi – ambil kira di mana lokasi yang paling baik untuk menghampiri pihak yang berkenaan atau ambil kira apa platform yang akan diguna. 7. Menghafal – berusahalah untuk mengingati apa yang diperkatakan sperti kesukaan, ketidak sukaan atau perkaraperkara semasa, dan imbas kembali semasa perbualan seterusnya.

Beliau menwarkan 3 tip bagi melakukan pembentangan: 1. Berpakaian yang berwarna berani dan pepejal – warna yang lebih terang menonjol melalui kamera. 2. Pastikan webcam pada paras mata. 3. Ingat tangan anda –Jangan sorok tangan anda dan lakukan isyarat untuk membawa tenga kepada perkara yang sedang dinyatakan.

PENCIPTAAN DIGITAL OLEH MIA ONG, PENGURUS BESAR MGAG MEDIA (RAKAN NIAGA RASMI TIK TOK MALAYSIA)

Dengan kejayaan kencang digitalisasi di dunia hari ini, terutamanya selepas pandemik, pihak pengguna dan juga penjual telah mengambil langkah menggunakan kaedah digital untuk membeli dan menjual. Mia Ong berkongsi idea bagaimana memanfaatkan media digital untuk mencapai audiens sasaran, yang akan mendatangkan faedah yang hebat bagi penjual-penjual langsung di dalam era digitalisasi ini

Mia berkongsi tentang cara menarik minat audiens, especially Gen Z, dengan peniuh bermakna melalui konten di akaun Tik Tok, kerana app ini mempunyai lebih 4 juta pengguna aktif di Malaysia.

Mia menerangkan bahawa videovideo Tik Tok dijangka mencipta kesan yang tinggi menerusi ketumpatan konten yang terdiri daripada nilai menerusi hiburan. Beliau menawarkan tip-tip tentang mencipta konten Tik Tok yang penuh impak dan berkesan;

1. Kenal pasti ‘niche’ atau bidang

tujahan anda – Profil Tik Tok yang berjaya memiliki bidang tujahan yang sangat jelas. Bagi jenamajenama, ‘niche’ nya patut berlegar disekitar nada dan nilai konten jenama. 2. ‘Trendjack’ – jika jenama mengikut gaya semasa dan menunjukkan ia memahami konten Tik Tok ia akan lebih diterima oleh audiens. Manfaatkan gaya yang sedang wujud untuk memaparkan produk anda, tapi pastikan yang ia sesuai dengan pesanan kempen anda. 3. Suburkan komuniti – Tik Tok hebat dalam membina ikutan pujaan ramai. Tik Tok memiliki banyak ciriciri inraktif yang bertujuan memacu pertalian antara penerbit konten dan penonton.

ANUGERAH

Konvenyen berakhir dengan gemilang apabila ahli-ahli menerima anugerah kecemerlangan industri.

This article is from: