7 minute read
Mesej Roger Barnett, Pengerusi WFDSA
Ahli-ahli DSAM, para pembaca/pelanggan Direct Seller Malaysia yang budiman,
Semasa gangguan luar biasa yang dialami beberapa tahun yang lalu, industri jualan langsung telah menyumbangkan produkproduk berkualiti tinggi yang terbukti keberkesanannya, dan satu peluang ekonomi kepada berjuta-juta individu. Selaku Pengerusi Persekutuan Jualan Langsung Sedunia, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat di dalam industri jualan langsung di Malaysia atas peranan anda sebagai penyinar telah menilai semula perhubungan peribadi kita untuk memberi lebih tumpuan kepada perkara-perkara yang benar-benar mustahak bagi setiap seseorang daripada kita. Kita telah melihat betapa hebat berlakunya hal membantu kebajikan orang lain. Pandemik juga telah mempercepatkan masa akan datang. Hala tuju dunia di masa akan datang. Hala tuju industri kita di masa akan datang. Dan yang paling penting, bagaimana industri jualan langsung boleh membantu mentakrif semula masa depan sumber pendapatan penghidupan beratus juta manusia. Penghidupan adalah satu terma yang menarik. Ia kini dikaitkan dengan memperolehi pendapatan. Tetapi takrif yang sebenar bagi penghidupan adalah “keupayaan mendapatkan keperluankeperluan asas untuk kehidupan”. Inilah aspek yang boleh dipimpin oleh industri kita. Untuk menunjukkan kepada dunia bahawa terdapat satu cara yang telahpun terbukti keberkesanannya dan berskala pula, untuk seluruh manusia mendapat keperluan-keperluan asas di dalam menjalani kehidupan. Ia termasuklah kesihatan, pendapatan, mencetuskan satu rasa perhubungan dan tujuan, harapan, pengetahuan, kemajuan peribadi – inilah elemen-elemen yang disumbangkan oleh industri jualan langsung. Dan kita menyumbangkannya kepada sesiapa sahaja dan setiap individu yang memilih untuk menyertai kita.
Dengan berlakunya fenomena segalagalanya turun naik di dunia, saya percaya bahawa inilah masanya bagi industri kita untuk meningkat naik dan lebih bersinar. Inilah masanya bagi kita membawa satu model perniagaan yang lebih perkasa dan inklusif (berkebersamaan) ke barisan hadapan perhatian dunia. SEKARANG adalah masanya bagi kita untuk meluaskan pandangan kita kepada pihak yang berkepentingan tentang peri pentingnya mengambil berat, bukan sahaja terhadap pelanggan-pelaggan kita, pengedar-pengedar kita dan para kakitangan kita, tetapi juga terhadap komuniti-komuniti kita dan planet kita. Inilah saat kita untuk memimpin.
Dua tahun yang lalu telah menonjolkan betapa perlunya apa yang ditawarkan oleh industri kita. Semasa pengangguran
harapan dan optimisme kepada begitu ramai manusia. Jualan langsung di Malaysia memainkan peranan yang penting di dalam menyumbangkan produk-produk berguna dan satu peluang ekonomi, khususnya bagi kaum wanita. Dan dalam peranan saya yang satu lagi selaku Pengerusi Shaklee, saya telah melihat secara langsung betapa ketaranya kesan usaha syarikat kami kepada beratus ribu orang yang menyertai keluarga Shaklee dalam masa dua tahun yang lepas. Kita sedang menempuhi kehidupan yang serba mencabar di dunia ini. Kita berhadapan dengan peperangan, inflasi… dan kegawatan pasaran kewangan. Tempoh 20 tahun harga saham mencanak mungkin hampir berakhir dan dapat dilihat bahawa setelah berlakunya globalisasi selama berdekaddekad, kita sebenarnya semakin hanyut terpisah dari satu sama lain dan bukannya semakin bersatu. Namun demikian, hampir setiap negara di dunia telah mengalami pandemik COVID selama dua tahun yang lepas dan ia telah menghasilkan begitu banyak perubahan. Ia mengubah perspektif kita tentang kesihatan, ia mengubah cara kita bekerja, cara kita menjalani kehidupan, cara kita berinteraksi antara satu sama lain, dan cara kita membeli-belah. Pandemik telah membawa kepada penumpuan yang tajam terhadap ketidaksamaan kualiti kehidupan berdasarkan pendapatan, jantina, dan kaum (ras). Sungguhpun sangat mencabar bagi kita memperkatakan bahawa pandemik sedunia telah membawa kebaikan, namun memang telah berlaku satu pembaharuan tanggapan tentang cara kita semua saling berhubung, yang lebih teruk… dan juga yang lebih baik. Ramai di kalangan kita
Roger Barnett, Pengerusi WFDSA, Pengerusi dan CEO, Shaklee Corporation.
telah meningkat di setiap negara besar di dunia… industri jualan langsung telah MENAMBAH 5 juta orang lagi mendapat pekerjaan. Ketika kemerosotan bilangan tenaga kerja wanita selama berdekad-dekad di ekonomi terbesar di dunia, bagi industri kita keadannya berbeza. Sebilangan besar daripada 128 juta wakil-wakil kita adalah wanita. Kenapa? Kerana kita telah mentakrif semula pekerjaan menjadi sesuatu yang dilakukan secara sambilan dan sesuatu yang anjal atau fleksibel. Dan itulah elemen yang semakin dikehendaki oleh kedua-dua wanita dan lelaki. Beberapa statistik lagi: Di luar negara China, jualan kita dan bilangan pengedar telah berkembang di hampir setiap ceruk rantau di dunia. Dengan adanya industri jualan langsung di tahap global, kesihatan dan kesejahteraan merupakan kategori produk yang paling besar, diikuti oleh produk kecantikan dan produk rumah tangga. Bersama-sama ia mewakili pasaran yang terluang. Hakikatnya, kita sedang giat berkembang dan berdaya tahan. Kita mewakili pekerjaan di masa akan datang, penghidupan di masa akan datang dan keberkesanan korporat kepada masyarakat di masa akan datang. Apakah ertinya semua ini? Dengan mudahnya ia bererti bahawa terdapat banyak peluang bagi setiap seorang yang menjadi sebahagian daripada industri jualan langsung.
Tetapi kita tidak boleh berasa selesa dengan kejayaan masa lampau. Kita mesti sentiasa mendakap masa akan datang. Pada tahun lepas kita telah mencapai tahap jualan yang paling tinggi dan penyertaan bilangan individu yang paling tinggi dalam sejarah 100+ tahun industri jualan langsung. Dan itulah sebabnya kenapa sekarang adalah masa yang tepat untuk melakukan Imaginasi Semula, Rekaan Semula dan Penakfrian Semula tentang apa sebenarnya industri kita. Itulah caranya untuk kita memastikan yang kita akan berterusan menetapkan jualan-jualan baharu dan mencipta kejayaan.
Apakah yang saya maksudkan dengan melakukan Imaginasi Semula, Rekaan Semula, dan Penakrifan Semula bagi industri kita?
Kita perlu mengimaginasikan atau menggambarkan dalam angan-angan kita bagaimanakah dunia digital dapat membina perniagaan jualan langsung. Hari ini, lebih seorang daripada setiap individu di bumi ini saling berhubung melalui apa jua bentuk platform media sosial. Di setiap negara, peratusan jualan runcit yang dilakukan melalui e-Dagang semakin berkembang.
E-Dagang kian berganjak ke perdagangan sosial dan itulah yang diterokai oleh industri kita lebih 100 tahun lalu. Industri jualan langsung memiliki peluang untuk mengerah teknologiteknologi digital ini dengan cara meningkat dan mengembangkan peluang memperolehi pendapatan bagi wakil-wakil kita. Tetapi kita juga perlu terus mewujudkan komuniti dan perhubungan di dalam medium digital dan juga fizikal. Mengimaginasi bagaimana kita mewujudkan komuniti dalam dunia digital adalah satu cabaran yang penting dan menerujakan. Dan apabila kita melakukannya, kita sebenarnya akan menyumbangkan perhubungan dan sokongan yang lebih banyak kepada berjutajuta manusia di sekeliling dunia.
We also have to reinvent our notions about who is a direct seller. Kita juga perlu melakukan rekaan semula terhadap tanggapan kita tentang siapakah penjual langsung itu. Industri global yang keseluruhannya telah diwujudkan sepuluh tahun yang lalu akibat teknologi di sebalik telefon bimbit dan keperluan bagi berjutajuta manusia memperolehi pendapatan anjal secara sambilan. Digelar “Ekonomi Gig” di Amerika Syarikat, pasar-pasar bagi pembeli dan penjual perkhidmatan telah muncul di dalam hampir setiap ekonomi pasaran bebas di dunia. Industri-industri ini telah mewujudkan dalil-dalil yang jelas dan mudah, mengaitkan tindakan tertentu dengan upah yang jelas dan mudah. Dengan rekaan semula siapakah yang dimaksudkan dengan penjual langsung dan bagaimana ganjaran diperolehi, kita boleh mengembangkan lagi industri kita dan membawa masuk lebih ramai orang di masa hadapan.
Dan akhir sekali, kita perlu mentakrif semula apakah itu jualan langsung. Selaku syarikat, kita perlu meletakkan amalanamalan yang beretika di barisan hadapan segala yang kita laksanakan, supaya kita boleh meningkatkan reputasi kita dan menunjukkan kesan kemasyarakatan dan ekonomi kepada negara-negara di mana kita beroperasi. Kita akan menggandakan kesan bersama industri kita dan menekankan bagaimana industri jualan langsung menyumbang kepada ekonomi yang berpelbagai, perkasa dan inklusif (berkebersamaan) bagi semua.
Sebagai sebahagian daripada proses kita untuk melakukan Imaginasi Semula, Rekaan Semula dan Takrifan Semula, WFDSA telah mengambil beberapa inisiatif yang kami harap dapat disiapkan dalam masa dua tahun yang akan datang. Tumpuan kami adalah terhadap Advokasi, Etika dan Kawal Selia. Kami telah menghimpunkan satu gabungan hebat yang terdiri daripada para pemikir yang pintar dari kalangan industri kita, perundingperunding luaran, dan tokoh-tokoh pemikir dari luar untuk meningkatkan reputasi dan keberkesanan kita. Setiap jawatankuasa diketuai oleh Ketua Eksekutif beberapa syarikat terbesar di dalam industri kita.
Dalam tahun 2022 ini, kami sedang menyediakan setiap inisiatif untuk peringkat pelaksanaan dan kami menjangkakan dapat berkongsi dengan anda pencapaianpencapaian yang signifikan pada tahun ini dan juga pada tahun 2023 kelak.
Akhir kata, saya ingin berkongsi pandangan peribadi saya. Saya selalu berkata, “Kemewahan yang paling besar dalam kehidupan adalah di dalam memilih cara kita mencari rezeki.” Ada beberapa orang di kalangan kita yang lahir dalam industri ini, ada yang menemuinya secara kebetulan, dan ada yang lain seperti saya yang telah bertahun-tahun mencari satu perniagaan yang menguntungkan dan juga memberi kesan yang positif bagi jutaan manusia. Walau apapun, kita semua sudah berada di sini. Saya percaya kita semua bernasib baik menjadi sebagaian daripada industri yang mulia ini. Di mana lebih banyak kita menolong orang lain… lebih berjayalah kita. Dan dengan itu, bagi pihak 128 juta ahli industri jualan langsung, saya ingin mengucapkan Terima Kasih atas segala yang anda telah lakukan untuk memajukan lagi kehidupan begitu ramai rakyat Malaysia.