3 minute read
Nu Skin Mencapai Kecemerlangan 25-Tahun Di Asia Tenggara
nu Skin, syarikat kecantikan dan kesejahteraan kesihatan perdana, tahun ini merayakan kejayaan 25 tahun mentransformasi generasi merentasi Asia Tenggara. Jenama ini telah membina namanya dalam industri kecantikan dan kesejahteraan kesihatan sejak ia bermula, dan terus merevolusikan industri dengan kehadirannya.
Nu Skin mempunyai rangkaian produk yang luas dan berterusan mencapai kecemerlangan dalam industri kecantikan dan kesihatan yang kian berkembang. Di antara banyak pencapaiannya, Nu Skin telah dianugerahkan Jenama #1 bagi Sistem Peranti Kecantikan1. ageLOC Boost™ telah menjadi peranti jualan tertinggi Nu Skin, yang juga telah menggondol anugerah seperti Anugerah Kecantikan Bella3 pada 2021, membuktikan yang ia berada di barisan hadapan teknologi kecantikan seluruh dunia dan juga di rantau Asia Tenggara. Semasa acara Kongres Kepimpinan Wanita Dunia (WWLC) ke 9 dan acara Penganugerahan, presiden Nu Skin Asia Tenggara dan Pasifik, Dr. Vicky Leevutinun telah memenangi anugerah yang memang layak diterimanya, iaitu Anugerah Kepimpinan Cemerlang4. Beliau menerima puji-pujian atas kepemimpinan dan pencapaiannya di dalam mengetengahkan idea-idea positif dan mengaplikasikan teknik-teknik dan taktik-taktik canggih untuk merangsangkan ekonomi tempatan. Satu lagi kejayaan berkesan adalah apabila Pharmanex® Nu Skin, telah sekali lagi menjadi jenama “Pharmanex® - No.1 pengurusan berat badan dan kesejahteraan kesihatan di Malaysia buat 6 tahun berturutturut” oleh Euromonitor International2 . Jenama Pharmanex® menawarkan berbagai jenis suplemen pemakanan (diet).
Misi Nu Skin adalah untuk menjadi kekuatan pendorong kebaikan di seluruh dunia dengan membolehkan orang ramai untuk meningkatkan kehidupan melalui produk-produk yang inovatif, peluang perniagaan yang bermanfaat dan budaya yang memperkayakan kehidupan. Dengan semua anugerah dan pengiktirafan yang diraihnya ini, Nu Skin secara berterusan berusaha mencipta produk-produk yang memenuhi keperluan para pengguna, di mana setiap produk melalui ujian penyelidikan dan kemajuan yang meluas sebelum ia dilancarkan. Ketika dunia terus meletakkan kepentingan dan keutamaan pada bidang kesihatan dan kesejahteraan kesihatan, Nu Skin berasa teruja tentang inovasi-inovasi masa hadapan yang sedang dimajukannya yang boleh diperkenalkan kepada industri yang sedang pesat berkembang, sambil memenuhi keperluan dan jangkaan para pengguna.
Naib Presiden Operasi Pasaran, Nu Skin Malaysia & Brunei, Encik Hendrix Wong, berkata, “Kami benar-benar berterima kasih kerana memiliki satu pasukan kakitangan dan brand affiliate yang telah berkhidmat beberapa generasi di Asia Tenggara sejak kami bermula. Kejayaan kami beroleh kecemerlangan ini cuma kerana adanya hubungan dan kepercayaan daripada pelanggan-pelanggan kami sejak 25 tahun yang lalu. Pasaran telah berkembang dan menawarkan benyak sekali pilihan, namun pelanggan-pelanggan kami tetap memilih kami, dan kerana itu kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas kepercayaan
dan sokongan mereka.” Dengan kata-kata itu, Nu Skin memegang komitmen untuk terus memberi balik kepada masyarakat segala sokongan yang telah mereka tunjuk.
Inisiatif Yayasan Force For Good pada Ogos 2021 lalu telah memaparkan jenama yang menyumbangkan bungkusanbungkusan perihatin bagi 600 keluarga dalam kumpulan pendapatan B40 yang teruk terjejas dalam masa kesusahan. Sebagai tambahan, Nu Skin telah menghulurkan usaha amal melalui inisiatif-inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat di kawasan-kawasan terpencil dengan Projek Wish List tahunan yang membawa kegembiraan kepada 385 orang kanak-kanak di bawah Dana Jantung Kanak-Kanak Nu Skin Asia Tenggara. Di bawah dayausaha ini, disumbangkan hadiah-hadiah berupa keperluan-keperluan persekolahan, alat-alat sukan, permainan hingga ke pakaian bagi kanak-kanak yang layak untuk menanam minat mereka terhadap pembelajaran. Tanpa mengira apa jua keadaan dan cabaran di dalam negara berkenaan, Nu Skin memegang komitmen untuk menjadi kekuatan pendorong kebaikan, untuk menyebarkan senyuman dan semangat positif.
Sumber-sumber
1. Euromonitor International Limited; Retail Value RSP terms; all channels; 2017 to 2021. Beauty Systems are at-home Skin Care Beauty Devices that are exclusively paired or recommended to be used with a topical consumable of the same brand. Claim verification based on Euromonitor custom research and methodology conducted January-March of 2022. Sales of at-home skin care beauty devices includes sales of electric facial cleansers as defined in
Passport database. This category does not include hair care/removal appliances, body shavers, and oral care appliances: https://www. euromonitor.com/ nu-skin-claims. 2. Euromonitor International Limited; Consumer Health; as per Weight Management and Wellbeing definition; Retail Value RSP terms; all channels; 2017 to 2022. 3. Bella Beauty Award - https://cittabella.my/2022/01/28/bellabeautyawards2021-22nu-skin/ 4. Outstanding Women Leadership Award - http://www.worldwomenleadershipcongress.org/winners/wwlc/world-women-leadershipawardwinners-2022.html