2 minute read
Jamuan CEO DSAM
JAMUAN CEO DSAM SEMPENA AIDIL FITRI
LEBIH 100 ORANG TETAMU MENYERIKAN JAMUAN MAKAN TENGAH HARI SEMPENA AIDILFITRI SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MASAKAN MALAYSIA JATI, BERAMAH MESRA DAN MENDENGAR APA YANG DISAMPAIKAN SEBARISAN PARA PENCERAMAH.
dSAM menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriahnya di Hotel Saujana Kuala Lumpur pada 8 Jun 2022. Majlis itu mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli DSAM, rakan kongsi perniagaan dan para tetamu yang dihidangkan dengan berbagai juadah Raya. Sesi bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Dartuk Tan Chong Guan, Presiden DSAM yang meluahkan perasaan teruja dan terima kasih beliau kerana berpeluang menjadi tuan rumah jamuan makan tengah hari tersebut setelah lama tidak berkumpul disebabkan Pandemik.
Stephen Ho telah menyampaikan ucapan bertajuk “Transformasi Digital Menggunakan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)” menyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi perniagaan hari ini termasuk industri jualan langsung, peranan Artificial Intelligence (AI) dan bagaimana syarikat-syarikat jualan langsung boleh mengguna AI untuk memacu perniagaan mereka. Beliau menerangkan tentang proses pendigitalan dan mengurus operasi perniagaan menggunakan teknologi untuk memperolehi data penting yang boleh menambah baik penghantaran keputusan perniagaan dan untuk meningkat maju seterusnya. Stephen berkata yang peralatan AI adalah penting bagi mempercepatkan pungutan dan penggunaan data yang tepat dan pantas. Beliau menyatakan bahawa IR4.0 berlegar di sekitar automasi dan penggunaan data dalam membuat keputusan perniagaan. Stephen menambah yang satu lagi pemacu penting memahami data dalam membuat keputusan adalah pembelajaran mesin.
Beliau mengakhiri penyampaian dengan kata nasihat bahawa ‘tidak ada AI terbaik dalam dunia’, hanya AI yang tepat bagi setiap perniagaan yang melibatkan bagaimana pemilik-pemilik perniagaan memanfaatkannya untuk pemacuan keputusan perniagaan.
KOREA, DESTINASI ANDA SETERUSNYA OLEH YANG KYUNG SOO, PENGARAH URUSAN PERTUBUHAN PELANCONGAN KOREA (KTO) DI MALAYSIA
Yang menyatakan kegembiraan beliau dapat peluang berada bersama-sama dengan DSAM dan ahli-ahlinya dalam jamuan makan istimewa ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden DSAM kerana menjadi tuan rumah kepada KTO di majlis tersebut. Yang berucap tentang peranan aktif KTO di dalam memacu pelancongan di Malaysia dan di dalam menarik rakyat Malaysia untuk menugunjungi Korea dan menikmati warisan budayanya dan juga daya tarikannya yang serba sempurna. Beliau berkongsi dengan para hadirin bahawa Korea sedang bergerak dengan baik ke arah norma biasa pasca pandemik dan sudah mula menyambut pelancongpelancong.
Sesi tersebut menyaksikan persembahan yang menerujakan serta memukau tentang daya tarikan Korea oleh seorang ahli pasukan pemasaran KTO. Hiza Idris yang berucap kepada para tetamu menerangkan tentang tempat-tempat melancong yang popular, desa-desa budaya, senibina moden dan pesta-pesta kedaerahan yang indah permai serta pemandangan-pemandangan. Beliau membantu ahli-ahli DSAM dan para tetamu dengan tip-tip mengenai tempattempat bertaraf dunia bagi mengadakan mesyuarat dan bandaraya-bandaraya utama di Korea Selatan yang berpotensi menjadi pilihan syarikat-syarikat jualan langsung bagi menjalankan program perjalanan insentif mereka.
Dua puluh lima orang pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) menyerikan acara dengan dipimpin oleh Encik Wan dari Bahagian Francais dan Jualan Langsung. Beliau mengucapkan terima kasih kepada DSAM lkerana menjadi tuan rumah bagi beliau dan ahliahli pasukan beliau, dan menggalakkan DSAM untuk terus bekerja rapat dengan KPDNDHEP untuk mengawal selia industri jualan langsung bagi memastikan amalan-amalan perniagaan yang beretika.