6 minute read
KPDNDHEP Perkuat Persaingan Industri Jualan Langsung Dalam Ekonomi Digital
CERITA KULIT
KPDNDHEP PERKUAT PERSAINGAN INDUSTRI JUALAN LANGSUNG DALAM EKONOMI DIGITAL
Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkongsi perspektif beliau mengenai hala tuju industri jualan langsung di Malaysia di tengah-tengah ekonomi digital.
industri jualan langsung telah mengalami pola pertumbuhan yang positif di tengah-tengah suasana pandemik COVID-19 selama dua tahun yang lalu. Industri jualan langsung Malaysia telah menduduki antara 10 tempat tertinggi di seluruh dunia – tepatnya menduduki tempat ke enam di seluruh dunia dan tempat ke empat di rantau Asia Pasifik dari segi nilai jualan, menurut Laporan Penjualan Runcit Jualan Langsung terbitan Persekutuan PersatuanPersatuan Jualan Langsung Dunia (WGFDSA). Memandangkan potensi pertumbuhan yang cemerlang serta sumbangan ekonomi industri jualan langsung bagi Malaysia, KPDNDHEP mensasarkan industri ini sebagai salah satu pemacu ekonomi utama yang perlu diperkuatkan lagi untuk mengukuhkan potensinya. “Hala tuju kerajaan bagi industri jualan langsung adalah untuk memberi tenaga semula, menggiatkan semula dan meremajakan semula industri ini.
Oleh itu, kami sedang mengkaji semula dasar-dasar dan Akta-akta dan juga membuat peruntukan untuk latihan bagi memacu industri,” kata Datuk Azman. Beliau menjangkakan kolaborasi di antara KPDNDHEP,
CERITA KULIT
Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) untuk merancang dan memacu industri jualan langsung yang lebih kukuh di negara ini.
Bercakap mengenai pandangan positif masa depan industri jualan langsung Datuk Azman menyatakan yang perolehan jualan bagi industri jualan langsung pada tahun 2020 telah mancatatkan angka RM25.7 bilion, satu peningkatan 19% berbanding RM21.5 bilion yang dicatatkan pada 2019. Beliau menambah bahawa setakat hujung bulan Mei 2022, perolehan jualan industri berada pada RM11.4 bilion dan diunjurkan mencapai RM26.5 bilion. Beliau mendedahkan bahawa angka perolehan jualan menyumbang kepada ekonomi nasional di bawah perkhidmatan perdagangan distributif, menjadinkannya salah satu penyumbang yang utama kepada ekonomi.“
“Jumlah angka jualan bagi 2021 bagi industri jualan langsung dijangka menyumbang secara positif kepada ekonomi negara kita meskipun negara kita dilanda teruk oleh pandemik COVID-19. KPDNDHEP yakin yang industri ini akan terus memacu kebangkitan semula dan pemulihan ekonomi Malaysia,” Datuk Azman menekankan.
“KPDNDHEP gembira dapat bekerja dengan DSAM dan pihak berkepentingan industri untuk mengawal selia industri dan kami memandang ke hadapan untuk melaksanakan penambahbaikan kepada sektor ini memandangkan peranannya yang berkesan dalam ekonomi Malaysia,” tambah beliau.
KPDNDHEP berpadu tenaga dengan DSAM dan juga pemainpemain dalam industri melalui perkongsian strategik, untuk menambahbaik daya saing perniagaan berinovasi dan mampan dalam industri jualan langsung.
“Kerjasama antara kerajaan dan kedua-dua persatuan, DSAM dan pihak berkepentingan industri adalah penting untuk memudahkan perniagaan dan untuk memastikan yang pemain-pemain industri sentiasa mematuhi Akta 1993. DSAM dan pihak berkepentingan industri perlu mainkan peranan penasihat dan pemudahcara untuk memastikan yang industri jualan langsung kekal relevan sebagai sektor perniagaan yang menarik untuk diusahakan, serta untuk menjana pendapatan tinggi,” tambah Datuk Azman.
PENGELUARAN LEBIH LESEN
Datuk Azman berkata bahawa di dalam mengembangkan industri jualan langsung, KPDNDHEP di bawah Kemajuan Francais dan Bahagian Jualan Langsung telah memproses dan memperbaharui kira-kira 36 lessen
jualan langsung dengan 15 lesen-lesen baharu dikeluarkan bagi tempoh antara Januari 2022 hingga hujung Mei 2022. Beliau menjelaskan bahawa sejumlah 396 syarikat sedang giat mengendalikan perniagaan mereka di pasaran domestik dan antarabangsa dengan lessenlesen yang sah di bawah Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993 (Akta 500). Menurut Datuk Azman, KPDNDHEP telah mengeluarkan 30 lesen jualan langsung baharu pada tahun 2021 dan sejumlah 60 lesen baharu dijangka dikeluarkan pada 2022 dan 2023.
KPDNDHEP secara berterusan menggalakkan industri ini untuk menubuhkan segmen pasaran yang kukuh dengan kemudahan dalam berniaga, kerana ia akan membantu mengembangkan ekonomi dan menawarkan peluang-peluang pekerjaan dalam suasana pertumbuhan pascapandemik. Ini pula akan menarik lebih lagi ahli-ahli sambil menambahkan jualan secara berlipat ganda.
PELAN HALA TUJU JUALAN LANGSUNG
Pada tahun 2013, KPDNDHEP telah memperkenalkan Pelan Hala Tuju Jualan Langsung. Apabila berbincang tentang momentum yang dicapai oleh pelan hala tuju tersebut sejak ia bermula, Datuk Azman menerangkan, “Saya berasa gembira menyatakan bahawa pelan hala tuju tersebut telah mencapai matlamatnya. Setiap tahun berturutturut dalam seluruh perjalanannya, penjualan industri jualan langsung Malaysia telah melebihi angka yang disasarkan.”
“Misalnya, dalam tahun 2019 sahaja, industri jualan langsung Malaysia telah mancatat jualan RM21.54 bilion, melebihi sasaran RM18.5 bilion. Dalam tahun 2018, industri telah mencatat jualan sebanyak RM17.93 bilion, melebihi sasaran RM17 bilion,”tambah beliau.
Pencapaian ini telah menambah nilai positif ekonomi Malaysia serta memperkenalkan produk-produk inovatif dalam pasaran melalui platform jualan langsung.
Pelan Hala Tuju terkini bagi 2021 telah dirumuskan untuk memastikan pembangunan industri jualan langsung yang terancang dan berstruktur; dan untuk menambahbaik keupayaan dan daya saing industri dalam masa jangka panjang dan pendek, dengan mengambil kira ekonomi digital, produk-produk inovatif dan amalan-amalan perniagaan yang baik sebagai fokus utama.
INDUSTRI JUALAN LANGSUNG DAN PENDIGITALAN
Datuk Azman menegaskan bahawa industri jualan langsung perlu giat melibatkan diri dalam ekonomi digital bersama produk-produk inovatif dan amalan perniagaan yang baik supaya dapat mengikut rentak pendigitalan dalam dunia perniagaan. Ini termasuklah supaya turut sama menjejaki gaya semasa aktiviti transaksi dalam talian dan e-Dagang. Dalam mempertimbangkan amalan-amalan tidak beretika yang berlaku di platformplatform e-Dagang di dalam penjualan produk jualan langsung, beliau menambah bahawa KPDNDHEP ingin mengesyorkan yang satu perjanjian di antara syarikat dan ejen-ejen mereka diperkemas dengan berkesan. Ini adalah untuk menjaga dan memastikan yang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan kekal eksklusif di platform-platform perniagaan. Selain daripada itu, satu sistem hujung-ke-hujung difikirkan sangat baik bagi perniaagaan-perniagaan jualan langsung.
“Industri jualan langsung adalah unik kerana hak eksklusif yang diberikan kepada setiap syarikat di dalam memasarkan produk mereka. Dalam hal ini, dengan kepesatan transaksi dalam talian dan platform-platform e-Dagang yang berlaku hari ini, perlu ada satu sistem pengurusan kawal selia,” kata Datuk Azman.
Beliau menambah bahawa pendigitalan kekal menjadi salah satu ciri penting pelan hala tuju. Salah satu inisiatif pendigitalan di bawah pelan hala tuju adalah penggunaan sepenuhnya sistem BLESS dalam talian, pada masa yang sama juga menjalinkan perkongsian strategik di antara kerajaan dan pemain-pemain industri untuk membangunkan dan mempromosi operasi perniagaan digital.
“Di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Malaysia bergerak kearah proses menyepadukan teknologi ekonomi digital dalam semua sektor ekonomi. Elemen pendigitalan telah ditentukan di dalam pelan hala tuju yang telah dilancarkan pada April 2022, jadi semua pihak perlu ada komitmen kearah mewujudkan kebersamaan dan pertumbuhan ekonomi berkualiti, melalui inisiatif yang kreatif dan berteknologi tinggi dalam industri,” ujar Datuk Azman.
BERGERAK KE HADAPAN
Datuk Azman menyatakan bahawa untuk menubuhkan lanskap industri yang kukuh, para penjual langsung dan pengguna, mesti memastikan yang kepentingan serta hak pedagangpedagang berlesen dan juga penggunapengguna dilindungi.
“Selagi mereka mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada, pihak Kementerian akan terus menyokong industri jualan langsung,” tegasnya.
Beliau menasihatkan pemain-pemain industri untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi pada harga yang termampu atau berpatutan, dan menyesuaikan produk dan perkhidmatan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa, kerana ini adalah penting untuk industri kekal mampan dan relevan.
“Bagi pihak KPDNDHEP, saya ingin melihat industri jualan langsung terus mencatat kecemerlangan, berdaya maju, memanfaatkan orang ramai dan menyumbang kepada ekonomi yang lebih baik di masa akan datang. Akhir sekali, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada DSAM dan pemain-pemain industri.