1 minute read
Kolaborasi Dsam Dengan MRCA Untuk Menyokong Inisiatif #Benderaputih
persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) telah berkolaborasi dengan Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) direct Selling dalam menyokong inisiatif #BenderaPutih, untuk menyumbangkan keperluan asas kepaha anggota masyarakat yang memerlukan. Menerusi inisiatif ini, DSAM berupaya meringankan kesusahan kekangan kewangan beberapa keluarga dan individu, terutamanya yang berada dalam kumpulan B40 yang menghadapi kesengsaraan akibat kehilangan pekerjaan, kehilangan pendapatan dan lain-lain cabaran kewangan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hamper-hamper makanan diedarkan ke rumah-rumah tangga di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. DSAM telah menyumbang sejumlah RM50,000 bagi tujuan murni ini, di mana sumbangan menyeluruh pada Sept 2021 mencatatkan jumlah RM201,663. Di bawah inisiatif ini, DSAM telah mengedarkan kotakkotak makanan kepada keluargakeluarga di sekitar Lembah Kelang dan Kawasan sekelilingnya. Ia terdiri daripada makanan keperluan seperti beras, mi segera, bihun, sardin, kacang peas hijau, minuman serbuk coklat malt dan biskut. Dengan inisiatif ini, DSAM berdaya menghulurkan bantuan kepada lebih 6,211 keluarga yang memerlukan dan individu-individu melalui 40 pusat pengedaran termasuk antara lainnya PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur; PPR Sri Sabah, Kuala Lumpur; Kampung Tasek Permai, Ampang Jaya; Kampung Labu Lanjut, Sepang; Kampung Baru Sungai Chua, Kajang; Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur; PPR Seri Nilam, Ampang; PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur; dan PPR Pandan Mewan, Ampang.