1 minute read
Pelancaran Pelan Hala Tuju Jualan Langsung
pada Mei 2022, Datuk Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwan Pengguna, telah merasmikan pelancaran Pelan Tindakan Jualan Langsung semasa berlangsungnya Program Hari Industri Jualan Langsung Malaysia. Pelan ini merupakan pelan hala tuju Kementerian tentang arah tujuan industri di masa akan datang dan telah diperkenalkan untuk manfaat semua pemain industri, bertujuan untuk mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih kondusif dan dinamik di dalam negara dan seluruh dunia.
Semasa pelancaran tersebut Datuk Rosol berkata bahawa persepsi lumrah tentang syarikat jualan langsung adalah perkaitannya dengan skim piramid atau skim cepat kaya, dan tanggapan ini perlu diubah. Tambahnya, Kementerian akan terus menumpukan perhatian terhadap menambahkan bilangan syarikat-syarikat jualan langsung yang mempunyai lesen yang sah. Pelan hala tuju ini akan juga memperlihatkan Kementerian menambah baik berbagai inisiatif dengan meningkatkan kesedaran tentang potensi jualan langsung sebagai sumber pendapatan dan penjana ekonomi. Dengan itu, pihak Kementerian berharap untuk memacu dan mengatur strategi untuk melaksanakan pembangunan yang lebih holistik bagi industri.
Program Hari Industri Jualan Langsung Malaysia merupakan satu inisiatif baharu untuk mengembangkan industri dan meningkatkan kesedaran tentang aktiviti-aktiviti jualan langsung yang mematuhi undang-undang di Malaysia. Program tersebut melibatkan 22 syarikat jualan langsung dari Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) dan Persatuan Pengedaran Langsung Malaysia yang mempromosikan potensi peluang-peluang perniagaan kepada orang ramai. Acara ini juga memaparkan satu pameran di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, dan juga kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan industri jualan langsung. Pameran tersebut menerima pengunjung dari seluruh negara di mana mereka menyaksikan peluang-peluang peniagaan yang begitu meluas yang terluang dalam industri jualan langsung.