3 minute read

Oriental Inchaway

KEKAL SIHAT, KEKAL HIJAU

ORIENTAL INCHAWAY, DIPERBADANKAN DI SINGAPURA PADA 2016, SYORKAN PENGAMBILAN LESTARI MAKANAN SUPER SIHAT UNTUK MENGEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT.

oriental Inchaway telah mendasarkan perniagaannya pada pohon renek Amazon yang yang digelar Sacha Inchi. Diperolehi dengan lumayan dan tumbuh dengan liar, terutamanya di Peru, warga pribumi telah menikmati khasiat nutrisi dan kandungan kesihatannya yang unik selama berabad-abad.

Menyedari potensinya untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang, syarikat telah memindahkan penanaman Sacha Inchi ke Asia Tenggara. Ditanam di atas ladang seluas 2,000 ekar di Laos, pohon ini telah hidup subur di bawah suasana yang hampir bebas dari baja dan racun perosak. Ladang itu kini dirus oleh seorang profesional dari Taiwan, yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pertanian.

MAKANAN SUPER SIHAT SACHA INCHI

Sacha Inchi (Plukenetia Volubilis) adalah pohon yang mempunyai biji benih yang boleh dimakan dan kaya dengan asid lemak Omega-3 dan Omega-6, protein, vitamin E dan beta-sitosterol. Ia juga kaya dengan protein, serat, antioksida dan lebih penting lagi ditimbuni dengan asid lemak tak tepu.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry pada 2002 mendapati yang serbuk Sacha Inchi mengandungi kandungan tryptophan yang luar biasa tinggi, asid amino yang penting bagi seseorang mengeluarkan serotonin (sistem saraf bahan kimia yang terlibat dalam mengatur selera makan). Oriental Inchaway adalah syarikat yang mendokong dan mengadaptasi teknologi tekan sejuk untuk mengekstrak minyak dara dari Sacha Inchi.

Digelar “Incha Oil”, memakannya akan membantu melawan kesan sampingan pemakanan kita yang tidak seimbang, seringnya akibat gaya hidup kita yang serba pantas. Selain daripada kandungannya yang sihat, Incha Oil memiliki pensijilan Halal.

PRODUK-PRODUK LAIN

Syarikat juga mempunyai Cellpro, yang disebut-sebut sebagai makanan sel bijak generasi baharu 5G. Ia dikatakan membantu mengatur desoktifi kasi, makanan sihat dan metabolisme badan.

Sementara itu, Aqua X, campuran minuman botanik, dirumuskan untuk membantu mengekalkan air bagi lelaki dan wanita. Longgokan cecair berlebihan boleh membawa kepada tekanan darah, diabetes, atherosclerosis, batu karang dan lain-lain.

Aqua X mengandungi ekstrak ‘meadowsweet fl owering tops’, biji guarana, biji caraway, biji dandelion, buah-buah fennel yang manis dan bahagian udara goldenrod.

Baru-baru ini, para penyelidik dan komuniti perubatan telah mengiktiraf pentingnya kesihatan usus kepada kesihatan menyeluruh seseorang. Kira-kira 70% sel imun adalah di dalam usus, oleh itu mempunyai kesihatan usus yang baik boleh membantu kita melawan pentogen sambil mengekalkan bakteria yang baik.

Untuk meningkatkan kesihatan usus syarikat telah memperkenalkan InchaGuard. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi, laporan klinikal produk menunjukkan nilai keselamatan dan nutrisinya.

Produk ini juga menunjukkan yang ia boleh membantu menghalang pertumbuhan bakteria E.coli sambil memperbaiki persekitaran usus, mencetuskan reaksi alahan dan penyakit umum – demam, selsema, sakit tekak, hidung berhingus dan batuk.

DIBINA UNTUK KEKAL TAHAN LAMA

Oriental Inchaway memiliki model perniagaan yang tertumpu kepada pendidikan yang sentiasa serta latihan dan peluang kerjaya dan peluang perkongsian keuntungan yang banyak. Ia bersedia mengembangkan rangkaiannya ke Thailand, Indonesia, Filipina, Kambodia, Taiwan, Australia dan China.

This article is from: