1 minute read

Faedah Bagi Ahli-Ahli

Next Article
Nu Skin

Nu Skin

FAEDAH MENJADI AHLI DSAM

1

Dikendalikan oleh urusetia bebas. Kerahsiaan adalah terjamin.

2

Berhak menggunakan logo DSAM berdaftar, pembawa piawaian bagi industri jualan langsung.

3

Bantuan penasihat dalam pelbagai bidang yang luas.

4

Mengamalkan Kod Tatakelakuan yang diiktiraf oleh Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Sedunia (WFDSA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ahli-ahli akan ditanda aras terhadap piawaian global.

5

Kod Tatakelakuan DSAM menawarkan perlindungan kepada pengguna, syarikat ahli dan pengedar bebas. Pematuhan kod diawasi oleh pentadbir Kod bebas kami. Kod ini juga termasuk prosedur aduan yang berstruktur.

6

Akses yang eksklusif ke laman sesawang “Ahli Sahaja” WFDSA dan DSAM.

7

Bantuan khusus apabila berkembang ke pasaran sekutu ASEAN.

10

Mesyuarat bulanan dengan KPDNHEP untuk membangkitkan isu berkaitan ahli kepada Unit Jualan Langsung.

13

e-buletin bulanan menyediakan berita terkini mengenai semua perkara berkenaan dengan industri serta pekeliling memberikan kemas kini segera untuk perkara mustahak.

8

Bantuan dan rujukan kepada lebih 60 persatuan jualan langsung sekutu di dunia apabila berkembang secara global.

11

Kerjasama dengan syarikat perundangan antarabangsa terkemuka dan perunding cukai, menyediakan tahap perkhidmatan paling tinggi kepada ahli dalam bidang ini.

14

DSAM menjalankan tinjauan tahunan dan menerbitkan laporan industri tahunan, termasuk saiz pasaran, sumbangan segmen produk, dan banyak lagi. Ini membantu ahli kami dalam perancangan dan unjuran mereka.

9

Platform untuk membangkitkan isu berkenaan industri kepada pelbagai kementerian termasuk KPDNHEP, Kementerian Kesihatan, Lembaga Perlindungan Data Peribadi, Tabung Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan lain-lain.

12

Mengadakan jamuan makan tengah hari Ketua Pegawai Eksekutif yang berkala serta mesyuarat untuk membincangkan pelbagai isu, bertukar-tukar pandangan, pengetahuan dan pengalaman di peringkat pengurusan tertinggi.

15

Dan banyak lagi.

This article is from: