2 minute read
Perbincangan Meja Bulat dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
satu perbincangan meja bulat telah diadakan di antara Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 13hb Ogos di pejabat beliau di Putrajaya. Turut hadir dari Kementerian ialah Timbalan Menteri Dato’ Rosol bin Wahid, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad dan pegawai-pegawai kanan yang lain. DSAM diwakili oleh anggota Lembaganya dan Ahli-ahli Jawatankuasa.
Dalam perbincangan itu, DSAM membangkitkan beberapa isu yang penting bagi industri Jualan Langsung. Ini termasuklah: • Penjualan tidak sah produk-produk Jualan Langsung oleh Platform e-Dagang. • Pindaan kepada syarat-syarat tempoh bertenang, dan • Penguatkuasaan undang-undang terhadap syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berteraskan model Jualan Langsung tanpa lesen.
DSAM juga menyerahkan beberapa cadangan untuk meningkatkan pertumbuhan industri dalam negara dan serantau. Cadangan-cadangan itu termasuklah: • Mewujudkan suasana yang kondusif yang akan membolehkan Malaysia menjadi hub atau pusat Jualan Langsung bagi rantau ASEAN • Pengawalseliaan sendiri terhadap industri Jualan Langsung, dan • Meningkatkan peranan Kementerian.
KPDNHEP dalam tindak balasnya memaklumkan bahawa satu jawatankuasa yang terdiri daripada berbagai jabatan dari KPDNHEP, bersama dengan DSAM akan ditubuhkan untuk meneliti perkaraperkara tersebut.
Kemudian, Presiden DSAM Datuk Tan Chong Guan telah menghadiahkan cenderahati dalam bentuk plak peringatan kepada Datuk Alexander Nanta Linggi.
Peserta perbincangan Meja Bulat di KPDNHEP bergambar bersama.
Presiden DSAM Datuk Tan Chong Guan menyampaikan plak peringatan kepada Menteri, Datuk Alexander Nanta Linggi. Di sebelah kiri ialah Timbalan Menteri, Dato’ Rosol bin Wahid dan di sebelah kanan sekali Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad.
Kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad.
MENGUNJUNGI KETUA SETIAUSAHA KPDNHEP
Satu kunjungan hormat telah dilakukan pada September ke atas Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad. Isu-isu utama yang dibincangkan adalah tindakan susulan ekoran daripada Perbincangan Meja Bulat yang telah diadakan baru-baru ini bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi. Ini diikuti dengan jemputan dari Kementerian kepada syarikatsyarikat Jualan Langsung untuk mengambil bahagian dalam satu pameran KPDNHEP di Shah Alam.
Sidang Akhbar selepas perbincangan Meja Bulat.