Sorotan / Perbincangan Meja Bulat Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
PERBINCANGAN MEJA BULAT BERSAMA MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI & HAL EHWAL PENGGUNA
s
atu perbincangan meja bulat telah diadakan di antara Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 13hb Ogos di pejabat beliau di Putrajaya. Turut hadir dari Kementerian ialah Timbalan Menteri Dato’ Rosol bin Wahid, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad dan pegawai-pegawai kanan yang lain. DSAM diwakili oleh anggota Lembaganya dan Ahli-ahli Jawatankuasa. Dalam perbincangan itu, DSAM membangkitkan beberapa isu yang penting bagi industri Jualan
Peserta perbincangan Meja Bulat di KPDNHEP bergambar bersama.
6
/ Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2021
Langsung. Ini termasuklah: • Penjualan tidak sah produk-produk Jualan Langsung oleh Platform e-Dagang. • Pindaan kepada syarat-syarat tempoh bertenang, dan • Penguatkuasaan undang-undang terhadap syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berteraskan model Jualan Langsung tanpa lesen. DSAM juga menyerahkan beberapa cadangan untuk meningkatkan pertumbuhan industri dalam negara dan serantau. Cadangan-cadangan itu termasuklah: • Mewujudkan suasana yang kondusif yang akan membolehkan Malaysia menjadi hub atau pusat
Jualan Langsung bagi rantau ASEAN • Pengawalseliaan sendiri terhadap industri Jualan Langsung, dan • Meningkatkan peranan Kementerian. KPDNHEP dalam tindak balasnya memaklumkan bahawa satu jawatankuasa yang terdiri daripada berbagai jabatan dari KPDNHEP, bersama dengan DSAM akan ditubuhkan untuk meneliti perkaraperkara tersebut. Kemudian, Presiden DSAM Datuk Tan Chong Guan telah menghadiahkan cenderahati dalam bentuk plak peringatan kepada Datuk Alexander Nanta Linggi.