Kelab Diet Atkins (c)
Telur dan Kolesterol – Berapa Biji Patut Anda Makan Untuk Sehari? Telur ialah antara makanan paling berkhasiat di dunia. Bayangkan, sebiji telur mempunyai kesemua nutrien yang perlu untuk menukarkan satu sel tunggal kepada seekor anak ayam. Bagaimanapun, telur mendapat reputasi buruk kerana bahagian kuning telur mengandungi kolesterol tinggi. Malah, sebiji telur saiz sederhana mengandingi 186 mg kolesterol, yang merupakan 62% dari keperluan seharian yang disyorkan. Ramai percaya bahawa makan kolesterol akan menaikkan kadar kolesterol dalam darah dan menyumbang kepada penyakit jantung. Tetapi ia bukan semudah itu. Lagi banyak anda makan kolesterol, lagi sedikit badan anda mengeluarkan kolesterol. Biar saya terangkan bagaimana ini berlaku‌
Bagaimana Tubuh Anda Mengawal Pengeluaran Kolesterol Kolesterol sering dilihat sebagai satu perkataan negatif. Apabila kita dengar perkataan kolesterol, secara automatik kita akan mula berfikir tentang ubat-ubatan, serangan jantung dan mati awal. Tetapi sebenarnya kolesterol ialah satu bahagian penting dalam badan. Ia molekul berstruktur yang merupakan bahagian penting dalam setiap membran sel. Ia juga digunakan untuk menghasilkan hormon steroid seperti testosteron, estrogen dan kortisol. Tanpa kolesterol, kita tidak akan wujud.