www.ngop.com.my
EDISI 1, 2016 RM10.00 senaskah
Semenanjung Malaysia
PESAKA
Menyambut Baik Usaha Untuk Memberi Pengiktirafan Kepada Badan NGO Di Atas Sumbangan Mereka.
Presiden PESAKA, memberi sokongan di atas usaha untuk memberikan pengiktirafan kepada badan-badan NGO di Malaysia. Pelbagai usaha telah di lakukan oleh badan-badan NGO ini dalam pembentukan masyarakat yang berilmu, berdedikasi, efisyen dan mutu pimpinan yang luar biasa.
03
PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN MALAYSIA (PESAKA)
09
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA (GB4BM)
13
PERTUBUHAN AMAL PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN INSAN MALAYSIA (PERAPIM)
17
PERSATUAN USAHAWAN INTERNET MALAYSIA (PUIM)
Majalah NGO hanya boleh diperolehi melalui langganan sahaja.
21
AMAN PALESTIN BERHAD (AP)
MEMBINA
GENERASI
KEPIMPINAN YANG
BERILMU, BERDEDIKASI Ilustrasi oleh: Six@Studios SENATOR TAN SRI DATUK SERI (DR.) HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM ketika “Himpunan Rakyat Bersatu”
Penasihat YBhg. Isham Jalil Pengarah Penerbitan Ashadie Zuel’Izzi Penerbit Eksekutif Muzaffar Mahadi Pengarah Program Anugerah Dr. Roslan Basaruddin Ketua Editorial Ahmad Zakir Hj. Abdul Rahman Ketua Jurnalis Wardahtul Ain Ahmad Nawawi
Terbitan Dan Edaran NGO Publications & Mangement No20-2, Jalan BK 5A/3B, 47180 Bandar Kinrara, Selangor. Grafik & Susun Atur Ashadi Trading No. B 1-6, Taman Desa, 581000 Jalan Klang Lama, KL. Di Cetak Oleh Graphic Technology (M) Sdn Bhd. No 1& 3, Jalan Tanming 5, Taman Tanming Jaya, 43300 Balakong, Selangor. HAK PENERBITAN© Adalah dilarang menggunakan teks, gambar dan foto di dalam majalah NGO untuk tujuan percetakan, media digital dan pengiklanan tanpa kebenaran pihak editorial. Sebarang sumbangan penulisan artikel boleh dihantar atau emailkan kepada kumpulan editor NGO. Penulisan artikel dan foto akan ditapis dahulu oleh pihak NGO editorial bagi mengelakkan “plagarism”. Penulisan artikel mestilah di dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris.
NGO, EDISI 1
DAN
EFISYEN.
Assalammualaikum w.b.t.
epimpinan hari ini akan menjadi contoh kepada generasi kepimpinan yang akan datang. Bercakap mengenai kepimpinan ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan dan mestilah berilmu. Seorang pemimpin perlulah bijak menanggani segala jenis masalah atau isu dengan matang dan berhemah. Generasi muda hari ini perlu diberi pengisian dari segi etika kepimpinan bagi membentuk peribadi seorang pemimpin yang disegani dan dihormati masyarakat. Keperluan semasa hari ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi kualiti kepimpinan generasi muda atas faktor kewangan. Keinginan untuk memperolehi kehidupan mewah telah membentuk diri mereka ini dengan matlamat dan objektif kepimpinan yang salah dan berkepentingan. Keadaan ini adalah sangat tidak baik kerana ianya akan melemahkan struktur pentadbiran samada perniagaan, organisasi mahupun kerajaan. Kepimpinan yang berilmu, berdesikasi dan efisyen perlu diterapkan di dalam setiap diri belia-belia agar mereka mempunyai visi dalam kepimpinan dan pemikiran yang luar biasa. Dalam keadaan politik hari ini yang semakin mencabar dan materialistik, belia-belia ini harus disediakan dengan pelbagai mekanisme dan pendedahan ilmiah agar pemikiran mereka lebih matang dan kritis. Pemahaman ilmu agama yang lebih mendalam juga menjadi satu keperluan dalam melahirkan pemimpin yang beriman. Sekian, Terima Kasih! Ketua Editor
3
MENARIK DALAM EDISI KALI INI:
03
FOKUS: PESAKA Persekutuan Silat Kebangsaaan Malaysia TA: www.pesakamalaysia.org.my
21
KEAMANAN: AMAN PALESTIN Aman Palestin Berhad TA: www.amanpalestin.net
09
BELIA: GB4B MALAYSIA Gerakan Belia 4B Malaysia TA: www.4bmalaysia.org.my
24
PEMIMPIN MUDA: INTAN Puan Intan Mazrosheilawati Mat Zain DO: Ain Nawawi
13
PENDIDIKAN: PERAPIM Pertubuhan Amal Pendidikan Dan Pembangunan Insan Malaysia DO: Ustaz Sabri Mat Dilu
27 CREEPER CREATIVE Encik Mohd Fadzil Arifin DO: Ain Nawawi
30 SUMBANGAN ARTIKEL
Fenomena Vaping Dan Kesan Ke Atas Kesihatan
17
USAHAWAN: PUIM Persatuan Usahawan Internet Malaysia
DO: Dr Nur Farrah Nadia bt Najib. Pegawai Perubatan (A&E) Hospital Penawar.
TA: www.puim.my
4
NGO, EDISI 1
PESAKA
Menyambut Baik Usaha Memartabatkan Badan NGO Assalammualikum w.b.t.
Sekalung tahniah diucapkan kepada NGO Publications & Management (NGOPM) kerana terhasilnya sebuah majalah yang bertajuk NGO ini. Penerbitan majalah ini dilihat sebagai satu wadah kepada pembangunan negara secara tidak langsung kerana sasaran yang ditetapkan melibatkan masyarakat secara menyeluruh. Dengan adanya penerbitan seperti ini juga ianya dapat menilai keberkesanan setiap organisasi bukan kerajaan terhadap kewujudannya di Negara ini. Dengan adanya majalah ini akan dapat melahirkan rasa minat dan cintakan Negara di kalangan masyarakat. Sesebuah majalah bukan hanya sebagai penyampai maklumat malah lebih kepada memberi kesedaran serta mendidik masyarakat agar lebih memahami peranan mereka yang sebenar di samping dapat menilai kebenaran sesuatu informasi. Justeru, saya ingin menyeru dan mengajak organisasi-organisasi bukan kerajaan di Malaysia agar terus memacu persefahaman yang utuh demi kelangsungan negara di masa akan datang.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerbit dan editor serta pasukan yang berusaha mengadakan majalah ini dan didoakan semoga usaha ini berterusan sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Semoga jasa baik yang membaca serta menjadikan majalah ini sebagai bahan informasi serta rujukan yang baik ini akan diberikan keberkatan di dunia dan akhirat. Amin, wassalam.
SENATOR TAN SRI DATUK SERI (DR.) HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM Presiden, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) 5
Gerbang Persilatan Sedunia
Kepimpinan Presiden PESAKA telah beralih kepada YAB Dato´ Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, semasa Sidang Agung PESAKA pada tahun 2009. Beliau mempunyai misi dan visi yang jelas. Beliau berusaha mendirikan sebuah Kompleks Silat bernama GERBANG PERSILATAN SEDUNIA di Perkampungan Hang Tuah seluas 20 ekar di Sungai Duyong, Mukim Duyong, Melaka. Tempat tersebut, mempunyai lima buah gelanggang kecil iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Gelanggang utama mampu menampung seramai 3,000 orang pesilat dalam satu masa.
6
NGO, EDISI 1
NGO, EDISI 1
7
PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN MALAYSIA FALSAFAH YANG DI BAWA DALAM BENTUK ORGANISASI SILAT. • Membentuk individu yang berdisplin. • Membentuk individu yang taat kepada ketua dan organisasi. • Membentuk individu yang sabar tetapi gigih serta budi perketi yang berteraskan budaya bangsa. • Membina rasa tanggung jawab. • Memperkukuhkan persaudaraan. • Mempertahankan kebenaran. • Menjadi senjata yang berkesan untuk mempertahankan diri. • Membentuk semangat jati diri menjaga maruah negara.
ersekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) telah ditubuhkan pada 24hb. September 1983, dalam usaha mewujudkan satu organisasi Persilatan di Malaysia pada ketika itu terdapat 4 Pertubuhan Peringkat Malaysia iaitu Seni Silat Lincah Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Seni Gayung Fatani Malaysia dan Seni Silat Cekak Malaysia beserta 16 buah PESAKA Negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah, Labuan dan Putrajaya) yang bergabung. Kini dianggarkan seramai 4 juta ahli-ahli silat di seluruh Malaysia. SILAT SENI BUDAYA & WARISAN Silat Seni Budaya dan Warisan bermaksud silat yang wujud, diwarisi dan dikembangkan dengan kepelbagaian keaslian gerak, teknik dan unsurunsur mengikut aliran perguruan masing-masing. SILAT OLAHRAGA Silat Olahraga bermaksud silat yang diolah untuk dijadikan sebagai sukan dan dipertandingkan. Sukan Silat Olahraga mempunyai system dan silibus mengikut kaedah-kaedah dan peraturan tertentu yang telah ditetap dan diseragamkan bagi tujuan pertandingan. Sukan ini juga diwujudkan bagi memenuhi kriteria dan konsep kesukanan agar penyertaannya lebih menyeluruh tanpa mengira ras, jantina, bangsa, agama dan Negara. 8
USAHA PENUBUHAN MAJLIS SENI SILAT MALAYSIA Pada 6hb, Februari 1978, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia (KKBS) telah mengadakan satu pertemuan antara empat pertubuhan silat iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Seni Silat Lincah Malaysia dan Seni Silat Cekak Malaysia yang bertujuan untuk menyusun usaha ke arah menubuhkan organisasi silat di Malaysia yang dinamakan Majlis Seni Silat Malaysia. Majlis membuat keputusan menerima dasar bagi menentukan konsep dan struktur organisasi silat yang boleh menerima faedah kepada silat, rakyat dan negara. Mesyuarat menerima konsep mewujudkan organisasi silat di peringkat negeri-negeri yang disediakan oleh Bahagian Kebudayaan KKBSM. Dalam kertas kerja KKBSM bertajuk “Seni Silat Ke Arah Menubuhkan Majlis Seni Silat Malaysia Dan Persatuan Seni Silat Negeri” yang mewakili persatuan-persatuan silat peringkat negeri menyebutkan bahawa,
Silat sebagai keagungan dan asas ketahanan nasional yang kukuh dengan ahli-ahlinya yang bermaruah, bersatupadu, sihat dan berdisiplin. Bergerak sebagai badan sukarela dengan berasaskan persaudaraan, saling menghormati dan tidak membeza-bezakan masalah kaum. Mengikut data pada tahun 1975 (KKBS), jenis dan kumpulan silat dalam tiap-tiap negeri di Malaysia lebih kurang 464 kumpulan silat yang merangkumi 265 jenis dan dianggarkan lebih daripada 100,000 orang ahli terdapat di ceruk rantau negara ini. Sehingga 1977 tiada satu NGO, EDISI 1
PESAKA perancangan khas bagi pergerakan aktiviti silat dalam di setiap negeri tersebut, melainkan atas usaha persatuan atau pertubuhan silat sendiri. Pendirian KKBS ketika itu mengiktiraf semua jenis silat tanpa mengira jenis dan sifatnya serta menyokong segala kegiatan persatuan-persatuan silat selagi memberi manfaat kepada masyarakat, tidak bertentangan dengan dasar dan undangundang. Bagi memudahkan pentadbiran dan pengurusan silat satu definisi silat disyorkan dalam kertas kerja itu iaitu mana-mana silat, gayung atau seni bela diri orang Melayu yang mempunyai sifatsifat fizikal ke arah pembangunan otot yang terdiri dari gerak dan langkah yang memberi tujuan kepantasan, kekuatan kemahiran koordinasi gerak maksud mempertahankan diri sama ada dengan menggunakan muzik atau tidak dalam latihan, bersenjata atau tidak, bercorak silat pulut, pukulan atau mempunyai latihan jasmani secara body-contact atau tidak insentif dalam latihan.
Seni silat terkenal sebagai suatu gaya seni pertahankan diri orang-orang Melayu di rantau ini, warisan moyang ratusan tahun dahulu dan menjadi satu kemegahan masyarakat Melayu khasnya di Malaysia. Dari pendapat umum melalui perbualan dan ucapan-ucapan rasmi para menteri dan pembesar Negara di majlis-majlis mengenai silat menyatakan perlunya ditubuhkan satu badan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal silat. Silat Melayu boleh mencapai taraf antarabangsa sekiranya ada usaha bersama dari persatuan-persatuan silat Melayu. Selama ini silat berjaya menawan golongan yang dianggap hampas masyarakat atau belia yang rosak jiwa atau liar yang sukar lentur meninggalkan tabiat-tabiat yang tercela seperti gejala sosial. Silat dapat mendidik jiwa anak-anak muda. Daripada jumlah keanggotaan silat pada ketika itu sudah cukup kuat untuk membangunkan semangat berdikari di bidang ekonomi yang kukuh. Silat harus bersikap bertanggungjawab mengukuhkan keselamatan dalaman Negara dengan menyekat pengaruh negatif atau musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memecahkan perpaduan Negara, menjatuhkan maruah NGO, EDISI 1
YAB Dato Sri Mohd Ali bersama Dato Noh Omar bersemangat ketika “Himpunan Merah� pada 25 Ogos 2016.
bangsa, agama dan Negara. Penubuhan Majlis Seni Silat Malaysia adalah bertujuan ke arah menentukan perlaksanaan dasar dan penyelarasan silat melalui satu badan gabungan yang menjaga serta mengawal kepentingan silat. Di samping mewujudkan satu keadaan yang sihat di kalangan kepelbagaian jenis dan sifat silat. PENUBUHAN PESAKA MALAYSIA Hasrat menubuhkan Majlis Seni Silat Malaysia telah diketepikan dan ditukarkan kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia). Pertukaran nama tersebut adalah kesan pengaruh penubuhan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) pada 24hb. September 1979 yang mengiktiraf Malaysia sebagai anggota pendiri PERSILAT di mana Malaysia, Singapura, dan Brunei merupakan Negara yang banyak terdapat aliran pencak silat yang mempunyai asal usul dan badan induk di Indonesia. Bagaimanapun Malaysia tetap dianggap sebagai Negara pewaris silat. Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia) telah ditubuhkan pada 24hb. September 1983 dan disahkan pendaftarannya pada 21hb. Mei 1986. Tujuannya secara ringkas ialah untuk membangunkan, meningkatkan, menyatu-padukan dan mengeratkan hubungan semua badan silat, memperjuangkan, memelihara dan mempertahankan silat sebagai seni budaya Malaysia. Memimpin dan menanamkan semangat waja ke arah masyarakat yang sihat, bersatu, bermuafakat dan berbudi luhur. Mewakili perguruan silat dengan kerajaan, badan-badan antarabangsa yang bersangkut paut dengan kepentingan silat. Matlamat ialah silat sebagai keagungan dan asas ketahanan nasional yang kukuh dengan ahliahlinya yang bermaruah, bersatu padu, sihat dan berdisiplin. 9
PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN MALAYSIA Silat telah disatukan di bawah satu organisasi peringkat kebangsaan dengan empat perguruan diiktiraf sebagai badan pendiri iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Seni Silat Cekak Malaysia dan Seni Silat Lincah Malaysia. Silat yang berada di peringkat negeri menjadi ahli PESAKA Negeri. Atas sebab di Malaysia terdapat banyak aliran perguruan jenis pencak silat yang mempunyai badan induk di Indonesia, maka PESAKA Malaysia dengan rasminya diiktiraf sebagai menganggotai pendiri Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) yang berdaftar pada ditubuhkan 11hb. Mac 1980 di Jakarta Indonesia. Aktiviti Silat telah dibahagikan kepada 3 bidang yang masing masing mempunyai tujuan dan kumpulan sasar yang ada perbezaannya. SILAT BERUNSURKAN BUDAYA Memperkenalkan budaya silat di Malaysia ini kepada Antarabangsa. Di peringkat Negara silat dikembangkan ke segenap lapisan masyarakat sesuai dengan falsafah Malaysia Berbudaya. Mengekal dan menerapkan unsur unsur silat kepada pendukung aktiviti khususnya golongan belia bermula dari remaja sehinggalah dewasa dalam usaha membina masyarakat progresif. Silat Berunsurkan Rekreasi Merupakan satu aktiviti riadah dan juga kecergasan sesuai dengan falsafah Malaysia cergas. Silat ditonjolkan sebagai aktiviti masa lapang di samping bermotifkan unsur-unsur beladiri. Silat Berunsurkan Pertandingan Menjadikan aktiviti pencak silat dalam bentuk pertandingan seperti Silat Olahraga dan Silat Seni di peringkat Negara serta Antarabangsa. Antara pertandingan sukan di Arena Antarabangsa ialah Sukan SEA dan akan direalisasikan Pertandingan Pencak Silat di Sukan Asia. Silat Sebagai “Warisan Negara” YAB Dato´ Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hasan, selaku Pemangku Presiden PESAKA merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan pada tahun 2006, telah berjaya mengadakan Konvensyen Silat Kebangsaan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 3 & 4 hb Disember 2006. Hampir 2,000 warga silat hadir menyertai program tersebut. Ketika itulah, silat telah diwartakan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Bin Yatim sebagai “WARISAN NEGARA”. 10
INFO PESAKA NAMA PENUH PERTUBUHAN Persekutuan Silat Kebangsaaan Malaysia (PESAKA) TARIKH DITUBUHKAN 24hb. September 1983 PRESIDEN YB. Senator Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam TIMBALAN PRESIDEN YB. Dato’ Haji Md. Sohaimi bin Mohamed Shah NAIB PRESIDEN I YBrs. En. Rosman bin Mat Deli NAIB PRESIDEN II YBrs. En. Zaihan bin Mohd Isa SETIAUSAHA AGUNG YB. Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin JUMLAH KEAHLIAN 4 Juta Keahlian Pesilat Seluruh Malaysia OBJEKTIF Menjadikan silat sebagai keagungan dan asas ketahanan nasional yang kukuh dengan ahliahlinya yang bermaruah, bersatupadu, sihat dan berdisiplin. Bergerak sebagai badan sukarela dengan berasaskan persaudaraan, saling menghormati dan tidak membeza-bezakan masalah kaum. ALAMAT Suite 1-57, Jalan Prima Sg 3/1, Prima Sri Gombak, 68100 Gombak, Selangor Darul Ehsan. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI Tel. Pej. : (+603) 6186 8303 Faks : (+603) 6187 8303 Email : pesakamalaysia@yahoo.com Website : www.pesakamalaysia.org.my
NGO, EDISI 1
4B adalah singkatan kepada cogan kata BERSATU, BELAJAR, BEKERJA dan BERKHIDMAT.. Cogan kata Gerakan Belia 4B Malaysia yang begitu konkrit merupakan tunjang perjuangan pertubuhan ini. Merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1965.
GB4B ialah singkatan nama bagi
cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat. Cogankata yang konkrit ini menjadi tunjang perjuangan pertubuhan ini. Ia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1965 yang dipimpin oleh Cikgu Mohd. Kassim Shah yang berkhidmat selama 3 tahun (1965-1968). Konsep 4B ini adalah sangat sesuai dengan agenda pertubuhan ini yang menumpukan dalam bidang pertanian pada mula penubuhannya yang terhasil daripada persepakatan ahli jawatan kuasa pengasas pergerakan dan menyahut seruan kerajaan yang mahu membela nasib belia luar bandar dalam bidang ini. Motto utama ialah ‘Bergerak’. Perkataan ‘Gerakan’ diperolehi oleh Mohd Kassim Shah melalui pendekatan kebangkitan perjuangan kemerdekaan di Malaysia dan NGO, EDISI 1
Indonesia yang menggunakan slogan ‘Gerakan’. Manakala ‘4B’ pula terhasil dari konsep ‘4H’ yang di ilhamkan oleh Abdullah Malim Baginda. Konsep 4H yang di gunakan di Amerika Syarikat juga diguna pakai oleh Gerakan Belia Thailand. Idea ini juga tercetus hasil lawatan sambil belajar Mohd. Kassim Shah bersama-sama rakan belia yang lain ke Thailand. Pada ketika itu, Cikgu Mohd. Kassim merupakan Pengerusi Kesatuan Ikatan Seni Budi Kuala Lumpur. Seramai 29 orang turut mengikuti rombongan sambil belajar ke Chiang Mai, Thailand pada tahun 1965. rombingan ini adalah terdiri daripada pengerusi dan setiausaha pelbagai perrtubuhan belia. Lawatan ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS). SEJARAH PENUBUHAN 4B Cetusan idea dan ilham saudara Mohd. Kassim Shah, seorang guru di Sekolah Lelaki Methodist, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, selaku Pengerusi Ikatan Seni Budi yang bergabung 11
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA dengan Persidangan Tetap Belia Daerah (PTBD) Kuala Lumpur. Pada 1964 PTBD merangkumi sebanyak 21 buah persatuan adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saudara Mohd Kassim Shah merupakan pemimpin yang berminat dalam hal ehwal kemasyarakatan, kebajikan dan politik tanahair, di mana beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setapak, Kuala Lumpur.
Sebelum 4B, MAYC ditubuhkan untuk kepentingan penjajah agar pemimpin-pemimpin belia tidak terlibat dalam politik di mana ketika itu pemuda UMNO bersemangat memerdekakan negara. PTBD diwujudkan oleh kerajaan di setiap daerah seluruh negara di mana strukturnya tertumpu dalam satu-satu daerah dengan tujuan kesemua persatuan belia menyertai PTBD di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat sumbangan dan bantuan dari JKM untuk aktivitinya. Ketika itu, pertubuhan belia Malaysia Association of Youth Council (MAYC) berperanan peringkat kebangsaan dan PTBD pula berperanan pada peringkat daerah sahaja. Tahun 1965 berlaku satu peralihan pada semua persatuan dan pertubuhan belian di seluruh negara diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan beribu pejabat di no. 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketika itu Allahyarham Dato’ Engku Mohsin Abdul Kadir merupakan Menteri Muda KBS. Sebelum 4B, MAYC ditubuhkan untuk kepentingan penjajah agar pemimpin-pemimpin belia tidak terlibat dalam politik di mana ketika itu pemuda UMNO bersemangat memerdekakan negara. Setelah tampuk pimpinan MAYC diambilalih oleh YM Tengku Abdullah iaitu adik kepada Yang diPertuan Agong Pertama, tidak ada badan belia kebangsaan, hanya MAYC bergerak bersama gabungan belia-belia telah mendapat berbagai-nbagai faedah daripada kerajaan sebagai bukan parti siasah. TUJUAN DAN MATLAMAT Tujuan kewujudan MAYC adalah sebagai badan gabungan seluruh belia yang ada di seluruh negara, seperti penjelasan dari Encik Abdullah Malim Baginda bekas Penolong Pengarah Belia di KBS, kurang mendapat sambutan dari beliabelia. Lagipun, MAYC tidak mampu menarik belia-belia untuk menyertainya. Pada Ogos 1964, KBS telah diwujudkan dan 12
Barisan kepimpinan sekretariat kebangsaaan.
pada November 1965, KBS telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Chengmai, Bangkok, Thailand bertujuan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin belia negara ini meluaskan pengetahuan dari luar negara. Seramai 29 perwakilan dari persatuan belia dari seluruh negara termasuk juga dari PTBD Kuala Lumpur yang diwakili oleh saudara Mohd Kassim Shah, saudara Ghazali Salleh dan saudara Bala Velusamy. Program 11 hari tersebut, perwakilan dibawa melawat dan meninjau kegiatan-kegiatan pemimpin 4H Thailand di mana dari situ timbul satu kesedaran supaya pemimpin Malaysia memulakan satu aktiviti yang sama di tanah air sendiri. Cadangan ini dimaklumkan pada KBS untuk mencontohi usaha pemimpin di Thailand agar pemimpim belia di luar bandar dapat melaksanakannya.
Tahun 1965 berlaku satu peralihan pada semua persatuan dan pertubuhan belian di seluruh negara diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan. Pada 26 Disember 1965, satu pertemuan diadakan dengan YB Engku Mhsein Abdul Kadir, Menteri Muda KBS di ibu pejabatnya, diketuai oleh Saudara Mohd. Kassim Shah, Allahyarham saudara Baharuddin Hussein, saudara Ali bin Abdul Rahman, saudara Mohd Zain bin Rashid, saudara Mohd Nor bin Haji Yusof, saudara Bala Velusamy dan turut hadir encik Abdullah Malim Baginda, pegawai KBS. Di pertemuan tersebut, YB Menteri Muda bersetuju agar belia-belia terutamanya di luar bandar menjayakan aktiviti dalam bidang pertanian, ternakan dan sebagainya bagi mengelakkan belia-belia berhijrah ke Bandar dan tidak menumpukan kegiatan kebudayaan sematamata sahaja. Sokongan penuh dan dorongan YB NGO, EDISI 1
GB4BM Menteri Muda KBS di mana satu perubahan perlu ditekankan terhadap belia di negara ini supaya dapat ditonjolkan bagi menceburi aktiviti-aktiviti yang mendatangkan hasil dan faedah untuk masa hadapan mereka. Terutamanya, bidang pertanian ,perternakan, perniagaan dan lain-lain di mana penglibatan belia dapat membantu kerajaan dalam pembangunan luar bandar. Belia-belia yang menganggotai PTBD diberi tugas dan tanggungjawab untuk memainkan peranan bagi menukar mentaliti dan cara hidup para belia supaya menjadi lebih kreatif dan berani menghadapi cabaran pada masa akan datang.
INFO GB4B
SEKRETARIAT KEBANGSAAN Sekretariat Kebangsaan bernaung di bawah Yang Dipertua Jawatankuasa Gerakan Belia 4B diamanahkan dalam merealisasikan hasrat murni Belia dan bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian maklumat, hebahan, mengemaskini laman sesawang dan juga penghasilan majalah semasa.
NAMA PENUH PERTUBUHAN Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B)
Misi utama Belia 4B adalah Menyatu, menyusun dan mengembeling tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan Negara dan untuk menegakkan masyarakat yang adil, Memberi pendidikan rohani dan jasmani ,Melatih ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepentingan 4B, Ugama, Bangsa dan Negara.
TIMBALAN PRESIDEN Mohd Nizam bin Omar
Menegakkan dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan, Memaju dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur, Menaja dan memimpin usahausaha berkhidmat yang tulen yang berdasarkan rasa tanggungjawab dan keihklasan. Menggalakan ahli-ahli bergerak ke arah kehidupan yang sempurna yang berasakan kehormatan diri dan sifat berdikari dan berdisiplin.Berusaha untuk memelihara, memperkembangkan dan mempertahankan keutuhan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. Bekerjasama dengan Kerajaan dan Pertubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendakkehendak, tujuan dan perjuangan 4B. Memajukan sokongan kepada Kerajaan dan kepada badanbadan lain yang sesuai. Berusaha mempertahankan, menegak dan memperkembangkan agama Islam, agama rasmi negara. NGO, EDISI 1
TARIKH DITUBUHKAN Ditubuhkan Pada Tahun 1965 PRESIDEN Haji Mua’amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin
NAIB PRESIDEN I Daniar bin Ismail NAIB PRESIDEN II Hassan bin Dato Ayop SETIAUSAHA AGONG Roslan bin Abdul Rahim KETUA PENERANGAN Ahmad Zakir bin Haji Abdul Rahman PENGERUSI GERAK REMAJA Muhammad Aimanajmi bin Abdul Halim JUMLAH KEAHLIAN 350,000 Keahlian Seluruh Malaysia OBJEKTIF Menegakkan dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan di seluruh negara. ALAMAT No. 525, Jalan Persekutuan, Bukit Persekutuan, 50480. Kuala Lumpur. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI Tel. Pej. : (+603) 2282 4649 Faks : (+603) 2282 9648 Email : gb4bmalaysia13@gmail.com Website : www.4bmalaysia.org.my
13
PERTUBUHAN AMAL PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN MALAYSIA
(PERAPIM)
ertubuhan Amal Pendidikan dan Pembangunan Insan Malaysia (PERAPIM) adalah sebuah badan NGO (badan bukan kerajaan) peringkat Kebangsaan mengikut akta pertubuhan 1966 peraturan-peraturan pertubuhan 1984 (peraturan 5) dengan nombor sijil pendaftaran PPM-020-10-08072015. Pertubuhan ini telah diluluskan pendaftaran secara rasminya pada 8 Julai 2015.Cogan kata “Transformasi Insan Pemangkin Kecemerlangan. PERAPIM ditubuhkan dengan matlamat menjadi“ rakan masyarakat” dalam membantu negara mencapai aspirasi negara khususnya melalui bidang pendidikan dan pembangunan insan. NGO, EDISI 1
Logo PERAPIM secara rasminya lebih bercirikan nilai kemelayuan sebagai “trademark” bersesuaian dengan nilai dan norma masyarakat kita di Malaysia ini. Gambaran kedua tangan yang terbuka membawa pengertian melindungi, memelihara, menjaga serta menaungi ahli masyarakat tanpa mengira bangsa dan pembangunan insan yang rapi dan terancang. Gambaran bumi atau glob yang berada ditengahtengah antara kedua-dua tangan bermaksud kehidupan manusia sejagat sama- sama berperanan dan bertanggungjawab bagi memastikan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan kehidupan manusia dengan berteraskan pendidikan dan pembangunan kemanusiaan. Seterusnya, gambaran kedua orang yang berpimpinan tangan melambangkan sikap prihatin, bertanggungjawab, bersatu hati serta sikap rakyat saling bantu membantu dalam hidup bermasyarakat.Selain itu, lambang keris yang bersilang melambangkan sebuah negara yang berdaulat serta semangat dan jati diri yang kuat dan kukuh 15
PERTUBUHAN AMAL PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN MALAYSIA dalam setiap jiiwa rakyat dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara. Manakala, cogankata “Transformasi Insan Pemangkin Kecemerlangan” bermaksud kepentingan nilai ilmu dan jati diri dari segenap jiwa rakyat dan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam menuju arus perubahan zaman di samping mengekalkan nilai murni dengan iltizam yang teguh bagi memacu pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Bersesuaian dengan nama pertubuhannnya; PERAPIM berdiri dalam masyarakat untuk menyampaikan wadah dalam bentuk pendidikan dan membangunkan jiwa masyarakat. PERAPIM yakin dan percaya dengan penubuhannya, pertubuhan ini mampu mendekatkan diri dalam masyarakat dan menjadi pendamping kepada ahli masyarakat dalam pembentukan unsur yang cukup halus dan unik iaitu pendidikan. Melalui pendidikan dan pembentukan jati diri masyarakat merupakan satu agenda utama dalam membentuk perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat Walaupun usia penubuhannya masih baru, namun PERAPIM yakin dan mampu untuk berdiri dan menjadi pendamping kepada masyarakat. Bersesuaian dengan namanya; PERAPIM ini ditubuhkan bertujuan membentuk pelbagai lapisan masyarakat tidak kira dari segi agama dan bangsa dari segi pembentukan sahsiah dan jati diri.
Aktiviti kemasyarakatan yang di lakukan oleh sahabat PERAPIM secara sukarela.
dan pendidikan sudah sinonim dengan jiwanya. Pengalamannya pernah menganjurkan lebih 360 siri ceramah dan program motivasi baik untuk golongan murid sekolah rendah dan menengah,pelajar IPTA, IPTS dan Kolej- Kolej Swasta, sehinggalah menganjurkan dan mengendalikan program ke peringkat pekerja- pekerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Jiwanya yang begitu sebati sebagai aktivis dalam masyarakat telah berkecimpung dalam bidang kemasyarakatan ini semenjak dari era 80-an lagi sehingga kini Maka dengan itu, En. Sabri b. Mat Dilu mengorak langkah setapak lagi ke depan dengan menubuhkan pertubuhan bagi memantapkan lagi matlamat dan perjuangannya selama ini sebagai “pendidik” dan “pendamping” dalam masyarakat. Hasratnya yang cukup murni akan terus dilaksanakan dengan penubuhan PERAPIM ini. Matlamat penubuhan PERAPIM sebagaimana yang telah termaktub dalam pendaftaran pertubuhan (mengikut fasal 3: tujuan/ matlamat) adalah bertujuan menjadikan sebuah pertubuhan yang dapat memberikan khidmat dalam bentuk pendidikan dan pembangunan insane dan sumbangan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum sesuai dengan nama pertubuhan.
Ceramah motivasi bulan kemerdekaan untuk murid sekolah menengah taman melawati.
Bersandarkan kepada kecintaannya kepada masyarakat. PERAPIM ini diasaskan oleh En. Sabri b. Mat Dilu yang banyak berpengalaman dalam bidang kemasyarakatan. Berlatar belakangkan sebagai seorang motivator di dalam syarikat motivasi miliknya iaitu Iltizam Gemilang Sdn. Bhd, I Smart Insan Resources dan Global Excellent Ventures. Justeru, bidang pembangunan insan 16
Melaksanakan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan dan pembangunan insane dan program yang berfaedah serta memberikan manfaat selaras dengan aspirasi dan kehendak kerajaan mengikut undang- undang dan perlembagaan yang termaktub demi pembangunan, keharmonian kesejahteraan khususnya bagi seluruh rakyat Malaysia. Memberikan khidmat bakti kepada golongan pelajar dari semua peringkat sehingga ke peringNGO, EDISI 1
PERAPIM kat university dalam bentuk pembangunan insan seperti khidmat kaunseling, motivasi dan jati diri. Untuk perancangan jangka panjang mewujudkan penempatan atau kompleks yang berbentuk kebajikan seperti pembangunan rumah anak- anak yatim, sekolah tahfiz dan lain- lain selaras dengan piagam dan undang- undang serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Melaksanakan kerja- kerja amal dan program yang bersesuaian mengikut keadaan semasa seperti program kembaraan kenderaan bermotor serta aturcara yang memberikan faedah dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum, bermatlamatkan kehidupan sejahtera dan harmoni. Memberikan khidmat bakti atau sumbangan bakti dalam apa jua keadaan dan pada bila- bila masa bagi membantu sekiranya diperlukan dalam situasi yang agak kritikal, contohnya sekiranya terjadi perkara- perkara yang berkaitan kes bencana alam, malapetaka dan sebagainya Selain itu, gabungan yang mantap dari semua AJK Pelaksana telah memantapkan lagi penubuhan PERAPIM ini. Perancangan yang sistematik dan teratur telah di susun atur dalam merancang pelbagai program yang berbentuk pendidikan dan pembangunan insan untuk setiap lapisan masyarakat. PERAPIM telah menyusun atur pelbagai program yang berkait rapat dengan masyarakat yang menjurus kepada pendidikan dan pembangunan insan. Antara program yang bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini; PERAPIM bakal menganjurkan program seminar sehari secara bersiri iaitu “Remaja Kembali Sujud”. Program ini lebih menekankan pembangunan jiwa dan mlelahirkan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Dalam perancangan jangka panjangnya, PERAPIM berhasrat dan bercita- cita untuk membentuk sebuah kompleks Sekolah Tahfiz yang lengkap dengan kemudahan insfrastruktur yang canggih dan selesa kepada penghuninya. Selain itu, sekolah tahfiz yang bakal diwujudkan ini bakal membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajarannya. Kompleks sekolah tahfiz ini juga bakal membimbing para pelajarnya dalam bidang pembangunan ekonomi dan kemahiran khususnya bidang perniagaan dengan memberi ruang- ruang kiosk bagi pelajarnya menjana pendapatannya sendiri. Diharap dengan cita- cita dan iltizam yang dibina ini, PERAPIM mampu membantu membangun dan membentuk sahsiah dan jati diri masyarakat; bersesuaian dengan matlamat penubuhannya. NGO, EDISI 1
INFO PERAPIM NAMA PENUH PERTUBUHAN Pertubuhan Amal Pendidikan Dan Pembangunan Insan Malaysia (PERAPIM) NO PENDAFTARAN PERTUBUHAN PPM-020-10-08072015 TARIKH DITUBUHKAN 8 Julai 2015 PENGERUSI Ustaz Sabri bin Mat Dilu NAIB PENGERUSI Muhammad ‘Abid bin Sabri SETIAUSAHA AGUNG Noor Haiza Suzila bte Abdul Salam BENDAHARI Muhammad ‘Illiyin bin Sabri JUMLAH KEAHLIAN 150 Keahlian Seluruh Malaysia JUMLAH CAWANGAN 3 Cawangan Seluruh Malaysia OBJEKTIF Ditubuhkan untuk menjadi “Rakan Masyarakat” dalam membantu negara mencapai aspirasi negara khususnya melalui bidang pendidikan dan pembangunan insan. MOTTO Transformasi Insan Pemangkin Kecemerlangan ALAMAT No 590 Aras Bawah Jalan Samudera Utara 1, Taman Samudera, 68100 Batu Caves, Selangor. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI Tel. Pej. : (+603) 6188 6579 Faks : (+603) 6188 6579 Email : perapim@yahoo.com
17
ersatuan Usahawan Internet Malaysia atau PUIM dan juga dikenali sebagai Malaysia Internet Entrepreneur Association (MIEA) merupakan badan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan dijalankan bawah Akta Pertubuhan 1965 pada 15 Oktober 2011 yang didaftarkan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bernombor pendaftaran 440511-WKL. PUIM merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan, dimana semua ahli warganegara Malaysia boleh menyertainya. Adalah seperti diketahui umum pengguna Internet diseluruh dunia adalah 50% pengguna bawah 30 tahun dan hampir 17 Juta pengguna di Malaysia, sekaligus ini memberi kesan pelbagai aspek positif dan negatif. Secara ringkasnya penguasaan generasi Y semakin mendominasi ruang tara perniagaan Internet dunia. Banyak isu penipuan, salah tanggapan, kekeliruan penjualan seperti maklumat produk, penyalahgunaan psikologi pemasaran, maklumat NGO, EDISI 1
dan konsultansi tidak tepat oleh syarikat tertentu dalam pemasaran Internet turut meruncingkan lagi industri Perniagaan Internet di Malaysia khususnya. Lebih teruk lagi, penguasaan ekonomi masih lagi rendah dikalangan Melayu dan peluang Perniagaan Internet adalah besar, dan terdapat hanya 38.1% penjual di Internet dan hanya 2% perniagaan konvensional menggunakan teknologi ini. Ini adalah amat menyedihkan sama sekali. Dan paling mengejutkan juga, perlaksaan dan penyelesaian berkaitan teknologi dan Perniagaan Internet oleh kerajaan langsung tidak mengambil kira mereka yang berada dalam Industri Perniagaan Internet ini sekian lama. Isu kritikal yang diperincikan dalam simfoni penubuhan ialah: Meningkatkan taraf ekonomi Melayu dari 1% ke 5% dalam bidang teknologi dan pemasaran melalui Internet. Memberi ruang baru selain Multi-Level Marketing dan Insurans kepada ruang Perniagaan Internet. Mengurangkan masalah pelaburan haram, penipuan, dan penyalahgunaan maklumat dalam bentuk mengelirukan pengguna Internet dalam apa jua bentuk kaedah pemasaran dan jualan. 19
PERSATUAN USAHAWAN INTERNET MALAYSIA Membuka ruang yang betul untuk peniaga konvensional menggunakan teknologi Internet untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka. Menjadi badan kerjasama untuk memastikan sebarang perlaksanaan kerajaan berkaitan Industri Perniagaan Internet tempatan selaras dengan pemacu industri ini. OBJEKTIF Tujuan penubuhan adalah untuk membina, membentuk, dan menjalankan aktiviti yang boleh mengembangkan perniagaan offline ke online, serta menggalakkan perkembangan perniagaan online kepada masyarakat Malaysia khususnya. Matlamat untuk jangkamasa panjang ialah mendukung perniagaan yang dikenalpasti untuk lebih maju dan berdaya saing. Jadi boleh disimpulkan iaitu PUIM juga melakukan kempen kesedaran teknologi dan panduan yang betul supaya tidak menyalahgunakan teknologi ini. Selama beberapa tahun lepas, banyak kekeliruan timbul mengenai perniagaan Internet. Terdapat pelaburan haram, program skim cepat kaya, penyalahgunaan fakta, manipulasi gambar dan sebagainya mendorong PUIM untuk turut serta memberi pendidikan sebenar bagaimana perniagaan Internet dilakukan. Fokus dasar PUIM yang juga terkandung misi dan visi untuk 3 tahun pertama ialah: Membantu individu yang mahu mendapatkan pendapatan melalui perniagaan Internet fokus kepada generasi – Y , seperti pelajar akhir tahun dan mereka yang masih menganggur. Menyediakan peluang dan platform perniagaan kepada mereka yang bekerja dan ingin mendapatkan pendapatan sampingan atau ingin berhenti kerja dan memerlukan sokongan, panduan dan jalan untuk menjalankan perniagaan. Membina platform yang telus untuk memastikan perniagaan dijalankan dengan tepat, baik, dan berkesan serta tidak menyalahi undang-undang negara. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam ETP dalam kluster ICT dan Elektrik. Membuka direktori ahli untuk perniagaan online dan offline bekerjasama dalam kos yang lebih efektif. Menjalankan aktiviti kesedaran perniagaan Internet dengan mengadakan perbincangan, seminar, 20
Majlis Perjumpaan Usahawan Internet Malaysia.
latihan, bantuan info digital yang berkait dengan perniagaan online. PROGRAM Matlamat PUIM ialah selaras dengan fokus misi dan visi iaitu menggalakan dan membantu gen-y khususnya untuk menjalankan perniagaan melalui Internet. Semua peserta akan dibawa kepada beberapa siri program atau pemantauan yang sesuai dengan mereka. Contohnya jika peserta sudah ada produk atau servis, sistem untuk memasarkan produk akan dibekalkan dan akan memasuki kursus atau bengkel bagaimana memasarkan produk mereka secara atas talian. Jika peserta yang tiada produk pula akan diberi sistem dan produk , mereka akan diajar untuk memasarkan produk menggunakan kaedah percuma seperti penggunaan media sosial dan berbayar mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Seterusnya, semua akan dikumpulkan dalam beberapa aktiviti yang lebih besar untuk tujuan membina jaringan usahasama antara ahli PUIM. Matlamat ini diterjemahkan pencapaiannya melaui aktiviti yang dianjurkan persatuan iaitu ‘MiS’, ‘MiM’, ‘Konvensyen’ dan ‘Gathering’. MiS Mini Seminar (MiS) dianjurkan oleh pihak PUIM secara berkala kepada semua ahli PUIM dengan objektif pendedahan kepada peserta komponen asas dalam perniagaan online. Peserta akan didedahkan dengan 12 slot yang berbeza terdiri dari komponen perniagaan Internet yang telah dilakukan dan mempunyai hasil oleh penceramah yang berpengalaman. MiM Malaysia Internet Millionaires (MiM) adalah program dwi tahunan yang diadakan 2 kali setahun. Program ini mengumpulkan penceramah yang mempunyai rekod pencapaian terbaik dalam industri perniagaan internet tempatan bagi memNGO, EDISI 1
PUIM berikan motivasi dan inspirasi kepada semua usahawan dan bakal usahawan internet. Dengan tema ‘Next Level’ dan ‘Thinking Big’ akan memberikan peserta satu dimensi pemikiran yang sangat positif dalam menjana pendapatan secara online. Konvensyen Acara tahunan yang mengumpulkan komuniti usahawan internet bagi membincangkan perkembangan dan strategi terkini perniagaan internet di Malaysia. Tanda aras (standard) perniagaan internet akan ditentukan melalui resolusi hasil konvensyen tahunan ini. ‘Business Matching’ menjadi agenda utama Konvensyen yang pastinya akan membuka peluang usahasama antara ahli PUIM untuk bergerak lebih laju.
INFO PUIM NAMA PENUH PERTUBUHAN Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
Gathering Aktiviti santai yang dianjurkan untuk merapatkan hubungan interaksi antara ahli PUIM yang lazimnya berinteraksi secara online. Mengumpulkan ahli PUIM dalam perjumpaan begini akan mengeratkan usahasama disamping membuka lebih peluang kerjasama sesame ahli PUIM.
TARIKH DITUBUHKAN 15 Oktober 2011
PERKHIDMATAN Menyediakan tenaga pengajar untuk topik-topik dalam perniagaan dan pemasaran Internet kepada institusi pengajian, badan-badan berdaftar dan kumpulan rangkaian perniagaan.
NAIB PRESIDEN I
Pemasaran & Perniagaan Internet (Internet Marketing) Perkhidmatan dan konsultasi berkenaan internet marketing yang merangkumi topik seperti emel marketing, salesletter, affiliate, Ebay dan dropshipping, blogging dan ebook. Pemasaran Media Sosial Perkhidmatan dan konsultasi berkenaan pemasaran menerusi social media seperti Facebook, Twitter, Youtube dan seangkatan dengannya. Pembangunan Laman Web Pihak PUIM juga membekalkan servis pembangunan website khasnya website korporat, e-commerce dan minisite., web yang melibatkan sistem data entri, dan juga website maintenance dan security guard. Pendaftaran Domain & Hosting Pihak PUIM membekalkan servis pendaftaran domain name dan hosting bagi usahawan yang memerlukannya. Ianya diperlukan bagi usahawan yang ingin mewujudkan website. NGO, EDISI 1
PRESIDEN Mohd Azrul Mohd Nor TIMBALAN PRESIDEN
NAIB PRESIDEN II SETIAUSAHA AGUNG JUMLAH KEAHLIAN JUMLAH CAWANGAN OBJEKTIF PENUBUHAN Membina dan menjalankan aktiviti yang boleh mengembangkan perniagaan offline ke online, serta menggalakkan perkembangan perniagaan online. ALAMAT 11-1 Tingkat 1, Jln Utama Suria Tropika 1 Taman Suria Tropika, 43000 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI Tel. Pej. : (+6019) 300 0805 Faks : (+603) 8958 0277 Email : salam@puim.my Website : www.puim.my
21
NGO MALAYSIA PERTAMA MEMASUKI YARMUK
Menjadi sebuah badan yang menjadi sumber rujukan (Marji’iyyah) dengan mengambil peranan memberikan pertolongan (An-Nusrah) serta sokongan (Ad-Da’mu) kepada rakyat Palestin untuk menikmati kehidupan yang aman sejahtera dengan memiliki model institusi yang profesional dan berkualiti yang meraikan ketelusan, amanah dan kesungguhan (Jiddiyyah). Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 68 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan. Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu kemanusiaan, persaudaraan dan kesucian Baitul Maqdis. Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai. NGO, EDISI 1
PENGENALAN Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan 23
AMAN PALESTIN BERHAD dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.
tin dalam membantu saudara-saudara di Palestin dalam bentuk kewangan dan juga tenaga. Kini, dengan pembukaan pejabat Aman Palestin cawangan Gaza, banyak projek yang telah berjaya dilaksanakan di dalam Palestin mengikut perancangan yang telah ditetapkan, sama ada projek bermusim atau projek berterusan. Di sini Aman Palestin memaparkan sebahagian daripada projek-projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan, bagi menjadikan bukti dan tanda usaha gigih rakyat Malaysia dalam membantu membangunkan semula impian masyarakat Palestin memiliki semula negara mereka yang dijajah oleh Zionis Israel.
Memberi rawatan perubatan kepada orang awam.
Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan. OBJEKTIF Antara matlamat utama ialah: • Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin. • Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan. • Menjalinkan hubungan dengan badan-badan ke manusiaan dalam dan luar negara. • Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO. • Merancang aktiviti secara bersepadu. • Menganjurkan siri-siri forum perbincangan. • Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am. KERJASAMA Aman Palestin menjalankan kerjasama dengan institusi-institusi kerajaan, institusi swasta, syarikat korporat, sekolah-sekolah, masjid-masjid, badan-badan kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara bagi mencapai objektifnya. Alhamdulillah, Aman Palestin memanjatkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah badan yang ulung membantu rakyat Palestin secara langsung dari bumi bertuah Malaysia. Jutaan terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira dari apa jua latar belakang dan pangkat kerana bersama-sama Aman Pales24
Kepada dermawan/ushawan/badan korporat dan kepada sesiapa yang berminat, dipelawa untuk mengambil beberapa projek yang difikirkan sesuai untuk menjadikannya sebagai projek berkembar antara Malaysia dan Palestin. Besar harapan kami juga agar semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama dalam apa jua bentuk bagi memastikan program ini mencapai tujuannya. Semoga segala kesungguhan dan usaha berterusan yang digembeleng bersama ini akan dikira Allah sebagai amal soleh, menjadi manfaat buat umat Islam seluruhnya. Membantu saudara-saudara kita di Palestin, mengimarahkan bumi Palestin, menjaga kesuciannya adalah satu kewajipan dan bantuan yang dihulurkan adalah salah satu kaedah mempertahankan bumi Palestin dari bumi Malaysia yang jauh lebih dari 8000 KM. NGO MALAYSIA PERTAMA MEMASUKI YARMUK 31 Januari 2014 - Misi Kemanusiaan Aman Palestin bersama 3 buah negara lain, berjaya memasuki Syria dengan selamatnya pada Khamis 30 Januari 2014 semalam . Malaysia mewakili 5 anggota 2 dari Aman Palestin di Ketuai oleh Pengarah Media Aman Palestin, Anas Abdul Wahab dan CEO Awang Suffian Awang Piut dan 3 pengamal media. Manakala 3 yang lain, Holland, Belgium dan Australia. Aman Palestin membawa bantuan sejumlah USD50 ribu susulan dari bantuan sebelum ini yang kesemuanya berjumlah lebih RM300,000.00. Disamping 2 beg besar dan 2 kotak berisi pakaian sejuk dan selimut untuk diagih-agihkan kepada rakyat Palestin dan Syria yang amat memerlukan bantuan saudara-saudaranya di Malaysia. NGO, EDISI 1
APB Misi akan berada disana dari 30 Januari hingga 5 Februari. Semalam, rombongan singgah di perkhemahan Yarmuk yang terkepung terdapat lebih dari 20 ribu rakyat Syria dan Palestin didalam perkhemaha tersebut dan matlamat utama misi ini adalah mengagihkan bantuan ke perkemahan Yarmuk yang sengaja di kepung agar bantuan tidak dapat masuk, akan tetapi tekanan antarabangsa dan juga misi-misi kemanusiaan yang lain berjaya membuka ruang kepada bantuan untuk masuk ke dalam perkemahan tersebut. Walaupun rombongan masih belum berjaya memasuki perkemahan tersebut semalam, kami telah pun berada di gigi dan pintu masuk perkemahan yang hampir hancur keseluruhannya, itu gambaran dari luar belum lagi didalam, saudara-saudara mereka hanya boleh dan mampu melihat dari jauh keluarga mereka di dalam perkemahan tersebut, meminta-minta pada askar yang menjaga diluar agar membenarkan mereka masuk kedalam untuk membawa keluar saudara mereka terutama kanak-kanak dan orang tua, banyangkan tidak sampai 1 kilometer lambakan buah-buahan sayur sayuran dan segala makanan boleh didapati diluar perkemahan Yarmuk, tapi subhanallah mereka benar-benar terkepung. 1 Februari 2014 - Terima kasih rakyat Malaysia yang telah memberikan kepercayaan kepada Aman Palestin untuk membantu meringankan saudara-saudara kita di Syria terutama di perkhemahan Yarmuk yang terkepung. Semalam 31 Januari 2014 bersamaan hari Jumaat, kesemua anggota rombongan dari Malaysia seramai 5 orang berjaya masuk ke dalam perkhemahan Yarmuk yang terkepung. Subhanallah, tidak ada ungkapan dan perkataan yang boleh di gambarkan... kecuali airmata dan kesedihan apabila mula melalui perkhemahan tersebut, kiri kanan bangunan hancur sehancur-hancurnya, apabila sampai ke hampir kawasan bantuan alangkah sedihnya melihat saudara-saudara kita meraung-raung dan meminta-minta mengharapkan untuk dibantu, maafkan kami sauidara-saudara ku di Yarmuk, kami hanya boleh berkongsi kesedihan kalian dengan sedikit bantuan. Lebih 20 ribu mangsa keganasan di kem Yarmuk masih berada didalam kem tersebut, yang lebih menyedihkan ialah kanak-kanak dan ibu dan orang tua yang tidak makan selama 3 hari. Hulurkanlah bantuan buat saudara-saudara kita di Syria terutama di perkhemahan Yarmuk, sampaikanlah kepada orang lain. NGO, EDISI 1
INFO AMAN PALESTIN NAMA PENUH PERTUBUHAN Aman Palestin Berhad TARIKH DITUBUHKAN 3 Januari 2006 NO PENDAFTARAN 719871-K PENGERUSI EKSEKUTIF Haji Abdullah Zaik bin Abdul Rahman LEMBAGA PENGARAH Haji Abdullah Zaik bin Abdul Rahman Ir. Haji Zaini Awang Haji Wan Hisham Wan Embong Haji Mohammad Ismail Hajah Hasima Salleh KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) Haji Awang Sufian Awang Piut JUMLAH SUKARELAWAN 12,000 orang seluruh Malaysia. JUMLAH KEAHLIAN 80 orang seluruh Malaysia. JUMLAH CAWANGAN 17 cawangan seluruh Malaysia. OBJEKTIF PENUBUHAN
Membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. ALAMAT No.1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI Tel. Pej. : (+603) 8926 7019 Faks : (+603) 8926 9963 Email : office@amanpalestin.net Website : www.amanpalestin.net
25
PEMIMPIN MUDA
Sebati Melakukan Kerja-Kerja Amal... Oleh: Ain Nawawi
idak pernah rugi berbuat baik kerana kebaikan yang dilakukan, pasti akan membuahkan sesuatu yang berhasil pada diri. Bak kata pepatah buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali, itulah boleh disimpulkan mengenai Intan Mazrosheilawati Mat Zain, yang baru dilantik sebagai Ketua Belia Wanis pada November lepas bagi melicinkan perjalanan aktiviti kemasyarakatan di cawangan Subang. Bertugas sebagai Ketua setiausaha di syarikat swasta,wanita berusia 35 tahun lulusan Universiti Teknologi Mara ini tidak menjadikan kesibukan kerja sebagai alasan untuk menjauhi aktiviti khidmat masyarakat dan ironinya, dia bukanlah asing dalam bidang ini dan merasakan satu kepuasan apabila dapat melakukan kerja amal. Katanya, kerja amal dan kebajikan adalah sebahagian semangatnya untuk mengenal nilai dan mengajar erti kehidupan. “Penglibatan saya sebagai sukarelawan bermula dengan kumpulan Belia 4B apabila ditugaskan menguruskan aktiviti sukan bola jaring untuk Negeri Selangor, saya menguruskan segala apa yang diperlukan dan saya suka melakukanya, ia satu pengalaman yang menarik. “Dari situ, minat untuk terlibat sebagai sukarelawan semakin bertambah, sejak melibatkan diri ramai kawan telah saya tarik untuk menyertai program seperti ini dan bukanlah niat saya mencari nama atau mengharapkan apa-apa, saya mahu melihat ramai generasi muda menjadi sukarelawan,� katanya ketika ditemui di Kota Damansara baru-baru ini. Belia wanis mula ditubuhkan pada tahun 2005 bagi menjalankan aktiviti dalam bidang kebudayaan, kerohanian, kerja amal dan program pembangunan komuniti setempat. Selain itu, 26
Intan Mazrosheilawati Mat Zain Setiausaha Esekutif
aktiviti yang ada dapat membina peribadi dan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negetif di kalangan belia.
Minat yang mendalam dorong saya terlibat dengan aktiviti sukarelawan sejak di bangku sekolah. Saya berasa puas hati apabila terlibat sama dalam menyertai kerja amal. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Memang banyak kebenaran dan hanya akan dirasai apabila golongan bertuah meletakan diri mereka dalam keadaan daif yang dilalui pihak tidak bernasib baik. Intan berkata, pengalaman melakukan kerja amal banyak mendedahkan beliau kepada kesengsaraan dilalui masyarakat di negara ini pernah dilanda bencana dan taraf kemiskinan tegar Bandar, pengajaran dari itu membuatkan dia mensyukuri nilai kehidupan. Menurutnya, kudrat yang ada akan akan digerakan ke arah memberi satu kehidupan baru untuk golongan berkenaan supaya mereka tidak putus harapan walaupun menghadapi kesusahan, masih ada pihak sedia menghulur bantuan. Tidak dinafikan usaha murnia itu tidak semudah NGO, EDISI 1
INTAN MAZROSHEILAWATI MAT ZAIN disangka apatah lagi untuk mengajak orang lain terbabit sama memandangkan kerja amal bukan satu tugas menarik, bagaimanapun perlu ada untuk menuntut fardu kifayah. Memang ada cabarannya, apabila kita ajak bantu mangsa banjir di Kelantan tahun lepas, ada sesetengah dari mereka memberi alasan sibuk bekerja dan tidak berminat untuk melakukan aktiviti sukarelawan. Contohnya, selepas berlaku banjir penduduk di Kelantan terpaksa tidur di khemah dan penempatan sementara di sekolah di mana tidak mencukupi keperluan asas seperti makanan dan pakaian.
Dari situ, minat untuk terlibat sebagai sukarelawan semakin bertambah, sejak melibatkan diri ramai kawan telah saya tarik untuk menyertai program seperti ini dan bukanlah niat saya mencari nama atau mengharapkan apa-apa, saya mahu melihat ramai generasi muda menjadi sukarelawan. Sebab itu saya kata, jika kita tidak duduk bersama mereka lalui apa yang mereka harungi setiap hari , sampai bila kita tidak tahu rasa peritnya. Tetapi apabila sudah merasa perasaan itu terus menghantui dan dari situ hasrat untuk membantu sentiasa ada,� ujarnya. Intan berkata, penolakan kata-kata negetif itu tidak pernah melunturkan perasaan untuk membantu kerana hatinya yakin masih ada pihak yang masih sudi berkongsi misi dan visi yang diperjuangkan Belia Wanis. Bagi Intan, kerja amal yang dilakukan bukan sesuatu untuk dibanggakan, tetapi dia percaya setiap kebaikan dilakukan pasti ada ganjaranya sebagai pembuka jalan menyumbang bakti dengan cara membantu masyarakat tanpa mengira jurang dan kaum merasai kehidupan yang lebih bermakna. Melahirkan sukarelawan berkemahiran dan sistematik mengenai perancangan akan datang, Intan berkata, visi Skuad sukarelawan Belia Wanis mampu memberi kesan bermakna dan memenuhi harapan generasi muda untuk bergiat aktif kegiatan amal dilaksanakan dengan lebih kemahiran dan sistematik. Menurutnya, Belia Wanis yang mensasarkan pelbagai lapisan NGO, EDISI 1
Bermain bola jaring bersana artis, Dato Siti Nurhaliza dan Farah Fauzana.
masyarakat akan menjadi satu kumpulan yang boleh menyumbang tenaga, kemahiran serta mampu memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar berdasarkan kepakaran dimiliki. Visi utama Belia Wanis adalah untuk menanam semangat sukarelawan yang lebih efektif kepada generasi muda supaya dapat melaksanakan kerja amal dengan lebih teratur serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Menjadi harapan Belia Wanis mencapai objektifnya dan mampu membina pasukan berkebolehan di dalam melaksanakan kerja khidmat sosial tanpa mengira tempat mereka berada kerana keahlianya terbuka kepada semua golongan,� katanya. Intan memberitahu, beberapa bengkel bakal diadakan untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan yang disertai lebih 50 orang, mengenai tanggungjawab serta tugas-tugas yang bakal dilakukan mereka. Mereka perlu didedahkan dengan latihan komprehensif dalam membentuk sebuah pasukan yang berkualiti. Antara bengkel yang bakal diadakan ialah kempen kesedaran kanser, pengenalan asas pertolongan cemas & CPR. Bengkel itu memberi pengiktirafan kepada bakal sukarelawan menjalankan kerja-kerja amal kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama,� ujarnya. Usaha menambah bilangan anggota sukarelawan perlu dipergiatkan bagi membantu insan yang memerlukan di negeri ini. Selain itu, besar harapan agar menjadi sukarelawan dapat dipupuk dalam masyarakat negara ini, sekali gus mengikuti budaya masyarakat di negara maju yang banyak terlibat dengan aktiviti sukarelawan tanpa mengira usia. 27
PERNIAGAAN ngin keluar dari zon selesa membuatkan Mohd Fadzil Arifin menceburi bidang bisnes, sebelum ini kerjayanya adalah dalam bidang grafik, namun sejak tahun 2008 dia membuka syarikat menghasilkan tempahan pakaian seragam dan kemeja korporat jenamanya sendiri. Kini ketua pegawai eksekutif (CEO) Creeper Creative Sdn.Bhd yang berwawasan tinggi ini mahu memartabat dan memperkenalkan jenama kemeja korperat buatan Bumiputera di pasaran global. “Keputusan saya beralih bidang kerjaya ini adalah untuk melihat sama ada saya boleh berubah daripada makan gaji ke satu bidang di mana saya mengeluarkan gaji kepada orang lain dan saya menentukan nasib saya sendiri. Begitu juga arah tuju bisnes atau mana-mana organisasi yang saya pandu.” “Semasa mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, bermacam pekerjaan saya buat, dari membantu rakan buat majlis korperat hinggalah kerja printing dan pengiklanan saya lakukan. Jadi sebagai usahawan saya sendiri menyahut cabaran tersebut keluar dari zon selesa cuba membina kerjaya selain membuat perbezaan dalam masyarakat,” Katanya. Jelas anak Felda Jengka 8 ini, keputusan berhenti kerja sebagai pereka grafik adalah tepat dan memulakan perniagaan dari bawah secara keci-kecilan, malah keputusan yang dibuat memenuhi cita dan naluri kehendaknya. “Saya nampak satu produk yang boleh buat orang percaya dan berkualiti malah yakin dengan rekaan saya buat orang selesa memakainya. Jadi apabila saya menceburi bidang ini saya mendapati ada potensi bukan sahaja tahan lama di pasaran tetapi potensi berkembang lebih dari yang ada sekarang, itu yang membuatkan saya berani mencebur dalam bisnes ini,” katanya. CCSB adalah syarikat bumiputera, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008 dengan bantuan modal dari Fama dan modal sendiri tanpa pinjaman bank. Syarikat ini menghasilkan pelbagai jenis uniform berkualiti dengan gaya rekaan terkini yang selesa dipakai, termasuk reka bentuk kemeja korporat dan cenderahati untuk tempahan. TEMBUSI PASARAN GOBAL Jelas pemuda yang berusia 33 tahun ini, syarikatnya mementingkan penjagaan mutu material kain dan jahitan yang kemas adalah berlainan dengan 30
syarikat yang menghasilkan baju yang sama termasuk dari segi rekaan. Sebab itu jenama syarikat miliknya dapat tembusi pasaran global. “Sejak menceburi bidang bisnes ini, jenama saya telah menembusi pasaran antarabangsa seperti London, Perancis, Brunie, Singapura, Mesir dan Dubai. Saya juga ada menerima tempahan dari syarikat korporat tempatan.”
“Baju ini saya reka sendiri fesyen dan bentuknya, kualiti mutu memang terjamin, saya juga sering mendapat maklum balas daripada pelanggan, apabila ada masalah memang saya periksa dari segi kualiti dan saya bantu mereka.” “Bagi yang pernah menempah pakaian seragam atau kemeja korporat dengan syarikat ini mereka akan puas hati dengan perkhidmatan saya, malah saya adalah antara perintis yang terawal menggunakan pentas website untuk memperkenalkan keluaran jenama syarikat ini di mata dunia,” katanya. Menurut Fadzil lagi, dia sangat menitik beratkan hunbungan baiknya dengan pelanggan. Hubungan baik dengan pelanggan adalah sangat penting ketika memberi khidmat terbaik kepada mereka. “Apabila melihat pelanggan menghargai apa yang kita berikan, ia bagaikan satu kepuasan untuk diri saya kerana saya menghargai permintaan mereka.” Tambahnya, perniagaan menggunakan website ini telah menonjolkan nama syarikatnya,malah tidak menggunakan wang yang banyak untuk menaikkan nama syarikat. Cukuplah sekadar kemudahan internet untuk mempopularkan produk yang ingin dijual. “Ada orang selesa berniaga secara terus dengan pelanggan, ada juga peniaga yang gemar berurusan melalui internet, kedua-duanya menguntungkan dan terserah cara anda untuk memilihnya, melalui internet memberi seribu peluang kepada sesiapa yang tahu akan kebaikan dan sebaliknya,” katanya bahawa syarikat miliknya termasuk antara senarai carian popular untuk tempahan kemeja korporat termasuk untuk pasaran global. PERSAINGAN DAN CABARAN Fadzil mengakui untuk menghasil dan memasarNGO, EDISI 1
kan produk jenamanya dia menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang paling getir adalah mendapatkan kepercayaan orang menggunakan jenama Bumiputera yang berkualiti, ini kerana ramai yang menyamakan harga yang tinggi dengan syarikat bukan bumiputera dan jenama saya ini adalah mampu milik dan tahan lama. “Proses menghasilkan rekaan pakaian terbaru juga adalah satu cabaran yang perlu dihadapi kerana terpaksa bersaing dengan syarikat lain, kerana setiap rekaan yang saya buat pasti ada yang meniru dan menawarkan pada harga yang lebih rendah tanpa jaminan kualiti. Cabaran lain adalah terus memberi khidmat serta tindakan susulan walaupun pelanggan kami semakin ramai,” ujarnya yang merupakan pemegang Ijazah Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia Skudai ini.
“Cabaran kedua, adalah menyakinkan dan mendidik pelanggan agar jangan ambil jalan pintas untuk menempah produk yang murah jika tidak tahu kualitinya nanti kita sendiri yang rugi,” TERUS BERJUANG Selaku pemilik syarikat CCSB, Fadzil merangka satu strategi untuk memastikan kelangsungan operasi perniagaannya bertahan lama. “Semasa memulakan perniagaan, saya masih mula merangkak dan banyak lagi perlu belajar untuk terus maju. Namun kini, saya memastikan perancangan perniagaan dibuat dengan teliti, memberikan jangkaan sejauh mana nak pergi dan lebih berhati-hati dalam membuat segala keputusan,” ujarnya. Siapa sangka anak kampung berasal dari Pahang ini mampu mengemudi perniagaan sendiri.Ada teladan yang boleh dipelari daripada cerita pemuda ini sudah tentu tiada siapa yang boleh mengubah nasib seseorang melainkan diri mereka sendiri yang mampu mengubahnya. “Harapan saya adalah kumpulan yang bekerjasama dengan saya berjaya, saya mahu melihat mereka yang berkolaborasi dengan saya berjaya, apabila berjaya mereka boleh menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat. Anak muda perlu beringat untuk berjaya perlu bertungkus lumus dengan bidang yang mereka buat, jangan mudah putus asa,” katanya lagi. NGO, EDISI 1
31
Fenomena ‘Vaping’ Dan Kesan Terhadap Kesihatan oleh: Dr Nur Farrah Nadia bt Najib. Pegawai Perubatan (A&E) Hospital Penawar.
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” Malah dalam Surah Al-An’am, ayat 32, telah dijelaskan bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau, sedangkan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertaqwa. “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain mainan dan senda gurau. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? “
32
NGO, EDISI 1
KESIHATAN
aru-baru ini timbul budaya baru dalam masyarakat di Malaysia iaitu fenomena ‘vaping’ atauelectronic cigarette (rokok elektronik). Ia tumbuh bak cendawan selepas hujan. Malah ada yang tanpa segan silu berkongsi gambar-gambar ‘vaping’ secara berkumpulan. Kaum wanita juga ramai yang terlibat dengan ‘vaping’ ini. Mungkin kerana mereka menggangap ‘vaping’ tidak berbahaya seperti merokok. Lebih menyedihkan, ada diantara kanak-kanak sekolah rendah yang ditangkap kerana memiliki rokok elektronik yang rupanya seakan-akan pensil. Ini jelas menunjukkan, kebimbangan yang disuarakan orang ramai sejak rokok elektronik mula diperkenalkan telah menjadi kenyataan. Sebenarnya idea untuk mencipta rokok elektronik ini diilhamkan oleh Herbert A Gilbert pada tahun 1963. Namun, kerana kekangan teknologi pada ketika itu, ia tidak menjadi kenyataan. Pada tahun 2003, seorang ahli farmasi dari China, Hon Lik telah berjaya memperkenalkan rokok elektronik ini dan ia mula memasuki pasaran sekitar tahun 2004/2005. Sejak awal penggunaannya, ia dikritik hebat oleh pakar-pakar perubatan dan pengkaji toksikologi. Ada diantara pakar perubatan yang bimbang rokok elektronik ini akan menyebabkan meningkatnya budaya merokok dikalangan kaum wanita dan remaja. Ternyata, inilah fenomena yang sedang kita lihat sekarang. Buat masa ini di Malaysia, Klinik Berhenti Merokok yang diadakan khas di klinik-klinik kesihatan seluruh negara masih menggunakan kaedah kaunseling dan terapi nikotin sebagai langkah utama ke arah smoking cessation. Walaupun rokok elektronik bebas tembakau, ia masih mengandungi nikotin dalam dos yang berbeza serta sejumlah bahan kimia yang lain yang digunakan untuk menghasilkan ‘vapour’ yang kelihatan seperti asap rokok. Berbeza dengan terapi nikotin di klinik kesihatan, dos nikotin yang masuk ke dalam badan perokok dari rokok elektronik sukar dipastikan. Tetapi harus diingat, 60 mg nikotin yang diserap ke dalam darah, mampu membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Timbul juga kebimbangan pengkaji bahawa bahan-bahan kimia yang digunakan bagi menghasilNGO, EDISI 1
Antara jenis-jenis vape yang dijual di pasaran tempatan.
kan vapour ini boleh menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit kanser meningkat. Tidak kira apa jua alasan yang digunakan oleh pengguna rokok elektronik, jelas hukumnya sama dengan rokok konvensional, iaitu berstatus haram bagi umat Islam. Ini telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada tahun 1995. Saya masih ingat kata-kata pensyarah di Fakulti Perubatan, Universiti Monash tentang merokok. Kata pensyarah tersebut, namakan apa sahaja penyakit yang ada di dalam dunia ini, merokok pasti salah satu daripada risiko bagi mendapat penyakit tersebut. Ini jelas menggambarkan keburukan merokok dari sudut kesihatan.
Dari segi kesihatan, rokok elektronik tidak diiktiraf oleh pakar perubatan WHO sebagai langkah untuk berhenti merokok walaupun ramai diantara penggunanya memberikan alasan sedemikian. Tubuh badan kita adalah amanah daripada Allah SWT, maka ia wajar dijaga dengan sebaiknya. Tubuh badan yang sihat menjadikan pemiliknya mudah untuk beribadah kepada Allah. Umat Islam harus sedar, beribadah kepada Allah merupakan matlamat utama kita diciptakan atas muka bumi ini, sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Az-Dzariyat ayat 56. 33
BORANG LANGGANAN 2016
HARGA *Kulit majalah hanyalah hiasan sahaja. senaskah
TAWARAN RUANGAN ARTIKEL DAN IKLAN SECARA PERCUMA BERSAMA NGO
Majalah NGO memberikan informasi dengan lebih jelas mengenai pergerakan dan aktiviti persatuan atau kelab, peranan persatuan atau kelab pada masyarakat dan banyak lagi. Jumlah cetakan majalah NGO ini adalah terhad kepada 10,000 naskah sahaja. Bukan sahaja bermanfaat kepada orang ramai, malah majalah ini juga secara tidak langsung menjadi medium bagi badan-badan NGO untuk menyampaikan maklumat mereka kepada masyarakat seperti jadual program, promosi keahlian, produk dan sebagainya.
NAMA
:
ORGANISASI : ALAMAT POS :
NO TELEFON : EMAIL
:
NO CEK
:
LANGGANAN :
NO FAX : BANK : Volume 1 (Edisi 1-12)
Volume 2 (Edisi 13-24)
Volume 3 (25-36)
*PERCUMA ruangan iklan dan artikel untuk satu edisi hanya dengan langganan setahun iaitu 12 edisi. Tawaran ini tidak termasuk kos penulisan artikel dan rekaan grafik untuk iklan. *Majalah akan di hantar melalui POS pada alamat yang diberi dalam tempoh 5 hari bekerja. *Bayar kepada NGOP Management: 6407-800-1001-8993 (Alliance Islamic Bank). ALAMAT: NGO Publication Management (002485403-T) | No. 202, Jalan BK 5S/3B, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor DE.
www.ngo.com.my