Terokai
Kawasan Luar New Zealand
Berjalan Santai / Mengembara Seharian
Bercuti di kawasan luar dan nikmati alam semulajadi. Nikmati beberapa tempat untuk berjalan santai dan mengembara seharian yang terbaik di New Zealand, bukti bahawa beberapa perkara terbaik datang dalam pakej yang kecil. Mudah untuk pergi, hebat untuk keluarga dan boleh dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda dengan senang – ada sesuatu untuk setiap orang. Dari utara hingga jauh ke selatan, melalui belukar asli yang subur dan hutan rimba serta sepanjang pantai yang berceranggah, New Zealand bertuah kerana mempunyai banyak pilihan untuk berjalan santai dan mengembara seharian yang sukar dilupakan. Sebelum anda bermula, gunakan panduan ini untuk membantu anda merancang dan menyediakan pengalaman yang hebat.
Memilih perjalanan yang betul
Merancang pengembaraan anda
New Zealand mempunyai banyak tempat untuk berjalan santai dan mengembara seharian yang berbeza – kebanyakannya menggunakan trek berkualiti tinggi dan mudah dengan penanda trek berwarna oren yang jelas, tetapi ada yang boleh menyeberangi laluan yang mencabar tanpa trek atau penanda, asalkan anda mampu melakukannya. Sebelum anda pergi, pastikan anda memilih tempat untuk berjalan santai atau mengembara seharian yang sesuai untuk anda dan kumpulan anda. Pertimbangkan jauhnya perjalanan dan jangkaan masa yang akan diambil, berapa banyak masa yang anda ada, tahap kecergasan anda dan jika anda mempunyai pakaian serta peralatan yang betul. Sekiranya anda tidak pasti tentang perkara ini, tanya orang tempatan di pejabat Jabatan Pemuliharaan yang terdekat atau i-SITE (mereka tahu tentang kawasan tempatan) atau tanya seseorang di tempat penginapan anda bagi mendapatkan nasihat mereka. Orang Kiwi suka membantu, jadi mereka akan berkongsi pengetahuan mereka dengan gembira.
Amat mudah untuk merancang bagi berjalan santai atau mengembara seharian, dan sedikit usaha sebelum anda pergi akan membantu memastikan anda dapat bergembira. Penting untuk diingat bahawa kebanyakan taman luar yang digemari di New Zealand dianggap sebagai 'luar bandar'. Sesetengah tempat untuk berjalan santai ini mungkin mengambil masa beberapa jam memandu dari kemudahan seperti stesen minyak, pasar raya, stesen polis, bank dan kemudahan/perkhidmatan lain yang anda jangkakan terdapat di bandar atau kotaraya. Mengetahui perkara ini membolehkan anda bersedia dengan sewajarnya. Jika anda merancang untuk berjalan santai/mengembara seharian, ambil peluang untuk menyimpan bekalan dan pastikan anda mempunyai peralatan yang anda perlukan sebelum anda meninggalkan bandar. Sebaik sahaja anda berada di destinasi berjalan santai anda dan anda telah meninggalkan kawasan letak kereta, anda tidak akan menemui sebarang perkhidmatan atau kemudahan, selain daripada pondok asas, tanda trek dan maklumat panel di beberapa tempat.
Lake Matheson, West Coast
Cuaca yang sentiasa berubah New Zealand adalah koleksi pulau di tengah-tengah lautan yang besar, bererti cuaca kami berubah setiap hari dan tidak stabil seperti kebanyakan tempat di benua Eropah, Asia, Amerika dan Australia. Ia adalah perkara biasa untuk matahari memancar selama satu jam, dan kemudian hujan lebat serta angin seterusnya – cuaca yang sentiasa berubah, dan perubahan tersebut boleh berlaku dengan cepat. Kebanyakan persekitaran luar semulajadi kami terletak berdekatan dengan laut atau gunung. Bersedia untuk mengalami empat musim dalam satu hari.
171220.MSC.COM.tourismsheet-dayhikes-MAL.indd 1
Hooker Valley, Canterbury
Tinggalkan tanpa jejak Persekitaran kami sangat istimewa dan kami menghormatinya. Dengan mengikuti cadangan ini, anda boleh menjalankan tanggungjawab anda untuk membantu mengekalkan New Zealand cantik: sila gunakan trek yang ditandakan, bawa semua sampah bersama anda, hanya gunakan tandas yang ditetapkan, biarkan persekitaran semulajadi seperti yang anda temui (jangan ambil sebarang benda), hormati hidupan liar yang anda jumpa dan elakkan daripada memberi sebarang makanan kepada manamana burung, terutamanya burung cheeky mountain kea di South Island kerana ia boleh memudaratkan kesihatannya.
Managawhai Cliff walkway, Northland
Kekurangan rangkaian telefon bimbit Liputan telefon mudah alih (termasuk liputan internet) sangat kecil di kebanyakan kawasan luar di seluruh New Zealand. Malah, anda tidak perlu mengharapkan sebarang liputan telefon mudah alih semasa berjalan santai atau mengembara sehairan, dan jika ada, ia hanyalah sementara. Di kebanyakan tempat, anda perlu pergi ke bandar terdekat untuk mendapatkan liputan telefon mudah alih, dan ini mungkin mengambil masa beberapa jam memandu di beberapa tempat di New Zealand. Sentiasa bawa telefon anda bersama anda, tetapi jangan harap ia sentiasa berfungsi.
4/27/2018 11:28:02 AM
Roys Peak, Wanaka
Senarai Keperluan Kiwi Jika anda bertanya mana-mana tramper New Zealand (istilah kami untuk pengembara atau tramper), mereka akan memberitahu anda apa yang sepatutnya ada dalam pek anda. Berikut adalah senarai ringkas yang dicadangkan oleh Majlis Keselamatan Gunung. Senarai ini akan berubah bergantung kepada ke mana anda mungkin pergi, berapa lama anda akan pergi dan ramalan cuaca, tetapi gunakan ini sebagai panduan minimum dan tambah kepadanya: • Kasut yang berkualiti baik: But mendaki adalah yang terbaik. Trek kami ada yang sukar, jadi pakai kasut yang bertutup, kasut yang tahan lasak yang anda rasa selesa – kasut yang terbuka atau sandal tidak sesuai untuk trek di New Zealand. • Lapisan pakaian: Lapisan pakaian yang boleh anda pakai atau buka mengikut keadaan adalah terbaik. Lapisan therma daripada bulu, polypropylene atau merino adalah bagus untuk cuaca di New Zealand yang sering lembap. Tinggalkan baju-t kain kapas dan seluar jean anda, kerana ia tidak mengekalkan kehangatan dan sukar untuk kering. • Jaket hujan: Ini penting. Jika anda bernasib baik, anda mungkin tidak memerlukannya, tetapi sentiasa bawanya bersama anda, walaupun pada musim panas.
Bagaimana pihak bantuan mencari anda? Walaupun hanya berjalan santai atau mengembara seharian, adalah penting untuk berkongsi rancangan anda dengan seseorang sebelum anda pergi. Di New Zealand, anda diharap akan memberitahu seseorang tentang apa yang anda lakukan dan ke mana anda pergi, sebelum anda pergi. Dengan cara itu jika sesuatu berlaku, perkhidmatan kecemasan kami boleh membantu anda kerana mereka tahu laluan yang anda rancang. Beritahu seseorang rancangan anda dengan menggunakan apa saja kaedah yang sesuai bagi anda. Ini boleh merupakan e-mel, panggilan telefon atau mesej SMS yang terperinci kepada rakan atau ahli keluarga. Pastikan anda juga memberitahu mereka sebaik sahaja anda kembali. Anda mungkin tidak mempunyai liputan telefon mudah alih semasa pergi berjalan santai atau mengembara seharian, jadi pastikan anda memberitahu mereka rancangan anda sebelum anda pergi.
Semasa berjalan santai • Ikut penanda trek berwarna oren dan berjalan di trek yang betul
• Topi dan sarung tangan hangat: Walaupun pada musim panas, Tramper Kiwi tidak pernah meninggalkan rumah tanpanya. • Minimum 2 liter/setengah galon air minuman: Kecuali anda terjumpa sungai atau berjalan melewati sebuah pondok anda tidak akan menemui air, jadi bawa secukupnya untuk perjalanan sehari.
• Gunakan jambatan apabila menyeberangi sungai, jika ada
• Makanan untuk sehari: Bawa lebih sedikit kerana anda mungkin berasa lapar daripada biasa.
• Patuhi sebarang nasihat atau maklumat pada papan tanda
• Lampu suluh di kepala dan kit pertolongan cemas yang kecil termasuk sebarang ubat peribadi: Anda mungkin tidak menggunakan item ini, tetapi ia akan banyak membantu jika terdapat masalah atau anda terkandas.
• Anda tidak memerlukan permit untuk berjalan di trek New Zealand
• Keselamatan daripada cahaya matahari: Tahap UV di New Zealand sangat tinggi. Ini bermakna anda sering memerlukan cermin mata hitam, pelindung matahari dan topi tanpa mengira musim.
Perkara yang perlu dilakukan sebelum anda keluar di New Zealand
3. Berhati-hati dengan cuaca Cuaca di New Zealand boleh berubah-ubah. Semak ramalan cuaca dan jangkakan perubahan cuaca.
4. Ketahui had anda
1. Rancang perjalanan anda
Cabar diri anda dalam had fizikal dan pengalaman anda.
Dapatkan maklumat tempatan, rancang laluan anda dan jumlah masa yang anda mungkin ambil.
5. Bawa bekalan yang mencukupi
2. Beritahu seseorang rancangan anda Beritahu seseorang rancangan anda dan bila perlu mendapatkan bantuan jika anda belum kembali.
Dapatkan maklumat yang anda perlukan 171220.MSC.COM.tourismsheet-dayhikes-MAL.indd 2
5
langkah mudah
Pastikan anda mempunyai makanan, pakaian, peralatan dan bekalan kecemasan yang mencukupi sekiranya sesuatu yang buruk berlaku. Lakukan komunikasi yang sewajarnya.
TEROKAI NZ
CARI TEMPAT BERJALAN SANTAI
DAPATKAN RAMALAN CUACA
RANCANG PERJALANAN ANDA
100% Pure New Zealand www.newzealand.com
Department of Conservation www.doc.govt.nz
MetService New Zealand www.metservice.com
NZ Mountain Safety Council www.mountainsafety.org.nz
4/27/2018 11:28:04 AM