Air Mata
Bidadari Cerpen Oleh : Mami Zubi
Senja petang semakin rebah cahaya kepanasan sudah semakin hilang tapi haba panas masih terasa didahi. Peluh-peluh sudah menjadi tetamu didahi Mak Uda, seharian melayan laman rumah yang tidak diusik sejak beberapa minggu yang lalu kerana masalah kesihatan yang semakin uzur ditelan waktu yang semakin layu, Mak Uda terus melayan daun-daun yang banyak berguguran dan kekeringan pada musim kemarau, disapunya sehingga kemas dan bersih dengan penyapu lidi yang terhasil dari usahanya sendiri. Pengerakan Mak Uda ke pankin yang dibuat oleh Arwah suaminya kira-kira 12 tahun yang lalu. Melabuh duduk di pankin yang sudah menjadi penemannya sejak kehilangan arwah satu masa dulu menjadi tempeh teduhan petang mereka berdua kini Mak Uda sendirian kesunyian dan kesepian. Kesibukan kerja menyebabkan anak-anak semakin semakin menjauh dan kepulangan anak-anak dan cucunya semakin kurang walaupun sering mengirimkan wang dan berhubung melalui telefon, tetap Mak Uda semakin sunyi. Mak Uda imbau kembali saat Pak Uda tenat kerana mengidap penyakit asma telah menghembus nafas yang terakhir namun sempat berpesan jangan sesekali mengganggu anak-anak sebab mereka pasti sibuk dengan urusan mereka sendiri. Mak Uda berbisik sendirian melepaskan luahan hati kecilnya itu. “Lama sungguh dia orang tak balik menjeguk aku, dahlah tak kuat, agak-agaknya bila aku dah tak ada baru diaorang nak balik kot, ntahlah apa nasib aku ni silap-silap mati pun sendirian dalam rumah�. bahasa dan lorat Kedah masih kedengaran. Mak Uda lalu bangun membawa penyapu meneruskan menyapu daun-daun kering yang masih kelihatan, selesai kerja Mak Uda masih merenung dan termenung jauh sebelum bawa diri kedalam rumah dan menutup pintu dan tingkap bila mana tidak lagi kelihatan matahari terik yang sudah dilabuh oleh tirai senja keemasan semakin hilang dan menghampiri malam, jelas kelihatan warna keemasan yang cukup menawan seperti langsir hitam yang bercorak indah dan menawan. Saat itu kesepian hati seorang ibu semakin terasa bila anak-anak semakin hari melupakan tanggungjawab terhadap ibu mereka. Bila mana anak-anak sangkakan dengan setiap wang kiriman mereka pada setiap bulan itu mampu membuat emak bahagia ternyata sangkaan itu salah sesama sekali, wang bukanlah segala-galanya walau hakikatnya segala-galanya dalam dunia ini memerlukan wang, tapi Mak Uda tetap bersyukur dia tidak pernah kekurangan makanan mahupun minuman. Hidupnya cukup beruntung sering dijaga oleh jiran-jiran dan sedara mara yang tinggal disekeliling rumah, tapi seramai mana pun orang keliling tetap tidak sama tanpa kehadiran tiga orang anak-anaknya, seorang bergelar Pegawai Kerajaan. Malik sangat dihormati orang ramai sudah pun berkawin dan mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan tapi jarang pulang membawa anak-anak bertemu nenek yang merindui cucu-cucunya.
Anak perempuan kedua juga bukan calang-calang, bertugas sebagai seorang pegawai bank walaupun duduk berhampiran tapi tetap jarang dapat bertemu anak perempuannya ini, Musliha yang kerja tidak menentu kalau balik pun masih melayan kerja didalam bilik, keluar untuk sekadar makan dan mandi. Mak Uda tidak pernah kisah apa yang penting mereka balik cukup untuk dia lepaskan rindu, kisah anak bongsu lelaki yang ketiga pula telah menghilang merajuk kerana ditegur oleh Malik abang sulung dan Musliha kakaknya, Mazlan terus keluar dari rumah dan pergi entah kemana, merajuk membawa diri. “Mak dah makan” tanya Su atau Suraya gadis manis yang sangat baik dan penyayang itu sering melawat dan menjaga makan minun serta mengemas rumah Mak Uda, tidak pernah di panggil dengan gelaran Mak Uda tapi sejak kecil sudah dipanggil Mak, Su sudah biasa dan membesar bersama Mak Uda kerana itulah satu-satu ibu saudaranya yang masih ada, kakak kepada ibunya lain-lain saudara mara ramai yang sudah pergi menemui sang pencipta, kini hanya tingga Mak Uda dan Mak Su adik paling bongsu sahaja. “Mak tak lalu makan Su, nanti lewat-lewat mak makan” Suara sedih jelas kedegaran dari suara. “Mak mana boleh macam ni, dah lewat ni mak, Su ada Program tadi maaf lewat datang” Pujuk Su. Jam sudah 7.40 malam. Mak Uda masih belum makan, masih di tikar sejadah baru selesai Maghrib, akhirnya mengalah bila di pujuk Su anak sedara kesayangannya, Mak Uda bangun dan duduk bila Su mula menyuap nasi perlahan-lahan ke mulut, dengan linangan air mata, Su turut sebak dan sedih terasa dihati melihat ibu sedaranya sentiasa menitis air mata walaupun di hadapan rezeki. “Mak kenapa nangis ni Mak, tak baik tau nangis depan rezeki ini, sudah-sudah tak mahu macam tu nanti nasi pun nangis, nasi ni pun sejak tengahari tadi, mak kenapa tak makan, ibu kan hantar dari jam 12.30 siang tadi sekarang dah dekat 8.00 malam mak baru nak makan?” Su membebel bila Su tahu ibunya ada hantarkan makanan pada Mak Uda tapi tak dimakan oleh Mak Uda. Tapi jawab Mak Uda ringkas “Mak malas nak makan”, Su terkejut jawapan Mak Uda. “Mak mana boleh malas mak, kesihatan mak kena jaga mak kena kuat, kalau mak tak berselera boleh Su pesan ibu masak yang sedap-sedap tapi kalau malas, kalau Mak sakit mcam mana?”pujuk Su,
Su sambung lagi kali ini Mak Uda pula tersebak “Mak tak sayang Su, sebab tu mak tak mau Su datang suapkan Mak makan? Mak Uda tersentap rasa bersalah lalu memeluk dan memujuk Su. “Eh mana ada Mak usik Su saja tadi tak sempat nak makan. Kan pagi-pagi Su bawa bawa Mak sarapan rasa kenyang, Jadi kalau Su nak bawa Mak makanan pagi dengan malam sudah lah” Jawapan Mak Uda buat Su tersengih macam budak kecik dapat gula-gula. “Ooooo begitu rupanya!” Su ketawa comel. “Rupa siapa Su?” Mak Uda hairan jawapan Su, Su ketawa lagi..... “Rupa Mak yang comel la suka nangis-nangis” usikkan Su buat Mak Uda kembali tersenggih. “Baik la mak, mulai sekarang Su hantar sarapan dan makan malam ya, tapi Mak kena makan walaupun Su tak ada” Su pujuk lagi. Mak Uda senyum tanda setuju, “Dah habiskan makan dah lewat nak masuk Isyak dah ni Su nak kena balik tengok Ayah pula”. Begitulah Su saban hari jaga Mak Uda siap saja uruskan Mak Uda, Su segera pulang uruskan Ayahnya yang terbaring kerana Angin Amar (Stroke) sudah hampir dua tahun masih tidak ada tanda-tanda akan sembuh tapi Su sangat taat walau penat tetap mengukir senyuman diwajahnya malah Su benar-benar anak yang solehah kerana tidak mahu bebankan Ibunya yang tak begitu kuat untuk menjaga Mak Uda dan Ayah. “Su kenapa Abang dan Kakak awak tak balik Mak rindu dia orang!, sibuk sangat ker? Mak Uda mula bersuara. “Mak kadang-kadang tuntutan kerja membuat dia orang sibuk, cuma Su bernasib baik dapat pertukaran di Hospital berdekatan dengan rumah, Allah sudah susun semuanya cantik Mak, kita kena terima dan redho, Insyaallah nanti balik la dia orang tu Mak” Mak Uda terus menangis, tangisan Mak Esah kali ini teresak-esak buat Su jadi serba salah, tapi dia akui kebenaran kata-kata Mak Uda Su sendiri merasai kesepian dan kesunyian yang dilalui oleh Mak Uda apabila anak-anak Mak Uda jarang balik kebelakangan ini, lebih-lagi lagi Mazlan yang terus menyepi sedangkan Mazlan pernah menjadi kekasihnya satu masa dulu, tapi Su tidak salahkan Abang Malik dan Kakak Musliha kerana menegur Mazlan yang terlalu sibuk dengan Gitar dan jual Burger ditepi jalan tanpa mahu memikirkan masa depan sedangkan masa tu sudah pun berusia 23 tahun, kerana merajuk itu lah Mazlan menghilang kan diri lima tahun lamanya sehingga sekarang tak balik, Su faham apa yang Mazlan lalui dan apa pula yang dirasakan oleh Mak Uda tentang anak-anaknya.
Cuma harapan Su anak-anak zaman sekarang belajar menghormati dan menghargai ibu dan ayah di kampung, apa guna belajar pandai dan belajar tinggi-tinggi tapi tidak menghargai ayah dan emak yang pernah berkorban untuk mereka, saat Pak Uda masih hidup mungkin tidak terasa oleh Mak Uda kerana dia punya teman untuk berbual tapi lama-kelamaan kesuyian pasti terasa juga bila sudah hampir lima tahun Mak Uda hidup sendiri. Pak Uda meninggal dua minggu selepas Mazlan menghilangkan diri membuat kehidupan Mak Uda penuh kekosongan dan keseorangan. Kesianya pada insan seperti Mak Uda boleh dikatakan setiap hari Su hanya mampu memujuk dan melihat tawa dan tangisan Mak Uda, sehingga mata Mak Uda menjadi semakin kurang jelas. Petang yang indah ketika sibuk mengemas rumah Mak Uda, Su dikejutkan oleh satu panggilan dari Mazlan bertanyakan khabar, Su terkejut dan tidak tahu apa nak dibuat walaupun marah, sedih dan juga rasa sangat kecewa dengan sikap Mazlan yang menyepi dan menghilangkan diri, hinggakan mereka tidak dapat menghubungi Mazlan diketika ayahnya meninggal, Su tiba-riba rasa marah dan tak boleh berkata apa-apa kecuali marah sepuasnya membuat Mazlan terkejut dan sedih dengan apa yang telah terjadi dan cuba memohon bertemu Su. “Senangkan buat salah macam tak apa-apa berlaku, lepas tu minta maaf! Lan mana kau letak perasaan kau, Maaf saja boleh kau cakap maaf maaf maaf, kau ingat dengan satu kemaafan aku boleh buat seolah-olah kau tak bersalah dan tak pernah buat salah, aku penat melayan korang adik beradik, semua sama saja kau buat Mak Uda macam ni, kenapa Lan kenapa kau boleh jadi manusia bodoh sombong, sekarang kau nak apa ha!?” tanya Su dengan agak keras. “Su jangan macam ni Lan call tanya kabar, kan Lan dah minta maaf tadi” Mazlan terus memujuk. “Kau nak apa Lan?” Su geram hatinya merajuk seolah-olah tak mampu maafkan Mazlan. “Tolong la jumpa aku sekali saja, biarlah kalau kau rasa aku betul-betul bersalah aku akan tarik diri aku janji tak akan balik lagi tak kacau hidup kau lagi” pujuk Mazlan. “Kau tak tau jalan balik lagi ke, atau kau lupa rumah kau dimana? kenapa aku kena keluar jumpa kau sedangkan rumah kau ada disini, kau nak jumpa aku kau balik, dan jangan kau harap aku jumpa kau, senangnya cakap kau, Mak kau macam mana bukan aku yang harus kau risau kan tapi mak kau Lan, kalau kau betul-betul nak jumpa aku kau balik dan jumpa dengan mak kau bukan aku faham” sudah aku sibuk ni Assalamualaikum!” Su geram letak telefon dengan rasa marah sedih dan kecewa dengan sikap Mazlan masih tak matang, Su mengomel sendiri “Ya Allah kau kuatkan iman aku sudah tidak berdaya lagi melukai hati Mak Uda dengan apa yang terjadi, aku mohon dari mu berikan aku kekuatan” Su memohon petunjuk dan kekuatan diri sambil mengomel sendiri. Su pulang setelah kerja siap.
Seperti biasa, Su ke rumah Mak Uda membawa bekalan kuih yang dibuatnya tadi, lalu membelai orang tua itu dengan penuh kasih sayang membuat Mak Uda kehairanan melihat sikap Su. Mereka sama-sama menangis dengan tangisan yang sungguh sayu, betul lah kata orang wanita dan air mata tidak dapat dipisahkandan mungkin kerana itulah wanita sering di gelar Airmata Bidadari..... “Kenapa ni nangis-nangis ni?” Mak Uda menegur. “Rindu Mak Uda la, sihat?” Su melepaskan pelukan. “Sihat la, kan pagi tadi kita dah jumpa rindu Mak Uda ke orang lain, Insyaallah Su satu hari nanti dia pasti kembali, Lan pernah berjanji dengan Mak Uda sebab Cinta Hati dia ada disini” kata-kata Mak Uda membuat Su terkejut “Apa lah Mak Uda ni, kesitu la pula dah lima tahun Mak Uda, Su tak kisah pun tak fikir pun pasal dia” Su terus bersuara “Kalau tak kisah kenapa tolak semua pinangan orang, sampai sekarang tak cari penganti” tanya Mak Uda buat Su sedikit merajuk, “Balik dulu Mak Uda” Su terus gerak motornya balik “Ala Su Mak Uda gurau saja” wajah meyesal lukakan hati anak gadis yang cukup sayangkan dia. Su terus hilangkan diri, sabar mula hilang. Su betul-betul marah lalu membuat panggilan untuk bertemu ketiga-tiga anak Mak Uda tanpa mereka tahu pertemuan ini diantara mereka berempat. Akhirnya mereka hadir utuk bertemu dan membuat Su senyum dan puas seolah-olah satu peluang untuk Su berterus terang, bila Malik dan Musliha tiba mereka bersalaman dan tiba-tiba muncul Mazlan yang tanpa disedari kepulanganya amat dinantikan dan dirindui. “Su apa khabar? Sihat? lama kak Leeha tak jumpa, tiap kali balik tak sempat nak singgah rumah Su” kata Musliha tanpa sedari apa akan terjadi “Tak pa Kak Leeha Su faham, tak balik tengok Su pun tak apa tak penting, tapi lagi penting balik tengok Mak Uda”, tanpa sedari kata-kata Su buat Musliha tersentap kerana ada kebenaran pada kata-kata Su. “Aih Abang Malik pun ada, abang seorang je ke” bila melihat malik berjalan masuk ke arah mereka berdua sambil bersalam-salam, “Leeha pun ada, sihat? Su macam mana” Malik bersuara bertanya khabar. Terkejut terkaku Malik dan Musliha bila melihat kemunculan Mazlan dihadapan mereka. “Sihat abang Malik, Su senyum tapi pahit, “Akak Mimpi kah ni, tiba-tiba saja muncul” usik Musliha bila tiba-tiba Mazlan muncul tapi Mazlan terus memeluk abangnya Malik dengan memohon ampun dan maaf mereka sama-sama menitis air mata.
“Maafkan Lan abang kak Leeha, Su” itu saja ucapan yang termampu diucapkan oleh Mazlan. “Akhirnya Lan balik, rindunya akak pada kau, rindu dik kenapa buat kami macam ni sampai hati kau dik” Kak Leeha tak dapat menahan perasan air mata mereka terus gugur tanpa rasa malu dan segan dengan orang yang lalu lalang, mereke tergamam dengan kehadiran Mazlan, “Adik maafkan abang juga marahkan adik” itu saja yang mampu terkeluar dari mulut Malik “Abang Malik kak Leeha maafkan Lan kerana menyusahkan semua orang” Mazlan masih memeluk Malik dan Musliha. “Kita nak berdiri disini saja ker? sudah la tu apa kata kita masuk dalam ramai memerhati kita ni, macam buat drama pula” Kata-kata Su buat Malik, Musliha dan Mazlan tersedar dan terus masuk dalam cafe. “Su terima kasih susah payah uruskan pertemuan kami” kata Musliha. “Maafkan Lan maaf sangat-sangat” Mazlan berulang kali lafazkan kemaafan. “Dengar sini ya, sekarang bukan soal minta maaf, kerana maaf tak mampu selesaikan apa-apa pun masalah yang terjadi tapi sekarang masa untuk berbincang, Su nak semua dengar baik-baik kita kena berbincang dan Su perlukan kata putus” Kata Su puas hati semua hadir. “Terima Kasih Su aturkan pertemuan ini” Lan senyum puas dapat bertemu dengan abang dan kakaknya. “Maaf kan Su terpaksa bertindak begini bukan untuk kalian bertiga tapi demi Mak Uda” kata Su terdiam sebak kesedihan jelas kelihatan, mereka faham sebab Su sangat rapat dengan Mak Uda malah Su lebih rapat dengan Mak Uda berbanding mereka bertiga. “Kenapa dengan Mak, Mak ok ke Su” tanya Malik “Mak Uda ok ke? itu je abang mampu tanya” mereka terdiam bila waiter datang mengambil pesan
“Maafkan Abang Su abang tau abang Malik sedar dah terabaikan Mak” Malik cuba menahan sebak tapi Su membalas setiap kata-kata mereja bertiga, “Su tak mahu dengar siapa-siapa pun cakap, Su panggil untuk bincang Su yang nak semua dengar, Maaf kalau Su berkasar, soalnya sekarang bukan kita tapi Mak Uda, Su tahu abang Malik, Kak Leeha dan Lan sibuk dan entah dimana bila Mak Uda perlukan, tapi Su tak pernah bangga sebab sentiasa disisinya sejak Su kecil lagi, Mak Uda besarkan Su ketika ayah Su meninggal dan mak terkena tekanan perasaan sampai lah Mak Su kawin lain, tapi Su bertuah kerana ber ayah tiri seorang insan yang sangat baik cuma nasib tidak menyebelahi Su sebab ayah pula Stroke, Su bersyukur Mak Uda menyayangi Su, Abang Malik, Kak Leeha dan Lan menjaga Su dengan penuh kasih sayang sebab tu Su jalankan tanggungjawab demi membalas Jasa baik Mak Uda, bukan terhutang budi tapi amanah, Abang Malik kena jadi suami dan lelaki yang tegas terhadap keluarga lebih-lebih lagi dengan isteri abang, tiap kali balik cuti sekejap tak pernah tidur di rumah Mak Uda. Rumah tu abang buat seperti persinggahan demi menjaga hati isteri abang, Kak Alia harus dengar cakap abang bukan sebaliknya malah mertua dia harus di utamakan serta hormati dan disayangi, asyik-asyik alasan panas tak tahan kalau tak tahan abang masukkan la Aircond atau lebih kipas atau apa saja tapi bukan bagi alasan untuk tidak tidur di rumah mak abang sendiri, Kak Leeha pun sama sibuk sepanjang waktu, balik sibuk tak balik pun sibuk, setiap balik dalam bilik, turun makan lepas tu masuk bilik sibuk sibuk dengan kerja yang tak pernah habis, Kak leeha kerja kita tak akan abis sampai mati pun tak abis, Mak hanya tengok tapi tak pernah bersuara kakak tu perempuan patutnya jadi teman sahabat terbaik mak untuk dia mengadu sebab kakak anak prempuan tapi sama saja dengan abang Malik dan Lan, dan kau Lan aku tak kisah pun perhubungan kita aku dah lama redha dan pasrah tapi tinggalkan mak lima tahun tanpa ambil tau apa terjadi sehingga hari Ayah meninggal.. aku.... (suara Su mula bergegar sebak) aku cari kau tapi tak jumpa kau dimana ha! Kau Ego! Sombong! ayah mati pun kau tak ada! banggala dengan perangai kau macam tu tak boleh di tegur, mulai sekarang setiap minggu semua harus pulang dan jaga Mak Uda bergilir-gilir Su tak peduli sesibuk mana pun korang semua, takkan nak suruh Su sampai bila-bila kot? Lepas kerja Su bergegas tengok Mak Uda setiap hari setiap malam Su akan pasti kan dia tidur baru balik dah bertahun lah” terkejut tangisan Su membuat semua terdiam. Kelihatan airmata Musliha menitis tapi airmata anak lelaki Mak Uda masih tersembunyi. Puas luahan hati Su dan kata-katamya buat semua terfikir sejenak. Su sambung bebelannya “Mak Uda menangis setiap hari Su terpaksa menjadi penemannya........ “Ya Allah Su maafkan kak Leeha, buat Su macam ni maaf Su” Esakkan Su buat Leeha serba salah terdiam dalam sebak.
“Betul Su abang Malik juga bersalah maafkan abang hari ini abang sedar sikap abang maaf Su, Abang harap sangat Su jadi Adik Ipar abang harap Lan tetap menjadi tunangan Su” pujuk Malik “Oh ya soal tu Su tak masuk campur aduk jangan risau pasal Su siapa jodoh Su biar Su sendiri yang tentukan, Su masih kuat dan tabah tapi Mak Uda tak sekuat Su malah tak sihat sejak kebelangan ni, tolong la balik tengok Mak Uda, Abang Malik itu tanggungjawab abang! baliklah, Kak Leeha Su tak salah kan akak, faham kesibukan kita perempuan bersaing untuk jadi yang terbaik, jangan asyik nak ingat duit saja, duit bukanlah segalanya dalam hiudp ini tapi ada benarnya segala-galannya memerlukan duit, jangan jadi hamba duit sampai terabaikan Mak Uda, balik la tengok Mak Uda jika ada waktu disaat-saat ini Mak Uda sangat memerlukan anak-anaknya dari Su, Lan ini cincin pertunangan kita rasanya ada yang lebih layak dari Su Maafkan Su, Su minta diri dulu Assalamualaikum” Su terus berlari keluar dari Cafe tanpa menoleh kebelakang walaupun dipanggil berkali-kali... “Semua salah Lan maafkan Lan abang kakak, Lan janji akan betul kan setiap kesalahan Lan dan Lan berjanji akan berusaha jadikan Su Isteri Lan walauapa pun terjadi Lan akan balik jaga mak itu janji Lan” kata-kata Lan buat semua sebak. “Lan kita lupakan kisah yang lalu kita bertiga buka buku baru, betul kata Su, kita lupa diri kita abaikan mak kita cuma ada seorang saja mak dalam dunia ni itu pun kita tak mampu jaga” Leeha luahkan rasa bersalah. “Maafkan Abang rasa ada bagusnya Lan balik jaga mak insyaallah abang tolong Lan buat business kecil-kecilan disini dan abang tak salah kan Lan, Jom lah kita balik tengok mak kesian mak dan Lan cari lah jalan kawin dengan Su, dia sangat baik kalau Lan hilang Su pasti penganti tak akan sama macam Su, Malik mula sedar ego menguasi dirinya ikut cakap isterinya. “mulai sekarang kita sama-sama berubah dan cuba perbaiki perhubungan yang semakin terputus, Lan berjanji akan buat yang terbaik Insyaallah bagi Lan peluang ya!” Mazlan bersungguh untuk kali ini. ”Abang yakin kita mampu, jika tidak tak mustahil terputus jauh lagi silatulirahim kita, jom kita jumpa mak. Abang rindu sangat dengan mak” Malik rasa bersalah dan sedar kesilapannya gagal menjadi anak dan abang sulung dalam keluarga......
Ada tikanya kita leka dan lupa diri kita sehingga biarkan wang mengusai diri. Kita abaikan tanggungjawab yang diamanahkan pada kita. Jadilah Manusia yang sentiasa sedar dan belajar dari kesilapan jika kita mahu bahagia dan berjaya. Akhirnya Pernikahan Mazlan Dan Suraya berjaya dilangsungkan. Membuat semua tersenyum kerana berjaya satukan Mazlan dan Suraya untuk memulakan kehidupan penuh dengan kasih dan sayang. Mereka belajar dari kesilapan yang lalu dan segalanya terjadi atas diri sendiri, walau apa pun cabaran dan ujian yang kita lalui, jangan sesekali lari masalah dan tanggungjawab, belajarlah dari kesilapan yang lalu, hargailah insan yang bergelar ibu. Kiriman wang setiap bulan bukanlah segala-galanya kerana kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
“Lama sungguh dia orang tak balik menjeguk aku, dahlah tak kuat, agak-agaknya bila aku dah tak ada baru diaorang nak balik kot, ntahlah apa nasib aku ni silap-silap mati pun sendirian dalam rumah�. bahasa dan lorat Kedah masih kedengaran. Mak Uda lalu bangun membawa penyapu meneruskan menyapu daun-daun kering yang masih kelihatan, selesai kerja Mak Uda masih merenung dan termenung jauh sebelum bawa diri kedalam rumah dan menutup pintu dan tingkap bila mana tidak lagi kelihatan matahari terik yang sudah dilabuh oleh tirai senja keemasan semakin hilang dan menghampiri malam, jelas kelihatan warna keemasan yang cukup menawan seperti langsir hitam yang bercorak indah dan menawan. Saat itu kesepian hati seorang ibu semakin terasa bila anak-anak semakin hari melupakan tanggungjawab terhadap ibu mereka.
Cerpen Oleh : Mami Zubi