Pulang

Page 1

Pulang by

Rina Khan


Aku dah penat. Rasanya dah lima ratus lima puluh lima kali aku jenguk tingkap, terjengah-jengah pandang ke bawah, mencari kelibatnya di bawah sana, di antara barisan kereta yang berhimpit-himpit di ruang parkir yang dah tak serupa ruang parkir itu. Tak ada. Aku toleh ke dinding, tangan jam menuding ke pukul 10:42 minit malam. Hmm, lah sangat. Dari pukul 9 tadi lagi dia kata dia dah , dari mana? Singapura? Alor Setar? Neraka jahanam? Takde pulak dia bagitahu dia nak pergi mana-mana selepas kerja hari ini. Sefaham aku dia cuma ke pejabat. Kalau dia kerja macam biasa, maknanya pukul 5 dah boleh balik. Mungkin dia buat OT, tapi sampai pukul berapa? Lagipun masa dia telefon aku pukul 9 tadi, bukan ke dia kata dah nak balik? Memang dasar lidah bercabang. Allah, tingkatkanlah kesabaranku. Hilangkanlah rasa gundahku. Tenangkanlah hatiku. Doa aku belum dimakbulkanNya. Aku masuk bilik dengan hati yang sebal. Macam-macam rasa bergejolak di jiwa. Marah, sedih, kecewa, hampa. Semua yang negatif saja. Mujur waras masih ada, kalau tidak‌ Namun sebaik aku tatap wajah Qhalif yang sedang lena, dengan bibir menyunyut macam tengah sedap hisap puting, hilang rasa marah. Tersenyum aku tengok perangai si comel aku. Umur baru 16 bulan, tapi perangai dah sebiji macam perangai bapanya. Qayyum pun macam itu jugak, kalau dah lena, bibir mesti menyunyut-nyunyut. Si anak menyuyut hisap putting, bapanya tak tahulah hisap apa pulak dalam mimpinya itu. Betullah kata orang, anak adalah penyejuk jiwa. Hilang terus rasa panas di dada aku hanya dengan memandang wajah comel anak aku. Aku lepaskan nafas panjang sambil baring di sebelah Qhalif. Spontan mataku merenung telefon bimbit yang dah retak skrinnya, menimbangkan apa yang patut aku buat. Kalau ikutkan hati, memang aku nak telefon saja dia. Tanya, dia ada kat mana sekarang? Tapi aku malas. Tak kuasa nak dengar dia membebel. Dia memang hebat dalam hal-hal begitu. Dia yang buat hal, tapi nanti sekelip mata dia boleh pusingkan sampai nampak macam aku yang salah. Maklumlah, dia kan kerja di pejabat guaman? Walaupun dia bukan peguam tapi bab berdebat dan bertikam lidah, dialah ahlinya. Bak kata satu hadith yang aku pernah baca, “Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang yang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi, kamu akan merasa bahang atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedapâ€?. Macam dia ni, aku pun tak tahu, entah penjual minyak wangi entah tukang kimpal besi para sahabatnya. Apa pun, aku rasa kalau peguam nampak gaya dia bertekak, mungkin peguam itu pula yang akan minta khidmat dia. Lagi satu sebab aku malas nak telefon dia, sebab dia suka marah-marah bila bercakap dengan aku dalam telefon. Tak pernah nak bermanis kata, menengking aje nadanya. Lebih-lebih lagi kalau dia tengah memandu. Alasannya, mengganggu konsentrasi. Konsentrasilah sangat. Entah-entah tengah berkepit dengan betina mana tah! Hati aku jadi panas semula. Aku lepaskan nafas panjang sambil mengiring ke kiri, pandang dinding. Mulalah aku terkenangkan trajedi 8 bulan yang lalu. Masa tu Qhalif baru belajar nak merangkak. Dia dah janji nak temankan aku beli barang dapur, tapi asyik tangguh aje. Dari sehari ke sehari, sudahnya dekat seminggu. Bila semua barang dapur dah habis, hendak tak hendak terpaksalah aku angkut anak aku pergi pasaraya dengan teksi. Takkan nak tunggu sampai tak makan?


Kelam kabut juga aku nak membeli belah seorang diri. Mana nak cari barang satu hal, mana nak perhatikan Qhalif lagi satu hal. Masa tu Qhalif dah mula lasak. Laju aje tangan dia tarik barang dari rak kalau kita tak perasan. Akhirnya selepas dekat dua jam bergelut dalam pasaraya tu, aku berjaya keluar dengan membawa 4 beg plastik yang penuh dengan barang dapur, dan satu tangan lagi dukung Qhalif. Penat, tak usah ceritalah. Tapi aku gigihkan juga. Yelah, daripada aku kebulur, baiklah aku penat sikit. Tengah aku terkial-kial tunggu teksi di bawah rembang Zohor, aku nampak kereta dia melintas. Berderau darah aku. Aku ingatkan dia datang nak cari aku. Mungkin dia balik rumah, tengok aku tak ada. Aduh. Entah-entah dia ada telefon aku, tapi aku tak dengar. Telefon itu pun dah terselit kat celah mana tah kat dalam beg aku tu, mana nak dengar? Mungkin sebab itulah dia datang cari aku kat sini. Aku berteka-teki sendiri. Lemah lutut aku bila tengok kereta dia masuk petak parkir tak berapa jauh dari tempat aku terpacak. Dada dah dup-dap-dup-dap berdebar, mengenangkan nak kena hamput kejap lagi. Tup-tup aku nampak seorang perempuan keluar dari kereta laki aku. Aik? Siapa ni? Lepas tu aku tengok Qayyum keluar dengan muka bukan main manis, langsung tak perasankan aku yang dah macam nak putus urat kentut menanggung segala macam beban atas badan aku. Itu belum kira tanggungan tekanan perasaan yang buat nafas aku sederas seladang yang tengah nak menerkam. Bukan main manja lagi si perempuan tu dengan laki aku. Aku , laki aku! Siap berpelukan nak menyeberang jalan. “Abanggggg!!!� Aku jerit sekuat hati sambil lepaskan semua beg-beg plastik yang sarat kat tangan aku. Mujur aku tak lepaskan anak aku sekali. Sebaik Qayyum nampak aku, kelam kabut dia tepis tangan perempuan tu. Pucat terus muka manis dia yang mengalahkan saat naik pelamin dengan aku dulu. Si perempuan tu pulak macam tak faham bahasa, masih lagi nak pegang tangan laki aku. “Kenapa Yang, ?� “Hey, kau siapa ha?!� Jerit aku lagi sambil bergegas mendapatkan mereka. Pada masa tu, Qayyum pun tengah kelam kabut ke arah aku. Cuma perempuan tu aje yang masih terpisat-pisat kejung kat situ, keliru dengan apa yang berlaku. “Apa benda ni abang? Siapa perempuan ni?!� “Azie, awak buat apa kat sini?� Tanya Qayyum balik, macamkan dia tak dengar soalan aku tadi. “Sayang kenapa ni? ?� Tanya perempuan tu pulak sebaik dia sampai di sebelah laki aku. Aku laki aku! Berdesing telinga aku dengar perempuan tu panggil laki aku ‘Sayang’. Entah dari mana datangnya tenaga aku, tiba-tiba aje aku dah tarik rambut dia macam orang gila. Slam dunk! Itu tara sebelah tangan aje tu, sebab sebelah tangan lagi masih mendukung Qhalif. Bayangkan kalau Qhalif tak ada kat tangan aku pada masa tu. Mahu bersepai gigi dia atas jalan tu aku kerjakan. Qayyum cepat-cepat leraikan aku dari terus mengeronyok perempuan tak tahu malu itu. Masa tu orang ramai dah berkerumun mengelilingi kami. Macam satu pesta pulak. Semua sibuk rakam kejadian dengan telefon bimbit masing-masing, seorang pun tak ada yang nak menolong. Kalau adalah sesiapa sudi ambil Qhalif dari tangan aku hari tu, mungkin aku dah bertukar alamat ke penjara sekarang ni kot? Hmm, nasib baik diaorang tak tolong aku.


Dipendekkan cerita, Qayyum kata perempuan tu klien dia. Banyaklah dia punya klien. Macamlah aku ni bangang sangat. Sejak bila pulak kerani syarikat guaman nak kena berurusan dengan klien? Siap berkepit di luar pejabat pulak tu. Mentang-mentanglah aku ni tak kerja, duduk rumah aje, dia fikir dia boleh kelentong aku hidup-hidup. Sampai aje di rumah, aku terus telefon bapa aku. Aku minta bapa aku datang ambil aku dengan anak aku sebab suami aku dah jumpa pengganti isterinya. Jenuh Qayyum pujuk aku, aku tak layan. Lantaklah kau nak jual temberang apa pun, aku tak minat nak beli. Dia jangan fikir aku ni lemah sangat sampai nak telan semua kelentong busuk dia tu. Sepanjang dia memujuk merayu aku dengan macam-macam alasan dan helah, aku senyap saja, langsung tak kata apa-apa. Malas nak buang tenaga melayan bohong dia. Baik aku sibukkan diri dengan melipat kain baju aku dengan Qhalif masuk beg. Geram sungguh dia bila aku tak layan. Sampai dia ugut tak nak bagi Qhalif ikut aku. Eleh, dia ingat aku takut dengan omong kosong dia tu? Cakaplah apa kau nak cakap, aku tak heran. Nak tahan Qhalif konon, macamlah dia larat nak jaga. Sedangkan aku minta dia jaga anak masa aku nak solat sekejap pun dah mengeluh macamkan nak terberak batu. Sejam kemudian, bapa aku sampai. Aku terus minta bapa aku tolong masukkan kain baju aku ke dalam kereta. Tapi bapa aku tak layan permintaan aku. Dia nak tahu apa cerita dulu. Hendak tak hendak, terpaksalah aku ceritakan semua pada bapa aku depan muka dia. Jenuh dia berkelit tapi aku tak lepaskan. Masa sesi soal jawab depan bapa aku itulah baru aku tahu nama perempuan tu, Emma. Tapi yang tak syoknya, bapa aku diam aje sepanjang aku mengadu hal Qayyum. Sikit pun dia tak komen apa-apa. Dia dengar aje tanpa sebarang emosi. Tapi Qayyum dah ke laut dah masa tu. Bila dia tak dapat patahkan cakap aku depan bapa aku, dia guna taktik airmata pulak. Bayangkan. Aku yang sakit hati kena tipu hidup-hidup ni pun tak menitiskan airmata, tapi dia selamba badak aje melalak sakan depan bapa aku. Dia kata aku salah faham. Dia dengan Emma tu tak ada apa-apa pun. Diaorang cuma keluar nak pergi minum. Tapi aku macam singa betina, belum apa-apa dah terkam. Sekarang aku sampai sanggup nak pisahkan dia dengan anak dia semata-mata sebab aku cemburu nampak dia dengan perempuan lain. Padahal dia takde buat apa-apa salah pun. Bapa aku cakap ringkas aje. Mula-mula dia tanya aku, “Azie, kamu nak balik rumah abah ni nak balik terus ke atau macamana?” Mengah juga aku nak jawab. Sebab aku sendiri pun tak tahu samada aku betul-betul sedia nak bercerai dengan dia ke apa? Hati memanglah sakit, tapi, ish, nak kena cerai terus ke? Alamak. Bila aku terpisat-pisat tak tahu nak jawab apa, bapa aku kalih pada Qayyum pula. “Qayyum, kau nak bini kau balik rumah abah ke atau macamana?” “Tak abah, saya tak nak dia pergi mana-mana. Saya haramkan dia keluar dari rumah ini abah.” Amboi, sedap mulut aje dia nak haramkan aku. “Baik. Kalau macam tu, abah nak kau janji, benda macam ini tak akan berulang lagi.” Kata bapa aku dengan tenangnya. Itu aje? Punyalah aku tak puashati pada masa tu.


“Baik abah, saya janji takkan jadi lagi.” Senang aje, kan? “Maknanya, kau jangan sekali-kali bagi bini kau tangkap kau keluar minum dengan mana-mana perempuan lagi selepas ini. Sebab kalau sekali lagi dia telefon abah suruh ambil dia atas alasan yang sama, abah takkan tanya kau apa-apa lagi. Pada masa tu abah akan anggap, kau dah tak minat nak berumahtangga dengan anak abah lagi. Faham?” Jelas abah panjang lebar. Qayyum terangguk-angguk penuh alap. “Dan kalau abah terpaksa ambil anak abah balik dengan cara macam tu, kau siaplah. Abah akan pastikan kau tak tinggal apa. Semua abah akan togelkan, faham?” Buntang mata Qayyum merenung bapa aku pada petang itu. “Faham?!” Bapa aku membentak keras, seolah-olah hendak memastikan Qayyum masih bernyawa selepas dengar syarat yang diletakkannya. Masa itu aku rasa, bapa aku mengalahkan taiko besar. Alhamdulillah. Selepas kejadian itu, dia tak ada buat hal lagi dengan aku. Janji-janji dia selalunya ditepati. Contohnya kalau dia dah setuju nak temankan aku pergi beli barang dapur, dia dah tak buat leceh lagi macam dulu-dulu. Aku pun senang hati dan bersyukur sangat dengan perubahan itu. Rupanya itulah hikmah di sebalik insiden tarik rambut tepi jalan itu dulu. Tapi, sejak seminggu dua kebelakangan ini, aku dapat rasakan ada benda yang tak kena. Apa yang tak kena, aku tak boleh nak kata. Tak ada bukti. Tapi hati aku kuat mengatakan, dia dah buat hal. Firasat seorang isteri jangan buat main, jarang tak betul. Aku rasa dia ada pasang satu lagi ni. Kalau tak kenapa janji-janji semua dah tak ditepati macam selalu? Kalau dicapati pun, adalah jugak faedahnya. Ini tak, tabur janji ikut sedap mulut dia aje, tapi lepas tu selamba badak buat tak tahu kat aku. Contohnya macam malam ini. Dah pukul berapa dah ni? Dia on the way ke mana? Ke rumah ke, ke bulan? Tiba-tiba telefon bimbit aku berdering. Nombor tak dikenal. Siapa pulak telefon aku malam-malam buta ni? “Helo?” Ucap aku sepatah. “Helo, ini isteri Encik Qayyum Azman ke?” Tanya suara garau di hujung talian. “Ya, saya. Kenapa encik?” “Er, saya nak maklumkan, suami puan mengalami kemalangan jalanraya dan sekarang ini berada di Wad Kecemasan Hospital Ampang.” Allahuakbar! Laki aku ! “Teruk ke keadaan dia Cik?” “Beliau masih belum sedarkan diri. Pihak hospital sedang berusaha keras untuk menyelamatkan beliau. Kalau boleh, kami minta pihak keluarga datang dengan segera.” “Baik, saya datang sekarang Encik.” Aku matikan talian dengan tangan menggeletar, dada berdebar-debar. Apa aku nak buat ni? Apa aku dah buat ni?


Sepuluh minit kemudian, aku dah dalam perut kereta grab, dalam perjalanan ke hospital. Qhalif aku tinggalkan pada Kak Shima, jiran sebelah rumah yang tercengang-cengang melihat aku bercucuran airmata memohon bantuannya. Sepanjang jalan aku menangis kesal. Kenapalah aku celupar sangat pergi tuduh suami aku yang bukan-bukan? Dia keluar cari rezeki untuk kami sekeluarga, aku pulak pergi kata dia macam-macam. Isteri tak kenang budi sungguh aku ni. Derhaka! Kalau apa-apa jadi pada dia malam ini, macamana aku nak minta ampun? Pemandu Grab tu senyap aje tengok aku tak henti-henti menangis sepanjang perjalanan ke hospital. Entahkan dia simpati, entahkan dia menyampah. Lantaklah, aku tak peduli. Apa yang penting sekarang ni, aku kena cepat-cepat sampai ke sisi suami aku. Minta ampun pada dia. Jaga dia dengan penuh kasih sayang sampai dia sembuh. Aku tak patut bersangka buruk pada suami sendiri. Sesampainya aku di pintu masuk Hospital Ampang, bapa aku bergegas mendapatkan aku. Sebelum ketuk pintu rumah Kak Shima tadi, aku dah bapa aku dulu. “Mana dia?� Tanya bapa aku dengan muka sembab, agaknya terbangun dari tidur disebabkan panggilan telefon aku. “Entahlah abah. Azie pun baru sampai ni. Kita ke wad kecemasan terus kot?� Bapa aku mengangguk sikit, lalu kami beredar ke arah kiri bangunan hospital itu. Sesampainya kami di ruang wad kecemasan, bapa aku suruh aku duduk tunggu di ruang lobi. Dia nak pergi bercakap dengan pegawai bertugas. Baguslah, aku pun dah takde daya nak bersoal jawab dengan sesiapa sekarang ini. Aku cuma mampu berdoa dan memohon bersungguh-sungguh kepada Allah agar selamatkan suami aku. Aku tak nak jadi isteri derhaka. Sekejap lepas itu, bapa aku datang semula dengan muka berkerut pelik. “Kamu tahu ke? Dia dengan kawan dia.� Aku menggeleng, “Dengan siapa?� “Emma.� “Emma?!� Tanya aku semula. Bapa aku angguk. Matanya tak lepas dari muka aku. “Perempuan yang dia buat hal hari tu?� Bapa aku angkat bahu, masih dengan dahi kerutnya. Sedangkan aku dah terjelepuk di lantai wad kecemasan itu. Mungkin aku lebih memerlukan rawatan kecemasan dari dia sekarang ini.


Sesampainya kami di ruang wad kecemasan, bapa aku suruh aku duduk tunggu di ruang lobi. Dia nak pergi bercakap dengan pegawai bertugas. Baguslah, aku pun dah takde daya nak bersoal jawab dengan sesiapa sekarang ini. Aku cuma mampu berdoa dan memohon bersungguh-sungguh kepada Allah agar selamatkan suami aku. Aku tak nak jadi isteri derhaka. Sekejap lepas itu, bapa aku datang semula dengan muka berkerut pelik. “Kamu tahu ke? Dia dengan kawan dia.� Aku menggeleng, “Dengan siapa?� “Emma.� “Emma?!� Tanya aku semula. Bapa aku angguk. Matanya tak lepas dari muka aku. “Perempuan yang dia buat hal hari tu?� Bapa aku angkat bahu, masih dengan dahi kerutnya. Sedangkan aku dah terjelepuk di lantai wad kecemasan itu. Mungkin aku lebih memerlukan rawatan kecemasan dari dia sekarang ini.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.