1 minute read
Penghargaan
Untuk menghasilkan sebuah buku yang baik, seorang penulis memerlukan masa yang panjang untuk mengalami, mendengar dan bertumbuh.
Terlebih dahulu saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan, kerana Dia membantu saya menjadi diri saya yang sebenar dan berkongsi pengalaman dengan orang yang ada keperluan. Tidak dilupakan juga suami dan anak-anak saya. Kehidupan saya berubah disebabkan kehadiran mereka, terutamanya suami saya, yang setia berada di sisi saya semasa penghasilan setiap bahagian buku ini. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada ibu mentua saya yang memiliki hati terbuka untuk membimbing saya sebagai menantu, memberikan banyak ruang kepada saya untuk bertumbuh.
Saya tidak melupakan seorang rakan yang tidak mahu namanya didedahkan, malah membantu saya membaca draf asal penulisan buku ini. Rakan ini telah mengutarakan persoalan yang memberi inspirasi kepada saya untuk membuat pemerhatian dan tinjauan yang lebih mendalam, agar setiap kisah yang dipaparkan akan menarik minat pembaca. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada organisasi yang saya layani kerana mereka telah memberikan banyak ruang serta dorongan sehingga penulisan buku ini disiapkan.
Akhir sekali, saya mahu berterima kasih kepada setiap mereka yang terlibat (yang nama tidak disebut) telah membenarkan saya berkongsi kisah hidup mereka. Saya berharap kisah-kisah mereka dapat membantu, membina kendiri, agar kita tidak gentar berhadapan dengan proses mendidik anak yang sebenarnya sesuatu yang indah.
Masih ramai lagi peribadi yang saya perlu ucapkan terima kasih, kerana kesempatan bertemu dengan peribadi-peribadi ini, sehingga membentuk diri saya seadanya pada hari ini. Di lubuk hati saya, saya benar-benar bersyukur kepada peribadi yang membantu saya mencapai kejayaan, sehingga buku ini dapat bersua dengan para pembaca. Terima kasih kalian! Marilah kita terus belajar dan mengembara bersama!