1 minute read
Biodata Penulis
Dr. Magdeline Voon Yee Bin berasal dari Sabah, Malaysia, mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Dia menamatkan pengajian di Universiti Perguruan Taiwan dalam jurusan kaunseling. Kemudian dia melanjutkan pengajian di Sekolah Teologi Singapura, jurusan Sarjana Pengajian Alkitab.
Pada tahun 1992, Yee Bin mula menceburi dalam pelayanan kampus di Universiti Perguruan Taiwan dan pelayanan pemuridan. Sekembalinya ke Malaysia, dia melibatkan diri dalam pelayanan kampus di Universiti Malaya dan menjalankan pelayanan kaunseling di beberapa kolej serta latihan pemuridan. Dalam tempoh tersebut, dia juga berkunjung ke gereja untuk berkongsi topik-topik kekeluargaan.
Pada tahun 1998, dia dan suaminya memulakan pelayanan kaunseling pra-nikah, kaunseling perkahwinan dan memimpin sel ibu, mengadakan ceramah perkahwinan dan kekeluargaan di seluruh gereja di Malaysia.
Mulai tahun 2006, dia menjadi penulis tetap tentang kekeluargaan dalam ruangan majalah Amanat Agung.
Selain itu, kini dia lebih berfokus untuk memberi kaunseling kepada orang yang masih dibelenggu oleh kelukaan agar hidup mereka menjadi lebih bermakna.