ILHAM PERTADI 2022

Page 1

ILHAM

BULETIN RASMI PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS UKM

Bil I 2022

BIL 1 / 2022

SIDANG EDITOR

2 BULETIN ILHAM
BULETIN ILHAM
Mohd Faizal Bin Aziz Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik(IMEN) Amirul Faiz Bin Abd. Razak FakultiFarmasi(FFar) Saiful Bahari Bin Bakarudin Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik(IMEN) Aida Binti Baharuddin Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB) Kamarul Arifin Bin Salehhudin PenerbitUKM Sekapur Sirih KANDUNGAN Dari Meja Editor Exco PERTADI Sesi 2021 - 2023 Berita & Aktivi PERTADI Sains & Teknologi Rencana Trivia Sejarah UKM Penulis Tamu Karya Ahli PERTADI Seni, Budaya & Kreativiti 03 04 05 08 18 24 32 36 38 34 Belasungkawa 41
ILHAM

SEKAPUR SIRIH, BINGKISAN PRESIDEN

Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah di atas penerbitan Buletin ILHAM. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan editorial dan exco penerbitandiatasusahaini.

PERTADIUKMmerupakanpersatuanyangdidaftarkan diROSdenganmatlamattertentuuntukparaahlinya. Keahlian persatuan ini terbuka kepada pegawaipegawai Pentadbiran dan Perkhidmatan Ikhtisas UKM dalam kategori Pengurusan dan Profesional. Bagi saya persatuan ini sangat penting kepada pihak Pengurusan Universiti sebagai pendokong dan penyokong dalam setiap perancangan strategik yang telah direncanakan. Kita semua perlu menunjukkan kebersamaan, keterlibatan dan keprihatinan kepada semuapihakuniversitibagimenjayakanvisi,misidan falsafah penubuhan UKM bersesuaian dengan Naratif BaruUKM,UniversitiWatanKita.

Sempena penerbitan Buletin ILHAM, suka saya kongsikan bahawa budaya penulisan di kalangan pegawai-pegawai pentadbiran dan perkhidmatan ikhtisas semakin bercambah. Penulisan berbentuk popular, penyelidikan, inovasi semakin mendapat tempat di dada-dada akhbar, majalah dan jurnal berdasarkan rekod penerbitan UKM dan system e-Penerbitan (e-REP). Keupayaan melontarkan pandangan, idea bernas dan kebolehan memberikan analisa isu semasa semakin berkembang di kalangan pegawaiPengurusandanProfesional.

Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya ahliahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI) terus giat menulis dan berkongsi pandangan untuk bacaan umum. Secara tidak lansung ia membantu darisegipenilaianprestasitahunandanlaluankerjaya masing-masingterutamauntukskim-skimtertentu.Di kalanganpegawaiPengurusandanProfesional,ramai yang mempunyai kebolehan untuk berkongsi kaedah penulisan popular untuk siaran akhbar dan majalah melaluibengkeldankursus.

Selain itu, suka saya jelaskan bahawa PERTADI pada sesi kali ini telah melaksanakan beberapa program sebagaiaktivititahunanwalaupundalamketerbatasan

pandemic COVID19. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Anugerah PERTADI bersempena sambutan Hari Pentadbir Awam peringkat UKM pada bulan Ogos 2021. Juga dilaksanakan webinar Siri ILHAM Pertadi dengan tema COVID-19 PERTADI Prihatin secara atas talian. Tahniah juga diucapkan kepadaexco-excodanahliPERTADIyangmenjayakan Sukarelawan PERTADI di Pusat Pemberian Vaksin (PPV IPT @UKM), program Misi Bantuan Kasih 4.0 bersama Pusat Alumni UKM dan bantuan kewangan Ikhlas Dari PERTADI (IDP) kepada ahli yang terkena musibah COVID19. Syabas dan terima kasih kepada semuayangterlibat.

Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua ahli PERTADI untuk memainkan peranan dan menyumbangkan sesuatu kepada persatuan dalam apa jua bentuk demi manfaat bersama. Kepada yang belum menjadi ahli, saya sarankan supaya kita samasama mendaftarkan keahlian, agar kebersamaan kita sebagaipentadbirUKMdapatdipadukandenganlebih kukuhdalamsuasanakemesraandankebersamaan.

Tn. Hj. Zanudin Md Daud Presiden PERTADI 2021-2023

3 BIL 1 / 2022
Sekian Wassalam

DARI MEJA EDITOR

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat

ilahi kerana PERTADI berjaya

menerbitkan semula Buletin

ILHAM terkini sebagai wadah menyampaikan maklumatkepadaahli-ahliPERTADI.

Seperti yang kita sedia maklum, pandemik

COVID19 yang melanda dunia sangat memberi kesandalamurusanharian.Sehubungandengan itu, segala gerak kerja dan tugas dijalankan secara norma baharu. Di pihak editorial Buletin Ilham, kami memohon ribuan kemaafan kerana sedikitterlewat menerbitkanbuletinILHAMedisi terkini yang sepatutnya dijadualkan terbit pada Disember2021.

Penerbitan Buletin ILHAM terakhir yang dapat dikesan ialah pada tahun 2017. Oleh yang demikian, penerbitan terkini merupakan kesinambungan penerbitan terdahulu yang banyak mencatat sejarah sejak penubuhan

PERTADI pada tahun 1978. Sepanjang 44 tahun penubuhan, telah banyak ranjau dan liku yang dilalui disamping pengalaman berharga pimpinan-pimpinan PERTADI yang bersilih ganti. Di bawah kepimpinan sesi 2021-2023

PERTADI, banyak aktiviti-aktiviti PERTADI yang telah dijalankan dalam suasana pandemic

COVID19 seperti yang disenaraikan di muka surat 8. Aktiviti-aktiviti yang tercatat dalam edisi ini hanya terhad sehingga bulan Oktober 2021 dan akan disambung kembali dalam penerbitan ILHAMseteruspadakeluaranakandatang.Selain laporan dan berita-berita aktiviti, edisi kali ini turut memuatkan rencana tulisan Dr. Muhamad Razak Idris selaku Penulis Tamu dari Fakulti PengajianIslam.

MengambilkirasarananPresidenPERTADImelalui ruangan‘SekapurSirih,BingkisanPresiden’,yang menggalakkan pegawai-pegawai Pengurusan danProfesionalUKMmemperbanyakkanbudaya menulis, mencatat dan berkongsi pengalaman, kami di pihak editorial Buletin ILHAM mengalualukan sumbangan karya untuk diterbitkan. Karya-karya boleh terdiri daripada laporan, rencana, karya kreatif dan wacana bersesuaian denganpersekitaranbudayailmudiuniversiti.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menghayati Naratif Baharu UKM, sebagai UniversitiWatanKita.

SalamHormat Wassalam

MohdFaizalAziz

Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN)

KetuaEditor

BuletinILHAMPERTADiSesi2021-2023 ilhampertadi@gmail.com

4 BULETIN ILHAM

EXCO PERTADI SESI 2021 – 2023

Presiden

Tn. Hj. Zanudin Md Daud

PegawaiTadbirVU7

JabatanPendaftar

zmd@ukm.edu.my

Timbalan Presiden

En. Norhishah Bin Elias

PegawaiTadbirN52

PejabatDekanFakultiPerubatan

hishah@ukm.edu.my

Naib Presiden II

En. Harith Faruqi Bin Sidek

PustakawanS52

PerpustakaanTunSeriLanang rith@ukm.edu.my

Penolong

Setiausaha Kehormat

En. Zaidi Mohd Noor

PegawaiTadbirN48

JabatanPendaftar

zaidi_mn@ukm.edu.my

Naib Presiden I

Pn. Roslina Rosli

PegawaiPenyelidikSosialN48

PusatPengurusanPenyelidikan&Instrumentasi (CRIM)

r.rosli@ukm.edu.my

Setiausaha Kehormat

Cik Najatulmuna Hamdan

PegawaiTadbirN44

JabatanPendaftar

najatul@ukm.edu.my

Bendahari

Pn. Nadia Mohd Ali

PegawaiKewanganW48

JabatanBendahari

nadia@ukm.edu.my

5 BIL 1 / 2022
6 BULETIN ILHAM BIL.NAMAJAWATAN PTJ Emel 1 Tn. Hj. Zanudin Md Daud TimbalanPendaftar Presiden BahagianSumber Manusia JabatanPendaftar zmd@ukm.edu.my 2 En. Norhishah Bin Elias KetuaPenolong PendaftarKanan TimbalanPresiden PejabatDekanFakulti Perubatan hishah@ukm.edu.my 3 Pn. Roslina Rosli KetuaPegawai PenyelidikSosial NaibPresidenI PusatPengurusan Penyelidikan& Instrumentasi(CRIM) Canselori r.rosli@ukm.edu.my 4 En. Harith Faruqi Bin Sidek TimbalanKetua Pustakawan NaibPresidenII PerpustakaanTunSeri Lanang Perpustakaan rith@ukm.edu.my 5 Cik Najatulmuna Hamdan PenolongPendaftar Kanan Setiausaha Kehormat BahagianPentadbiran &Kemudahan JabatanPendaftar najatul@ukm.edu.my 6 En. Zaidi Mohd Noor KetuaPenolong Pendaftar Penolong Setiausaha Kehormat BahagianSumber Manusia JabatanPendaftar zaidi_mn@ukm.edu.my 7 Pn. Nadia Mohd Ali PenolongBendahari Kanan BendahariJabatanBendahari nadia@ukm.edu.my 8 En. Amiri@ Mohd Amiri Mustaffa PenolongBendahari Kanan JuruauditDalamIJabatanBendahari amiri@ukm.edu.my 9 En. Fariz Jasni PenolongBendahari JuruauditDalamIIJabatanBendahari farizjasni@ukm.edu.my 10 En Shamsudin Ibrahim Ketua ExcoPembangunan ModalInsan PerpustakaanDr. AbdulLatiff Shamsudin.ibrahim@ukm. edu.my 11 En Mohd Najib Adun KetuaPenolong PendaftarKanan ExcoKebajikandan Tanggungjawab Sosial FakultiKejuruteraan danAlamBina najib@ukm.edu.my

13

14

15

16

En

Ibrahim KetuaPenolong Bendahari ExcoKreativitidan Inovasi

En Mohd Faizal Aziz PegawaiSainsKanan ExcoPenerbitan

JabatanKewangan HPKK,UKM sazalib@ppukm.ukm.edu. my

InstitutKejuruteraan Mikro& Nanoelektronik(IMEN) faizal_imen@ukm.edu.my

Cik

Rahimah Umar PegawaiSainsKanan ExcoSukandan Rekreasi

PusatPengurusan Risiko,Keselamatan& KesihatanPekerjaan (ROSH-UKM) sru@ukm.edu.my

Pn

Abdul Ghafar PegawaiTeknologi Maklumat

En Mohd Syukri

ExcoTeknologi Maklumat/ICT PusatTeknologi Maklumat hilmiah@ukm.edu.my

PegawaiPenyelidik Sosial ExcoMediadan Komunikasi PusatIDEA-UKM syuk87@ukm.edu.my

7 BIL 1 / 2022
12
Sazali Siti Hilmiah Ismail

BERITA & AKTIVITI PERTADI

2021-2023

8 BULETIN ILHAM
AKTIVITI PERTADI
BILAKTIVITITARIKHMASA PLATFORM/ TEMPAT 1 MesyuaratMajlisBersamaJabatan(Mbj) AntaraPengurusanUKMDenganPKAUKM, PERTADI,KESUKMADANPAKATBIL.1/2021 31Mei20212.30-5.00ptgZoom 2 MesyuaratSemakanKadarHargaPelekat KenderaanBagiTahun2022pada2/6/21 denganBahagianKeselamatanUKM 02-Jun-2110.00pg -12.00tghhrGoogleMeet 3 SumbangandariPERTADIkepadapetugasdi PPVUKM 07-Jun-2112.00tghhrDewan Gemilang 4 SumbangandariPERTADI-PRIMAkepada pelajarUKMyangsedangkuarantinmelalui HEPUKM 15-Jun-213.00petangPusanika 5 SukarelawanPPVIPT@UKM 18Jun-31 Julai2021 8.00pg-5.00ptgDewan Gemilang 6 PerbincanganBersamaWakilPekerjaUKM 28-Jun-212.30-5.30ptgGoogleMeet 7 MesyuaratEksekutifMASTI KaliKe35Bil 2Tahun2021DanMinitMesyuaratAgong TahunanMASTIKaliKe10 30-Jun-212.30-5.30ptgZoom 8 TaklimatDasarPemisah(AnjuranPERTADI& JabatanPendaftar) 26Julai202111.30pagi-1.00tghhrWebex 9 MajlisBacaanYasin&Tazkirah 28Julai202112.00tghhrWebex 10 SiriWebinarIlhamPertadiSiri1/2021: Covid19PERTADIPrihatin 13Ogos20219.00pg-12.00tghhrWebex 11 "MesyuaratMajlisBersamaJabatan(MBJ) AntaraPengurusanUKMDenganPKAUKM, PERTADI,KESUKMADANPAKATBIL.2/2021" 13Ogos20213.00-5.00ptgZoom 12 SambutanHariPentadbirUniversitiAwam 2021&AnugerahPentadbirPERTADI2021 22Ogos20219.00pg-12.00tghhrWebex Najatulmuna Hamdan Penolong Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar
LAPORAN
9 BIL 1 / 2022 13 MisiBantuanKasihUKM4.0 (Sumbangan PERTADIsebanyakRM1500.00) 30Ogos202110.00pg-1.00tghhrBandarBaru Bangi 14 JomDigitalBersamaAppleSiri1 09-Sep-219.00pg-12.00tghhrMSTeams 15 WebinarMemperkasaProfesionalismeP&P UKMMelaluiProgramDoktorPendidikan Tinggi 22-Sep-2110.30-12.30tghhrWebex 16 JomDigitalBersamaAppleSiri2 27-Sep-219.00pg-12.00tghhrMSTeams 17 KlinikGolf2021(Lelaki) 4Oktober 2021 8.30pg-5.30ptgDanauGolfClub 18 MesyuaratEksekutifMajlisPersatuan PentadbirUniversitiAwamMalaysia(MASTI) Bil3/2021 6Oktober 2021 3.00-5.00ptgWebex 19 KlinikGolf2021(Perempuan) 11Oktober 2021 8.30pg-5.30ptgDanauGolfClub

BERITA & AKTIVITI PERTADI

10 BULETIN ILHAM
BILTARIKHNO BAUCARKETERANGANAMAUN 1 06/10/2021BCR95IDP-KematianIbuBapa(RM150):PUANASMANYAZA-Ayah150 2 26/06/2021BCR97IDP-KemasukanWadCikJamilahMohamed100 3 02/07/2021BCR98IDPCOVID-CikRohayaUmar(PTSL)200 4 02/07/2021BCR99IDPCOVID-PnSuzilawatiDesa(PKP)100 5 02/07/2021BCR100IDPCOVID-CikRuzitaKhamis(PTSL)100 6 02/07/2021BCR101IDPCOVID-PuanNasturaNasir(PKK)100 7 14/07/2021BCR102IDP-KematianIbuBapa(RM150):ENBASIR-Ayah150 8 27/07/2021BCR103IDPCOVID-PuanMasturabintiSahak(FTSM)200 9 27/07/2021BCR104IDPCOVID-PuanRohalia(PTSL)100 10 31/07/2021BCR105 IDP-KematianIbuBapa(RM150):PUANZULAIKHAMOHAMAD-Ayah 150 11 31/07/2021BCR106 IDP-KematianIbuBapa(RM150):PUANARZANAZAKARIAIbu 150 12 04/08/2021BCR107IDPCOVID-PuanRosmaAyu200 13 12/08/2021BCR109 IDP-KemasukanWad-Ahli(RM100):ENCIKMAHYUDDIN DARUS 100 14 18/08/2021BCR118 IDP-KemasukanWad-Ahli(RM100):ENCIKAHMADZAMRI NOORDIN 100 15 15/09/2021BCR129 IDP-KemasukanWad-Ahli(RM100):ENCIKNorRajaie Hashim(K022440) 100 16 18/09/2021BCR130IDPCOVID-En.RajanMunusamy100 17 28/09/2021BCR134IDP-KemasukanWad-Ahli(RM100):ENCIKKhairiKhalis100 18 28/09/2021BCR135 IDP-KematianIbuBapa(RM150):ENCIKHARITHFARUQIAyah 150 19 30/09/2021BCR136 IDP-KemasukanWad-Ahli(RM100):PUANRASHIDAHBT HASSAN 100 20 05/10/2021BCR137IDP-KematianIbuBapa(RM150):ENCIKSAIPULIZAM-Ayah150
Penolong
Jabatan Bendahari
SENARAI PEMBAYARAN IDP KEPADA AHLI PERTADI
Nadia Mohd Ali
Bendahari Kanan

BERITA & AKTIVITI PERTADI

SUKARELAWAN PERTADI @ PANDEMIK COVID-19

Najatulmuna Hamdan

Penolong Pendaftar Kanan

Jabatan Pendaftar

Kemelut pandemik COVID-19 telah mengubah sama sekali cara dan gaya hidup manusia di seluruh dunia termasuklahdinegarakita.Walaupunancamanwabak ini belum berakhir, namun kehidupan harian anggota masyarakatsudahpunmulaberubahsedikitdemisedikitdengan masing-masing perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk kelangsungan kehidupan seterusnya. Sebagai warga yang prihatin, warga UKM turut menyumbang keringat dan turut sama turun padang secara sukarela bagi sama-sama berjuangmenentangCovid19.Pelbagaiinisiatifsamaadasecara berkumpulanatauindividudilakukanbagimeringankanbeban kerajaandanmasyarakat.

PERTADItelahmemulakanlangkahdankhidmatsecarasukarela bagi sama-sama membantu negara mengharungi cabaran Covid19. Bermula dengan sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas di Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian TinggiUniversitiKebangsaanMalaysia(PPVIPT@UKM),ahli-ahli

PERTADI turut menyumbangkan tenaga dan keringat mulai 26 Jun 2021 sebagai Sukarelawan bermula jam 8.00 pagi sehingga

9.00malam(Isnin–Jumaat)dan8.00pagi–5.00petangbagihari Sabtu dan Ahad. Lebih 100 orang ahli PERTADI telah mendaftar sebagai sukarelawan dan bertugas mengikut masa yang ditetapkan.

AntaratugasdiPPVIPT@UKMadalahmembantuurusansaringan suhu,pendaftaranpenerimavaksin,membantuketibaan warga emas/okuyangberkerusirodasertapersiapantempat(logistik). KemahiranpengurusanbolehmembantupihakpengurusanPPV IPT @UKM. Lebih 100,000 telah menerima vaksin di PPV IPT@ UKM dan rata-ratanya telah memberikan maklumbalas dan komen yang poitif terhadap perkhidmatan dan layanan yang telah diberikan. Selain PPV IPT@UKM, PERTADI UKM juga turut menyumbangtenagadiPusatPemberianVaksin(PPV)Bergerak, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Antara lokasi yang terlibat ialah di Parit Sulong, Johor dan Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Pelajar-pelajarUKMyangberadadidalamkampusjugaterkesan sepanjang pandemik ini. PERTADI melalui kerjasama dengan PRIMA Malaysia telah menghulurkan sumbangan sebanyak 800 kit bernilai RM20,000.00. Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan dan menghadirkan senyuman kepada pelajar yangberjauhandarikeluargadisampingtidakdapatmelakukan aktivitirutinyangdigemari,

Selain bertugas sebagai sukarelawan, ahli-ahli PERTADI juga bergerak secara indivu atau kumpulan kecil menggerakkan bantuankepadamasyarakatyangterkesandenganCovid19.Ada yangdihimpitkesusahanbagimenyediakankeperluankeluarga.

11 BIL 1 / 2022

Sikap prihatin dan cakna dengan keadaan sekeliling, secara sukarela menyediakan Bank Makanan (food bank) kepada yang memerlukandanbukanhanyadisekitarBanginamunsehingga Sabah dan Sarawak. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan danmenjadiinspirasikepadaoranglain.

Penglibatan PERTADI sebagai sukarelawan ini adalah selari denganKebitaraanPrihatinyangdibawahTERASUKM.Sebagai universitiwatan,keprihatinankepadamasyarakatadalahsangat penting. Tambahan pulan PPV IPT@UKM terletak di dalam UKM sendiri dan UKM juga mempunyai kepakaran di HCTM. Maka penglibatan ahli-ahli PERTADI ini adalah sangat signifikan. Memetikkata-kata ‘VolunteerismisTheVoiceofThePeoplePut Into Action’ ini, PERTADI akan terus memberikan sumbangan sukarela ini tanpa mengira masa dan tenaga selagi pandemik Covid19belumberakhir.

12 BULETIN ILHAM

BERITA & AKTIVITI PERTADI

WEBINAR SIRI ILHAM PERTADI NO.1

TAJUK : COVID-19 : PERTADI PRIHATIN

Najatulmuna Hamdan

Penolong Pendaftar Kanan

Jabatan Pendaftar

Pandemik COVID-19 yang melanda tidak menghalang kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk turut sama menyumbangkan tenaga dan masa bagi meringankan beban. Sebagai warga Universiti Watan, peranan ini harus dipikul bersama mengikut kemampuan masa, tenaga dan kewangan sama ada secaraberkumpulanataupunindividu.

Justeru, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Kebangsaan Malaysia (PERTADI) menganjurkan Siri Webinar Ilham PERTADI Siri 1 dengan tajuk COVID-19: PERTADI Prihatin secara atas talian pada 13 Ogos 2021. Webinar ini diadakan bagi berkongsi pengalamanpenglibatansamaadasecara berkumpulan atau individu dalam kerjakerja sukarela sepanjang pandemik ini bagi turut sama meringankan beban dan menyumbangbaktikepadanegara.

Antara perkongsian menarik berkenaan webinar ini adalah arahan yang singkat bagi menubuhkan Pusat Pemberian VaksinInstitusiPengajianTinggiUniversiti Kebangsaan Malaysia (PPV IPT@UKM) ini menuntutseratusperatuskomitmenyang tinggi dari UKM . Siapa sangka Dewan

Gemilangyangsebeluminitempatriadah warga UKM bertukar wajah sebagai PPV dalam tempoh yang amat singkat hasil kerja warga pengurusan UKM. Sehingga Ogos 2021, lebih 100000 penerima telah menerimavaksindi PPVIPT@UKM.

Turut dikongsikan adalah pengurusan pelajar juga bukan mudah sepanjang tempoh pandemik ini. Mahasiswa adalah nyawa UKM dan UKM perlu memastikan mahasiswa terjaga keselamatan dan kesihatan disamping meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam

tempoh yang sukar ini. Pengorbanan masa dan tenaga dari Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM adalah sangat tinggi dan dapatdiuruskandenganbaik.

Ketika semua perlu berada di rumah, ada sebilangan rakan-rakan pengurusan terus berkhidmat dalam melakukan Ujian Saringan COVID-19. Terdedah dengan bahaya dan kemungkinan tidak mematahkan semangat rakan-rakan pengurusan di UMBI untuk membantu mengenal pasti dan mengasingkan kes jangkitan dengan kadar segera yang merupakan langkah terpenting dalam membendungwabakitu.

WargaUKMjugapekadansangatprihatin dengan masyarakat dan bergerak secara individu bagi menyediakan bank makanan (food bank) untuk membantu masyarakat terjejas akibat pandemik COVID-19. Perkongsian mengenai usaha murni ini menyentuh hati. Sekurangkurangnya dapat membantu dan memberi senyuman kepada anak-anak kecilyangturutmengharapkanpandemik inisegeraberakhhir.

Tugas sebagai jururawat juga amat mencabar sepanjang tempoj pandemik

ini. Terlibat secara langsung dengan pesakit COVID-19 menuntut kekuatan mentaldanfizikal.Berbekalkansemangat ingin memberikan kebahagian kepada pesakit memberikan kekuatan untuk terusberkhidmat.

Justeru, diharapkan sesi perkongsian ini terus memberi inspirasi kepada warga UKM untuk terus menyumbang bakti bagi sama-sama membantu memerangi COVID-19

Webinar ini dikendalikan oleh Moderator En. Rajan Munusamy (Pegawai Tadbir) dan ahli-ahli panel terdiri daripada En. Abdul Wahab Hashim (Pegawai Belia dan Sukan), En. Asyraf Radzuan (Pegawai Tadbir), En Raziff Alias (Pegawai Sains), Pn Nurul Safaniza Che Ani (Pegawai Tadbir) dan Pn. Norziana Mohd Anuar (Jururawat).Turuthadirsecaraatastalian adalah seramai 270 peserta yang terdiri dari ahli PERTADI dan warga UKM. Turut hadir adalah Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI).

13 BIL 1 / 2022

BERITA & AKTIVITI PERTADI

ANUGERAH PERTADI IKTIRAF PENCAPAIAN CEMERLANG WARGA PENTADBIR UKM

Harith Faruqi Sidek

Timbalan Ketua Pustakawan

Perpustakaan Tun Sri Lanang

Bersempena dengan sambutan Hari Pentadbir Awam PeringkatUKM2021pada20Ogos2021,PERTADIjulung kalinya telah memperkenalkan Anugerah PERTADI dengan 11 kategori bidang kecemerlangan. Secara asasnya anugerah ini adalah hampir sama dengan Anugerah MASTI namun dengan beberapa perubahan kecil dari aspek syarat kelayakan dan kategori yang dipertandingkan. Selain bertujuanmemberipengiktirafankepadawargapentadbiryang telahmenunjukkanpencapaianyangcemerlang,padapenerima anugerah kelak akan dimajukan untuk pencalonan Anugerah MASTI di peringkat universiti awam. Edisi sulung Anugerah PERTADIinimenampilkan12kategorisepertiberikut;

I. AnugerahTokohPERTADI

II. AnugerahTokohTerbilangPERTADI

III. AnugerahTokohHarapanPERTADI

IV. AnugerahPERTADI:PenulisanIlmiah

V. AnugerahPERTADI:PenulisanMedia

VI. AnugerahPERTADI:KhidmatKomuniti

VII. AnugerahPERTADI:Penyelidikan(SkimPenyelidik)

VIII. AnugerahPERTADI:Penyelidikan(Lain-lainSkim)

IX. AnugerahPERTADI:TadbirUrus

X. AnugerahPERTADI:Kreativiti&Inovasi

XI. AnugerahPERTADI:Sukan&Rekreasi

XII. AnugerahKhasPERTADI

Pencalonan bagi setiap kategori dilaksanakan melalui tiga kaedah,iaitupencalonankendiri,pencalonanolehrakansekerja dan pencalonan oleh pusat tanggungjawab masing-masing.

Selari dengan amalan norma baharu, kaedah pencalonan dilakukan secara dalam talian melalui sistem pencalonan yang dbangunkan oleh Jawatankuasa Anugerah PERTADI 2021. Selain maklumat perkhidmatan dan pencapaian, para calon juga perlu memuatnaik latar diri serta lain-lain lampiran sebagai pembuktian yang menyokong maklumat pencapaian yang dinyatakan. Pasukan panel penilai yang dilantik adalah

dari kalangan ketua skim perkhidmatan di UKM serta tidak memegang sebarang jawatan dalam exco PERTADI sesi 2021/2023. Pasukan panel penilai turut diberikan autonomi penuh dalam melaksanakan penilaian keatas para calon serta bebas memberikan pandangan balas keatas apa jua perkara yang berkaitan dengan proses pencalonan bagi anugerah ini. Kaedahiniadalahbagimemeliharaintegritisertamengelakkan sebarangkonflikseandainyaterdapatmana-manaexcoPERTADI sediaadadisenaraikandalampencalonankelak.

Pasukan panel penilai yang dilantik ialah Puan Rohazaini Hassan (Pegawai Tadbir N54) selaku ketua panel, Cik Rohaya Umar (Pustakawan S54), Puan Salina Ibrahim (Pegawai Teknologi Maklumat F54), Encik Zolkefli Mohamed (Jurutera J54), Puan Hir Yanti Md. Tahir ( Pegawai Sains C54) dan Encik Abdul Wahab Hashim (Pegawai Belia dan Sukan S48). Walau bagaimanapun, bagi Anugerah Khas PERTADI, ianya adalah anugerah posthumous, para penerima dikenalpasti oleh Exco PERTADI 2021/2023 melalui kesepakatan setelah mengambil kira kecemerlangan para penerima dalam bidang pentadbiran semasadalamperkhidmatan.

Sebaiksahajatempohpencalonanberakhirpada15Ogos2021, jawatankuasa anugerah telah menerima secara keseluruhan hampir 70 pencalonan bagi 11 kategori yang dipertandingkan. Setelah tapisan awal dibuat dengan mengambilkira kepatuhan kesemua syarat asas anugerah mengikut setiap kategori, 64 calon akhir telah dikenalpasti untuk dimajukan kepada panel penilaibagipenilaianakhir.

Setelah melalui proses penilaian yang teliti, para panel penilai sepakat bahawa setiap anugerah mempunyai penerima yang layak, kecuali bagi Anugerah Tokoh Terbilang PERTADI. Begitu juga bagi Anugerah Khas PERTADI yang telah dimuktmadkan penerimanya oleh exco PERTADI. Berikut adalah 12 penerima AnugerahPERTADI2021;

14 BULETIN ILHAM

I. AnugerahTokohPERTADI:TuanHajiZanudinMohdDaud(N54)

II. AnugerahTokohTerbilangPERTADI:TiadaPenerima

III. AnugerahTokohHarapanPERTADI:Ts.AhmadMuzakkirAhmadTajuddin(J41)

IV. AnugerahPERTADI:PenulisanIlmiah:EncikMuhammadShafiqMohdAli(C44)

V. AnugerahPERTADI:PenulisanMedia:PuanSuhainiMd.Noor(N44)

VI. AnugerahPERTADI:KhidmatKomuniti:EncikMuhamadFadleeMohamadAbuSadin(C44)

VII. AnugerahPERTADI:Penyelidikan(SkimPenyelidik):EncikMohamadMahathirAmirSultan(Q44)

VIII. AnugerahPERTADI:Penyelidikan(Lain-lainSkim):EncikMohdRizamAbdulRahman(S44)

IX. AnugerahPERTADI:TadbirUrus:PuanSitiNoraidaSood(Q48)

X. AnugerahPERTADI:Kreativiti&Inovasi:PuanZanariyahZainol(F48)

XI. AnugerahPERTADI:Sukan&Rekreasi:EncikAndriDauni(C44)

XII. AnugerahKhasPERTADI:

1) AllahyarhamTuanHajiMusaZainalAbidinOthman (Polisi&TadbirUrusUniversiti)

2)AllahyarhamRadzuanGhazali(PengurusanMedia)

Para penerima anugerah menerima cenderamata beserta sijil dan surat penghargaan. Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah semoga pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin kearah perkhidmatan yang lebih cemerlang serta menjadi sumber inspirasi kepada warga pentadbir yang lain. Semoga anugerah ini akan meneruskan kelangsungannya dengan peambahbaikan yang berterusan, sesungguhnya PERTADI menyanjung tinggi kerjasama serta sokongan ahlinya dalam menjayakan setiap aktivitiyangdirancang.

15 BIL 1 / 2022

BERITA & AKTIVITI PERTADI

PERTADI & PUSAT ALUMNI UKM

BERPADU TENAGA JAYAKAN MBK 4.0

Mohd Najib bin Adun

Ketua Penolong Pendaftar Kanan

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

PERTADI menyahut cabaran dan terus mengorak langkah seiring dengan gagasan T.E.R.A.S UKM yang diperkenalkan oleh

Kempimpinan Tertinggi UKM bagi membentuk jiwa (soul) dalam kalangan warganya agar menerapkan budaya prihatin kepada masyarakat. Kebitaraan PRIHATINyangdigariskanbawahT.E.R.A.S merangkumi lima prakarsa iaitu Sihat, Perpaduan, Kebajikan, Kemasyarakatan danMesraOKU.

Bagimenjayakanhasrattersebut,PERTADI telahberpadutenagadenganPusatAlumni

UKM telah melaksanakan Misi Bantuan Kasih (MBK) 4.0 pada 29 Ogos 2021 bagi membantu seramai 100 keluarga asnaf yang terjejas akibat pandemik Covid-19 diBandarBaruBangi.Bantuanberbentuk barangan keperluan asas seperti beras,

sardin, gula, biskut, minyak, daging dan lain-laintelahdiserahkankepadakeluarga tersebutyangamatmemerlukan.Seramai 10 sukarelawan yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Syuhaimi Ab Rahman (Pengarah Pusat Alumni) turut disertai oleh Tn. Haji Zanudin Mohd Daud (Presiden PERTADI) dan barisan AJK Kebajikan dan TanggungjawabSosialPERTADI.

Majlis perasmian MBK 4.0 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman (Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM) selaku rakan strategik MBK UKM. Beliau sangat berbangga dan merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dalammembantumasyarakatBangiyang merupakanjiranterdekatUKMyangperlu diberikan perhatian terutamnya dalam

keadaanpandemikCovid-19yangsemakin meruncing.Programiniamatterkesandan menyokong hasrat pengurusan tertinggi yang sering menekankan kepentingan agendaT.E.R.A.SolehNaibCanselorUKM. Usaha seperti ini perlu diteruskan supaya lebih ramai masyarakat dapat dibantu dalam pelbagai bentuk kepakaran oleh wargaUKM.

Tn. Haji Zanudin Mohd Daud amat berterima kasih kepada semua ahli PERTADI yang telah sama-sama menghulurkan sumbangan ke Tabung MBK yang telah berjaya dikumpulkan sebanyak RM 1500.00 bagi menampung kos keseluruhan bantuan berjumlah RM 6500.00.

16 BULETIN ILHAM

MajlisPerasmianMBK4.0telah disempurnakanolehDekanFKAB UKM

17 BIL 1 / 2022

SAINS & TEKNOLOGI

MENGIKIS SKEPTIKAL KEROPOK IKAN

TIADA JAMINAN KUALITI

Ts Dr Idris Zulkifle

Pegawai Sains Kanan

Fakulti Sains & Teknologi

“Selalunya,bilakamijemur keropok, mesti kena ganggudenganbinatang. Kalau musim hujan, kadang kadang rosak berkulat keropok kami” keluh usahawan keropok ikan di Kuala Selangor. Kuala Selangor memang terkenal dengan pembekal ikan segar di Selangor.Ramaiusahawanmengusahakan produk berasaskan laut seperti ikan kering,keropokkepingdankeropoklekor. Walaubagaimanapun,pengeringansecara tradisional yang diamalkan bergantung kepada keadaan cuaca serta terdedah kepadapencemaranudaradangangguan haiwan seperti ayam, burung, anjing dan monyet. Ini secara tidak langsung menyebabkan hasil yang dihasilkan kurang daripada segi kebersihan dan kualiti.

Hasil kolaborasi dengan Jabatan

Perikanan Selangor, penyelidik daripada

Fakulti Sains dan Teknologi dan Pusat

Penyelidikan Tenaga suria, Universiti Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Ts Dr Idris Zulkifle telah mengenalpasti usahawan yang memerlukan bantuan dengan harapan dapat meningkatkan tarafekonomimereka.

Berbekalkan peruntukan yang dibiayai oleh Geran Galakan Pengurusan dan Profesional GGPP 2019-001, penyelidikan ini telah berjaya membangunkan sistem pengering pam haba dua laluan. Sistem pengering pam haba ini bersaiz 1.5 m x 1.5mx1.5msertaterdiridaripadaduaunit pam haba yang beroperasi secara kitaran tertutup. Keropok ikan akan disusun di atas 18 dulang pengeringan agar tidak bertindih antara satu sama lain bagi memastikan pengeringan adalah sekata. Suhuyangdigunakanadalahsekitar45oC hingga 50oC dan mampu menghasilkan 10.81kgkeropokkeringdalammasa5jam.

Antara kelebihan sistem ini adalah ianya

boleh dioperasi samaada siang mahupun malam tapa bergantung kepada keadaan cuaca serta kurang tenaga kerja yang diperlukan untuk pemantauan. Keropok juga dapat dikeringkan secara berterusan dan terhindar daripada pencemaran dan mempunyaimutuyangsetandingdengan keropok kering asli (dikeringkan cara tradisional).

Penghasilan sistem pengering pamhaba dua laluan ini bukan sahaja untuk meningkatkan ekonomi masyarakat malah mampu mengikis skeptikal pemikiran bahawa keropok ikan tiada jaminan terhadap kualiti kerana dijemur secara terbuka. Dengan perkongsian ilmu dan teknologi ini pengeringan dapat dijalankan secara berkebuk tertutup serta menyelesaikan permasalah nelayan dan usahawan ketika musim tengkujuh dimana pengeringan secara tradisional tidakdapatdijalankan.

18 BULETIN ILHAM

KetuaProjekpenyelidikanDr.Idrisbersama hasilkeropokyangtelahdikeringkan.

19 BIL 1 / 2022
PasukanpenyelidikGGPP2019001. PegawaiPerikanandanUsahawan bersamasistempengeringpamhaba. Keropokdisusundiatasdulangpengeringan

PROSES PELAPORAN MyRA® UNIVERSITI PENYELIDIKAN (RU)

Siti Noraida Binti Sood

Ketua Pegawai Penyelidik

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi CRIM

Pada tahun 2001, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengesyorkan pembentukan Universiti Penyelidikan. Justeru itu, KPT telah melantik sekumpulan pakar (Jawatankuasa Ad-Hoc) untuk menyediakan kertas konsep Universiti Penyelidikan. Hasrat penubuhan Universiti Penyelidikan dibentangkan dalam Seminar Penubuhan Universiti Penyelidikan yang diadakan pada 25hb Ogos 2003. Jawatankausa ad-hoc ini terdiri daripada wakil Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatankuasa ini telah menyediakan kertas konsep menggariskan konsep RU diMalaysiadenganmenentukanvisi,misi dan matlamat RU yang merangkumi ‘the expansion of the frontier of knowledge’; “engine for the growth of the nation”; and “wealth creation leading towards an improvedqualityoflife”.Pada11Oktober 2006, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diberikan pengiktirafan sebagaiUniversitiPenyelidikan(RU)selain daripada4UniversitiAwamyanglainiaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM)danseterusnyaUniversitiTeknologi Malaysia (UTM) sebagai RU yang kelima pada10Jun2010.

Malaysia Research Assessment (MyRA®) merupakan satu instrumen yang tidak asing lagi bagi kita semua. Mula diperkenalkan pada tahun 2006, Malaysia Research Assessment (MyRA®) telah digunakan sebagai agenda pemerkasaan penyelidikan dan inovasi melalui pengenalan Pengiktirafan Universiti PenyelidikandiMalaysia.InikeranaMyRA® sangat penting untuk menilai kapasiti InstitusiPengajianTinggi(IPT)diMalaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan.

Instrumen MyRA® ini mengukur input, output, outcome dan impak Pembangunan, Penyelidikan,

Pengkomersilan & Inovasi (RDCI). Data yang diisytiharkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) hanya berkaitan dengan RDCI sahaja. Data yang diisytiharkan perlu merangkumi/ mengambil kira semua output daripada semuastafakademikyangaktifwalaupun telah mencapai markah maksimum (melepasipenandaarasataumelepasidua kaligandapenandaarasyangditetapkan) dalam seksyen atau subseksyen tertentu. Data RDCI yang lengkap dan menyeluruh daripada setiap IPT adalah penting dalam membantu pihak Pengurusan Tertinggi untuk membuat keputusan dan merangka hala tuju Kementerian dan dasar Pendidikan Tinggi Negara. Kriteria yangdiukurdalamMyRA®adalah:

• KualitidanKuantitiPenyelidik

• KualitidanKuantitiPenyelidikan

• Kualiti dan Kuantiti Pasca Siswazah

• Inovasi

• Perkhidmatan Profesional dan Hadiah

• JaringandanJangkauan

• KemudahanSokongan

Pada awal tahun UKM diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan, bermula 2007 sehingga 2010, tanggungjawab menguruskan pengumpulan data MyRA® bagi tujuan audit diuruskan oleh Pusat Perancangan Kualiti dan Korporat (kini dikenali STRATEGI-UKM). Selaras dengan peranan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) yang bertanggungjawab ke atas perancangan dan pengurusan penyelidikan dan dana Universiti Penyelidikan, tanggungjawab sebagai Urusetia MyRA® dipindahkan ke CRIM mulai tahun 2011 sehingga kini. Di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga, CRIM atau di KPT dikenali sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) adalah pusat fokal yang akan dirujuk bagi urusan berkaitan penyelidikan, Universiti Penyelidikan dan MyRA®. Pengurusan pengumpulan data MyRA® melibatkan Penyedia Data dari

PTJ “data owner” yang berkaitan dengan data MyRA® seperti Pusat Pengurusan PenyelidikandanInstrumentasi,Bahagian Sumber Manusia, Pusat Pengurusan Akademik,PerpustakaanTunSeriLanang, Jabatan Bendahari, Pusat Strategi UKM, PusatInovasidanPemindahanTeknologi, Pejabat Penasihat Undang-undang, Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Pusat Kembangan Pendidikan, UKM Pakarunding Sdn. Bhd., UniPeQ dan UKM SpecialCentre.

20 BULETIN ILHAM

Pada setiap tahun CRIM secara rutinmenguruskanurusanpengumpulan data dan pembuktian pencapaian MyRA® dengan kerjasama baik daripada semua Pusat Tanggungjawan (PTJ) dan para penyelidik. Proses penyediaan data MyRA® adalah secara ringkasnya ditunjukkandalamrajah:

Data MyRA® yang disediakan ini akandinilaiolehpasukanAuditDalaman MyRA® UKM yang dilantik oleh KPT dari kalanganwargaUKM(Profesor,Profesor Madya atau Pegawai Gred 48 ke atas) sebelum data muktamad dihantar ke KPTmelaluisistemeMyRA®.Diperingkat KPTpula,dataakandinilaiolehpasukan Audit MyRA® KPT melalui proses PenilaianDokumendanPenilaianTapak yang dilakukan di setiap RU. Penilaian Tapak ini akan menentukan penarafan bintangMyRA®danprestasiUKMsebagai sebuahUniversitiPenyelidikan.

Urus tadbir MyRA® di peringkat UKMsentiasaditambahbaikdarisemasa ke semasa. Pada awalnya, penyediaan data MyRA® hanya melibatkan PTJ Penyedia Data MyRA®. Namun, pihak universiti merasakan tanggungjawab mengekalkan status Universiti Penyelidikan adalah tanggungjawab semua warga UKM terutamanya fakulti dan institut di mana sumber utama output penyelidikan yang akan dikira dalam MyRA® adalah hasil dari penyelidikan pensyarah. Fakulti dan institut perlu merangka strategi dan sasaran untuk meningkatkan output penyelidikan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan data MyRA® UKM. Justeru pada tahun 2019, CRIM telah menyediakan sistem untuk

fakulti dan institut menentukan sasaran dan memantauan pencapaian prestasi penyelidikan dan inovasi berasaskan kriteria MyRA®. Sistem Pemantauan MyRA® PTJ ini memudahkan PTJ melihat pencapaian MyRA® dari semasa ke semasa dan seterusnya dapat bertindak memastikan perancangan strategi dan pelan tindakan untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan penarafan MyRA®. Pemantauan akan dilaksanakan oleh CRIM setiap 3 bulan (4 kali setahun). Sebagai penghargaan kepada sumbangan PTJ terhadap prestasi MyRA® UKM, pada tahun 2021 CRIM menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA® UKM dan ini akan menjadi acara tahunan universiti. Pemilihan penerima anugerah dibuat melaluiJawatankuasayangdiwujudkan di peringkat CRIM dan Jawatankuasa ini membuat semakan dan pencarian penyelidik yang cemerlang melalui sistem ini dan keseluruhan rekod berkaitanMyRA®yangadadiCRIM.

21 BIL 1 / 2022

Wakaf Pendidikan: Penubuhan Tabung Wakaf Khas Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Dr. Norinah Mohd Ali

Pegawai Penyelidik Sosial Kanan

Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)

Wakaf Pendidikan merupakan satu endowmen Islam

yang bermanfaatkan

kepada pendidikan. Wakaf

pendidikan bukanlah wakaf

yang baru dalam Islam. Wakaf

pendidikan telah wujud sejak

zaman Nabi Muhammad (SAW)

lagi. Masjid merupakan antara

institusi pendidikan wakaf terawal

seperti Masjid Quba’ dan Masjid

Nabawi. Orang-orang Islam

sejak pada zaman tersebut telah

menggunakan harta wakaf untuk

menimba ilmu. Sejarah telah

mencatatkan terdapat banyak

harta wakaf di rantau Timur

Tengah dan di negara-negara

orang Islam yang digunakan

untuk tujuan pendidikan seperti dinegaraTurki,Kuwait,ArabSaudi dan Indonesia. Malah, di dunia barat, banyak universiti didirikan ataskonsependowmenyangmirip

kepada wakaf seperti universiti

Oxford dan Cambridge di UK dan universiti Harvard dan Yale di USA.

Wakaf dan endowmen pendidikan telah terbukti dapat menyediakan sokongan kewangan yang penting untuk kejayaan penubuhan dan pembangunan sesebuah institusi pendidikan.

Di Malaysia, wakaf pendidikan banyak bermula daripada institusi pendidikan tradisional berorientasikan pengajian agama dan menghafal Al-Quran seperti

Sekolah Agama Rakyat, Sekolah

Tahfiz Al-Quran, Sekolah Fardhu-

Ain, madrasah dan sekolah pondok.Jumlahwakafpendidikan beroreintasikan pengajian agama dan menghafal Al-Quran ini disumbangkan daripada tanah wakafyangdikhaskanuntuktujuan tersebut. Di Malaysia, sebanyak 60% tanah wakaf adalah wakaf khas di mana tanah wakaf banyak dimanfaatkan untuk masjid, surau, sekolah-sekolah agama dan tanah perkuburan. Namun begitu, kesedaran potensi wakaf oleh pihak kerajaan mahu pun orang awam telah menyebabkan terdapatanjakanparadigmadalam mewujudkan wakaf pendidikan yang lebih bersifat antar-disiplin. Kesedaran mengenai kekuatan wakaf pendidikan terutamanya dalam menyumbang kepada kemampanan kewangan universiti dapat dilihat apabila tabung wakaf disarankan ditubuhkan di IPT melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20152025 (PPPM) yang dibuat pada tahun 2015. Rentetan daripada PPPM, pihak kerajaan melalui

Kementerian Pendidikan Tinggi telah melihat kesungguhannya mengenai pewujudan wakaf pendidikan di IPT dengan penghasilan buku ungu, Program TransformasiUniversitipadatahun 2016, sebagai panduan kepada IPT dalam meningkatkan pendapatan masing-masing melalui penubuhanwakafdanendowmen. Pada tahun 2021, 19 daripada 20 universiti awam di Malaysia telah pun mewujudkan pusat atau

tabung wakaf di universiti masingmasing termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kutipan wakaf yang dilakukan oleh universiti-universiti awam ini bertujuan untuk manfaat ilmu, prasarana dan kebajikan. Manfaat-manfaat wakaf ini juga akan diagihkan kepada pelajar, staf termasuk staf akademik tidak kira beragama Islam atau bukan, bergantung kepada hasrat wakaf yangditubuhkan.

DiUKM,sebarangpenubuhandana wakaf akan diletakkan di bawah pemantauan Yayasan Canselor (YC) UKM. Di peringkat UKM, DWIUKM diwujudkan pada tahun 2010 yang mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM9.1 juta yang terbahagikepadatigakategoriiaitu Wakaf Prasarana, Wakaf Ilmu, dan Wakaf Amal. Sumbangan kepada masjid UKM, pembangunan dana asset lestari UKM, sumbangan wakaf perumahan uzur Bukit Puteri, pembiayaan penerbitan atau pembelian bahan-bahan ilmiah, pembiayaan keperluan pelajar dan lain-lain keperluan UKM merupakan perancangan aktiviti wakaf daripada DWIUKM ini. Kesedaran potensi wakaf perlu dimanfaatkan bukan sahaja di peringkat universiti tetapi perlu diambil peluang di peringkat fakulti/institut/pusat tanggungjawab juga. Sehubungan denganitu,InstitutKajianMalaysia dan Antarabangsa (IKMAS) turut mengambil peluang ini dalam

22 BULETIN ILHAM

Orang ramai boleh berwakaf kepada IKMAS menerusi portal give2UKM. https://give2ukm.ukm.my/v2/ main/singletabung/31

mewujudkan Tabung Wakaf Khas IKMAS (selepas ini dirujuk sebagai WakafIKMAS).

BerpandukankepadaVisi,Misidan

Matlamat Pendidikan IKMAS, pada

10 September 2019, Mesyuarat

Pengurusan IKMAS Bil 4/2019

telah memperakukan cadangan

penubuhan Wakaf IKMAS. Urusan

penubuhan Wakaf IKMAS ini seterusnya dibincangkan bersama

pihak YC dan pada 8 Julai 2020, YC telah bersetuju dengan cadangan

penubuhan Wakaf IKMAS ini. Objektif penubuhan Wakaf IKMAS iniadalahsepertiberikut:

i. Membudayakanwakafbagi tujuanilmudanpasarana pendidikanuniversiti;

ii. Menyediakansumber kewanganbagimembiayai projekpenyelidikandan penerbitanIKMAS;

iii. Menyediakansumber kewangankepada penyediaanpasaranayang bermanfaatkepadaIKMAS;

iv. Menyediakansumber kewanganuntuk memperolehikepakaran ilmudaridalamdanluar negara;dan

v. Hal-hallainselagitidak bercanggahdengansyariah.

Manfaat Wakaf IKMAS boleh diberikankepadastafIKMAS,orang luar, dan pelajar IKMAS tanpa mengambil kira agama masingmasing. IKMAS sebagai sebuah organisasi juga boleh mendapat manfaat daripada wakaf tersebut. Namun begitu, sebarang agihan manfaat daripada Wakaf IKMAS ini perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Khas yang akan memantau segala kewangan dan aktivitiWakafIKMASini.Penubuhan Jawatankuasa Khas ini penting supaya ketelusan dan akauntabilti wakaf ini terjamin. Manfaat wakaf ini digunakan oleh penerima manfaat untuk perkembangan ilmu, prasarana dan hal-hal lain selagi tidak bercanggah dengan syariah.

IKMAS tidak menetapkan jumlah maksimum kutipan dana wakaf untuk Wakaf IKMAS ini. Buat permulaan IKMAS mensasarkan kutipan dana wakaf sebanyak RM 5juta.Hanyakeuntungandaripada jumlah pokok (ain) sahaja yang akan digunakan sebagai manfaat wakaf. Pengekalan jumlah kutipan dana Wakaf IKMAS adalah bersesuaian dengan salah satu ciri-ciri wakaf iaitu harta wakaf

perlu berkekalan. Penggunaan keuntungan daripada jumlah pokok dapat memastikan Wakaf IKMAS ini berkekalan walaupun tampuk pentadbiran, dan staf IKMASbertukarganti.

Dana Wakaf IKMAS akan dikumpulkan daripada pihak dalam dan luar IKMAS. Pewakaf/ penderma boleh menyalurkan sumbangan masing-masing melalui portal give2UKM yang dibangunkan oleh UKM atau pembayaran terus kepada Bendahari UKM. Rakyat Malaysia boleh menggunakan resit sumbangan dana wakaf tersebut untukmenuntutpemulangancukai pendapatan masing-masing. Staf UKM boleh berwakaf juga melalui potongan gaji yang diuruskan oleh Pejabat Bendahari. IKMAS berharap orang ramai mengambil peluangberwakafinidandijadikan budaya dalam kehidupan masingmasing.

Pegawai Penyelidik Sosial Kanan Institut Kajan Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Universiti Kebangsaan Malaysia

23 BIL 1 / 2022

RENCANA

Budaya Berprestasi Tinggi Satu Transformasi Minda

Tn. Hj. Zanudin Md Daud

Presiden PERTADI

Budaya Berprestasi Tinggi bukan satu perkara yang mudah untuk menjadi suatu budaya kerja disesebuah oraganisasi dan direalisasikan dalam sekelip mata. Ada yang sering diungkapkan dan kerap kita menjumpai slogan ‘Budaya Berprestasi Tinggi’ untuk dijadikan tema seminar, bengkel termasuk juga tajuk untuk menyedapkan perbincangan atau mencetuskan semangat dikalangan staf disesebuah organisasi. Peranan kita sebagai Pentadbir dengan mengatur, menyusun dan memurnikan pelan strategik bagi memastikan budaya prestasi tinggi dilaksanakan dan dimantapkansertamenjadibudayayangbaik.

Budaya kerja cemerlang dan berprestasi tinggi akanmembawaorganisasikitaketahapkejayaanserta pencapaian yang lebih tinggi dalam perkhidmatan. Kejayaan dan pencapaian perkhidmatan dikalangan perkhidmatan awam bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh penjawat awam.Budayaberprestasitinggimemastikanbahawa setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dalam pekerjaan serta perbuatan acuh tak acuh tidak boleh sama sekali wujud dalam organisasi yang berdayamaju

Ciri pemimpin berprestasi tinggi yang dapat kita cerap dari pembacaan buku seperti pemimpin yang berwawasan dan jelas tentang matlamat dan hala tujua yang hendak dicapai oleh organisasinya serta mempunyai kemahiran instructional yang tinggi. Seorang pemimpin disesebuah organisasi haruslah mengetahui dengan jelas tentang hala tuju strategik danmampumerangkapelanstrategikuntukmencapai halatujutersebut.

Pemimpin yang cemerlang dan berprestasi

tinggi perlu berani melakukan perubahan secara proaktif dalam organisasi,. Perubahan-perubahan ini adalah penting bagi memacu organisasi ke arah yang lebih baik dan cemerlang serta mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang ditetapkan selaras dengan misi, visi dan nilai utama organisasi tersebut.Dalampadaitu,seorangpemimpinharuslah menjadikanintegritidanakauntabilitisebagaiamalan dalambudayakerja.

Peter Drucker, yang sering dikenali sebagai pengasas pengurusan moden, sebagai kunci kepada kejayaan organisasi di abad ke-21, beliau memperkenalkan konsep seperti ‘knowledge worker’ dan di awal abad ke-21, konsep ini digantikan pula dengan konsep ‘innovation-worker’. Beliau juga menyatakan bahawa ‘Culture eats strategy for breakfast’. Ini bermakna, apa juga pelan strategi yang kita bangunkan, jika budaya dalam organisasi adalah lemahatautidakmantapmakaperlaksanaanstrategi akanjadiamatmencabar.

Budaya berprestasi tinggi adalah asas kepada kejayaan transformasi dalam organisasi. Budaya korporat juga banyak mempengaruhi sikap dalam sesebuah organsiasi. Kelakuan staf dibentuk oleh sikap yang diraikan dalam organisasi dimana tempat merekabekerja.Olehituorganisasiyangmenekankan budaya kerja berprestasi tinggi akan turut mendapati bahawa ahli-ahlinya akan berusaha ke arah berprestasi tinggi. Strategi dalam membina sebuah budaya organisasi berprestasi tinggi perlu memberi fokusterhadapmisiorganisasi,pekerja,persekitaran, dan kepimpinan. Strategi dalam membina sebuah budaya organisasi berprestasi tinggi perlu memberi fokusterhadapmisiorganisasi,pekerja,persekitaran, dankepimpinan.

Dalammembudayakanprestasitinggi,menuntut

24 BULETIN ILHAM

universiti ini melaksanakan transformasi budaya dalam menjalankan fungsinya dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional demi menghasilkan output dan produktiviti berprestasi tinggi yang memberi impak berganda kepada masyarakat dan negara. Budaya prestasi tinggi menuntutwargauniversitimengamalkanbudayafikir bagi melonjak perubahan positif yang menghasilkan sistem kerja dan budaya kerja yang memberi impak bernilaitinggiterhadapproduktiviti.

Kita perlu buat situational analysis atau analisa semasa. Di mana kita berada sekarang ini dari perspektif budaya berprestasi tinggi. Kalau diberi skala 1-10, berapakah skor untuk organisasi kita. Kenalpastiapapencapaianyangcemerlangsepanjang 5tahunterutamanyapencapaianyangbermaknadan membawanilaisertaimpaktinggi.

Kalau tidak ramai pekerja yang berprestasi cemerlang, kita perlu fokus kepada meningkatkan pengetahuan (knowledge), keupayaan (abilities) dan kemahiran (skills) mereka. Kenalpasti apa masalah kakitanganyangtidakberprestasitinggi.Kalaubanyak masalah disiplin atau sikap (attitude), maka pihak pengurusan telah gagal memguruskan pengambilam kakitangan yang tepat dan berpotensi untuk jawatan tersebut. Kalau masalahnya ilmu dan kemahiran, makainimasihadaharapanuntukdiperbaikimelalui latihandankursusyangberrsesuaian.

Kenalpasti jaguh-jaguh dikalangan kakitangan yang berprestasi tinggi dan gunakan mereka secara strategik, Kajian telah menunjukkan hanya 8% pemimpin mempunyai kedua-dua kemahiran mengaturkan strategi (strategy) dan perlaksanaan strategi (execution) (rujukan dari Harvard Business Review). Mempelajari dari mereka yang telah berjaya dengan cemerlang adalah amat penting. Tanya dan belajar dari mereka tentang pendekatan dan tabiat mereka.Jangankitacemburudandengkipulakepada mereka ini. Apa usaha dan budaya kerja mereka sebagai seorang individu atau sebagai satu pasukan? Apa yang menggerakkan mereka dan memberi motivasi kepada mereka? Program pementoran (mentor-mentee) dikalangan mereka yang berjaya sebagaimentorperludilaksanakan.

Satu pendekatan yang perlu dibuat adalam meminta kakitangan menyenaraikan lima (5) perkara yang mereka buat berlainan dari orang lain.

Dalam prinsip Pareto, ada kepercayaan bahawa 20% dari kakitangan menyumbang kepada 80% output sesebuah organisasi. Cuba lihat bagaimana kakitanganyangberprestasitinggiinibergerakdalam organisasi dan carakerja mereka. Lihat pula mereka dalam kategori 80% yang belum berprestasi tinggi dan lihat samada boleh ditukar atau digerakkan dari sudutproduktiviti.Dalamkebanyakansituasi,seorang kakitangan itu gagal berprestasi tinggi kerana dia diletakkan dalam satu skop kerja atau bidang tugas yangtidakmemberikandiapeluanguntukberprestasi tinggi. Ataupun kita gagal mengajar mereka ilmu dan kemahiranyangdiperlukan.

Bangunkan pelan tindakan atau strategi yang berani tapi boleh dicapai. Tak ada gunanya membangunkan strategi yang nampak mantap dan gah tapi sukar untuk dilaksanakan. Hasilnya adalah banyakrasasyoksendiri.Cabaranbesaradalahuntuk memotivasikan semua lapisan kakitangan dalam organisasi untuk bersama dalam usaha mencapai budayaprestasicemerlangini.

Dalam melakukan strategi perubahan (change strategy), Profesor John Kotter (seorang Professor di Harvard Business School) menggunakan Model 8-langkah supaya ianya akan berjaya. Pertamanya, mencetuskan ‘a sense of urgency’, bermakna semua kakitangan sedar akan penting atau mendesaknya satu masalah dan ianya perlukan perubahan. LangkahkeduayangProfesorKotternyatakanadalah membentuk satu kesatuan yang kuat (form a strong coalition).Dapatkanbuy-indaripenerajudanmereka yang berpengaruh. Mereka ini mungkin Profesor dan Pensyarah, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit dan lain-lain. Mereka ini adalah pemimpin dalam ekosistem atau unit mereka dan mempunyai ruang pengaruhyangbesar.

Pengaruh bermakna pendapat mereka akan didengar dan kalau mereka meminta ahli pasukan mereka buat, maka ahli pasukan akan bersedia melakukan dengan terbaik. Ini bukan bermakna ahli-ahli tersebut takut dengan tetapi mereka percaya kepada ketua seperti ini. Untuk tiba ditahap kepimpinan berpengaruh ini bukannya setahun dua, namun ia sesuatu yang lahir selepas bertahun pengalaman dan mengamalkan kepimpinan yang berkesan. Mereka inilah bersama dengan mereka yang berprestasi cemerlang tadi akan menggerakkan budaya baru dan menjadi mentor kepada yang lain

25 BIL 1 / 2022

sertamemastikanadasemangatkerjasamaerat.

Bukan mudah untuk melakukan transformasi budaya ke arah Budaya Berprestasi Tinggi , namun

ianya boleh dicapai. Bila kita akan tahu kita dah

capai Budaya Berprestasi Tinggi ini? Bila sudah ada perubahan minda dan pendekatan dari kakitangan.

Aura Budaya Berprestasi Tinggi ini boleh dirasakan sebaik saja kita memasuki persekitaran atau berinteraksi dengan kakitangan organisasi tersebut. Kakitangan terus ingin belajar dan tingkatkan ilmu sertakemahiran.

Organisasimenjadisebuahlearningorganisation. Ada banyak hasil-hasil yang cemerlang dari sudut kandungan dan nilai yang akan mulai terserlah. Walaupun organisasi tersebut bertukar pemimpin, budaya ini akan berterusan kerana asas Budaya BerprestasiTinggi telahdibangunkandenganmantap.

Road-map untuk membina sebuah organisasi berprestasi tinggi perlu mengikut panduan ini bagi memastikan usaha membina organisasi berprestasi tinggi dapat direalisasi.Sediakan strategi yang jelas. Strategi yang jelas boleh dinilai dan dipantau keberkesanannya. Kemudian, ia juga perlu dikomunikasikan ke semua peringkat agar semua pekerja akan bekerja ke arah satu matlamat yang sama. Pekerja dari semua peringkat juga perlu diberi peluang memberi maklumbalas ke atas pelaksanaan dankeberkesananstrategi.Proseskerjaditambahbaik dari semasa ke semasa. Penambahbaikan berterusan dapat memastikan produk akhir menepati kehendak, dandalammasayangsamamengurangkanmasaserta kos.Pencapaian hendaklah disemak semula setiap 6 bulanuntukmengenalpastisamaadasasarantercapai atautersasar.Wujudkanpersainganyangsihatdalam kalangan pekerja. Berikan ganjaran yang sewajarnya ke atas setiap kejayaan pekerja. Kelab pekerja berprestasi tinggi adalah salah satu inisiatif bagi mewujudkan persaingan dan mengekalkan prestasi pekerja. Berani membuat perubahan dan keluar dari kotak pemikiran lama. Galakkan pengembangan idea dan inovasi melalui pembelajaran berterusan. Salah satu kaedah yang terbukti berkesan menggalakkan inovasi baharu adalah mengambil risiko, belajar dari kesilapan,danperkongsianidea.

Pekerja berprestasi tinggi perlu dibentuk bermula dari hari pertama mereka diambil bekerja.

Calon-calon yang berpotensi khususnya dari aspek sikap diberi keutamaan. Ini kerana seseorang yang mempunyaisikapyangbetulterhadapkerjaadalah13 kali ganda lebih mampu berjaya berbanding mereka yang hanya mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang kerjanya. Pekerja yang dikenalpasti calon berpotensidigilapmelaluiprogrammentor-mentee.

Ciri-cirikompetensiyangperluditerapkandalam setiap pekerja bagi melahirkan pekerja berprestasi tinggisebagaimanahasilkajianterhadaplebih20,000 pekerja di seluruh dunia adalah Kebolehan membuat keutamaan, Kebolehan bekerja dalam pasukan, Kepekaan tentang organisasi, Kemahiran menyelesai masalah, Kesedaran diri, Proaktif, Kemahiran mempengaruhi, Kemahiran membuat keputusan, Keghairahan untuk belajar dan Berpengatahuan menggunakanteknologimoden

Namun, membangunkan pekerja berprestasi tinggi tidak berhenti setakat itu, malah cabaran yang lebih besar mungkin cara untuk mengekalkan tahap prestasi yang telah dicapai. Organisasi akan terus cemerlang selepas pemimpin tidak lagi memimpin, ini menunjukkan kejayaan seorang pemimpin yang memimpinorganisasitersebut.

26 BULETIN ILHAM

RENCANA

Unit Arkib Dan Khas Menggalas Tanggungjawab Memastikan

Kelangsungan Hayat Khazanah Warisan UKM

Ruzita Khamis

Pustakawan Kanan (Ketua Unit Arkib & Khas)

Perpustakaan Tun Seri Lanang

Jika menyebut mengenai Arkib & Khas, PTSL pastinya ada yang menzahirkan pendapat ia tempat yang membosankan kerana menyimpanpelbagaikoleksidokumenlama yang usianya mencecah puluhan tahun. Hakikatnya entiti berkenaan mempunyai peranan besar dalam menyimpan dan memelihara sebarang rekod serta maklumat yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagaikhazanahwarisan.Malahan,iajugadianggap sebagai pemegang amanah dalam memusakakan bahanterbitanfakulti/institut/pusat,nadirdanbahan sumbangan peribadi yang sesuai dengan program akademikUKM.

Di samping berperanan sebagai institusi pengurus sumber maklumat, Arkib juga bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara koleksinya bagi memanjangkan hayat bahan tersebut. Dianggarkan 11, 175 koleksi UKM, 3, 035koleksiProfesorJoseptSchacht,1,343koleksicina peranakan,1,461koleksinadir,109koleksimanuskrip dan 22,061 koleksi sumbangan tokoh seperti tokoh HarunAminuraashid,ShahnonAhmaddanlain-lain.

Oleh kerana usia bahan ini menjangkau puluhantahun,Iaperludijagadenganrapi.Kehilangan bahan arkib ialah kehilangan yang amat merugikan, menyamai kehilangan memori seseorang manusia, kehilangan yang tiada gantinya. Tidak hairanlah, bahan berharga ini diklasifikasikan sebagai terhad @ koleksi tertutup. Ia disimpan di bilik khas dengan kawalanpenggunaanyangketatdanpengendaliannya pulaperlumengikutSOPyangdigariskan.

SOP Pemeliharaan dan Pemuliharaan yang diamalkan

MenurutIFLA,aktivitiutamapemeliharaandan pemuliharaantelahmenetapkansatumatlamatiaitu:

“Untuk memastikan bahan-bahan perpustakaan dan arkib,samadatelahditerbitkanatautidakditerbitkan

bagisetiapjenisformatakandipeliharadalambentuk yang boleh diakses untuk satu jangka masa selama yangmungkin.”(Mcllwaine,2006).

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memulihara bermaksud memulihkan serta memelihara, melindungi sesuatu supaya sentiasa beradadalamkeadaanyangbaik.

Manakala, memelihara pula bermaksud membela, menjaga, merawat. Pemuliharaan dan pemeliharaan bahan arkib bukan hanya terbatas kepada proses penjagaan dan penyimpanan semata mata.Tetapijugamerujukkepadakaedahatauusaha untuk memanjangkan hayat fizikal bahan tersebut menerusi pembersihan, pembaikan dan penjilidan. Sekaligus,memastikanpemeliharaanyangterancang, sistematik dan berterusan dilaksanakan mengikut piawaianyangdiiktiraf.

Merujuk kepada “Pemuliharaan Buku dan Manuskrip”, karya Wan Ali Hj. Wan Mamat, 1988 menyatakanmanuskripdandokumenlainataubahan bacaan lain yang diperbuat daripada kertas memang mudah terjejas oleh unsur-unsur persekitaran seperti suhu,kelembapan,cahayadankekotoranudara.Oleh kerana keadaannya yang mudah rosak dan sensitif, semua koleksi arkib disimpan dalam bilik khas. Ia dilengkapi dengan alat pemeliharaan persekitaran seperti penghawa dingin yang beroperasi 24 jam, dehumidifier (pengawal kelembapan dalam udara), datalogger (pengukur suhu), airpurifier (perangkap debu/habuk)dansilicagel.

Bilik ini dikawal persekitarannya mengikut prosedur dan piawaian kearkiban. Kadar suhu yang ditetapkan adalah antara 16’c-25’c dan relatif kelembapannya pula antara 45%-65% RH.

Persekitaran yang kotor, berhabuk dan lembap akan menggalakkan pembiakan agen perosak malah ia

27 BIL 1 / 2022

akan memberi kesan kerosakan jangka panjang kepada bahan. Walaupun perpustakaan memiliki sistem penghawa dingin yang beroperasi sepanjang masa.Namuntugasmemantausuhudankelembapan tetapdijalankansecaraberjadual.

Antara bahan yang dijangkiti kulat, kesan dari

bahan di perpustakaan. Salah satu sebab mengapa serangga sangat suka memakan kertas ialah kerana kertas banyak mengandungi bahan-bahan asid dan karbohidrat.[WanAliWanMamat,PemuliharaanBuku dan Manuskrip (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1988).]Ancamandaripadaseranggaperosak boleh menyebabkan kerosakan dan kehilangan tulisan serta muka surat sesebuah bahan. Hal ini menyebabkan fakta mengenai bahan tidak dapat diperolehdenganlengkap.

Selain disimpan di rak dan kabinet khusus, sebahagiannya seperti dokumen, manuskrip, koleksi schacht dan cina peranakan diberi perlindungan berganda dengan dimasukkan ke dalam kotak yang dibuat dari bahan bebas asid dan lignin. Antara lain, buku-buku yang berkulit lembut (paperback) pula dipasangkan “book jacket” bagi menjaga ketahanan kulitbuku.

Antara langkah proaktif yang dilaksanakan olehArkibdalamusahamengawalancamanserangga perosakadalah;

1. Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala bagi memastikan bilik simpanan bebas daripada kotoran habuk termasuklah pada bahan itu sendiri. Kakitangan juga dipertanggungjawab membuat kerja-kerja pemeriksaan dan pembersihan kotoran pada bahan terpilih secara berjadual. Aktiviti pembersihandilakukandenganmenggunakandry cleaningpadsebagaibahancucian. Pembersihan ini bukan sahaja menghilangkan kotoran dan membantu pengurangan noda, ia juga mencuci sebatian berasid dan produk-produk degradasi lain yang telah terbentuk di dalam kertas bahkan ia melonggarkan kertas rapuh dan membantu meratakannya.

Kakitangan sedang memasang book jacket pada buku terpilih

Selain itu, Arkib juga berusaha mengawal bahan daripada serangan serangga perosak seperti lipas, silverfish, anai-anai, bubut dan semut. Makhluk kecil ini merupakan ancaman utama dalam proses pemuliharaan dan pemeliharaan

2. Menguruskan fumigasi bahan secara berkala. Fumigasi atau lebih dikenali sebagai pengewasapan adalah proses yang melibatkan semburan methylene bromide (gas beracun), gas tersebut akan dilepaskan di ruang simpanan serta dibiarkan selama 48 jam. Semasa kerja ini dijalankan buku ini dikumpul di satu tempat dan rak pula ditutup dengan plastik kanvas. Ia bertujuansupayagasmeresapkedalambukudan menghapuskantelursertaseranggayangterdapat dalam helaian kertas, lubang lubang kertas dan kulit buku. Kebiasaannya aktiviti ini dilaksanakan

28 BULETIN ILHAM
kelembapan yang tinggi Antara bahan yang telah diancam seranggan serangga perosak

pada setiap cuti semester dengan menggunakan khidmat kepakaran syarikat luar. Perpustakaan telah menyediakan peruntukkan khusus setiap tahun bagi memastikan kelancaran pemeliharaan bahan.

Bagi bahan manuskrip yang rosak pula, Arkib mengambil inisiatif menguruskan aktiviti baik pulih dengan teknik pembaikan leafcasting. Kerja-kerja ini dilakukan pada manuskrip yang berkeadaan kertasnya masih baik, berlubang, dan dakwattidakkembang. Prosespembaikaniniadalah menggunakankertasBodlienHandMadedan perekat carboxymethylcellulose (Gam CMC). Kertas tersebut dijadikan sebagai serat bagi tujuan untuk menutupi lubang-lubang pada manuskrip. Kaedah ini tidak mengubah fizikal bahkan ia masih mengekalkan keaslian warna asal bahan. Aktiviti rawatan ini memerlukan kemahiran, ketelitian dan kesabaran yangtinggi.Iaibaratmerawatbayiatauorangtuayang sakit, Bagaimana menampal buku yang berlubang, membersihkankotoranbinatangkecilsepertikotoran kutu buku dan menghilangkan noda-noda lainnya memerlukansifatsabar.

Kakitangan sedang membersihkan kotoran pada manuskrip

Selain itu, Arkib turut memelihara bahan “loose leaf”. Bahan yang dikenalpasti akan diuruskan untuk jilidan lengkap atau ringkas. Ia merupakan aktiviti memperkukuh bahan yang dilakukan dengan menyusun dan melekatkan dengan kuat menggunakan bahan jilidan yang bermutu tinggi. Walaupun penjilidan ini merupakan teknik tertua, tetapi ia sangat berkesan dan tahan lama. Antara bahan asas yang biasa digunakan adalah kain mull, head band, kertas hujungan, kain tenunan buckrum atau Skyvendex dan gam durovac. Di PTSL, kerja tangan ini dilaksanakan oleh kakitangan berkemahiran tinggi dalam membaikpulih buku iaitu pembantupemuliharaan.

Mengikut arus peredaran teknologi masa kini, Arkib, PTSL turut mengambil langkah mendigitasi sebagai salah satu cara pemuliharaan bahan. Salinan digital yang dihasilkan dapat disimpan dalam jangka masa yang lama, malah ia dapat diakses oleh semua pengguna. Pendigitan yang dilaksanakan adalah tertumpu kepada bahan yang bernilai tinggi, sukar diperoleh atau pun bahan yang terhad disebabkan keadaanfizikalnyayangtelahuzur.

Merujuk kepada Garis Panduan Pendigitalan Koleksi Perpustakaan secara umumnya, proses pendigitalan boleh diringkaskan kepada empat fasa utama iaitu pemilihan bahan, pengimbasan, penyuntingan dan muat naik bahan. Bagi fasa pemilihan bahan untuk diimbas, ia memberi keutamaan kepada koleksi yang bernilai tinggi, sukar diperoleh atau pun bahan yang terhad disebabkan keadaan fizikalnya yang telah uzur. Fasa kedua iaitu,

29 BIL 1 / 2022
Proses Fumigasi yang dijalankan di PTSL

prosespengimbasanyangbermaksudprosesmenyalin bahan kepada bentuk digital yang bertujuan untuk menyimpan bahan bagi jangka masa yang panjang. Olehitu,pemilihanjenisformatadalahamatpenting. Antara format yang biasanya dipilih ialah format TIFF, GIFT atau JPEG. Format TIFF adalah beresolusi tinggi digunakan untuk cetakan imej dan simpanan arkib. Manakala bagi format GIF dan JPEG beresolusi lebih rendah, sesuai imej web. Selain itu, teknik pengimbasan juga penting bagi mendapatkan hasil imbasan yang bersih. Di samping menitik beratkan faktorpencahayaan,penjagaanmesinpengimbasdan juga pemilihan mesin pengimbas yang bersesuaian denganfizikalbahan.

Kemudahan Pendigitalan manuskrip dapat memastikan keberadaan (availability) dan kebolehcapaian (accessibility) melalui portal yang menyumbang secara langsung ke arah peningkatan kadar literasi maklumat. Antara bahan yang telah dibuat salinan digital adalah manuskrip, schacht,

nadir termasuk koleksi foto aktiviti perpustakaan dan UKM, bahan ini tersimpan dalam pangkalan data perpustakaan yang dikenali sebagai Repositori Pembelajaran dan Penyelidikan. contohnya koleksi manuskrip untuk rujukan umum boleh diakses di http://ptsldigital.ukm.my:8080/vital/access/ manager/Index. Antara judul menarik adalah Hukum perkapalan di wilayah perairan Kerajaan Acheh dan hukum memahal makanan dan pakaian dan sedikit catitan berkenaan peraturan pakaian orang luar negaramenghadapSultan.

Selain itu, Arkib turut menggunakan laman sosial facebook dan twitter sebagai medium mempromosikan naskah bahan yang telah didigitalkan. Selain bertujuan mempromosi, ia juga mampu mengumpulkan pakar bidang dalam filologi diseluruhMalaysia.Jaringankerjasamadalambidang filologi selain bertukar maklumat, kepakaran dan pendapatturutbertujuanmempromosikanbahan.

30 BULETIN ILHAM
31 BIL 1 / 2022
Hebahan manuskrip di laman sosial Arkib & khas

TRIVIA SEJARAH UKM

Harith Faruqi Sidek

Timbalan Ketua Pustakawan

Perpustakaan Tun Sri Lanang

Nama asal tapak Kampus UKM Bangi.

Menurut seorang ahli sejarah bernama Shahabudin Ahmad, nama asal tapak dimana kampus UKM Bangi dibangunkan ialah ‘Bukit Puteri’. Pada asalnya kawasan ini didiami oleh masyarakat orang asal dari keturunan Temuan, namundemipembangunanUKM,masyarakatinitelah berpindah secara dibawah satu akta pemindahan mandatori yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1974. Namun UKM tetap menghargai suku kaum tersebut dengan cara menamakan salah satu jalan didalam kampus UKM Bangi sebagai ‘Jalan Temuan’, iaitu jalan dimana terletaknya Pusat Pengajian Bahasa dan Lingusitik, Fakulti Pendidikan danJabatanPengurusanPembangunan.

- Sumber: Nadi Bangi, Jilid 2 (bil. 2), Julai 1978. ms. 8

PTSL jabatan perintis guna sistem kad perakam waktu.

Ini adalah mesin kad perakam waktu yang terawal digunakan di UKM. Sewaktu mula diperkenalkan pada Ogos 1978, Perpustakaan Tun Seri Lanang merupakan jabatan pertama yang menggunakan sistem kad perakam waktu ini bagi merekod kedatanganwaktukerjabagi130orangkakitangannya. Waktu perkhidmatan perpustakaan pada ketika itu adalahmulaijam8.15pagihingga11.00malam.Mesin kad perakam waktu ini dipamerkan di Galeri Tuanku Canselor,aras2,BangunanCanseloriUKM.

Rujukan:

Perpustakaan Tun Seri Lanang perintis kad perakam waktu. Nadi Bangi (Jilid 4), 10 Ogos 1981.

32 BULETIN ILHAM
Kad Perakam waktu dari model yang sama kini dipamerkan di Galeri Tuanku Canselor, Aras 2, BangunanCanseloriUKM.

Graduan Sulung PhD UKM.

Allahyarham Dr. Harun Mat Piah dari Institut Bahasa,KesusasteraandanKebudayaanMelayu (IBKKM) dan Dr. Mohd Nor Che Noh dari Fakulti Pendidikan merupakan graduan sulung PhD UKM. Merekamenerimaijazahmasing-masingdalamMajlis Konvokesyen UKM ke-10 pada 21-22 Ogos 1982. Dr. HarunpadaketikaitumerupakanTimbalanPengarah IBKKM dan tesis PhD beliau berjudul ‘Puisi Melayu Tradisional : Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi’. TesisbeliauinibolehdirujukdiBahagianKoleksiAsia Tenggara,PerpustakaanTunSeriLanang,UKM.

Rujukan

NADI BANGI, Jilid 4, Bil. 15, Ogos 1982.

33 BIL 1 / 2022

SENI, BUDAYA & KREATIVITI

Hazelina Binti Ghazaly

Pegawai Kebudayaan

Pusat Kebudayaan Universiti

Peranan pentadbir seni perlu membiasakan diri dengan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif jika ingin memastikan kebudayaan dan kesenian ini dapat terus dilestarikan.

Dunia kini berada dalam frasa yang sangat sukar dalam menangani virus COVID-19. Perubahan demi perubahan telah memberi kesan yang sangat besar dalam banyak aspek kehidupan mahupun aktiviti manusia. Tempiasnya turut dirasai oleh pengurusan dan pelaksanaan hal-hal pentadbiran dan pengurusan program di UKM khususnya aktiviti kebudayaan dan kesenian. Impak dari pandemik COVID-19 telah menyebabkan aktiviti seni perlu dijajarkan mengikut situasi, keutamaan dan kesesuaian semasa. Seni persembahan yang merupakan sebahagian daripada cabang industri kreatif dan budaya yang melibatkan pelbagai pihak terutama penkarya seni, pelaku seni, penganjur, kru, pengurusan dan teknikal mengalami kesan dan cabaran akibat krisis penularan pandemik yang kelihatan tiada noktah dan berkemungkinan pelaksanaannya di masa akan datang turut mengalami dimensibaharudalamfasatahun-tahunyangakandatang.

Kesan kepada pembelajaran seni di kampus UKM Bangi

BermulapadabulanMac2020,apabilakerajaantelah mengeluarkanarahanPerintahKawalanPergerakan,semua kelas dan aktiviti yang yang dirancang sepanjang tahun terpaksa ditangguh malah tidak kurang yang terpaksa dibatalkandisebabkankekanganyangtakterduga.Banyak

aktiviti berkaitan seni dan budaya kini tidak dibenarkan diadakan secara bersemuka. Sebagai contoh, Citra yang merupakan kursus-kursus kebudayaan dan kesenian yang memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti seni turut mengalami kesukaran dalam pelaksanaannya. Kesannya, kelas-kelas Citra berkaitan kursus kebudayaan dan kesenian di UKM terpaksa memikirkan kaedah dan pendekatan baharu supaya agenda memperkasakan pelajar dalam hal kebudayaan dan kesenian agar tidak terjejas terutama berkaitan sesi pengajaran dan projek seni yang dirancang dalam modul-modul yang telah dibangunkan untuk pelajar kursus Citra. Diantara cabaran yang dihadapi oleh pelajar adalah proses pembelajaran secara fizikal menggunakan peralatan seni telah berubah dan kini kaedah belajar telah disesuaikan dengan penggunaan teknologi dan kursus secara dalam talian. Penggunaan virtual content atau kandungan secara maya diperkenalkan bagi mengisi gap atau kekurangan yang ada. Cabaran lain kepada pelajar adalah bagaimana ingin mendapatkan keperluan peralatan seni seperti alatan lukisan dan bahan mentah untuk pembelajaran seni sepertibatik,khat,arca,fotografidisebabkansemuakedai yang menjual bahan tersebut ditutup dalam tempoh yang agaklama.

Normal baharu yang mengubah cara bekerja

34 BULETIN ILHAM
PANDEMIK COVID 19: KESAN DAN CABARAN KEPADA PENTADBIR SENI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI KEBUDAYAAN DI UNIVERSITI

Natijah dari krisis pandemic COVID-19 ini, sesi pembelajaran secara dalam talian telah mendapat tempat dikalangan tenaga pengajar kesenian walaupun ada sebahagian kecil tenaga pengajar kesenian yang tidak dapat menawarkan kursus atas dasar kesulitan yang perlu ditempuhi. Pembelajaran secara normal baharu ini semakin banyak digunakan bagi menggantikan kebiasaan yang lama sebelum era COVID-19. Kita perlu akui, normal baharu telah mengubah landskap seni dan budaya. Pentadbir seni perlu memikirkan platform-platform yang boleh digunakan seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan sebagainya. Semua aktiviti perlu dilakukan secara kreatif bagi menghasilkan program yang berkesan danberkualitisekalipunmengunakankaedahsecaramaya melalui siri webinar, kursus dalam talian, bual bicara, program secara siaran langsung atau live streaming mahupun secara rakaman. Pentadbir seni juga perlu merancangsemulasemuapendekatandanstrategiampuh terutama berkaitan kerja-kerja pentadbiran, kewangan dan hal- hal yang melibatkan idea dan konsep sesebuah penganjuran program- program dan kursus kesenian. Selain itu, pentadbir seni juga perlu mempelajari ilmuilmu baharu khususnya berkaitan penggunaan teknologi dan aplikasi pengajaran dan pembelajaran seperti Zoom, Webex,GoogleMeet,MicrosoftTeam.Begitujugaperisisan seperti Open Broadcaster Sofware (OBS), penstriman dan pendekatan teknologi layar hijau atau green screen yang semakin popularkinidan sebagainyamengenaiteknologi. Setiap cabaran ini menjanjikan peluang untuk setiap pentadbirsenimengenalinewknowledgeatauilmubaharu dengan istilah- istilah teknologi terkini, trend semasa, mengubah pakai dan membentuk semula program seni yang segar dan digemari golongan pelajar yang masih remaja dan peka kepada tuntutan minat generasi baharu masakini.

Maka sepanjang pandemik ini, Pusat Kebudayaan Universiti terus aktif mengadakan program kebudayaan dan kesenian serta kelas-kelas citra UKM secara dalam talian. Diantara kejayaan penganjuran program secara dalam talian seperti program Jom Borak Mahasiswa

Baharu, Jom Borak Seni Alumni, Sembang Santai, Buat Bicara, Forum, Malam Puisi Gaza, Mini Konsert Tradisioanl Cina, Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Rias

Wajah, Pertandingan Syair IPT, Rakaman Persembahan

Bulanan, Bengkel, Kursus kesenian dan banyak lagi. Deretan program dan kursus ini juga mendapat jumlah tontonon dan viewers yang lebih tinggi dan lebih luas capaian dibandingkan dengan program secara fizikal dan bersemuka. Penanda aras baharu ini pastinya melonjak iltizam bagi Pusat Kebudayaan Universiti agar sentiasa cakna hal-hal baharu demi memastikan program kebudayaan dan kesenian dapat diakses dan dirasai

matlamatnyabukansahajaolehpelajarmalahkakitangan, alumnidankomunitisenibudaya.

Kita dan masa depan

Sehubungan dengan itu, peranan pentadbir seni perlu membiasakan diri dengan pendekatan yang lebih kreatifdaninovatifjikainginmemastikankebudayaandan kesenian ini dapat terus dilestarikan. Penggunaan media sosial atau socmed juga perlu diberi penekanan yang serius dalam era pandemik COVID-19 dalam memastikan segala perancangan program dan sesi pengajaran dan pembelajaran seni budaya dapat mencapai matlamat dan sasaranyang ditetapkan.

Secara keseluruhannya, penularan COVID-19 telah memberi impak yang besar kepadapengurusandandaya kreativiti sesebuah organisasi terutamanya dalam bidang kerja pengurusan produksi seni dan budaya dikampus. Walaupun masyarakat Malaysia amnya, masih tidak dapat menjalani kehidupan seperti sediakala buat masa ini, namun dengan usaha dan tindakan pantas dan selari dalammenanganicabaranyangdicetuskanolehpandemik COVID-19, Pusat Kebudayaan Universiti UKM berjaya menunjukkan pencapaian yang membanggakan. Setiap cabaranperluditanganidengankebijaksanaanolehsetiap pentadbirseni supaya kefahaman baharu ini akan mampu membuahkan hasil yang diharapkan. Cabaran boleh kita atasi dengan anjakan akalfikir yang betul dan sentiasa mencaridantekunmempelajariilmu-ilmubaharuagarkita tidak ketinggalan. Dimana ada kemahuan, disitulah ada jalannya.Tepukdadatanyalahselera.

35 BIL 1 / 2022

PENULIS TAMU

Universiti Perlu Iktiraf Karya Ilmiah Popular Ahli Akademik

Pensyarah Kanan

Fakulti Pengajian Islam

KEPEMIMPINAN universiti di negara ini wajar meningkatkan inisiatif bagi memberi motivasi tinggi kepada ahli akademik supaya aktif menghasilkan karya berbentuk separa ilmiah atau popular diterbitkanpelbagaiinstitusimediaarusperdana.

Didapati sebahagian universiti tidak memberikan penghargaan sewajarnya terhadap karya berbentuk popular dihasilkan ahli akademik mereka.

Sekiranya keadaan ini berlanjutan, ia boleh memberi kesan jangka panjang yang tidak baik terhadap kelestarian ekosistem pembangunan ilmu di negara kita terutama dari segi perpindahan ilmu tinggi dihasilkan menerusi penyelidikan di menara gadingkepadakefahamanmasyarakatawam.

Memang diakui golongan akademik terlatih dalam bidang pengajian tinggi, bertanggungjawab menghasilkan tulisan atau karya ilmiah diiktiraf kelompok dikenali ‘komuniti saintifik,’ iaitu golongan berkepakaran tinggi dalam bidang penyelidikan ilmu masing-masing.

Malah, ahli akademik sebenar akan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan mereka untuk dikenalidandiiktirafsebagaianggotadalamkomuniti saintifik terbabit. Usaha ini menuntut banyak tumpuan dan kegigihan kerana penghasilan karya ilmiah tinggi diterbitkan menerusi saluran jurnal bertaraf antarabangsa adalah penghargaan kerjaya dicita-citakansemuaahliakademik.

Namun, impian menghasilkan karya ilmiah tinggi bertaraf antarabangsa bukan satu-satunya peranan dan tanggungjawab ahli akademik selaku

golongan intelektual awam yang berkhidmat di pelbagaiinstitusipengajiantinggi.

Mereka juga memiliki tanggungjawab watan mendidik masyarakat awam terbanyak terutama meningkatkan kualiti kefahaman dan pemikiran terhadap pelbagai persoalan dalam kehidupan dan ketamadunan manusia masa kini berasakan kaedah ilmiahdiperakuisertasahih.

Peranan golongan intelektual awam dalam mendidikmasyarakatbertambahpentingterutamadi negara yang masih membangun seperti Malaysia. Ini keranakadarperatusanrakyatberpeluang mendapat pendidikanpadaperingkattinggimasihterhad.

Kebanyakan rakyat di negara membangun hanya berpeluang memperoleh pendidikan terakhir mereka pada peringkat menengah atau rendah sahaja.

Dalam situasi dan realiti ini, ahli akademik atau intelektual awam di institusi pengajian tinggi bertanggungjawab mendidik masyarakat yang tidak memperoleh peluang pengajian tinggi disebabkan pelbagaifaktorpersekitaran,ekonomidanbudaya.

Kebanyakan institusi pengajian tinggi amat memahami peranan dan tanggungjawab watan mereka. Oleh itu, ahli akademik digalakkan terbabit dalam memberikan khidmat kemasyarakatan sama adamenerusikhidmatperundingandansyarahan.

Universiti juga digalakkan menganjurkan pelbagai bentuk seminar membabitkan masyarakat awam. Pembabitan dan sumbangan berbentuk sebegini dihitung pula sebagai antara komponen

36 BULETIN ILHAM

penilaian dalam kemajuan perkhidmatan ahli akademikdiuniversiti.

Kita ingin menganjurkan kepemimpinan universiti terus memberdayakan sokongan dan pengiktirafan mereka terhadap aspek pembabitan golongan ahli akademik dengan masyarakat dalam bentuk kewangan, logistik atau penilaian perkhidmatan.

Menerusi sokongan ini, ia secara tidak langsung menterjemahkan konsep Universiti Untuk Komuniti yang pernah menjadi slogan penting dunia pendidikantinggisebelumini.

Dalam konteks ini, sumbangan ahli akademik dalam bentuk penulisan karya ilmiah popular dalam bentuk makalah, rencana atau buku yang diperakui hendaklah diiktiraf serta dihargai dengan sewajarnya olehkepemimpinanuniversitisemasa.

Bagi menghargai sumbangan itu, kepemimpinan universiti disyorkan meningkatkan kadar penilaian terhadap hasil ilmiah popular hingga pada satu tahap boleh memberi satu dorongan dan motivasi tinggi kepada ahli akademik untuk terus memberikan sumbangan dalam bidang penulisan berbentukdemikian.

Penulisan berbentuk popular mempunyai peranan besar dan penting terutama dalam membentuk pandangan awam terhadap sesuatu permasalahan serta isu semasa yang berkembang dalammasyarakat.

Perananmediapopularamatberkesansebagai saluran komunikasi secara langsung dan pantas golonganintelektualdenganmasyarakatawam.

Dalam erti kata lain, masyarakat hendaklah sentiasa dipandu kefahaman dan pandangan secara tepat berasaskan kaedah ilmiah dalam memahami sesuatu persoalan berkait dengan kepentingan kehidupanseharian.

Ia secara langsung mengelakkan masyarakat awam berpegang dengan sumber separa sahih,

khabar angin atau ‘gosip’ dalam sesuatu persoalan ilmu pengetahuan. Oleh itu, tidak ada golongan lebih layak membantu dan memandu kefahaman mereka berasaskan sandaran sahih kecuali intelektual awam diperakui.

Tulisan atau karya separuh ilmiah intelektual awamdisiarkanmajalahatau akhbarmisalnyaadalah saluran rujukan utama masyarakat terbanyak. Ia wadah komunikasi terbaik antara intelektual awam dengankomunitinya.

Tidak semua hal ehwal ilmiah dapat diatasi dengan penerbitan bercorak ilmiah tinggi diterbitkan di jurnal bertaraf antarabangsa. Tanpa menafikan kepentingan dan jurnal ini dalam pengukuhan teori dan aplikasi ilmu bercorak saintifik, ia bukan satu saluran komunikasi berkesan bagi intelektual awam berhubungdengankomunitinya.

Mereka memerlukan saluran media popular terutamauntukmengatasisebarangbentukkekeliruan atau kejahilan terhadap sesuatu perkara berkembang dalammasyarakat.

Pada hari ini, pembabitan intelektual awam dalammemandudanmendidikmasyarakatmengenai cara dan kaedah terbaik berdepan dengan penularan wabakpenyakitberjangkitterlalupenting.

Banyak kekeliruan pendapat dan penyebaran maklumat palsu tersebar dalam komuniti mengenai pandemik COVID-19, misalnya berkaitan kebaikan dan keburukan vaksinnya. Maklumat tersebar ini memerlukan pengesahan secara cepat dan ilmiah daripada golongan intelektual awam terutama berkhidmatdipusatpengajiantinggi.

Oleh itu, intelektual awam hendaklah sentiasa pekadenganperkembanganilmiahdalammasyarakat dan hendaklah bertindak cepat berinteraksi dengan komuniti menerusi ucapan atau lisan disediakan pelbagaisaluranmediapopular.

Sumbangan ahli akademik amat penting dan ia sewajarnya mendapat penghargaan sewajarnya olehkepemimpinanuniversitisemasa.

37 BIL 1 / 2022

Ulasan Buku

T.E.R.A.S

Naratif Baharu UKM, Universiti Watan Kita

Pelantikan YBhg Prof. Dato Ts Dr Mohd Ekhwan Hj Toriman telah menyampaikan Bicara Perdana Naib Canselor pada 10 Jun 2021 meenerusi aplikasi zoom meeting dan melancarkanbuku“T.E.R.A.SNaratifBaharuUKMUniversiti Watan Kita. Dalam buku tersebut. UKM terus memperkasakan dan memantapkanlimanilaiTERASdanlimayangmenjadiasaskepada PelanStrategikT.E.R.A.SUKM20212025.NilaiT.E.R.A.Sjugamenjadi tonggak kepada iltizam warga UKM ke arah menjayakan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 2025 Pendidikan Tinggi), New Deals KPT, Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 20212025danFokus6StrategikKPT.

Lembayung T.E.R.A.S yang baharu ini bertujuan untuk membolehkan warga UKM membuat rujukan dan panduan terhadap hala tuju universiti dalam usaha meningkatkan pencapaian ke tahap yang tertinggi Pengertian T.E.R.A.S adalah merangkumi Bakat, Etika, Memperkasa, Tangkas dan Jiwa yang menjadi lembayung yang memayungi 5 kebitaraan iaitu Watan, iMinda, Holistik,DigitaldanPrihatin

Di bawah lima kebitaraan terdapat 25 prakarsa yang menjadi asas dalam merangka pelan strategik dan tindakan strategik di samping menentukan indeks pencapaian utama (KPI). Berdasarkan intipati yang nilai T.E.R.A.S dan elemen kebitaraan terdapat dua agenda yang perlu dicapai oleh warga UKM iaitu iaitu Kebolehpasaran Graduan dan Penjanaan Pendapatan. Kebitaraan Watan terdiri daripada 5 prakarsa iaitu penghayatan Falsafah Universiti, pemerkasaan bahasa Melayu, pemuliharaan Warisan Budaya, pengukuhan Jati Diri dan pemupukan semangat Patriotik. Bagi kebitaraan i Minda pula, iameliputiprakarsaAdvokasi,Inovasi,Ekosistem,Nilai&MutudanTranslasi. Holistik pula meliputi prakarsa Keusahawanan, Kreatif, Kepimpinan, Kerjaya dan Nilai Murni. Aspek kebitaraan seterusnya iaitu Digital meliputi prakarsa InfradanInfo, Pedagogi&EkologiPembelajaran,Pembudayaan,Kelestarian dan Governans. Kebitaraan terakhir iaitu Prihatin meliputi prakarsa S.I.H.A.T, Perpaduan,Kebajikan,KemasyarakatandanMesraOKU

38 BULETIN ILHAM
BUKU TERBARU TERBITAN UKMPRESS

Karya-Karya Ahli Pertadi SISTEM PENGURUSAN KUALITI

PENTADBIRAN UNIVERSITI AWAM

PENULIS:

Firli Amin Haji Ismail

Sity Daud

Terbit 2019

Sinopsis

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dan pentadbiran organisasi saling berkaitan antarasatusamalain.Pentadbiranyangbaik mempunyai perancangan pengurusan sistematik dengan aturan yang lengkap untuk mencapaimatlamatyangditetapkandalamorganisasi secaraberkesandancekap.Kecenderunganterhadap sistempengurusanyangberkualitisemakinmeningkat apabila organisasi menyedari bahawa memberi perkhidmatan berkualiti menjurus kepada pengurangan kos operasi, pengurangan kos penaksiran dan kerosakan, serta memberikan kepuasan kepada pelanggan. Faktor inilah yang mendorong organisasi awam mempraktikkan piawaian ISO 9001 dalam membangunkan SPK agar proses perkhidmatan dan pentadbiran perkhidmatan awammencapaimatlamatyangditetapkansekaligus memenuhi kehendak pihak berkepentingan dan pelanggan.PiawaianISO9001bukansahajadigunakan di jabatan-jabatan kerajaan malah turut digunakan oleh Universiti Awam. Namun, terdapat pelbagai pandangan sama ada negatif dan positif mengenai pelaksanaan SPK yang menggunakan standard ISO dalam pentadbiran Universiti Awam. Ini termasuklah di UKM sendiri yang mempunyai pelbagai pandangan tentang pelaksanaan ISO 9001 di dalam pengurusan pentadbiran.Walaupunterdapatpelbagaipandangan terhadap pelaksanaan ISO 9001 ini, UKM tetap mengorak langkah lebih jauh dalam mempraktikkan

ISO dengan membuat penggabungan pensijilan pusat-pusat perkhidmatan dengan menghasilkan

Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) secaramenyeluruh.Justeru,buku SistemPengurusan

Kualiti Pentadbiran Universiti Awam ini menilai

pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dalam pentadbiran Universiti Awam melalui pelaksanaan SPK berteraskan ISO dengan melihat kepada pelaksanaan penggabungan SOK ISO 9001:2008

Perkhidmatan (SPKP) di UKM.Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah dengan data yang diperlukan sahaja mengenai pengurusan kualiti bagi khalayak umum.

FIRLI AMIN HAJI ISMAIL, Eksekutif Kanan di Pejabat NaibCanselor,UniversitiKebangsaanMalaysia.Beliau adalah alumni UKM dan mula berkhidmat di UKM sejakJun2007.

SITY DAUD, PhD, Prof Madya di Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains SosialdanKemanusiaan,UKM.Beliauadalahmantan Wakil Pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti UKM dan menjadi tonggak utama dalam menjayakan penggabunganISOdiUKM.

Bukuinibolehdidapatidi:

1)SalinanKeras : Kedai Buku PENERBIT UKM

2)Secaraatastalian: http://ukmpress.ukm.my

39 BIL 1 / 2022

Karya-Karya Ahli Pertadi PENGUKUHAN SUMBER MENUJU

KELESTARIAN

PENULIS:

Mazlin Mokhtar

Nurul Safaniza Che Ani

Nik Mohd Noor Faizul Md Saad

Terbit 2016

Sinopsis

BukuPengukuhanSumberMenujuKelestarian diterbitkanbertujuanberkongsipengalaman dan analisis kepada data sertainformasi mengenai sebuah institutpenyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) isitu Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI). LESTARI kini berusia 22 tahun pada 2016, bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan multi-inter-dan trans-disiplin dalam bidang alam sekitar dan pembangunan lestari yang diharap memberi impak positif kepada pelbagai pihak berkepentingan di Malaysiadan dunia. Buku ini menyentuh aspek governan, sumber manusia, kewangan,penyelidikandanpembangunan,ilmudan teknologi, jaringan, jangkauan, khidmat nasihat, pembangunan keupayaan insan, penerbitan, dan infrastrukturuntukmenjadipusatrujukandiperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Buku ini diharap berguna sebagai rujukan kepada warga pentadbir, profesional, pegawai, pensyarah, mahasiswa/siswi dan masyarakat umum, termasukpara profesional di sektor swasta, industri dan non-govermental organization (NGO) demi mencapai matlamat Wawasan 2020 dan Sustainable Development Goals (SDGs).

MAZLIN BIN MOKTAR, PhD, dalam bidang Analisis dan Kimia Sekitaran (1988) dari The University of Queensland, Australia adalah Profesor dan Pengarah LESTARI,UKMpadatempoh2005hingga2014(tempoh terpanjang setakat ini). Beliau kiniialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), UKM. Beliau penyelidik berwibawa dan penggerak idea untuk masyarakat dalam konteks pembangunan

lestari negara, kawasan serantau dan dunia. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam pengurusan dan governanpenyelidikantermasukpenasihatdasardan pelaksanaannya; dan inovasi serta pengkomersilan penyelidikanmelaluilantikansebagaiPengerusiUKM TeknologiSdn.Bhd.sertahubungandnegankomuniti dan industri melalui pendekatan integrasi yang holistik.

NURUL SAFANIZA CHE ANI, Ijazah Sarjanamuda Sains Komputer (2004) dari Universiti Putra Malaysia (UPM)danPenolongPendaftardiLESTARI,UKMsejak tahun2006hingga2013.KinisebagaiEksekutifKanan di Pejabat Naib Canselor, UKM. Beliau mempunyai kemahiran dalam pengurusan dan governan penyelidikan,dangovernanalamsekitar.

NIK MOHD NOOR FAIZUL MD SAAD, Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat (2003) dari UKM. Beliau sebagai Penyelidik Kanan di LESTARI, UKM sejak tahun 2002 hingga kini. Bidang penyelidikan dan kepakaran beliau adalah pengurusan sumber air bersepadu, sains maklumat, pendidikan alam sekitar danpembangunanpelajar.

Bukuinibolehdidapatidi:

1)SalinanKeras : Kedai Buku PENERBIT UKM

2)Secaraatastalian: http://ukmpress.ukm.my

40 BULETIN ILHAM

BELASUNGKAWA

SECUIT INGATAN UNTUK ARWAH TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN OTHMAN

En. Mursidi Ahamad Timbalan Pengarah (Pentadbiran) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)

0“rder,order,order’’;itulahkata-kataarwahyangsering kami ulang ketika kami berkumpul bersama arwah setelah masing-masing terpisah bertugas di Jabatan lain. Walaupun kata-kata itu hanya kami dengar semasa berhempas pulas menyiapkan Dokumentasi ISO Perkhidmatan AmJabatanPendaftarsekitar2003,iatetapdiulang-ulang ketika kami berjumpa dan sesekali mencuit kenangan bersama. Walaupuniasekadargurauan,namunkata-kataitumenunjukkan ketegasan arwah ketika mempengerusikan mesyuarat dan memastikanahlimemberikantumpuanterhadapperbincangan.

Kini ia hanya tinggal kenangan, berlalu bersama kebaikan individu yang disenangi oleh semua. Tanggal 24 Mac 2020 amat mengejutkan di kala Negara malah dunia dilanda Pandemik COVID-19, kami kehilangan rakan. Bukan sehari dua,tetapikamisentiasabersamasukadandukaketikabersamamerancangmemastikan perkhidmatan di Jabatan Pendaftar pada tahap yang terbaik. Nampak tenang, beliau merupakan seorang yang tegas dan mempunyai prinsip yang jelas. Kakitangan Bahagian PentadbiranAmJabatanPendaftarUKMamatmengenaliketegasandanprinsipbeliau.

Mengenali beliau secara rapat sebaik sahaja arwah dilantik mengetuai Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Pendaftar pada 1 Ogos 2000 selepas menamatkan pengajian Sarjana. Disebabkan pengalaman dan pengetahuan yang luas, arwah mudah memandu salah satu Bahagian penting di Aras 5, Bangunan Canselori. Agak lama juga beliau menerajui Bahagian tersebut sehingga beliau bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Pelajar pada tahun 2009, satu Jabatan yang juga mencabar terutamanya ketika menguruskan pemilihanMajlisPerwakilanPelajarUKM.Seingatsaya,arwahpernahditohmahdandicaci kerana tidak berpuashati dalam mengendalikan pemilihan MPP. Pelajar tetap pelajar, arwah sentiasa tenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi pelajar. Beliau bersama pasukandiJPPeltetaptenangmengendalikannya.

Arwahmerupakanantarapegawaikananyangmudahdidekatiwalaupundikalangan pegawai muda. Keinginan arwah untuk membimbing pegawai muda amat disenangi walaupun terkadang pegawai sukar menerima cara, namun hasilnya akan diakui. Malah arwahjugasering menggalakkanpeningkatanilmu dankompetensidikalanganpegawai dankakitangandibawahseliaanbeliau.

Kini,semuanyatinggalkenangan.Semogakebaikanarwahtetapdiingatidanmenjadi bekalan menemui ilahi. Semoga rahmat Ilahi sentiasa bersama arwah dan beroleh kesejahteraandiduniaabadi.

41 BIL 1 / 2022
Nukilan al-faqir Ilallah
PERTADI UKM
Budaya Berprestasi Tinggi Satu Transformasi Minda
www.ukm.my/pertadi

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.