majalah

Page 1

APRIL 09 edisi 12


Pengarah Pengarah Urusan Editor Kumpulan Editor Eksekutif Wartawan Penulis

FlareBiz Network www.flarebiz.com

Hak Cipta Terpelihara

Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang,disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan,dalam apa jua cara,sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit FlareBiz Network sidang editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Majalah IM. Semua material penerbitan yang dikirimkan kepada FlareBiz Network akan menjadi hak milik syarikat ini. Sidang editor tidak bertanggungjawab juga atas kehilangan tulisan atau karya yang dikirimkan kepada syarikat ini.

Pereka Kreatif Pengurus Web Eksekutif pengiklanan Eksekutif pemasaran

Adly Mukhtar Mohd Zhafran Mohd Ghani Idris Husin Norakmal Jasni Rawaida Kamarudin Fatin Adawiyah Mohd Pauzi Mohd Muslim Abdullah Zamri Nanyan Galadriel Smartzul Amar Mahmood Amirol Irwan Dahnil Zamri Mohammad Shueqry Mohd Saipuddin Hasbullah Mohd Rusdy Ahmad Mohammad Ridzuan Mohd Rashidin Hasbul ‘Ariff Hasan Zaki

Diterbitkan oleh FlareBiz Network, 4-2-2,Jln 4/50 off Jln Gombak Diamond Square Commercial Centre 53000 Kuala Lumpur Tel: 019 3357794

http://www.majalahim.com/pengiklanan [1] Merupakan majalah PERCUMA yang pastinya mempunyai ramai pembaca.

[2] Pembaca majalah ini adalah bakal-bakal usahawan Internet ataupun yang mempunyai jiwa usahawan. Kebiasaanya mereka ini mempunyai “kuasa beli” yang tinggi.

PENYELESAIAN

PENGIKLANAN

PRODUK

A N D A MAJALAHIM


Isi Kandungan

5 Sepintas Lalu Pemasaran Affiliate 7 10 tips Affiliate Marketing Istilah yang sering digunakan dalam affiliate marketing

10 13 Bagaimana Pemasaran Affiliate muncul 15 5 Resepi penting kejayaan ringkas langkah demi langkah 17 Panduan menjadi Super Affiliate 20 Teknik mudah Affiliate marketing IM : Badruzamani Pelopor idea 22 Inspirasi Pemasaran Ineternet OKU tempatan 25 7 Petanda kepositifan diri 28 Soal Jawab IM 32 Transkrip Temubual Majalah IM bersama Yusri 39 Review Produk : Rahsia Newbie ClickBank


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terima kasih kerana terus menjadi pembaca setia Majalah IM. Sudah edisi ke 12, sudah pelbagai isu kami ketengahkan untuk para pembaca. Bagaimana? Sudahkah anda mulai menjana pendapatan pertama anda di internet? Terima kasih juga saya rakamkan kepada semua penulis Majalah IM, tim produksi Majalah IM, para pembaca, para penyokong dan juga para pengkritik. Dengan semua inilah kami terus membaiki mutu dan kualiti Majalah IM. Semoga sokongan ini berterusan hendaknya Dalam dunia perniagaan offline, kita sering dengar ungkapan SALESMAN. Kita juga sedia maklum jurujual yang hebat sememangnya hidup mewah dan berjaya. Untuk menjadi seorang jurujual yang hebat juga bukannya mudah. Memerlukan teknik, strategi dan usaha yang berterusan. Seperti itu juga di dalam dunia online. Untuk menjadi seorang Affiliate yang hebat, anda perlu belajar cara yang tepat, dan juga memasarkan produk yang tepat! Saya juga sedar, ramai di antara anda yang masih belum mengetahui apakah itu Pemasaran Affiliate? Majalah IM Edisi 12 kali ini akan mengangkat tajuk Pemasaran Affiliate sebagai cover story. Belajarlah cara yang tepat untuk menjadi jurujual online. Berguru dengan mereka yang layak anda gelar ’Guru’ dan mulai jana pendapatan anda hari ini juga. Jumpa lagi dalam edisi Mei 2009!

Norakmal Jasni aka Dik Mal Ketua Editor Majalah IM

4


SEPINTAS LALU AFFILIATE MARKETING

A

Transkrip : MajalahIM Crew

nda mungkin adalah antara ramai pembaca Majalah IM yang ingin menghasilkan pendapatan melalui Internet, tetapi anda buntu kerana tidak ada produk untuk di jual. Berita baik untuk anda, kerana anda juga boleh berjaya di Internet dengan menjual barangan melalui program affiliate. Program ini membolehkan anda menjual produk orang lain dan menjana wang melalui pembayaran komisyen kepada anda. Apakah Itu Pemasaran Affiliate? Program affiliate telah dicipta oleh CDNow.com pada tahun 1994 dan kemudian dipelopori oleh Amazon.com pada tahun 1996.Pada mulanya ia dianggap sebagai program bersama atau program partner. Dalam kata mudah, program Affiliate membenarkan orang ramai untuk mendapatkan komisyen dengan menjual produk-produk mereka. Program Affiliate adalah sangnat popular di sebabkan oleh sistem yang ringkas dan efektif. Anda boleh menyertai program affiliate, membina links, dan mula menjual barang dalam tempoh masa beberapa minit sahaja. Secara ringkasnya, program affiliate ini dianjurkan oleh pemilik sesuatu produk. Tidak kiralah sama ada produk itu jenis produk fizikal ataupun produk digital. Ia boleh berupa sebuah kereta, buku panduan memasak, pil diet, ebook dan macam-macam lagi. Kita ambil satu contoh produk digital, iaitu ebook Rahsia10k. Rahsia10k ini adalah merupakan sebuah ebook yang dikeluarkan oleh Team Flarebiz. Kemudian Team

Flarebiz telah membuka program affiliate untuk produk mereka ini. Tujuan mereka adalah untuk mempromosikan produk mereka ini secara lebih meluas apabila ramai yang menyertai program affiliate anjuran mereka ini. Dan mereka-mereka yang menyertai program affiliate ini kita namakan sebagai agen affiliate. Setelah mereka mendaftar untuk menjadi agen affiliate sesuatu produk, mereka akan diberikan link affiliate yang unik, contohnya seperti www.Rahsia10K.com/linkanda, setiap agen akan mendapat link affiliate yang berlainan. Agen-agen affiliate ini akan berusaha untuk membawa pengunjung untuk membeli ebook Rahsia10K tadi melalui link mereka, sekiranya pengunjung yang datang melalui link mereka tadi membuat pembelian, maka mereka akan mendapat komisyen yang diberikan oleh pemilik produk tersebut, iaitu Team Flarebiz. Begitulah secara ringkasnya bagaimana program affiliate ini berjalan. Program ini sememangnya mampu memberi pulangan yang lumayan kepada orang yang menyertainya dan telah ramai di antara kita yang sudah menjana puluhan ribu ringgit sebulan melalui program sebegini.

5


Cara Pembayaran Kepada Ahli Affiliate Untuk program Affiliate dalam negara (Malaysia), anda boleh melakukan bayaran direct bank-in melalui Maybank2U, Channel-e (Bumiputera Commerce), cek dan juga wang pos. Kebiasaannya, anda akan menerima bayaran setelah komisyen anda mencapai nilai minima seperti RM 25, RM 50 mahupun RM 100. Kekerapan bayaran pula kebiasaannya, komisyen akan di masukkan ke dalam akaun bank tempatan anda serta merta. Anda juga akan di maklumkan melalui email oleh sesetengah Usahawan Internet. Ini adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh penganjur affiliate terbabit.

t a g n a

H

Bagi program Affiliate luar negara pula, bayaran direct-in hanya kepada warganegara terbabit atau mereka yang mempunyai akaun bank di negara tersebut. Bagi anda yang tidak mempunyai akaun di luar negara, kebiasaannya bayaran akan di kirimkan melalui PayPal. Bayaran biasanya di bayar setelah komisyen mencecah US$50, US$100, US$200, juga bergantung kepada syarat yang telah di tetapkan pada awalnya. Nota : Anda digalakkan untuk membaca keseluruhan syarat program sebelum menyertainya.

6


Penulis : Fatin Pauzi dan Mohd Muslim www.majalahIM.com

10

e t ia il f f A s ip T Marketing

1.

Dimana Untuk Mencari Produk?

Terdapat dua jenis produk yang dijual di internet iaitu produk fizikal dan digital. Apakah produk yang paling sesuai dan menguntungkan untuk dipromosikan? Produk yang paling bagus dan sesuai untuk dipromosikan adalah produk digital kerana ia mudah disebarkan, mudah untuk dimuat turun pada bila-bila masa, tiada kos penghantaran dan komisyennya pula adalah tinggi. Berikut merupakan beberapa contoh laman web yang menyediakan program

1. www.clickbank.com 2. www.cj.com 3. www.paydotcom.com 4. www.regnow.com 5. www.moderclick.com

2.

Produk Yang Mahal Atau Murah?

Antara produk digital yang mahal dan murah, yang manakah lebih bagus untuk dipromosi? Sebenarnya kedua-dua jenis produk adalah bagus untuk dipromosi. Jika anda memilih produk yang mahal untuk dipromosi, maka komisyen yang diterima juga tinggi. Manakala produk yang berharga rendah memberikan komisyen yang rendah. Akan tetapi produk yang berharga rendah lebih mudah untuk dijual untuk dijual berbanding dengan produk yang berharga tinggi. Dan kami cadangkan supaya anda mencuba dengan produk yang berharga rendah terlebih dahulu.

7


3.

Menyembunyikan URL (Cloak Url)

Setelah anda mendaftar sebagai agen sesebuah program affiliate, anda tentunya akan mendapat link ataupun url affiliate anda. Untuk pengetahuan anda, komisyen anda boleh dicuri sekiranya link atau url sebenar anda terdedah. Apa yang perlu anda lakukan adalah menyembunyikan url sebenar anda. Anda boleh menggunakan servis percuma daripada laman web www.offto.net untuk menyembunyikan (cloak url) link affiliate anda. Apa yang akan berlaku apabila anda menyembunyikan link anda adalah contohnya seperti ini, www.Rahsia10K.com/ linkanda akan menjadi www.offto.net/linkanda, pengunjung yang klik url tersebut masih lagi akan dibawa ke laman web Rahsia10k akan tetapi mereka tidak tahu url sebenar laman web itu dan akhirnya akan membeli dari link anda.

4.

Teknik Pemasaran

Sebenarnya terdapat bermacam cara dan kaedah untuk anda mempromosikan produk yang anda jual. Baik kaedah yang percuma mahupun berbayar, disini kami kongsikan beberapa kaedah percuma supaya anda gunakan untuk mempromosikan produk anda nanti : a) Menulis artikel mengenai produk yang anda jual, di dalam artikel tersebut anda boleh masukkan link atau url yang telah dicloaked. Kemudian anda boleh menghantar artikel tersebut ke direktori artikel seperti :

1) www.goarticles.com 2) www.ezinearticles.com 3) www.ideamarketers.com 4) www.contentdesk.com 5) www.isnare.com 6) www.articlehub.com/add.html 7) www.articlealley.com 8) www.SearchWarp.com b) Anda tidak mempunyai idea untuk menulis artikel? Anda juga sebenarnya boleh mencari artikel yang berkaitan dengan produk anda di laman web di atas. Salin artikel di sana, ubah sedikit isi kandungannya dan hantar kembali, senang bukan??

c) Selesai menulis artikel, kita pergi kepada video pula. Kami pasti anda mesti tahu mengenai Youtube bukan? Konsepnya masih lagi sama dengan teknik artikel tadi, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencari video yang berkaitan dengan produk anda, download video tersebut, upload kembali video tadi ke Youtube bersama-sama dengan link affiliate anda. Teknik ini telah terbukti berkesan! Selain Youtube, anda juga boleh mengupload video anda ke :

1)Zippyvideos.com 2)Metacafe.com 3)Turnhere.com 4)Trueveo.com 5)Blinkx.com 6)Dan banyak lagi?

5.

Menyertai Forum

Anda juga boleh menyertai sesebuah forum untuk mempromosikan barangan anda, terdapat berpuluh-puluh ribu komuniti forum yang wujud di deluruh dunia. Anda hanya perlu memilih dan turut serta sahaja. Konsepnya begini, sekiranya anda menumpukan kepada ebook resipi masakan, anda hanya perlu mencari forum yang berkaitan untuk anda turut serta. Kemudian bina kredibiliti anda di dalam forum tersebut dengan menjawab soalan atau menyertai perbincangan mereka, tidak perlu banyak cukuplah sekadar membuat 10 post sehari. Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan link affiliate anda dengan ayat yang menarik di bahagian signature anda. Dan lihatlah hasilnya nanti.

6.

Membina mailing list

Mailing list atau senarai email mempunyai kemampuan yang hebat dalam mempromosikan sesuatu produk. Dengan membina mailing list yang banyak, anda dapat mempromosikan produk affiliate anda kepada ribuan senarai email yang anda miliki tanpa melakukan spam. Ini adalah kerana kesemua senarai email ini terdiri daripada alamat individu yang membenarkan anda melakukan follow up dan mengetahui aktiviti terkini dari anda. Sekiranya dapat dimanfaatkan dengan baik, anda mampu untuk menjana ribuan ringgit hanya dengan melakukan pemasaran affiliate.

8


7.

9.

8.

10.

Membina laman opt-in

Laman opt in merupakan suatu laman yang membekalkan produk atau servis percuma kepada pelawat dan ia mewajibkan pelawat untuk memasukkan nama dan alamat email mereka ke dalam borang opt in yang terdapat pada laman tersebut. Oleh itu, tujuan sesebuah laman opt in adalah untuk mengumpul senarai alamat email atau mailing list seperti yang diterangkan di dalam tip ke-6. Anda boleh menggunakan sistem autoresponder seperti getrepsonse.com atau aweber.com untuk melakukan follow up kepada senarai email yang anda miliki. Pastikan produk atau servis yang ditawarkan secara percuma adalah sesuatu yang dapat membantu orang ramai dan dapat menarik minat pelawat untuk memasukkan email mereka ke dalam borang opt in.

Membina Landing Page

Peratusan pembeli produk yang anda promosikan akan meningkat sekiranya anda mempunyai 'landing page' anda tersendiri. Landing page yang berkualiti dan berkesan dapat menukarkan pelawat kepada pelanggan. Anda boleh mempelajari bagaimana untuk membina landing page daripada beberapa laman web yang terdapat di internet yang mengajar anda membina landing page tanpa sebarang kos. Pastikan landing page anda sebaiknya mempunyai design yang boleh menarik perhatian pelawat yang datang ke laman tersebut.

Menawarkan Bonus

Sekiranya anda mempunyai sebarang produk menarik yang anda boleh beri atau kongsikan, anda boleh jadikannya sebagai bonus kepada sebarang pembelian produk affiliate yang dibeli melalui link affiliate anda. Ini merupakan satu kelebihan mengapa seseorang pembeli membeli produk tersebut melalui link affiliate anda. Pastikan bonus yang anda tawarkan mempunyai kaitan dengan produk yang anda promosikan. Lebih baik sekiranya bonus yang dibekalkan dapat membantu memantapkan lagi penggunaan produk yang anda promosikan. Kadangkala, seseorang pelanggan sanggup membeli produk yang anda promosikan semata-mata untuk mendapatkan bonus hebat yang anda tawarkan! bahagian signature anda. Dan lihatlah hasilnya nanti.

Mendapatkan Niche Yang Terbaik

Untuk pengetahuan anda, produk yang mempunyai permintaan atau niche yang tinggi adalah produk yang terbaik untuk dipromosikan. Oleh itu, anda perlu melakukan sedikit kajian untuk menentukan produk mana yang perlu anda fokus untuk dipromosikan. Sekiranya anda memilih produk yang kurang kadar permintaannya, kemungkinan anda akan membazirkan banyak masa dan wang anda sahaja dalam mempromosikan produk tersebut. Jadi, pemilihan produk yang tepat amat penting untuk mengelakkan sebarang kerugian dalam program affliate yang anda sertai.

Download Percuma Sekarang Sebelum Ianya Dijual

9


Affiliate: Seseorang yang dibayar komisyen atau bayaran tetap kerana membawa pengunjung (trafik) membeli produk atau servis di laman web penjual. Biasanya ahli affiliate akan diberi link atau kod khas bagi memudahkan admin web penjual mengenalpasti siapa yang berjaya mempromosikan jualan tersebut dan membayar ahli affiliate tersebut mengikut jumlah jualan. Juga dikenali sebagai associate (seperti pada Amazon.com) atau publisher (CJ.com) atau partner. Di Malaysia, ia sering disebut sebagai 'ahli affiliate'.

Affiliate Link: Link khas yang mengandungi kod khas bagi mengenalpasti dan mengesan pengunjung ke sesebuah laman web yang dipromosikan oleh ahli affiliate. Link tersebut mengandungi ID unik kepada setiap ahli affiliate dan akan merekod kehadiran pengunjung, masa dan tarikh pengunjung tiba, jualan (jika ada) dan mungkin data-data lain. Ia membolehkan penjual (merchant) mengenalpasti ahli affiliate yang berjaya membuat jualan dan memberinya komisyen.

Affiliate Network: Jaringan Affiliate, tetapi biasanya di Malaysia, kita gunakan istilah Affiliate Network sahaja. Affiliate Network menyediakan perkhidmatan pihak ketiga kepada penjual dan ahli affiliate bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti pemasaran affiliate. Affiliate Network akan menyediakan sistem untuk 'tracking', menyediakan report, penerimaan pembayaran, affiliate grafik dan link, dan sebagainya. Affiliate Network menjana pendapatan dengan mengambil beberapa peratus keuntungan dari jualan yang berjaya atau mengenakan caj tertentu kerana menggunakan khidmat mereka.

Affiliate Program: Dikenali sebagai 'program affiliate' di Malaysia. Sejenis bentuk pemasaran bagi produk atau servis yang ditawarkan melalui laman web. Penjual akan membayar komisyen kepada ahli affiliate yang berjaya membuat jualan. Ada juga komisyen yang diberi bukan hanya untuk jualan terus, tetapi apabila pengunjung memuat turun (download) produk percuma (biasanya untuk free trial), mengisi borang, menjawab questionnaire (biasanya untuk market research) atau apa-apa bentuk tindakan yang diingini.

10


Banner Ad: Grafik yang mengandungi kod affiliate. Ia adalah salah satu cara menarik perhatian pengunjung untuk klik dan menziarahi sesebuah laman web jualan. Juga dipanggil 'grafik affiliate' di Malaysia. Kurang popular sekarang kerana beberapa tahun yang lalu, terlalu ramai yang menggunakan banner ad untuk mempromosikan produk affiliate hinggakan pengunjung menjadi 'biasa' dan 'buta' melihat banner ad dan tidak lagi klik apabila melihatnya. Sungguhpun begitu, ia masih boleh digunakan, terutamanya bagi menggambarkan sesebuah produk. Jika dipromosikan dengan betul, banner ad boleh membawa kepada jualan yang baik.

Click Through: Apabila seseorang pengunjung klik pada sebuah llink affiliate atau affiliate grafik (banner ad) dan dibawa ke laman web jualan.

CTR: Click Through Rate / Ratio CTR dikira dengan membahagikan jumlah klik yang diterima dengan beberapa kali ia dipaparkan (impressions).

Jumlah Klik Diterima / Jumlah Paparan Sebagai contoh, jika sesebuah link affiliate dipaparkan sebanyak 100 kali (100 impressions) dan menerima 10 klik, maka CTR link affiliate tersebut ialah 10%.

CPA: Cost Per Action Kos untuk setiap tindakan (aksi). Contoh: memuat turun (download), mengisi borang dan sebagainya. Komisyen yang dibayar kepada ahli affiliate bergantung kepada tindakan pengunjung di laman web tersebut. Sebagai contoh, program affiliate ABC membayar $0.50 setiap kali pengunjung baru memuat turun software trial mereka atau program affiliate XYZ menawarkan $0.10 setiap kali pengunjung unik klik 'play button' untuk menonton video yang dipaparkan.

CPC: Cost Per Click Kos Setiap Klik. Biasanya digunakan dalam PPC (Pay Per Click) seperti Google Adwords dan YPN (Yahoo Publisher Network).

CPM: Cost per thousand impressions Kos untuk setiap 1000 kali paparan.

CR: Conversion Ratio Diperolehi dengan membahagikan jumlah Click Throughs ke laman web jualan dengan jumlah jualan berjaya. Jumlah Click Through / Jumlah Jualan

Commission: Bayaran komisyen kepada ahli affiliate. Bagi produk digital, peratusan komisyen adalah tinggi, antara 40% - 75% harga produk. Ini kerana produk digital tidak mempunyai kos stok penyimpanan dan kos pengeposan, maka penjual mampu membayar komisyen affiliate yang tinggi. Kos pembikinan produk juga rendah. Sebagai contoh, kos menulis ebook atau laporan tidak memerlukan bahan mentah seperti besi, kayu atau sebagainya. Bagi produk fizikal, peratusan komisyen biasanya rendah contohnya, di antara 5% - 40 %. Ini kerana ia melibatkan kos produksi, kos penyimpanan stok, kos penghantaran, cukai dan lain-lain.

Cookie: Cookie ialah sebuah fail kecil yang diletakkan pada komputer pengunjung yang telah klik pada link affiliate. Ia berguna untuk mengenalpasti dan mengesan bahawa link affiliate itulah yang telah membawa pengunjung tersebut. Oleh itu, sekiranya pengunjung itu membeli produk tersebut seminggu kemudiannya, ahli affiliate yang mula-mula mempromosikan link affiliate itu, akan diberikan komisyen. Ada cookies yang akan 'hidup' selama satu tempoh yang ditetapkan seperti 60 hari, 90 hari atau 120 hari. Ada pula untuk selama-selamanya, selagi pengunjung tidak delete cookies dari komputernya. Cookies juga digunakan untuk mengenalpasti komisyen yang berulang, seperti laman web membership.

11


Contextual Linking: Meletakkan link affiliate pada perkataan atau ayat dalam sesebuah artikel pada sesebuah laman web. Contextual linking boleh memberi trafik yang lebih targeted dan menambahkan jualan.

Conversion Rate (CR): Peratusan klik yang berjaya ditukar menjadi jualan.Misalnya,untuk setiap 100 klik,3 produk berjaya dijual,maka CR adalah 3/100 X 100% = 3%

EPC: Earnings per (one hundred) clicks Merujuk kepada purata pendapatan ahli affiliate untuk setiap 100 klik yang mereka bawa kepada laman web jualan.

Impressions: Merujuk kepada beberapa kali sesebuah link, grafik affiliate atau mukasurat laman web dipaparkan kepada pengunjung. Setiap kali pengunjung menziarahi sesebuah laman web, server laman web tersebut akan memaparkan kandungannya kepada pengunjung tersebut dan ini dikenali sebagai 'impression'.

Lifetime Commissions: Komisyen diberi adalah untuk seumur hidup, selagi seseorang ahli affiliate berjaya membuat jualan. Ia menggunakan 'lifetime cookie' di mana 'cookie' ini tidak akan 'expire' melainkan pengunjung delete cookie ini dari komputer mereka.

Merchant : Penjual (peniaga) produk atau perkhidmatan yang diberi.Ahli affiliate mempromosikan produk atau perkhidmatan yang diniagakan oleh‘merchant’.

Super Affiliate: Ahli affiliate yang berjaya mendapat jumlah komisyen yang besar melalui program affiliate yang dipromosikan sehingga melebihi $1000 sehari. Biasanya mereka adalah 'top affiliate' bagi sesebuah program affiliate.

Tiered Commission: Sejenis pelan komisyen di mana peratusan komisyen dinaikkan apabila jumlah jualan affiliate berjaya dinaikkan kepada tahap tertentu. Sebagai contoh, di CJ.com, ada pemilik produk yang menawarkan kenaikan 15% kepada komisyen ahli affiliate jika mereka berjaya membuat jumlah jualan melebihi $2000.

Two Tier Affiliate Programme: Program affiliate yang akan membayar anda komisyen bagi setiap sub-affiliate yang menjadi ahli affiliate di bawah rangkaian anda. Biasanya setakat 2 level sahaja, bukan seperti MLM yang membayar sehingga 5 level atau lebih.

Unique Visitor: Pengunjung unik. Seorang pengunjung mungkin klik sesebuah link atau banner 2-3 kali dalam sehari pada laman web yang sama, tetapi hanya dianggap sebagai satu pengunjung unik.

12


r a k g n Terbo

Rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan Ketahui Rahsia Lulus Temuduga Bagi Kerja kerajaan Dan Seterusnya Bergelar sebagai PENJAWAT AWAM!! Kerja Kerajaan Dalam Genggaman...

http://www.kerja-kerajaan.com/


n a r a s a m e P a n a im Baga ? l u c n u m Affiliate Penulis : Irwan Dahnil website : www.irwandahnil.com

enggunaan pemasaran affiliate sudah menjadi kebiasaan dalam dunia pemasaran Internet. Terdapat beribu-ribu program affiliate ditawarkan di Internet, yang boleh menjadi salah satu pendapatan sampingan kepada IM untuk memperolehi pendapatan. Maka tidak hairanlah, pemasaran affiliate terus menjadi pilihan IM kerana rangkaian yang terbina dari pemasaran affiliate. Walaupun dunia Internet baru sahaja berusia belasan tahun di Malaysia, namun sistem affiliate dengan cepat menular dan menjadi trend pemasaran yang diterima ramai. Tetapi, sebenarnya bagaimana idea affiliate marketing ini terbina pada asalnya ?

Pemasaran affiliate sebenarnya terbina disebabkan oleh keunikan jaringan Internet itu sendiri. Apabila gelombang e-commerce muncul, pemasaran Internet mula mendapat tempat. Pelbagai ‘kedai’ dan website mula meletakkan produk mereka di Internet dengan harapan lebih ramai pelanggan membeli produk. Disebabkan terlalu banyak ‘kedai’ yang muncul, maka perebutan untuk muncul sebagai ‘kedai dunia maya’ yang disedari oleh pelanggan menjadi satu persaingan. Pada awalnya, meletakkan banner berbayar menjadi satu pilihan kerana konsepnya yang mudah. Dengan hanya membeli banner, kita boleh meletakkan iklan di mana-mana laman web.

Lama-kelamaan, teknik membeli banner berbayar berdasarkan pay-per-impression ini menjadi kurang berkesan kerana jumlah pengunjung yang sebenar (unique visitor) tidak dapat dikesan pada awalnya. Oleh itu, meletakkan satu banner berbayar dalam satu jangkamasa tertentu di laman web belum tentu menjana jualan yang diharapkan. Oleh itu, muncul konsep affiliate marketing, di mana kos pengiklanan banner tadi diserap oleh pemilik laman web. Berlandaskan kepada konsep ‘joint-venture’ tadi, pengiklan tidak perlu membayar banner yang diletakkan di sesuatu laman web, sebaliknya membayar sejumlah pendapatan yang diperolehinya kepada tuan punya laman web.

13


Idea ini mula menggila dan diterima ramai. Muncul beribu-ribu program affiliate di Internet kerana konsepnya yang memuaskan hati semua pihak. Dengan kecanggihan teknologi, sistem affiliate pula dicipta khusus bagi menyelaras dan menguruskan program affiliate masing-masing. Sehingga kini, pemasaran affiliate masih belum menunjukkan tanda-tanda kelunturannya, malah sebaliknya kerana saban hari ia menunjukkan peningkatan yang baik.

Kadangkala terfikir juga.. Punyalah bijak pemikir pemasaran yang berjaya mewujudkan penularan rangkaian yang merangkumi seluruh laman web di seluruh dunia. Hebat bukan?

Kini Telah Terbit ! KINI ANDA BOLEH LAKUKANNYA SENDIRI! BUKU BISNES SMS CARA PANTAS Buku setebal 134 mukasurat ini, memfokuskan kepada 7 aplikasi perniagaan SMS yang biasa ditemui di Malaysia dan kaedah kaedah ‘hands on real time' untuk memudahkan pembaca mencuba dan mempraktikkan langkah langkah tersebut. Ia juga membincangkan mengenai isu isu yang berkaitan dengan perniagaan SMS seperti pemilihan perkhidmatan gateway SMS dan kaedah pengurusan dan operasi perniagaan SMS.

Layari http://www.akademisms.com/buku.htm

s

M

R a y n

Ha

90 . 9 2

!

ja a h a

14


5 Penulis : Amar Mahmood www.amarmahmood.com

S

ama ada anda seorang usahawan, seorang pekerja, seorang ahli sukan, mahupun seorang pelajar; terdapat beberapa kunci atau resepi yang menjadi rahsia kebanyakan individu yang telah berjaya mencapai apa yang mereka inginkan. Dalam subjek psikologi kejayaan, resepi ini adalah satu hukum atau sains untuk mencapai kejayaan. Ketiadaan salah satu “bahan bahan” ini, resepi untuk “menghasilkan” satu kejayaan adalah kurang sempurna atau tidak memberikan hasil seperti yang kita harapkan.

Untuk pengetahuan anda, hampir semua individu yang berjaya dengan pencapaian mengagumkan memiliki kesemua “bahan bahan” ini. Apa yang berbeza, kuantiti satu satu “bahan” itu berlainan. Mungkin ada yang lebih pada satu satu “bahan”, dan mungkin ada yang lebih pada “bahan” yang lain pula. Namun, yang pentingnya, mereka tetap memiliki kesemua bahan dalam resepi ini. Pada hari ini, saya akan berkongsi dengan anda apakah intipati resepi tersebut dan apakah “bahan bahan” PENTING yang anda patut ketahui untuk menghasilkan sebuah kejayaan.

1.

Bahan pertamanya adalah Tujuan dan Visi kehidupan. Ini adalah kunci pertama yang perlu ada dalam langkah membina kejayaan. Hidup tanpa tujuan dan matlamat boleh diibaratkan seperti “kapal tanpa nahkoda”. Bayangkan anda sesat di dalam hutan, ia ibarat anda


berjalan tanpa peta atau kompas pun sebagai panduan dalam memandu anda ke tempat yang ingin anda tuju. Terdapat pelbagai tujuan dalam kehidupan kita seharian yang kita boleh fikirkan. Walaupun begitu, yang pentingnya, adalah apakah tujuan hidup yang ingin anda lakukan berdasarkan kemampuan, kesungguhan dan bakat yang anda miliki. Tanya diri anda apakah yang anda inginkan. Apakah yang anda ingin lihat dalam kehidupan anda pada 5 tahun atau 10 tahun akan datang. Hanya anda sahaja yang tahu apakah visi yang anda ingin dapatkan.

2.

Bahan kedua adalah Ketabahan (Persistence) atau semangat “tidak mudah mengaku kalah�. Jika bahan ini tidak dimiliki oleh Alexander Graham Bell, beliau tidak akan dicatat sebagai seorang pencipta telefon. Begitu juga Thomas Edison dengan kisah mentol lampunya, adik beradik Wright dengan kapal terbangnya, malahan ribuan ikon-ikon sukses yang anda kenali, terkenal dengan ketabahan yang mereka miliki. Donald Trump pernah bankrap tetapi beliau bangkit dan terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang diidamkannya.

3.

Bahan ketiga penting adalah Disiplin. Bakat dan kebolehan tidak menjamin kejayaan jika anda tidak memiliki disiplin. Dalam sukan, sudah ramai atlet yang berbakat dan berkebolehan luar biasa tetapi musnah hanya kerana masalah disiplin. Situasi yang sama juga berlaku dalam bidang hiburan, ratusan bakat yang muncul tetapi hilang hanya kerana tersasar dan ralit dengan limpahan glamour dan lupa dengan disiplin. Begitu juga dengan dunia perniagaan, ramai yang bungkus dan “gulung tikar� hanya kerana kurangnya disiplin dalam amalan etika perniagaan mereka. Walaupun berbakat, disiplin membantu mengadun resepi anda supaya kejayaan yang dikecapi berterusan dan bukan untuk tempoh tertentu sahaja.

4.

Bahan keempat adalah Fokus dan Tindakan. Dalam apa situasi sekalipun, fokus dan tindakan adalah dua perkara yang datang serentak. Anda perlu fokus pada apa yang anda inginkan, dan seterusnya bertindak supaya mendekati apa yang anda inginkan. Ada individu yang hanya ingin memiliki sesuatu, tetapi tidak bertindak dengan betul atau kurangnya tindakan mencukupi dalam usaha mereka mendekati apa yang diinginkan. Jadi, tetapkan fokus dan mulakan usaha anda dalam menjayakan impian anda.

5.

Bahan terakhir yang ingin saya kongsikan adalah Sikap. Apa sikap anda terhadap diri anda, kehidupan anda dan situasi sekeliling anda akan menentukan tahap kejayaan anda. Sikap menentukan apa yang akan anda lalui dalam kehidupan. Tanpa sikap yang betul, anda tidak akan ke mana-mana. Sikap adalah salah satu bahan dalam resepi kejayaan yang selalu diabaikan. Kegagalan selalu diperkatakan berpunca dari faktor luar. Padahal, sikap seseorang individulah yang menjadi faktor kegagalan mereka sendiri. Secara ringkasnya, kelima-lima bahan ini adalah perkara terpenting dalam usaha anda merealisasikan kejayaan anda. Kesemua bahan ini tidak sepatutnya anda abaikan jika ingin berjaya. Sebenarnya, jika ingin mengupas kesemua bahan penting ini, saya perlu menghasilkan satu buku penuh tentang cara dan kaedah yang betul untuk mendapatkan bahan-bahan ini dalam mencapai kejayaan. Tetapi saya tahu anda sudah memiliki kesemua bahan-bahan ini. Apa yang penting, anda mestilah sedar bagaimana menggunakan dan mengolah kekuatan yang anda miliki untuk menperolehi apa sahaja yang anda inginkan. Jadi apa yang anda tunggu lagi?

16


Penulis : Zamri Nanyan www.zamrinanyan.com

m

enjadi "super affiliate" adalah salah satu idaman Internet Marketer. Pada masa yang sama, super affiliate juga merupakan golongan yang dicari-cari oleh mereka yang mempunyai produk untuk dipasarkan oleh agen pemasaran ini. Jadi, dalam apa situasi pun, title "super affiliate" adalah satu title yang berharga. Namun, bagaimanakah caranya menjadi seorang super affiliate? Memang terdapat banyak caranya untuk menjadi super affiliate dan saya tidak akan menerangkan semua strategi yang ada. Cukuplah sekiranya saya berikan anda strategi yang saya sendiri gunakan. Sebelum itu, biar saya tunjukkan screenshot daripada salah satu jualan affiliate yang saya hasilkan baru-baru ini.

Bergantung kepada produk dan komitmen saya untuk mempromosikan sesebuah produk tersebut, saya boleh menghasilkan komisyen jualan yang mencecah ribuan ringgit. Jangan salah faham. Bukan tujuan saya untuk meninggi diri dan berlagak sombong tetapi saya ingin yakinkan anda bahawa cara yang saya praktikkan benar-benar menghasilkan keputusan yang memberansangkan. Lagipun, ramai lagi affiliate yang memperoleh pendapatan berkali ganda banyaknya daripada apa yang saya tunjukkan di sini. Selebihnya, anda sendiri yang tentukan sama ada akan menggunakan strategi yang saya gunakan atau tidak. Dan tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat panduan langkah demi langkah bagaimana anda sendiri boleh menjadi super affiliate yang dapat menghasilkan ribuan ringgit dengan mempromosi produk orang lain sahaja.

1. Pastikan dan tetapkan pasaran sasaran

(niche) anda dahulu. Jika anda ingin sasarkan pasaran berkaitan perniagaan internet, pastikan promosi anda berkaitan dengan perniagaan internet sahaja nanti.

17


2. Dapatkan servis autoresponder berbayar

seperti Aweber atau GetResponse. Kemudian masukkan kursus elektronik percuma dalam autoresponder anda. Anda boleh juga memberikan produk percuma dalam mesej yang anda muatkan dalam autoresponder anda. Dalam autoresponder anda ini juga, masukkan infomasi berguna tentang pasaran sasaran anda dan sesekali masukkan e-mel promosi affiliate.

3. Bina "opt-in page" atau laman web yang mempunyai borang langganan bagi pelawat laman web anda meninggalkan nama dan email mereka kepada anda sebelum mereka meninggalkan laman web anda. Borang langganan ini boleh dicipta dengan mudahnya apabila anda menggunakan servis autoresponder daripada Aweber atau GetResponse.

4. Promosikan opt-in page anda ini pada setiap masa untuk mendapatkan seberapa ramai orang ke dalam "mailing list" anda.

Itu sahaja perkara asas yang diperlukan untuk memulakan perjalanan anda sebagai "super affiliate". Pertama, anda perlukan autoresponder seperti Aweber atau GetResponse. Jangan terlalu sayangkan duit anda untuk melabur dalam peralatan terpenting pemasaran affiliate ini. Lambat-laun, anda sendiri akan mempercayai cakap saya bahawa autoresponder dan mailing list adalah DUA badan yang tidak dapat dipisahkan. Jadi, kenapa tidak laburkan sekarang? Dapatkannya secepat mungkin. Kedua, anda perlukan nama domain dan webhosting untuk membina "opt-in page" anda. Jika boleh, dapatkan nama domain yang berkaitan dengan pasaran sasaran anda. Sebagai contoh, www.BisnesDigital.com memang saya sasarkan untuk perniagaan produk digital.

"Tapi Zamri, saya dah tahu semua tu... cuma saya tak tahu macam mana nak promosi opt-in page saya supaya mailing list saya menjadi berpuluh ribu orang banyaknya. Boleh tolong, tak?" Boleh dan saya akan berikan satu tip yang sangat mudah digunakan untuk anda memulakannya. Anjurkan promosi "Pay-Per-Lead" (atau bayaran untuk setiap rujukan pelanggan percuma kepada anda).

1. Caranya ialah mencipta satu laporan ringkas dalam bentuk pdf yang menceritakan sesuatu tentang pasaran sasaran anda. 2. Kemudian dapatkan affiliate yang akan mempromosikan laporan ringkas anda. Dapatkan seramai mungkin affiliate yang dapat membantu anda. Dalam proses ini, anda memerlukan skrip affiliate yang "simple" seperti "Post Affiliate" versi percuma yang banyak digunakan oleh usahawan Internet tempatan. 3. Selepas affiliate ini mempromosikan laporan ringkas anda, makin ramailah pelawat yang akan datang ke opt-in page anda untuk memuat turun laporan percuma yang anda berikan. 4. Anda tetapkan sendiri bagaimana anda akan membayar affiliate yang mempromosikan laporan percuma anda ini. Sebagai contoh, anda boleh berikan RM5 bagi setiap 100 pelawat yang

Selebihnya, lakukan promosi berterusan ke opt-in page anda supaya mailing list anda makin bertambah besar.

18


Dari sinilah anda akan mendapat beribu-ribu orang ke dalam mailing list/autoresponder anda. Sudah tentulah anda kena mengeluarkan sedikit wang untuk membayar affiliate ini tetapi jika dilakukan dengan betul, mereka yang berada dalam mailing list anda ini akan memberikan pulangan yang berlipat kali ganda kepada anda nanti. Yang pasti, setelah promosi "Pay-Per-Lead" ini tamat, anda bolehlah mula berkomunikasi melalui email dengan mereka yang berada dalam mailing list anda. Cuba dapatkan kepercayaan mereka dengan selalu menghantar email kepada mereka. Berikan informasi berguna sepanjang masa dan sekiranya ada produk berkualiti yang anda rasakan dapat membantu orang yang berada dalam mailing list atau autoresponder anda, promosikan produk tersebut untuk mendapat komisyen jualan. Sebelum itu, pastikan dahulu bahawa anda telah mendapatkan link affiliate bagi produk tersebut sebelum mempromosikannya. Nak lagi jualan, cari produk berkualiti yang lain dan promosikannya kepada mailing list anda. Itu sahaja. Dan akhir sekali, saya katakan bahawa terdapat pelbagai cara untuk menjadi super affiliate. Saya sudah terangkan secara panjang lebar di sini. Walaubagaimanapun, saya dan Gobala Krishnan berkongsi cara yang berlainan pula di Rahsia ClickBank. Anda boleh lihat strategi yang diketengahkan di www.RahsiaClickBank.com.

19


Sistem website yang mantap dan berkesan. Tidak perlu menjual produk. Disertakan sistem autoresponder yang HEBAT 100% dilakukan secara online. Nilai Bonus USD yang tetap iaitu 1 USD = RM3.80 Bimbingan disediakan untuk kejayaan. Pejabat di Malaysia sudah beroperasi dan Sah undang-undang. (Lihat Lesen DISINI) Pembayaran bonus terus ke Akaun Bank Tempatan! SECARA MINGGUAN!

ni i s i d Klik


epanjang pengalaman saya mempromosi program affiliate, saya hanya menggunakan beberapa cara mudah dan tertentu sahaja. Tetapi, jika anda serius melakukannya, pendapatan empat angka sebulan amat mudah untuk diperolehi walaupun sekadar menjual produk orang lain. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan beberapa strategi dan teknik yang boleh anda gunakan dalam mempromosikan sesebuah produk affiliate.

Ulasan Produk

Jika anda mempunyai blog, anda tidak perlu lagi bersusah payah mencipta landing page atau ‘review page’ dan kemudian mendapatkan trafik. Satu kelebihan blog adalah anda mempunyai trafik sedia ada tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkannya. Namun, tidak salah untuk anda membuat satu laman ulasan (review page) yang berasingan jika anda merasakan ia lebih sesuai dengan anda. Pastikan review page dioptimisasikan dengan kata kunci yang berkaitan dengan produk agar laman ulasan tersebut mudah ditemui di senarai enjin carian.

Penulis : Mohd Zulfadli aka Smartzul http://blog.smartusaha.com

Bonus

Ini adalah teknik ‘zaman berzaman’ yang terus digunakan oleh kebanyakan affiliate marketer. Apa yang perlu dilakukan jika anda mempunyai produk yang unik dan menarik, anda boleh tawarkan kepada prospek secara percuma dengan syarat mereka membeli sesebuah produk affiliate melalui link affiliate anda. Teknik ini hanya berkesan jika produk bonus anda adalah unik, susah untuk didapati di tempat lain dan berkualiti.

20


Email Marketing

Ini adalah teknik yang berkesan juga, malah digunakan oleh kebanyakan Internet Marketer. Untuk melakukan cara ini, anda perlu membina senarai emel dengan menggunakan sistem Autoresponder seperti Getresponse.com atau Aweber.com. Namun, sebenarnya anda juga boleh menggunakan senarai emel orang lain. Ini dipanggil ‘solo ads’. Jika anda ingin menggunakan cara solo ads ini, pastikan senarai emel mereka itu berkualiti, ada kuasa membeli dan yang penting berkaitan dengan bidang (topik) produk affiliate yang ingin dipromosikan. Untuk kaedah solo ads, anda akan dikenakan caj mengikut jumlah prospek yang akan menerima emel anda. Anda boleh mencari mengenai solo ads ini di Google.com atau untuk lebih mudah, anda boleh menghubungi Internet Marketer yang mempunyai senarai emel.

Thank You Pages

Ada dua kaedah untuk cara ini. Pertama adalah thank you page di laman web anda sendiri. Laman terima kasih ini kebiasaannya adalah satu laman terakhir selepas seseorang selesai mendaftar newsletter anda. Kedua, thank you page di laman web orang lain. Anda boleh menyewa untuk tempoh tertentu atau melakukan pertukaran promosi dengan orang lain iaitu anda meletakkan iklan mereka di thank you page anda dan mereka meletakkan iklan anda di page mereka. Dengan cara pertukaran (exchange) ini, maka kosnya adalah percuma. Namun perlu diingatkan, letak iklan anda di thank you page yang bagus kadar trafiknya (memuaskan).

Itulah beberapa cara mudah untuk anda mempromosikan sesebuah produk affiliate. Semakin banyak kaedah yang anda gunakan, maka semakin tinggi kadar pendapatan yang akan anda perolehi. Selamat mencuba.

21


inspirasi im

Badruzamani Pelopor Idea

Pemasaran Internet

OKU Tempatan

ertama kali saya mengenalinya ialah ketika beliau memberi komen mengenai buku saya ‘Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas’ dua tahun lalu di forum WangCyber. Dari situ saya mendapat tahu beliau memiliki buku saya melalui pembelian secara online. Melalui laman blog kendalian beliau, Badruzamani.org, kami mula berinteraksi dan beliau adalah pembaca yang memberi kekuatan kepada saya menulis kerana perspektif baru yang diberikan sebelum ini. Selepas saya mengetahui saudara Badruzamani seorang OKU, saya sedar bahawa bekarya bukan sahaja untuk orang normal sahaja, malah individu istimewa seperti beliau memanfaatkan bahan bacaan yang baik untuk orang ramai. Kerana mengenali saudara Badruzamani, acapkali saya menulis buku non fiksyen, saya berfikir sama ada tip-tip dalam buku ini dapat membantu OKU sepertinya. Saudara Badruzamani sudi berkongsi komen beliau mengenai buku saya. Malah beliau sudi memberi testimonial yang saya muatkan dalam laman web zamrimohamad.com. Sebenarnya saya menunggu-nunggu testimonial beliau dimasukkan ke dalam buku ‘Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas’ sebagai tanda terima kasih kepadanya. Ketika menulis buku ‘Tip Menjadi Penulis Bestseller’, kisah saudara Badruzamani menjadi inspirasi besar yang mesti saya masukkan bersama-sama dalam bab khusus beserta kisah allahyarham Ahmad Zafran.

22


Saya mahu memberikan kejutan kepadanya menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 April ini. Sebaliknya kejutan itu kembali kepada saya. Beliau meninggal dunia pada Jumaat, 13 Febuari 2009, jam 8 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dikebumikan di Seksyen 21 Shah Alam. Perkara itu dimaklumkan oleh saudara Saiful Bahri Yusof yang mengendalikan Gemilang.Myportal melalui chat box blog allahyarham pada 17 Febuari. Blog allahyarham Badruzamani di badruzamani.org adalah antara blog tempatan yang penting kerana di situlah saya mendapat tahu entri-entri tulisan beliau mempertemukan pelanggan dan peniaga. Khususnya ketika beliau menulis mengenai penternakan arnab. Allahyarham memudahkan pertemuan dua pihak ini melalui blog beliau.

Inilah satu sumbangan besar beliau kepada komuniti siber tempatan, cuma masih tidak mendapat paparan media. Dalam amalan penulis tempatan, satu cara mendukung sahabat penulis lain ialah mencadangkan nama dan nombor perhubungan penulis lain selepas sesi wawancara. Perkara ini boleh diaplikasi di kalangan pemasar Internet tempatan supaya saling dukung mendukung bagi menjadikan ia satu industri yang benar-benar hidup. Terima kasih atas dukungan kuat kepada karyaku dengan kepercayaan tanpa berbelah bagi. Ceritamu yang memberi inspirasi akan kekal tersisip dalam tulisan sebagai caraku mengenangmu dan menceritakan kebaikan serta kekuatanmu. Beliau bukan sahaja penyokong kuat hasil tulisan saya, malah pemberi kekuatan karya yang baik terbitan PTS dan penyubur budaya membaca buku-buku yang baik dalam bahasa Melayu di negara ini. Sebagai seorang IM OKU, beliau menunjukkan cara dan peluang serta ruang bagi sesiapa sahaja mencari rezeki yang halal dan berkat melalui perniagaan di Internet. Ini satu contoh besar kepada industri halal pemasaran Internet di negara ini Al Fatihah kepada allahyarham Badruzamani.

Allahyarham yang juga anak kepada mantan Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Dato Syeikh Azmi bin Ahmad dianggap sebagai pelopor dan teraju utama yang mengetengahkan idea perkembangan bisnes Internet melalui blog bagi golongan OKU.

23


7Petanda

KepositifanDiri Bergelar usahawan Internet melayakkan anda untuk diuji 100? dengan pelbagai kegagalan dan dugaan, dan paling banyak sekali sudah tentu permasalahan. Anda perlu positifkan fikiran supaya sentiasa bersemangat menghadapi semua itu. Secara tidak langsung, tindakan anda terbentuk menjadi lebih positif lalu menghasilkan output positif. Tetapi, adakah anda pasti fikiran anda positif?

Persoalan lain, bagaimana mengetahui sama ada fikiran anda positif atau negatif jika anda kurang pasti? Apa jua jawapannya, kaji dan bandingkan dengan 7 petanda kepositifan diri yang saya berikan di bawah. Mari mulakan. Fikiran anda berada dalam tahap positif apabila...

1

. Anda sentiasa bertenaga, bersemangat tatkala memikirkan impian?impian yang anda capai. Setiap hari anda jadi teruja setelah membaca impian yang telah anda tulis lalu membayangkan ia setiap masa seolah?olah telah mencapai impian itu hari ini. Anda tekad untuk terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

Penulis : Shueqry www.imotivasi.com

2

. Anda lebih suka melihat aspek aspek positif dalam apa jua situasi, keadaan, benda dan perkara walaupun ia sebenarnya negatif. Bila mendepani masalah atau situasi menghimpit, anda lebih suka menilainya dari pandangan positif, bahkan ada terfikir perihal perihal penting yang orang lain langsung tak pernah terfikir dalam situasi tersebut.

3

. Anda sering bertanya pada diri sendiri apa yang boleh anda buat untuk membantu orang lain, sama ada dengan menggembirakan mereka melalui jenaka, mendengar luahan masalah mereka, memberi pendapat pada cadangan mereka atau memberi kata kata semangat pada mereka di kala mereka sedang berduka. Fokus anda adalah untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih gembira untuk didiami bersama.

25


Anda juga berminat untuk mengajar mereka cara mereka mengawal emosi, tindakan, fikiran, percakapan dan kewangan mereka. Anda melakukan hal itu dengan produk produk ciptaan anda dan perkhidmatan perkhidmatan yang diberikan oleh perniagaan anda. Sikap suka membantu orang lain membuat anda merasa gembira, terutama bila bantuan kecil anda berjaya mencetus perubahan besar.

4

. Anda kagum melihat pencapaian seseorang yang pada anggapan anda adalah pada tahap orang berjaya. Lalu, apa yang anda lihat itu membuatkan anda cukup bersemangat, lantas menjadikannya sebagai pendorong untuk anda berusaha lebih rajin bagi mencapai matlamat dan menjadi orang berjaya sepertinya.

5

. Anda tahan berdepan kritikan, ejekan, umpatan, cacian juga kata kata kesat yang banyak ditujukan pada anda. Bahkan, ia tetap tidak memberi apa apa kesan pada diri anda walau sedikitpun.

6

. Anda bijak menangani perihal orang yang cuba mengambil kesempatan atas kejujuran anda. Anda cepat mengenal pasti orang orang yang cuba mengambil kesempatan atas sikap baik anda, pendek kata,

Dalam sesetengah situasi, anda berjaya membuat mereka yang seperti pacat ini, sedar yang mereka sebenarnya tersalah orang, kerana anda bijak mengatasi tindakan mereka dari awal lagi. Walaupun begitu, anda tidak melakukan hal buruk sebagai balasan pada perangai jahat mereka, tetapi anda berjaya menyedarkan mereka, bahkan anda belajar sesuatu daripada tindakan mereka itu.

7

. Anda bercakap dengan penuh bertenaga, sentiasa melontarkan perkataan yang baik baik setiap kali bercakap, berpendirian teguh dan tahu apa yang patut anda fokuskan pada masa ini untuk membentuk hidup anda pada masa akan datang. Ketujuh tujuh panduan di atas boleh digunakan untuk membina sikap positif dan tindakan positif dalam diri anda mulai saat ini juga. Latih minda anda supaya fokus pada hal?hal positif, kesannya anda akan jadi terbiasa lalu menjadikan diri anda orang yang sentiasa berfikiran positf, berkata kata yang positif, mengambil langkah langkah positif. Anda boleh mencapai tahap itu jika anda menutup ruang daripada fikiran fikiran negatif menyelinap masuk ke minda anda. Hidup jadi lebih ceria, lebih gembira apabila kita tekad untuk mempositifkan fikiran sepenuhnya.

26


Mahukah Anda Mengetahui Langkah Terpantas Termudah dan Selamat Untuk Menjadi Usahawan Internet Berjaya? http://www.videousahawan.com untuk pendaftaran affiliate:

http://www.videousahwan.com/members nota: kami menggunakan sistem AWeber untuk menguruskan list.


Penulis : Amirol Zolkifli

www.peluanginternet.com

Bagaimanakah cara terbaik dan paling mudah untuk saya “cloak” kan link affiliate saya?

Cara yang terbaik adalah dengan “mengawal” link affiliate anda dari domain anda sendiri. Rata – rata pihak menggunakan perkhidmatan seperti TinyURL.com untuk “sembunyikan” link affiliate mereka. Bagi saya, perkara ini sememangnya tidak salah cuma ia kurang menarik dan mempunyai kekurangannya yang tersendiri.

Antaranya adalah seperti:

1. Link TinyURL mungkin tidak akan aktif pada masa – masa akan datang. Sebagai contoh, jika anda mempromosikan link affiliate anda yang telah di “TinyURL” kan dalam 1 ebook yang anda cipta hari ini, dalam tempoh 2 – 3 tahun lagi kita tidak pasti bahawa link tersebut akan kekal ataupun tidak. a. Sekiranya link tersebut tidak lagi aktif, maka sudah tentu link affiliate anda sia – sia sahaja. Anda perlu ingat bahawa anda harus membina “ladang link” yang aktif selama yang boleh kerana link – link tersebutlah yang akan memberikan anda pendapatan yang berterusan.

2. Kurang profesional a. Jika anda menggunakan link daripada TinyURL, ia menampakkan anda kurang profesional dalam melakukan promosi.

Walaubagaimanapun, penggunaan TinyURL boleh digunakan jika promosi yang anda lakukan adalah hanya untuk “tempoh” yang seketika sahaja. Sekiranya promosi tersebut untuk tempoh yang panjang, maka kawal link affiliate anda daripada domain anda sendiri. Bagaimana untuk kawal?

Contoh penerangan:

Domain utama saya adalah: www.usahaniaga.com. Saya kemudiannya telah membina satu folder khas di domain ini untuk menyimpan KESEMUA link affiliate yang akan saya promosikan. Nama folder tersebut adalah “saranan”. Jadi, apabila saya menyertai mana – mana program affiliate, saya akan menyimpan link – link affiliate ke dalam folder ini. Katakan saya ingin mempromosikan produk Sistem Kedai Online ciptaan SaifulSham, maka saya akan membina folder khas sistem kedai online di dalam folder saranan tersebut. Ia akan menjadi seperti berikut: http://www.usahaniaga.com/saranan/sistemkedaionline

28


Sekiranya ada produk lain pula, saya akan membina pula folder yang berkenaan.Sebagai contoh, saya ingin mempromosikan produk Panduan VCC daripada Naem, maka saya akan membina folder bernama panduanvcc di dalam folder saranan. Ia akan menjadi seperti berikut: http://www.usahaniaga.com/saranan/panduanvcc

Apa kepentingan mengawal link dari domain sendiri ini?

1. Anda berpotensi untuk mendapatkan prospek datang ke laman web anda sepenuhnya. a.Katakan prospek membuang folder saranan dan folder affiliate untuk melihat domain utama tersebut, mereka masih lagi berada di laman web anda. b. Sebaliknya jika anda menggunakan TinyURL atau apa – apa perkhidmatan lain, apabila mereka membuang “referral link atau folder redirect”, mereka akan pergi ke web utama pemilik perkhidmatan tersebut. Jadi anda kerugian di sini. 2. Memudahkan penukaran link affiliate. a. Kita mempromosikan produk – produk affiliate dengan harapan untuk meraih komisyen dari setiap jualannya. Walaubagaimanapun, kita tak tahu apakah link affiliate yang disediakan oleh sistem mereka akan kekal selama – lamanya atau akan berubah atau mungkin dihentikan. b. Jadi dengan mengawal link affiliate dari domain kita sendiri, sekiranya terdapat sebarang penukaran atau link tidak lagi aktif, kita dapat menukarnya dengan mudah TANPA mengubah struktur link yang telah dipromosikan menerusi ebook, link di web dan sebagainya. Jadi, mulakan segera “kawalan” terhadap link affiliate anda.

Bagaimana untuk lakukan “cloaking” terhadap link affiliate?

Kebiasaannya, apabila kita melakukan redirect sama ada menggunakan code HTML atau PHP, arahan code tersebut hanya melakukan “redirection” sahaja tetapi link affiliate tetap akan terpapar kemudian. Jadi untuk menyembunyikan terus link affiliate daripada terpapar, anda perlu “cloak”kan link tersebut. Cara paling mudah adalah menggunakan perisian Profit Protector. Anda boleh cari di Google atau download sahaja menerusi link berikut: http://www.usahaniaga.com/vippercuma/profitprotector.zip Seterusnya buka perisian tersebut dan anda akan dapat lihat paparan seperti berikut:

1.Masukkan link affiliate anda 2.Masukkan Tajuk produk affiliate yang dipromosikan 3.Tekan butang Generate HTML page untuk menghasilkan halaman cloaking

29


Anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah ini

1. 2.

Simpan di dalam folder yang telah diberi nama dengan program affiliate yang anda sertai Simpan nama fail html sebagai index.html. Nota: Pastikan menggunakan huruf kecil.

Seterusnya uploadkan folder program affiliate tersebut ke dalam domain anda seperti yang telah diterangkan pada penerangan diatas. Anda akan mendapati bahawa alamat web adalah kekal domain promosi anda tetapi halamannya telah dibawa ke halaman produk affiliate

Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh halaman tersebut telahpun di “cloak� kan dengan code – code tertentu seperti paparan dibawah ini:

Semoga penerangan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda melakukan promosi link affiliate dengan lebih baik dan efektif. Ikhlas, Amirol Zolkifli www.peluanginternet.com

30


rakan media rasmi

usahawan ICT

Disokong oleh:

Jumpaa and !! di sana


EcommerceMastery.com provides high quality, top notch ecommerce solutions at prices anyone can afford. You could be assured of working with EcommerceMastery is a hassle free, win-win relationship that could explode your profits.

We strive to provide a one stop center for ecommerce solutions to our customers so that they don't waste their time looking for a quality service and instead can focus on growing their business.


Temubual Majalah IM Bersama Yusri : Assalamualaikum dan salam sejahtera bertemu sekali lagi dalam siri temubual Majalah IM edisi ke 12. Bersama saya pada hari ini ialah seorang usahawan internet yang memang segak bergaya. Beliau merupakan antara golongan perintis dalam perniagaan internet di Malaysia ini. Saya difahamkan beliau mula menceburi bidang perniagaan internet ni sejak tahun 1999 lagi. Antara bidang kepakaran beliau adalah bidang affiliate marketing (pemasaran affiliate). Pada hari ini saya mewakili Majalah IM akan menemubual beliau dan mencungkil seberapa banyak rahsia berkaitan bidang pemasaran affiliate. Beliau yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah saudara Yusri. Saya pasti ramai yang ingin tahu berkenaan saudara Yusri ini, jadi diharapkan saudara Yusri dapat menceritakan sedikit sebanyak mengenai latar belakang, dan bagaimana boleh bermula dengan perniagaan internet.

: Terima kasih. Secara ringkasnya saya bermula pada tahun 1999. Pada ketika itu saya membangunkan portal direktori bersama-sama beberapa rakan. Pada waktu itu adalah zaman dot boom dan ramai berkata bahawa dot com merupakan projek yang gagal. Jadi kami juga termasuk yang antara yang gagal walaupun projek itu sepatutnya boleh dijalankan. Atas sebab-sebab tertentu kami memberhentikan projek tersebut. Selepas itu saya bekerja dengan syarikat korporat dan selepas 3 tahun makan gaji, saya bermula semula sebagai usahawan internet. Jadi pada ketika itu saya membuat perkhidmatan outsourcing dan kepakaran saya adalah kepada pembinaan program (software development). Setelah pasaran outsourcing ini dimonopoli oleh orang India, market ini dah jadi terlalu kompetitif. Sejak itu saya mencari pelbagai peluang lain dan sehingga kini antara peluang ataupun model yang saya minat adalah pemasaran affiliate.

: Terima kasih. Soalan seterusnya adalah mengapa saudara Yusri memilih pemasaran affiliate kerana saya tahu ada banyak lagi model perniagaan internet seperti adsense, ebay, dropshipping dan banyak lagi. Jadi kenapa pemasaran affiliate, boleh terangkan secara terperinci?

32


: Pertama sekali sebab saya malas untuk cipta produk sendiri dan saya tak mahu pening kepala untuk buat servis selepas jualan (after sales support) dan tahu sahajalah karenah pelanggan. Jadi sebagai affiliate, kerja kita hanya perlu bawa trafik dan pastikan trafik itu bertukar menjadi pembeli. ita pilih pasaran mana yang berpotensi, dan kita cari produk. Kemudian lakukan promosi. Kita terima komisyen dan selepas itu tidak perlu lagi pening kepala. Sebab itu saya memilih pemasaran internet.

: Jadi Saudara Yusri memang tidak pernah cuba adsense, ebay dan sebagainya?

: Adsense, Ebay semua saya ada buat tetapi tidak secara serius.

: Setahu saya yang tak berapa mahir dalam pemasaran affiliate ini, pemasaran affiliate ini terdiri daripada pelbagai model antaranya pay per click, pay per lead, pay per sale, pay per action dan sebagainya. Jadi yang mana satukah yang menjadi kegemaran Yusri? Boleh terangkan sedikit dan kenapa saudara pilih model tersebut? Contohnya CPA dan sebagainya..

: Pada masa ini saya lebih cenderung kepada CPA ataupun Pay Per Lead. Dan kemudian jatuh kepada Pay Per Sale lah. Sebelum ini saya lebih kepada Pay Per Sale tapi sekarang ni saya tengok Pay Per Lead ni lebih mudah.

: Jika disebut tentang pemasaran affiliate ini sudah tentu kita akan terbayang kepada nama-nama seperti ClickBank, CJ, PayDotCom dan sebagainya. Bagi yang tak tahu

lagi, nama-nama tersebut adalah jaringan affiliate (affiliate network). Jadi mengikut pengalaman dan apa yang saudara Yusri belajar jaringan affiliate yang manakah menjadi kegemaran Yusri dan mengapa?

: Kalau Pay Per Sale saya berminat dengan ClickBank, sebab ClickBank merupakan satu pusat di mana peniaga (merchant) yang ada produk digital akan meletakkan produk mereka di sana. Dan seperti yang kita maklum produk digital ini margin komisyennya setinggi 75%. Jadi untuk CPA, Pay Per Lead ataupun Pay Per Action sahaja yang sekarang ini saya sertai dan fokus.

: Jika para pendengar ingin menceburi pemasaran affiliate ni, saya rasa langkah pertama yang perlu dilakukan adalah melakukan kajian terlebih dahulu. Jadi apakah kepentingan kajian ni pada pendapat saudara Yusri?

: Pertama sekali pemasaran affiliate ini akan melibatkan penggunaan masa dan duit untuk promosi. Jadi kita tak mahu buang masa dan buang duit, jadi kita buat kajian kerana kita ingin tahu dari segi potensi, sama ada pasaran itu menguntungkan. Yang kedua kita nak tahu dari segi persaingan. Contohnya bidang (niche) menurunkan berat badan mungkin mempunyai terlalu banyak persaingan.

: Seterusnya boleh tak saudara Yusri berkongsi salah satu teknik kajian yang saudara Yusri rasa sangat berkesan dan sering diguna pakai oleh saudara Yusri sendiri dalam bidang pemasaran affiliate ni.

33


: Sebenarnya tiada formula ataupun rahsia dalam membuat kajian ini dan tiada pil ajaib. Selalunya saya menggunakan kaedah yang percuma, contohnya kita boleh tengok dari segi trends, kita boleh tengok Google Trends, apa trends terkini dan kita boleh gunakan program yang percuma seperti adwords tools, keywords external tool. Kita tengok ada sesetengah produk ini stabil. Maksudnya, setiap bulan setiap hari ada orang cari produk ini, jadi trends dia setiap bulan setiap hari lebih kurang sama sahaja. Dan ada pula yang bermusim ataupun kalau produk yang baru dilancarkan, permintaannya lebih tinggi berbanding produk yang dah lama. Selain itu dari segi jumlah carian, sebab maksudnya kalau ada orang cari maknanya ada permintaan. Kita lihat pada perbincangan di forum, Yahoo Group. Kita ikuti perbincangannya untuk niche tertentu. Ini secara umum, namun bagaimana anda ingin melakukan kajian itu adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing.

: Bagi saudara Yusri sendiri lebih berminat kepada produk yang bermusim atau produk yang stabil?

: Disebabkan kita buat pemasaran affiliate ini sebagai perniagaan, jadi kita mahukan perniagaan ini kekal. Kita perlu melakukan kedua-dua sekali, jangka masa panjang untuk yang stabil. Ini bermakna setiap bulan kita akan ada pendapatan yang stabil dan tidak melupakan langsung kepada produk yang bermusim.

: Satu soalan ringkas. Adakah kita perlu membina laman web untuk mempromosikan affiliate? Sebab setahu saya ada juga affiliate marketer yang langsung tidak mempunyai laman web ataupun landing page untuk mempromosikan produk-produk affiliate. Apa pendapat saudara Yusri?

:Tak semestinya, ada pro serta kontranya. Jika anda baru bermula dan mungkin anda adalah seorang yang sangat pemalas. Tak mahu buat blog, tak mahu buat laman web, tak mahu menyediakan kandungan, anda boleh buat pemasaran secara terus. Contohnya menggunakan iklan berbayar seperti Classified, PPC, Adwords, Yahoo Search Marketing dan sebagainya. Itu adalah yang jenis pemasaran secara terus maksudnya anda dapat trafik dan bawa ke laman web merchant seterusnya jualan terhasil. Tetapi jika anda fikir untuk jangka masa panjang dan ingin menjadi super affiliate, pertama sekali anda perlu mengumpul senarai email (email list). Macam mana untuk mengumpulkan senarai email? Kita perlu ada landing page dan dari kita bawa trafik terus ke laman web merchant, sebaliknya kita jadi orang tengah .

: Maksudnya kita promosikan produk tu melalui pemasaran emel ?

: Ya pemasaran emel. Sebagai contoh, jika kita ingin mempromosikan produk menurunkan berat badan, dan kita sedia maklum pasarannya besar, sangat kompetitif dan komisyennya tinggi.Ada banyak jenis, ada yang jenis menyelesaikan masalah, mengajar cara untuk bersenam, cara untuk diet, ada juga ubat-ubatan. Jadi macam mana untuk memaksimakan keuntungan dari niche ini? Kita boleh buat laporan percuma (free report), ataupun hadiah percuma, dan melalui ini kita dapatkan nama dan emel mereka. Jadi dari sini, kita dapat promosi produk lain pula kepapa mereka. Itu cara untuk memaksimumkan keuntungan selain daripada pemasaran terus. Dan saya menggunakan kedua-dua cara ini sekali.

34 33


: Kita sudah mendengar saudara Yusri menceritakan dengan panjang lebar tentang cara-cara membuat kajian produk, dan juga cara-cara menentukan produk itu menguntungkan ataupun tidak. Soalan seterusnya, bagaimana cara untuk membuat pemasaran kerana kita semua tahu perkara paling penting dan kritikal dalam apa-apa perniagaan sekali pun adalah pemasaran. Jadi apakah teknik marketing yang saudara Yusri gunakan untuk affiliate ni?

: Sebagai agen affiliate, kita tidak boleh hard sell. Hard sell ni macam salesman, contohnya kita sedang minum di kedai makan dan tiba-tiba ada salesman datang dan terus promosikan produk mereka. Biasanya kita akan terima banyak rejection (penolakan) melalui teknik ini Sebagai affiliate kita guna pendekatan secara mesra, contohnya seperti kawan kita bagi testimonial. Kita tak cakap pada kawan kita suruh beli produk tu, tapi kita bagi testimonial kepadanya. Dan teknik ini dipanggil soft sell. Jadi sebagai affiliate, anda perlu menggunakan teknik soft sell. Jadi soft sell ni anda boleh buat review, boleh buat testimonial dan sebagainya.

:Terima kasih di atas penerangan panjang tu, saya pun dapat banyak ilmu ni. Boleh Yusri ceritakan pengalaman pahit dan manis sepanjang bergelar affiliate marketer ni? Mungkin boleh dijadikan iktibar dan sumber inspirasi kepada pendengar yang baru nak bermula..

:Pahit manis? Saya tak tahu bila ada pengalaman pahit dan bila ada pengalaman manis, sebab saya buat benda ni atas dasar minat. Saya pilih beberapa niche ni, tujuannya untuk bantu orang dan bila misi kita adalah untuk bantu orang, maknanya kita buat apa yang kita minat, dan semua orang akhirnya mendapat manfaatnya. Dan dalam masa yang sama kita dapat jana pendapatan. Dari segi pengalaman pahit pula, saya rasa belum ada lagi.

: Macam ada masalah dengan Clickbank ke, macam dah buat pemasaran banyak tetapi jualan tidak ada dan perkara perkara lain?

: Dari segi kes macam itu ada berlaku, Contohnya sekarang ini saya tukar akaun Clickbank baru dan ini padahnya jika kita tak baca betul-betul terma dan syarat sesuatu program tu. Contohnya macam Clickbank, apabila kita buka akaun baru kita kena dapatkan 5 jualan daripada 5 orang berbeza yang menggunakan 5 kredit kad berbeza. Baru kita punya komisyen dilepaskan, itu untuk 1st set. Itu antara pengalaman pahit sedikit la. Dari segi yang lain, CPA contohnya salah satu keburukan CPA ni, ada sesetengah CPA network ni dia suka shave lead, shave lead ni walaupun kita sepatutnya dapat komisyen tapi dia tak masukkan transaksi tu.

: Boleh terangkan lebih lanjut?

: Contohnya kita nak promosikan CPA ini, kita bawa 100 pelawat dan katakan 100 pelawat ada 10 yang boleh ditukar menjadi prospek. Sepatutnya macam CPA ni Pay Per Lead. Setiap prospek akan dibayar contohnya USD1 sehingga USD15. Katakanlah sepatutnya dapat 10 prospek, tetapi CPA network dia tak masukkan 10 prospek, dia hanya bagi kita tujuh ataupun lima sahaja. Yang lima yang lain tu, dia dah ambil, tapi dia tak masukkan, jadi itu yang kita panggil shave lead. Jadi itu antara keburukan, isu yang timbul apabila kita promosi CPA ni. : Tapi tak semua penjual begitu kan?

: Tak semua, jadi apa yang kita boleh buat apabila kita promosi sebuah program yang sama daripada CPA network yang berbeza dan kita tengok mana yang terima banyak prospek. Jadi kita tahu lah. CPA network mana yang suka shave lead ni. Maksudnya kita kena cuba dulu. Kadang-kadang CPA Network ni dia bayar tinggi tapi kebarangkalian untuk dia buang (shave) kita punya prospek pun tinggi juga. Jadi kita kena hati-hati lah, jangan letak semua telur dalam satu bakul.

35


: Saya dengar dengar dahulu saudara Yusri pernah belajar dengan Ewen Chia dan beliau memang satu nama yang besar dalam bidang pemasaran affiliate ini. Jadi boleh tak kongsi macam mana Yusri mendapat peluang belajar daripada sifu besar seperti Ewen Chia tu ?

: Saya jenis untuk approach orang saya tak suka secara free. Saya approach dia dengan join dia punya coaching. Sebelum ni dia ada buat macam list building coaching dan mega produk dia adalah affiliate learning programme, di mana dia hadkan kuota dalam seratus orang, bayar dalam $1500. Jadi saya sertai la, apa-apa juga program coaching yang Ewen Chia tawarkan saya akan join, selalunya saya dapat diskaun la, sebab saya minta. Jadi daripada situ la saya belajar banyak teknik-teknik Ewen Chia, jadi bila kita masuk program pembelajaran macam ni kita boleh ada hubungan secara terus dengan mentor. Dari situ saya banyak belajar.

:Apakah perancangan saudara Yusri pada masa hadapan, mungkin secara solo ataupun dengan Team JomSeminar atau mungkin boleh kongsi projek-projek yang bakal dijalankan ?

: Untuk pengetahuan umum dari segi niche, projek tak boleh diumumkan lah, tapi kita akan bagi petunjuk la, tapi kalau nak tahu tu sertai la kita punya (mailing) list dan kita akan bagi tahu dari masa ke semasa. Jangan takut la nak join (mailing) list Team JomSeminar ni, pasal kami tak suka bagi emel-emel yang mengarut. Dari segi nak bergerak tu saya akan bergerak dengan Team JomSeminar, sebab Team JomSeminar ni kami dah lama rancang bersama dan dah ada pelan jangka panjang yang kita akan teruskan. :Akhir kata apakah nasihat saudara Yusri kepada para pendengar yang ingin menceburi bidang pemasaran affiliate ni. Mungkin ada pantang larang ke sebelum nak bermula?

: Pantang larang tu tak ada, yang penting komitmen, minat, fokus dan juga konsisten. Bila kita dah buat jangan separuh jalan. Maksudnya usaha, usaha, usaha dan tawakkal. Sebagai Muslim ni kita usaha, yakin dan kita tawakkal. Jadi apa yang terhasil tu berjaya atau tidak kita akan redha. Jadi satu perkara yang saya nak kongsi, dalam jaringan affiliate ni pertama sekali saya nak tekankan soft selling, jangan buat hard sell. Ok sebagai marketer, dia ada teknik. Apabila kita buat jualan ke, promosi ke, pertama sekali kita kena tarik, dia macam key dial ah, mula-mula sekali tarik, pastikan iklan tu menarik orang nak klik ataupun orang nak baca. Kedua, fokus macam saya buat CPA, apabila saya buat landing page saya tak akan letak link yang banyak ataupun ataupun promosi benda yang macam-macam. Kalau saya promosi produk A, saya akan promosi A sahaja. Saya akan pastikan dia beli ataupun dia keluar.

: Maksudnya ada dua pilihan sahaja?

: Dua pilihan sahaja, sebab dari segi psikologi apabila kata bagi pilihan yang terlalu banyak kepada seseorang, biasanya dia tak akan buat apa-apa keputusan, jadi fokus. Dan yang ketiga closing, closing ni terpulang pada matlamat kita lah, kalau kita nak buat landing page untuk kumpul list, kita punya misi mesti nak dia dapat. Kalau matlamat kita nak jualan, pastikan dia membeli. Jadi matlamat itu penting dan untuk capai matlamat ni anda kena ada call to action lah. Maksudnya, bila kita bagi tahu sesuatu kepada prospek ataupun pelawat, kita mesti bagi dia call to action. sebab psikologi manusia kalau kita tak arahkan, dia tak buat. Contohnya sila dapatkan sekarang,ataupun sila klik di sini. Itu call to action lah, itu penting. Jadi benda-benda macam ni psikologi dalam marketing la. Kalau dari segi kontra (reverse), kalau kita cakap jangan klik di sini? Itu kalau pendekatan kita buat copywriting? kalau kita banyak main reverse psychology, macam

36


contohnya Richard, dia ni kasar sikit, kalau tak nak sudah, tak hairan pasal saya dah jutawan, you sapa? kan‌Dia menggunakan cara provokasi, pun efektif juga, tapi itu lah bergantung kepada pendekatan kita lah. Sama ada kita nak lemah lembut ataupun nak secara kasar. Bergantung kepada orang lah.

:Ok, baiklah terima kasih banyak-banyak saya ucapkan pada Saudara Yusri kerana sudi meluangkan masa yang berharga untuk ditemubual oleh saya pada hari ini dan juga sudi berkongsi pengalaman dan ilmu beliau, saya doakan semoga beliau terus sukses sebagai affiliate marketer dan juga sebagai ahli Team JomSeminar..Assalamualaikum‌

: Wailaikumussalam dan terima kasih kepada Team Majalah IM. Disediakan oleh : Mohd Muslim aka Milsum

37


Penulis : Fatin Pauzi www.majalahIM.com

B

eberapa hari lepas, dunia pemasaran internet digegarkan dengan suatu produk yang dihasilkan oleh dua orang usahawan internet tempatan yang terkenal iaitu Gobala Krishnan & Zamri Nanyan. Ramai orang telah mendapatkan produk ini kerana mereka yakin bahawa produk ini dapat memberikan hasil lumayan dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, dalam kesibukan para affiliate untuk mempromosikan produk Rahsia ClickBank dengan menawarkan bonus-bonus yang tidak kurang hebatnya, para pembeli Rahsia ClickBank perlu bertindak bijak dalam memilih bonus yang ditawarkan. Harga dan kuantiti sesuatu bonus itu tidak penting, tetapi apa yang penting ialah kualiti sesuatu bonus dan bagaimana ia boleh membantu anda dalam memantapkan lagi penggunaan produk Rahsia ClickBank. Bonus yang paling tepat ialah bonus yang berkaitan dengan produk yang anda beli. Pada pendapat saya, Newbie ClickBank adalah ebook yang paling tepat untuk anda miliki. Ia ditawarkan sebagai bonus oleh Team Flarebiz sekiranya anda membeli Rahsia ClickBank melalui link affiliate mereka. Setakat ini, Newbie Clickbank mendapat respon yang sangat baik dan positif malahan ada yang sanggup membelinya dari Team Flarebiz. Tetapi, mereka menetapkan untuk menawarkannya hanya sebagai bonus kepada pembeli Rahsia ClickBank melalui link affiliate mereka. Untuk pengetahuan anda, anda tidak akan perolehi ebook ini di mana-mana tempat selain daripada Team Flarebiz. Ebook ini merupakan suatu perkongsian pengalaman penulis sendiri ataupun ‘blueprint’ bagaimana penulis dapat

menjana 4 angka secara ‘part time’ dengan pemasaran affiliate. Terdapat 5 bab dengan 5 cara berlainan dan langkah satu persatu tentang cara yang tepat untuk anda memanfaatkan produk Rahsia ClickBank dan menjana ribuan ringgit dari produk tersebut. Dalam bab 1, penulis menerangkan bagaimana untuk mendapatkan niche yang terbaik bagi mendapat jualan yang memberansangkan. Sepertimana yang kita ketahui, niche yang tepat akan memberikan hasil yang lumayan. Sebab itulah kenapa ramai pakar affiliate tidak mendedahkan niche apa yang mereka gunakan dalam menjana ribuan ringgit dari pemasaran affiliate. Seterusnya, untuk mendapatkan niche yang terbaik, anda perlu melakukan beberapa kajian dan dalam bab ke-2, penulis menerangkan langkah demi langkah cara untuk anda melakukan kajian terhadap niche. Saya yakin tidak ramai yang mengetahui kaedah ini dan ia telah didedahkan di dalam Newbie ClickBank! Penulis mendedahkan 4 alamat laman web yang terdapat di internet yang boleh dijadikan medium untuk anda melakukan kajian secara percuma sahaja. Untuk menukarkan pelawat ke laman web anda kepada seorang pembeli, anda memerlukan sebuah ‘landing page’ yang berkesan. ‘Landing page’ yang dapat membuatkan mereka bertindak untuk mengeluarkan duit dari poket bagi membeli produk yang anda promosikan merupakan sebuah ‘landing page’ yang sangat berkualiti. Ebook Newbie ClickBank mendedahkan dan mengajar satu persatu bagaimana anda dapat membuat ‘landing page’ yang bakal memukau pandangan pelawat yang berkungjung ke laman web anda.

39


Dalam bab yang ke-4, anda akan diajar dan didedahkan bagaimana untuk melakukan pemasaran. Terdapat dua jenis teknik pemasaran yang akan anda ketahui iaitu teknik pemasaran percuma dan juga berbayar. Di antara kedua-dua teknik ini, penulis mendedahkan 2 jenis teknik yang benar-benar berkesan untuk mempromosikan laman web anda supaya anda dapat menggandakan jumlah jualan produk yang anda promosikan. Akhir kata, setakat ini saya tidak dapat temui di mana kelemahan ebook Newbie ClickBank. Maklumat yang dibekalkan benar-benar dapat membantu dan memandu anda dalam memantapkan lagi penggunaan Rahsia ClickBank. Tidak ada yang lebih penting daripada pemilihan bonus yang tepat yang boleh memberi manfaat kepada anda dan ia tidak bergantung hanya kepada harganya, tetapi kualiti dan kredibiliti produk tersebut.

40


L A H: INI BUK AN M ML u Ponzi X Sistem a t a d i m Pira X Sistem buran Internet la X Skim Pe rf X Autosu Matrix d e c r o F X HY IP r atau e z i m o Email d d a e R X Ran / k To Cli c d i a P t e rnet e t XG n I i d t Maya o L li e B X a Duit m r e D m e X Sist cam S n a i r e g X Ni Forex e n li n O X


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.