1 minute read

Alumni UMT PengalamanKongsi

Pembentukan Jati

Diri Menerusi Badan Beruniform

Advertisement

Melalui Pelan Hala Tuju Alumni

2020 – 2023 (PEHTA 2020 –2023), elemen Teras Pembudayaan

Alumni dan Penyumbangan Kembali Alumni disuburkan pelaksanaan program Bicara

Alumni kepada Bakal Alumni bersama Alumni

Badan Uniform. Program ini telah diadakan di Auditorium Mahyuddin pada 27 November 2022 dan juga disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook Pusat Alumni.

Program ini menampilkan dua orang panel iaitu Prakash Rao Kaanabathyrao dan

Nursabrina Ahmad Jafri yang merupakan

Alumni Badan Beruniform Kor SUKSIS semasa pengajian dan sekarang ini berkhidmat sebagai anggota pasukan beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bicara yang bertajuk “Pembentukan Jati

Diri Pelajar melalui Badan Beruniform” ini dimoderator oleh Pengarah Pusat Alumni,

Profesor Madya Dr. Yusof Shuaib Ibrahim, yang juga merupakan seorang Pegawai Kehormat SUKSIS UMT.

Seramai 293 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar UMT, pelajar luar, Alumni UMT dan juga staf UMT. Ahli panel berkongsi pengalaman semasa belajar serta kaitan kepada hala tuju kerjaya dan pembentukan jati diri sebagai anggota badan beruniform.

This article is from: