1 minute read

SESI TEH TARIK Ruang Interaksi TNCAA Bersama

Teh Tarik boleh dianggap sebagai minuman kebangsaan Malaysia yang menggambarkan kepelbagaian masyarakat Malaysia sendiri yang dinikmati tidak kira masa khususnya ketika waktu santai menikmati kudapan.

Justeru itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan dengan sokongan Pusat Antarabangsa mengambil konsep santai ini dengan menghimpunkan 26 orang pensyarah antarabangsa UMT dalam Sesi Teh Tarik pada 23 Oktober 2022 yang lalu.

Advertisement

Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk berkongsi dan memaklumkan pensyarah antarabangsa di UMT mengenai perancangan pengantarabangsaan, program akademik antarabangsa, geran antarabangsa, perancangan dan strategi promosi untuk meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa.

Pensyarah-pensyarah antarabangsa ini telah dijemput untuk menyertai acara santai ini bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik

& Antarabangsa), Profesor Ts. Dr Mohd Zamri Ibrahim.

Dalam sesi ini juga, beberapa isu telah dibincangkan seperti hal akademik, KPI pensyarah antarabangsa, hal bahasa dan pengambilan pelajar antarabangsa oleh kakitangan dan pensyarah antarabangsa. Turut terlibat, Pengarah Pusat Pengajian Siswazah (PPS )Profesor Ts. Dr Amiza Mat Amin yang turut memberi nasihat dan input sepanjang sesi ini.

Program seumpama ini telah mewujudkan ruang perbincangan yang produktif dalam menyelesaikan pelbagai cabaran selain membantu pensyarah-pensyarah di UMT untuk terus menyumbang bakti di sini.

Diharapkan penyertaan PTj lain seperti Pejabat Pendaftar, Pejabat Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), atau HEPA dapat diadakan di masa depan dalam berkongsi maklumat dengan pensyarah antarabangsa di UMT.

This article is from: