1 minute read

MEET & GREET 2022 Rapat BersamaJalinan Ejen AntarabangsaPelajar

Bagi meningkatkan enrolmen pelajar antarabangsa, salah satu inisiatif yang diambil oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) dengan bantuan Pusat Antarabangsa UMT adalah melalui ejen pengambilan pelajar antarabangsa.

Justeru itu, sesi Meet & Greet 2022 bersama ejen pengambilan pelajar ini telah diadakan pada 19 Oktober 2022. Setiap ejen berpeluang bersoal jawab bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ts. Dr Mohd Zamri Ibrahim.

Advertisement

Majlis yang dihadiri oleh 12 ejen berdaftar ini bertujuan untuk menyediakan ejen pengambilan pelajar dengan maklumat dan pengetahuan mengenai kemasukan dan proses pendaftaran untuk pelajar antarabangsa di UMT.

Sesi ini juga turut membuka peluang kepada wakil ejen membincangkan isu atau sebarang kemajuan dalam meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa di UMT. Pusat Pengurusan Pasca Siswazah dan Pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti turut dijemput untuk berkongsi maklumat berkaitan kepada ejen mengenai keperluan dan tarikh penting untuk pelajar pascasiswazah dan sarjana muda.

Selain diberi taklimat tentang latar belakang UMT, beberapa isu turut dibincangkan antaranya seperti tempoh pengeluaran surat tawaran, kelas fizikal yang perlu dihadiri pelajar, status STEM Antarabangsa, pengambilan pelajar dan tarikh akhir permohonan, proses visa dan bahan promosi.

Menerusi program seumpama ini, jambatan penghubung dapat dibina antara ejen dan pelbagai PTJ yang terlibat sekali gus dapat mempromosikan dan menonjolkan UMT semasa sesi promosi mereka di luar negara.

This article is from: