1 minute read

Duta Alumni Bantu UMT Wujudkan Rangkaian di Selatan

Thailand

Program Promosi Bersasar Selatan Thailand telah dilaksanakan oleh Pusat Antarabangsa UMT selama empat hari bermula pada 21 hingga 24 November 2022. Program ini melibatkan beberapa pusat tanggungjawab di UMT dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelajar pascasiswazah dari Selatan Thailand.

Advertisement

Pusat Alumni yang disertai oleh Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Yusof Shuaib Ibrahim telah mengambil peluang ini bagi melaksanakan program pengantarabangsaan alumni antarabangsa melalui elemen pengesanan alumni yang diadakan di Narathiwat, Thailand sebagaimana yang terkandung di dalam Pelan Hala Tuju Alumni

2020-2023 (PEHTA 2020-2023). Program ini juga adalah salah satu inisiatif Pusat Alumni bagi mencapai sasaran Key Performance Index (KPI) penglibatan alumni dengan program anjuran universiti di dalam Pelan Strategik UMT 2018-2022.

Program promosi bersasar di Selatan Thailand ini juga adalah bertujuan untuk mendapatkan respon alumni antarabangsa antaranya berkenaan pelaksanaan program akademik berbentuk Dual Degree Program/ Dual Master/ Dual PhD bersama institusi di Thailand.

Selain itu juga, UMT turut mengintai peluang bantuan kewangan kepada pelajarpelajar UMT bagi mengikuti program mobiliti akademik di institusi di Thailand dan juga ruang penyelidikan bersama dan perolehan geran penyelidikan antarabangsa.

Menerusi program ini, seramai empat orang alumni antarabangsa telah dilantik sebagai Duta Alumni Thailand iaitu Encik Taufik Hayimad yang merupakan Pensyarah di Princess of Naradhiwas University, Dr. Muhammadhusnee

Yanya dan Dr. Ibraheng Saleh dari Madrasah

Darussalam serta Profesor Madya Dr. Sukree Hajisamae dari Prince of Songkla University.

Pusat Alumni menggunakan ruang dan peluang ini bagi menjadikan alumni antarabangsa sebagai sumber rujukan dalam merealisasikan program pengantarabangsaan alumni UMT. Selain itu juga, alumni antarabangsa adalah penggerak bagi menjadikan UMT universiti terunggul di peringkat antarabangsa.

Darussalam

This article is from: