Kenali Kelab
14 Samudera | Mac 2018
K
Disediakan oleh: Kelab Gemersik
elab Pengacaraan dan Komunikasi (GEMERSIK) merupakan salah satu kelab kebudayaan yang memfokuskan terhadap bidang pengacaraan melalui penglibatan ahlinya dalam pelbagai program atau acara rasmi mahupun tidak rasmi di Universiti Malaysia Terengganu. Kelab yang tidak asing lagi di universiti ini telah mempunyai platform dan keunikan yang tersendiri sehingga mampu melibatkan ahlinya dalam sebarang program universiti mahupun program luar.
AKTIVITI KELAB Latihan yang diadakan setiap minggu dengan bantuan ahli-ahli kelab yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan telah mendedahkan ahli-ahlinya mengenai beberapa ilmu penting yang perlu dipraktikkan untuk menjadi seorang pengacara. Pada minggu awal kemasukan universiti, para ahli baru dilatih
Untitled-3 14
untuk bercakap di khalayak ramai dan berfikiran secara kritikal untuk menjana pelbagai ilmu yang kreatif. Ahli kelab juga akan diberikan ilmu pengacaraan yang pelbagai antaranya etika menjadi pengacara majlis rasmi atau pengacara majlis tidak rasmi . Skop pengacaraan kelab ini juga tidak hanya memfokuskan
kepada acara rasmi ataupun tidak rasmi, malahan para ahli juga diberi pendedahan untuk menjadi seorang juruhebah, deejay, moderator dan sebagainya. Ilmu-Ilmu protokol juga turut diberikan untuk memastikan ahlinya mempunyai ilmu yang tepat untuk menguruskan sesuatu acara atau majlis.
2/28/18 12:07 PM