Samudera Mac 2018

Page 23

Sukan & Rekreasi Disediakan oleh: Mohd Syafiq Aizat Bin Abdul Aziz

Samudera | Mac 2018

23

UMT JUARA ! KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK IPT DIVISYEN 2, 2017

P

asukan Bola Sepak Universiti Malaysia Terengganu telah dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Liga Bola Sepak IPT Divisyen 2, 2017 yang telah berlangsung di UiTM Seri Iskandar, Perak pada 5-11 November 2017. Pasukan UMT memulakan perlawanan secara sederhana apabila sekadar seri pada perlawan pertama peringkat kumpulan. Namun, atlet-atlet pelajar UMT kembali tampil dengan prestasi yang memberangsangkan dengan memenangi semua perlawanan seterusnya sekaligus menjuarai Divisyen 2 kali ini. Pada tahun 2016, Pasukan UMT telah berjaya menjadi Naib Johan Pusingan Kelayakan seterusnya layak secara automatik ke Divisyen 2 bagi tahun 2017. UMT membawa pulang RM 3,000 beserta piala dan medal.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi bin Ghazali turut berbangga dengan kejayaan ini dan telah bersetuju untuk memberi Insentif Kemenangan sebanyak RM 3,000 kepada pasukan. Majlis Insentif tersebut telah diadakan pada 16 November 2017 bertempat di Ruang Legar Pejabat HEPA dan dihadiri Pengarah-Pengarah Pusat HEPA. Tahniah !

Untitled-3 23

2/28/18 12:08 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.