“Kepentingan rakyat adalah aspek yang perlu diutamakan justeru KPI merupakan medium peringatan yang paling relevan... penanda aras utamanya ialah rakyat. Secara keseluruhannya kita mesti memuaskan (hati) rakyat” – YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Bil : 39 (15-30 April 2011) - http://teganukita.blogspot.com
ISSN 2180-4737
terkini
cepat
tepat
lawatan berharga
buat SELURUH rakyat terengganu Harapan pasar baru di Bukit Tunggal ms 2
PP DUN jaga kebajikan penduduk ms 5
Institut Khat bakal dibina di LPT 2TTI bakal dibuka akhir tahun ini - MB ms515 ms
Oleh: Ruslan Abd Rahman Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said menyifatkan lawatan Program Turun Padang (PTP) oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak amatlah berharga kepada negeri Terengganu, lebih-lebih lagi kepada penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dan DUN Bukit Tunggal. Pemilihan Terengganu sebagai negeri ke tiga selepas Sarawak bagi program PTP ini menunjukkan betapa Perdana Menteri amat prihatin terhadap negeri Terengganu, khususnya kepada rakyat Terengganu. Ini kerana melalui pendekatan ini, Perdana Menteri sebolehnya mahu mendekati terus rakyat atau mahukan rakyat boleh bertemu seramai mungkin dengan beliau, termasuk golongan veteran,remaja, wanita, orang kampung dari pelbagai lapisan. Dato’ Seri Ahmad yakin bahawa dalam lawatan PTP ini Perdana Menteri akan meninjau dan meneliti sendiri perkaraperkara penting yang diperlukan untuk rakyat Terenganu Menteri Besar gembira pendekatan turun padang bertemu rakyat oleh Perdana Menteri itu meneruskan kesinambungan untuk terus mengamalkan nilai-nilai demikian selaras dengan pendekatan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan Merakyatkan Pentadbiran Pembangunan di peringkat negeri.
lihat ms-2
Tun Abdul Razak dan Terengganu BERSEJARAH...Lawatan turun padang Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri ketika itu) pertengahan tahun 1974 ke Kuala Terengganu disambut oleh Menteri Besar Terengganu waktu itu, Allahyarham Dato’ Nik Hassan Abdul Rahman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus. Kelihatan Dato’ Mustaffa Ali, Ketua Pemuda Pas masa itu turut menyambut.
2
15-30 April 2011
dari ms-1
PM prihatin rakyat Beliau yakin dengan kehadiran Perdana Menteri itu, akan memberi dorongan dan kekuatan serta keyakinan yang tinggi kepada rakyat di DUN Manir dan Bukit Tunggal untuk kembali memilih Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang menyatakan lawatan PTP oleh Perdana Menteri bertujuan bertemu dan melihat sendiri dari kedekat kehidupan rakyat. “Perdana Menteri sudah pesan, tiada protokol untuk rakyat berjumpanya kerana beliau mahu melihat sendiri suasana hidup rakyat,” katanya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu. Dato’ Tengku berkata, segala persiapan telah diatur bagi memastikan lawatan PTP oleh Dato’ Sri Mohd Najib mencapai matlamat ke arah 1 Malaysia dan membawa rakyat dan negara ini. Sementara itu, Dato’ Mohd.Nasir Ibrahim Fikri melahirkan terima kasih kepada kerajaan pusat khususnya Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said kerana memilih Dun Bukit Tunggal, sebagai fokus utama lawatan selain Dun Manir, Hulu Terengganu. “Saya yakin dan percaya, gelombang untuk menebus kembali Dun Bukit Tunggal dari pihak pembangkang akan bertambah kuat mendorong dengan lawatan PTP Perdana Menteri ke Dun ini,” katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus. Ketua Penerangan Umno Terengganu, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman mengharapkan seluruh rakyat, di Parlimen Kuala Nerus,Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu, bahkan seluruh negeri ini akan datang ke program-program yang telah diaturkan sebagai sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri.
am
Harapan pasar baru di Bukit Tunggal Gambar oleh: Harish Fadzillah
Oleh: Suriati Ali Hasrat kerajaan negeri membina pasar baru bagi menggantikan Pasar Bukit Tunggal atau lebih dikenali di kalangan masyarakat setempat sebagai pasar `koboi’ sangat dinanti-nantikan penduduk terutama peniaga di situ. Lebih 30 tahun mereka menunggu kemudahan itu dan berita yang dijangka bakal diumumkan Perdana Menteri ketika lawatan kerja pada 30 April nanti bagaikan satu bonus paling istimewa dan cukup berharga. Apabila wujudnya pasar itu kelak, mereka tidak perlu lagi berdepan dengan risiko kemalangan kerana pasar sedia ada terletak hanya lima meter dari jalan raya selain kedudukan gerai yang disewa dengan pemilik persendirian itu tidak tersusun. Seorang peniaga, Nailah Che Wook, 51, berkata dia sangat berterima kasih sekiranya berita untuk menerima pasar baru menjadi kenyataan kerana sudah 30 tahun dia mengimpikannya. “Pasar yang ada seka-
ISMAIL
NAILAH
Rata-rata peniaga di `pasar koboi’ Bukit Tunggal tidak sabar menanti `bonus’ apabila kerajaan negeri akan membina sebuah pasar baru yang lebih canggih lagi selesa.
rang sudah tidak sesuai kerana bukan sahaja berdekatan dengan jalan raya malah tidak menampakkan pasar seperti yang terdapat di tempat lain,” katanya. Peniaga sayur-sayuran, Zaleha Mamat, 45, dia antara belasan peniaga yang paling gembira ketika mendengar berita mengenai pembinaan pasar baru itu dan mengharap-
kan pasar itu benar-benar wujud kerana mereka cukup terdesak mendapatkan pasar yang lebih selesa. “Peniaga di pasar ini tidak mahukan pasar yang besar dan gah seperti ditempat lain, cukup sekadar dengan bangunan yang sederhana dan selesa untuk kami berurus niaga,” katanya. Peniaga ikan dan daging, Jaafar Wook, 57,
berkata dia sangat mengharapkan pihak berkaitan mengutamakan peniaga tempatan sebagai pemilik setiap lot gerai yang bakal dibina itu. Sementara itu, pegawai Pembanguan Dun Bukit Tunggal, Haji Ismail Nik yakin bahawa satu bangunan pasar yang lebih sempurna akan diumumkan oleh Perdana Menteri sempena lawatan ke pasar Bukit Tunggal nanti.
ZALEHA
JAAFAR
Terengganu sasar 100% keluaran padi Terengganu dijangka tidak lagi mengimport beras dari luar negara termasuk Thailand berikutan negeri ini mampu mengeluarkan hasil padi 100 peratus bagi kegunaan penduduk tempatan dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata keperluan penduduk negeri ini mencukupi apabila Projek Kelompok Padi Sri Cempaka (PKPSC) di Jelapang Padi, Setiu, beberapa tempat di Besut dan disusuli dengan Marang mengeluarkan hasil. “Pihak kami menjangkakan mampu mengeluarkan hasil tanaman padi sebanyak 85 peratus di Setiu dan Besut manakala selebihnya iaitu 15 peratus lagi di Marang. “Projek dan konsep sama iaitu setiap peserta
mengusahakan empat hektar (10 ekar) sawah turut dilaksanakan di beberapa kawasan bersesuaian di Marang dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Menunggal (menanam) Jagung di Langkap, Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, YB Haji Ramlan Ali dan Adun Permaisuri, YB Haji Halim Jusoh. Tetamu kehormat lain, Pengarah Pertanian, Haji Md Yusof Maidin; Pegawai Daerah Setiu, Encik Mohamad Nor Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Encik Ishamudin Hashim. Lebih 300 penduduk setempat termasuk peserta
projek menanam jagung hadir memeriahkan majlis perasmian di mana secara simboliknya Dato’ Seri Haji Ahmad menaiki jentera pembajak tanah. Dato’ Seri Haji Ahmad memberitahu kerja-kerja mereka bentuk, membina dan merancang pengairan Jelapang Padi di Setiu iaitu membabitkan kawasan seluas 173.2 hektar hampir 70 peratus siap. “Apabila siap kelak, seramai 119 peserta terpilih akan mula menabur benih padi sebelum dapat menuai empat bulan kemudian,” katanya. Lebih RM46 juta disediakan bagi menyiapkan PKPSC yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk empangan konkrit utama, tali air, struktur pelaras air, pam air, parit tadahan, pembetung saliran bawahan, rumah pam saliran, pintu kawalan dan sebagainya.
Gambar oleh: Syed Abdul Rahman
Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama petani bergotong-royong menanam jagung di Langkap, Setiu.
15-30 April 2011
am
Pelancaran Program Pendidikan Imam Muda Mei ini Terengganu menjadi negeri kedua melaksanakan Program Pendidikan Imam Muda (PIM) 2011 sebagai platform mencari pelapis di kalangan imam dan menyelesaikan masalah kekurangan golongan pemimpin agama dalam masyarakat, yang bakal dilancarkan di Universiti Malaysia Tereng-
ganu (UMT) pada 20 hingga 21 Mei ini. PIM yang pertama dilancarkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, di Pekan, Pahang, tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif
Abd Rahman, berkata program anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama penuh Kerajaan Terengganu menerusi portfolio beliau bertujuan melahirkan lebih ramai golongan pelajar dan belia yang boleh dilatih menjadi imam serta pemimpin masyarakat yang serba boleh.
“Ia juga menjadi medan melahirkan bakal imam muda yang berilmu, berketrampilan, berkemahiran dan berkebolehan hingga mampu menjadi model kepada generasi belia lain secara teori dan amali. “Kerajaan negeri optimis dengan program murni yang dijalankan di
seluruh negara itu serta ebagai negeri kedua yang menganjurkannya, kita akan memastikan lebih ramai golongan imam muda mampu diketengahkan dalam masyarakat kelak,” katanya selepas merasmikan satu majlis di Kampung Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
176 unit rumah mampu milik siap tahun depan - Zakaria Oleh: Aida Abd Rahman dengan setiap blok sebanyak 16 unit, mula dibina Penduduk sekitar tahun lalu dan dijangka Pulau Duyong terus me- dapat didiami pada 2012. nikmati kemudahan peru- Pengurus Besar PMINT, mahan lebih baik dan sele- Dato’ Zakaria Awang, bersa apabila 176 unit rumah kata projek baru yang berpangsa mampu milik yang nilai kira-kira RM24 juta, sedang dalam pembinaan, tidak termasuk nilai tanah dijangka siap tahun depan. itu sedikit berbeza reka Kemudahan itu yang bentuk berbanding pangdilaksanakan Perbadanan sapuri mampu milik fasa Memajukan Iktiisad Neg- pertama. eri Terengganu (PMINT) “PMINT mengekalkan merupakan projek kedua struktur dalaman seperti selepas projek pertama tiga bilik tidur dan dua bimengandungi 120 unit lik air serta kemudahan pekediaman sudah didiami rumahan yang lain. Malah penghuni kawasan itu se- spesifikasi pembinaan jak lima tahun lalu. juga menepati kehendak Projek yang berteru- dan sesuai untuk didiami san dan dilaksanakan se- mereka yang mementingcara terancang itu mem- kan keselesaan dan berbuktikan kerajaan negeri pendapatan sederhana dan mengambil berat terhadap rendah,” katanya. keperluan tempat tinggal Projek rumah itu yang penduduk Pulau Duyong terbuka kepada penduduk dan seluruh Terengganu. Pulau Duyong serta pen Terbaru, 11 blok baru duduk kawasan lain setinggi empat tingkat khususnya mereka yang
Kerajaan negeri mengambil berat kepentingan keselesaan penghuni berpendapatan rendah apabila membina rumah mampu milik untuk penduduk Pulau Duyong.
berpendapatan rendah, juga mempunyai binaan yang lebih luas berbanding rumah mampu milik lain yang dibangunkan
PMINT di seluruh Terengganu. Beliau berkata, kadar sewa bulanan yang bakal dikenakan belum ditetap-
kan, bagaimanapun ia pasti murah dan mampu dibayar penghuninya. Caj sewa bulanan pangsapuri sedia ada adalah RM186.50.
Dato’ Sri Najib mengulangi sejarah Tun Razak ke Pasar Batu 6 Lawatan Program Turun Padang (PTP) YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak ke Pasar Batu Enam, merupakan ulangan kepada peristiwa ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien yang pernah melawat dan bertemu peniaga di pasar berkenaan kira-kira 44 tahun yang lalu. Waktu itu umur Tun Razak sekitar 35 tahun tetapi sudah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Seorang warga emas yang sentiasa berurusan di pasar itu, Pak Cik Yahya Tahir, berkata beliau masih ingat lawatan Tun Razak ke pasar berkenaan yang pada masa itu sekadar gerai-gerai dan di atas tanah sahaja.
“Syukurlah, sekarang anak Tun Razak pula yang datang,” katanya gembira sejarah itu berulang. Seorang penduduk berhampiran pasar Ibrahim@Ismail Muda, 65 juga mengesahkan perkara itu dengan menceritakan bahawa dia masih ingat Tun Razak bertanya kepada seorang peniaga tentang harga selonggok besar ubi, lalu peniaga di situ menyatakan, “hok topok besar tu samas (50 sen) setopok ’. Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kuala Nerus (Batu Enam), Encik Mustaffa Ismail, berkata beliau akan berusaha mempastikan peniaga-peniaga datang awal sempena
lawatan Perdana Menteri kira-kira jam 8.30 pagi kerana biasanya urusniaga di pasar Batu Enam rancak pada waktu 10.00 pagi ke atas. Sementara itu, peniaga kedai makan nombor 1 , Alias Aziz tidak dapat membayangkan betapa gembira dan tidak sabarnya untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri minum pagi di kedainya pada 30 April nanti. Sementara itu di Manir, jamuan makan secara tradisonal untuk Perdana Menteri dan rombongan bersama 15,000 rakyat duduk di kerusi panjang dan meja daripada buluh. Pentas utama dari kayu nibung dan atap daun pokok sagu.
(Dari kiri); Yahya, Alias dan Mustaffa
Penduduk Manir sedang menyiapkan meja dan kerusi diperbuat daripada buluh yang akan digunakan Perdana Menteri pada jamuan makan secara tradisional 30 April ini.
3
JPNT pulih pelajar alami krisis identiti Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengambil pendekatan proaktif memulihkan pelajar yang mengalami krisis identiti supaya mampu tampil cemerlang dalam akademik serta mempunyai masa depan yang cerah. Sebagai langkah permulaan, usaha yang dikenali sebagai Program Pembangunan Personaliti Pelajar itu bakal dilaksanakan kepada kumpulan pertama pelajar lelaki dari sekolah menengah seluruh Terengganu. Pengarahnya, Encik Razali Daud, berkata pihaknya kini dalam proses mengumpul maklumat kumpulan pelajar berkenaan daripada pihak sekolah sebelum melakukan saringan dan pemantauan mengenai kesahihan sama ada mereka benar-benar bermasalah dari segi personaliti. “Usaha kita adalah penekanan bagi mengembalikan kecemerlangan pelajar dan memulihkan masalah fizikal mereka yang sebenar. Masalah sekarang ini, pelajar lelaki seperti perempuan. Pelajar perempuan seperti lelaki. Pelajar perempuan berpakaian singlet dan sebagainya, manakala pelajar lelaki memakai barang kemas dan gerak- geri seperti keperempuanan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Malam Mesra Media-JPNT, di Hotel Sumai, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNT, Haji Zubir Embong, Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Encik Ayob Mamat dan lebih 20 pengamal media cetak dan elektronik. Encik Razali berkata, masalah itu juga tidak terkecuali berlaku kepada pelajar yang cemerlang dan terbilang dalam pelajaran menyebabkan mereka gagal dalam temuduga untuk memohon biasiswa dan menyambung pelajaran ke luar negeri akibat fizikal mereka yang tidak menggambarkan sifat personaliti sebenar. Beliau berkata, pihaknya akan memanggil pelajar dikenalpasti supaya menghadiri kursus dengan pengisian yang merangkumi aspek fizikal, spiritual dan kerohanian termasuk sessi kaunseling, keagamaan dan ketahanan.
4
15-30 April 2011
rencana
ANALISIS
Kehadiran yang dinanti-nantikan Apabila kira-kira dua bulan lepas Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengumumkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Terengganu sempena Program Turun Padang (PTP), 30 April ia sungguh membuat rakyat Terengganu gembira. Lebih-lebih lagi kepada penduduk kawasan Parlimen Kuala Nerus,khususnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Parlimen Hulu Terengganu, kawasan DUN Manir kerana dimaklumkan bahawa Perdana Menteri akan turun padang ke kedua-dua kawasan itu. Bagi mereka yang biasa dengan pekan Batu Enam, berita Perdana Menteri akan memulakan lawatan di pekan itu, minum pagi bersama rakyat dan kemudiannya ‘walk about’ menemui para peniaga di pasar, ia merupakan suatu berita yang sukar digambarkan kegembiraannya. Ini kerana mereka menaruh harapan yang tinggi untuk bertemu dan melihat secara dekat Perdana Menteri yang mempunyai ciri-ciri ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien seorang Perdana Menteri yang amat dekat dengan rakyat. Persatuan peniaga di situ yang berbagai fahaman politik bersedia menerima kunjungan itu: mesyuarat dan persiapan demi persiapan dibuat bagi memastikan lawatan itu sempurna. Perdana Menteri juga akan pergi ke kampung berdekatan, iaitu Pengkalan Arang menziarahi rumah seorang warga emas yang uzur, Puan Chik Mamat dan menyertai aktiviti gotong- royong membaiki rumah seorang penduduk miskin, Raja Azizah Raja Ali di kampung yang sama. Juga dijangka mengunjungi sebuah keluarga berketurunan Cina di permulaan jalan masuk ke kampung berkenaan. Selepas itu, Dato’ Sri Mohd Najib dijadualkan melawat gerai pasar Kampong Bukit Tunggal, tidak jauh dari situ, bertemu para peniaga dan dijangka meluluskan sebuah bangunan pasar baru di situ. Selepas itu berlepas program Perjumpaan Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Rakyat DUN Manir bertempat di Padang Bola Kampung Pulau Bahagia, Manir. Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat Mampu Milik di Pulau Duyong, sebelum meneruskan aktiviti menemui rakan laman sosial `facebook’ beliau. Pada sebelah malamnya, Perdana Menteri dijadualkan bersama ribuan rakyat dalam satu majlis ’Jamuan Rakyat’ di Taman Shah Bandar, Kuala Terengganu. Kemenangan besar BN di Sarawak menjadi momentum yang cukup kuat untuk kemenangan dalam PRU ke 13. Selamat datang Perdana Menteri ke Terengganu, kehadiran yang dinanti-nantikan.
Penaung
: YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.
Penasihat
: Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi
Pengarang
: Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi
Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media baru) Penolong Pengarang 2 : Aida Abd Rahman (Akhbar Teganukita) Wartawan
: Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin
Jurufoto
: Zulkipli Putra, Syed Abd Rahman & Harish Fadzilah
Pengendali Blog
: Harun Hassan
Oleh: RUSLAN ABD RAHMAN
Program Turun Padang - Rakyat Didahulukan B e r d a s ar k a n Kamus Dewan Edisi Keempat,maksud turun padang ialah pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dan sebagainya. Oleh itu langkah mengadakan program turun padang (PTP) oleh pihak pucuk pimpinan adalah suatu usaha yang amat dihargai oleh rakyat kerana mereka bukan sahaja merancang dan melaksanakan, tetapi turut sama meninjau, menyiasat dan memantau pembangunan yang dijalankan untuk rakyat. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memulakan sesi lawatan PTP secara bersama bermula Sarawak pada 18 dan 19 Mac lalu sebelum kedua-duanya melakukan lawatan berasingan ke negeri-negeri lain. Kini giliran Terengganu menyambut kedatangan Perdana Menteri bagi merealisasikan PTP, 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan’. Inisiatif ini tentunya menyentuh hati rakyat dan sekaligus misi, harapan dan janji kerajaan dapat diterjemahkan sebagai bukti kesungguhan dan komitmen pemimpin. Ramai berpendapat lawatan seumpama ini akan membolehkan Perdana Menteri dan timbalannya melihat sendiri keberkesanan semua program yang telah dirancangkan dan dijanjikan dilaksanakan. Kesanggupan pemimpin nombor satu negara untuk turun padang menunjukkan program transformasi politik yang diumumkan sebelum ini bukan sekadar satu gagasan sahaja. Mereka sebolehnya mahu membuang segala peraturan protokol yang sering membelenggu dan mahu rakyat rapat dan dekat dengan mereka. Bagaimana pun keselamatan pemimpin juga perlu dipastikan, walauupun
Perdana Menteri meneruskan Program Turun Padang dan kali ini Terengganu manjadi pilihannya untuk bertemu rakyat di samping meninjau, menyiasat dan memantau setiap pembangunan rakyat.
kita amat yakin dengan bahawa negara kita selamat dan masyarakat amat menghargai keamanan. Rakyat Terengganu sudah terbiasa dengan pemimpin turun padang, malah bergelumang sama di padang bersama rakyat. Rumah dan pejabat wakil rakyat, khususnya dari kalangan Umno (Barisan Nasional) terletak di dalam kawasan pilihanraya yang mereka wakili sentiasa terbuka untuk rakyat. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said juga terkenal sebagai seorang Menteri Besar yang amat tekun turun padang, meninjau sendiri projekprojek pembangunan, suatu amalannya sejak dulu lagi. Bila turun di persada rakyat, bermakna para pemimpin tidak mahu menonjolkan aspek kepangkatan,kedudukan dan kekuasaan, tetapi memiliki dedikasi tinggi, menghadapi secara telus dan profesional terhadap kehendak dan aspirasi masyarakat. Sudah tentu pemimpin sebegini yang dimahukan oleh rakyat, memiliki idea, buah fikiran, strategi dan kreatif. Pemimpin tidak boleh emosional, berfikiran buntu, lemah jiwa, merajuk atau putus asa. Fikiran mesti tajam, menjangkaui masa akan datang, jiwa mesti kuat, perasaan halus dan fizikal tangkas. Inilah ciri-ciri yang jelas terlihat kepada barisan kepimpinan dalam kerajaan Barisan Nasion-
al, khususnya YAB Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak. Dengan kehadiran Dato’ Sri Perdana Menteri “turun padang” ke Terengganu sudah tentu beliau akan melihat dengan penuh saksama pembangunan negeri ini dan mana-mana program yang belum terlaksana seperti Sekolah Sukan dan lainlain di bidang pendidikan, ekonomi dan apa jua untuk kesejahteraan rakyat akan dimantapkan kembali. Kepimpinan Terengganu pula diberi peluang untuk berjumpa dan berbicara dengan pemimpin utama ini bagi merealisasikan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan. Datuk Sri Najib, bagaimanapun, menunjukkan bahawa beliau serius dalam melaksana pembaharuan ekonomi dengan pengumuman Model Ekonomi Baru (MEB) Malaysia, yang berpandukan merit dan penjanaan pendapatan lebih tinggi, Selasa lalu. Beberapa tranformasi atau perubahan yang dilakukan sama ada di bidang politik, ekonomi dan pentadbiran kerajaan, menunjukkan keberanian pemimpin yang mewarisi sikap dan pemikiran merakyat ayahandanya Allhyarham Tun Abdul Razak. Dato’ Sri Najib telah mampu membina keyakinan rakyat dan kemenangan di Sarawak adalah buktinya walaupun menghadapi berbagai
cabaran hebat. Beliau telah telah berjaya menukar landskap politik Malaysia ke arah yang lebih baik dan keyakinan yang meningkat oleh rakyat terhadap kerajaan walaupun diasak dengan hebat oleh pembangkang. Selain berjaya menunjukkan teladan sebagai pemimpin 'berjiwa rakyat', presiden Umno itu telah memperkenalkan gagasan '1Malaysia' dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) setahun yang lalu. Beliau juga memperkenalkan enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, membasmi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat prasarana asas luar bandar dan meningkatkan mutu khidmat pengangkutan awam bandar. “Saya fikir sedikit sebanyak Dato’ Sri Najib dapat menstabilkan persekitaran politik dalam negeri”, kata seorang penyokong pembangkang bila diajukan tentang Perdana Menteri itu di samping mengharapkan sikap terbuka Perdana Menteri itu diteruskan, sanggup ‘walk about’ di Pasar Batu Enam yang penuh dengan tanda-tanya itu. Yakinlah bahawa kita sebenarnya mempunyai seorang Perdana Menteri yang cukup matang, hebat dan BERJIWA RAKYAT seperti arwah ayahandanya Tun Razak.
15-30 April 2011
am
Pasar Pekan Batu Enam berwajah baru, lebih selesa Oleh: Esah Abdullah Dulu lain sekarang lain. Rata-rata peniaga di Pasar Batu Enam sudah mampu tersenyum lebar apabila 46 peniaga menerima kunci premis perniagaan masing-masing pada akhir tahun lalu. Projek pembinaan 51 lot ruang niaga berhampiran pasar basah di Pekan Batu Enam itu berharga RM1.47 juta bermula awal 2009 dan siap sepenuhnya pada akhir tahun lalu dan sudah diagihkan kepada orang ramai. Perasmian penyerahan
Sasar pelajar luar bandar Sambutan pengunjung yang amat menggalakkan dalam program Pesta Buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2011 Peringkat Negeri Terengganu membuka jalan kepada penganjur bagi meneruskan program kedua pada penghujung tahun ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang tinggal jauh dari bandar Kuala Terengganu untuk turut serta dalam program itu. Program julung kali yang dilaksanakan di Sekolah Menengah (SM) Teknik Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu dijangka menarik penyertaan lebih 10,000 pelajar dan guru dari seluruh Terengganu khususnya dari Kuala Terengganu, Marang dan Setiu. Pengerusi Pesta Buku DBP 2011, Datuk Abdul Ghani Ngah, berkata pihak DBP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Dawama Sdn Bhd akan melebar luaskan program itu bagi memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada pelajar dan guru yang tinggal di kawasan jauh dari Daerah Kuala Terengganu khususnya di Kemaman. “Kita akan mengenal pasti lokasi yang strategik dan tempatnya nanti mungkin di mana-mana sekolah kerana terdapat kemudahan pengangkutan untuk memastikan ia mudah dikunjungi,” katanya.
kunci telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Adzlan Mohd Dagang. “Memang menjadi hasrat kerajaan untuk menyediakan ruang yang baik dan sempurna bagi memberi kemudahan peniaga dapat berurusan dengan pelanggan dalam keadaan yang selesa,” kata Dato’ Mohd Nasir. Daripada 51 unit lot ruang niaga berkenaan, 16 unit gerai buah, gerai
pelbagai (16), gerai penjaja (10), kedai makan (5) dan kedai parut kelapa (4). Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menetapkan kadar sewa paling rendah, iaitu antara RM70 hingga RM100 sebulan bagi kedai biasa dan kedai makan dikenakan sewa bulanan RM200. Usaha menaik taraf pasar basah yang terletak bersebelahan juga akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memberi keselesaan kepada orang ramai yang berkunjung ke situ.
Ruang niaga berhampiran pasar basah di Pekan Batu Enam.
PP DUN jaga kebajikan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir sememangnya dikenali sebagai kubu kuat parti pembangkang, tetapi tanggapan itu tidak mematahkan semangat Pegawai Pembangunan DUN, Encik Yusuf Awang Hitam, untuk merancang pelbagai program kebajikan kepada penduduk tempatan. Setiap minggu pasti ada aktiviti yang dilaksanakan bersama pemimpin setempat termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, semata-mata ingin menjaga kebajikan dan keperluan rakyat. Sebagai PP DUN, Encik Yusuf bijak merancang jadual bagi menjamin keselesaan 24,519 penduduk dengan bilangan 3,574 rumah di bawah jagaannya. Program turun padang diadakan setiap Jumaat dan Sabtu dengan mengunjungi setiap rumah di kawasan DUN Manir secara bergilir-gilir di mana secara purata 60 hingga 70 buah rumah dapat dikunjungi setiap minggu. Melalui pendekatan itu, penduduk dapat meluahkan apa yang terpendam di hati, selain dapat
mendekati dan mengenali isi hati penduduk secara berdepan. Encik Yusof berkata, rata-rata penduduk mengakui tersentuh dengan pendekatan yang dilaksanakan, malah terdapat segelintir daripadanya mengalir air mata di atas sikap cakna yang dipamerkan rombongan beliau. “Terdapat di antara mereka sempat meluah perasaan dengan menyatakan tidak pernah dikunjungi mana-mana pemimpin parti pembangkang sepanjang hayat hidup mereka walaupun kawasan Manir dikuasai parti Pas,” katanya. Pusat Perubatan Masyarakat Percuma Yusof Awang Hitam atau Klinik Rakyat nyata mendapat sambutan menggalakkan malah di luar jangkaan setiap kali klinik itu dibuka sebulan sekali. Menurutnya, seramai 15 pakar perubatan termasuk dua pembantu farmasi dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan ditugaskan khas untuk mengendali klinik
Pusat Perubatan Masyarakat Percuma Yusof Awang Hitam atau Klinik Rakyat dapat sambutan menggalakkan.
yang dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Lebih 200 penduduk setempat dan luar DUN mengunjungi klinik rakyat bagi memeriksa pelbagai jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, diabetis dan sebagainya. Encik Yusuf berkata, apa yang membanggakan klinik yang ditubuhkan pada pertengahan 2009 itu turut dikunjungi penyokong pembangkang pelbagai peringkat umur. “Pegawai perubatan itu turut mengunjungi rumah pesakit jika mereka uzur, mengalami penyakit kronik dan sakit terlantar,” katanya. Setiap bulan pasti ada program dianjurkan bagi meraikan 247 anak-anak yatim bertujuan membantu mereka mengurangkan kesedihan terhadap pemergian bapa atau ibu. “Pada masa sama, pihak kami berbesar hati menyumbangkan RM20 sebulan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) setiap anak yatim yang masih bersekolah rendah
YUSUF
dan menengah sebagai persediaan menyambung pelajaran kelak,” kataya. Menurutnnya, apa yang dilaksanakan ini menampakkan perubahan di kalangan rakyat apabila mereka mula menerima segala perubahan yang dilaksanakan kerajaan. “Saya percaya pilihan raya akan datang memberi sinar baru kepada penduduk Manir di mana selama ini hanya mendengar janji daripada pembangkang untuk melaksanakan pelbagai perubahan. “Sehingga kini, tiada apa yang dilaksanakan pihak itu melainkan pandai menabur janji dalam setiap ceramah yang dianjurkan,” katanya.
Pasar baru Manir hampir siap sepenuhnya memperlihatkan perubahan ketara DUN Manir.
5
YIT bina tadika baru Yayasan Islam Terengganu (YIT) sedang dalam usaha membina tiga bangunan tadika baru di Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu yang melibatkan peruntukan kira-kira RM10.5 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata ketiga-tiga bangunan itu dijangka dapat memulakan operasinya awal tahun depan. “Dengan pertambahan bangunan, YIT dapat mewujudkan suasana yang selesa di samping menambah bilangan penyertaan murid,” katanya kepada pemberita di majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia bersama YIT di Wisma Darul Iman, barubaru ini. Katanya, kompleks berkenaan bernilai RM3.5 juta setiap satu kini sedang dalam pembinaan di Kijal, Kemaman; Bandar Al Muktafi Billah Shah, Ketengah, Dungun dan Seberang Takir, Kuala Terengganu dengan kapasiti 500 kanak-kanak di setiap kompleks. “Kerajaan ingin pastikan jumlah kanak-kanak khatam Quran setiap tahun terus meningkat dan akan mengumpul jumlah seramai yang boleh di mana dengan pertambahan tempat belajar ini akan membantu ke arah mencapai wawasan berkenaan,” katanya. Katanya, terdapat antara 25,000 kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun di seluruh negeri dan hanya 10 peratus daripada jumlah itu berjaya khatam alQuran setiap tahun. Menyedari hakikat itu 200 orang guru pra sekolah di bawah YIT yang mempunyai diploma akan ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD) dan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dalam musim cuti mulai November tahun ini. “Kerajaan amat berterima kasih kepada pihak IPG yang menawarkan kursus dalam cuti serta menyediakan modul terkini dengan sistem Pendidikan Pra Sekolah Kementerian untuk dipraktikkan oleh guru-guru Tadika YIT,” katanya.
6
15-30 April 2011
SEJARAH
Oleh: Ruslan Abd Rahman Sememangnya tercatat dalam sejarah bahawa budaya pertukangan, pelayaran dan perdagangan (3P) menjadi ‘darah-daging’ kepada masyarakat Terengganu dahulu. Tukang perahu yang handal dan kreatif dimiliki ‘orang Terengganu’ dengan melahirkan pelbagai jenis perahu mengikut kesesuaian keadaan laut dan sungai. Dari sekecil perahu kolek hinggalah kepada perahu besar merentasi lautan luas, sampai Siam, Indocina, Hanoi (Vietnam), Brunei, Indonesia (Ujung Padang) malah dalam sejarahnya pernah belayar sampai ke India. Lain-lain ialah perahu payang, perahu jalur dan sekuchi. Tamadun maritim Terengganu sebenarnya amat hebat; perahu besar telah digunakan sejak abad ke 18 atau di tahuntahun 1700 di zaman Sultan Mansor. Difahamkan, Sultan Mansor pernah menulis warkah perutusan kepada Sir Francis Light di Pulau Pinang waktu itu memberitahu tentang pelayaran perahu besar Terengganu menuju ke India. Perahu Besar memainkan peranan penting dalam tamadun maritim dan warisan budaya unggul Terengganu dalam bidang kelautan. Ia adalah satu khazanah warisan bangsa Melayu Terengganu. Bagi orang Kampong Losong, Bukit Tunggal, Bukit Tumboh, Seberang Takir, (Pulau Duyong) terutama kepada generasi lampau budaya perahu besar memang amat sinonim dengan mereka, malah ramai di kalangan mereka adalah keturunan dari pemilik perahu ini, nakhoda (Terengganu panggil sebagai ‘khoda’). Selain digunakan sebagai pengangkutan perdagangan dan hubungan diplomatik, ia juga pernah digunakan untuk menghantar ufti berbentuk bunga emas ke Siam sebagai ingatan persahabatan pada pertengahan abad ke-18 hingga awal abad ke-20. Malah, Perahu Besar juga berperanan dalam perkembangan perdagangan antarabangsa pada abad ke-18 dan 19 yang menjadikan Kuala Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan antarabangsa.
rencana
Perahu besar Terengganu dan budaya 3P Selain itu, pembuatan Perahu Besar di negeri ini juga telah mencatat sejarahnya tersendiri dengan tiga elemen penting yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu Terengganu khususnya dalam bidang teknologi pembuatan perahu dan keilmuan dalam bidang pelayaran. Perahu-perahu besar ini mampu merentasi lautan dengan menggunakan tiga jenis layar iaitu Jib, Topaan dan Agung. Pengarah Muzium Negeri, Mohd. Yusof Abdullah dalam satu pertemuan khas dengan Teganukita berkata, dianggarkan kira-kira 200 hingga 300 perahu besar beroperasi di Terengganu sebelum Perang Dunia Kedua dan dua daripadanya berjaya diselamatkan yang kini di bawah penjagaan Muzium Negeri. Justeru itu, katanya, menyedari peranannya yang sangat besar dalam tamadun maritim Terengganu dan warisan budaya yang perlu diketengahkan, kerajaan negeri melalui Muzium Negeri Terengganu buat julung kalinya menjalankan kerja-kerja konservasi (pelastarian dan perlindungan)yang lengkap dengan dokumentasi dilaksanakan ke atas dua perahu besar. Perahu Sabar T.82 dan Perahu Kemajuan T.65 kini dalam proses kerja-kerja konservasi yang telah dimulakan sejak November lalu dan dijangka siap sepenuhnya beberapa bulan lagi. Mohd. Yusof berkata, kerjakerja pelastarian dan perlindungan itu dijalankan dengan berhati-hati bagi mengekalkan bahan asal yang masih boleh digunakan dan jika ada yang perlu digantikan ia tetap menggunakan bahan atau jenis kayu asal. Orang tempatan yang mahir dalam industri pembuatan perahu telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja tersebut bagi memastikan pemulihan Perahu Besar yang bersejarah itu memperlihatkan keasliannya. Terdapat empat jenis perahu besar iaitu Anak Bedar, Dogol, Pinis Dogol dan Pinis Gobel. Anak Bedar merupakan perahu yang terkecil ukuranya berbanding jenis yang lain dan jarak perjalanannya menghubungkan daerah-daerah di utara sampai ke Petani dan Selatan “Malah melalui projek ini akan menambahkan lagi projek penyelamatan khazanah warisan untuk tatapan seluruh masyarakat terutama ke-
pada generasi hari ini dan akan datang,sebagai suatu motivasi dan kesedaran tentang kejayaan bangsa mereka” katanya. Perahu Besar yang diberi nama Sabar merupakan jenis Pinis Dogol yang didaftar pada 1954 dan dipercayai mula dibina pada 1925 dengan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Perahu Besar tersebut dipercayai memulakan pelayaran pertama menuju Siam (Thailand) untuk membawa balik garam dan beras. Perahu Besar Kemajuan pula mula dibina pada 1946 selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu adalah kepunyaan Nik Muhammad Kaya dan Long Su. Katanya, perahu tersebut dipercayai mengalami proses pembinaan selama lapan bulan dan memulakan pelayarannya yang pertama menuju Ban Lerm, sebuah pelabuhan di Selatan Siam (Thailand) untuk mengangkut garam pada 1947. Perahu Besar Kemajuan kemudian dijual kepada Muzium Negeri pada 1982 untuk dijadikan warisan dan pembelajaran pelayaran orang-orang Melayu di Terengganu pada suatu masa dulu. Menurut beliau, yang uniknya, pelayaran Perahu Besar yang menggunakan layar tanpa kompas mampu berlayar ke destinasi yang ditetapkan dengan berpandukan bintang dan angin. Katanya, memandangkan perahu tersebut mempunyai nilai-nilai sejarahnya kerajaan negeri melalui Muzium negeri mengambil langkah tertentu untuk memberi peluang kepada pengunjung agar dapat melihat lebih dekat dan merasainya sendiri pengalaman ketika berada dalam dalam perahu tersebut. Sehubungan itu, katanya, kerja-kerja pelastarian dilakukan dengan teliti bagi mengekalkan pembuatan yang asal dan apabila siap nanti, pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat malah dapat memasuki bahagian dalam perahu tersebut. Katanya, usaha yang dilakukan oleh pihak muzium adalah untuk memulihara dan menyelamatkan sejarah seharusnya diiktiraf oleh generasi hari ini dan akan datang kerana melalui sejarah, masyarakat lebih memahami dan mengenali diri sendiri. Orang Barat sendiri kagum dan meminati hasil sentuhan‘kerja tangan’ Anak Terengganu dalam pembinaan bot.
EKONOMI
TADC sasar pengeluaran 30,000 tongkol jagung hibrid sehari Oleh: Aida Abd Rahman Sebanyak 30,000 tongkol ja- gung hibrid dijangka dapat dikeluarkan Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) dalam masa sehari apabila ladang tanamannya di Kampung Nibong, Telemong mula mengeluarkan hasil penghujung bulan ini. Pengerusi TADC, Encik Razali Idris berkata fasa pertama projek penanaman jagung hibrid itu mula dilaksanakan pada pertengahan Februari lalu di kawasan seluas lapan hektar. Katanya, tanah di kawasan itu yang kebanyakannya dimiliki oleh orang kampung hanya terbiar selepas tidak lagi diusahakan dengan tanaman padi tetapi TADC mengambil inisiatif menjadikannya kepada projek tanaman jagung hibrid. "Tanaman itu kini mula mengeluarkan hasil dan kita menjangkakan ia akan dapat dituai pada 23 April nanti di mana setiap hektar mampu menghasilkan lebih 10,000 jagung hibrid bermutu tinggi bagi pasaran tempatan dan luar negara," katanya, di ladang tanaman jagung hibrid, di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, barubaru ini. Jagung hibrid bermutu tinggi itu boleh dituai dalam tempoh dua bulan selepas ditanam dan tanaman itu boleh diusahakan tiga kali dalam setahun. Hasil kejayaan itu, katanya TADC juga merancang untuk memperluaskan projek tanaman jagung itu kepada lebih 121 hektar tahun ini bagi menampung permintaan dalam pasaran. Beliau berkata, projek tanaman jagung hibrid sebelum ini telah melalui fasa percubaan
RAZALI
sebanyak 15 pusingan dan hasilnya didapati amat berkualiti tinggi sehingga mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pengusaha tempatan serta Nelson's Franchise (M) Sdn Bhd (Nelson's). "Jadi kita mengharapkan dengan perluasan projek tanaman sehingga lebih 121 hektar nanti ia bukan sahaja mampu menampung permintaan pasaran tempatan tetapi juga luar negara,”katanya lagi. Encik Razali berkata, projek itu juga dijangka dapat memberi peluang pekerjaan kepada 150 penduduk tempatan yang terdiri daripada peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
Jagung hibrid bermutu tinggi.
am
15-30 April 2011
Kerajaan negeri taja sepuluh pelajar paling cemerlang SPM Oleh: Aida Abd Rahman KERAJAAN negeri memperuntukkan RM1.5 juta menerusi Skim Pelajar Cemerlang bagi memastikan kumpulan pelajar paling cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dapat meneruskan pengajian mereka ke empat universiti luar negara yang dikenalpasti. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif
Abd Rahman, berkata daripada 405 pelajar cemerlang SPM 2010 hanya 10 daripada mereka bakal menikmati skim itu bagi membuat kursus persediaan A Level dan mengikuti kursus perubatan yang ditawarkan pihak universiti berkenaan. Katanya, pada tahun ini Kerajaan Terengganu mengambil keputusan menghantar pelajar lepasan SPM ke Universiti Charles di Republik Czech, Kolej Pakar Bedah Diraja Ireland (RCSI),
Kolej Universiti Dublin di United Kingdom dan Universiti McGill di Kanada. “Pelajar yang terpilih ini perlu menjalani kursus persediaan A Level terlebih dahulu dan kerajaan negeri akan menaja sepenuhnya sebelum meneruskan pengajian mereka di empat universiti ini pada tahun depan,” kata beliau pada Perasmian Taklimat Persediaan menghadapi Temuduga ke IPT Lepasan SPM 2010 Daerah Kuala Terengganu Utara, di Sekolah Menengah Ke-
kata, kuota kemasukan ke Universiti Charles seramai 50 orang, lima pelajar di Universiti McGill, manakala 50 pelajar ditawarkan mengikuti program berkembar dengan RCSI yang melibatkan tempoh pengajian tiga tahun dalam negara dan tiga tahun lagi di Ireland. Beliau sebelum itu menyampaikan anugerah keAHMAD RAZIF pada 33 pelajar cemerlang SPM 2010 bagi daerah bangsaan Ibrahim Fikri, di Kuala Terengganu Utara Kuala Terengganu, baru- yang mendapat keselurubaru ini. han A dalam semua mata Haji Ahmad Razif ber- pelajaran.
Talong, Seri tarikan baru di Mini Zoo Bukit Takal Kemaman Gambar oleh Syed Abdul Rahman
Oleh: Kamarudin Mat Akib Dua ekor anak gajah – Talong dan Seri – menjadi daya tarikan terbaru kepada pengunjung Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, Kemaman. Kedua-dua haiwan liar berkenaan yang kini telah dijinakkan, ditempatkan di mini zoo itu baru-baru ini dan dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sempat meluangkan masa lebih sejam untuk ‘bermain-main’ dengan dua ekor haiwan tersebut ketika melawat mini zoo berkenaan. Talong merupakan anak gajah jantan yang baru berusia setahun setengah manakala Seri anak gajah betina berusia empat tahun. Program menjana usahawan siswazah dilihat mampu menghasilkan graduan dan usahawan yang baik serta berkualiti di samping memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia keusahawanan. Pengerusi Jawatankuasa pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata kerajaan menerusi hala tuju pembangunan negeri mahu membudayakan aktiviti keusahawanan di kalangan siswazah. “Melalui kesepakatan dan perancangan yang strategik dijangka dapat membendung peratusan
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said memberi makan kepada anak gajah diberi nama `Talong’ ketika beliau dan rombongan melawat Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, Kemaman.
7
Pendekatan Tfm selaras hasrat kerajaan Pendekatan Radio Malaysia Terengganufm (Tfm), mengadakan program-program di lokasi awam selaras dengan hasrat kerajaan negeri bagi mendekati rakyat menerusi pelbagai aktiviti. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat, berkata usaha Tfm turun padang menjayakan program radio di lokasi mendapat sambutan menggalakkan di kalangan masyarakat. “Kerajaan berterima kasih kepada Tfm kerana melalui program yang diadakan membabitkan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya di majlis sambutan Hari RTM Ke-65 serta Tfm Bersama Pendengar dan Penaja di Auditorium Terengganufm, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Bahagian Program Radio Malaysia, Haji Mohamad Mat Husin; Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu, Dr Nawiyah Che Lah dan Pengurus Besar, Telekom Malaysia Berhad, Encik Badrul Hisham Bahari. Haji Khazan berkata, kerajaan turut menghargai usaha Tfm yang sentiasa memainkan peranan penting dalam pembangunan rakyat di negeri ini. “Antara program berkenaan termasuk tadarus al-Quran, suara kampus, rentak remaja dan Terengganu indah yang turut memperkenalkan tempat-tempat menarik dan produk keluaran rakyat tempatan,” katanya yang turut melancarkan buku koleksi pantun Guana Gamok Orang Kita (GGOK) dan wajah baru van Tfm.
Menjana usahawan di kalangan siswazah pengangguran yang mencecah 80,000 setahun,” katanya ketika berucap di majlis penutup program Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Youngpreneurs 2011 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), baru-baru ini. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Dr. Yahya Ibrahim dan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Haji A. Razak Sulaiman.
Dato’ Mohamed berkata, mengikut data di Kementerian Pengajian Tinggi daripada jumlah berkenaan 70 peratus terdiri daripada siswazah Melayu, malah di Terengganu sahaja sejumlah 7,000 orang yang tidak memiliki pekerjaan. “Dengan pelaksanaan program sebegini dapat melahirkan kesedaran minda serta kematangan berfikir dalam diri siswazah ketika membuat keputusan demi masa depan yang lebih gemilang,” ka-
tanya. Katanya, siswazah merupakan aset paling berpotensi sebagai agen tranformasi sektor keusahawanan dan melalui kegigihan, kreatif dan berinovatif yang akan membawa perubahan positif dalam membantu peningkatan ekonomi negeri. Program itu merupakan usahasama Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UMT dan YPU yang disertai 750 orang siswazah serta 40 usahawan.
Dato’ Mohamed (dua dari kiri) melihat kegigihan siswazah mempamerkan produk mereka di TTC, baru-baru ini.
8
15-30 April 2011
Oleh: Kamarudin Mat Akib Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan program Kempen Keselamatan Dan Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah Sultan Mansor, barubaru ini. Pelbagai acara diadakan sempena program sehari itu, termasuk demonstrasi mencegah jenayah dan pameran kesihatan yang ber-
langsung di perkarangan sekolah berkenaan. Penduduk tempatan berduyunduyun membanjiri sekolah berkenaan sejak awal pagi bagi mengikuti program yang diadakan khusus untuk memberi maklumat terkini yang dilakukan pihak berkuasa dalam menangani jenayah dan penyalahgunaan dadah. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda, dalam ucapan per-
asmian majlis itu mengumumkan Kerajaan Terengganu sedang merangka untuk menyiapkan kajian kualiti hidup di negeri ini bagi memudahkan usaha menangani masalah jenayah, terutama yang melibatkan golongan remaja. Beliau berkata, langkah itu penting kerana kajian mengenainya merupakan salah satu petunjuk utama kualiti kehidupan yang meliputi aspek keselamatan dan ketenteraman awam.
15-30 April 2011
Menurut beliau, jenayah bukan sahaja memberi kesan atau impak negatif kepada kehidupan, malah ia juga memberi kesan psikologi kepada rakyat. “Jenayah juga boleh memberi ketakutan kepada masyarakat jika tidak ditangani dengan berkesan,” katanya. Hadir sama ialah Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Dato’ Jamsah Mustapa; Pegawai
Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Encik Zaidi Muda dan Pengetua SMK Sultan Mansor, Haji Zakaria Abd Rahman. Dato’ Haji Wan Ahamad berkata, pendekatan PDRM dalam melaksanakan pelbagai program mencegah dan memerangi jenayah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, untuk melibat-
kan rakyat dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam. Beliau berkata, penglibatan golongan muda dalam kegiatan salah laku disiplin merupakan perbuatan yang perlu ditangani secara serius oleh semua pihak. “Gejala tersebut boleh memberi kesan impak yang negatif terhadap usaha kerajaan sekiranya tidak ditangani dengan segera dan berkesan di peringkat awal,” ujar beliau.
9
10
15-30 April 2011
TURUN PADANG Oleh: Suriati Ali Kerajaan memperuntukkan RM6.5 juta bagi menambah baik sistem jalan, membina longkang dan membaiki sistem perparitan di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Setiap DUN termasuk Alor Limbat, Tepoh, Seberang Takir, Bukit Payong, Teluk Pasu, Ladang, Bukit Tunggal, Manir dan Bandar akan mendapat RM500,000 dan diagihkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh terdekat. Kawasan DUN yang sering dilanda banjir, sistem perparitan yang kurang sempurna dan terdapat pelbagai kekurangan lain akan didahulukan kerana menganggapnya sebagai keperluan terdesak oleh penduduk setempat. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pada masa sama, persimpangan Jalan Semarak menghala ke Bulatan Batu Enam, Kuala Terengganu akan diperbesarkan daripada dua lorong kepada tiga lorong membabitkan lebih dua kilometer panjang. Katanya, penambahan lorong ini mampu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Sultan Mahmud menghala ke Batu Enam yang
SERIKANDI Oleh: Suriati Ali dan Mastura Jamaldin Minat mendalam terhadap gubahan bunga, landskap dan pelbagai jenis masakan membuatkan Puan Saidah Yahya, 50 berjaya mencipta nama menerusi beberapa pertandingan yang disertai. Menjadi johan dalam beberapa pertandingan gubahan bunga, sayuran dan masakan menjadi pemangkin kepada beliau atau dikenali sebagai Kak Dah meneruskan minat dan menjadikannya sebagai kerjaya sampingan. Sekiranya terdapat mana-mana agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan persatuan menganjurkan pertandingan gubahan bunga segar dan sayuran, dia tidak akan melepaskan peluang menyertainya. Apabila menyertai pertandingan seperti ini, bakat sedia ada boleh dia-
rencana
RM6.5 juta untuk 13 DUN
Menteri Besar meninjau sistem jalan dan perparitan di sekitar Kampung Bukit Tunggal menghala ke Pekan Batu Enam.
Kerajaan memperuntukkan RM6.5 juta termasuk membina longkang kepada 13 kawasan DUN.
Hakisan di Pantai Teluk Lipat, Dungun turut diberi perhatian serius kerajaan negeri.
Kawasan yang sering dilanda banjir akan didahulukan peruntukkan sebagai keperluan terdesak oleh penduduk setempat.
semakin mendesak terutama pada waktu puncak. “Pihak kami mengakui pembinaan lorong ini sangat dinanti-nantikan pengguna jalan raya yang sentiasa inginkan keselesaan dan keselamatan sewaktu memandu. “Anggara kos bagi projek ini masih dalam perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat, Unit Per-
kang dan cadangan jalan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), barubaru ini. Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Razif Abd Rahman; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan),
ancang Ekonomi Negeri (Upen) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). “Apabila semua hal berkaitan seperti penyediaan pelan, tender dan sebagainya selesai, baru kita boleh bina dan berjanji akan melaksanakannya secepat mungkin,” katanya ketika turun padang mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan long-
Dato’ Haji Mat Razali Kassim; Datuk Bandar MBKT, Dato’ Haji Adzlan Dagang dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Nawawi Wan Ismail. Lebih sepuluh kawasan termasuk Jalan Hiliran, Teluk Paku, Jalan Semarak, Batu Enam, Teluk Ketapang dan Bukit Payong dilawati Dato’ Seri Haji Ahmad bersama kira-
kira 30 rombongan lain. Pada sebelah petang, beliau turut mengadakan melawat kerja ke Lebuh Raya Pantai Timur II, bermula dari Gemuruh, Tepoh menuju ke Bukit Besi, Dungun. Dato’ Seri Haji Ahmad menyarankan kepada kontraktor supaya prihatin terhadap kerja-kerja pembinaan longkang di mana perlu mengikut saiz yang ditetapkan dan bukannya membina secara sesuka hati. Katanya, setiap longkang yang bakal dibina nanti mestilah lebih lebar berbanding saiz dua hingga tiga kaki yang terdapat sekarang ini. “Saya percara sekiranya longkang dibina berukuran lima hingga enam kaki, banjir kilat dan air bertangkung seperti sebelum ini tidak akan berlaku berikutan mudah untuk air melaluinya selain lebih cepat mengalir ke manamana kawasan tadahan hujan atau sungai. “Sikap masyarakat yang gemar mencampakkan pelbagai jenis sampah seperti plastik, botol, bekas makanan dan minuman ke dalam longkang amat dikesali. Apabila longkang tersumbat dan laluan air tersekat `dek’ sikap sendiri cukup mudah berlakunya banjir kilat,” katanya.
Seni gubahan jadi sumber rezeki sah selain dapat mengetahui teknik yang betul dan berlainan daripada juri pertandingan. Siapa sangka barangan terbuang seperti tempurung kelapa, pelapik telur, guni bawang, daun getah dan straw menjadi unik dan menarik selepas mendapat sentuhan kreativiti Kak Dah. Lebih membanggakan, setiap gubahan itu menjadi rezeki kerana rata-rata pelanggan menyatakan minat membelinya untuk dijadikan barangan hiasan di kediaman masing-masing. Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, Puan Suhaiza Malek, rakan persatuan dan jiran sekampung antara pelanggan setia yang sentiasa memberi sokongan
Barangan terbuang menjadi unik dan menarik selepas mendapat sentuhan kreativiti Kak Dah.
dan sering mendapatkan khidmatnya bagi kerja gubahan bunga, susun atur perabot dan landskap. Puan Saidah berkata, dia tidak meletakkan harga pada setiap perkhidmatan yang ditawarkan walaupun gubahan itu agak sukar baginya.
“Bayaran yang diterima sebelum ini adalah sumbangan ikhlas, ada di antara pelanggan membayar RM10 hingga RM100 bergantung kepada kemampuan masing-masing. “Setiap nilai yang disumbangkan pelanggan cukup berharga kerana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban suami yang kini menghidap penyakit barah dan menyara keluarga,” katanya.
Kak Dah bersama sentuhan kreativiti seni gubahan yang dibuat dari barangan terbuang seperti tempurung, kelapa, pelapik telur, guni bawang, daun getah dan straw.
rencana
MIMBAR
1
# #% Ă„Ă&#x;oJ#SĂ?kÎÆà #EPlÉ# LhQÆà % #ĂˆĂ—EĂ?Eºš# EPlÉ# Ă‘ÂşĂ?žĂ? # ĂˆDg# Ă’kEdÆà #1Ă„E{D#Ă‹Ă?½Ă?D#ǺÆĂ?jĂ?Dg# ÂŻĂ?#ĂŽPDĂŽpo# ˽DgD #EĂŠĂ # ÂŻĂ?# —EÂŞPĂ?# Ă‹Ă…E]Mo# D# ĂˆDlš# ÇĂ?D #ĂžE|o#ĂˆDg#EĂ?Ă…g#ǺĂ?gEYÆà #˞P#rDΚlL #¸ÎQĂ…Ă?D# EĂ?ho# ĂˆĂ—DgEš# Dg# VĂ?pĂ?D #1Ă‘pĂ…GĂ #Ă‹Ă?½Ă?D#Ă‘ÂşĂ?žĂ?Ă g#ĂˆDg#Ă’Ă—EšĂ?lPg #Ă’Eš# EĂŠĂ # ÂŻĂ?# —EÂŞPĂ?# Ă‹Ă…E]Mo# D #DĂŽ #¡žóà #DkEdo#Ă‘ÂşĂ?žĂ? #ĂˆDg#EQ²Ă?dÆà #h²š# Ă”XE\lL# ѽEÂşo# Ă„Eo# ¸hĂ?P# ÇĂ?D #1VƺĂ?gEXg# ÂŻĂ?# ϪϧÎ?ΰΧ# ĂžE|o #Ă”XE\lL# Ă‹Ă?M½# ÂŻĂ?# ˽EĂ?pĂ…GĂ # VºœĂ?½EMo ĂžE|o# ĂˆDg# —EÂŞPĂ?# Ă‹Ă…E]Mo# D# h²š #1ÇĂ?D#EĂ?Ă…g#qPDg# VƺĂ?gEXg# ÂŻĂ?# ϪϧÎ?ΰΧ #Ă‹Ă…E]Mo# D# RĂ?D# ÇÂg# ÇĂ?DĂŽpolL #ĎŠÎŽĎ„Ď“# ÇÂg# Ă‘pĂ…GĂ # Ǻ²ºŽžà # —EÂŞPĂ? #EPlÉ# Ă’kEdÆà # ǚEšÎo# ÂŻĂ?# ÇĂ?gEYš #EĂŠoĂ?D# ĂˆDg# ÎÎŽĎ´Î˜Î§Î‡# ǚκžà # ÇÂg #ÂŻĂ?# ĂˆĂ—EĂ?Eºš# EPlÉ# Ă‘ĂŠĂ?½Ă?Dl² # Ă‘{EL # #—EÂŞPĂ?#Ă‹Ă…E]Mo# D#Ă‹Ă?½Ă?D#ǚEĂ?Ă…kΚg #Ă’E¹Îo#RĂ?š#Ǻœ½E|ÂŽĂ #Ă„Ă&#x;oJ#hÂą# Dg #RĂ?š/ĂˆĂ—EĂ?Eºš#EPlÉ#Ă’kEdÆà #EĂŠoĂ?DlL #ÂŻĂ?# EĂŠoĂ?D# ǚΚĂ&#x;Ă # l{D# ǺQÂŽĂ?Dg #1Ă‹ÂŞĂ?ls# Ă‹Ă?½Ă?D# ǚlÆLg# ÂŻĂ?# ĂˆDg# Ă€Ă&#x;\ #RĂ?š#ѽEÂşo#Ă„Eo# °kĂ&#x;Ă #Ă„Ă&#x;oJ#Ă„E{D #ÂŻĂ?#ǽEX#ÇÂg#ĂˆĂ—EĂ?Eºš#EPlÉ#Ă’kEdÆà #ÇPDĂŽLlÂą# ÇÂg# RMĂ?½lP# Ă‘Pl²o# ˽Eo #ĂŒDĂŽolĂ # /¡²à Ă?lĂ # /Ă’kĂŽdÆà # /βĂ?Æà # ##1VĂ?E{EMo#ĂˆDg#rDΚ#EĂ…ĂŽ| Eo #ÀÎQL#DkEdo#EPlÉ# LhQÆà #ĂˆDg#rĂ?kĂŽÂŽĂ #ǚEÂąĂ?lĂ # Ă‹ÂŞĂ?ls# ¸hÆʚ# !²Æà # ĂˆDg #1lpL# RÂEo# ÂŻĂ?# ODĂŽYÂĂŽ|ÂŽP# ĂŽPEo #kho# rEĂ?QÆo# ˞¾hÆÉ# RĂ?š# RĂ?D# Ă’kg #EPlÉ# ĂˆĂ—EĂ?Ă…kΚ# VÉÎ|ÂĂŽpo# DĂ?EĂŠL #ĂˆDg# ĂŒl{ĂŽĂ…D# ĂŽPDĂŽo# ǚEÂąĂ?lĂ # ĂˆĂ—EĂ?Eºš #hÂąkg# –{EĂŠMo# ˽DgD# €ÎX# Ă’D# Ă‹Ă‚ÂŞĂ… #–ŽĂ?D# Æà # 1—EÂŞPĂ?# Ă‹Ă…E]Mo# D# –XĂ?D #ÂŻĂ?#R²™# ˽DgD#ÇĂ?D#EĂ?Ă…g#DĂ?EĂŠL#ǺQÂŽĂ?ÂŽĂ # Î“ÎŽĎ´Î§Îƒ# ĂžEºÅEĂ # /–XĂ?D# ÇÂg# ĂŒĂŽĂ†Âą #gD# ¸hĂ?P# 1Çp½EMĂ‚Âą# R² ™# Ă’E{EMo #q²½lP# ǚD# ÂŻĂ?# ĂˆĂŽÂą# Ă‘pĂ…GĂ # °kĂ?Eo #–ºĂ?Ă g#ĂˆDg#EĂ?Ă…gg#´Ă?hĂ?É#–XĂ?D#hÂąkg #ǚD# ÂŻĂ?# ĂˆĂŽÂą# °kĂ?Eo# gD# ¸hĂ?P# €ÎX Ă’kEÉg# Çp½EL# E›lÆà # hÂąkg# q²½lP # #1Î“ÎŽĎ´Î§Îƒ # # # #
15-30 April 2011
11
BISNES
Ismail Kraftangan cekal harungi persaingan Oleh: Suriati Ali Pemilik syarikat Ismail Kraftangan, Encik Ismail Awang Besar, 47 cekal mengharungi persaingan, cabaran dan rintangan dalam perniagaan walaupun memiliki kekurangan diri atau dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU). Dia yang mengusahakan perniagaan berasaskan ukiran kayu sejak 20 tahun lalu menjual pelbagai jenis cenderamata dan hiasan dinding semata-mata tidak mahu kehilangan bakat yang dipelajari ketika berusia 20-an di bengkel Pemulihan OKU, Pulau Kerengga, Marang. Encik Ismail berkata, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) banyak membantu memajukan perniagaannya dengan memberi sumbangan mesin dan beberapa keperluan lain. Katanya, dia cukup berterima kasih di atas keprihatinan Maidam kerana tanpa bantuan itu sukar bagi dirinya menghidupkan perniagaan berikutan kekurangan modal. “Barangan hiasan dan cenderamata seperti kapal layar, ukiran ayat suci alQuran, rumah tradisional, tanda nama, keris, kotak pensil, bingkai gambar dan sebagainya dijual antara RM10 hingga RM200 bergantung kepada kualiti dan
jenis ukiran. “Hampir semua barangan kraf yang dihasilkan menggunakan kayu cengal berkualiti tinggi dan bahan mentah itu diperoleh daripada penduduk tempatan terutama yang tinggal di kawasan Hulu Terengganu,� katanya. Katanya, pendapatan bulanan yang diperoleh tidak tetap kerana kebanyakannya bergantung kepada tempahan pelanggan. Jika banyak tempahan, pendapatan bulanannya juga akan meningkat. “Rata-rata pelanggan termasuk agensi kerajaan dan swasta yang menempah barangan Ismail Kraftangan untuk dijadikan barangan hiasan dinding serta cenderamata kepada tetamu, saudara dan rakan. “Yayasan Islam Terengganu (YIT) antara agensi yang setia dan sentiasa menempah rehal bagi program Khatam al-Quran beramai-ramai yang diadakan setiap tahun di Terengganu,� katanya. Menurutnya, dia terlebih dahulu mendapatkan panduan dan tunjuk ajar ddaripada mereka yang pakar mengenai agama sebelum mengukir setiap barangan kraf berasaskan ayat suci al-Quran. “Ukiran ayat suci seperti surah Seribu Dinar, al-Fatihah, ayat Qursi,
al-Ikhlas dan sebagainya memerlukan perhatian dan ketelitian bagi mengelak daripada kesilapan ketika melakukan kerja ukiran itu,� katanya.
Ukiran ayat suci.
Hampir semua barangan cenderamata berukiran dihasilkan menggunakan kayu cengal berkualiti tinggi.
12
15-30 April 2011
rencana
IKON Oleh: Aida Abd Rahman Pemuda berusia 25 tahun ini pernah jatuh dan menapak satu persatu demi menggapai impian dan hasrat yang jitu, mahu menguji keupayaannya dalam bidang pengucapan awam di persada antarabangsa. Selepas tiga kali mencuba nasib pada 2007, 2009 dan 2011 bagi mewakili Malaysia dalam Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM), akhirnya percubaan kali ketiga itu menyaksikan pesona anak muda itu mara ke pentas final pada pertandingan edisi kelima yang melibatkan 59 peserta daripada 56 negara dan meliputi enam benua itu. Amirrudin lantas tidak mempersiakan peluang keemasan itu. Tanggal 11 Mac 2011, menjadi tarikh keramat dalam sisi hidup anak ketujuh daripada
Perdana Menteri menyampaikan hadiah kepada Amiruddin, pemenang Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu.
Takluk pentas pidato antarabangsa
Gaya Amirrudin di pentas pidato.
lapan beradik itu apabila segala tebakan menjadi kenyataan untuk menobatkannya selaku johan kategori Nusantara. Memperjudikan pidato yang bertajuk `Bangsa Berilmu Bangsa Bertamadun’, Amirrudin menyifatkan kemenangannya itu di luar jangkaan kerana semua pesaing lain menunjukkan persembahan hebat bagi
BAKTI JKKK Oleh: Esah Abdullah Kepadatan penduduk seramai 1,200 orang dengan 205 keluarga tinggal dalam kawasan seluas lima kilometer, Kampung Pengkalan Arang dilihat seakan ketiadaan ruang untuk bersantai di halaman rumah. Status milik warisan nenek moyang dan pertambahan penduduk pembinaan rumah baru bertambah dan menjadi semakin padat bila generasi kedua lebih selesa menetap di kampung. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pengkalan Arang, Raja Mohamad Raji Ali, 60, melahirkan rasa syukur kerana kebanyakan jemaah di bawah jagaannya hidup harmoni dan saling bekerjasama. Kampung yang terletak di
menarik perhatian juri. Kejayaan anak muda yang mengagumi tokoh politik yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membolehkan RM15,500 berada dalam genggaman selepas menewaskan lawan dari Brunei dan Singapura. Lebih manis, pemimpin nombor satu negara, Dato’ Sri Mohd Najib
Tun Razak hadir menyaksikan persembahan sekaligus menyampaikan hadiah dan trofi kemenangan bermakna itu. Minat dan kecenderungan yang menebal dalam pengucapan awam, terutama pidato dan debat sejak bangku sekolah rendah diikuti hingga ke sekolah menengah dan meneruskannya pula di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), memberinya peluang menimba banyak pengalaman hasil penjelajahan ke serata pertandingan itu. Penuntut tahun akhir Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan legasi kecemerlangan selepas pernah menjadi johan sebanyak lima kali pertandingan pidato antara universiti seluruh Malaysia, empat kali menjuarai pertandingan debat, selain pernah dua kali dinobatkan sebagai pendebat terbaik. Di sebalik kejayaan yang digenggam anak jati Kuala
Terengganu yang lahir di Kampung Kubang Parit itu, tersimpan kisah tersendiri. Ketika dia sibuk berlatih bagi memantapkan diri di pentas PABM 2011, ibunya, Nafisah Abd Rahman pula menjalani rawatan bagi mengubati kanser rahim di sebuah pusat perubatan pakar di Kuala Lumpur. Rawatan yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Terengganu menerusi Tabung Penyakit Kronik yang mengambil masa kira-kira dua bulan itu, memberi peluang Amirrudin mencuri masa latihan dan melawat wanita yang dikasihi itu walaupun seketika. Semangat luar biasa wanita yang berstatus ibu tunggal ketika berdepan dengan penyakit yang sudah melepasi tahap tiga itu, menjadi inspirasi buatnya, malah menyatukan kekuatan Amirrudin untuk mengecap magis tersendiri dalam kemuncak penglibatannya itu. Sementelah pula, pertandingan pidato antarabangsa itu
juga menjadi pertandingan terakhir yang disertainya sebelum menutup diari perjalanan sebagai seorang pelajar di UPM. Bukan hanya berpuas hati dengan kemenangan, penyakit ibunya yang sudah pulih selepas sesi rawatan berkenaan, ibarat hikmah berganda buatnya sekaligus kejayaan itu didedikasikan buat wanita agung dalam hidupnya itu. Tatkala diaju dari mana datangnya idea bernas ketika berada di depan khalayak, Amirrudin menjelaskan segalanya berpandukan maklumat dari bahan ilmiah, sama ada buku, majalah, internet dan pelbagai montaj yang menjadi medium serta bahan rujukan bagi mencambah kreativiti selain mengupas isu yang bersesuaian. Pada masa yang sama, khidmat jurulatihnya, Khairul Afsan Abu Bakar serta tunjuk ajar senior debatnya juga menjadi watak penting yang memandu ke arah kejayaan beliau. Ikon yang lahir tanggal 17 Januari 1986 dan bercita-cita menjadi pakar motivasi suatu masa nanti, pernah terlibat dalam pelbagai program motivasi untuk pelajar sekolah serta IPT, di mana bidang perkongsian ilmu itu menjadi cabang baru bagi mengasah minat serta bakatnya. “Sokongan moral keluarga menjadi azimat paling berharga. Malah, kehilangan bapa hampir tujuh tahun lalu ketika saya baru menjejakkan kaki ke IPT juga menguatkan azam mencapai cita-cita tanpa menoleh ke belakang. “Walaupun saya akan menamatkan pengajian tidak lama lagi, saya tidak mungkin akan berhenti di sini dan akan meneruskan kesinambungandalam bidang pengucapan awam ini kepada pelajar saya pula kelak,” kata bakal guru Bahasa Inggeris itu lagi sebelum menutup bicara.
Pengkalan Arang bakal dikunjungi Perdana Menteri
pinggir Sungai Nerus ini memiliki pelbagai kemudahan termasuk masjid, surau, balai raya, padang futsal dan tanah perkuburan yang turut dimanfaatkan jiran sebelah seperti Kampung Paya Lima Amas, Tebauk dan Pak Katak. Katanya, harapan masyarakat kini adalah untuk mendapatkan sebuah sekolah baru bagi menampung kepadatan pelajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan jawatankuasa telah mengenal pasti tapak yang sesuai. “Biarpun nisbah 60 /40, angin politik sering berubah mengikut arus semasa, tapi saya tidak pernah menunding jari kepada mereka sebaliknya berusaha
lan Arang termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal. Katanya, program gotongroyong menjadi aktiviti bulanan, selain bacaan Surah Yaasin, usrah, kelas jahitan serta program pemeriksaan kesihatan. “Program berbentuk keagamaan diadakan dan saya merasa amat bersyukur kerana mendapat sambutan ramai termasuk golongan muda,” kata bekas pesara tentera dan bilal masjid itu lagi. Jalan masuk ke Kampung Pengkalan Ayah kepada empat anak Arang. berusia 23 hingga 30 tahun memperbetulkan kesilapan yang ini,turut merakamkan pengharmungkin tidak disengajakan,” gaan kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir katanya. Mengikut geografi, Pengka- Ibrahim Fikri kerana membawa
RAJA MOHAMAD
Perdana Menteri ke Kampung Pengkalan Arang bertemu warga emas dalam program 30 April nanti. “Kami semua amat teruja untuk berjumpa dengan pemimpin nombor satu itu secara dekat, kerana selama ini hanya tengok dalam tv saja,” katanya kepada Teganukita dalam kunjungan ke rumahnya, baru-baru ini.
rencana
DESTINASI Oleh: Suriati Ali Pantai Telaga Simpul terletak di Teluk Kalong, Kemaman sememangnya mempunyai keunikan dan sejarahnya yang tersendiri. Di satu sudut yang terletak antara kaki bukit dan pantai, terdapat sebuah perigi usang atau dikenali masyarakat setempat sebagai `telaga simpul’ tersimpan seribu kisah misteri. Berdasarkan sejarah, telaga ini pernah digunakan oleh saudagar-saudagar yang melalui kawasan Teluk Kalong untuk mandi, minum serta kegunaan lain sejak ianya ditemui pada1852. Apa yang menarik, kepercayaan masyarakat pada masa itu agak taksub di mana perlu menyimpul daun pandan yang tumbuh meliar di tepi telaga sebelum dapat menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Orang-orang terdahulu terutama mereka yang berpegang kuat kepada amalan pantang larang mempercayainya tanpa usul periksa kerana dibimbangi berlaku sebarang kejadian buruk. Di atas bukit bersebelahan telaga simpul ini pula terdapat sebuah rumah api yang berfungsi sebagai isyarat kepada kapalkapal yang ingin berlabuh. Pengunjung boleh mendaki bukit ini melalui laluan berjalan kaki bagi melihat keindahan sekitar bandar Kemaman. Pelbagai kemudahan disediakan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) termasuk taman permainan, surau, tandas, pondok rehat dan kawasan riadah semata-mata untuk keselesaan pengunjung. Pada waktu petang, pengunjung pasti teruja melihat pelbagai gelagat kera liar yang bermain-main dan mencari makanan di kawasan Pantai Telaga Simpul. Mereka yang berminat untuk
15-30 April 2011
13
Telaga Simpul tersimpan sejarahnya tersendiri
Pengunjung pasti teruja melihat pelbagai gelagat kera liar yang bermain dan mencari makanan di kawasan Pantai Telaga Simpul.
UNTUK KE SINI:
Sekiranya anda dari Bandar Cukai, perjalanan ke sini hanya mengambil masa selama 15 minit manakala dua jam dari Bandar raya Kuala Terengganu jika menaiki kereta atau teksi. memberi makan, dinasihatkan supaya berhati-hati kerana risiko digigit dan dicakar kera adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
Di atas bukit bersebelahan telaga simpul ini pula terdapat sebuah rumah api yang berfungsi sebagai isyarat kepada kapalkapal yang ingin memasuki kuala sungai dan berlabuh. Gambar oleh: Zulkipli Putra
Sejarah dan kisah misteri yang dikatakan terpahat di Telaga Simpul pasti `terukai’ apabila anda sendiri berkunjung ke kawasan pantai ini.
Deretan pokok rhu menjadikan kawasan itu sesuai untuk berteduh dan menjalankan aktiviti riadah seperti memancing.
14
15-30 April 2011
am
Turun padang ADUN Bandar, YB Toh Chin Yaw meluangkan masa minum kopi bersama beberapa penduduk di Kampung Cina sambil mendengar rintihan dan masalah yang dialami mereka.
LPT 2 bakal dibuka akhir tahun ini - MB Oleh: Suriati Ali
Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) fasa 2 dari persimpangan Gemuroh, Tepoh menghala ke persimpangan Bukit Besi, Dungun dijangka akan dibuka untuk kegunaan orang ramai selewat-lewatnya akhir tahun ini. Kerja-kerja terakhir membabitkan projek mega itu kini hampir 92 peratus siap manakala keseluruhan LPT 2 membabitkan kos RM3.69 billion dari Gemuroh ke persimpangan Cheneh pula 73 peratus siap. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata apabila siap LPT fasa 2 berukuran 184 kilometer itu kelak, pengguna yang ingin menuju ke Kuantan hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam manakala ke Kuala Lumpur kira-kira 4 jam setengah. “Pembinaan ini bukan saja menjimatkan masa dan tenaga pengguna malah mampu menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu berikutan masa perjalanan lebih singkat dan cepat berbanding 6 jam hingga 8 jam sekarang. “Untuk keselesan pengguna, pelbagai kemudahan disediakan termasuk sepuluh persimpangan bertingkat, tiga kawasan rehat dan rawat, dua hentian rehat, tiga stesen timbang Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ),” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke kerja ke LPT fasa 2, baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri, YB
Dato’ Seri Haji Ahmad ditemani Haji Muhammad Ramli melihat peta lokasi lebuh raya sambil diberi taklimat oleh pegawai JKR dan LLM.
Haji Muhammad Ramli Nuh; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Haji Mat Razali Kassim; Datuk Bandar MBKT, Dato’ Haji Adzlan Dagang dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Nawawi Wan Ismail dan Pengarah Pembinaan LPT, Ir Haji Adnan Ibrahim. Dato’ Seri Haji Ahmad memberitahu pihaknya mengakui projek yang terbahagi kepada dua perlaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) mengalami setahun kelewatan dan akan berusaha supaya dipercepatkan mengikut jadual. Katanya, kelewatan yang terjadi tidak dapat dielakkan disebabkan beberapa faktor iaitu kemendapan tanah, kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik. “Kontraktor terbabit juga perlu dipersalahkan
Satu rumah, satu graduan Setiap rumah di negeri ini dijangka akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang isi rumah bergelar graduan apabila program `Satu Rumah, Satu Graduan’ dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula bulan ini. Terbaru, DUN Seberang Takir menjadi lokasi perintis program itu dengan melibatkan 28 keluarga dari Kampung Tok Jembal dan Kubang Badak menjadi keluarga angkat kepada 31 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) daripada pelbagai kursus pengajian. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata semua graduan yang terpilih dalam program pertama ini diharap mampu menjadi model dan ikon kepada keluarga angkat mereka supaya ada di kalangan anak ibu bapa angkat berkenaan turut mengikut jejak ke universiti selepas tamat persekolahan kelak. “Kita mahu mereka menjadi idola atau contoh kepada adik angkat supaya mereka belajar bersungguh dan dapat masuk pusat pengajian tinggi. Itu matlamat utama kita,” katanya selepas melancarkan program penyerahan anak angkat kepada keluarga masing-masing, di Balai Raya Kubang Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim dan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Tajaan) Yayasan Terengganu (YT), Encik Razali Mahmud.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, berkata dalam tempoh lima bulan lagi, program kedua yang juga menjadi program perdana akan dilaksanakan di seluruh Seberang Takir melibatkan 22 kampung termasuk di penempatan Pasukan Gerakan Am dan Rejimen Askar Melayu DiRaja. Haji Razif turut berhasrat mengadakan program itu ke seluruh Terengganu dan akan melihat keberkesanan program perintis itu, selain melakukan penambahbaikan bagi memastikan impaknya lebih besar. Beliau juga berharap program itu kelak mampu menjadi rujukan dan model kepada negeri lain, sekaligus merealisasikan konsep Terengganu Negeri Anjung Ilmu. “Kita akan laksanakan dengan lebih baik dan teratur selepas ini. Selepas ini mungkin kita akan mendapatkan beberapa pihak termasuk universiti dan usaha sama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan buat satu kertas kerja untuk memohon peruntukan terus melalui kementerian bagi mendapatkan satu bajet daripada Kerajaan Pusat yang boleh dilaksanakan ke seluruh negeri,” katanya. Program kerjasama Pusat Khidmat DUN Seberang Takir, UMT dan YT berlangsung tiga hari dan berakhir 9 April ini turut melibatkan pelbagai program sampingan termasuk bacaan Yasin dan tahlil, pameran UMT, motivasi dan bengkel persediaan peperiksaan untuk anak-anak keluarga angkat, ibu bapa serta gotongroyong.
LPT 2 akan dibuka untuk kegunaan orang ramai akhir tahun ini.
kerana sering bersikap cuai dan tidak melaksanakan tugasan secara mendalam terutama berkaitan mengkaji tanah mendap,” katanya. “Kecurian kabel pula tidak akan berulang sehingga tujuh kali sekiranya barang itu dikawal selia dengan sempurna dan ditempatkan di kawasan selamat,” katanya. Sementara itu, Ir Haji Adnan berkata kajian terhadap kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) untuk keseluruhan projek ini
dibuat setiap dua kali seminggu bagi mengesan dan mengelak pemendapan tanah terus berulang. “Langkah-langkah pengawalan terhadap ekosistem turut dilaksanakan termasuk menanam rumput dan memasang perangkap kelodak (silt trap). “Saliran permukaan, struktur ternaik, bukaan pembentung dibina sebagai laluan air dan menjaga keseimbangan flora dan fauna di kawasan terbabit,” katanya.
DUN Seberang Takir menjadi perintis Program Sebuah Rumah Seorang Graduan.
15-30 April 2011
am
Kunjung hormat
Gambar oleh: Harish Fadzillah
Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said menerima kunjungan Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Mohamad Roslan Mohamad Ramli di pejabatnya, Wisma Darul Iman , Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dalam pertemuan hampir 30 minit itu, pelbagai perkara dan isu semasa dibincangkan untuk kepentingan negeri dan rakyat.
Kompleks sukan jana kecemerlangan atlet Oleh: Esah Abdullah Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang bernilai RM40 juta akan menjadi pencetus kepada kecemerlangan sukan serta melonjakkan bidang itu di persada dunia. Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata penghasilan atlet yang unggul dipengaruhi kemudahan fasiliti sukan serta memenuhi standard kebangsaan yang ditetapkan dan setiap kemudahan dimanfaatkan dengan optimum oleh para atlet. “Segala kemudahan yang disediakan adalah khusus untuk kesejahteraan rakyat dan membantu dalam membudayakan sukan sabagai satu teras dalam kehidupan harian,”
Kemudahan lain disediakan di situ ialah sebuah astaka yang boleh memuatkan penonton dengan kapasiti 1,000 tempat duduk , bilik persalinan dan padang permainan seperti gelanggang tenis, bola keranjang, bola tampar, sepak takraw, bola jarModel Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail di UMT. ing dan padang lawn bowl sintetik. katanya ketika berucap di upakan sebuah makmal Katanya, projek pertamajlis Pemansyuran Kom- pengajaran sahsiah pelajar ma di kompleks ini adalah pleks Sukan Tengku Mu- terbesar di UMT dengan penganjuran Kejohanan hammad Ismail, baru-baru kemudahan dewan ter- Sukan Persatuan Badantutup, lima gelanggang badan Berkanun (Sukaini. Kompleks Sukan Teng- badminton, squash (dua), nun) Peringkat Kebangku Muhammad Ismail pusat gimnasium dan pe- saan yang akan diadakan telah dimasyurkan oleh jabat pentadbiran Pusat pada 7 hingga 14 Mei deKebawah Duli Yang Maha Sukan dan Rekreasi. pan. Mulia Pemangku Raja, “Kompleks ini juga “Saya harap kemudahTengku Muhammad Is- mempunyai padang bola an ini dapat dimanfaatkan mail Ibni Al-Wathiqu Bil- sepak, trek balapan olah- oleh semua pihak UMT lah Sultan Mizan Zainal raga sintetik, kolam renang dan juga komuniti setembersaiz `standard Olimpik’ pat dengan perancangan Abidin. Prof Dr Aziz berkata, dan kolam terjunan,” ka- aktiviti sukan yang bertekompleks sukan ini mer- tanya. rusan,” katanya.
15
65 guru YIT ikuti kursus KPLI dan KDPM Kerajaan negeri membelanjakan RM423,300 bagi menghantar 65 orang guru mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Sekolah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) untuk penambahbaikan dan menaik taraf guru pra sekolah Yayasan Islam Terengganu (YIT). Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata tempoh pengajian KPLI adalah setahun enam bulan melibatkan 20 guru yang terpilih dengan kos RM67,200 atau RM3,360 seorang. “Manakala pengajian KDPM dengan tempoh tiga tahun enam bulan membabitkan 45 guru dan kerajaan membelanjakan RM359,100 atau RM7,980 untuk seorang,” katanya kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Islam Terengganu di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi
Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat; Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Dr. Haili Dolhan dan Pengarah YIT, Haji Md Kamarul Al Amin Ismail. Katanya, program yang telah bermula November tahun lalu merupakan usaha kerajaan bagi penambahbaikan dan menaik taraf guru-guru Tadika YIT yang masih berstatus sementara untuk mendapatkan jawatan guru tetap setelah memiliki Diploma Pendidikan Pra-Sekolah nanti. “Dengan tawaran kursus ini memberi peluang kepada guru-guru lama (N17) yang berkelayakan untuk menyambung pelajaran seterusnya dapat menyeragamkan tahap minima kelayakan guru pra sekolah,” katanya. Katanya, program KPLI akan ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, Besut dan program KDPM akan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Mahasiswa cermin masa depan negara Kecenderungan golongan muda terutama penuntut institusi pengajian tinggi mengamalkan budaya tidak sihat membangkitkan kebimbangan semua pihak termasuk ibu bapa dan kepimpinan negeri. Apa yang jelas amalan untuk menikmati keseronokan melampau dengan membelakangkan larangan agama tidak harus menjadi ikutan kerana ia akan merugikan serta membantut hasrat negara melahirkan pemimpin pelapis yang hebat. Demikian kata Naib Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri di majlis Seminar Kepimpinan Mahasiswa Universiri Sultan Zainal Abi-
din (UniSZA) di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Program dianjurkan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama Gagasan dan Hal Ehwal dan Alumni UniSZA. Katanya, mahasiswa perlu menjadi contoh yang baik serta sentiasa mengilap bakat kepimpinan sepanjang berada di kampus dalam usaha mewarnai kepimpinan negara. “Mahasiswa yang mempunyai nilai karismatik, berintelektual serta sarat dengan idea baru mampu meyakinkan masyarakat untuk bergelar seorang pemimpin yang disegani apabila memasuki alam pekerjaan nanti,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus.
sukan Bil. 39 (15 - 30 April 2011) http://teganukita.blogspot.com
Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail di Mashyurkan Oleh: Esah Abdullah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat mengisytiharkan pemashyuran Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail , di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), baru-baru ini. Turut mengiringi keberangkatan baginda, Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Yang Teramat Mulia Tengku Sri Bendahara Raja dan Tengku Sri Laksamana Raja. Hadir sama Menteri
Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dr. Zaharudin Idrus. Sehubungan itu, pengabadian nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja pada kompleks sukan tersebut bakal mencetus semangat baru di kalangan mahasiswa, kakitangan UMT dan juga masyarakat setempat.
Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail juga bakal menjadi tumpuan mengumpul atlet tempatan dan seluruh negara apabila UMT menjadi tuan rumah pada Kejohanan Sukan Badanbadan Berkanun Peringkat Kebangsaan Mei ini. Malah, pemasyuran itu juga akan membuka lembaran baru kepada kakitangan Pusat Sukan dan Rekreasi untuk lebih berdaya saing demi mencapai visi dan misi universiti dalam melahirkan modal insan berpengetahuan, bersahsiah mulia serta menyumbang untuk kebaikan ummah seluruhnya.
Sukan Lumba Kuda al-Kathiri hebat Oleh: Suriati Ali Shahruddin Dato’ Haji Abdullah muncul sebagai johan dalam acara Sukan Lumba Kuda al-Kathiri bagi kategori seniar 80 kilometer di Kejohanan Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong yang berakhir 10 April lalu. Manakala Yang Amat Mulia Dato’ Sri Tengku Sri Temenggong muncul sebagai Naib Johan. Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berangkat menyertai sama kejohanan dan memperolehi tempat ketiga. Penaja utama kejohanan,
Syeikh Abdullah Salleh al-Kathiri menyempurnakan acara pelepasan bagi kejohanan yang diadakan selama dua hari bermula 8 April. Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB Haji Khazan Che Mat dan beberapa pegawai kanan kerajaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail meraih tempat kedua bagi kategori junior 80 km, manakala juara disandang Azizatul
Asma Dato’ Abdullah dan ketiga Noor Nerina Ernie Hashim. Bagi kategori 40 km, Mohd Yusran Yusuf mengungguli tempat pertama, Mohammad Azwan Bidin (kedua) dan Md Firdaus Hamid memenangi tempat ketiga. Dua lagi anakanda baginda Tengku Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahrah turut menyertai sukan lasak bagi kategori 40 km. Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bersama anakanda sulung, Tengku Nadhirah Zaharah berkenan hadir memberi sokongan.