teganukita (Bil;16)

Page 1

RM1.8 bilion hadiah tertinggi untuk rakyat

ms - 4

Sanggup berlapar untuk rawat anak

ms - 20

Kakitangan SPYIT terima ‘durian runtuh’

ms - 20

Terengganu cemerlang PMR Terbaik seluruh negara dua tahun berturut-turut Oleh Suriati Ali

SELEPAS muncul juara Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Terengganu turut mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu. Dalam keputusan peperiksaan tersebut, Terengganu yang menjadi antara negeri terbaik di negara ini, mencatat gred purata negeri 2.60, lebih baik daripada gred purata nasional 2.78. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Haji Ariffin Embong berkata, kesemua 22,954 calon PMR yang menduduki peperiksaan itu pada tahun 2009 berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat. Pencapaian minimum D meningkat sebanyak 1peratus daripada 62.4 peratus tahun 2008 kepada 63.4 peratus. Pencapaian A dalam semua mata pelajaran bagi tahun 2009

tidak berubah berbanding 2008 iaitu 7.1peratus. Katanya, sebanyak 26 daripada 129 buah sekolah menengah di negeri ini (20 peratus) berjaya mencapai gred purata sekolah kurang daripada 1.80. “Antaranya termasuk Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut mencatat keputusan gred purata paling tinggi iaitu 1.07 diikuti Sekolah Berasrama Penuh Batu Rakit, Kuala Terengganu 1.09 manakala SM Imtiaz Kuala Berang, Hulu Terengganu pula mencapai gred purata 1.10,” ujarnya. Beliau berkata, sebanyak 12 buah sekolah menengah juga mencapai 100 peratus minimum D dalam semua mata pelajaran. “Antaranya, SM Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu, SM Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan SMK Lembah Bidong, Setiu,” katanya.

Pengarah, CEO ‘turun padang’ Oleh Esah Abdullah

SEMUA Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat kerajaan negeri diarah ‘turun padang’ bagi meneliti sendiri perjalanan syarikat, tanpa menunggu laporan daripada pegawai masing-masing. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, menegaskan kerajaan negeri tidak mahu terdapat ‘keselesaan’ dalam sektor korporat kerana setiap pegawai atasan perlu turun ke bawah bagi memastikan perjalanan syarikat berada pada landasan yang betul. Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Sijil Saham dan Dividen Terengganu Incorporated (Terengganu Inc.) di Ri-Yaz Resort & Spa Pulau

SEMOGA SEMBUH…Kanak-kanak

Duyong, baru-baru ini. Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri merangkap Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Inc, Dato’ Mazlan Ngah; Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Dato’ Mustafa Ahmad S Marican; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Dato’ Abdul Razak Ismail dan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Dato’ Zakaria Awang. Menteri Besar menegaskan beliau sendiri akan pergi ke ladang-ladang untuk melihat kerja-kerja yang dijalankan dan memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan. lihat ms 2

jantung berlubang dari Kampung Lubuk Lesung, Kemaman, adik Mohd Khaidill Sharifudin, dijangka menjalani pembedahan 20 Januari ini di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Keputusan itu dibuat doktor pakar pembedahan jantung, Dr David Khoo Sin Keat, yang membuat pemeriksaan susulan ke atas pesakit itu, 2 Januari lalu. Kos pembedahannya bakal dibiayai sepenuhnya Kerajaan Terengganu. Melalui pemeriksaan imbasan yang dijalankan didapati terdapat ‘ventricular septal defect’ iaitu lubang berukuran 10mm di antara lubang bilik jantung kiri dan kanan. Manakala ukuran ruang injap pembuluh darah ke paru-parunya agak sempit dan akan diperbesarkan melalui pembedahan pada otot jantung supaya paras oksigen normal dalam aliran darah. Mohd Khaidill dikehendaki masuk ke pusat rawatan itu 17 Januari ini untuk menjalani ujian catheter keesokannya, sebelum pembedahan jantung dilakukan. Gambar oleh Zulkipli Putra


2

Jumaat, 15 Januari 2010

dari ms 1

Hindar penyelewengan “Kejayaan Terengganu Inc. akan menjadi cermin kepada kerajaan negeri dalam mengurus kegiatan dan sumber ekonomi, berjaya anakanak syarikat di bawah naungan Terengganu Inc, maka berjayalah misi kerajaan negeri. “Saya akan memastikan setiap transformasi dilakukan secara telus serta mengikut standard tadbir urus yang lebih adil dan bijaksana, ini kerana jika dilaksanakan dengan betul ia berkesan bagi mencapai matlamat kerajaan dan setiap projek disempurnakan dengan baik,” katanya. Pada majlis itu,

Terengganu Inc. menyerahkan saham dan dividen berjumlah RM20,689,755 kepada enam agensi kerajaan sejajar dengan objektif penubuhannya untuk menguruskan semua pelaburan kerajaan negeri dan memberi pulangan dalam bentuk keuntungan maksimum. Enam agensi terbabit termasuk Menteri Besar Diperbadankan, PMINT, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Pemimpin mentor masyarakat Pemimpin masyarakat terutama di kawasan kampung sewajarnya menjadi mentor dan berusaha mencari pelbagai alternatif mewujudkan pelbagai program yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Langkah itu perlu bermula dari sekarang sekiranya serius ingin membantu kerajaan membasmi kemiskinan. Penasihat Dewan Perniagaan Melayu Terengganu (DPMT), Dato’ Wan Albakri Wan Md Nor berkata tindakan drastik untuk membasmi masalah itu perlu bermula daripada bawah kerana mereka lebih mengetahui mengenai latar belakang dan puncanya. Katanya, apa dikesali sekarang adalah sikap tamak segelintir pemimpin di mana lebih pentingkan kepuasan diri dengan berlumba melobi projek berbanding mengambil tahu nasib rakyat. “Persepsi seperti ini perlu diubah bagi mengelak pandangan serong orang ramai terutama pihak pembangkang yang sentiasa mencari isu memburuk parti memerintah,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam Diskusi Bajet 2010, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Diskusi anjuran Unit Komunikasi Negeri (UKOM) itu mengupas pelbagai isu dan ianya menarik minat peserta yang hadir. Ahli panel lain adalah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Ibrahim Mamat dan Timbalan Pengarah (Sektorial) Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Encik Hishamudin Hashim. Pengantara Diskusi, Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Tuan Haji Azmi Razik. Prof Dr Ibrahim Mamat, berkata kesediaan kerajaan negeri membelanjakan sejumlah besar wang untuk bidang pendidikan membuktikan keprihatinan dan ketelusan membantu rakyat terutama golongan kurang berkemampuan. Katanya, kita percaya bidang ini mampu membantu menaikftaraf kehidupan rakyat sekaligus membasmi kemiskinan secara berperingkat. “Bantuan yang dihulurkan seperti pengagihan eBook kepada pelajar Tahun lima, elaun melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan program pintar al-Quran mampu meningkatkan mutu pendidikan,” katanya.

am

Kerajaan bawa pulang empat nelayan Oleh Kamarudin Mat Akib

Kerajaan negeri berjaya membawa pulang empat nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia lebih sebulan lalu kerana didakwa menceroboh perairan negara jiran berkenaan. Keempat-empat nelayan dari kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, berusia antara 20 hingga 33 tahun itu yang berada dalam keadaan sihat dan ceria, selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kira-kira jam 9 malam, pada 26 Disember lalu. Ketibaan mereka disambut dengan tangisan ahli keluarga masingmasing yang membanjiri lapangan terbang itu sejak selepas solat Maghrib.

Nelayan berkenaan diring Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco), Encik Ahmad Razif Abd Rahman, yang berlepas ke Kuching, Sarawak, bagi menyambut mereka yang telah dibebaskan dari Kem Tahanan Perikanan Pontianak, Indonesia, pada hari sama. Nelayan berkenaan ialah Ahmad Faizul Sulong, 33; Akhmadi Daud, 28; Mohd Arif Rosli, 20, dan Musa Mohamad, 33. Seorang lagi nelayan yang juga taikong bot yang dinaiki mereka sebelum ditahan pihak berkuasa Indonesia, Che Wan Budiman Wan Ngah, 31, masih ditahan di kem berkenaan sementara menunggu kes itu dibicarakan pada 8 Januari nanti. Encik Ahmad Razif

berkata, selepas dimaklumkan mengenai penahanan nelayan tersebut pada 11 November lalu, kerajaan negeri mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan mereka. “Bagaimanapun, usaha ini memakan masa kerana nelayan ini ditahan sewaktu pihak berkuasa Indonesia mengadakan operasi bersepadu di perairan mereka bagi mencegah pencerobohan rakyat asing,” katanya. Beliau berkata, dengan bantuan Konsul Malaysia dan Walikota Pontianak, akhirnya usaha membebaskan empat nelayan tersebut berhasil dan mereka tidak akan didakwa atas kesalahan menceroboh. “Hanya taikong bot

akan didakwa atas kesalahan itu dan saya akan pergi ke Pontianak pada 5 Januari depan bagi menguruskan keperluannya,” katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri akan meminta pihak berkuasa supaya mempercepatkan perbicaraan Che Wan Budiman dan jika perlu membawanya pulang ke Terengganu sementara menunggu kes itu dibicarakan. Sementara itu, kempatempat nelayan berkenaan dan ahli keluarga mereka merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana mengambil usaha membebaskan mereka. Ahmad Faizal berkata, pengalaman tersebut adalah peristiwa hitam yang hampir meragut nyawa mereka kerana bot yang dinaiki ditembak bertalutalu sebelum ditahan.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, pegawai kanan kerajaan dan ketua jabatan mendengar taklimat daripada Timbalan Ketua SPRM, Dato’ Zakaria Jaafar (kanan) yang dipengerusikan oleh Dato’ Ahmad Said. Gambar oleh Zulkipli Putra

SPRM beri taklimat kepada Adun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bergerak bersama moto ‘Bersama Kita Hapuskan Rasuah’ mengadakan taklimat kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu, 21 Disember lalu. Taklimat yang diadakan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri

yang bermula pada hari yang sama itu bertujuan mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam, swasta dan komuniti. Majlis yang diadakan di tingkat 17 Wisma Darul Iman itu turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Ah-

mad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, pegawaipegawai kanan kerajaan dan ketua jabatan. Taklimat yang berlangsung selama dua jam itu diisampaikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Dato’

Zakaria Jaafar manakala Dato’ Ahmad bertindak selaku pengerusi majlis. Beberapa perkara disentuh, termasuk kuasa perundangan serta bentuk kesalahan rasuah dan perkara-perkara yang boleh disabitkan sebagai ‘suapan’ yang mudah berlaku dalam kehidupan seharian.


Jumaat, 15 Januari 2010

am

MBKT tumpu pesisir sungai

SELAMAT TIBA...

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan isteri To’ Puan Norliza Mahmud selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kira-kira jam 9.30 pagi pda 15 Disember lalu, selepas tiga minggu berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan haji. Beliau yang kelihatan ceria disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco), pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pemimpin masyarakat. Dato’ Ahmad dan isteri kemudiannya meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan jemaah haji yang menaiki penerbangan ketiga terus dari Jeddah dan tiba di lapangan terbang itu kira-kira jam 9 pagi. Dalam ucapan ringkasnya, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana kebanyakan jemaah berada dalam keadaan sihat dan mendoakan mereka beroleh haji mabrur.

PBT perlu tingkat prestasi Oleh Suriati Ali

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu meningkatkan perkhidmatan mereka agar mencapai tahap dikehendaki pelanggan, bagi mengelakkan pandangan serong terhadap kerajaan Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, Dato’ Haji Mokhtar Nong, berkata pihaknya menitikberatkan perkhidmatan setiap PBT kerana ia bukan saja membabitkan imej agensi berkenaan, tetapi juga ker-

3

ajaan negeri. “Masyarakat akan menggangap agensi yang mereka berurusan gagal melaksanakan tugas sekiranya mereka menerima layanan kurang memuaskan dan tidak mesra pelanggan daripada petugas. “Masalah seperti ini nampak kecil tetapi perlu dipandang serius kerana melibatkan pelbagai pihak dan golongan,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Program Lo-

cal Agenda 21 Marang (LA21), di Marang Waterfront Resort & Spa. Program bertujuan meningkatkan pengetahuan dan memberi kefahaman melibatkan 50 peserta di pelbagai PBT seluruh Terengganu. Dato’ Mokhtar ketika mengulas mengenai LA21 berkata, diharapkan program seumpama ini memberi pengertian besar kepada peserta untuk menjalankan tugas harian. LA21 adalah program

yang dirancang PBT bagi mewujudkan pembangunan mampan di bawah kawasan pentadbirannya dimana secara tidak langsung memberi keselesaan kepada penduduk setempat. “Melaluinya juga, kita mampu memperoleh pelbagai maklumat dan garis panduan mengenai perkhidmatan yang ingin disampaikan kepada orang ramai sekaligus mengetahui kaedah mendekati mereka,” katanya.

DATO MOKHTAR

WAKTU SOLAT NEGERI TERENGGANU BAGI 15 JANUARI HINGGA 31 JANUARI 2010

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan memberi tumpuan kepada pembangunan Sungai Terengganu bagi menjadikannya sebagai tarikan utama pelawat, selain suasana `lebih hidup’ sepanjang malam, pada tahun ini. Datuk Bandar MBKT Dato’ Mat Razali Kassim berkata melalui perancangan itu sungai yang terletak di tengah-tengah bandar itu akan menempatkan tempat makan dan feri yang menjadi tarikan pelancong sama dalam mahupun luar Terengganu. ”Kita akan memastikan pesisir sungai Terengganu bermula dari pesisiran Pulau Kambing hingga ke Taman Tamadun Islam (TTI) akan ditambak serta dipasang lampu warna-warni,” katanya di Perhimpunan Perdana Warga MBKT, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


4

Jumaat, 15 Januari 2010

rencana

ANALISIS

Tabung penyakit kronik Semakin ramai rakyat negeri ini menghidap pelbagai penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung dan buah pinggang, kebanyakannya berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. Penghidap penyakit merbahaya itu pula terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan sebahagian besarnya membabitkan golongan berpendapatan rendah. Disebabkan kos merawat penyakit merbahaya itu agak tinggi, tidak ramai pesakit yang mampu menjalani rawatan dengan segera bagi membolehkan mereka sembuh semula dan menjalani kehidupan seperti sediakala. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengisafi nasib rakyat, Kerajaan Terengganu memutuskan untuk menubuhkan tabung rawatan penyakit kronik dengan peruntukan awal RM10 juta, mulai tahun depan. Pengumuman bagi tujuan itu dilakukan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, sewaktu membentangkan Bajet 2010 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini. Dengan adanya tabung tersebut, rakyat tempatan yang memerlukan rawatan seperti pembedahan jantung, buah pinggang dan kanser akan diberi bantuan mengikut keperluan. Penubuhan tabung ini merupakan ‘hadiah’ kerajaan kepada rakyat yang terus memberi sokongan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN). Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan satu lagi ‘bonus’ kepada rakyat dengan memperkenalkan satu skim insurans kemalangan dan kematian dengan pembiayaan RM10 juta bagi melindungi dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat. Menteri Besar memberi jaminan peruntukan bagi kedua-dua tabung yang akan memberi manfaat secara terus kepada rakyat itu akan ditambah dari semasa ke semasa. Pada masa yang sama, syarikat swasta dan korporat sepatutnya turut memberi sumbangan kepada tabung rawatan penyakit kronik, sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka. Jika tabung itu mempunyai dana yang besar, sudah tentu lebih ramai rakyat tempatan yang menghidap penyakit kronik dapat dibantu menjalani rawatan dengan segera. Jika rawatan segera diberi kepada pesakit harapan mereka untuk pulih seperti sediakala lebih besar berbanding jika mereka dirawat selepas keadaan penyakit masing-masing bertambah buruk. Dengan adanya tabung itu juga masalah kewangan yang menghimpit sesetengah pesakit seperti sebelum ini, tidak lagi berlaku.

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar. Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri Pengarang : Rosli Zakaria Timbalan Pengarang : Kamarudin Mat Akib Penulis Khas : Ruslan Abd Rahman Ketua Pemberita : Aida Abd. Rahman Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Nik Suhaila Megat Draman Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura Jamaluddin Jurufoto : Zulkipli Putra Pengendali Blog : Harun Hassan

RM1.881 billion diperuntukkan bagi Bajet 2010 Negeri Terengganu, suatu peruntukan yang tertinggi untuk rakyat berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ia melebihi 0.08 peratus atau RM1.45 juta dari bajet 2009. Ini suatu hadiah untuk rakyat Terengganu. Namun kita jangan lupa bahawa 92 peratus dari sumber bajet itu datangnya dari royalti minyak. Bersyukurlah atas pemberian dan atau anugerah itu. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said sewaktu membentangkan Bajet ini pada 21 Disember lalu sekali lagi menegaskan bahawa mendahulukan kehendak dan kepentingan rakyat adalah asas yang akan terus menunjangi fokus dan pendekatan kerajaan. ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ terus dikekalkan sebagai tema bajet atau belanjawan Terengganu, bermakna bajet ini adalah bajet dari rakyat untuk rakyat. MB Terengganu mengumumkan tiga strategi utama bajet: • Membangunkan Modal Insan yang berkualiti • Menjamin Kesejahteraan Rakyat • Meningkatkan Daya Saing Negeri Membangunkan modal insan berkualiti atau mudahnya tumpuan kepada bidang pendidikan adalah perkara yang berterusan dilakukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Antara perkara-perkara yang dinyatakan ialah tentang Porgram Pintar AlQuran (RM2.2 juta diperuntukkan), tadika cemerlang atau TB Kids (RM2.1 juta), e-Book (RM50 juta), Program Remaja (RM30 juta) dan lain-lain yang boleh dirujuk pada ucapan penuh bajet Terengganu 2010. Namun berdasarkan dengan angka dan peruntukan sahaja tidak cukup dan menjamin hasil dan harapan, melainkan perlukan kesedaran bersama dan perjuangan secara kolektif rakyat dan kerajaan. Tidak wajar membiarkan kerajaan sahaja berstrategi dan mengadakan bajet, tetapi semua pihak perlu tampil bersama membantu kerajaan menjayakan hasrat murni membangunkan modal insan yang berkualiti ini. Insan yang berkualiti ini bukan sahaja dari segi

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

RM1.8 bilion hadiah tertinggi untuk rakyat Terengganu

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said ketika membentangkan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri Terengganu.

kecemerlangan akademiknya, tetapi sahsiah dan kejatian dirinya. Jati diri beerti mampu menghayati sejarah perjuangan bangsanya dan tahu dari mana datang dirinya supaya tidak hanyut dengan kemodenan yang negatif. Gejala ‘mat rempit’ bukan sahaja menular kepada insan yang tidak terpelajar, tetapi ada juga yang mempunyai latarbelakang akademik yang baik; tetapi mereka tiada jati diri, mereka tidak peka bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak baik kepada diri dan orang lain. Mereka lupa apa yang mereka lakukan menyusahkan keluarga, masyarakat dan negara; mereka lupa asal usul keluarga dan keturunan mereka yang menuntut mereka fokus kepada perjuangan kecemerlangan keluarga dan masyarakatnya dan bukannya berfoya ikut suka hati. Oleh itu, memberi kekuatan spiritual dan jati diri kepada mereka amatlah wajar juga di

samping kekuatan akademik. Peruntukkan untuk remaja ini perlu mengambil kira ke a rah membentuk jati diri dan semangat kesedaran patriotik dan anti perkara-perkara yang menyusahkan orang lain, keluarga dan masyarakatnya. Menjamin kesejahteraan masyarakat adalah nilai perjuangan kerajaan yang amat murni. Namun begitu kesejahteraan itu amat subjektif sifatnya. Dalam Islam kita sentiasa dianjurkan mengucapkan salam kesejahteraan buat anak saudara seagamanya. Menurut kamus terbitan Fajar Bakti, sejahtera adalah bebas dari segala macam kesusahan, aman sentosa makmur dan selamat. Maknanya inilan hasrat dan strategi bajet kita terhadap rakyat. Asas kehidupan manusia ialah makan-minum, tempat tinggal, pakaian, kesihatan dan pendidikan. Maka wajarlah sekali disebut dalam bajet ini usaha-usaha membasmi kemiskinan diteruskan

melalui program baiki dan bantuan rumah dan serta bantuan atap (RM50 juta), meningkatkan tahap kesihatan rakyat termasuk mewujudkan tabung untuk pesakit kronik (RM10 juta), meningkatkan bidang pertanian yang melibatkan sebahagian besar rakyat, meningkatkan pembangunan bandar dan luar bandar, membantu bidang keusahawanan dan perniagaan rakyat dan sebagainya. Walau pun ada pihak yang bertanya mengapakah soal kemiskinan terusmenerus dibicarakan, tidak habis-habis dan tidak selesai. Cubalah tanya negara mana tiada kemiskinan atau orang miskin? Jawabnya semua ada. Cubalah tanya pula negara dan kerajaan mana yang amat cakna terhadap golongan miskin dengan pelbagai usaha, bantuan dan pertolongan? Rasanya tidak salah kalau kita katakana Malaysia nombor satu! Strategi ketiga bajet Terengganu 2010 ialah meningkatkan daya saing negeri. Persaingan yang dimaksudkan adalah secara sihat.


rencana

SASTERA Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Bagaikan tiada seri kalau sesebuah penerbitan tanpa ruangan kesusasteraan. Sastera adalah bunga bangsa yang perlu dikembang dan indah sekali kalau sentiasa subur serta kelihatan berseri. Mulai terbitan 2010, akhbar Teganukita akan mengadakan ruangan sastera secara bergilir-gilir pada peringkat permulaan ini. Lantaran itu sumbangan bahan-bahan sastera berupa cerpen, puisi (sajak, syair dan sebagainya), rencana-rencana berkaitan sastera dan apa jua bahan yang boleh ditakrifkan sebagai sastera amatlah dialu-alukan. Selaku penulis khas Teganukita saya diamanahkan oleh Pengarah Unit Komunikasi Negeri untuk mengendalikan ruangan ini. Bahan-bahan tersebut bolehlah dihantar terus kepada Pengarang (Sastera), Akhbar Teganukita, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Sebarang komunikasi boleh dibuat melalui talian 09 6313502. Karya-karya yang didapati bersesuaian akan mendapat tempat untuk disiarkan dan tertakluk kepada keputusan Pengarang. Sebenarnya kita di Terengganu mempunyai nama-nama tersohor di bidang penulisan sastera. Ada yang veteran sudah bercucu atau hampir bercicit, ada yang masih sederhana muda atau sederhana tua; namun yang pastinya keinginan untuk terus menggarap seni karya tidak pernah mengenal erti usia. Baru-baru ini kita dikhabarkan tentang pemergiaan kerahmatullah novelis Cikgu Ariffin Ngah yang berasal dari Bukit Tunggal. Teganukite mencatatkan di sini ucapan takziah buat keluarga Allahyarham. Terengganu sekarang sudah berada di pentas global dengan pelbagai acara-acara peringkat dunia berlangsung di bumi Darul Iman, malah anak Terengganu dari Dungun sudah mampu muncul sebagai jaguh dunia dalam arena sukan lumba basikal. Bumi Darul Iman ini

sudah disebut sampai ke dunia Arab kerana eBook yang dihasilkan oleh negeri kita telah ditempah oleh negara Arab Saudi dan Emirate Arab Bersatu. Negara sehebat dalam bidang pendidikan iaitu New Zealand juga dikhabarkan bersedia datang membuka pengajian kejururawatan di Terengganu. Terengganu gagah dengan lembaran sejarah yang cukup indah dan teruja sekali untuk diterokai. Panorama indah, laut, pantai, tasik, bukit-bukau dan pulau bagaikan melambai pelancong untuk mendamparkan diri di Terengganu. Namun keserian itu akan bertambah dengan kesenian dan budaya rakyat; termasuklah cabang kesusasteraan.

Sebenarnya kita di Terengganu mempunyai nama-nama tersohor di bidang penulisan sastera. Ada yang veteran sudah bercucu atau hampir bercicit, ada yang masih sederhana muda atau sederhana tua; namun yang pastinya keinginan untuk terus menggarap seni karya tidak pernah mengenal erti usia. Ke mana pergi pengkarya-pengkarya ternama di bumi Darul Iman ini; datanglah kembali, pastinya pena masih tajam. Selagi hayat dikandung badan, rakan sehobi dan seperjuangan pasti tidak dilupakan. Kita berkumpul kembali menyerikan taman kesusasteraan di bumi bertuah ini. Penghasilan karya yang menjurus kepada nilainilai murni dan positif amatlah menjadi harapan. Dunia kepenyairan dan kesusasteraan bukanlah dunia khayalan, tetapi nilainilai estetika digabungkan dengan mesej yang positif

Jumaat, 15 Januari 2010

5

Ruangan sastera di Teganukita Bunga Sirih Untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas.

Senator Dato’ Rashid Ngah

Bunga sirih bunga pirtang terima kasih terima savang budi bicara guru berjasa kami sanjung tinggi.

Aku Berkolek Di dada Laut aku berkolek didada laut dengan jala jala gelama kutebarkan sepenuh tenaga memburu rindu memburu rindu aku bersajak di tangga pondok dengan mata mata si pena ku khabarkan kisah manusia dipintu maut dipintu maut

ALLAHYARHAM J.M AZIZ

untuk disampaikan cukup memberi makna yang besar kepada kehidupan. Khabar…khabarkan tentang kehidupan nelayan, kata penyair Allahyarham J.M Aziz dari pantai Seberang Takir. Cerita tentang cinta dan kasih sayang dari rakan seperjuangan, Omara Rahman dari Mengabang Telipot, Mahanie Sulong dengan cerita-cerita tentang manusia di corong radio atau rindukah kita kepada

sajak-sajak cinta dan kemanusiaan Hilmi Rindu, Kemaman. Sesekali teringin juga untuk menatap kembali novel di bawah Alunan Ombak, karya Senator Dato’ Rashid Ngah dari kampong indah Seberang Takir. Saat yang mungkin banyak terluang ini, apalah kiranya Dato’ sekali-sekala melakar semula kehidupan bermakna. Berkaryalah dan suburkanlah dunia kesusasteraan Teganukita!

aku berkolek dan aku bersajak dari pantai timur ke kuala selut mencari penawar turunlah angin selatan soronglah kolek ku ke seberang takir.. “

J.M. Aziz Rumah Puisi Seberang Takir Kuala Terengganu


6

Jumaat, 15 Januari 2010

WAKAF RAKYAT Oleh: PUTERA PESISIR AIR

Tahun baru 2010 hadir. Kita bersyukur kepada Yang Maha Kuasa kerana dipanjangkan usia dan masih mampu hingga ke saat ini untuk menyaksikan berlalunya daerah 2009, digantikan dengan daerah baru 2010. Ada yang sentiasa meletakkan azam baru setiap kali datangnya tahun baru, walaupun azam yang dipacakkan pada tahun lepas tidak pasti selesai atau tidak. Pun begitu memperbaharui azam itu baik sekali kerana berazam dan bertawakkal kepada Illahi itu memang dituntut. Paling penting sebaik sahaja muncul tahun baru, sesi persekolahan bermula iaitu pada 3 dan 4 Januari. Mereka yang mempunyai tanggungan anak bersekolah, sedikit atau ramai pasti akan merasai susahsenangnya. Mereka yang sudah membuat persediaan awal dari segi bajet (belanjawan), pakaian dan kelengkapan sekolah akan menghadapinya dengan yakin dan positif sekali, tetapi bagi yang belum dan tidak sempat berbuat demikian, bersabarlah. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, melainkan adanya usaha dan kesungguhan, ketabahan serta sentiasa berfikiran positif. Di peringkat kerajaan sendiri yang mengutamakan rakyat, bantuan demi bantuan diadakan untuk yang benar-benar memerlukan bantuan, hatta pakaian sekolah, makanan, biasiswa dan sebagainya. Dalam soal ini, agensi dan pihak yang menguruskannya, permudahkanlah penyaluran bantuan itu. Sudah pasti kita mengharapkan yang benarbenar susah dan memerlukan itu tidak tercicir. Menyayangi kanak-kanak, generasi muda atau muridmurid ini dan menghormati orang yang lebih tua adalah gesaan agama kita. Mereka yang mempunyai lebihan wang, pada masa inilah lebih afdal membantu yang dalam kesusahan. Apa guna kita mempunyai kereta besar tiga atau empat buah, rumah berjuta harganya dan pakaian berjenama, tetapi jiran di sebelah terbiar da-

lam kedhaifan. Tidakkah tersentuh di hati bila anak kita memberitahu kawan sekolahnya yang tidak mampu bertanya ada atau tidak baju terpakai yang sudah tidak digunakan lagi untuk diberikan kepadanya. Rasulullah s.a.w sendiri mengesyorkan kita lebihkan kuah dalam masakan kita untuk jiran sebelah, maksudnya kalau kuah pun ada nilainya, apatah lagi dalam soal-soal yang lebih utama, tentulah amat dituntut kita membantunya. Pihak berkuasa sekolah pula perlu menggunakan budi bicara bila berdepan dengan murid miskin, jangan terlalu memberi tekanan bila mereka tidak mampu melunaskan pelbagai bayaran yang perlu. Kadang-kadang bukan salah murid yang tidak mampu sehingga mereka disoal kegagalanya melunaskan apa-apa bayaran perlu secara terbuka di depan murid lain yang berkemampuan, tetapi mungkin kesilapan dan kelemahan keluarganya mengurus dan mendapatkan punca kewangan. Di sinilah pendekatan psikologi perlu untuk memastikan murid bermasalah ini positif untuk meneruskan pelajaran. Kecaknaan Kerajaan Terengganu membantu rakyat menghadapi masalah penyakit kronik dengan wujudnya tabung pesakit kronik, ladang kelapa sawit untuk golongan miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat, bantuan atap/baiki rumah atau bina rumah baru dan sebagainya menjadikan tahun 2010 di Terengganu sebagai tahun yang amat cakna rakyat. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak mahu menjadikan tahun 2010 sebagai tahun kreativiti dan inovatif. Ini suatu gesaan yang menuntut semua pihak memikir dan mengembangkan idea baik ini. Kita tidak boleh menafikan, kreativiti dan inovasi ini adalah suatu perkara penting bagi pencapaian dan kemajuan. Ramai orang boleh jadi kaya dan hidup senang-lenang justeru kreativiti dan daya

rencana

Selamat datang

Rakyat di hatiku

Rakyat Terengganu sentiasa memohon restu Illahi agar negeri ini terus makmur.

inovasinya. Tidak perlu pergi jauh dalam soal kreativiti dan inovasi ini; penjual keropok di Jalan Lapangan Terbang, Seberang Takir pun tidak ‘menang tangan’ sehingga pelanggan terpaksa berbaris untuk membeli keropoknya. Apa resepi dan kreativiti yang dilakukan terhadap keropoknya sehingga memukau orang ramai? Namun pengguna jalan raya yang membeli keropok juga perlu menjaga keselamatan pengguna lain dengan tidak memberhenti dan meletak begitu banyak kenderaan sesuka hati di tepi jalan, suatu kreativiti dan inovasi perlu juga difikirkan bagi mengatasi masalah ini. Penjual nasil lemak, laksam atau nasi dagang di Terengganu juga tidak kurang hebatnya kalau kualiti dan kreativiti wu-

jud dalam masakan mereka. Namun kalau tiada usaha dan kreativiti, ikan dan udang segar pun orang tidak mahu dibeli kerana kawasan jualan kotor dan apa ertinya kalau pelanggan terpaksa menyingsing seluar atau kasutnya basah terkena takungan air kotor sewaktu pergi ke tempat jualan hasil laut yang segar itu. Lantas orang berpusupusu berpindah ke ‘hyper market’ yang lebih berinovasi, yang juga menjual hasil laut dengan sistem pembungkusan yang sempurna dan pelbagai barangan lain dengan tempat yang selesa, harga yang sederhana dan masa berniaga yang panjang hingga ke larut malam. Sama-samalah kita berfikir secara kreatif dan inovatif. Ciptalah sesuatu yang baru yang dapat me-

narik dan boleh dimanfaatkan. Siapa sangka daya inovasi Terengganu melahirkan pembelajaran di sekolah menggunakan e-Book telah mendapat sambutan hatta ke peringkat dunia. Jadikanlah kejayaan mencipta ini untuk terus mencipta lagi. Mungkin selepas ini Tasik Kenyir akan menjadi tumpuan dunia setelah siap dan sempurnanya Kenyir Island Hopping dengan pelbagai jenis taman di pulau-pulau di tasik itu. Danau Toba, di Indonesia yang tersorok jauh pun, boleh terkenal, tentulah Tasik Kenyir mampu lebih dari itu dengan daya kreativiti dan inovasi promosi dan pembangunannya sebagai destinasi pelancongan terkemuka. Kreatif dan inovasi ini biarlah pada perkara positif, jangan pula kreatif

dan inovasi kepada perkara yang negatif. Harapan yang tinggi juga akan kejuaraan dalam UPSR dapat dikekalkan oleh Terengganu pada tahun 2010 kerana ia adalah tahun pertama pelajar yang menduduki UPSR dari kumpulan e-Book. Di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang kelihatan sederhana, tetapi cukup mengambil tahu hal ehwal dan masalah rakyat amatlah disanjung tinggi. Menjiwai dan menghalusi dan memantau perkara-perkara berkaitan rakyat adalah saranan beliau berkali-kali kepada pihak pentadbiran kerana di hatinya adalah rakyat; rakyat di hati beliau. Slogan beliau “Rakyat Di Hatiku”, maksudnya di hati para pemimpin.


2 Bil. 16. (15 Januari 2010.) http://teganukita.blogspot.com

tk

Tarikan Tasik Kenyir ms: 16 & 17

11 anak Abdul Razak graduan ms 10

Serai wangi beri pulangan lumayan ms 11

Penduduk Medan Jaya berdikari ms 14


2

Jumaat, 15 Januari 2010

FOKUS DUN

tk

Biodata

YB Toh peramah dan mudah didekati Oleh Esah Abdullah

8

Nama: Toh Chin Yaw Usia: 56 Tempat lahir: Kuala Terengganu Lulusan: Master of Science, Heriot Wati, Universiti United Kingdom Isteri: Sea Shin Tyun Anak: 2 orang

(1 lelaki 1 perempuan)

Bersama Menteri Besar turun padang meninjau masalah rakyat

YB Toh bersama penduduk menyertai aktiviti gotongroyong

Tidak usah cerita pasal sibuk kerana ia menjadi santapan beliau setiap hari. Rutin keluar pagi balik malam menjadi perkara biasa baginya, terutama pada hari minggu, “Dua hari tidak bekerja dalam seminggu merupakan hari puncak bagi saya, kerana banyak jemputan diterima dari masyarakat Cina, Melayu dan India yang perlu saya hadir,” kata YB Toh Chin Yaw dalam pertemuan dengan Teganukita di pejabatnya baru-baru ini. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bandar Kuala Trengganu, merangkap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Toh adalah antara wakil rakyat yang paling senang didekati dan mudah ditemui. “Penduduk dalam DUN Bandar ini pelbagai, ada Melayu, Cina, India dan Siam. Dengan adanya lebih 18,000 pengundi di DUN ini,

bermacam-macam perangai dan kerenah yang perlu saya hadapi dan fahami masalah mereka,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri. Tetapi ada kelebihannya bila berlainan agama dan adat budaya, contohnya masyarakat Melayu buat kenduri kahwin pada waktu siang manakala masyarakat Cina pada sebelah malam. Sama juga bila ada kematian, orang Islam perlu menyegerakan jenazah, tetapi mayat penganut agama Budha dan Kristian boleh disimpan beberapa hari sebelum ke tanah perkuburan dan situasi begini menyenangkan beliau mengatur jadual untuk berkunjung. “Dalam beberapa situasi, memang nampak kelam kabut tetapi saya membiasakan diri dengan jadual dan akan hadir seberapa banyak majlis, biar pun sekadar singgah sekejap untuk bertanya khabar,” kata YB Toh yang juga bekas Ketua Pemuda MCA, Ahli Majlis Tertinggi MCA dan Naib Pengerusi MCA Terengganu (1993-2002) Tidak dinafikan, setelah dinaiktaraf menjadi bandaraya, Bandar Kuala Terengganu mengalami pembangunan yang pesat di samping banyak program besar dari luar tertumpu di bandar ini. “Rakyat tempatan yang dapat untung, apabila orang ramai melimpah di bandar ini, kedai makan, kedai cenderamata, peniaga barangan kraf, pengangkutan awam dan taxi akan terima habuan sama,” katanya. Kebersihan menjadi agenda utama bila berkunjung ke tapak perniagaan dan pengusaha kedai makan digalakkan untuk memberi lebih perhatian bahagian dapur dan belakang kedai yang sering diabaikan. Peniaga kedai makan, peruncit dan pengusaha keropok lekor diberi peluang mengikuti kursus berkaitan dengan penjagaan kebersihan premis masing-masing. “Cabaran paling besar adalah untuk mengubah

minda rakyat ke arah yang lebih positif dan sikap menghargai kebersihan mesti menjadi amalan dalam kehidupan,” katanya. YB Toh melahirkan rasa yakin apa juga usaha kerajaan termasuk pembangunan yang tidak disenangi beberapa pihak akan lebih dihargai pada masa akan datang. “Saya amat berterima kasih kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergerak aktif dalam bandar,” katanya. Katanya, hubungan rapat dengan JKKK, APMT dan NGO banyak membantu menyalurkan bantuan serta maklumat dari akar umbi dan tindakan segera diambil bila terdapat kes yang tidak boleh ditangguh.

Wakil rakyat, YB Toh me


engambil berat hal kebajikan rakyat dalam kawasannya.

Jumaat, 15 Januari 2010

Dun Bandar berkembang pesat Komplek perkedaian di Kampung Daik dan pembinaan premis perniagaan di Kampung Tiong serta kawasan Tanjong Pantai hingga ke Ladang Tok Pelam akan mengalami perubahan pembangunan yang amat ketara. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bandar, YB Toh Chin Yaw, berkata projek yang menelan belanja ratusan juta ringgit itu bakal mewarnai bandar ini dan apabila banyak projek pembangunan dilaksanakan, rakyat tempatan mendapat manfaatnya. “Peluang pekerjaan terbuka luas, peniaga kedai makan akan menerima ramai pelanggan termasuk tenaga kerja dalam sektor pembangunan,” katanya. Kerja-kerja membina jalan dan landskap di Kampung China se-

“Peluang pekerjaan terbuka luas, peniaga kedai makan akan menerima ramai pelanggan termasuk tenaga kerja dalam sektor pembangunan,” dang rancak berjalan dengan anggaran kos RM70 juta begitu juga dengan pembinaan benteng dan jeti bot penambang berhampiran Pasar Besar Kedai Payang menelan belanja RM8 juta. Menurut YB Toh, projek menaik taraf Pasar Chabang Tiga juga

akan dimulakan tahun depan di mana ia merupakan satu lagi peluang rakyat tempatan melebarkan sayap peniagaan masing-masing di samping memberi keselesaan orang ramai untuk berbelanja. “Bandar Kuala Terengganu mempunyai geografi yang unik dan menarik bukan saja untuk pelancong tetapi juga untuk kehidupan masyarakat yang menjadi penduduk tetap di sini,” katanya. Katanya, nama saja bandar tetapi ada pulau, bukit dan paya serta sungai, antaranya Bukit Puteri, Bukit Pak Apil, Bukit Besar, Bukit Kecil yang terletak dalam bandar seperti juga Pulau Duyung, Pulau Ketam, Pulau Sekati dan keistimewaan ini tidak terdapat di bandar lain dalam negara ini.

2 tk


2

Jumaat, 15 Januari 2010

11 anak Abdul Razak graduan

IKON ANAK TERENGGANU

tk

10

Abdul Razak bersama keluarga selepas dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali 2009

Oleh Aida Abdul Rahman

Ombak dan badai Laut Cina Selatan yang seakan mahu menelan bot dinaikinya bersama beberapa nelayan sekampung, bukan ancaman dan halangan buat bapa gigih dari Kampung Bukit Kandis, yang dikurniakan 16 zuriat. Malah fenomena alam yang terpaksa diharungi itu seakan sudah menjadi bingkai hidup Haji Abd Razak Yusof, 71, demi mencari rezeki halal untuk isteri, Zaharah Abdul Rahman, 65, dan anakanak yang masih kecil serta belum mengerti apa-apa ketika itu. Sepanjang keluar ke laut, beliau bukan hanya meninggalkan makanan dan duit sekadar termampu, malah bapa cekal itu juga tidak pernah lupa mengingatkan isteri supaya menjaga anak dengan sebaik mungkin. Bagi keluarga besar itu, makan dan pakai mereka serba sederhana. Apatah lagi saban tahun lazimnya tujuh hingga 10 anak Haji Razak berada di alam persekolahan, seterusnya menuntut perbelanjaan yang besar berbanding keluarga lain. Katanya, kesusahan mencari rezeki dan kegetiran yang ditongkah sepanjang di lautan tidak mungkin diceritakan kepada anak-anak kerana beliau mahu mereka memahami sendiri dan membalasnya dengan belajar bersungguh-sungguh, selain taat kepada perintah Yang Esa. “Saya tidak suka bercerita kesusahan saya pada anak-anak. Saya usahakan sendiri menyediakan keperluan anak dan isteri selagi termampu dan mahu pastikan mereka bersekolah dengan baik.. jadi manusia berjaya,� katanya dalam nada

merendah diri. Bagi keluarga nelayan itu, menu seharian yang banyak berasaskan ikan dan kadangkala makan ikan berlaukkan nasi adalah lumrah biasa kerana sumber protein itu menjadi stok utama di dapur rumah mereka. Haji Razak yang mula mengenal pukat dan jala sejak usia 10 tahun lagi, bukan hanya setakat keluar rumah ketika fajar baru menyingsing dan pulang selepas fajar berlabuh, malah tuntutan keringatnya memerlukan beliau berenggang dengan keluarga sehingga bermingguminggu lamanya. Bukan hanya lautan Terengganu, Haji Razak juga belayar ke Mersing dan Endau, Johor untuk mencari lubuk pelbagai spesies ikan. Apabila keadaan laut bergelombang dan membahayakan kapal atau bot kecil, beliau terpaksa akur dan mengalah dengan fitrah alam itu bagi mengelak musibah buruk. Ketika itulah pulau menjadi tempat berlindung sementara menunggu keadaan pulih dan dapat pulang semula ke kampung halaman. Menurut anak ketiga beliau, Ismail yang kini mengajar di Sekolah kebangsaan Sains Teris, Kuala Berang, pemergian bapa sehingga berminggu-minggu lamanya amat menyentuh perasaan apatah lagi mengenangkan nasib keluarga jika perkara buruk menimpa bapanya. “Kadang-kadang kita adik beradik yang besar-besar (dewasa) tak boleh tidur, makan pun tak selera. Kami menunggu bapa di muka kuala dan berita bot nelayan terbalik di lautan seperti menyentap jantung kami adik beradik. “Kami takut, cemas dan hanya

mampu menangis mengenangkan situasi bapa dan meminta Allah jauhkan perkara buruk menimpa bapa. Akhirnya tangis kesyukuran mengiringi bapa yang selamat pulang,� katanya. Kata Ismail, bapa mereka seorang yang langsung tidak berkompromi mengenai amalan seharian dan ibadat anak-anak terutama dalam soal mengerjakan solat dan membaca al-Quran. Haji Razak dan isteri yang bertemu jodoh hasil penyatuan orang tua mereka sejak 48 tahun lalu tidak pernah mengeluh memilki cahaya mata yang ramai. Malah anugerah itu dibentuk dengan mutiara iman yang teguh dan berhasil tatkala mereka kini menyandang jawatan penting serta menempah kerjaya di bidang profesional. Anak sulung pasangan ideal itu, Jamilah (47 tahun) suri rumah; Haripas (45) suri rumah; Ismail (43) guru; Rokiah (41) pembantu pejabat, Mat Sofi (40) pejabat Kastam, Aspalela (38) guru dan Mohd Yusof (35) menjadi pengurus dan motivator. Manakala Rushidah (33) guru; Rozita (32) suri rumah (graduan); Mohd Sabri (30) penyelia juruteknik penghawa dingin; Suria (28) suri rumah (graduan); Zarina (26) Pegawai Tadbir Diplomatik di Putrajaya; Mohd Firdaus (24) pegawai penyelidik; Nurul Shaffiah (24) bakal guru (kembar); Nor Fatihah (22) Pensyarah UiTM Machang dan Ain Najwa (20) juga bakal guru. Daripada 16 permata hati yang terdiri daripada 11 perempuan dan lima lelaki itu, sebelas daripada mereka berjaya melanjutkan pen-

gajian ke pusat pengajian tinggi dan bergelar graduan. Anugerah anak-anak yang berjaya membuatkan Haji Razak kini hidup dengan selesa dan kisah jerih perih di lautan selama berpuluh tahun itu sekadar menjadi lipatan sejarah berharga buat beliau dan keluarga. Namun, jiwa beliau sudah tidak mampu disirnakan dengan laut. Sisa hidup yang penuh keceriaan dikelilingi 39 cucu serta tiga cicit diteruskan pula dengan berkhidmat sebagai penyelia di stesen minyak persatuan nelayan kawasan beliau. Haji Razak dan isteri hanya belajar setakat sekolah rendah dan sekadar memilki kemahiran membaca serta menulis rumi dan jawi. Namun, kedangkalan ilmu pelajaran bukan ukuran kerana beliau memanfaatkan kelebihan menguasai bacaan al-Quran untuk faedah anak-anak dan masyarakat setempat. Kelebihan dalam ilmu itu tidak pernah menimbulkan rasa riak, malah beliau terus menurunkannya bagi kemaslahatan masyarakat dan mendapat berkat Yang Maha Berkuasa. Beliau yang pernah menjadi bilal dan dilantik sebagai imam Masjid Kampung Bukit Kandis sejak lapan tahun lalu kadang-kadang dipandang tinggi segelintir penduduk. Menurut Ismail, kadangkala ada di kalangan penduduk merujuk Haji Razak bagi meminta air solat hajat dan doa untuk membasuh kenderaan yang baru dibeli bagi menolak perkara buruk dan kemalangan.


Jumaat, 15 Januari 2010

Oleh Suriati Ali Serai wangi atau nama saintifiknya cymbopogon nardus memberi pulangan lumayan kepada petani di negeri ini sekiranya serius menanam tumbuhan itu secara sistematik. Untuk manfaat tumbuhan itu tanpa membiarkan hidup meliar, kerajaan negeri melalui Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Payong (PPKBP), membantu sedaya mungkin golongan itu termasuk membelinya untuk dijadikan minyak. Buat permulaan, seramai 36 petani di Kuala Berang, Hulu Terengganu, menanam tumbuhan itu di kawasan seluas 10 hektar membabitkan 140,000 anak pokok serai pada awal 2007 lalu. Apabila mula menampakkanan hasil, usaha itu diteruskan 45 petani di beberapa

kawasan lain termasuk Marang melibatkan kawasan 14 hektar, Ajil (6 hektar) dan Manir (5 hektar). Kaedah tuaian serai wangi berbeza jika dibandingkan dengan serai batang, di mana memerlukan pemotong khas untuk mengambil daunnya sebelum dibiarkan tumbuh kembali dalam tempoh empat bulan. Daun matang dan tidak mengalami sebarang penyakit mudah untuk diproses serta mengandungi minyak dalam kuantiti tinggi. Kebiasaanya, setiap 200 kilogram (kg) daun mampu menghasilkan 1.5 hingga 1.8 liter minyak. Pengerusi PPKBP, Haji Othman Muda, berkata serai wangi merupakan tumbuhan herba yang berpotensi tinggi untuk dimajukan. Katanya, dia berharap petani yang

Tanaman serai memberi pulangan lumayan kepada petani.

mencebur diri dalam bidang ini mengusahakannya secara serius dan bukannya berfikiran untuk mendapat keuntungan mudah. “Apa yang dikesalkan pihaknya, terdapat segelintir petani memandang remeh mengenai peraturan dan langkah yang perlu dipatuhi tentang tanaman ini. “Mereka didapati mengabaikan aspek penjagaan, sistem aliran air, kaedah memotong dan proses pengeringan. Apabila perkara ini berlaku, petani juga akan mengalami kerugian kerana proses untuk mendapat minyak secara maksima dan berkualiti tidak akan tercapai,” katanya. Menurutnya, serai wangi yang dihantar petani akan melalui beberapa peringkat pemprosesan iaitu pengeringan, pengewapan,

BISNES

Serai wangi beri pulangan lumayan

2 tk

11

Tumbuhan herba banyak kegunaannya termasuk diproses dijadikan minyak wangi.

perahan, tapisan dan penyulingan sebelum mendapatkan minyak berharga RM200 seliter. “Pemprosesan itu dilakukan secara teliti oleh petugas dengan menggunakan mesin

`Vessel’ hasil ciptaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). “Mesin berharga RM400 ribu itu mampu menerima 600 kg daun serai setiap kali aktiviti memproses dijalankan,” katanya.

Haji Othman berkata, minyak yang diperoleh bergantung kepada kualiti daun dan keadaan cuaca, sekiranya memenuhi piawaian ditetapkan, ia mampu memperoleh keuntungan lumayan. “Setiap liter minyak serai wangi akan dijual kepada Lembaga Pertubuhan Pelandang (LPP), negeri sebelum dipasarkan kepada syarikat swasta di negara ini,” katanya. Pada masa sama, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dengan kerjasama LPP dan Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) berjaya mengeluarkan empat produk penjagaan diri berasaskan minyak tumbuhan herba itu. Produk itu adalah sabun pelembap (60 gram), cecair mandian (250ml), syampu (250 ml) dan pelembap badan (100 ml). Kerajaan negeri turut mengambil inisiatif dengan mengkomersialkan produk itu dengan menawarkan jenama T ‘Serai bertujuan mempeluaskan lagi pasaran ke serata pasar raya ternama di negara ini.


12

Jumaat, 15 Januari 2010

Suasana ga (Dun) Kijal 2 Majlis yan

Oleh Aida Abd Rahman dan Hazwan Rosli Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA

bi


amat dan meriah mewarnai setiap sudut tapak acara Hari Keluarga Dewan Undangan Negeri 2009 yang diadakan di pusat peranginan menarik, Pantai Teluk Kalong, Kijal, baru baru ini. yang julung kali diadakan itu berjaya menghimpunkan lebih 3,000 penduduk Dun berkenaan ng ceria dan bersemangat menyokong ahli keluarga yang menyertai setiap acara yang dipertandingkan. Lebih menarik apabila majlis perasmian program itu diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud. Turut hadir memberi sokongan semua ketua pemimpin sayap Umno Bahagian dan Dun, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung serta ketua cawangan. Selain sukaneka seperti rakit darat, teropoh gergasi, lari dalam guni, boling padang, tarik tali, penduduk Dun Kijal turut menyertai pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak dan cabutan bertuah. Selain itu, turut diadakan pertandingan keceriaan rumah di mana johan dimenangi penduduk Kampung (Kg) Che Wan yang mengumpul 26.5 mata dan berjaya mendapat RM1,000 beserta komputer riba. Naib johan menjadi milik Kg Teluk Kalong dan Kg Bukit Teruna dan berjaya membawa pulang RM700, manakala ketiga Rumah Murah Penunjuk, Titian Berayun serta Rumah Murah Bukit Kuang di mana masing-masing menerima RM500. Sementara juara keseluruhan bagi program hari keluarga itu menjadi milik Kg Teluk Kalong yang mengumpul 59 markah. Kampung berkenaan menerima RM5,000 beserta komputer riba, piala pusingan dan piala iringan. Naib johan pula disandang oleh Kg Sungai Mas (47 markah) dan RM3,000 diikuti ketiga Kg Bukit Teruna (46 markah) dan berjaya menerima hadiah RM2,000. Manakala cabutan bertuah utama menjadi milik Cik Suhaila Sidek, 31 dari Kg Bukit yang membawa pulang basikal. Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Menteri Besar berharap majlis itu mampu menjadi platform merapatkan ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturahim yang telah terbina di kalangan penduduk tanpa mengira bangsa dan pangkat. “Kalau boleh biarlah tradisi muafakat dan kemesraan yang terjalin dalam program seumpama ini akan berterusan dan mampu menyemai gaya hidup yang sihat,” katanya. Menteri Besar berharap golongan muda terutama pemuda dan puteri yang belum lagi mendaftar sebagai pemilih supaya segera berbuat demikian bagi melayakkan mereka mengundi pada pilihan raya akan datang. Katanya, sesiapa yang belum lagi menjadi ahli Umno supaya berdaftar sebagai ahli Umno dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam menentukan kepimpinan yang sebenarnya. “Untuk pengetahuan semua, Umno Bahagian Kemaman muncul empat tahun berturut-turut menjadi bahagian yang mempunyai ahli Umno teramai di seluruh negara. Kekuatan keramaian ahli ini membuktikan Umno akan terus bertapak kukuh dan memerintah Terengganu serta Malaysia. “Oleh itu, lebih banyak perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Terengganu di bawah konsep `merakyatkan pembangunan dan pentadiran, manakala gagasan nasional `rakyat didahulukan, pencapaian di Utamakan,” katanya.

Jumaat, 15 Januari 2010

13

WARISAN ALAM Morinda citrifolia

Mengkudu Laut

Khasiat: Bengkak limpa, diabetis, hepatitis, gout, melancarkan perjalanan darah, darah tinggi, asma dan tenaga batin. Kaedah: - Buah dan daun mengkudu laut perlu direbus dan diminum bagi merawat penyakit bengkak limpa, gout, diabetis dan hepatitis. - Buahnya juga boleh dibuat jus bertujuan melancarkan perjalanan darah dan baik untuk memulihkan kitaran haid wanita. Keistimewaan: - Dahan tumbuhan ini jenis berbatang halus dan keras di mana ketinggiannya boleh mencapai lapan hingga sepuluh meter. - Apabila matang, daun mengkudu laut berwarna hijau gelap dan pahit rasanya jika dimakan. Kaedah Pembiakan: Biji

Kek Ubi gadong

Bahan-bahannya 2 cawan ubi gadong yang telah dinyah racun 3 sudu tepung gandum 5 biji telur 2 cawan gula ½ cawan plantar Sedikit esen vanilla Cara membuatnya; • Ubi gadong dikisar dan diperah airnya hingga kering. • Pukul telur dengan plantar dan gula hingga naik. Masukkan tepung dan ubi gadong serta vanilla, kacau hingga sebati. • Apabila benar-benar sebati masukkan kedalam Loyang dan bakarlah dengan api yang sederhana bagi mengelak kek hangus. • Cara membakarnya sama seperti membuat kuih bakar atau gunakan oven seperti membuat kek biasa dan biarkan antara 30 hingga 35 minit baru diangkat.


2 BAKTI JKKK

tk

14

Jumaat, 15 Januari 2010

Penduduk Medan Jaya berdikari Oleh Esah Abdullah Tidak ada istilah ketua baru ketua lama, baginya setiap yang berjaya menduduki kerusi tersebut perlu melaksanakan tanggungjawab menyambung tugas yang ditinggalkan serta merancangkan program baru disamping menjaga kebajikan penduduk. Dalam pada itu penyelarasan perlu dibuat bagi melancarkan perjalanan organisasi serta memupuk ikatan silaturahim anggota masyarakat supaya lebih kukuh dan harmoni. “Tidak ada yang istimewa bila kita dipilih menjadi ketua, namun kepercayaan yang diberikan memerlukan pengorbanan bukan sedikit yang membabitkan masa dan tenaga,” kata Tengku Sulaiman Tengku Abdul Halim, 52. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Medan Jaya, Marang, Tengku Sulaiman akan memastkan semua projek yang sedia ada tidak terhenti separuh jalan. Katanya, sebahagian besar penduduk Kampung Medan Jaya mampu berdikari dengan mengusahakan pelbagai projek termasuk menternak kambing, ikan keli, tanaman fertigasi, cendawan, proses cili lumat, jahitan serta kuih tradisional. Kampung yang asalnya sebuah Taman Perumahan Awam Kos Rendah (RAKR) wujud 25 tahun lalu mempunyai 300 keluarga

dari 277 buah rumah dan 1,700 penduduk yang hidup sepakat dan saling menghormati antara jiran tetangga. Dengan kedudukan rumah yang berbaris panjang mengadap jalan raya memberi kelebihan kampung ini dalam menyusun aktiviti terutama dalam menjaga kebersihan dan keceriaan kampung. Kata Tengku Sulaiman, setiap orang akan menjaga kawasan keliling rumah masing-mas-

ing tanpa perlu keluar kawasan, cuma sekali sekala sahaja mereka bergotong royong bersih kawasan Perpustakaan Desa yang dijadikan dataran tempat mengadakan aktiviti. Keadaan geografi kampung yang menarik dan tersusun memberi banyak kelebihan dalam meraih kejayaan disamping kerjasama erat antara penduduk ketika menjayakan aktiviti. Kejayaan Kumpulan Pengembangan Wanita

Penduduk memperolehi pendapatan lumayan dengan mengusahakan projek jualan secara kecilkecilan

jenis. Istimewanya, ramai kalangan ahli KPW cemerlang dalam membina kerjaya masing-masing seperti pengusaha spa/salun, batik, chalet, keropok dan barangan kraf yang aktif Membuat kuih menjual dan tradisional secara menerima berkumpulan tempahan. menunjukkan Malah kapenduduk Kampung Medan tanya, seorang Jaya, Marang, saling muafakat pengusaha keropok di bawah (KPW) di bawah JaKPW meraih batan Pertanian yang pendapatan RM10,000 dipengerusikan oleh sebulan dan bengkel Tengku Nor Zuraidah roti yang memulaTengku Abdul Jalil kan operasi dua tahun telah mengharumkan lalu turut menambah lagi nama Kampung pendapatan suri ruMedan Jaya di mata mah. masyarakat luar. Menurut Tengku Pelbagai produk Sulaiman, tiga tahun dikeluarkan ter- lalu (2007) Medan masuklah mengusa- Jaya terpilih sebagai hakan roti, bahulu tapak pelancaran probunga,kerepek bilis, gram ‘Bumi Hijau’ katering untuk majlis yang dirasmikan Menkenduri dan biskut raya teri Besar ketika itu, dimana tahun ini men- Dato’ Seri Idris Jusoh. erima tempahan lebih “KPW turut meraih 80,000 biskut pelbagai anugerah johan di per-

Kampung Medan Jaya merupakan salah satu pengeluar kambing baka terbesar di Terengganu.

ingkat Kebangsaan dalam kategori Kemajuan Industri Wanita (2008); johan peringkat negeri dalam pertandingan sempena Bulan Kemerdekaan (2008); tempat ke dua Anugerah Desa Cemerlang peringkat daerah Marang (2009). Medan Jaya berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang dikuasai parti pembangkang namun Tengku Sulaiman ada cara tersendiri bila berdepan dengan fanatik kepartian. “Saya sentiasa ingatkan golongan muda tidak mengikut rentak mereka yang cuba menimbulkan ketegangan dan cuba bertindak secara profesional kerana pada kebiasaan golongan itu sengaja membangkitkan isu,” katanya. Selaku badan induk dalam kampung, JKKK mendapat kerjasama penuh beberapa sayap seperti Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Persatuan Belia 4B, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Bomba dan Khairat Kematian. “Kejayaan yang dicapai hasil kerjasama erat semua pihak dan saya bangga kerana rata penduduk disini sentiasa ringan tulang dan sedia menerima perubahan,” katanya. Tahun 2010, Medan Jaya akan lebih teserlah apabila beberapa projek akan dilaksanakan termasuk lima buah homestay, pusat K-Bestari, tambahan bangunan KPW serta pembesaran bangunan Perpustakaan Desa.


Puan Noriha bersama keluarga tercinta.

Berganding bahu mengecat rumah penduduk.

Noriha bijak rancang masa Oleh Aida Abd Rahman

Kesuntukan masa menguruskan perniagaan berasaskan makanan tidak menghalang Puan Noriha Muhammad, 39, mengagihkan waktu bersama keluarga dan rakyat. Istilah sibuk tiada dalam `kamus’ kehidupan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, YB Haji Alias Abdullah itu berikutan kebijaksanaanya menguruskan masa selain mempunyai perancangan rapi berkaitan tugas harian. Sekiranya perlu bersama rakyat, Puan Noriha memberi tumpuan dan komitmen sepenuhnya bagi mengelak jurang dan rasa segan penduduk kampung untuk berbual mesra dengannya. Beliau rapat dengan penduduk kampung, terutama di kawasan DUN Alor Limbat, sama ada golongan muda atau warga emas dan tidak segan untuk menyapa mereka apabila bersua muka. “Apabila ada majlis seperti gotong royong atau jamuan, kami samasama berganding bahu menjayakannya sehingga majlis selesai. “Saya turut membantu mereka membasuh pinggan, memasak, memotong sayur dan sebagainya,” katanya ketika di temui Teganukita di kediamannya, Jalan Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu. Beliau berkata, langkah itu nyata dapat merapatkan hubungan, mewu-

judkan kerjasama dan paling penting mengelak jurang antara isteri wakil rakyat dan penduduk. “Sekiranya mempunyai masa terluang, saya dibantu beberapa ahli Pergerakan Wanita dan Puteri Umno turut menganjurkan tarian `pocopoco’ di kawasan terpilih. “Mereka menggemari program ini kerana baik untuk kesihatan selain mampu menguatkan otot dan memberi kecerdasan minda,” katanya. Puan Noriha berkata, sepanjang penglibatan suami dalam politik, pelbagai kenangan manis dan sebaliknya tidak dapat dilupakan. “Paling menyedihkan adalah sepanjang tempoh pemerintahan pembangkang iaitu tahun 1999 hingga 2004 kerana tidak mampu membantu rakyat sepenuhnya jika mereka mempunyai masalah besar. “Dalam tempoh sama juga, kami berdua dapat mengenali siapa kenalan rapat yang sanggup mengharungi zaman kekalahan,” katanya. Katanya, untuk bangkit daripada kesedihan itu, dia dan suami memikirkan pelbagai perkara positif semata-mata membaikpulih ekonomi keluarga kerana ketika itu tiada sebarang pekerjaan tetap untuk menampung perbelanjaan harian. “Tanpa berfikir panjang dengan menggunakan sedikit duit simpanan, kami nekad membuka restoran dan firma gua-

man. “Pada tahun pertama membuka perniagaan, kami bagaikan hilang akal kerana pelbagai perkara ingin difikirkan, termasuk modal pusingan, duit untuk membayar gaji pekerja dan sambutan pelanggan kurang memuaskan,” katannya. Menurutnya, Alhamdulilah, berkat kesabaran dengan diiringi doa, kami mampu bangkit daripada kesusahan selepas beberapa tahun mengusahakan Restoran Nasi Kerabu dan Alias Abdullah & Co. “Kebajikan dan penat lelah pekerja restoran milik kami tidak diabaikan begitu saja kerana setiap tahun akan dibawa melancong di mana-mana lokasi yang dirasakan sesuai,” kata Puan Noriha yang lebih dikenali sebagai Mek Ha atau Kak Ha di kalangan rakan dan penduduk setempat Hasil pengkongsian hidup bersama suami tercinta, pasangan itu kini memiliki empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki. Puteri sulung, Anis Afeeqah, 18, melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang, Kelantan dan anak kedua, Anis Areesha, 16, masih belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman. Manakala anak ketiga, Ahmad Afeef, 13, (SMK Padang Negara) dan paling bongsu, Anis Ameeda, 8, menimba ilmu di

2 tk

SERIKANDI

Jumaat, 15 Januari 2010

15

PUAN NORIHA MUHAMMAD

Sekolah Rendah Sultan Sulaiman II. Puan Noriha berkata, mengenang nasib yang dialami ketika zaman kekalahan, beliau menyarankan kepada suami supaya tidak menerima tawaran sebagai calon ketika Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008 lalu. Katanya, minat mendalam dalam dunia politik dan hasrat ingin membantu rakyat, YB tidak menghiraukan saranannya dan menerima tawaran itu di saat akhir. “Sokongan padu rakyat yang inginkan sua-

mi kembali memimpin DUN Alor Limbat selepas berasa perit ketika pemerintahan Pas, YB terimanya dengan hati terbuka. “Demi minat suami, saya menyokongnya sepenuh hati dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai isteri wakil rakyat,” katanya yang mempunyai hobi memasak dan melancong. Puan Noriha berazam, selagi berupaya dan diizinkan Allah S.W.T, dia dan suami akan menjalankan tugas sebaik mungkin.


2

Jumaat, 15 Januari 2010

DESTINASI

tk

16

Projek Kenyir Island Hoping Tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara merupakan destinasi pelancongan terunggul di Terengganu. Gambar oleh Zulkipli Putra

Oleh Suriati Ali

Santuari Gajah tarikan baru di Tasik Kenyir.

Tasik Kenyir yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Kuala Terengganu adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai keunikan tersendiri berbanding destinasi pelancongan lain sama ada di dalam mahu pun luar negara. Tasik yang mempunyai 340 pulau kecil, menempatkan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat sememangnya terkenal di kalangan pelancong asing dari pelbagai negara. Berdasarkan sejarah, tasik buatan manusia ini dahulunya merupakan sebuah perkampun-

gan dan kawasan berb diliputi hutan tebal se kilometer persegi. Ia dibina bertujuan kuasa elektrik selain infrastruktur penting s dahan air hujan dan Terengganu. Sejak wujudnya tas 1988, perkampungan tarnya terutama Kua menjadi terkenal di m tidak langsung turut m sumber ekonomi rakya eri. Aktiviti seperti me resort, perkhidmatan nyelusuri sungai, men memancing, berkayak hutan, memandu kend


Jumaat, 15 Januari 2010 cuan empat roda, berkhemah, turut diwujudkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sebagai langkah menarik minat jutaan pelancong di serata dunia. Cukup mudah jika pelancong ingin ke Tasik Kenyir kerana terdapat pelbagai laluan alternatif. Apabila tiba di lokasi itu dan ingin menuju ke beberapa pulau serta menginap di resort, mereka perlu menggunakan perkhidmatan bot bertingkat atau bot kaca yang sedia menunggu di jeti Pengkalan Gawi. Sekiranya ingin mendapat lebih keselesaan, pelancong boleh mendapatkan perkhidmatan `feri cruise’ dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan feri bertingkat ini cukup menyelesakan kerana dicipta khas menggunakan konsep terbuka di mana penumpang boleh melihat pemandangan di luar. Feri Cruise disediakan kerajaan negeri bertujuan meningkatkan mutu pengangkutan sedia ada, selain menampung kedatangan pelancong yang semakin meningkat. Bakal dilengkapi kemudahan kereta kabel yang menghubungkan antara Pulau Gawi dan Pulau Poh sepanjang 500 meter,

menambahkan lagi aktiviti sedia ada selain memudahkan pelancong menuju ke Taman Tema Air. Dengan adanya infrastruktur itu nanti, pelawat boleh memilih sama ada menggunakan bot atau kereta kabel. Pengurus Besar Ketengah Encik Hamzah Ngah berkata, apa yang membanggakan, jumlah pengunjung ke Tasik Kenyir semakin meningkat setiap tahun di mana 150,000 pelancong tempatan dan luar negara dicatatkan tahun lalu. “Graf Kajian Peningkatan Pelancong dijangka lebih meningkat selepas terlaksananya projek Kenyir Island Hoping (KIH) yang dilengkapi pelbagai kemudahan canggih dan moden. `“Buat permulaan, projek ini mendapat suntikan RM50 juta daripada kerajaan negeri dengan menaiktaraf sepuluh pulau yang terletak di kawasan utara, Pengkalan Gawi dengan menekankan konsep berbeza,� katanya. Menurutnya, di pulau itu nanti bakal diusahakan, Taman Rama-Rama, Taman Orkid, Taman Tropika, Taman Burung, Taman Anggur dan taman tema. Dalam perancangan Santuari Kelah kedua turut diwujudkan di Sungai Cacing.

Air terjun Lasir

Janakuasa elektrik Sultan Mahmud

bukit yang eluas 2,600

n menjana n menjadi sebagai tan sungai di

Senja di hulu Sungai Petuang

Gua Bewah

Sabtuari Kelah Sungai Pertang

sik itu pada n di sekiala Berang mana secara menambah at dan neg-

enginap di golf, mengenal gua, k, meredah deraan pan-

Panorama pagi di Tasik Kenyir

Flora dan fauna

2 tk


2 tk

ms 12 & 13


rencana

MIMBAR Dikeluarkan oleh JHEAT

Jumaat, 15 Januari 2010

Azam tahun baru

M

arilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan ke hadrat Allah Taala dengan menjunjung segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangannya, sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang bertakwa kepadanya. Sementara kita mengakhiri tahun 2009 ini dan menghadapi kedatangan tahun 2010, sudah tentu amat wajar bagi setiap muslim mengimbau kembali masa setahun yang telah berlalu itu untuk menilai bagaimana masa masa tersebut dihabiskan. Ia tentunya banyak meninggalkan seribu satu kenangan,sama ada yang manis mahupun yang pahit. Mungkin dalam setahun itu, kita banyak memperolehi kebaikan dan keuntungan, dan mungkin juga dalam masa yang sama kita juga melakukan keburukan dan mengalami kerugian duniawi dan ukhrawi. Sidang jemaah yang diberkati Allah sekalian, Allah s.w.t dalam a-Quran) pernah berfirman yang bermaksud, “ Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah di akhirat kelak.” Ungkapan ini memberi peringatan kepada kita, betapa perlunya muhasabah diri dan bagaimana ia berupaya bertindak sebagai alat persiapan yang akan menentukan kejayaan di samping mengelak kita daripada penyesalan yang tiada penghujungnya. Muhasabah diri ini juga, bukan sahaja boleh membantu kita merancang masa depan yang lebih baik, malah ianya akan menginsafkan kita akan betapa pentingnya perancangan rapi itu sendiri supaya dengannya kita dapat menghayati maksud firman Allah Taala dalam al al-Hisyar ayat 18 : maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah ( Dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan( diri amal-amalnya) untuk hari esok ( hari Akhirat ). Dan ( sekali lagi diingatkan ), bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” Sidang jemaah yang diberkati Allah sekalian, Perlu diinsafi di sini bahawa dengan bersilih gantinya tahun, bermakna umur kita pun sudah semakin lanjut dan ajal maut pun semakin dekat. Oleh itu, setiap muslim sewajarnya merebut kesempatan yang agak terbatas ini, untuk mengisi tempoh kehidupan yang serba singkat ini, dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Taala. Janganlah pula sekali-kali, kita terus terpedaya dengan pesona kepada Allah. Dalam hal ini, apa yang pasti setiap muslim hanya boleh merancang dan berusaha dengan pelbagai persiapan yang teliti dan rapi, demi memastikan agar dia mampu terus bersedia menghadapi masa depan yang datang bersama berbagai cabaran, perubahan masa depan yang akan ditempuhi dengan aneka perubahan pesat yang berlaku di seluruh dunia. Hasilnya, dunia kini seolah-olah

19

Meningkatkan ketakwaan menghindar daripada melakukan keburukan dan mengalami kerugian duniawi dan ukhrawi.

menjadi medan pertaruhan sengit bagi menentukan seseorang atau sesuatu umat itu berjaya atau kecundang. Ada manusia yang berjaya menjadi pemimpin dan ada pula manusia yang sanggup menjadi pak turut. Sidang jemaah yang dirahmati Allah sekalian, Pada kebiasaannya, kehadiran tahun baru disambut oleh umat manusia sejagat dengan membulatkan tekad dan membina azam baru, agar tahun baru yang menjelang ini, bakal menjanjikan sinar kebahagiaan dan nikmat kejayaan yang diimpi-impikan. Malah, setiap manusia yang mengharungi alam maya ini, mempunyai azam masing-masing yang ingin dilaksanakan dan dijayakan sepanjang tahun 2010 ini agar cita-citanya tercapai. Ada sebahagian manusia yang berazam hendak menjadi kaya raya, tidak kurang juga yang berazam, ingin berjaya dalam hidupnya. Terdapat juga manusia yang berazam meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Pendek kata, bentuk azam itu sendiri bersifat subjektif berdasarkan kehendak dan naluri manusia didalam kehidupannya. Keadaan ini berbeza pula dengan generasi muda-mudi dialaf baru, yang menyambut kedatangan tahun baru dengan pelbagai acara sambutan seperti persembahan konsert nyanyian, jamuan tahun baru, pertunjukan bunga api dan lain-lain acara dengan matlamat mencari keseronokan dan menurut naluri hawa nafsu yang sentiasa mendorong manusia kearah kelalaian dan kesesatan. Semasa menyambut tahun baru, setiap insan sewajarnya merenung diri dan melakukan muhasabah terhadap berbagai-bagai peristiwa dan kisah yang telah berlaku sepanjang tahun 2009, sebagai bahan iktibar dan pengajaran. Bak kata pepatah Melayu “ yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.” Renungan, penilaian dan mahasabah diri ini amat penting dalam kehidupan setiap insan, sebelum dia memasang azam dan seterusnya menjayakannya dalam tahun-tahun yang akan datang. Allah s.w.t berfirman dalam

surah al-Imran ayat 140: Maksudnya: “ dan demikian itulah keadaan hari-hari ( dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan ia sesama manusia ( supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata yang diketahui Allah, tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya) dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan ( ingatlah) Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Sidang jemaah yang dirahmati Allah Sekalian, Justeru, awal tahun baru merupakan saat dan detik yang sesuai untuk umat Islam berazam, bertekad dan berubah untuk mengakhiri segala macam kemelut, krisis, kepincangan dan musibah yang menimpa mereka. Dalam erti kata lain, umat Islam perlu berubah untuk menuju ke arah matlamat yang disasarkan, merencanakan hala tuju dan merakyat wawasan kecermerlangan dalam pelbagai lapangan hidup. Untuk itu, perubahan yang paling utama sekali dilakukan bermula daripada diri sendiri dahulu. Ini kerana untuk memertabatkan bangsa Malaysia tercinta, menyelamatkan maruah masyarakat Malaysia dan mengukuhkan institusi keluarga, harus bermula daripada pembinaan insan iaitu individu itu sendiri. Dalam hal ini, Allah Taala telah menegaskan melalui firmannya dalam surah al-Ro’ad ayat 11 : maksudnya : seseungguhnya Allah Taala tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” Ayat suci di atas menjelaskan bahawa sesuatu kaum yang hidup senang lenang dan aman damai adalah kerana mempunyai keimanan dan ketaatan kepada Allah S.w.t serta mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji. Okeh itu Alllah tidak akan mengubah keadaan mereka yang baik itu, sehinggalah mereka sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, daripada iman dan taat kepada kufur dan maksiat, dan daripada akhlak yang mulia kepada akhlak yang keji, kerana segala sifat dan perbuatan yang jahat

dan keji itulah, antara punca utama yang membawa kepada kehancuran. Dalam hal ini, Saidina Ali Bin Abi Talib Koromallah Wajhah, pernah berkata: “ Sesiapa yang menghabiskan masa harian tanpa ada had yang dilaksanakannya, tanpa ada kewajipan yang ditunaikannya, tanpa ada kemuliaan yang dibinanya, tanpa ada kepujian yang diperolehinya, tanpa ada kebajikan yang dilakukannya, tanpa ada ilmu yang dipetiknya, maka sesungguhnya dia telah menderhakai masa hariannya itu. Akhirnya amat wajarlah setiap muslim merenung dan bermuhasabah secara mendalam. Bab kata pepatah “ sediakan payung sebelum hujan.” Maka sediakanlah bekal didunia sebelum belayar kealam ahkhirat yang abadi, agar setiap daripada kita tidak menyesal dikemudian hari nanti. “ Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengejakan amalan soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar) surah al- Asr ayat 1-3. Marilah sama-sama kita meningkatkan penghayatan ajaran Islam dan seterusnya mempertingkatkannya dalam kehidupan kita seharian. Sehubungan itu, kita dituntut untuk meningkatkan lagi iman kita, melipatgandakan amal soleh dan juga memperelokkan akhlak terpuji dalam mengisi sisa-sisa hidup yang masih berbaki di muka bumi Allah Taala ini. Dengan adanya keharmonian ketigatiga tonggak utama Islam, iaitu pemantapan iman, istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah dan perhiasan sahsiah diri dengan akhlak islam dalam kehidupan muslim, nescaya orang islam akan Berjaya dalam membentuk kesatuan ummah yang padu, kecemerlangan dalam segala lapangan dan kebahagiaan abadi didunia dan diakhirat. Firman Allah tTala dalam surah Baqarah ayat 227. Maksudnya : “ sesungguhnya orangorang yang beriman dan beramal soleh, mengerjakan solat serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan ( diri berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Sidang jemaah yang dirahmati Allah sekalian, Sebagai umat islam kita sentiasa mengharapkan keberkatan dan keredhaan ilahi dalam menjalani kehidupan ini. Oleh itu marilah sama-sama kita menyambut tahun baru 2010 ini dengan penuh keazaman, tekad dan semangat sebagaimana berikut : pertama – bersamasamalah kita hayati kehidupan ini dengan mempertingkatkan amalan soleh dan menjauhi segala perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT . Kedua – bersama-samalah kita memelihara dan mengawal diri dan keluarga kita dari segala sifat yang tercela sepanjang masa. Ketiga – Bersama-samalah kita melaksanakan tugasan-tugasan yang diamanahkan kepada kita, samaada terhadap negara mahupun masyarakat dengan penuh rasa tanggungjawab.


20

Jumaat, 15 Januari 2010

amam

Sanggup berlapar untuk rawat anak Oleh Suriati Ali

“Demi permata hati tercinta, saya dan suami Zamri Muda, 37, sanggup berkorban segalanya sehingga kadang kala terpaksa menahan kelaparan sehari suntuk. “Duit yang ada terpaksa didahulukan bagi merawat penyakit anak bongsu Muhammad Idham Izuan, 9 bulan, yang menghidapi jantung berlubang kerana tidak sanggup mendengar rengekkan dan tangisan”, keluh seorang ibu Norazura Yusof, 26. Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kujungan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, bersama Isteri To’ Puan Norliza Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Batu Rakit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Agama Negeri, YB Encik Khazan Che Mat di rumahnya, Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Dalam kunjungan itu, Dato’ Ahmad menghulurkan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban. Adik Muhammad Idham bukan sahaja menghidap penyakit jantung berlubang malah turut dikesan mempunyai saluran darah terbalik dan saluran penafasan sempit sebaik dilahirkan awal April lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Doktor yang merawat adik Idham mengesahkan penyakit itu selepas tiga hari dilahirkan dan ketika berusia lapan hari dinasihatkan supaya mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Apabila genap usia 27 hari, pembedahan pertama dimulakan untuk merawat saluran penafasan sempit dan kemudiannya merawat saluran darah terbalik pada usia empat bulan. Kos rawatan bagi kedua-dua penyakit itu berjumlah RM70 ribu dan

ditanggung sepenuhnya Tabung Kebajikan IJN. Sekiranya mempunyai tahap kesihatan memuaskan, adik Idham bakal dibedahkan untuk kali terakhir pada Februari ini bagi memulihkan penyakit jantung berlubang. Kos bagi tujuan itu dianggarkan RM46,000. Lebih memilukan, komplikasi daripada tiga jenis penyakit itu, anak Norazura turut dikesan menghidapi paru-paru berair. Norazura berkata, kunjungan menteri besar bersama rombongan memberi seribu rahmat kepada keluarganya yang sebelum ini buntu mencari sumber kewangan bagi merawat penyakit Idham. “Kata-kata Dato’ Ahmad yang berjanji akan menangung kos perjalanan bagi berulang alik merawat anak di IJN diucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga. “Sebelum ini suami terpaksa tebalkan muka

Norazura bersama anaknya, Muhammad Idham Izuan yang menghidap jantung berlubang dilawati Menteri Besar dan isteri di Kampung Pengkalan Atap.

mengharapkan belas ihsan sanak-saudara dan jiran untuk tujuan itu terutama ketika kesuntukan duit kerana tidak dapat meraih rezeki di laut,” katanya. Katanya, rezeki suami sebagai nelayan tidak menentu, sekiranya dapat banyak ikan, legalah sedikit perbelajaan harian kami, jika sebaliknya dan musim tengkujuh, ia cukup menyeksakan sehingga terpaksa mencatu maka-

RM10 juta bantu pesakit kronik

Amran (tengah) menunjukkan tulang belakang anaknya, Nur Zahirah, yang mengalami penyakit saraf kepada Dato’ Ahmah.

Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM10 juta bagi memberi rawatan kepada penghidap pelbagai penyakit kronik seperti jantung, buah pinggang dan kanser di negeri ini, tahun depan. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, semua rakyat tanpa mengira kedudukan yang menghidap penyakit kronik boleh berhubung dengan pegawai di pejabatnya untuk mendapatkan bantuan daripada dana penyakit kronik yang diwujudkan kerajaan negeri mulai Januari 2010.

“Kerajaan bersedia membiayai para pesakit kronik ini di mana-mana hospital pakar dalam negara atau luar negara,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi dua pesakit kronik di taman Perumahan Awam Kos Rendah (RAKR) Bukit Tunggal, Kuala Terengganu baru-baru ini. Nur Zahirah Amran, 10, anak seorang kakitangan Sumai Engenering, Chendering, Amran Abu Bakar, yang mengalami penyakit saraf akan dirujuk kepada pakar saraf untuk mengetahui kaedah rawatan set-

erusnya. Manakala adiknya Ainul Hayat, 8, pengidap jantung sudah mendapat pengesahan untuk membuat pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 10 Januari depan. Dato’ Ahmad berkata, kerajaan negeri akan berusaha selagi terdaya bagi mengubati penyakit rakyat walaupun jika terpaksa menghantar mereka menerima rawatan ke luar negara. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak terutama ketua kampung, agar mengenal pasti

anak buah mereka yang mengidap penyakit kronik untuk menerima rawatan di mana-mana hospital yang bersesuaian. “Saya tidak mahu, bila keluar surat khabar baru nak bertindak dan saya juga tak mahu rakyat salah faham dengan kehadiran saya ke rumah-rumah pesakit berkenaan,” katanya. Katanya, pihak JKKK harus lebih peka dan perihatin mengenai hal-hal yang berlaku terhadap masyarakat dan terus bertindak bila ada kes seperti pesakit kronik dengan memaklumkannya kepada kerajaan. Dato’ Ahmad juga turut mengulas perkembangan tujuh pelajar cacat penglihatan yang terpilih untuk menerima rawatan dan setakat ini dua orang telah selamat menjalani pembedahan dan mereka berada dalam keadaan sihat dan dapat melihat alam maya. “Saya dimaklumkan, pelajar yang selamat menjalani pembedahan itu menangis apabila buat pertama kali dapat menatap wajah ibunya kerana selama ini dia tidak pernah mengenali ibunya kecuali mendengar suara,” katanya.

nan. “Dalam masa sama, kami terpaksa memikirkan sumber kewangan untuk merawat Idham di klinik swasta jika mengalami derencana mam serta asma dan perbelanjaan sekolah tiga lagi anak. “Walaupun harga rawatan dan ubat tidak sampai RM50, tetapi jumlah itu cukup berharga bagi kami yang sentiasa kesuntukkan duit,” katanya mempunyai

empat cahaya mata berusia 9 bulan hingga 10 tahun. Norazura berkata, setiap bulan dia terpaksa mendapatkan rawatan susulan Idham di HSNZ dengan menaiki bas. Bagi meringankan bebanan, kerajaan negeri akan membantu apa yang diperlukan termasuk kos perjalanan. Bagi kos rawatan penyakit Idham ditanggung sepenuhnya oleh IJN.

Kakitangan SPYIT terima ‘durian runtuh’ Seramai 20 kakitangan Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu (SPYIT) mendapat durian runtuh apabila kerajaan negeri bersetuju membayar ex-gratia berjumlah RM234,409.50. Pembayaran ex-gratia sebanyak 7.5 peratus adalah berasaskan gaji terakhir mereka sebelum syarikat itu diswastakan dan bilangan bulan tempoh berkhidmat mula dilantik sehingga Disember tahun ini. “Langkah ini diambil memandangkan kakitangan terbabit yang menerima opsyen untuk menjadi kakitangan SPYIT dengan tidak dibayar apa-apa ganjaran,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said kepada pemberita pada majlis penyerahan ex-gratia kepada kakitangan SPYIT di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, barubaru ini. Sebelum ini mereka adalah kakitangan Yayasan Islam Terengganu dan bertugas di Percetakan Yayasan, tetapi

mulai Oktober 1985 ia diswastakan dan mereka menerima opsyen dengan bekerja di syarikat tersebut. “Atas rasa tanggungjawab, Lembaga Yayasan Islam Terengganu bersetuju membayar ex-gratia kepada mereka sebagai saguhati,” katanya. Katanya, rata-rata mereka ini sudah berkhidmat antara 16 hingga 28 tahun dan saguhati yang diterima adalah antara RM6,502 hingga RM21,656 seorang. Seorang penerima, Haji Ramly Deraman melahirkan rasa syukur dengan apa yang diterima hari ini dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang mengambil berat terhadap kebajikan rakyat. Beliau yang menerima RM14,659 benarbenar terharu dan amat berterima kasih kepada Menteri Besar yang melaksanakannya selaras dengan konsep yang diuar-uarkan `merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’.


Jumaat, 15 Januari 2010

am

UNESCO iktiraf Batu Bersurat Oleh Aida Abd Rahman

Batu Bersurat Terengganu sebagai bahan yang membuktikan Islam sudah lama bertapak di Terengganu dan Malaysia amnya mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Daftar Memori Dunia Antarabangsa (MWIR). Berdasarkan rekod sejarah, bahan artifak negara itu ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 1899. Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Rais Yatim berkata, Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa (IAC) yang bermesyuarat di Barbados, 31 Julai lalu memberi pengiktirafan itu bagi me-

mastikan khazanah warisan berharga negara itu terus terpelihara untuk diwarisi generasi akan datang. Batu Bersurat itu menjadi pengiktirafan keempat diterima di bawah kategori MWIR selepas hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu dan Suratsurat Sultan Abdul Hamid pada tahun 2001. Dalam pada itu, pencalonan untuk batu bersurat itu telah dibuat bersama-sama dengan Poskad Negeri-Negeri Selat pada Mac 2008 oleh kementeriaannya melalui Jabatan Warisan Negara. Dato’ Seri Dr. Rais menjelaskan, semasa IAC membuat pertimbangn pengiktirafan tersebut, pihak terbabit hanya menerima dan menyenaraikan Batu Bersurat. Beliau berkata, kementerian dan Jabatan Warisan Negara memutuskan un-

tuk mengekalkan artifak itu di Muzium Terengganu kerana ia lebih wajar diletakkan di tempat asal penemuan bahan sejarah itu. Pengiktirafan kali keempat selepas pengiktirafan yang diberikan di bawah kategori sama kepada Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu dan Surat-surat Sultan Abdul Hamid yang diperoleh Malaysia secara tidak langsung mampu menaikkan semangat jati diri dan kebangsaan rakyat negara ini. Kewujudan Batu Bersurat ini dikatakan disedari oleh Saiyed Husin Ghulam Al-Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan, di mana beliau meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala

Terengganu, batu ini telah dipersembahkan kepada Sultan Terengganu ketika itu, Sultan Zainal Abidin III dan kemudiannya ditempatkan di atas Bukit Puteri. Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, ia dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura. Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali artifak itu sebagai bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Terengganu. Isi teks Batu Bersurat ini dikatakan tertulis mengenai undang-undang

DATO’ SERI RAIS YATIM

seorang raja dan catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi serta menerangkan hukum-hukum Islam termasuk mengenai maksiat dan segala kemungkaran. Malah, catatan itu dipercayai sebagai buku kedatangan Islam di Terengganu pada tahun 1303, Batu Bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum dipndahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Kakitangan awam diminta setia pada kerajaan Kakitangan kerajaan diingatkan supaya terus memberi taat setia mereka kepada kerajaan negeri dan menyokong pemimpin negeri ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong, pada masa sama turut mengingatkan kakitangan awam supaya sentiasa mematuhi peraturan Seramai 1,200 anak Terengganu yang bekerja dan menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai mendapat khabar gembira apabila Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan RM100,000 bagi menaja lawatan sambil belajar ke luar negara. Menteri Besar Dato’ Ahmad Said mengumumkan perkara itu pada majlis temu mesra mahasiswa, mahasiswi dan staf anak Terengganu bersama Menteri Besar, di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Skudai, Johor, baru-baru ini. Dato’ Ahmad berharap peruntukan besar itu mampu memberi kesan positif dan berupaya meningkatkan lagi tahap pencapaian akademik pelajar Persatuan Mahasiswa/ wi Terengganu (Permata)

dan bekerja secara telus kerana perlakuan mereka di pejabat menggambarkan imej kerajaan di mata masyarakat. “Setiap kakitangan sama ada yang berstatus tetap, sementara, kontrak mahu pun sambilan, perlu mematuhi displin yang ditetapkan dan berusaha membaiki kelemahan

diri,” katanya. Beliau berkata demikian dalam amanat terakhir sempena Perhimpunan Bulanan dan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan November dan Disember, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Pada majlis itu, Dato’ Mokhtar turut mengu-

mumkan Pengawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah bakal memangku jawatan Setiusaha Kerajaan Negeri sepanjang tempoh beliau bercuti selama tiga bulan, mulai 15 Januari ini. Dato’ Mokhtar yang memegang jawatan itu dua tahun lalu mengumumkan bahawa beliau akan ber-

sara mulai 15 April. Beliau turut menyampaikan Sijil ISO 9001: 2008 kepada Timbalan Setiusaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Haji Husain Embong yang diraih baru-baru ini.

Hadiah RM115,000 buat Permata UTM UTM. Selain RM100,000, kerajaan negeri turut meluluskan RM15,000 bagi menggerakkan aktiviti dan menjaga kebajikan ahli Permata UTM. “Dengan peruntukan besar itu saya harap kuota anak Terengganu yang berjaya dalam akademik selain dapat meneruskan pengajian ke luar negara lebih besar berbanding negeri lain. “Malah, peruntukan ke luar negara mungkin ditambah jika perlu dan kerajaan negeri akan membincangkan perkara itu

secara terperinci selepas ini,” kata beliau. Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud; Naib Canselor UTM, Profesor Ir Zaini Ujang; Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Md Kamaru Al-Amin Ismail dan Presiden Permata UTM, Mohd Faizal Mustafa. Dalam majlis itu, pelajar Permata UTM kemudiannya menyerahkan plak tanda sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri dan baju kenangkenangan kepada beliau sebelum majlis berakhir.

Menteri Besar Terengganu menerima cenderahati berupa tandatangan khas mahasiswa dan mahasiswi UTM kepada beliau.

Selain itu, pelajar turut berpeluang mengemukakan soalan dan pandangan secara terus kepada Menteri Besar ketika sesi dialog yang berlangsung setengah jam. Sikap terbuka kepimpinan kerajaan juga terserlah apabila Menteri

Besar dengan bersahaja memaklumkan dua nombor telefon peribadi beliau kepada pelajar UTM bagi memudahkan mereka berinteraksi sama ada untuk mengemukakan pandangan atau persoalan yang berkaitan pendidikan dan dasar kerajaan negeri.

21

Ternakan kambing sektor utama 2010 Projek ternakan kambing bakal muncul sebagai industri utama sektor pertanian negeri ini apabila lapan Lembah Kaprima yang boleh menampung 4,800 ekor induk kambing akan beroperasi di seluruh negeri bermula 2010. Pada masa yang sama, sebanyak 170 projek skim mikrokaprima turut beroperasi yang melibatkan 1,700 ekor induk, manakala bagi skim itu, kerajaan akan mengagihkan induk kambing kepada penduduk kampung bagi dibela. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Haji Rozi Mamat, berkata projek berskala besar yang mampu menjana perolehan pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM700 sebulan itu juga harus disertai dengan penglibatan pihak swasta. “Ini merupakan tambahan kepada sejumlah 23,000 ekor induk yang sedia ada dalam sistem pembangunan kambing di negeri ini,” katanya di majlis pelancaran produk dan pemasaran kambing serta hasilan kambing 2010, barubaru ini. Sebanyak 30,000 ekor kambing muda dihasilkan setiap tahun dan kambing-kambing itu untuk pelbagai kegunaan termasuk tujuan penyembelihan dianggarkan 15,000 ekor setahun. Pada penghujung 2010, kerajaan menyasarkan kuantiti output daging kambing dijangka mencecah 260 tan metrik berbanding tahun semasa (2009) yang mencapai 140 tan metrik. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah membelanjakan sebanyak RM23.6 juta sehingga 2009 untuk pembangunan ternakan kambing negeri.


22

Jumaat, 15 Januari 2010

amam

Terengganu bentang bajet seimbang Oleh Aida Abd Rahman

Kerajaan Terengganu membentangkan dasar pengurusan bajet seimbang membabitkan peruntukan RM1.881 billion bagi 2010. Peruntukan itu bertambah RM1.45 juta atau 0.08% jika dibanding dengan peruntukan tahun lalu yang mencerminkan dasar perbelanjaan kerajaan lebih berhemah berpandukan kepada keupayaan pungutan hasil negeri. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata peruntukan ini disediakan untuk membiayai Perbelanjaan Bekalan, Perbelanjaan Tanggungan dan Perbelanjaan Pembangunan sejajar dengan anggaran hasil bagi 2010. Katanya, anggaran hasil sebanyak RM1.881 bilion pada 2010 dijangka meningkat sebanyak 81.90 juta ringgit atau 4.55% berbanding anggaran hasil 2009. Daripada jumlah anggaran hasil itu, RM1.731 billion atau 92% adalah

diunjurkan diperolehi dari sumber Kerajaan Pusat termasuk royalti petroleum, sementara bakinya RM163 juta atau 8% adalah daripada sumber negeri sendiri. Dato’ Ahmad berkata, bajet berkenaan akan diperuntukkan untuk membiayai Perbelanjaan Mengurus RM64.4 juta melibatkan Perbelanjaan Tanggungan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan RM1.817 billion untuk Perbelanjaan Bekalan. Bagi Perbelanjaan Bekalan, sejumlah RM1.401 billion diperuntukkan bagi pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM208.77 juta untuk Emolumen, RM168.99 juta bagi Perkhidmatan dan Bekalan, manakala RM37.27 juta untuk Aset dan RM1.16 juta lagi bagi lain-lain perbelanjaan. Menteri Besar berkata, peruntukan yang besar disediakan menerusi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap terutama

Tengku Sri Panglima Raja menyampaikan anugerah pada sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Taman Tamadun Islam.

Mantap ukhwah, perkasa umat Islam memberikan perhatian yang amat penting terhadap persoalan persaudaraan dengan menyuruh umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara ukhwah kerana ia merupakan asas kekuatan umat Islam. Di samping itu, ia juga menambahkan keimanan dan ketakwaan dalam diri setiap muslim, selain menjadi landasan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan saling beker-

jasama antara satu sama lain. “Setinggi-tinggi darjat persaudaraan di sisi Islam adalah yang dihasilkan menerusi persahabatan dan persaudaraan berlandaskan ikatan akidah yang satu serta rela berkorban melakukan apa sahaja kebaikan untuk orang lain. “Keadaan ini telah dibuktikan oleh Rasulullah dalam usaha mempersaudarakan anatara kaum Muhajirin dan

bagi pemberian caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri (RM500 juta), caruman kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri (LTAWNT) (RM230 juta), caruman kepada penguasa-penguasa tempatan & agens kerajaan (RM266 juta). Manakala bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat melibatkan RM49 juta dan pemberian bagi pelbagai program di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Vote B32-pelbagai perkhidmatan pula melibatkan peruntukan RM267.72 juta. “Membelanjakan kesemua hasil yang bakal diperolehi adalah perlu demi menjana pembangunan dan memastikan kesejahteraan rakyat. Kerajaan akan memberi penekanan kepada kesan (outcome) dan impak kepada rakyat. “Pada masa yang sama Kerajaan akan memastikan perbelanjaan dilakukan secara lebih berhemat dan melaksanaAnsar di kota Madinah sehingga melahirkan umat yang sanggup berkorban apa sahaja demi saudara seagama dan ini telah memberi kekuatan kepada umat Islam, “ kata Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja, pada majlis pelancaran sambutan Ma’al Hijrah peringkat negeri Tahun 1431H/2009M di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, isteri beliau To’ Puan Sri Wan Hidayah Wan Ismail; Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat. Tengku Sri Panglima berkata, malangnya umat Islam hari ini berada dalam satu keadaan yang amat mendukacitakan, di mana Islam menyeru umatnya bersatu-padu dan berkasih sayang.

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu

kan langkah berjimat cermat tanpa menjejaskan prestasi, produktiviti dan kualiti perkhidmatan penjawat awam serta program dan projek yang telah dirancang dilaksanakan mengikut jadual,” katanya sewaktu membentangkan Bajet 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman, pada 21 Disember lalu. Menurut beliau, langkah berkenaan bertepatan bagi membendung perbelanjaan daripada meningkat dengan ketara di samping memperbaiki

kedudukan akaun kerajaan sesuai dengan pendekatan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Dalam pada itu, Akaun Hasil Disatukan telah mengalami defisit sebanyak RM424.96 juta pada tahun 2008 berbanding defisit RM278.42 juta tahun 2007. “Seperti yang saya jelaskan pada tahun lalu semasa pembentangan Bajet 2009, defisit ini adalah disebabkan kerajaan tidak menerima sepenuhnya Pemberian Dana Khas daripada Kerajaan Persekutuan sebagaimana anggaran dalam Bajet 2007 dan 2008,” kata beliau. Kekurangan dalam Akaun Hasil Disatukan ini telah menyebabkan baki Kumpulan Wang Disatukan Negeri susut dari RM492.35 juta pada 2007 kepada RM404.65 juta pada 31 Disember 2008. Bagaimanapun, kerajaan berharap defisit dalam akaun ini akan dapat dikurangkan secara berperingkat dengan penerimaan

Dana Khas dari Kerajaan Persekutuan. Kedudukan Kumpulan Wang Pembangunan telah menjadi lebih baik kerana baki defisit RM79.16 juta pada 2007 dapat dipulihkan dan menjadi positif RM28.62 juta pada 31 Disember 2008 setelah mengambil kira RM713.35 juta perbelanjaan pembangunan pada tahun berkenaan. Sementara Kumpulan Wang Bekalan Air pula terus mengekalkan baki positif tetapi menurun sedikit daripada RM134.72 juta pada 2007 kepada RM128.43 juta pada 31 Disember 2008. Penurunan ini disebabkan perbelanjaan pembangunan projek bekalan air yang meningkat kepada RM86.52 juta pada 2008 berbanding RM46.92 juta pada 2007. Pemberita mendapatkan maklumbalas daripada Menteri Besar selepas pembetangan bajet 2010.

Sidang DUN uji kematangan wakil rakyat Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menganggap `sikap kurang matang ’ segelintir wakil rakyat kerajaan ketika berbahas dan mengajukan soalan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-12 baru-baru ini adalah perkara biasa. Malah, beliau tetap akan menjawab `soalan panas’ itu untuk menyampaikan perkara sebenar kepada wakil rakyat yang mewakili kawasan masing-masing. “Saya akan menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh semua pihak. Malah, saya bersyukur kerana melihat perubahan di kalangan wakil rakyat daripada kerajaan sendiri yang telah mula mengemukakan soalan untuk dijawab oleh kerajaan negeri. “Ini satu petanda baik walaupun kadang kala kita lihat cara soalan dikemukakan tidak seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan yang mana tindakan

mereka seolah-olah seperti dari parti pembangkang, tapi kita tidak kisah kerana kita perlu menjawab dan menyampaikan apa yang dilakukan pihak kerajaan,” kata beliau ketika sidang media sejurus pembentangan Bajet 2010 di persidangan Dun kali ke-12, pada 21 Disember lalu. Beliau berkata, persidangan Dun menjadi medan penilaian semua pihak khususnya rakyat mengenai keintelektualan dan kematangan setiap wakil rakyat sama ada di pihak kerajaan serta pembangkang ketika mengajukan soalan mahupun membuat penjelasan dalam setiap isu yang diketengahkan. Menteri Besar menjelaskan bahawa beliau tiada sebarang masalah dengan senario yang berlaku sepanjang persidangan berkenaan dan perkara itu bagi beliau hanyalah lumrah biasa. “Saya tidak kisah kalau soalan yang diajukan sen-

gaja untuk mencari kelemahan kerajaan, kerana kita mempunyai jawapan untuk disuarakan. Tetapi jika mereka sendiri yang tidak datang ke sidang Dun sebelum ini, tidak datang ke pejabat, bagaimana nak dapatkan maklumat atau gambaran sebenar. “Perkara ini mudah sahaja, kerana akhirnya ia akan terpercik ke muka sendiri dan menggambarkan kedangkalan kita,” katanya. Bagaimanapun, sebagai ketua kerajaan beliau akan mengambil langkah yang sewajarnya dan memberi jawapan yang berasaskan fakta yang tepat, benar dan sebaik mungkin dari pelbagai sumber. Menteri Besar menjelaskan apa yang lebih penting adalah setiap wakil rakyat perlulah menggunakan peluang dan kemeriahan persidangan Dun dengan sebaik mungkin bagi menyuarakan kehendak rakyat di kawasan masing-masing.


sukan

Jumaat, 15 Januari 2010

23

Terengganu sasar 64 emas Sukma

Perdana Menteri menyampaikan hadiah kepada Pasukan Black Match Racing selepas muncul juara baru Piala Monsun 2009. Oleh Suriati Ali

Pasukan Black Match Racing dari New Zealand muncul juara Kejohanan Piala Monsun dengan mencatat kemenangan 3-0 ke atas Origin dari Britain dalam aksi akhir di Pulau Duyung, Kuala Terengganu, Dengan kemenangan itu, Black Match Racing yang dikendali juragannya, Adam Minoprio, berjaya membawa pulang RM360,000, trofi Piala Monson dan Piala Dunia World Match Racing Tour (WMTR). Juragan pasukan itu menduduki carta teratas selepas sembilan acara WMRT musim ini

Minoprio juara baru Piala Monsun dengan mengumpul 138 mata ekoran kejayaan di Piala Monsun dan tempat kedua disandang oleh Torvar Mirsky (pasukan Mirsky Racing dari Australia) dengan 97 mata. Manakala tempat ketiga Ben Ainslie (pasukan Origin) dan keempat Datuk Peter Gilmour (Yanmar Racing) 93 mata.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek , Pengerusi Jawatakuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Haji Za’abar Mohd Adib. Hadiah kemenangan

disampaikan Datuk Seri Najib dengan diiringi Datuk Ahmad Shabery. Kejohanan selama lima hari bermula 2 Disember lalu menyaksikan 12 pasukan dari seluruh dunia bertarung bagi merebut piala berprestij itu. Semua pasukan yang bertanding layak menerima wang tunai RM50,000 walaupun berada di tangga terakhir.

Pelbagai aktiviti moden dan tradisional disajikan bagi menarik minat pengunjung ke lokasi kejohanan yang diadakan secara tahunan itu. Antaranya, pameran barangan kraftangan Terengganu, gerai jualan, pertandingan perahu panjang, bola sepak pantai, futsal, bola jaring, mini konsert dan sukan rakyat.

Habuan berganda buat atlet Sukma Atlet Terengganu yang berjaya menghasilkan aksi cemerlang pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Melaka Jun 2010 bakal menerima habuan berganda apabila kerajaan negeri menjanjikan insentif RM3,000 kepada atlet yang meraih emas, perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,000). Bukan hanya habuan berdasarkan kutipan pingat, atlet juga bakal menikmati peningkatan elaun RM390 mulai tahun depan, berbanding

RM130 sebelum ini. “Kita mahu kontinjen Terengganu mengekalkan kejuaraan kali kedua di Melaka dan saya percaya hanya kerajaan Terengganu yang menyediakan elaun bulanan kepada atlet. Dengan adanya kelebihan itu, kita harap dapat menyuntik semangat serta menjadi dorongan untuk berlatih lebih kuat,” katanya. Berita gembira buat kontinjen Terengganu ke Sukma Melaka itu diumumkan Menteri Besar,

Dato’ Ahmad Said, pada Majlis Anugerah Sukan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dalam majlis itu, jaguh umba basikal negara, Azizulhasni Awang dan Fatihah Mustaffa dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2007-2008. Keduadua pelumba itu yang kini mengikuti latihan di Australia dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang mereka meraih emas pada Sukan Malaysia ke-

Ibu Azizulhasni, Selamiah Yong, manakala Fatihah diwakili ayahnya, Mustapa Kassim dengan hadiah masing-masing.

XII (Sukma ke-XII) dan pencapaian di luar negara, sekali gus menerima hadiah RM7,000 seorang serta piala dan sijil. Ibu Azizulhasni, Selamiah Yong, manakala Fatihah diwakili ayahnya, Mustapa Kassim berikutan kedua-dua mereka tidak dapat hadir kerana

terikat dengan komitmen latihan di Australia. Sementara itu, jaguh sukan berbasikal negeri, Mohd Harris Salleh dan Athirah Hamzah (menembak) masing-masing dipilih Olahragawan dan Olahragawati Harapan dan membawa pulang hadiah RM2,500.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said melahirkan rasa yakin dengan kemampuan barisan atlet Terengganu untuk mengekalkan gelaran juara pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 yang akan berlangsung di Melaka Jun depan. Katanya, atlet Terengganu dijangka mampu mengatasi pencapaian pada Sukma Terengganu yang lalu dengan sasaran 64 pingat emas. “Saya turut merasa gembira kerana beberapa acara akan diterima untuk pertandingan nanti walaupun pada awalnya terdapat desas-desus ianya ditolak,” katanya kepada pemberita di majlis suaimesra dengan persatuan berpotensi memenangi pingat dan tambahan sembilan sukan baru temasya Sukma X111, Melaka 2010 di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, merangkap Ketua Kontijen Sukma Melaka 2010, Dato’ Mat Razali Kassim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Encik Rosdi Awang serta pengerusi persatuan, pengurus dan jurulatih sukan yang mengambil bahagian. Datuk Abdul Rahin berkata, tambahan sukan baru yang dimasukkan dalam senarai pertandingan Sukma di Melaka itu nanti antaranya ialah Kanu di mana pasukan Terengganu berjaya memungut 14 pingat emas dalam acara itu pada Sukma yang lalu. “Kita turut menaruh harapan terhadap sukan Formula Future yang baru pertama kali diperkenalkan di Sukma nanti kerana pasukan kita sudah berpengalaman mewakili negara ke pertandingan di peringkat antarabangsa,” katanya.


Terengganu sasar 64 pingat emas di SUKMA Melaka ms 23

Azizulhasni olahragawan Terengganu

sukan

ms 23

Bil. 16. (15 Januari 2010.) http://teganukita.blogspot.com

Minoprio juara dunia ms 23

Futsal satukan tiga kaum

YB Toh (berdiri tengah) bersama pasukan perlawanan akhir Karnival Futsal.

Karnival Futsal YB Toh Chin Yaw berjaya menyatukan tiga kaum di negeri ini dalam menjayakan aktiviti kesukananan. Program anjuran Penyelaras Pemuda UMNO Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar Bersama Kelab Sukan Komuniti Bandar itu berlangsung di gelanggang Futsal Extreme Pulau Kambing, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Per-

industrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw yang juga Adun Bandar merasmikan kanival yang melibatkan penyertaan 28 pasukan. Beliau yang diiringi Pengerusi Penyelaras UMNO Dun Bandar, Encik Ibrahim Omar berbangga kerana karnival itu mendapat sambutan yang baik berikutan disertai pelbagai kaum dan jarang dapat disaksikan dalam program kesukanan yang lain di negeri ini.

Katanya, matlamat kesukanan yang menekankan ciri perpaduan dan kerjasama terbukti dapat direalisasikan menerusi program sukan yang julung kali dilaksanakan itu. “Menerusi sukan futsal ternyata berjaya menggalakkan penyertaan belia ke arah hidup yang lebih sihat. Apa yang lebih utama, sukan juga menjadi landasan terbaik menghimpunkan pelbagai bangsa dalam suasana yang ceria dan muhibbah.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.