teganukita 17

Page 1

Kerajaan beri guru komputer

Penduduk Ladang dibela

ms - 3

Selamat jalani pembedahan

ms - 6

ms - 21

RM14.4 billion biaya HPNT Perancangan melaksanakan projek dan program dalam tempoh 2009-2013

Oleh: Esah Abdullah Kerajaan negeri memerlukan sejumlah RM14.4 billion bagi melaksanakan projek dan program yang dirangka di bawah perancangan Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu (HPNT) bagi tempoh tahun 2009 hingga 2013. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata pendekatan menyeluruh melalui enam halatuju strategik di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10)

diberi penekanan dalam proses merangka HPNT. “Enam halatuju berkenaan antaranya, sektor swasta sebagai agen pembangunan, produktiviti dan inovasi melalui k-ekonomi, modal insan yang kreatif dan inovatif dengan kemahiran yang tinggi,” katanya di majlis dialog mengenai RMK10, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Majlis dialog itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed

Yakcob; Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abdul Razak Ismail; Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Ali Hamsa dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Menteri Besar berkata, hampir RM3.7 billion peruntukan merupakan bajet keseluruhan negeri untuk 2009 dan 2010 manakala anggaran hasil negeri

sekitar RM1.6 billion setahun dan keperluan untuk lima tahun sebanyak RM8 billion. Oleh yang demikian, perancangan dibuat masih lagi kekurangan peruntukan sebanyak RM6.4 billion dan kerajaan negeri berharap ia akan ditampung melalui peruntukan persekutuan di bawah RMK10. Katanya, berdasarkan perancangan yang dibuat melalui HPNT kerajaan telah mengenal pasti empat sektor teras yang akan memacu pembangunan

Bukit Besi dibangunkan semula

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said meninjau tanah bukit sekitar kawasan perlombongan Bukit Besi, Dungun yang berpotensi untuk dikomersialkan semula bagi menjana ekonomi negeri dan sebagai pusat pelancongan. Kajian mengenai jumlah kandungan bijih di kawasan itu sedang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Bagaimanapun, kerajaan negeri yakin kandungan bijih besi di kawasan itu masih mampu memberi pulangan lumayan. Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi terbesar di Asia Tenggara bermula suku pertama abad ke-20 dan perkembangan perusahaan perlombongan di situ seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun ketika itu. – Gambar oleh Zulkipli Putra.

ekonomi negeri secara bersepadu iaitu pendidikan, pembangunan sumber manusia, pertanian dan asas tani, pelancongan dan industri perdagangan, perkhidmatan dan teknologi maklumat (ICT). “Fokus di dalam sektor ini bukan bermakna kerajaan tidak memberi perhatian kepada sektor lain yang dijangka dapat menyumbang dalam pembangunan ekonomi yang berperanan sebagai penyokong dan penghubung serta pemangkin,” katanya. lihat ms 3

e-Book ke luar negara Top IT Industries Sdn Bhd menerima tempahan lebih 70,000 e-Book dari beberapa negara seperti Arab Saudi, Oman dan Indonesia mulai tahun ini. Syarikat milik kerajaan negeri ini adalah pengedar dan pemasar tunggal e-Book di negara ini dan mampu mengeluarkan 20,000 unit sebulan untuk keperluan tempatan serta permintaan dalam dan luar negara. Pengarah Eksekutif Top IT, Encik Mohd Isa Nik, berkata setakat ini pihaknya menerima banyak pertanyaan dari negara luar yang berminat mengetahui dan mendapatkan contoh e-Book. “Setakat ini, Indonesia sudah membuat tempahan sebanyak 50,000 unit dan masing-masing 20,000 dari Arab Saudi dan Oman,” katanya kepada pemberita sempena lawatan media massa ke kilang e-Book yang berharga RM6.8 juta di Gong Badak, Kuala Terengganu baru-baru ini. Menurut Mohd Nik, pihaknya baru saja menerima buku teks dalam bahasa Oman untuk urusan memasukkan perisian bahasa berkenaan ke dalam e-Book. “Kita tahu tidak ada negeri lain di negara ini yang memiliki ‘blue print’ seperti yang kita ada, justeru negeri ini akan menjadi pemasar kepada system pembelajaran interaktif berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya. e-Book akan dijual pada harga RM900 lihat ms 2


2

Isnin, 01 Februari 2010

am

TBKids diperluas ke tadika Cina Program Terengganu Brilliant Kids (TBKids) yang bertujuan meningkatkan mutu pembelajaran di peringkat pra-sekolah, akan diperluaskan ke 38 buah Tadika Cina di seluruh negeri, mulai tahun ini. Pengarah Eksekutif Top IT Industries Sdn Bhd, Encik Mohd Isa Nik, berkata usaha mengemaskini serta memasukkan program dalam bahasa Cina sedang dilakukan dan ia dijangka siap sepenuhnya pada April atau Mei depan. Beliau berkata, pihaknya menerima peruntukan RM350,000 daripada kerajaan negeri untuk merealisasikan usaha tersebut agar kandungan silibus program TBKids mengikut piawaian dan kualiti yang digariskan bersesuaian dengan kanak-kanak tadika berumur lima hingga enam tahun. “Tahun ini 963 buah tadika seluruh negeri mula menggunakan TBKids secara menyeluruh membabitkan empat agensi utama iaitu Kemas (602), Jabatan Perpaduan (52), kelas pra-sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Terengganu (292) dan Yayasan Islam Terengganu (17),” katanya dalam sidang media bersempena lawatan wakil-wakil media ke kilang e-Book di Gong Badak baru-baru ini. Terdapat enam mata pelajaran utama dalam program ini iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jawi yang turut disertakan buku latihan TBKids bagi setiap mata pelajaran mengikut tahun. “Menggunakan papan sesentuh atau ‘Interactive White Board’ mengandungi elemen-elemen seperti audio, visual dan multi media serta latihanlatihan yang menguji tahap kecerdasan dan keterlibatan murid-murid dalam sesi pembelajaran,” katanya. Kaedah ini secara langsung dapat mengatasi masalah murid yang tidak fokus dan kurang minat terhadap kaedah pembelajaran formal dalam kelas yang lebih bersifat konservatif dan kurang menarik. Tambahnya, kandungan silibus pengajaran berteraskan ‘multi-racial and religious’ yang diterapkan dalam program itu menjadi pemangkin dalam menjana hubungan baik serta memupuk semangat toleransi antara kaum, bangsa dan agama yang menjadi teras utama dalam mencapai konsep ‘1 Malaysia’.

dari ms 1

e-Book definasi masyarakat maju seunit bagi pasaran tempatan dan RM1,200 hingga RM1,400 bagi pasaran luar negara. Selain perisian buku teks oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 30 juzu’ al-Quran dan amalan solat serta doa digital di samping berkemampuan untuk capaian internet yang mengandungi jutaan maklumat yang menjadi asas penting pembentukan definasi masyarakat maju. Seiring dengan penggunaan e-Book ini, satu portal pendidikan diwujudkan yang dijangka menjadi pusat tuisyen internet untuk semua pelajar meliputi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) secara percuma. Memandangkan peluang yang terbuka luas ini, katanya, syarikat yang mempunyai 20 pakar IT sekarang akan menambah bilangan tenaga kerja pakar kepada 100 orang tahun ini bagi memenuhi permintaan semasa.

Dato` Mokhtar Nong terharu sambil mengalirkan air mata pada pertemuan terakhir dengan kakitangan Wisma Darul Iman. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Dirai sebelum bersara Oleh Suriati Ali

Pesanan keramat ibu, membuatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong, yang bakal bersara 15 April ini, tidak mampu menahan sebak hingga nada ucapannya tersekat-sekat, sempena majlis meraikan persaraannya, di Wisma Darul Iman (WDI), baru-baru ini. Malah, beliau terpaksa mengambil masa beberapa minit sebelum dapat meneruskan pesanan ibunya untuk dikongsi bersama-sama warga WDI dan akhirnya terpaksa menghentikan serta-merta ucapan dengan pesanan tersebut. Walaupun Dato’ Mokhtar hanya sempat melontar sebaris pesanan

ringkas berbunyi `Setinggi mana pangkat yang kita sandang, jangan lupa orang di bawah kita kerana mereka juga perlu diberi perhatian’, ia menyentuh hati pegawai kanan dan kakitangan awam yang turut hadir pada majlis tersebut. Sebahagian besar kakitangan awam turut menangis bersama-sama Mokhtar yang tidak mampu meneruskan ucapannya kerana amat terharu apabila mengenangkan pesanan itu serta kepiluannya meninggalkan rakanrakan yang masih dalam perkhidmatan dan orang bawahannya. Dato’ Mokhtar bercuti mulai 15 Januari lalu

dan bersara 15 April depan. Sepanjang tiga bulan beliau bercuti, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, akan memangku jawatannya. Terdahulu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Haji Husain Embong, berkata pesaraan Dato’ Mokhtar merupakan satu kehilangan besar bagi kerajaan negeri kerana beliau sentiasa komited dalam kerja. Beliau berkata, SUK mudah didekati semua pihak, bukan sahaja pegawai atasan malah kakitangan bawahan. “Walaupun memilki suara agak lantang tetapi sangat disenangi dan mempunyai bukti pekerti

yang tinggi. “Sepanjang menjalankan tugas, pelbagai pendekatan dilaksanakan semata-mata ingin menaikkan imej dan produktiviti negeri,” katanya. Menurutnya, usaha gigih Dato’ Mokhtar meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan, mampu menaiktaraf mutu perkhimatan kerajaan negeri hingga mencapai tahap empat bintang mengikut penilaian MAMPU. “Sebagai kesimpulannya, Dato’ Mokhtar telah berjaya menjalankan tugas dengan sempurna dan saya percaya penggantinya selepas ini akan melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang,” katanya.

TATiUC tawar Diploma NDT Kolej Universiti Tati (TATiUC) menawarkan program baru Diploma in Non-Destructive Testing (NDT) berkaitan sektor minyak dan gas, mulai tahun ini. Pengambilan pelajar pertama dijangka bermula Julai ini, sekaligus menjadikan TATiUC sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pertama negara yang menawarkan program seumpama itu di peringkat diploma. Sebelum ini, kolej berkenaa menawarkan program

itu di peringkat sijil bermula 1996 menerusi anak syarikatnya, Ruane-TATI Sdn. Bhd. Rektor TATiUC, Dr Mohd Rozailan Mamat, berkata NDT merupakan satu bidang yang berkaitan Kawalan Mutu (QC) contohnya dalam bidang industri minyak dan gas. Katanya, `Ujian Tanpa Musnah’ dilaksanakan bagi menguji kualiti serta mutu sistem pemasangan minyak dan gas tanpa perlu memusnahkannya. Bidang itu merupakan

satu daripada sub bidang sains nuklear dan boleh digunakan di bidang fabrikasi, industri pembinaan, aeroangkasa, automotif dan penyelidikan nuklear. Beliau berkata, permintaan tenaga kerja di bidang NDT bertambah seiring dengan perkembangan industri minyak dan gas di negara ini. Katanya, situasi semasa itu dilihat apabila pelajar yang mengikuti kursus NDT di peringkat sijil ini mudah mendapat pekerjaan sama ada di dalam

atau luar negara. TATiUC merancang menawarkan kursus berkenaan di peringkat diploma supaya graduan NDT dapat mempelajari dengan lebih mendalam serta menjadikan mereka graduan berkemahiran tinggi, berdasarkan permintaan yang tinggi dalam pasaran industri minyak dan gas dalam dan luar negara. “Selain mempunyai pengalaman dalam menawarkan program ini, TATiUC juga mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti dalam bidang NDT,” katanya.


Isnin, 01 Februari 2010

am

Kerajaan beri guru komputer Oleh: Aida Abd Rahman Kerajaan Terengganu membelanjakan RM1.4 juta bagi membekalkan komputer riba kepada 800 guru yang mengajar Tahun Enam di seluruh Terengganu mulai Februari ini sebagai kesinambungan program penggunaan eBook yang memerlukan guru mengendalikan kelas maya kepada pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Guru terlibat akan dihantar kursus khas menggunakan komputer riba yang mengandungi sistem pengajaran e-Book, secara serentak membabitkan tiga siri bermula pertengahan bulan ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata guru terlibat dibekalkan dengan papan digital elektronik berharga RM1,800 seunit akan menjalani kursus menerusi penyeliaan Syarikat Intel dan pembekal e-Book, Syarikat Top It Sdn Bhd berdasarkan subjek yang ditetapkan. “Tahun ini kita mulai dengan guru yang mengajar Tahun Enam kerana tahun kritikal mereka mengajar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR…pada tahun depan mungkin guru mengajar

Menteri Besar bersama pelajar cemerlang selepas majlis penghargaan UPSR 2009 di Stadium Negeri.

Tahun Lima pula dan kita tengok keadaan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penghargaan UPSR 2009, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut Hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan

dari ms 1

Beberapa projek akan diteruskan di bawah RMK10 Dato’ Ahmad kemudiannya memohon Kerajaan Persekutuan meneruskan pembiayaan beberapa projek yang tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini agar diteruskan di bawah RMK10. Katanya, beberapa projek berimpak tinggi lain yang memerlukan kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan adalah penubuhan daerah baru Kuala Nerus yang memerlukan pusat pentadbiran dan kemudahan awamnya sendiri dan kawasan bebas cukai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

“Kerajaan negeri juga memohon untuk ‘facilitate’ melalui kaedahkaedah tertentu untuk melaksanakan masalah hakisan di Teluk Lipat Dungun, Tok Jembal, Kuala Terengganu, Kelulut, Marang dan beberapa tempat lain,” katanya. Pada masa yang sama, mendapan di muka kuala Sungai Merang, Sungai Dungun, Sungai Kerteh dan Sungai Besut perlu diatasi kerana potensi sungai tersebut amat besar dari segi pembangunan ekonomi setempat.

Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Haji Zubir Embong. “Anak murid pakai laptop, cikgu pun pakai laptop dan kita akan pasang alat menerusi kerjasama Intel, apabila guru di kelas mengajar Matematik murid juga buka buku Matematik..apabila guru mahu beri tumpuan pelajaran, guru boleh menutup laptop dan laptop anak murid juga akan tertutup..

bila buka buku (Matematik) boleh monitor pelajar buka Matematik dan tidak mungkin buka buku lain pulak. “Kita bersedia untuk membelanjakan berjutajuta ringgit bagi memudahkan guru-guru UPSR mengajar subjek masingmasing yang dikawal melalui `online’,” katanya. Ujian bulanan secara bersepadu menerusi talian akan bermula Jun depan

sebaik sahaja sistem itu selesai dimasukkan sepenuhnya untuk kemudahan pelajar dan guru. Selain itu, kerajaan negeri juga bercadang memberi ganjaran kepada 10 pelajar terbaik seluruh negeri bagi setiap ujian bulanan menerusi talian bagi mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan pelajar terlibat sehinggalah mereka menempuhi peperiksaan UPSR.

RM13 juta bina T-Hotel Sebuah hotel berharga RM13 juta dikenali sebagai T-Hotel bertaraf tiga bintang akan dibangunkan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, tidak lama lagi. Pembinaan hotel empat tingkat yang mengandungi 70 bilik turut menempatkan T-Kafe di tingkat bawah, menawarkan pelbagai makanan tradisional seperti keropok lekor dan pisang goreng, akan disiapkan akhir tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata setakat ini kerajaan negeri telah melantik kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan.

DATO` MOHAMED

“T-Hotel usahasama kerajaan negeri dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memberi peluang kepada usahawan tempatan mengurus dan kini sedang mengenal pasti mereka yang layak menerajui perhotelan ini nanti,” katanya

kepada pemberita pada majlis Pelancaran Gegar 5S dan Gotong Royong di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) baru-baru ini. Turut hadir Pengurus Besar YPU, Haji Azmi Razik dan Timbalannya Haji Abdul Razak Sulaiman serta semua warga kerja YPU pelbagai peringkat. Dato’ Mohamed berkata, tahun ini YPU akan membuka 20 cawangan TShope membabitkan negeri di luar Terengganu di samping menambah bilangan kepada 10 di seluruh negeri. “Kita juga mensasarkan 350 usahawan tulen dapat dilahirkan tahun ini dengan berbekalkan kemahiran, kecekalan dan kesungguhan untuk membangunkan perniagaan masing-masing,” katanya.

3

PTG terima Pensijilan 5S Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu berjaya mengaplikasikan budaya kerja yang sihat dan berdisiplin, malah mencapai sasaran kerja ditetapkan jabatan terutama dalam menyelesaikan urusan pentadbiran tanah. Kejayaan pegawai dan kakitangan PTG itu melayakkan mereka menerima Pensijilan 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun lalu. 5S terdiri daripada 5 elemen utama iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Berikutan kejayaan itu, kakitangan PTG kini terus berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatannya kepada pelanggan terutama melibatkan urusan tukar syarat, gadaian, pindah milik dan menjalankan kuasa-kuasa penguatkuasaan undang-undang tanah. Urusan itu termasuklah urusan permohonan kebenaran carigali serta perlombongan dan menyelesaikan permohonan tanah haram. Untuk merealisasikan urusan pentadbiran tanah yang lebih baik dan efisien jabatan kami mengamalkan persekitaran berkualiti (5S) dan ia juga sebagai asas kukuh bagi mencapai perkhidmatan yang bermutu. Amalan itu juga dapat menggalakkan semua pekerja bekerja dalam suasana yang selesa, bersih, cepat dan berdisiplin serta berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang untuk faedah pelanggan. 5S yang diamalkan PTG berlandaskan moto ke arah kecemerlangan produktiviti, sementara menekankan aspek mewujudkan sistem pentadbiran tanah yang dinamik dan menjadikan amalan 5S sebagai budaya kerja seharian dan mengutamakan pelanggan pula menjadi prisip yang harus .


4

Isnin, 01 Februari 2010

rencana

ANALISIS

Terengganu jadi pengeksport e-Book Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa kini Terengganu sudah menjadi pengeksport e-Book. Sehingga ini, pengeluar e-Book, Top IT Industries Sdn Bhd, sudah menerima tempahan lebih 70,000 e-Book dari beberapa negara termasuk Arab Saudi, Oman dan Indonesia. Syarikat tersebut juga menerima banyak pertanyaan dari negara-negara luar yang berminat mengetahui secara mendalam dan mendapatkan sample e-Book. Lebih banyak tempahan dijangka diterima dari negara-negara berkenaan dalam tempoh terdekat ini. Dalam negeri pula, sudah banyak negeri seperti Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak yang bertanyakan pemimpin kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, mengenai eBook. Dalam tempoh yang singkat saja, sejak ia diperkenalkan pertengahan tahun lalu, e-Book menjadi bahan perbualan di kalangan warga pendidikan di dalam dan luar negara. Itulah kehebatan Terengganu yang tidak pernah terlintas di fikiran kita semua. Kini e-Book bukan saja menjadi kebanggaan murid-murid sekolah rendah di negeri ini, malah menjadi idaman sebahagian pelajar di luar negara. Berita terbaru dilaporkan, murid Tahun Enam yang menggunakan e-Book sejak berada di Tahun Lima lagi, mendapat keputusan peperiksaan yang memberangsangkan apabila keputusan murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan bulan Januari lalu meningkat lima peratus berbanding tahun lalu. Ini satu perkembangan menggembirakan kerana itulah harapan semua pihak, iaitu penggunaan eBook akan meningkatkan kecemerlangan pelajar. Penggunaan e-Book bukan setakat bermaksud meringankan beban pelajar menggalas buku teks, tetapi mereka diharapkan menjadi generasi yang gemilang dengan mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam dan menjadi masyarakat ‘celik IT’. Dengan pelbagai berita positif mengenai penggunaan e-Book, pastinya 50,000 murid Tahun Lima dan Tahun Empat yang akan diberikan e-Book secara percuma tahun ini, tidak sabar-sabar lagi menerima kemudahan itu. Di pihak kerajaan negeri, wang sebanyak RM50 juta yang bakal dilaburkan tahun ini bagi menyediakan e-Book berkenaan, boleh dianggap berbaloi jika murid Tahun Enam terus mempertahankan kedudukan Terengganu sebagai juara UPSR, tahun ini.

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar. Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri Pengarang : Rosli Zakaria Timbalan Pengarang : Kamarudin Mat Akib Penulis Khas : Ruslan Abd Rahman Ketua Pemberita : Aida Abd. Rahman Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Nik Suhaila Megat Draman Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura Jamaluddin Jurufoto : Zulkipli Putra Pengendali Blog : Harun Hassan

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Media baru: perubahan, persediaan hadapinya Raja Software dan antara orang terkaya di dunia masa kini, Willian Henry Gates atau Bill Gates pernah menyatakan bahawa era media cetak akan berakhir pada tahun 2000. Benar atau tidak, yang pastinya pada masa ini kita saksikan masyarakat, khususnya golongan muda atau generasi baru yang lahir di era ‘maklumat di hujung jari’ atau era komputer sudah beralih arah meninggalkan media lama (akhbar,majalah, komik dan seumpamanya) kepada media baru. Teman utama mereka bukan lagi akhbar, majalah, komik atau lain-lain bahan bercetak, tetapi laptop atau pun ‘telefon bimbit yang boleh akses internet. Sekumpulan pemuda belasan tahun kelihatan sedang asyik dengan laptop masing-masing di sebuah kedai makan yang boleh akses internet tanpa wayar (Wifi), tidak menghiraukan sesiapa kerana asyik menatap bahan-bahan yang berbagai dalam laptop. Dia tidak perlu lagi membeli akhbar, majalah, komik atau apa sahaja bahan bercetak untuk mengisi masa terluang. Penerbit atau karyawan komik seperti dulu-dulu, yang berniaga nukilan-nukilan bercetak sudah lama berlalu dan ‘gulung tikar’. “Saya lebih suka baca berita di internet karena jangkauannya lebih luas,” ujar seorang remaja. Sambungnya, “ saya boleh mendapatkan berita atau apa saja yang saya suka melalui mesin pencari google”. Tiada bezanya dengan rakan-rakan lain kerana mereka tidak pernah membeli akhbar harian bercetak. Mereka mengaku lebih suka untuk berbicara dan bertukar pandangan, bercerita dan sebagainya dengan melakukan chatting di Yahoo Messenger atau berhubung dengan rakanrakan dan sekali-sekala mencari berita terkini di internet yang tidak terkira banyaknya sumber. Bagi mereka daripada

Masyarakat hari ini lahir di era `maklumat di hujung jari`.

membaca akhbar yang terhad dan tidak terkini, jauh lebih baik berita yang mereka perolehi di internet lebih pantas dan tanpa had serta interaktif (mereka boleh memberi respon atau pendapat secara terus di laman berita yang mereka gemari). Malah, boleh melihat video melalui Youtube dan sebagainya lagi kerana gambar dan video itu juga sudah mencerita dan memberitakan segalagalanya, lebih dari apa yang dibaca. Mungkin terdapat di kalangan pengamal media cetak yang masih mahu mempertahankan dunianya, menyatakan bahawa berita maya atau di laman web, blog dan sebagainya itu, bercelaru sumbernya tanpa etika kewartawanan dan tidak boleh dipercayai sama sekali. Pun begitu, kita perlu ingat mereka yang menerima budaya media baru ini menyatakan bahawa berita di media konvesional juga belum tentu kesahihannya. Bagi mereka, sesetengah bahan di internet lebih boleh dipercayai, apatah lagi datangnya dari sumber mereka yang terbabit sendiri dalam apa jua kejadian dan melaporkan terus di media maya internet, melalui web, blog, facebook, twitter dan macam-macam lagi. Kecualilah lamanlaman yang dibangunkan oleh mereka yang ada agenda politik tertentu

selalu membuat catatancatatan palsu dan penuh dengan fitnah. Justeru itu kita melihat pada masa ini, akhbar media cetak arus perdana pun sudah di ‘onlinekan” di media baru atau internet. Bahkan dilaporkan mereka mudah mendapat tempahan iklan, di akhbar online dari yang dicetak kerana pengiklan lebih merasakan berkesan membuat iklan dalam media baru berbanding cara lama (akhbar atau majalah bercetak di pasaran). Berdasarkan hakikat ini, budaya masyarakat sebenarnya sedang melalui era perubahan yang sudah tidak mampu kita menahannya lagi. Cara berfikir generasi masa kini, kaedah ilmu dan pendidikan mereka, bersukan, jaringan komunikasi dan bersosial sudah jauh sedang merombak budaya masa lampau. Zaman berbalas suratsurat cinta dengan kertas surat yang berbunga telah lama berlalu kerana remaja kini berkomunikasi melalui e-mail, chatting, bahkan sudah boleh berhubung terus melalui sidang video, video phone (3G) dan sebagainya bila berjauhan bagi melepas rindu masing-masing. Dalam hal lain, satu kajian meramalkan menjelang tahun 2010 ini, jualan atau perniagaan melalui talian (internet) akan mencecah nilai USD144 billion.

Semuanya ini mengubah cara berfikir mereka, budaya dan pandangan hidup, cara gaya, persepsi dan apa jua lingkungan kehidupan generasi ini. Cabaran kepada jati diri generasi di era media baru ini juga semakin ketara. Lantaran itu, kita tidak ada pilihan melainkan perlu membuat persediaan untuk membolehkan kita memahami dan membuat penyesuaian dengan dunia baru ini. Seorang pendidik akan jauh jurang pemisahnya atau ketinggalan di belakang pelajarnya, bilamana masih menggunakan caracara lama ketika muridnya sudah jauh menggunakan pelbagai kaedah jaringan informasi di internet atau media baru. Seorang penceramah ‘gaya lama” zaman 50-an hingga awal 80-an, tidak akan lagi menarik perhatian atau relevan (khususnya kepada generasi baru) atau ketinggalan ketika kaedahkaedah menambah nilai dalam kegiatan penerangan dan pidato melalui audio visual dan media intraktrif sedang berkembang pesat. Sebab itu apabila membicarakan tentang penerangan dalam politik, agama, isu semasa dan sebagainya, mereka yang tidak berubah akan masih memahami ‘ceramah’ di pentas itulah kegiatan penerangan sedangkan penerangan menggunakan media baru hari ini sedang berlambak di pasaran informasi, terutamanya digunapakai oleh generasi muda. Apabila Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Ahmad Said (Menteri Besar) memperkenalkan e-Book, peperiksaan secara online dan sebagainya; ia merupakan jawapan kepada perubahan yang sedang berlaku. Tidak mungkin kita akan maju dan mampu bersaing kalau masih menggunakan ‘buku 555’ ketika alam keliling sudah bertukar dan berubah dengan percambahan media baru.


rencana

WAWANCARA Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Isnin, 01 Februari 2010

5

Kita sudah sedia maklum mengenai Terengganu perintis e-Book dan TB Kids,namun secara mendalam jarang yang mengetahui siapakah di sebalik tabirnya yang bertungkus-lumus menjayakan idea besar pimpinan negeri ini. Beliau tidak lain ialah TOP Industries Sdn.Bhd yang diketuai oleh Pengarah Ekskutifnya, Encik MOHD ISA NIK.

Top IT jaya agenda besar industri ICT Apa perlunya e-Book, TBKids? Ia adalah suatu idea besar dan hebat pemimpin utama negeri kita, YAB Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. Beliau melihat jauh ke hadapan. Dunia hari ini dan lebih-lebih lagi akan datang semuanya dunia yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam semua urusan kehidupan. Siapa yang tidak mampu menguasai ICT akan ketinggalan dan sukar mengharungi kehidupan. Maka ini persiapan untuk generasi kita bagi berdepan dengan masa depan di zamannya. Generasi yang bakal hidup di masa depan akan menyalahkah kita, jika tidak ada persiapan dibuat untuk mereka. Dulu buta huruf adalah masalah besar, hari ini dan akan datang menjadi masalah besar jika buta computer, buta ICT. Maka e-Book dan TB Kids suatu idea dan pendekatan besar ke arah penyediaan generasi yang bedepan dengan dunia baru dan media serta tekonologi komunikasi baru. Apa peranan Top IT dalam menjayakan agenda besar ini? Top IT anak syarikat milik Kerajaan Negeri yang diamanahkan untuk mencipta dan menghasilkan keperluan menjayakan agenda besar itu. eBook dan TB Kids adalah antara produk utama kita. E-Book sudah ramai yang tahu fungsi dan peranannya bagi menggantikan cara-cara lama (buku teks) dalam pembelajaran sama ada di bilik darjah atau di rumah. Bukan sekadar itu, latihan dan ujian juga boleh dibuat secara on-line dan menggunakan pelbagai perisian. Tidak perlu lagi bersusah payah pergi membeli buku-buku latihan dan contoh ujian,semuanya berada di hujung jari. Tahun ini kita diamanahkan untuk mengeluarkan 50,000 unit e-Book lagi untuk pelajarpelajar Tahun 4 dan 5, di

Terengganu sebagaimana telah diumumkan oleh Menteri Besar. TB Kids pula secara penuhnya “Terengganu Brilliant Kids”,dilancarkan sejak Ogos tahun lalu. Ia untuk kanak-kanak tadika 5 dan 6 tahun,juga idea Menteri Besar agar pendidikan pra sekolah juga berorentasikan ICT. Kita mendapat kerjasama guruguru pakar atau “Subject Matter Expert” daripada yayasan Islam Terengganu dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memastikan kandungan sukatan program TB Kids adalah mengikut piawaian dan kualiti. 4 agensi utama KEMAS, Jabatan Perpaduan, pra sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri

guji tahap kecerdasan semasa sesi pembelajaran. Kaedah ini dapat menarik minat pelajar, berbanding cara biasa yang hanya menggunakan bahan bantuan mengajar secara manual seperti lukisan, kertas, patung dan sebagainya. Kajian telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menunjukkan keberkesanannya. Ini kerana saya katakan tadi perisian dan silibusnya disediakan oleh pihak yang pakar dan berkonsepkan pelbagai bangsa dan agama, boleh menjadi pemangkin kea rah menjayakan konsep 1 Malaysia. Untuk dapat maklumat dan kefahaman lebih lanjut, saya persilakan

mai yang kenal dan tahu, terutama bila anak-anak mereka bawa pulang eBook ke rumah. Hari ini dunia luar sudah mengenali Terengganu dengan imej baru, penghasil ICT yang bukan sahaja mampu untuk kegunaan dalam negerinya, tetapi sudah mula kea rah mengeksport teknologi pendidikan berteraskan ICT ini. Orang luar tidak lagi melihat imej Terengganu dengan keropok dan ikan kering, tetapi dengan perintis industri media baru, teknologi sistem hardware dan software komputer. Imej baru ini cukup hebat sekali. Buktinya? Bukan sahaja negerinegeri lain dalam Malay

Boleh rujuk pada ‘Product Catalogue’ yang kita terbitkan. Rakyat Terengganu sebenarnya sudah boleh berbangga dengan produk negerinya sendiri, sepertimana kiga bangga dengan produk kereta nasional yang negara kita hasilkan sendiri. Kita juga menghasil

MOHD ISA NIK

“Orang luar tidak lagi melihat imej Terengganu dengan keropok dan ikan kering, tetapi dengan perintis industri media baru, teknologi sistem hardware dan software komputer”.

kumpulan membuat lawatan ke tempat operasi kita di Gong Badak, Kuala Terengganu. Hubungi kami ditalian 09 6670917 atau fax 6673717. Bagaimana tuan lihat dengan respon atau cakap-cakap mengenai perkara ini? Memanglah di peringkat awal diperkenalkan ia dipenuhi dengan pelbagai tanda-tanya. Kata orang tidak kenal, maka tidak cinta. Sekarang sudah ra-

sia mahu mempelajari apa yang kita perkenalkan ini, malah negara-negara lain di dunia seperti Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu, Indonesia juga. Selain e-Book dan TB Kids ada produk-produk lain Top IT? Kita menghasilkan juga pelbagai produk komputer riba dan perisiannya yang kita buat sendiri, iaitu jenama TC (Terengganu Computer). Ada TC E09, E10, 142, R40 dan T10.

kan perisian ‘Score A’, suatu perisian yang boleh digunakan untuk e-Book yang cukup baik untuk latih-tubi pelajar yang mahu menghadapi peperiksaan yang kita hasilkan dengan kerjasama pihak IPT. Adakah orang biasa boleh beli e-Book atau untuk tempahan kerajaan sahaja? Boleh. Harganya lebih kurang RM940.00 sahaja bagi satu unit, berbanding harga di pasaran sebenar antara RM1,200.00-

RM1300.00 seunit. e-Book yang kita hasilkan kita adalah lebih lasak walaupun pada dasarnya ia juga menyerupai laptop. Apa yang boleh dibanggakan lagi dengan penampilan baru Top IT sekarang? Ya, Top IT sudah jauh ke hadapan. Yang membanggakan kita semua, pekerjanya juga dari kalangan anak Terengganu yang sudah mampu menempatkan diri mereka dalam industri ICT, hardware dan software.

Top IT diberi tanggungjawab menjayakan agenda besar kerajaan negeri.

dan Yayasan Islam Terengganu menerima pakai kaedah pembelajaran TB Kids ini. Tahun ini dijangka 900 buah kelas tadika atau sepenuhnya akan menggunakan kaedah pembelajaran berteraskan ICT ini. Ramai yang hendak tahu apa itu TB Kids? Tadika dibekalkan dengan “Interative White Board” . Ia mengandungi elemen-elemen audio, visual dan multimedia serta latihan-latihan yang men-


6

Isnin, 01 Februari 2010

WAKAF RAKYAT Oleh: PUTERA PESISIR AIR

Telus dan bersedia memberi penjelasan tanpa berselindung apa-apa. Apa yang ingin kerajaan lakukan ialah menyusun semula penempatan agar penghuninya menjurus ke arah yang lebih sejahtera, dengan tempat tinggal dan kehidupan yang lebih sempurna, tanpa mengira miskin atau kaya. Demikian apa yang dapat kita simpulkan apabila Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, bertemu penduduk Kampung Ladang, sebuah perkampungan di tengah bandaraya Kuala Terengganu, baru-baru ini. Walaupun diasak dengan pelbagai soalan oleh penduduk yang bercampur aduk fahaman politik, pemimpin berjiwa rakyat itu tidak ‘menyembunyikan sampah di bawah permaidani’, malah berterus terang dan tenang menjawab semua persoalan yang ditimbulkan penduduk. Memanglah dalam proses pembangunan bandar, banyak pengorbanan yang harus dibuat oleh semua pihak. Mereka tidak boleh selamanya bermain dengan nostalgia dan kenangan lama kerana zaman dan alam keliling sudah berubah. Tidak mungkin deretan rumah mampu dibina di kawasan bernilai tinggi itu, melainkan pangsapuri menjadi pilihan bagi menyelesaikan masalah tiada kediaman. Tidak mungkin kerajaan sanggup membiarkan perkampungan sesak padat tidak tersusun, penghuni berasak-asak dalam rumah yang tidak sempurna, keliling-kelalang yang menyesakkan nafas serta kehidupan yang tidak terurus. Justeru itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat, termasuk penduduk di tengah bandar, perlu diberi kesejahteraan untuk mereka dengan menyediakan tempat tinggal yang lebih baik dan sempurna. Kerajaan tidak mahu, satu demi satu tanah di situ dijual dan terlepas kepada pihak-pihak yang hanya mengutamakan keuntungan komersial tanpa

mengambil kira kebajikan dan masa depan penduduk. Lantas kerajaan perlu membangunkannya secara bersepadu dan mengambil kira kepentingan penghuni dan keluarga yang sekian lama mendiami tempat berkenaan, lebih-lebih lagi yang menduduki tanah yang diwakafkan sejak zaman Tok Pelam, seorang ulama terkenal yang pernah menghuni dan dimakamkan di situ. (Tok Pelam ialah seorang ulama yang dipercayai berasal dari Tanah Arab, kemudian berhijrah ke Pattani dan seterusnya ke Kampong Ladang, Terengganu) Kerajaan menyerahkan kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) untuk menguruskan hal ehwal berkaitan keagamaan, termasuk tanah wakaf dan sebagainya. Manakala pihak Lem

rencana

Penduduk Ladang dibela keutamaan. Bahkan, salah satu sebab utama kerajaan membelanjakan wang puluhan juta ringgit di situ adalah untuk menjamin kelangsungan hidup mereka. Kerajaan tidak mahu kehidupan mereka menjadi terhimpit dan terbiar di tengah-tengah kepesatan pembangunan bandar atau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk mengeksploitasi mereka dengan membeli dan memajukan tanah tanpa sebarang jaminan masa depan dan sebagainya, terhadap para penghuninya. Apakah dalilnya kerajaan mahu membela nasib rakyat di sini? Kerajaan membina unit-unit rumah untuk mereka mengikut kelayakan masing-masing. Tidak cukup untuk itu, kerajaan akan memberi subsidi pula kepada unitunit rumah itu sekurangkurangnya, bernilai sebuah kereta Proton Saga

Penduduk Ladang begitu teruja melihat lakaran pembangunan di tempat mereka.

baga Tabung Warisan Terengganu dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) ditugaskan untuk membangunkan kawasan ini, termasuk menyediakan perumahan lebih sempurna untuk penduduk yang benar-benar terbabit di sini. Mula-mula timbul persoalan dan tanda tanya penghuni adakah pembangunan yang akan dilaksanakan itu akan mengambil kira nasib, penempatan dan pembelaan untuk mereka. Jawapannya sudah tentu perkara itu menjadi

Kerajaan menyediakan tempat tinggal yang begitu selesa untuk penduduk Ladang.

baru. Itu jaminan Dato’ Ahmad sendiri. Jaminannya lagi semua senarai nama mereka yang benar-benar layak di situ tidak akan dicicirkan. Mana-mana penduduk yang tanah mereka terbabit dengan pengambilan balik untuk dibangunkan akan dinilai oleh Jabatan Penilai mengikut harga yang sewajarnya. Jika penduduk tidak puas hati dengan harga pampasan yang ditawarkan, mereka boleh mengikut saluran undang-undang untuk menentukan kadar sebenar.

Tanah dan tempat ting gal mereka tidak akan terlepas begitu sahaja, sebaliknya mereka diberi peluang untuk tinggal di tempat yang dibangunkan itu, selain menerima pampasan dan bayaran tertentu. Bagi penempatan sementara, dalam tempoh dibangunkan, sebuah penempatan transit telah dibina untuk disewakan sementara dengan kadar yang mampu dibayar penduduk berkenaan. Malah dalam perkembangan terbaru, Menteri Besar berjiwa rakyat ini menyatakan, kerajaan

sanggup menjual secara sewa beli, jika itu yang dimahukan mereka yang tinggal di penempatan transit itu. Walaupun asal sebenarnya rumah lain dalam proses dibangunkan di kawasan itu (setelah mereka berpindah untuk proses pembangunan) yang akan diberi milik kepada mereka yang terbabit. Dalam pertemuan dan dialog itu, rata-rata penduduk menerima usaha murni kerajaan membangunkan kawasan mereka itu. Cuma mereka agak kurang faham dari segi proses pengambilan balik

tanah, status pemilikan rumah, harga yang mampu bagi mereka dan sebagainya. Apatah lagi kalau ada unsur lain yang datang memberi info yang tidak tepat kepada mereka, yang ingin membuat kekeruhan dan cuba menangguk di kekeruhan itu. Mengertilah, tidak ada nawaitu lain di pihak kerajaan membangunkan semula Ladang dan perkampungan/penempatan di dalam Bandaraya Kuala Terengganu adalah untuk kepentingan rakyat jua. Tersergam indah pangsapuri Gemilang Kampong Ladang adalah untuk penduduk Ladang, bukan orang lain, bahkan Dato’ Ahmad telah mengarahkan membina satu lagi blok pangsapuri bersebelahannya segera untuk memenuhi kehendak golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki dengan kadar harga rendah melalui subsidi kerajaan. Pangsapuri itu adalah hak orang Ladang bukan orang lain yang datang dari luar atau lain-lain tempat mengambil kesempatan. Jadilah iktibar keadaan yang sering berlaku apabila ada penduduk yang menjual tanah untuk dibangunkan secara komersil oleh pihak yang hanya mengutamakan keuntungan peribadi dan syarikat serta perniagaan mereka. Ini kerajaan pilihan rakyat sendiri yang bangunkan dan untuk rakyat itu sendiri dan bukan untuk orang lain. Mereka boleh terus tinggal di situ, itu jaminan yang diberikan. Insya Allah, Kampung Ladang selepas ini akan lebih kemas, indah, bersih dan sempurna. Pelancongpelancong boleh terus datang untuk menyaksikan perusahaan tembaga dan membeli produk-produk yang dihasilkan tukangtukang mahir di sini. Andaikata Al Marhum Tok Pelam masih ada tentu dia berasa gembira kerana nilai-nilai Islam seperti bersih, bersatu-padu, berilmu, sejahtera dan lainlain dititik-beratkan oleh penghuni tanahnya itu dan sekitarnya.


2 Bil. 17. (01 Februari 2010.) http://teganukita.blogspot.com

tk

ms: 12 & 13

Hulu Terengganu sudah berubah ms 9

Syawalludin tangkas di litar lumba ‘cub prix’ ms 10

Razak gigih selesai maslah penduduk ms 14


2

Isnin, 01 Februari 2010

FOKUS DUN

tk

8

Tiada jurang dengan rakyat YB Mohd Nor Othman melawat warga emas yang uzur

Ketika merasmikan tapak surau sekolah di dalam Parlimen Hulu Terengganu.

Penduduk Pekan Ajil, Hulu Terengganu akan menikmati kemudahan perhentian teksi tidak lama lagi.

Majlis penyerahan tugas menunjukkan YB Mohd Nor begitu aktif dalam politik

Oleh: Esah Abdullah

membawa masalah puncanya perlu dicari di rumah dengan bertemu keluarga murid terbabit. Sebenarnya YB Haji Mohd Nor bukan muka baru dalam bidang politik kerana telah menyertainya sebaik tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada awal tahun 70-an lagi. Bermula 1976 sebagai guru penolong Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai diikuti guru kanan SMK Tengku Ampuan Intan (19791983), kemudian Penolong Kanan SMK Landas, Ajil (1983-1988). Kemudian dilantik menjadi Pengetua SMK Menerong, Ajil (1992-2000), Pengetua SMK Ajil (2000), Pengetua SMK Tengku Ampuan Intan (2001-2003) dan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu (2003-2007) dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. YB Haji Mohd Nor sentiasa disenangi masyarakat sebelum menjadi calon lagi dan tidak hairanlah beliau mendapat majoriti 10,400 undi dalam Pilihan Raya ke-11 yang lalu mengatasi majoriti yang diperolehi calon Barisan Nasional (BN) dalam PRU sebelumnya. YB Haji Mohd Nor ketika ditemui Teganukita di pejabat Ahli Parlimen di Kuala Berang baru-baru

ini, menjelaskan beliau menggunakan pendekatan berhemah untuk menangani masalah gejala sosial golongan muda masa kini. “Pemikiran orang muda dan orang lama berbeza, bawa mereka masuk ke dalam diri kita beri peluang mereka mengatur program sendiri dan kita menyokongnya dari belakang,” katanya yang memegang lebih 19 jawatan dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sepanjang tempoh menjadi pendidik hingga sekarang. Orangnya sederhana dan peramah serta gemar ‘bersemuka’ dengan orang miskin dan bermasalah di kampung-kampung dan bercakap hati ke hati, dengan cara begitu banyak perkara boleh diselesaikan. “Saya tidak nampak mengapa perlu ada benteng antara rakyat dengan pemimpin kerana mereka berhak untuk meluahkan apa saja kepada pemimpin yang dipilih,” kata YB Haji Mohd Nor. Parlimen Hulu Terengganu mempunyai empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuala Berang, Ajil, Telemong dan Manir, tugas dan tanggung jawab tentu lebih besar dan mencabar. Namun menjadi lumrah kepada seorang YB, berat atau ringan sesuatu perkara itu terletak di tangan individu terbabit, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Jangan ada jurang antara pemimpin dan rakyat dan beri kebebasan kepada rakyat untuk berkomunikasi secara telus dengan pemimpin mereka kerana jatuh bangun seorang pemimpin terletak di tangan rakyat. Seorang pemimpin yang baik dan disukai ramai adalah mereka yang boleh menjadi pendengar yang setia dan sabar serta jangan bercakap di luar kemampuan. Ingat pepatah orang tua, “kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa” dan apabila janji tidak mampu ditunai, mereka akan beralih angin kepada orang lain, Bercakap dalam kemampuan itulah yang ingin dilakukan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Haji Mohd Nor Othman apabila dipilih menjadi pemimpin oleh rakyat mewakili kawasan itu. Sebelum dipilih menjadi ahli Yang Berhormat, pengalaman sebagai seorang pendidik banyak membantu malah memberi kelebihan untuk terus menyambung khidmat kepada masyarakat pedalaman. Ketika menjadi guru pada 1979 beliau sudah merentasi pelbagai ranjau dalam masyarakat hingga ke akar umbi kerana bila seorang pelajar ke sekolah


Isnin, 01 Februari 2010

Hulu Terengganu sudah berubah Masyarakat daerah Hulu Terengganu kini sudah jauh berubah dengan pelbagai kemudahan asas serta prasarana yang pesat membangun. Melalui projek untuk rakyat, hubungan jalan raya yang baik di mana setiap pergerakan rakyat daripada pekan hingga ke kampung-kampung serta ke kebun, bekalan air bersih dan ellektrik tidak menghadapi masalah lagi. Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Yang Berhormat Haji Mohd Nor Othman dalam temu bual dengan Teganukita baru-baru ini membayangkan daerah itu akan menjadi sebuah bandar berkembar antara Gua Musang, Cameron Highland dan Kuala Berang. Dengan jarak perjalanan lebih kurang satu jam

Hulu Terengganu terkenal dengan tanaman jagung hibrib.

ke Gua Musang dan dua jam ke Cameron Highlands, potensi mewujudkan pekan baru di kawasan sempadan dapat memberi pulangan kepada masyarakat tempatan ketika membuat urusniaga termasuk bertukar-tukar produk. “Pembinaan Pasar Raya Rakyat dua tingkat yang dikenali T-Mall berharga RM5 juta dan RM3 juta dibelanjakan untuk menaik taraf jalan dan membina jalan di kawasan perumahan. “Sebanyak RM3 juta diuntukkan bagi tujuan pencahayaan dalam bandar dengan pemasangan lampu-lampu di tempat strategik bagi mewujudkan keceriaan di samping pengindahan landskap,� katanya. Katanya, sebuah terminal baru bernilai RM4.12

Bandar Kuala Berang kini pesat membangun.

juta hampir siap diikuti pembinaan hotel bajet setinggi empat tingkat menempatkan 40 bilik serta 20 ruang niaga mampu menampung kekurangan penginapan di bandar ini. Begitu juga dengan projek penyusunan semula pekan Ajil membabitkan kawasan 40 hektar yang akan menempatkan stesyen teksi dan bas, dewan serbaguna dan rumah kedai dengan peruntukan RM4 juta. Beberapa strategi lain seperti tanaman jagung hibrid secara komersial, ternakan kambing dan ikan dalam sangkar di Sungai Como mampu memberi pulangan kepada masyarakat tempatan di samping menjadi tarikan pelancong luar untuk berkunjung ke bandar Kuala Berang.

Ternakan lembu secara komersial menjamin pendapatan penduduk.

Biodata

CCTV yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen Hulu Terengganu bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.

Nama: YB Haji Mohd Nor Othman Tarikh lahir: 14.05.1952 Tempat lahir: Kampung Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu Nama Isteri: Puan Noor Abu Kasim Bil Anak: 9 orang

Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Berang dengan Gua Musang - Cameron Highland menjadi pintu masuk pelancong dari arah Utara

Kelulusan: B.A. (Hons) Pendidikan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia

2 tk


2 IKON ANAK TERENGGANU

tk

10

Isnin, 01 Februari 2010

Syawalludin tangkas di litar lumba `cub prix` MOHD SYAWALLUDIN MOHD ZAKI

Oleh: Aida Abd Rahman Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu, Mohd Syawalludin Mohd Zaki, 17, menamatkan sepuluh pusingan Cabaran Honda Ikon 2009 (Petronas AMM Malaysian Cub Prix Championship) yang berakhir di Penang, penghujung 2009 yang lalu sebagai pemegang takhta juara keseluruhan. Perlumbaan `cub prix’ yang disertainya sejak beberapa tahun lalu nyata meninggalkan momen bersejarah buat anak ahli perniagaan, Mohd Zaki Din, 45, dari Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu itu. Bersaing di pentas sukan ekstrem yang diiktiraf perundangan menjadi impian sejak kanak-kanak lagi menjadikan Mohd Syawalludin teguh dan bersemangat tanpa memikirkan siapa lawan dan teman ketika bersaing di litar. Pendedahan Mohd Zaki terhadap anak terunanya itu ada signifikan tersendiri. Selain perlumbaan yang memenuhi syarat dan peraturan, aktiviti sihat itu juga mampu mengelak daripada terjebak dengan budaya rempit di jalan raya. Penglibatannya bermula dengan motosikal mini sejak 2005 memberi momentum untuk mencuba pula dengan motosikal lebih tinggi kuasa pecutannya menerusi persaingan kategori Wira epg. Bijak mencuri peluang dan kekuatan pelejang memihak kepada anak muda itu dalam setiap persaingan yang disertainya. Malah, Mohd Syawalludin sering menafikan keupayaan lawan dan kini meletakkan dirinya sebaris dengan

Mohd Syawalludin bersama pasukannya ketika menyertai Hinda Asean Cub 2009

pelumba muda pelapis negara untuk menyahut cabaran di pentas antarabangsa kelak. Percubaan dalam siri pertama Honda Ikon di Kedah pada Mac tahun lalu menyuntik semangat anak ketiga daripada enam beradik itu untuk menakluk persada saingan dunia permotoran persis dua kakaknya yang sudah terlebih dahulu menceburi bidang yang sama. Dalam cabaran di Kedah, Mohd Syawalludin menempah kedudukan kelima sebelum merangkul kejuaraan pada siri kedua persaingan yang sama di Kluang, Johor April lalu. Peluang beraksi di negeri sendiri pada sirkit ketiga terbukti memberi semangat apabila dia berjaya menoktah persaingan di tangga ketiga. Selepas cabaran di Gong Badak, Kuala Terengganu, Mohd Syawalludin bersaing pula di negeri Hang Tuah dan berada di kedudukan kedua terbaik.

Seterusnya pada cabaran di Sepang pada Jun, Syawaluddin tangkas beraksi dan menobatkan diri di tangga keempat,

sebelum menjinakkan pesaing lain pada saingan di Batu Kawan, Penang di kedudukan utama, Julai lalu. Dominasi di tempat pertama dikekalkan pada saingan di Pekan, Pahang pada bulan berikutnya, sebelum berada di tangga kedua ketika saingan semakin memuncak pada perlumbaan di Kangar, Perlis pada Oktober. Ukuran sebenar penglibatannya dalam kejohanan itu berjaya dibuktikan apabila anak jati Terengganu yang kini berlatih di bawah bekas juara sukan permotoran negara, Syahrulyuzi menempah jaguan dalam cabaran Honda Ikon 2009. Dari sisi hidup, pergerakan seharian anak muda itu agak terbatas bukan kerana kongkongan ayah dan ibu, tetapi dia perlu menempuhi peperiksaan penting, Sijil Pelajaran Malaysia penghujung tahun ini sambil latihan yang mantap dan pada masa yang sama tidak akan mengabaikan pelajaran. Dalam pelajaran, Mohd Syawaluddin antara pelajar cemerlang sekolah dan berjaya mengharungi Penilaian Menegah Rendah dengan baik walaupun ketika itu sedang ligat menyertai cabaran sukan permotoran. Walaupun pada awal pembabitannya, mereka mengalami kekangan penaja dan tempat latihan yang sesuai, Mohd Zaki sanggup berulangalik beratus kilometer jauhnya untuk memantapkan stamina terutama menjelang kejohanan. Dari Kuala Terengganu ke Kemaman si bapa membawa anak untuk mencari `port’ yang sesuai dan di situ pengorbanan masa, tenaga dan kewangan menjadi taruhan untuk kepuasan mereka anak beranak tatakala tiba hari pertembungan di trek sebenar. Bagaimanapun, sehingga kini, Mohd Zaki masih mengharapkan ada

pihak yang boleh menyediakan litar khas untuk si anak memperkuatkan stamina bagi menempuhi persaingan di peringkat lebih berprestij. Modal yang dilaburkan tidak sedikit, malah sanggup berbelanja lebih kira-kira RM10,000 bagi menyediakan sut lengkap bagi menempuhi perlawanan demi perlawanan. Pada masa yang sama, setiap peserta sukan itu harus memiliki lesen khas menerusi RM355 setahun. Selain Syawal, tiga lagi rakan seperjuangan dari Dungun, Johor dan Kedah turut mendapat penajaan `41 Honda Racing Team’ yang bertanggungjawab menjaga dan memastikan keperluan teknikal dan spesifikasi tunggangan dipatuhi sepanjang cabaran Honda Ikon yang lalu. Tekad Mohd Syawalludin kini menempah nama sebagai pelumba muda digeruni dan mahu mencabar pelumba dari seluruh Negara Asia untuk meerebut kejuaraan dalam Cabaran Honda Ikon Asia pula. Menurut Mohd Zaki,demi memastikan sukan permotoran terus berkembang, perlumbaan kelas Wira epg bagi musim 2010 mewajibkan pelumba bawah 17 tahun harus menimba pengalaman sekurang-kurangnya semusim dalam kategori Wira epg sebelum bersaingan dalam Cub Prix kategori terbuka, 130cc atau 115cc. Langkah dan peraturan baru itu diadakan bagi memastikan pelumba baru memahami aspek asas serta mengenali dunia sukan pemotoran dengan lebih menyeluruh dan menjadi proses secara berperingkat supaya lebih bersedia dari segala aspek seandainya mahu beraksi dalam saingan dua kelas perdana.


2 tk

BISNES

Isnin, 01 Februari 2010

11 Pesona Beauty milik Puan Zainun menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan penjagaan kesihatan serta kecantikan

Pesona Beauty untuk wanita dan lelaki

Oleh: Suriati Ali Pesona Beauty millik Puan Zainun Ismail, 47, menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan penjagaan kesihatan serta kecantikan wanita dan lelaki. Berbekalkan modal sejumlah RM10,000 ketika memulakan perniagaan sekitar tahun 2000, beliau yang berasal dari Marang kini `gah’ dengan tiga cawangan iaitu di Jalan Masjid, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan Jalan Pasir Akar, Jertih, Besut. Sikap gemar mematuhi peraturan berkaitan jualan produk dan mengutamakan kehendak pelanggan, syarikat yang diusahakan hampir sepuluh tahun itu mampu memperoleh pendapatan RM200 ribu sebulan.

Puan Zainun berkata, kejayaannya hari ini adalah hasil bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) dengan memberi pinjaman secara berperingkat berjumlah RM50 ribu, selain mendapat sokongan suami dan keluarga. Jika tiada bantuan pihak berkaitan agak sukar untuk dia kekal mencipta nama seperti hari ini dan apa dihulurkan itu diucapkan jutaan terima kasih. Katanya, konsep mesra pelanggan dan tidak `lokek’ dengan senyuman sentiasa diamalkan bagi memikat hati setiap pelanggan yang mengunjungi Pesona Beauty. “Perkhidmatan seperti rawatan muka, resdung; menjual lebih 30 jenis produk kecantikan dan kesihatan khas untuk wanita dan lelaki, aksesori wanita, jamu

kesihatan dan prosduk set bersalin, nyata mendapat sambutan mengalakkan.” katanya. Menurutnya, pelanggan yang berkunjung ke salun kecantikannya pasti tidak mengecewakan kerana bukan sahaja menawarkan perkhidmatan daripada hujung rambut ke hujung kaki malah mendapat nasihat percuma tentang penjagaan diri. “Saya sentiasa memastikan produk yang dijual antara RM3 hingga RM400 itu mendapat kelulusan Jabatan Farmasi dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Langkah itu sangat penting bagi saya untuk mengekalkan imej syarikat selain mengelak pelanggan daripada terbeli produk tiruan,” katanya ketika ditemui Teganukita, di salun kecantikannya di Jalan Masjid, Kuala Tereng-

ganu. Pelanggan Pesona Beauty terdiri daripada pelbagai peringkat umur sama ada remaja atau golongan dewasa, mereka mengemarinya kerana harga yang ditawarkan syarikatnya amat berpatutan dan berkualiti. Bagi pelanggan yang berminat untuk mencuba rawatan muka dan resdung, harga yang ditawarkan pula antara RM35 hingga RM80, bergantung kepada kaedah dan jenis rawatan. Setiap pekerja akan dihantar mengikut kursus kecantikan yang dianjurkan mana-mana agensi bertujuan mendalami ilmu berkaitan itu dan apabila tamat, pengetahuan yang diperoleh dikongsi bersama pelanggan. Pendekatan itu mampu melariskan perniagaan kerana kebanyakan pelanggan akan kembali mengunjungi

salun. Puan Zainun berkata, minat mendalam dalam dunia perniagaan selain mendapat sokongan adik beradik yang turut `terjun’ dalam bidang yang sama, mendorong dirinya nekad mengharungi pelbagai cabaran. “Alhamdulilah, sepanjang 10 tahun mengusahakan perniagaan tiada dugaan hebat yang dialami kecuali melalui pengalaman dipukau oleh individu yang tidak dikenali, akibat kejadian itu, saya mengalami RM1,000. “Se-

Zainun Ismail

bagai langkah keselamatan, saya memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan mengingati diri serta pekerja supaya sentiasa berwaspada bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang,” katanya. Katanya, walaupun salun kecantikan miliknya sudah dikenali, dia masih menpergiatkan promosi melalui pelbagai kaedah, termasuk mengedar dan melampirkan risalah bersama akhbar tempatan.


12

Isnin, 01 Februari 2010

Cabutan bertu tumpuan Oleh: Aida Abd Rahman Gambar oleh: Zulkipli Putra Seperti kelazimannya acara cabutan bertuah menjadi tumpuan dan perhatian kakitangan serta keluarga masing-masing sempena Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) setiap kali temasya keluarga kelab itu diadakan. Pada tahun ini, sebuah motosikal menjadi taruhan untuk cabutan bertuah utama yang dimenangi, Kamarudin Abdullah dari Kelab Lebah. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said meluangkan masa lebih sejam untuk membuat cabutan hadiah utama serta menyampaikan hadiah utama pada acara kemuncak itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Hiliran, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Manakala cabutan bertuah di tempat kedua pula merupakan set teater rumah dimenangi, Siti Hajar Mohd Nafiah (Rajawali) menerusi cabutan bertuah yang dilakukan isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud. Hadiah utama lain termasuk gelang tangan emas, peti sejuk, mesin basuh, sofa, set pinggan mewah, tv plasma, jam dan basikal. Turut hadir ke majlis itu, Pengerusi KWDI yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong dan isteri’ To’ Puan Rahmah Abdul Rahman. Dato’ Mokhtar mula bercuti pada 15 Januari lalu dan bersara awal pada 15 April depan. Hadir sama, pemangku SUK, Dato’ Mazlan Ngah; Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan) Haji Husain Embong; Ketua Peno-

long Setiausaha (KPSU) Ke mad Awang; KPSU (Peng Manusia), Haji Mohd Zahari KPSU (Pengurusan Majlis Zulkifli Ali. Menteri Besar bersama ist TTC bersama sekumpulan Amerika Syarikat yang m kuti program Pembantu Pe gajar Bahasa Inggeris (ETA di sekolah terpilih seluruh negeri ini. Beliau bersama kakitangan kemudiannya menikmati jamuan yang disediakan secara bergotongroyong oleh Kelab Niners sejak petang Jumaat lagi. Sebelum itu, pada malamnya beberapa kakitangan KWDI menyampaikan medley lagu kenang-kenangan yang ditu khas buat Dato’ Mokhtar dii ingi dengan tayangan gamb peribadi beliau sejak kecil s ingga bergelar SUK serta per ingan karaoke. Acara tahunan KWDI ini penghargaan kepada kakitang sara (pencen), anak kakitang pat 5A dalam Ujian Penilaian (UPSR) (RM50 seorang), 8A


Isnin, 01 Februari 2010

WARISAN ALAM Sunkai (Peronema canescens)

Khasiat: Merawat demam malaria, sakit sendi dan sakit urat. Kaedah: - Daun sunkai perlu direbus sebelum diminum untuk merawat penyakit demam malaria, sakit sendi dan sakit urat. - Manakala pucuk sunkai boleh dijadikan sebagai ulam bagi mencegah penyakit yang sama.

ertuah jadi

KPSU) Kerajaan Haji AhSU (Pengurusan Sumber ohd Zahari Mohd Azahar dan an Majlis dan Protokol), Encik

bersama isteri tiba di kumpulan pelajar yang mengimbantu Peneris (ETA) h seluruh

kakinnya muan seg-

yang dituju Mokhtar diirngan gambar jak kecil sehK serta pertand-

KWDI ini turut memberi da kakitangan yang telah berak kakitangan yang mendan Penilaian Sekolah Rendah eorang), 8A dalam Penilaian

13

Keistimewaan: - Pokoknya jenis rendang, berbatang dan hidup meliar di kawasan hutan, boleh mencapai ketinggian lima sehingga lapan meter apabila matang. - Batang pokok spesies ini mengelupas berwarna keputihan dan isi kulitnya pula kuning kehijuan.

Menengah Rendah (PMR), (RM100 seorang), Sijil Pelajaran Malaysia (RM150 seorang) dan sekurang-kurangnya 4P, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (RM200). Manakala setiap kelab yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga bagi pertandingan bola jaring, bola sepak, futsal, ping pong, tenpin boling, boling padang, badminton, congkak dan karom yang berlangsung sepanjang tahun lalu turut menerima hadiah masingmasing.

Kaedah Pembiakan: Biji benih dan keratan batang.

Kuih Bakar Ubi Gadong Bahan-bahannya: 2 cawan tepung ubi gadong yang telah dinyahkan racunnya 2 biji telur 1 cawan tepung beras 2 cawan santan (kepala santan sahaja) 1 cawan gula 3 keping manisan ( sederhana ) Sedikit garam Cara membuatnya: - Tepung ubi gadong, tepung beras, gula, manisan, telur dan santan serta garam dimasukkan kedalam bekas dan gaul hingga sebati. - Apabila benar-benar sebati dan adunan jangan terlalu pekat atau terlebih cair, masukkan kedalam loyang pembakar. - Kemudian bakar di atas api yang sederhana lebih kurang satu jam. Bila masak bolehlah diangkat dan dipotong sebelum dihidang.


2 BAKTI JKKK

tk

Isnin, 01 Februari 2010

Razak Ali Oleh: Nik Suhaila

14

PELIK TAPI BENAR… Itulah yang mampu diungkapkan apabila mendengar sejarah ringkas tertubuhnya nama Kampung Durian Burung. Mengikut cerita orang lama, nama kampung itu diperolehi apabila terdapatnya sepohon durian yang buahnya tidak gugur walaupun sudah masak. Buah Durian tersebut merekah dan habis dimakan burung yang hinggap di pohon tersebut, lantas kampung itu dinamakan Durian Burung. Berkapasiti 5,500 orang penduduk, kampung yang hanya lima kilometer jaraknya ke pusat bandar merupakan sebuah perkampungan yang dihuni oleh majoriti kaum Melayu manakala Cina 44 orang dan India empat orang sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Durian Burung, Razak Ali, 48, yang lahir dan membesar di kampung tersebut sedia menggalas tanggunggjawab sebagai Pengerusi JKKK yang baru disandang seawal 1 April, 2009. Beliau yang dipanggil Pok Jak di kalangan penduduk kampung dan bertugas sebagai Ketua Kerani di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu, menggunakan masa terluang dengan meninjau keadaan sekeliling kampung sambil dibantu ahli-ahli jawa-

Razak (kanan) bersama Skuad Bencana Pemuda Kuala Terengganu

tankuasa JKKK. Mempunyai perwatakan yang peramah, amat mudah didekati, bertanggungjawab dan ringan tulang merupakan antara faktor utama beliau dikenali segenap penduduk asal di kampung ini di luar Terengganu. “Kampung Durian Burung terdapat lima taman perumahan yang kebanyakannya dihuni kakitangan awam dan swasta serta ahli-ahli perniagaan. Antaranya Taman Perumahan Setia, Nuri, Durian Burong dan Kastam. “Ada di antara mereka bekerja sebagai guru, kakitangan kerajaan, pegawaipegawai atasan dan ahli-ahli perniagaan. Mereka menetap di sini namun masih mengundi di kampung asal mereka. Ianya bukan masalah besar kepada saya dalam menjalani tanggungjawab kemasyarakatan terhadap penduduk setempat. “ Pada saya, bekerja berlandaskan etika kerja yang ditetapkan, tanpa mengira waktu dan keadaan. Ianya jelas bermaksud bekerja untuk semua dengan adil dan saksama tanpa mengira perbezaan fahaman politik,” katanya. Beliau berkata, berdasarkan statistik, kirakira hanya 1,800 orang penduduk kampung itu yang mengundi di Peti Undi Durian Burung manakala 1,700 orang penduduk yang menghuni di sini adalah pengundi luar. “ Walaupun Peti Undi Durian Burung kalah tipis dengan ma-

Razak gigih selesai masalah penduduk

Berperahu meredah banjir bagi mengetahui lebih dekat masalah penduduk

joriti perbezaan hanya 52 undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, namun kemudahan infrastruktur tetap disediakan oleh pihak kerajaan negeri. “ Malah kelengkapan kemudahan sudah dibangunkan sejak dahulu lagi. Bukan sahaja klinik desa, Sekolah Kebangsaan Durian Burung dan balai raya dibina sejak sekian lamanya, malah gelanggang futsal turut diusahakan pihak kerajaan negeri untuk kemudahan para belia menghabiskan waktu terluang dengan permainan sukan ini. “ Di kampung ini mempunyai empat buah surau dan sebuah masjid untuk kemudahan penduduk menun-

aikan solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti keagamaan dilakukan dengan selesa dan selamat,” katanya. Menurutnya, keseriusan kerajaan negeri dalam sistem pendidikan terbukti apabila Taska Permata di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) ditempatkan di kampung itu. “Bukan hanya Sekolah Kebangsaan Durian Burung sahaja malah Taska Permata yang dibimbing oleh YPK turut dibina di kampung ini. Kini terdapat kira-kira 50 kanak-kanak yang berumur seawal empat hingga enam tahun belajar di taska tersebut. “ Ianya jelas membuktikan pihak ber-

wajib begitu bersungguh-sungguh dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran anak-anak sebagai persediaan awal sebelum memasuki alam persekolahan,” tambahnya. Membawa misi Kampung Bersih, Jauhi Segala Jenayah, menjadikan gotongroyong sebagai aktiviti rutin dan merupakan cara beliau mendekati penduduk kampung. “ Selain dapat mencapai misi kebersihan yang sentiasa menjadi keutamaan, semua penduduk kampung juga dapat beramah mesra di antara satu sama lain. Jemputan akan dilakukan secara menyeluruh dan aktiviti ini akan melibatkan semua lapisan masyarakat setempat. “ Dengan penganjuran aktiviti bergotong royong, saya percaya kadar jenayah juga dapat dikurangkan. Ianya berikutan aktiviti yang sihat mampu menjana minda yang cergas dan cerdas. “Jika kita dapat mengisi masa yang terluang dengan penganjuran program berfaedah, sudah tentu warga muda tidak akan berasa terpinggir dan secara tidak langsung mereka akan mengetahui saluran yang betul untuk

membuat sebarang aduan dan bantuan. “ Selain itu, kenduri rakyat juga merupakan aktiviti utama di kampung ini. Kerjasama ketika menyediakan sajian kenduri merupakan tradisi yang perlu dipelihara. Penglibatan majoriti penduduk kampung merupakan keutamaan. Dengan harapan semangat kejiranan dapat diterap sehingga ke warisan seterusnya,” katanya. Tambahnya, keprihatinan dan tanggungjawab kebajikan kepada warga emas yang memerlukan bantuan menjadi keutamaan beliau dalam menangani masalah kemiskinan. “Seramai 120 warga emas menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala 99 Ibu Tunggal telah diedarkan borang untuk menerima bantuan Mesin Jahit sumbangan dari MARA dan YPK. “ Sebagai Pengerusi JKKK di kampung ini, saya mengambil berat setiap masalah yang perlu diberi perhatian tanpa mengira fahaman politik. Setiap masalah yang diajukan sedah tentu saya akan mengambil tindakan segera kerana faham situasi pengadu.


Isnin, 01 Februari 2010

Oleh: Suriati Ali “TIADA masalah bagi saya untuk mengagihkan pelbagai tanggungjawab dalam satu waktu sama ada bersama rakyat, tugas di pejabat dan keluarga. “Tugas seperti menyertai program kerakyatan, menyiapkan tugas arahan ketua jabatan serta aktiviti kekeluargaan diatur secara bijaksana dan teratur, “ ujar Puan Zaleha Mohd Ali. Beliau merupakan suri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Tepoh yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Haji Muhammad Ramli Nuh. Hasil pengkongsian hidup selama 16 tahun, pasangan bahagia itu kini memiliki lima permata hati iaitu tiga perempuan dan dua lelaki. Hasil didikan dan asuhan sempurna, cahaya mata sulung kini menuntut ilmu di Sekolah Menengah Imtiaz Besut dan anak kedua Muhammad Rahimi Zaki, 11, (Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Sulaiman II). Anak ketiga serta keempat iaitu Siti Rohana Zulfa, 6, dan Muhammad Rais Zuhdi ,5, menerima didikan di tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT), di Jalan Pusara, Kuala Terengganu. Untuk menjimatkan masa dan tenaga disamping mudah untuk menjenguk anak-anak, Puan Zaleha yang memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), sengaja memilih sekolah dan tadika anakanak berdekatan dengan tempat kerja. Puan Zaleha berkata, bagi memastikan tugas sebagai isteri wakil rakyat, kakitangan Maidam dan ibu kepa-

da anak-anak tersusun rapi, jadual berkaitan itu sentiasa melekat di hati dan turut dicatatkan dalam diari kerana dibimbangi terlupa. “Mendapat keizinan suami, minat mendalam dalam dunia kerjaya yang hampir 13 tahun memegang status sebagai kakitangan kerajaan, mendorong beliau terus bekerja dan berbakti kepada masyarakat. “Walaupun saya sibuk dengan tugasan harian, saya tidak pernah melupakan aktiviti bersama penduduk setempat, saya tetap melawat apabila mereka sakit, menghadiri kenduri kahwin serta kesyukuran dan menziarah penduduk jika ada kematian,” katanya Katanya, rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Tepoh, bagaikan faham dengan situasinya, di mana terlebih dahulu mendapatkan tarikh dan masa jika ingin dirinya hadir dalam sesuatu program.

wasan DUN Tepoh adalah suka bekerjasama antara satu sama lain apabila menganjurkan sesuatu program. “Situasi ini cukup digemari kerana menandakan mereka sayangkan pemimpin dan kerajaan memerintah,” katanya yang berasal dari Kampung Payang, Kuala Terengganu. Puan Zaleha yang membahasakan suaminya dengan gelaran ustaz berkata, dia dan suami berusaha melaksanakan tugas sebaik mungkin semata-mata untuk kepentingan dan kebajikan rakyat terutama mereka yang kurang berkemampuan. “Ustaz sebolehbolehnya tidak akan membiarkan rakyat di DUN Tepoh berada dalam kesusahan dan akan berusaha membantunya walaupun menyedari ketika itu, perlu meluangkan masa bersama keluarga. “Saya tidak kisah dengan keadaan itu

SERIKANDI

Bijak laksana tanggungjawab walaupun bekerja

15

Puan Zaleha Mohd Ali

(Jheat), tugasnya seperti individu lain dan berjadual, secara tidak langsung mudah untuk merancang aktiviti ber

“Tugas itu tidak dianggap sebagai satu bebanan malah cukup seronok kerana bukan sahaja dapat mendekati hati rakyat malah mengetahui lebih mendalam masalah yang dialami mereka” “Pendekatan itu, cukup dihargainya kerana mudah untuk saya mengatur jadual selain dapat meluangkan masa lebih panjang bersama penduduk untuk menjayakan program sehingga saat akhir. “Tugas itu tidak dianggap sebagai satu bebanan malah cukup seronok kerana bukan sahaja dapat mendekati hati rakyat malah mengetahui lebih mendalam masalah yang dialami mereka,” katanya ketika ditemubual Teganukita di pejabatnya, barubaru ini. Katanya, satu kelebihan mengenai sikap penduduk di ka-

kerana sudah `masak’ dengan perangai ustaz yang bukan sahaja gemar membantu rakyat malah turut membantu saya di dapur dan melaksanakan tugas seperti mengemas rumah, membasuh kain serta menjaga anak ketika berada di rumah,” katanya. Beliau turut memberitahu agak sukar terutama anak sulong menerima perubahan kerja dan rutin hidup seharian ketika ustaz mula-mula dilantik menjadi wakil rakyat iaitu pada Pilihan Raya Umum pada 2004. “Ketika ustaz bertugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

2 tk

sama keluarga. “Perasaan itu hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja, selepas mengetahui tugas wakil rakyat lebih penting berbanding keluarga, saya reda dengan tugas hakiki suami yang sudah lama meminati bidang politik,” katanya yang mempunyai hobi mengemas rumah dan membaca. Beliau turut memberitahu, walaupun sibuk mengejar waktu dan pulang dalam keadaan kepenatan, ustaz tidak merungut terhadap setiap tugasan dan tetap melayan karenah anak-anak. “Pendekatan itu membuatkan anak-

anak rapat dengan ustaz dan sentiasa patuh dengan arahan dan peraturan yang ditetapkan. “Disebabkan anakanak terutama Siti Rumizah dan Muhammad Rais membesar sewaktu suami menjadi wakil rakyat, secara tidak langsung mereka turut meminati bidang politik,” katanya. Katanya, sebagai ibubapa, sudah tentu kami memerhati gelagat anak-anak, sebagai contoh, anak sulong kami yang dipanggil Kak Long gemar membantu rakan sekelas serta sebilik yang berada dalam kesusahan, sebolehnya masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin. “Muhammad Rais pula, menyatakan minat untuk berucap apabila diajak bapanya mengikuti program terutama yang memerlukan ustaz berucap di hadapan tetamu di kawasan DUN,” katanya. Menurutnya, dia turut aktif dalam Badan Amal dan Kebaji-

kan Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) dan akan menyertai pelbagai program dan aktiviti sukan jika mempunyai kelapangan masa. “Jika program serikandi dijalankan sewaktu dalam tugasan, saya akan maklumkan lebih awal alasannya sekiranya tidak dapat hadir pada majlis itu. “Hubugan antara ahli dalam badan itu juga tidak pernah putus kerana sentiasa berhubung dan bertanya khabar berita,” katanya.

“Walaupun saya sibuk dengan tugasan harian, saya tidak pernah melupakan aktiviti bersama penduduk setempat”


2 DESTINASI

tk

16

Isnin, 01 Februari 2010 Oleh: Suriati Ali Pulau Redang disifatkan sebagai ‘gugusan zamrud’ yang menjadi aset sangat berharga kepada negeri Terengganu. Keindahan pantainya, keunikan batu karang dan panaroma menarik di pulau itu pastinya memukau setiap pengunjung. Pada waktu tengahari, sinaran sang suria menembusi air laut hingga menampakkan terumbu karang dan pelbagai spesies ikan berwarna-warni yang galak bermain di celah-celah batu karang. Panorama pulau itu yang memukau mengundang tetamu dari segenap pelusuk dunia, malah ada yang sanggup mengembara dalam tempoh lama semata-mata untuk berkunjung dan berkongsi anugerah alam di pulau tersebut. Pulau yang terletak 45 kilometer (km) dari persisir pantai Kuala Terengganu merupakan lokasi terbesar berbanding pulau-pulau lain yang berdekatan dan terlindung di sebalik Laut Cina Selatan. Cukup mudah untuk ke Pulau Redang, jika pelancong menggunakan perkhidmatan bot di jeti Marang, Setiu, mereka mengambil masa antara 30 hingga 40 minit untuk tiba di sana. Bagi mereka yang menggunakan feri atau bot dari jeti Shah Bandar, perlu menempuh badai lebih kurang satu jam setengah, sebelum tiba di Pulau Redang. Kesan tindakan drastik kerajaan negeri, termasuk mewujudkan aktiviti dan pembangunan secara terancang, Pulau Pinang, Pulau Lang Tengah, Pulau Ling, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil dan Pulau Lima turut mendapat

imej positif di kalangan pelancong. Mereka yang kebanyakannya dari Singapura, China dan Vietnam gemar mengabadikan pulau itu dengan pelbagai aktiviti antaranya snokling, menyelam, candat sotong dan memancing. Bagi memenuhi kepuasan diri, pelancong pasti memilih Taman Laut yang terletak dua batu nautika dari Pulau Redang sebagai destinasi pelengkap ketika bercuti di mana-mana pulau di Terengganu. Ketika berada di kawasan Taman Laut, pelancong dinasihatkan supaya mengunjungi Pusat Pelawat bagi mengetahui pelbagai maklumat, syarat dan langkah yang patut dipatuhi sebelum memulakan sebarang aktiviti. Taman yang dihuni ribuan spesies kehidupan laut dikawal ketat Jabatan Taman Laut Malaysia, bagi melindungi dan memulihara ekosistem marin, terutama terumbu karang serta flora dan fauna secara keseluruhannnya. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, kerajaan negeri sememangnya bertuah kerana memiliki pelbagai aset yang mampu menarik minat jutaan pelancong di serata dunia. Katanya, sebagai penduduk, kita sewajarnya memainkan peranan penting dengan terus memperkenalkan pelbagai destinasi menarik yang

Pulau Redang pe

Perair merupan Pulau R kaki paakan syurg edang a bag ncing. i

ia an mana ang di lihat keindah d e R u e la u m P i t g u a an La snorkling b i jiri Tam embanm dan aktivit m g n o c la n e y la n e e p p Ribuanakan syurga merup ya dasarn

Replika Batu Bersurat yang ada di Muzium Dasar Laut di Pulau Redang


Isnin, 01 Februari 2010

g penuh keunikan

g

Panorama pulau itu yang memukau mengundang tetamu dari segenap pelusuk dunia, malah ada yang sanggup mengembara dalam tempoh lama semata-mata untuk berkunjung dan berkongsi anugerah alam di pulau tersebut. dimiliki Terengganu. “Pulau terutamanya menjadi sumber ekonomi penting bagi Terengganu di mana setiap tahun mencatat peningkatan jumlah pelancong yang memberangsangkan. “Pada tahun lalu, kerajaan negeri menerima hampir 100,000 pengunjung di Pulau Redang dan dijangka lebih meningkat pada tahun seterusnya selepas pelbagai promosi diusahakan pihak berkaitan,� katanya. Menurutnya, pulau redang bukan sahaja mampu menampil pelbagai

keunikan alam semula jadi malah di sebaliknya tersembunyi sejarah yang jarang diketahui umum. Pulau itu menyimpan dua bangkai kapal dikenali sebagai Kapal HMS Prince of Wales dan HMS Repulse yang dikatakan karam ketika Perang Dunia Kedua. Namun di sebalik ketenangan dan kedamaian, pulau ini menceritakan pelbagai kejadian aneh yang tidak diketahui umum. Antaranya termasuklah cerita mengenai kewujudan dua buah kolam sebesar tapak rumah, sambil dikaitkan dengan beberapa cerita mistik. Menurut cerita lisan orang tua-tua, Pulau Redang berasal daripada nama seorang nakhoda yang dikenali sebagai Nahkoda Redang. Dia kemudian disumpah menjadi batu oleh ibunya kerana dikatakan menderhaka selepas menjadi kaya ,sebaik pulang dari perantauan. Keindahan semula jadi Pulau Redang, termasuk hutan yang masih terpelihara dan pengisytiharan sebagai Taman Laut, menjadikannya lokasi percutian paling menarik. Terdapat 15 lokasi selam skuba di sekitar pulau ini dengan kedalaman 22 meter dan antara yang popular ialah Terumbu Kuning dan Karang Nibong Laut. Perairan di sekitarnya juga mendapat reputasi sebagai antara 10 destinasi selam skuba tercantik dunia. Keseronokan menyelam pasti bertambah apabila dapat melihat pelbagai kumpulan jerung antaranya yu kabut, jerung putih dan yu sirip hitam. Dengan segala pakej menarik di Pulau Redang, tidak mustahil pengunjungnya tidak akan berfikir dua kali untuk kembali ke destinasi percutian mereka kerana terpikat dengan pulau istimewa itu.

g

ng yan lau Reda ki ke Pu enarik. a k k ja k menje yang begitu m nda tida n iranya akej pelanconga k e s i g u R a p n a k ji menjan

Lagi r eplika

berup

a tep

ak sir eh jug a di d

asar la

Pasir memutih dan suasana tenang berhampiran Laguna Redang

ut Pu

lau R edan

g

2 tk


2 tk

ms 16 & 17


Isnin, 01 Februari 2010

rencana

MIMBAR Susunan : Zatini Yan Hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk “ Hidup Lebih Manis Tanpa Gula”. Umat Islam adalah umat terbaik dalam semua cara hidup termasuklah dalam bidang kualiti kehidupan. Kualiti hidup yang baik membolehkan kita merancang dan melaksanakan aktiviti secara berkesan kepada anakanak, keluarga dan masyarakat. Malah kualiti hidup yang baik memberI kesempurnaan dan kekusyukan untuk kita beribadah kepada Allah S.W.T. Makanan adalah menjadi faktor penting dalam mempengaruhi kualiti hidup. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 172 : maksudnya “ wahai orang yang beriman ! makanlah dari rezeki yang baik, yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadah kepadaNya.” Dalam ayat ini, Allah s.w.t memerintahkan kita makan makanan halal yang baik dan sesuai. Menurut Ibnu Kasir dalam kitab tafsirnya al-Quran Al Azim, makanan yang baik ialah sesuatu yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal. Bagaimanapun, salah satu bahan makanan yang menjejaskan dan membahayakan kualiti hidup ialah gula. Penggunaan gula secara berlebihan menjadi penyebab utama seseorang menghidap kencing manis. Penyakit kencing manis secara ringkasnya berpunca daripada kadar gula yang agak tinggi melimpah dalam darah

Hidup lebih manis tanpa gula menyebabkan jentera badan kita seperti pembuluh darah dan pankreas tidak dapat lagi mengawal penggunaan gula secara normal. Berdasarkan kajian pakar perubatan, didapati kebanyakan pesakit kencing manis tidak menyedari dirinya mmenghidap kencing manis sehinggalah beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Apa yang membimbangkan pakar perubatan ialah lebih lama seseorang ini menghidap kencing manis, maka lebih tinggi risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik yang lain seperti darah tinggi, kebutaan, penyakit buah pinggang, angin ahmar dan sakit jantung. Mereka yang menghidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain juga mengalami kemurungan hidup kerana kualiti hidup mereka terjejas teruk dan penyakit juga akan diwarisi keturunan. Mengikut laporan persatuan diabetis Malaysia pada tahun 2009 dianggarkan diseluruh dunia terdapat kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan penghidap penyakit ini akan mencapai 350 juta orang menjelang tahun 2025. Di negara kita sehingga tahun 2009 sahaja pesakit kencing manis telah memcecah 1.2 juta orang dan menjelang tahun 2020 pula dijangkakan terdapat seramai 5 juta rakyat di negara ini, lebih-lebih lagi penduduk di pantai timur akan menghidap penyakit kencing manis, kec-

Umat Islam digalakkan kurangkan manis dalam makanan sebaliknya tambahkan manis dalam senyuman.

uali penghidap kencing manis dan mereka yang berpotensi mengambil langkah-langkah pencegahan terlebih awal. Persoalan besar yang timbul ialah bagaimana kita boleh mengawal dan mengelak terkena penyakit kencing manis yang amat membahayakan manusia ini? Mimbar pada hari ini, mengingatkan jemaah dan umat islam sekalian, langkah paling berkesan dalam pencegahan dan merawati kencing manis antaranya ialah mengurangkan pengambilan gula, banyak memakan sayur-sayuran, buah-buahan, ulam-ulaman, mengelak daripada makanan yang berkolestrol serta lemak yang tinggi dan mengamalkan aktiviti riadah serta mematuhi nasihat pegawai perubatan. Ini bertetapan dengan saranan saidina Umar Yang menggalakkan riadah dan latihan jasmani. Maksudnya “ ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda” Peningkatan kadar penghidap kencing manis di negara ini, yang dikaitkan dengan penggunaan gula yang melampau seharusnya menjadi kebimbangan

kita bersama, walaupun gula adalah antara keperluan asas yang digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari. Penggunaan gula untuk mengubah rasa makanan dan minuman adalah menjadi kemestian dalam kehidupan kita. Gula juga merupakan sumber tenaga kepada tubuh manusia. Menurut sumber kementerian kesihatan Malaysia secara purata setiap rakyat Malaysia mengambil 27 sudu teh gula sehari berbanding keperluan yang menyihatkan hati sebanyak 10 sudu teh sehari termasuk gula yang ada dalam makanan. Pada 1 januari yang lalu, harga gula telah dinaikkan 20 sen dan menjadikan harga gula sekarang di negara ini 1.65 sen sekilogram. Apa yang perlu kita ketahui bahawa Negara kita banyak membeli gula daripada luar negara, bagi menampung keperluan gula yang semakin meningkat di negara ini. Harga gula dinaikkan kerana menampung kenaikan harga gula mentah di pasaran dunia yang ditentukan oleh negara pengeluar dan perlumbaan permintaan penggunaan sendiri. Dalam usaha mengurangkan

WAKTU SOLAT NEGERI TERENGGANU BAGI 1 HINGGA 15 FEBRUARI 2010

19

bebanan rakyat menghadapi kenaikan harga gula tahun 2010, pihak berkuasa masih lagi bersedia, membantu menanggung subsidi melebihi 1 bilion ringgit setahun, dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekeluarga. Mimbar hari ini juga mengingatkan, bahawa kita tidak pasti berapa lama lagi kerajaan berkemampuan dan boleh bertahan dengan menyediakan subsidi dalam pelbagai barangan utama dan asasi rakyat di negara ini. Berdasarkan pemerhatian, pusingan dan putaran kenaikan harga barangan sama ada di pasaran tempatan dan dunia, kebanyakan sentiasa naik dari setahun ke setahun kerana permintaan dan pertambahan pengguna dunia. Oleh itu selari dengan putaran kenaikan keperluan khususnya baranagan import seperti gula dan lain-lain keperluan utama, maka kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kesan global kenaikan harga pasaran dunia. Pada hakikatnya, mengurangkan penggunaan gula amat membantu kita mengawal dan mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan penggunaan gula seperti kencing manis. Selain itu, ia turut membantu meringankan beban kerajaan dengan mengelakkan (7)gula melebihi keperluan sebenar dan membentuk pengguna yang berhemah serta bertimbang rasa. Nikmat kesihatan adalah raja dalam kehidupan. Oleh itu, hiasilah hidup kita dengan keceriaan dan amalkanlah hidup yang manis tanpa gula.


20

Isnin, 01 Februari 2010

Taman Ilmu semakin `gah` SYARIKAT tempatan InterPacific.net. com dengan kerjasama Waikato Institute of Technology New Zealand bersetuju membuat pelaburan RM100 juta bagi menubuhkan kolej kejurawatan bertaraf antarabangsa. Pusat pendidikan itu bakal beroperasi Julai depan di Kolej Teknologi Bestari, Saujana, Setiu, sementara siap sepenuhnya bangunan tetap yang bakal dibina, di Taman Ilmu, Besut. Menteri Besar Dato’ Ahmad Said berkata kerajaan negeri bangga dengan perkembagan itu, di mana menandakan Taman Ilmu kini `gah’ serta diiktiraf oleh syarikat luar negara. Katanya, kolej yang bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan teklogi canggih itu mensasarkan kira-kira 3,000 pelajar dari dalam dan luar negara dalam satu-satu masa. “Kerajaan negeri tidak terlibat sepenuhnya sama ada berkaitan pengambilan pelajar dan jumlah yuran bakal dikenakan, tetapi hanya menyediakan kemudahan sewaan bangunan berjumlah RM20,000 sebulan. “Berdasarkan rundingan, kedua-dua syarikat itu bersetuju menyediakan tenaga pengajar, pensyarah dan petugas berkemahiran dari luar negara, termasuk Thailand, Laos dan Kemboja,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco. Kolej yang belum diumumkan namanya itu merupakan sebuah pusat pengajian kepunyaan kerajaan New Zealand di mana pada masa kini mempunyai 26,000 pelajar. Dato’ Ahmad berkata kerajaan negeri bersetuju menerima kolej itu beroperasi di Taman Ilmu kerana menyedari ia cukup bermanfaat dan memberi positif terhadap ekonomi negeri. Taman Ilmu seluas 283 hektar turut menempatkan pelbagai kemudahan lain termasuk masjid, dewan konvokesyen, perpustakaan, masjid, asrama, kompleks sukan dan taman rekreasi.

amam

‘Kapas’ promosi Terengganu Oleh: Suriati Ali Pemilihan nama Kapas untuk kapal Kencana Petroleum Venture (KPV), merupakan bonus bagi negeri ini untuk terus mengukir nama di kalangan syarikat korporat dan ternama di serata dunia. Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum Berhad (KPB ), Dato’ Mokhzani Mahathir berkata, pihaknya berbesar hati menggunakan nama tersebut yang diambil sempena Pulau Kapas itu, bagi mempromosi Terengganu di bidang minyak dan gas. “Dalam masa terdekat, pihak syarikat bersetuju mengabadikan nama Pu-

lau Gemia pada pelancaran kapal kedua yang bakal beroperasi di lokasi sama dengan dikenali KPV Gemia,” katanya pada sidang media, selepas Majlis Pelancaran Kapal KPV Kapas di Ri-Yaz Heritage, Kuala Terengganu, barubaru ini. Majlis yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong, itu disempurnakan Tengku Ampuan Bariah. Kapal yang memiliki enjin berkuasa kuda 5220 dan berharga RM46 juta itu berupaya memasang struktur pelantar minyak,

Tengku Ampuan Bariah merasmikan Kapal KPV yang diberi nama `Kapas` sempena nama pulau tersohor di Terengganu sambil disaksikan Dato` Ahmad dan isteri serta Dato` Mokhzani. (Gambar kecil) Kapal KPV Kapas.

membawa bekalan, tugas menunda dan menarik bebanan tiang seberat 73 metrik tan. Dato’ Mokhzani yakin industri minyak dan gas di Terengganu akan terus berkembang pada masa akan datang dan KPB bersedia menambah pelaburan serta meningkat mutu perkhidmatan serta operasinya.

Sementara itu, Dato’ Ahmad berkata, kerajaan negeri bangga kerana KPB sedia menawarkan perkhidmatan di bidang minyak dan gas dengan menggunakan perairan Terengganu sebagai tapak operasi. Katanya, penggunaan nama pulau sebagai tanda pengenalan kapal juga sebagai bonus bagi kerajaan

kerana mampu menaikkan nama Terengganu di luar negara. “Dalam masa terdekat, kerajaan negeri melalui anak syarikat yang berkaitan akan mengadakan rundingan dan berbincang dengan KPB bagi menawarkan perkhidmatan membuat kapal di mana sebelum ini mengambil tawaran pihak swasta,” katanya.

Bubur asyura kukuh silaturahim

Khazan Che Mat

sakan bubur asyura dan aktiviti itu akan mengerat dan mengukuhkan ikatan silatulrahim antara jiran tetangga. Lebih manis apabila ‘tok wakil’ (wakil rakyat) sudi turun padang dan bersama orang kampung mengacau bubur sambil berbual mesra. Suasana meriah Iiulah yang berlaku di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit baru-baru ini, apabila untuk sekian kalinya dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa

Ketibaan bulan Muharam dikaitkan dengan tradisi masyarakat Islam yang sinonim dengan ma CAKNA…Di sebalik kesibukan tugas rutin harian, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, sempat meluangkan masa menziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Dato’ Harun Taib, yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, baru-baru ini. Beliau meluangkan masa hampir setengah jam di wad kenamaan hospital itu bagi bertanyakan khabar wakil rakyat pembangkang berkenaan sambil menasihatkannya supaya berehat dan menjaga kesihatan agar cepat sembuh. Menteri Besar kemudiannya turut mengambil kesempatan melawat dua kakitangan hospital tersebut yang dirawat di wad yang sama

Agama dan Penerangan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Haji Khazan Che Mat. “Semangat bergotong royong yang menjadi amalan masyarakat kampung sejak dulu harus disuburkan dan dikekalkan agar ianya diwarisi oleh generasi muda hari ini,” katanya. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang memain peranan mengatur

program mengacau bubur asyura turut membabitkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Belia 4B, Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO.. Di samping menyertai gotong royong mengacau bubur, Haji Khazan turut meluangkan masa mengunjungi rumah warga emas yang uzur, Awang Said dan menghabiskan masa sejam, berbual mesra sambil bertanya khabar. “Setiap masa terluang saya cuba untuk berjumpa

lebih kerap dengan penduduk miskin dan orang tua dari kampung berlainan dalam kawasan saya dan bila dapat bertemu empat mata, banyak masalah mampu diselesaikan,” katanya. Sehubungan itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan Chek Harun Ismail berkata enam kawah bubur yang dimasak telah diagihkan kepada 130 keluarga di kampung tersebut


Isnin, 01 Februari 2010

am

UMT Kerjasama Lebih 20 IPT Seluruh Dunia Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan kerjasama dengan lebih 20 institusi pengajian tinggi di seluruh dunia bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran di pusat pengajian itu. Antara university berkenaan termasuklah Universiti Bergen, Norway; Universiti Carolina and East Carolina ( USA); Universiti James Cook ( Australia); Institut Alfred Wagener ( Polar and Marine Research in Germany); University Selatan Brittany, Perancis ; Universiti Newcastle, (United Kingdom); University Selatan Brittany, Perancis; Universiti Newcastle (UK); Universiti Kagoshima (Jepun); Universiti Air Langga dan Universiti Bung Hatta, Indonesia. Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata antara kerjasama yang dilakukan antara pihaknya dengan universiti berkenaan ialah kajian, pertukaran ilmu pengetahuan dan program pertukaran pelajar.

Umat Islam kecewa isu kalimah Allah Penganut Islam di negeri ini kecewa dengan penggunaan kalimah Allah oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan masyarakat pelbagai fahaman agama di negara ini. Rasa keprihatinan mengenai masalah itu, mendorong lebih 3,000 penduduk berhimpun secara aman di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, baru-baru ini, khusus untuk membantah penggunaan nama Tuhan yang dianggap tidak wajar dilakukan pihak bukan Islam.. Perhimpunan bermula jam 3 petang itu dianjurkan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang disertai 25 Badan Bukan Kerajaan (NGO), termasuk Gerakan Belia 4B Terengganu dan Pergerakan Pemuda Umno Negeri.

21

Selamat jalani pembedahan Adik Mohd Khaidill Sharifudin, tiga tahun, dari Kampung Lubuk Lesung, Kemaman kini menjalani hidup seperti kanak-kanak normal lain selepas selamat menjalani pembedahan jantung berlubang dan membesarkan saluran injap di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 20 Januari lalu. Pembedahan ke atas Khaidill ditanggung sepenuhnya Kerajaan Terengganu berjalan dengan lancar sebagaimana dirancang hasil kepakaran perubatan yang diketuai Doktor David Khoo Sin Kiat. Mohd Khaidill sebelum ini dilaporkan berdepan dengan masalah jantung berlubang dan ruang injap pembuluh darah ke paru-paru yang sempit perlu menjalani pembedahan penutupan lubang dan pembesaran ukuran pada otot jantung serentak bagi memastikan paras oksigen dalam aliran darah yang normal. Selepas pembedahan kira-kira lapan jam, Mohd Khaidill dipindahkan ke wad rawatan rapi dan dipantau dari semasa ke semasa dalam tempoh 48 jam. Usaha murni kerajaan negeri terhadap pesakit seperti Mohd Khaidill turut mendapat perhatian orang ramai yang mengambil peluang

melawat pesakit itu ketika di wad dan mereka mengagumi langkah Kerajaan Terengganu kerana peka dengan permasalahan rakyat terutama kepada berdepan dengan penyakit kritikal. Ramai menyifatkan langkah Kerajaan Negeri Terengganu yang sudi menanggung kos rawatan adalah tepat pada masanya bagi membantu rakyat tidak kemampuan untuk mendapatkan rawatan sepatutnya. Menteri Besar Dato’ Ahmad Said yang sibuk dengan tuntutan kerja rasmi kerajaan sempat meluangkan melawat Khaidill di pusat perubatan itu bagi mengetahui perjalanan pembedahan. Keprihatinan beliau amat menyentuh jiwa keluarga pesakit serta rakyat Terengganu amnya. Dalam pada itu, bapa pesakit, Encik Sharifudin melahirkan perasaan terharu dan terima kasih yang tidak berbelah bagi kepada Kerajaan Terengganu, terutama kepada pemimpin nombor satu, Dato’ Ahmad yang sanggup menjaga kebajikan dan menguruskan kos pembedahan dan kebajikan mereka sekeluarga sehingga segalanya selesai tanpa sebarang masalah. Sebelum pembedahan dijalankan, MOhd Khaidill menjalani ujian `catheter’ bagi mengenal pasti tahap ruang injap pembuluh darah ke paru-paru

Pentadbiran kerajaan negeri dirombak bagi mengisi kekosongan pelbagai jawatan penting, berikutan persaraan Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ Haji Mokhtar Nong. Arahan pertukaran tersebut yang menyaksikan pertukaran 48 pegawai tadbir negeri, dikeluarkan itu mula berkuatkuasa 1 Februari, 2010. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Mat Razali Kassim dilantik sebagai

Timbalan SUK (Pembangunan) dan tempatnya digantikan Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Encik Mustofa Abd Rahman memegang jawatan Pegawai Daerah Dungun dan jawatannya diisi oleh Timbalan SUK (Pengurusan), Haji Husain Embong. Setiausaha Sulit Kanan Kepada YAB Menteri Besar, Haji Wan Ahamad Wan Muda akan meng-

Oleh: Aida Abd Rahman

Pakar pembedahan jantung, Dr David (kanan) sedang melakukan pembedahan ke atas adik Mohd Khaidil di Dewan Bedah Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. (Gambar kecil) keadaan Mohd Khaidil selepas pembedahan.

Ramai menyifatkan langkah Kerajaan Negeri Terengganu yang sudi menanggung kos rawatan adalah tepat pada masanya bagi membantu rakyat tidak kemampuan untuk mendapatkan rawatan sepatutnya.

dan lubang pada jantung pada 19 Januari sebelum dimasukkan ke dewan bedah keesokannya. Mohd Khaidill yang dimasukkan ke wad 18 Januari juga menjalani beberapa pemeriksaan perubatan seperti x-ray dan ujian darah bagi memastikan tahap kesihatan kanak-kanak itu. Dia mula mendapat rawatan awal di Pusat Rawatan Prince Court pada 1 Disember lalu untuk mengenalpasti dan mengesahkan tahap penyakit yang dialaminya. Kemudiannya, rawatan susulan dilakukan melalui imbasan 2D Ecocardiogram pada 2 Januari lalu. Sehari selepas pembedahan, Encik Shariffudin

menghubungi wakil Unit Komunikasi Terengganu (yang turut serta mengiringi mereka ketika menjalani pembedahan) bagi memaklumkan berita gembira di mana Khaidill sudah mula bergerak aktif. Menurut Sharifudin, Khaidill mula bangun dan berjalan pada jam 10.30 pagi 22 Januari lalu selain aktif bermain dengan permainan helikopter kegemarannya tanpa menunjukkan kesan sampingan akibat pembedahan. Pada Jumaat lalu (29 Januari) mereka sekeluarga yang ceria dan gembira dengan kejayaan pembedahan itu bertolak dan selamat pulang ke kampung halaman.

Rombakan mantap pentadbiran gantikan Haji Husain manakala Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Dato’ Alim Muda dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Skills Development Center (Kolej) TESDEC. Pegawai Daerah Setiu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Terengganu manakala tempatnya digantikan Pengarah Institut Intergriti Negeri, Haji Mohd Akil Mat. Pegawai Daerah Dun-

gun, Haji Zulkifli Mohamad, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER). Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Haji Osman Muda akan memegang jawatan Pengarah PTG manakala tempatnya digantikan Timbalan Pengarah (Makro) Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Haji Mustafar Khalid. Pegawai Daerah Hulu

Terengganu, Haji Aziz Mat, dilantik sebagai Pengarah Yayasan Terengganu dan tempatnya diganti Pegawai Daerah Besut, Wan Mohd Wan Ibrahim. Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Haji Mohd Zulkifli Abu Bakar dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Makro) UPEN manakala tempatnya diganti Pengarah Yayasan Terengganu (YT) Haji Md Kamaru Al-Amin Ismail.


22

Isnin, 01 Februari 2010

amam

Mesin x-ray HSNZ tercanggih Oleh: Aida Abd Rahman Mesin x-ray sumbangan kerajaan negeri kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mencipta sejarah perubatan apabila kemudahan pemeriksaan menggunakan sinaran xray berkomputer itu merupakan yang paling canggih di Asia Tenggara. Kerajaan negeri memperuntukkan RM5.2 juta bagi membekalkan peralatan dikenali sebagai `Multislice CT Scan’ (MSCT) yang diimport dari Jepun untuk kemudahan Jabatan Pengimejan Diagnostik hospital itu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata penggunaan mesin itu sejajar dengan senario bidang perubatan negeri yang kian maju hasil kesedaran kerajaan negeri bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat Terengganu. Beliau sebelum ini sering mengutarakan pandangan dan permintaan terhadap kerajaan negeri supaya menyediakan kemudahan x-ray yang lebih canggih bagi memastikan rakyat mendapat pemeriksaan kesihatan yang baik.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM5.2 juta membekalkan peralatan dikenali sebagai `Multislice CT Scan` untuk kemudahan Jabatan Pengimejan Diagnostik hospital HZNZ.

“Ketika menjadi Exco, saya berulangkali minta kerajaan negeri supaya menyediakan Magnetic Resonance Imaging (RMI). Alhamdulillah hospital ini dapat MRI. “Hari ini kehadiran peralatan perubatan yang lebih canggih seperti Multi Slice CT Scan yang mana menggunakannya seolaholah memasuki dalam terowong dan boleh mengesan segala penyakit. Itulah

Tesdec urus kursus YT Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) bercadang menguruskan kesemua kursus Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) yang dijalankan oleh Yayasan Terengganu (YT) berikutan pusat kemahiran itu mampu menyediakan tenaga pengajar yang pakar dan pemantauan lebih baik. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains,Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Tesdec akan mengambil tanggungjawab memantau perjalanan kursus berkenaan sepenuhnya sementara peruntukan sepenuhnya di bawah YT. “Kita melihatkan kursuskursus MLVK di bawah YT kurang dari segi pemantauan kerana kekurangan kepakaran, kebetulan Tesdec ada kepakaran kerana kita ada tenaga pengajar yang pengalaman maka amat sesuai kalau kursus MLVK yang dijalankan oleh pengusaha

AHMAD RAZIF

seperti pusat kemahiran di Terengganu dapat diserahkan kepada Tesdec kerana dapat buat pemantauan. “Apa yang mustahak, selain dapat melatih mereka, kita juga dapat memberi peluang pekerjaan. Itu satu lagi objektif dan matlamat kerajaan negeri bukan sahaja beri latihan tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan,” katanya ketika sidang akhbar di Majlis Mesra Media-Tesdec, di Restoran Verandah, Riyaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

kepakaran perubatan yang perlu kita gunapakai hari ini,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian peralatan MSCT, di Jabatan Pengimejan Diagnostik, HSNZ, baru-baru ini. Dengan adanya mesin tercanggih di Malaysia dan juga Asia Tenggara itu, kerajaan negeri mengharapkan tahap kesihatan dan perkhidmatan perubatan yang terbaik dapat

disediakan untuk rakyat. Perkembangan terkini itu mampu mengelak pesakit terpaksa mendapat rawatan di Hospital Sains Kubang Kerian, Kelantan dan Hospital Kuantan yang memakan masa tiga jam perjalanan dari Kuala Terengganu berikutan mesin pemeriksaan sinaran x-ray sedia ada yang sering mengalami kerosakan. Dalam pada itu, Menteri

Besar mengingatkan pihak hospital supaya tidak menjadikan mesin canggih dan terkini berjenama Toshiba Aguilion CX itu seperti `gajah putih’ disebabkan kekurangan atau tiada pakar yang mampu mengendalikannya. “Tanpa berlindung dan bersembunyi lagi, alat sahaja tidak cukup kalau pakar tidak terlatih menggunakannya..Saya ada pengalaman di sebuah hospital apabila ada pegawai perubatan mengakui tidak mahir menggunakan peralatan yang dibekalkan di pusat perubatan berkenaan,” katanya. MSCT amat pantas dalam menghasilkan imej radiografi digital struktur dalaman badan pesakit, selain mampu menerbitkan 64 imej pada setiap imbasan serta dapat meningkatkan keupayaan kepada 128 imej. Malah, MSCT banyak kelebihan berbanding mesin scan biasa terutama bagi imejan isotropic bagi tujuan rekontruksi multiplana yang dapat mengesan sebarang penyakit dengan lebih terperinci dan tepat.

Maal Hijrah alaf baru dapat sambutan Sambutan Maal Hijrah alaf baru yang diadakan di Kampung Gong Lingai, Batu Rakit, baru-baru ini berjaya menarik lebih 2,000 penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, bagi memeriahkan program berkenaan. Penduduk daripada pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di padang bola kampung itu yang menjadi lokasi program, sebaik saja selesai solat Isyak, untuk menyaksikan persembahan nasyid dan selawat beramai-ramai. Kumpulan Hijjaz yang diundang khas bagi memeriahkan ‘Malam Nur’ itu, memukau para hadirin yang tidak berganjak dari tempat duduk mereka hingga penghujung program yang julung kali diadakan di kawasan berkenaan.

YB Ustaz Khazan menyampaikan hadiah kepada Tokoh Maal Hijrah

Sambil mendedangkan nasyid kontemporari, anggota Kumpulan Hijjaz tidak jemu-jemu berceloteh dengan penonton sambil mengingatkan mereka supaya berhijrah dalam kehidupan bagi mencari keredaan Allah. Mereka turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berpecah-belah dan mengutamakan perpad-

uan agar ikatan ukhuwah sesama ummah lebih kukuh. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Kazan Che Mat, dalam ucapan ringkas tetapi padat, meminta penduduk di DUN Batu Rakit mengetepikan fahaman politik dan bersatu hati bagi meningkatkan syiar Islam.

Bekal beg najis, rujuk pakar rawat Hairuddin Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berjanji untuk meringankan bebanan keluarga pesakit ketidaknormalan genetik, Hairuddin Hassan berusia 22 bulan dari Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Marang dengan membekalkan beg najis setiap enam bulan sekali. Beliau menyatakan demikian sebaik meninjau kanak-kanak malang yang terpaksa membuang air besar menerusi saluran yang ditebuk pada perut berikutan masalah usus dan tiada lubang dubur sejak lahir. Anak bongsu daripada lima beradik itu pernah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur bagi menebuk lubang najis dan perlu ditampal beg najis yang akan ditukar antara lima hingga 20 unit sehari. Selain jantung berlubang, Hairuddin yang mengalami `Sindrown down’ juga berdepan dengan saluran paruparu bocor. Hairuddin berkemungkinan berdepan dengan risiko koma sehingga berbulan lamanya jika menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Majlis berkhatan Seramai 54 kanakkanak berumur lapan hingga 12 tahun diraikan pada majlis berkhatan dianjurkan Pertubuhan Peladang, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berkata penganjuran majlis berkhatan itu jelas membuktikan Pertubuhan Peladang tidak pernah meminggirkan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat. “ Selain aktif dalam perniagaan, pertubuhan ini tidak terlepas pandang dalam menjalani tanggungjawab sosial kepada ahli-ahli pertubuhan. Ini jelas menunjukkan pertubuhan ini tidak alpa terhadap khidmat kemasyarakatan yang patut dikongsi bersama,” katanya


sukan

Terengganu impi juara Oleh: Kamarudin Mat Akib Terengganu mengimpikan pasukan bolasepak negeri ini muncul juara sekurangkurangnya bagi satu piala untuk perlawanan musim ini. Sehubungan itu, pemain pasukan berkenaan dijanjikan habuan yang lumayan jika mereka menjuarai sama ada Piala Malaysia, Piala FA mahu pun Liga Super. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, berdasarkan kedudukan sebagai antara empat pasukan terbaik Piala Malaysia dan menduduki tempat kelima Liga Super, tidak mustahil untuk skuad Terengganu mencatat kejayaan lebih besar tahun ini. “Jika boleh kita mahu menjuarai Piala Malaysia atau sekurang-kurangnya Piala FA atau juara Liga Super. Jika kita menang dua piala atau ketiga-tiganya sekali ia merupakan satu bonus kepada pasukan ini. “Jika kejayaan ini dapat dicapai, hadiah yang lebih lumayan akan diberi kepada pemain dan semua pegawai pasukan yang

memberi sumbangan kepada kejayaan ini,” katanya pada Majlis Makan Malam meraikan pemain-pemain Terengganu di Primula Beach Resort, baru-baru ini. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri sedia menghulurkan apa saja bantuan yang diperlukan pemain dan pasukan Terengganu bagi memastikan ia menggapai kejayaan lebih cemerlang. Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberi anugerah khas kepada pemain pasukan bola sepak yang paling setia dengan pasukan Terengganu. “Jika pemain lain silih bertukar pasuk a n s e m a t mata untuk mengejar gaji yang lumayan, ada pemain yang terus berkhidmat dengan pasukan negeri ini.

Isnin, 01 Februari 2010

23

Sukan air Tasik Puteri tarikan pelawat

“Kita akan beri ganjaran khas kepada pemain ini sama ada mereka anak tempatan atau dari negeri lain sebagai pengiktirafan kepada kesetiaan mereka,” ujarnya.

Pemain Terengganu melaungkan semangat bersama Menteri Besar untuk cemerlang musim 2010

Acara memukul bantal memeriahkan lagi sukan air Tasik Puteri Bukit Besi.

Keunikan aktiviti sukan air Tasik Puteri, Bukit Besi mampu menjadi aktiviti yang dapat menggamit pelancong tempatan mahu pun luar Terengganu untuk berkunjung ke Bukit Besi, Dungun. Program anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berjaya menghimpunkan 200 peserta di kalangan kakitangan dan keluarga Ketengah serta penduduk setempat. Pelbagai acara sukan air dijalankan termasuk lumba tiub berpasukan; lumba kayak secara berundur berpasangan; lumba kayak berpasangan; tarik tali atas tiub, lumba kayak baling bola berpasangan, lumba kayak baling berpasangan campuran; tol kayak, polo tiub air, pukul bantal berpasukan; pukul bantal individu dan itik gembo-gembo. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Dato’ Din Adam, program dwi tahunan itu menjadi landasan terbaik untuk menghimpunkan penduduk kampung dalam aktiviti sosial yang sihat bersama . Malah, program itu juga mampu menarik pelawat melihat keunikan dan kemeriahan sukan air yang diadakan di satu destinasi menarik di Bukit Besi. “Penduduk bersatu dengan warga Ketengah menjayakan sukan yang diadakan dua tahun sekali itu. Pelbagai aksi dan ragam dipertontonkan dan pastinya itu menjadi tarikan orang ramai. “Bukit Besi bukan hanya terkenal sebagai kawasan yang suatu ketika dulu menjadi nadi perdagangan di Dungun berikutan terdapatnya perlombongan bijih besi di situ, malah juga terdapat produk baru yang dapat diperkenalkan kepada umum sebagai tarikan pelancong dan memajukan ekonomi setempat,” katanya. Dalam pada itu, penemuan hasil galian di Bukit Besi menjadikan Dungun sebagai kawasan termaju di Terengganu kira-kira 80 tahun lalu, malah terkenal di kalangan negara pengimport besi sperti Jepun dan Korea. Penutupan lombong bijih itu bagaimanapun menjadikan kawasan perdagangan itu malap sehinggalah pada 1973 Ketengah diperbadankan.

Keunikan Tasik Puteri Bukit Besi terutama ketika menganjurkan sukan air.


Sukan air Tasik Puteri tarikan pelawat ms 23

sukan Bil. 17. (01 Februari 2010.) http://teganukita.blogspot.com

Tekad pasukan Terengganu ms 23


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.