STPM di Terengganu melonjak
Tabung pesakit kronik ubat derita penghidap
ms - 3
ms - 4
Derita Ayub berakhir ms - 21
PTG jadi jabatan contoh Oleh Aida Abd Rahman P e j a b at Tanah dan Galian (PTG) Te r e n g g a n u muncul sebagai pejabat pentadbiran tanah yang pertama di Malaysia berjaya menyelesaikan urusan pendaftaran Osman Muda urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh kurang daripada dua jam atau maksimum sehari. Urusan pendaftaran urusniaga melibatkan proses pindah milik, melepas gadaian, memasukkan tegahan, pertukaran nama pesaka kecil, manakala bukan urusniaga seperti membetulkan kesilapan nama pemilikan tanah menerusi kaunter ekspres di PTG dalam tempoh sehari tanpa perlu menunggu permintaan pelanggan. Berdasarkan laporan prestasi sepanjang 1 hingga 22 Februari lalu, sistem yang digunapakai itu mampu menyelesaikan urusan pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga sebanyak 70 peratus kes atau 133 dalam tempoh kurang dua jam, 22.11% tidak melebihi lapan jam dan 1.05% dalam tempoh seminggu daripada 190 permohonan yang dikemukakan di PTG. Manakala pencapaian di Pejabat Tanah Daerah (PTD), Kuala Terengganu menyelesaikan 46.95% atau 331 kes dalam tempoh kurang dua jam, 43.4% (kurang lapan jam) dan 4.54% (tempoh 24 jam) daripada 705 keseluruhan permohonan. Daripada keseluruhan 325 permohonan di PTD Kemaman, sebanyak 44% diselesaikan (tempoh kurang dua jam) dan 49.23% dalam tempoh kurang lapan jam. PTD Dungun pula berjaya menyelesaikan 29.67% permohonan (dalam tempoh dua jam) dan 58.13 % atau 143 kes (dalam tempoh kurang lapan jam)
lihat muka 2
TARIKAN PRA-SEJARAH…Penemuan terbaru di
Gunung Bewah berupa rangka manusia yang dipercayai berusia antara 8,000 hingga 10,000 tahun milik manusia zaman pra-sejarah, bakal menjadi satu lagi tarikan ke Tasik Kenyir. Rangka tersebut dipercayai mayat seorang remaja zaman pra-sejarah yang menghuni gua tersebut, ditanam dalam keadaan merengkok seperti bayi dalam kandungan dan masih lagi dikekalkan di tempat asal ia ditemui. Buat masa ini Gua Bewah ditutup kepada orang ramai bagi membolehkan kerja-kerja memasang cermin keselamatan bagi menempatkan artifak berkenaan dilakukan. – Gambar oleh Zulkipli Putra.
Terengganu peneraju pendidikan negara Melaksanakan pelbagai program bagi melahirkan pelajar cemerlang Oleh: Kamarudin Mat Akib Terengganu mampu menjadi peneraju kepada negeri-negeri lain bagi memajukan bidang pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Beliau berkata, ini kerana Terengganu banyak mendahului negeri lain dalam melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar. “Banyak program yang dilakukan di Terengganu boleh
dicontohi negeri lain bagi memajukan bidang pendidikan,” kata beliau sewaktu berucap merasmikan pogram Juara Rakyat peringkat Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri, baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan para pemimpin kanan kerajaan. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian wang sagu hati
kepada pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan utama dan e-Book hanya dilaksanakan di Terengganu. Beliau berkata, rakyat negeri ini sepatutnya bersyukur kerana berpeluang menikmati kemudahan tersebut yang disediakan kerajaan negeri bagi memastikan penduduk tempatan mendapat kemudahan pendidikan terbaik. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negeri ini agar sama-sama menyokong
kerajaan sedia ada kerana terbukti hanya Umno dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat negeri dan negara ini. Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri berkata, 22 sekolah rendah dan 26 sekolah menengah baru dibina di negeri ini melalui Rancangan Malaysia Ke-9. Beliau berkata, lebih banyak sekolah dan kemudahan di bidang pendidikan akan disediakan kepada rakyat Terengganu melalui RMK10.
2
Isnin, 01 Mac 2010
RM50 juta bina kampus baru IQT
am
Kenang jasa Umno – MB
Khazan Che Mat
Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM50 juta untuk membina kampus baru Institut al-Quran Terengganu (IQT) di kawasan seluas 100 hektar, di Cherang Ruku, Chendering, Kuala Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat berkata, peruntukan tersebut bagi membiayai projek fasa pertama yang akan dimulakan pembinaannya akhir tahun ini. “Langkah ini diambil memandangkan permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa di negeri ini yang ingin menempatkan anak-anak mereka di IQT tetapi kawasannya amat terhad dan tidak mampu menampung pelajar daripada sepatutnya,” katanya pada majlis perasmian Program Persijilan dan Kulliyyah al-Furqan 2010 di IQT, Padang Midin, Kuala Terengganu baru-baru ini. Turut hadir, Penolong Setiausaha Kerajaan (Agama dan PEnerangan negeri), Encik Lukema Meri Salleh dan Pengarah IQT, Haji Abdul Aziz Che Muda. Pembinaan kampus itu akan melalui tiga fasa, dilengkapi beberapa kemudahan termasuk asrama untuk pelajar dan kakitangan, dewan fakulti yang boleh menampung 3,000 pelajar dan dijangka siap sepenuhnya pada 2012. “Kita berharap apabila siapnya kampus baru nanti beserta kemudahan, kelengkapan yang sempurna dan selesa, Insya-Allah usaha untuk menaik taraf IQT kepada sebuah kolej atau universiti akan tercapai,” katanya. YB Khazan berkata, IQT bermula sebagai Maahad tahfiz kemudian naik taraf kepada Institut alQuran dan usaha ke arah menjadi sebuah universiti sudah lama tetapi masih banyak kekurangan yang belum memenuhi syarat yang ditetapkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Tambahnya, permintaan terhadap kelas mingguan di IQT amat menggalakkan dn usaha membesarkan bangunan tidak dapat dilakukan kerana kawasan yang terhad dimana dengan terbinanya bangunan baru dapat memberi peluang lebih ramai penyertaan masyarakat tempatan. “Kita berhasrat suatu hari nanti dapat melahirkan pelajar-pelajar berkelulusan diploma dan ijazah seperti Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza) yang kini bertaraf universiti,” katanya. Sementara itu, Encik Abdul Aziz berkata setakat ini 1,361 pelajar sedang mengikuti program persijilan dan kulliyyah al-Furqan di IQT termasuk pelajar baru sesi 2010 seramai 543 pelajar (286 lelaki dan 257 perempuan). “IQT terpaksa menolak 993 permohonan yang diterima bagi sesi tahun ini kerana ketiadaan tempat dan ruang belajar yang amat terhad,” katanya.
Menteri Besar diiring Tengku Putera bersalam dengan penduduk di Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Hulu Terengganu.
Oleh: Kamarudin Mat Akib Rakyat negeri ini tidak wajar melupai jasa-jasa UMNO yang sentiasa memperjuangkan nasib mereka sejak negara ini mula mencapai kemerdekaan hingga sekarang. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata sewaktu baru mencapai kemerdekaan negara ini agak miskin, tetapi nasib rakyat diberi keutamaan oleh Umno yang mendokong kerajaan dari zaman Kerajaan Perikatan dan kini Barisan Nasional
(BN). “Kini negara mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan nasib rakyat tidak dilupakan di mana BN membelanjakan peruntukan besar setiap tahun bagi membiayai pendidikan rakyat setiap tahun,” katanya ketika melancarkan Pogram Juara Rakyat peringkat Parlimen Hulu Terengganu di SMK Menerong, baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Haji Mohd Nor Othman dan Speaker Dewan Undangan Neg-
eri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang. Dato’ Ahmad berkata, Kerajaan BN membelanjakan 25 peratus daripada bajet tahunan bagi membiayai program pendidikan dan di Terengganu pada tahun ini kira-kira RM240 juta bakal dibelanjakan bagi tujuan yang sama. “Selama ini kita tidak pernah meminta apa-apa dari rakyat walaupun Umno dan Kerajaan BN mengeluarkan peruntukan yang besar untuk rakyat. “Apa yang kita mahu ialah rakyat terus me-
nerima manfaat daripada projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan dan usaha ini dapat dilakukan secara berterusan bagi kepentingan generasi akan datang,” katanya. Bagaimanapn, katanya, usaha memajukan rakyat akan terbantut jika negara ini diperintah oleh parti pembangkang. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negeri ini memastikan UMNO dan BN terus memerintah negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang dengan cara memberi undi mereka kepada calon BN.
dari muka 1
Kaunter ekspres PTG selesai urusan kurang dari dua jam daripada 246 keseluruhan permohonan. Manakala Besut mencapai 50.16 % penyelesaian dalam tempoh kurang dua jam dan 44.13% dalam tempoh kurang lapan jam. PTD Hulu Terengganu berjaya menyelesaikan 80% atau 124 kes (kurang dua jam) dan 17.42% (kurang lapan jam) daripada 155 permohonan yang diterima. Sebanyak 34.13% atau 100 permohonan diselesaikan (kurang dua jam) diikuti 49.49% atau 145 kes (kurang lapan jam) di PTD Marang yang melibatkan 293 permohonan sepanjang 1 hingga 22 Februari. Pengarah PTG Terengganu, Haji Osman Muda,
berkata pencapaian sejak Disember tahun lalu itu akan diteruskan dan ditingkatkan lagi menerusi pengawasan serta pemantauan yang berterusan daripada ketua unit masing-masing. Sebelum ini, PTG turut mendapat pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2000 pada Mei 2008, ISO 9001:2008 pada Ogos 2009, Sijil Persekitaran Berkualiti 5S pada 19 April 2009. PTG turut menerima Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia (MS ISO 9002:1994) (Skop Pendaftaran) dan tempat pertama bagi Anugerah Inovasi/ Kualiti Pentadbiran Tanah 2003.
Orang ramai sedang menyelesaikan masalah tanah di kaunter ekpres PTG.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said selepas pelancaran sistem terbaru itu di PTG, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini berpendapat kejayaan yang dicapai itu sebagaimana pencapaian Jabatan Imigresen yang menguruskan pasport dalam tempoh masa sehari,
sedangkan PTG melibatkan pengurusan lebih rumit. “Tetapi berkat kerja bersungguh-sungguh dan`brainstorming’ antara pengarah, pegawai dan kakitangannya mereka dapat melaksanakan tugas ini dengan sempurna.
am
Oleh: AIDA ABD RAHMAN Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Terengganu turut merekodkan lonjakan dan kekal antara terbaik di negara ini, seperti keputusan peperiksaan utama lain yang diumumkan sebelum ini. Terengganu mencatat peningkatan dalam pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4 (empat flat) dalam STPM yang diumumkan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu, baru-baru ini. Malah, pencapaian calon yang mendapat 5 Prinsipal tahun lalu meningkat kepada 8.44 peratus berbanding 6.34 peratus pada tahun sebelumnya. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Haji Ariffin Embong, berkata pelajar yang mencapai PNGK 3 hingga 4 juga meningkat daripada 647 pelajar atau 22.8 peratus pada 2008 kepada 721 pelajar atau 24.7 peratus, tahun lalu. Sebagai rekod, sebanyak 13 sekolah daripada 52 sekolah yang mengambil peperiksaan itu di Terengganu mencapai keputusan 100 peratus lulus penuh. Sekolah berkenaan termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang yang memperolehi 3.14 (PNGK),
Isnin, 01 Mac 2010
3
STPM di Terengganu melonjak
Pelajar SMKA Durian Guling, Marang gembira kerana mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan STPM.
Mohamad Hafiz Ahmad Zaidi mencipta rekod untuk SMK Sultan Ahmad apabila mendapat 4A.
SMK Tengku Ibrahim Setiu (2.87); SMKA Nurul Ittifaq, Besut (2.85); SMK Putra, Besut (2.76);
lah SMK Penarek, Setiu (2.5); SMK Seri Nering, Besut (2.46); SM Teknik Terengganu (2.30); SMK Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu (2.21) dan SMK Bukit Nenas, Setiu (1.63). Dalam pada itu, seorang pelajar cemerlang STPM, Mohamad Hafiz Ahmad Zaidi, 20, dari Kampung Losong, Kuala Terengganu mencatat rekod dan sejarah tersendiri buat SMK Sultan Ahmad, Hadawiyah Mohamad yang mendapat 5A menunjukkan slip keputusan STPM. - Gambar oleh Aida Abd Rahman Kuala Terengganu apabila muncul pelajar pertama SMK Sultan Sulaiman, Hulu Terengganu (2.56) sekolah berkenaan yang Kuala Terengganu (2.7); dan SMK Chung Hwa Wei memperolehi PNGK 4 atau 4A sejak lebih 30 taSMK Bukit Payong, Be- Sin. sut (2.68); SMK Landas, Lain-lain sekolah ada- hun sekolah itu ditubuh-
kan. Pelajar berasal dan bersekolah di Kuala Kangsar, Perak sebelum bertukar ke SMK Sultan Ahmad hampir dua tahun lalu memperolehi A untuk semua subjek yang diambil (Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekonomi) merupakan antara lapan pelajar seluruh Terengganu yang memperolehi PNGK 4. “Saya memang mensasarkan untuk mendapat 4A dan Alhamdulillah tercapai hasil usaha dan disiplin yang saya amalkan sejak berada di tingkatan enam. “Saya dapati teknik belajar sendiri yang diamalkan ketika Sijil Pelajaran Malaysia dulu kurang berhasil dan saya mengubah dengan mengikut cara guru mengikut subjek masing-masing ketika STPM ,” katanya. Anak sulung daripada dua beradik pasangan, Ahmad Zaidi Mokhtar, 45 dan Nur Sofiah Abdul Kadir, 45, yang berperanan sebagai ketua kelas, pengawas dan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung peringkat sekolah itu berhasrat menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi.
Ibu bapa perlu peka aktiviti anak di sekolah Masyarakat luar terutama ibu bapa sewajarnya peka mengenai aktiviti atau ko-kurikulum anjuran sekolah anak mereka sebagai tanda sokongan dan prihatin mereka terhadap anak-anak. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi, dan Sumber Manusia Negeri, Encik Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan negeri sedang berusaha mewujudkan pelbagai program bagi membolehkan masyarakat luar menyertai aktiviti di sekolah. Katanya, langkah itu secara tidak langsung, dapat mewujudkan sikap cakna dan prihatin ibu bapa di mana sebelum ini mereka hanya mengharap-
kan kepada guru. “Sebagai permulaan, program kelas malam yang diwujudkan di setiap sekolah mula menampakan impak positif berikutan bapa atau ibu turut hadir menemani anak masingmasing menuntut ilmu di sekolah. “Untuk ibu bapa, aktiviti khas diwujudkan iaitu ceramah agama selepas solat Maghrib secara berjemaah selain dapat menimba ilmu di perpustakaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Buku Terengganu 2010, di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Jalan Hiliran, Ahmad Razif melihat pelajar menggunakan kemudahan IT selepas merasmikan Pesta Buku Terengganu Kuala Terengganu. 2010 di TTC, Kuala Terengganu. Pesta yang diadakan selama seminggu berakhir buku tempatan dan luar narik ribuan pengunjung. Pelajaran Negeri Tereng2 Mac itu mendapat pe- Terenganu dan diselitkan Kerajaan negeri den- ganu (JPNT) dan PerPerpustakaan nyertaan lebih 60 syarikat pelbagai aktiviti bagi me- gan kerjasama Jabatan badanan
Awam Terengganu (PPAT) mewujudkan program itu untuk memudahkan pengunjung terutama pelajar mencari buku bermutu dan terbaik dengan harga berpatutan. Selain itu, turut memberi kesedaran kepada masyarakat betapa beruntungnya memiliki ilmu, mengalakkan pengusaha buku mempromosi produk masing-masing dengan harga sewajarnya. Encik Ahmad Razif turut memberitahu pelbagai langkah dilakukan sematamata ingin menggandakan jumlah pengunjung sedia ada. “Perkhidmatan kafeteria yang bakal beroperasi pertengahan tahun ini, dijangka mampu merealisasikan impian itu,” katanya.
4
Isnin, 01 Mac 2010
rencana
ANALISIS
Usah buang sampah di dalam sungai Setiap orang tahu bahawa Islam sangat menitikberatkan aspek kebersihan. Malah, Islam mewajibkan umatnya membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menunaikan solat yang menjadi rukun Islam ketiga. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda yang membawa maksud menjaga kebersihan itu sebahagian daripada iman. Maknanya, mereka yang tidak menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal, bukanlah umat yang baik. Justeru itu, kita amat kesal dengan sikap sesetengah penduduk tempatan yang gemar membuang sampah di merata-rata tempat, termasuk di atas jalan raya dan tempat awam. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, sebelum ini pernah menegur perbuatan sesetengah pemandu kenderaan yang gemar membuang sampah dari kenderaan di atas jalan raya. Pernah satu kali beliau melihat sendiri seorang pemandu kereta mewah membuang kulit buah-buahan dari kereta ketika melalui jalan utama menuju ke Bandar Kuala Terengganu. Sudah tentu sikap tidak bertanggungjawab itu amat dikesali kerana ia mengotorkan kawasan bandar kita. Terkini, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Encik Toh Chin Yaw mengumumkan kerajaan negeri akan mengadakan perkhidmatan bot sampah bagi membersih dan mengutip sampah di dalam sungai di negeri ini. Bagi tujuan tersebut, buat permulaan dua buah bot akan dibeli dengan kos lebih RM300,000 sebuah. Bayangkan berapa kos terpaksa ditanggung kerajaan setiap bulan bagi membayar gaji pekerja dan peralatan yang digunakan bagi mengutip sampah di dalam sungai. Masalah sampah sarap yang bertimbun di dalam sungai tidak akan berlaku jika orang ramai tidak membuang sampah di situ. Tabiat buruk membuang sampah di dalam sungai sudah berlaku sejak sekian lama dan ia diwarisi dari generasi ke generasi, terutama di kalangan penghuni di pinggir sungai. Alangkah baiknya jika peruntukan besar yang diagihkan kerajaan untuk membersihkan kawasan sungai yang tercemar disebabkan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah rakyat itu digunakan bagi tujuan lain, termasuk memberi bantuan kepada rakyat termiskin atau memperkasakan bidang pendidikan. Perkara ini boleh dielakkan jika rakyat lebih bertanggungjawab dengan cara mengelak daripada membuang sampah di sungai. Dengan cara itu, kita membantu menjimatkan wang kerajaan dan imej umat Islam tentunya meningkatkan apabila penganutnya menjaga kebersihan.
Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar. Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri Pengarang : Rosli Zakaria Timbalan Pengarang : Kamarudin Mat Akib Penulis Khas : Ruslan Abd Rahman Ketua Pemberita : Aida Abd. Rahman Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Nik Suhaila Megat Draman Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura Jamaluddin Jurufoto : Zulkipli Putra Pengendali Blog : Harun Hassan
Oleh: Ruslan Abdul Rahman
Tabung pesakit kronik ubat derita penghidap Oleh: Ruslan Abd Rahman Amat berharga bagi rakyat, apabila kerajaan, khususnya pemimpin mengambil-tahu tentang kesusasahan mereka, hatta dalam kes-kes membabitkan penyakit, terutamanya penyakit kronik yang menimpa ahli keluarga. Walaupun pada dasarnya permasalahan dalam sesebuah keluarga adalah tanggungjawab individu, keluarga dan masyarakat sekitarnya, tetapi bagi sebuah kerajaan yang meletakkan ‘rakyat’ sebagai fokus keutamaannya, kerajaan sedia berkongsi sama penderitaan yang ditanggung itu. Itulah makna di sebalik tindakan Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan khas RM10 juta tahun 2010 ini bagi membantu anak negeri yang menghidap masalah penyakit kronik seperti jantung berlubang, kanser, dan masalah saraf, dalam meringankan beban mereka untuk mendapatkan rawatan. Menteri Besar Dato’ Ahmad Said menyatakan pejabatnya di Wisma Darul Iman bersedia menerima permohonan mana-mana keluarga daripada rakyat negeri ini yang benar-benar menghidapi penyakit kronik untuk mendapat bantuan kos rawatan. Kerajaan negeri berharap penyediaan peruntukan itu dapat membantu usaha meringankan beban mereka yang terbabit. Menteri Besar ini begitu gigih, tekun dan cukup cakna rakyat, turun sendiri dalam kesibukan mengurus tadbir negeri , menemui keluarga demi keluarga serta penghidap penyakit kronik itu tanpa jemu. Bermula dengan kanakkanak jantung berlubang bernama Ayob, Khaidil sehinggalah Kanak-kanak mengidap ketidaknormalan genetik, Hairuddin Hassan berusia22 bulan yang dikesan mengidap
jantung berlubang semuanya mendapat perhatian khusus pemimpin nombor satu negeri ini. Mohd Khaidill Sharifudin 3 tahun dari Kampung Lubuk Lesung, Kemaman, menjalani rawatan susulan selepas pembedahan jantung di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dengan biayaan kerajaan 20 Januari lalu dilaporkan sudah pulih dan kembali aktif seperti biasa. Hairuddin pula yang mengalami usus di luar dan tiada lubang dubur malah pengalami penyakit jantung berlubang, rosak hati dan sinrondown. Faktor pelbagai penyakit yang dihidapi Hairuddin menyukarkan pembedahan jantung dijalankan. Pernah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur tahun lalu bagi menebuk lubang najis pada bahagian perutnya yang perlu ditampal beg najis, selain jantung berlubang, Hairuddin yang mengalami down sindrown juga berdepan dengan saluran paru-paru bocor. Bayangkanlah bagaimana penderitaan yang ditanggung olehnya dan keluarga; lalu dengan kehadiran pimpinan kerajaan cakna rakyat ini sudah tentu mampu memberi sedikit cahaya pengharapan. Tindakan dan amalan peduli kerajaan kepada rakyat sampai ke tahap ini perlu disyukuri. Kerajaan yang ada bukan sahaja membangunkan infrastruktur untuk rakyat, ekonomi, pendidikan dan semua segi keper-
luan sesebuah negeri dan rakyat, tetapi dalam soal penderitaan yang bersifat mikro ini pun kerajaan turut memberi fokus. “ Kita tengok sejauh mana kerana Hairuddin mengalami pelbagai masalah jantung, usus,paru-paru dan juga down sindrown.. banyak penyakit ada pada dia seorang,” kata Dato’ Ahmad sewaktu melawat Hairudin di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, dua bulan lalu. Dalam pada itu, kerajaan negeri menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga kanak-kanak itu, selain akan membiayai pembelian beg najis untuk kegunaan pesakit yang dibekalkan setiap enam bulan sekali. Katanya, kos menyediakan beg najis itu agak tinggi dan membebankan keluarga pesakit menyebabkan kerajaan negeri mengambil keputusan membekalkan alat itu berdasarkan keperluan dan kesesuaian pesakit. Dalam kunjungan itu,
Dato’ Ahmad melahirkan rasa terharu dengan nasib yang menimpa keluarga itu dan mengharapkan mereka bersabar dengan dugaan Tuhan. Dengan adanya tabung ini serta perhatian kerajaan ia memberi cahaya harapan yang amat bermakna serta mengubat derita. Inilah sebenarnya falsafah yang diwarisi dari sikap beberapa pimpinan dalam sejarah kepimpinan Islam unggul yang meletakkan kesusahan rakyat adalah kesusahan bersama pimpinan kerajaan untuk diberi perhatian dan bantuan. Mungkinkah rakyat di negara lain boleh bertemu pimpinan dan kerajaan sehebat di tempat kita ini? Sesungguhnya kita di negeri dan negara ini amat bersyukur mendapat rahmat dan kehidupan sebertuah ini. Sesungguhnya kekuatan,kecemerlangan dan kehebatan sesebuah kerajaan bukan sahaja diukur dari segi bangunan tinggi dan projekp r o j e k mega yang dijalankan, tetapi juga bagaimana masalah penghidupan rakyat dapat ditangani bersama.Ia perlu digerakkan secara selari, ibarat sedegup jantung.
Isnin, 01 Mac 2010
rencana
5
SASTERA Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN
Puisi rakyat suara nyaring kehidupan
Kalau sampai waktunya berlara kata orang seperti tempat mandi tak mungkin lewat dingin pagi begitu pandai taulan sepermainan seperti ingin kembali ke zaman silam
kalau ada rasa dapat kembali merasakan kaulah itu kenangan yang tak berubah dan tua!
kata kita berjanji itu harapan lalu mengingkari ini beralasan baik membisikkan untaian cinta menjadi rindu menjarak lupa
kalau ada dendam yang terungkap dalam seksa kaulah kekasihnya terlarang yang tak pernah menyatakan sayang!
kata kitab biar negara agung kemudian bisa runtuh jadi debu kosong namun nila coretan pengarang terbaca tinggalan warisan
kalau yang berterus terang dan sanggup berpantang tentu saja dibilang kekasihnya siapa pun tidak kau atau dia kecewa!
kata diri membilang sepi hari mendengarkan bahasa angin menari pada pasir pantai ada jejak yang hilang disapu ombak
kalau aku kewalahan nota dan kau bahagia jua akulah prometheus sengsara hilang rupa terlara.
Marzuki Ali, anak kelahiran Kuala Kemaman, nama penting di alam jagat kesusasteraan baik di tanah air, hingga ke Sabah malah di Indonesia, sekalipun. Seorang aktivis teater, seorang penyair dan seorang pendeklamator yang punya suara-suara yang nyaring lagi keras sewaktu mendeklamasikan sesebuah puisi, Marzuki Ali dalam usia 65 tahun masih mampu membuktikan kecergasannya meneruskan nafas kesusasteraan bangsanya. Malah mampu mengalunkan puisi tradisi seperti gurindam dan juga puisi-puisi moden dengan hebat sekali. Dalam alunan yang gersik, suaranya jelas lantang sekaligus ‘menimbulkan’ bait-bait yang digunakan sehingga mudah dimengerti oleh khalayak. Puisi rakyat atau puisi yang lahir dan membicarakan tentang rakyat adalah kebanyakan tema pembicaraannya, selain tentang alam dan kehidupan yang penuh pancaroba. Baru-baru ini pameran sebahagian puisinya telah mendapat kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan
menyediakan ruang legar memuatkan hamparan puisi-puisi penyair unik itu. “Bermalam sakan di Laman Ambo” , demikian kata-kata slogan bagi menjemput peminat-peminat puisi menghayati puisi-puisinya. Melihat kepada catatan buku pengunjung, pameran itu mendapat sambutan yang memberangsangkan, walaupun berdepan dengan cabaran zaman yang kian berubah dan jati diri yang kian mengurang, namun masih ada insan seni meminati puisi. Tidak kurang 40 buah puisi karyanya dipilih bagi dipamerkan yang sudah pasti mengungkap tentang rakyat, alam, kehidupan dan perjuangan. Beliau tidak mahu apa-apa balasan sekadar mengajak manusia singgah ke laman puisinya itu lalu menghayatinya; itu sudah cukup baginya yang mendambakan diri kepada perjuangan seni dan kemanusian sejak sekian lama. Beliau yang pernah berkongsi ilmu syairnya di beberapa institusi pengajian tinggi seperti di Akademi Seni Kebangsaan
Tanjung Kuala Tanjung kuala rumah kekasih yang aku melamar di hari sore Angin laut tanjung kuala bermain ombak bermain pasir Tanjung kuala kekasih hati tanjung harapan niat suci Angin utara menanti peluang meratap pantai lerai harapan Tanjung kuala laut nan sepi hilang di mata hilangnya hati
(ASWARA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan ASENI Terengganu, kini bertugas sebagai Ahli Cipta di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Meski jauh di utara, namun kasih sayang dan ingatan mesranya pada bumi Terengganu tidak pernah dilupakan dan sering kali kelihatan di tanah kelahi-
rannya bila keluangan masa. Puisi-puisi Marzuki bermula di zaman remajanya lagi sekitar tahun 60-an lagi dan sehingga kini masih aktif berkarya sama ada dalam bidang puisi atau teater. Tanpa diduga namanya turut meniti di kalangan penggiat seni, puisi dan teater di Indonesia kerana di sana ada mereka yang pernah berada di bawah bimbingannya justeru beliau turut terlibat dalam teater di Malaysia dan Indonesia sehingga tertubuhnya beberapa kumpulan teater antaranya Kumpulan Teater Asyik Kota Kinabalu, Kumpulan Teater Halaman Jakarta dan Kumpulan Teater Asyik Terengganu Tahun lalu, di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (USM), beliau berdiri penuh pesona dan aura dalam sebuah majlis yang diberi nama “Sejenang Di Wakaf Poetika” dan lantang menghamburkan bicara madahnya lewat beberapa buah puisi yang pernah diterbitkan sebelum ini. Menancapi keunggulan deklamator ini dan tentunya, puisi ber-
tajuk “Gurindam- Belajar Dari Sejarah” menjadi santapan halwa yang paling istimewa buat khalayak pada pagi itu di USM. Apatah lagi yang hadir untuk mendengar sebuah gurindam disampaikan oleh seorang penggiat sastera rakyat ini, secara langsung betul-betul menakjubkan. Gurindam yang dipersembahkan itu merupakan sebuah bentuk puisi yang bercerita tentang sesuatu hal dan duduk istimewanya dapat dilihat melalui kaedah penyampaian yang digunakan. Dewasa ini barangkali tidak ramai yang arif ataupun bijaksana dalam mereka menyampaikan gurindam mengikut lunas yang asal seperti yang disampaikan oleh Marzuki Ali. Puisi dan seni sastera perlu terus disuburkan, hadir mengukuhkan sekaligus membuktikan betapa bentuk puisi tradisional dan moden masih mampu membawa mood dan suasana baru kepada khalayak pada hari ini, meskipun dunia seni terus tercabar oleh arus perubahan moden masa kini.
6
Isnin, 01 Mac 2010
WAKAF RAKYAT Oleh: PUTERA PESISIR AIR Masa berlalu dengan pantas. Dalam tempoh masa yang berlalu itu, pelbagai perubahan dapat kita lihat, sama ada secara fizikal, falsafah, tafsiran, sikap dan sebagainya dalam perjuangan individu mahupun kumpulan. Bahkan tidak kurang juga wujudnya kumpulan baru dan berkuburnya organisasi lalu. Ada yang dulu menjadi pembangkang yang kuat, kini menjadi penyokong lebih hebat. Ada juga yang dulu menjadi penyokong yang kuat, hari ini menjadi penentang lebih hebat. Hidup ibarat roda, sekali di atas sekali di bawah dan begitulah seterusnya, berputar dan terus berputar sehingga sukar untuk diramalkan perubahan yang bakal berlaku sama ada dalam politik, kefahaman, pendekatan, sikap dan penafsiran atas sesuatu perkara. Hari ini sudah tidak kedengaran lagi suarasuara mahu menjalankan hukum hudud dan perundangan Islam atau memerintah dengan menggunakan hukum Allah oleh pimpinan yang mendakwa diri mereka dari kumpulan atau parti Islam, bahkan pernah begitu berani suatu masa dahulu mendakwa mereka adalah parti Allah. Hari ini mereka pula dengan selesanya di bawah pemerintahan mereka mengekalkan perlembagaan dan cara-cara pemerintahan yang suatu masa dahulu difatwakan haram dan kafir dalam apa yang dikenali sebagai “Amanat”. Bahkan orang yang beramanat menghalalkan darah kepada golongan yang dituduh mengekalkan perlembagaan penjajah, kafir serta jahiliyah masih ada dan mengetuai parti itu. Kini mereka sendiri mengekalkan segala yang dituduh bertentangan dengan ajaran dan syariat Islam. Mereka menjadi lebih sekular dari yang dituduh sekular sebelum ini dengan memisahkan
rencana
Rakyat tidak mudah lupa
Rakyat mahukan pucuk pemerintahan terbaik supaya mereka terus dibela dan tidak diperdayakan.
agama dalam pentadbiran kerajaan serta politik. Tindak tanduk dan keputusan politik mengatasi kepentingan agama. Mereka sebenarnya sudah tidak merasakan apaapa lagi dengan undangundang yang didakwanya suatu masa dahulu warisan penjajah, kafir dan jahiliyah, sebaliknya bersekongkol dengan musuh Islam meneruskan kesinambungan itu. Malah bersedia menerima pula orang yang bukan beragama Islam membaca dan menafsir ayat-ayat suci al-Quran sesuka hati tanpa berasa diperolokolakkan, dihina dan dikeji. Mereka ini menjadi lebih hebat berkawan dan mengikut kawan menentang unsur-unsur dan syiar agama, walaupun sebelum ini merekalah yang menghukum kafir berikat atau berkawan dengan golongan selain beragama Islam. Hari ini mereka menjadi juara kepada amalan bertoleransi sehingga sanggup mengkhianati negara, bangsa dan rakan seagamanya sendiri. Mereka telah menendang jauh-jauh segala
pegangan, falsafah dan hukum-hakam yang mereka kemukakan dan uaruarkan sebelumnya. Walaupun pada masa ini ditakdirkan Allah, mereka diberi kuasa memerintah di beberapa negeri Apa yang banyak kendengaran pada hari ini mereka hanyut dalam kesenangan dunia, kemewahan hidup, pangkat dan kedudukan yang tinggi dalam kerajaan yang mereka dokongi bersama puak-juak mereka, tanpa lagi mempedulikan soal hukum-hakam, perlembagaan dan perundangan yang mereka syarahkan sebelum ini kepada orangorang kampung. Mereka sekian lama dan terus-menerus menjaja agama Islam untuk mendapat sokongan rakyat yang tidak faham dengan permainan politik atas nama Tuan Guru, Al Fadhil, Ustaz dan macammacam gelaran yang boleh mempengaruhi sokongan kepada mereka. Penyokong mereka yang dibutakan dengan gelaran-gelaran hebat berimej agama kepada pimpinan itu begitu taksub sedangkan pada hakikat
sebenar berlakunya rasuah, kronisme, nepotisme - penglibatan anak menantu, besan, kawan-kawan rapat dan sebagainya dalam jawatan, pembalakan, projek kerajaan dan syarikat milik kerajaan yang dikuasai. Mereka (pimpinan) sebenarnya berjaya dalam lakonan dan sandiwara baik dan warak pemimpinpemimpin mereka yang hipokrit itu. Kita tidak boleh menyalahkan pengikut mereka yang telah dibutakan oleh sandiwara tadi. Cukup bijak mereka menuding jari kepada pihak lawan mereka dalam perkara-perkara negatif dan buruk yang sebenarnya merekalah yang bergelumang dengan unsur-unsur tersebut. Ibarat pencuri yang cuba ditangkap dan dikejar kerana mencuri, akhirnya “pencuri” berkenaan berlagak baik, turut sama mengejar bersama-sama orang kampung dan melaung-laungkan, pencuri! pencuri!; sedang hakikatnya dialah pencuri, bukan orang lain pun. Itulah anologi mudah terhadap golongan hipokrit ini.
Rakyat dan pengundi di Terengganu tentunya tidak mudah lupa, bahawa mereka pernah suatu ketika pada tahun 1999 terpedaya dengan syarahan, janji dan lakonan-lakonan hipokrit kumpulan ini sehingga memberikan kuasa pemerintahan kepada yang berkenaan. Apabila berkuasa, mereka yang kelihatan warak ini sudah lupa apa yang disyarah dan dijanjikan sebelum ini. Sebuah kerajaan yang suci, berpaksikan agama dalam pentadbiran dan apa-apa lagi pembelaan untuk rakyat diuar-uarkan, terjadi sebaliknya. Kekerasan, kerakusan dan penyalahgunaan kuasa berlaku dengan berleluasanya. Kawasankawasan balak dan pertanian dibahagi-bahagikan kepada kroni sesuka hati, hatta melibatkan kawasan tadahan air (hutan dara). Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada sanak-saudara, hatta melantik isteri dan sahabat handai sendiri. Tidak tersenarai betapa banyaknya amalan-amalan rakus, keras dan salahguna kuasa berlaku, hatta
kanak-kanak tadika yang tidak bersalah apa-apa pun turut menjadi mangsa dihalau dari balai raya tempat mereka belajar. Maksiat berleluasa, sehinggakan ‘fun fair’ men adi budaya hibu-ran biasa semasa peme-rintahannya, sekalipun melibatkan ‘tukang urut wanita” untuk mengurut lelaki dan perempuan dalam bilik khas. Pesta itu didatangkan khas dari negara sebelah utara negara dan diraimikan oleh salah seorang pemimpin kerajaan ketika itu yang dikatakan warak dan pejuang agama. Lupakah kita itu semua? Jangan sampai kita lalai dan lupa dengan imej baik dan terbaik kononnya. Lihatlah sendiri apa jadi di negeri jiran kita, pada masa ini terdedah dengan pelbagai penyelewengan kronisme dan nepotisme, tetapi masih cuba menutup di bawah permaidani sehinggala akhirnya terdedah jua. Semoga rakyat tidak mudah lagi terpedaya dengan janji manis golongan yang penuh dengan kepura-puraan ini. Siapa yang memakan lada, dia (merekalah) yang akan berasa pedasnya!
2 Bil. 18 (01 Mac 2010) http://teganukita.blogspot.com
tk
ms 16 & 17
FB Frozen masuk pasaraya ms 11
Terima kasih kerajaan ms 12,13
Berat sama dipikul ms 14
2
Isnin, 01 Mac 2010
YB TURUN PADANG
tk
8
YB Khazan berpijak di bumi nyata Oleh: Esah Abdullah Bila disapa dengan panggilan ‘Yang Berhormat’, tidak bererti kita mempunyai kuasa besar melangkaui segalanya, sehingga lupa pada NYA, iaitu penentu kepada setiap denyut nadi kita sepanjang meniti di muka bumi ini. Selalu berpijak di bumi nyata, walau di mana tempat yang akan menjadi persinggahan seterunya dan ingatan ini tentulah dipanjangkan dan dijadikan panduan agar tiada antara kita menjadi alpa atau lalai terhadap kebesaran dan kekuasaanNYA. Lahir dalam sebuah keluarga nelayan, 41 tahun lalu, Haji Khazan Che Mat tidak membuatkan beliau lupa asal usul walaupun berjaya mengengam segulung ijazah dari luar negara, sebaliknya setiap masa berlalu dipenuhi dengan kesyukuran dan keinsafan bahawa nikmat kehidupan ini perlu dikongsi dengan masyarakat sekeliling. Ini dapat dilihat pada rutin kehidupannya, anggota keluarga dan hubungan rapat dengan masyarakat setempat serta jalinan kemesraan dengan golongan ibu bapa, warga emas, belia dan juga kanak-kanak. YB Haji Khazan yang kaya dengan senyuman tidak pernah berubah. Malah hatinya sentiasa sayu apabila melihat keperitan hidup yang terpaksa dilalui oleh golongan nelayan dan petani serta sentiasa berusaha untuk mengubah corak kehidupan mereka. Walaupun bergelar ‘YB’ sejak memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 pada 2004 dan sekali lagi diberi kepercayaan dalam PRU Ke 12 (2008), perjalanan politiknya semakin cerah apabila dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 2009 dengan memegang potpolio Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri. Selaku Exco, meletakkan dirinya semakin hampir dengan rakyat , kerana tidak kira siang atau malam ada saja aktiviti dan program bersama rakyat sama ada dalam majlis rasmi atau yang santai-santai sambil minum kopi. “Saya lebih suka mendengar sendiri luahan hati masyarakat, bercakap hati ke hati tanpa melalui orang tengah, namun kerjasama daripada sayap parti seperti wanita, pemuda dan puteri tetap menjadi kepentingan saya,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiu dan Naib Ketua
Pemuda UMNO Perhubungan Terengganu. Kerjasama dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Persatuan Belia 4B dan MAYC tambah melicinkan tugas beliau. Mendisiplinkan diri sebelum perkara yang sama boleh diikuti oleh orang lain, beliau akan menunaikan solat Jumaat di masjid berlainan setiap minggu dan sering diberi penghormatan untuk menyampaikan khutbah Jumaat manakala pada masa terluang terutama selepas solat isyak turut menyampaikan ceramah agama kepada makmum di masjid. Apa juga yang dilakukan tentunya tertumpu kepada kebajikan dan dan hubungan silatulrahim 9,811 pengundi yang berada dalam kawasan jagaan beliau dan tidak sekali-kali menghampakan sebarang ajakan atau jemputan untuk tahlil atau kenduri kahwin dari masyarakat kampung. “Saya cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan amanah Allah, kerana setiap ilmu yang baik dianugerahkan kepada kita, harus dikongsi agar manfaatnya dapat dirasai bersama-sama,” katanya yang turut memegang jawatan penting dalam beberapa organisasi. Antaranya, menjadi Timbalan Pengerusi Lembaga Institut al-Quran Terengganu (IQT); Ahli Lembaga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam); Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu (YT) dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT). Selaku jambatan kepada rakyat, suara dan pandangan anggota masyarakat amat dihargai dan berusaha memenuhi keperluan penduduk tempatan mengikut keadaan setempat. “Menjadi kepuasan saya bila dapat melihat senyuman terukir di wajah keluarga petani dan nelayan, penternak setelah kebajikan mereka dapat dilaksanakan, lebih-lebih lagi berkait dengan bidang pendidikan anak-anak mereka,” katanya. Selain itu , beliau sentiasa masuk ke kampung memakmurkan amalan ziarah, untuk mendengar dan melihat sendiri kehidupan masyarakat dari dekat yang kadang-kadang sedang bergelut dengan pelbagai masalah ekonomi yang pasang surut.
YB Khazan menunggang basikal keliling kampung bagi meninjau masalah rakyat
Biodata
Nama: YB Haji Khazan Che Mat Tarikh Lahir: 9 Januari 1969 Tempat Lahir: Kampung Gelong Gajah, Batu Rakit Nama Isteri: Nik Aini Nik Soh Bil. Anak: 4 orang (3 perempuan 1 lelaki) Kelulusan: B.A (Bahasa Arab / Syariah) Universiti Jordan
asalah rakyat .
Isnin, 01 Mac 2010
Keindahan pantai Batu Rakit jadi tarikan pelancong Pantai dan laut merupakan aset paling berharga bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Parlimen Setiu, kerana menyimpan sejarah tersendiri dimana sebuah batu seperti rakit yang terapung didalam air dan masih wujud hingga ke hari ini. Keindahan pantainya yang panjang dan landai ditambah dengan aktiviti penduduk tempatan yang mengusahakan gerai minuman saperti menjual air kelapa muda, ikan celup tepung dan keropok lekor menceriakan suasana santai pada waktu petang. Suasana harmoni masyarakat tempatan turut digegarkan dengan hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) YB Haji Khazan Che Mat untuk membina rumah kedai dua tingkat untuk penyusunan semula kawasan agar lebih menarik di mata pelancong. “Premis perniagaan yang berharga RM1.4 juta ini akan dibangunkan tahun ini dalam usaha menyusun semula ruang perniagaan serta memberi keselesaan peniagaan dan orang ramai yang gemar berkunjung ke pantai sambil menjamu selera,” katanya. Siapnya premis perniagaan ini, tiada lagi warung yang berselerak di sepanjang jalan pantai kawasan Batu Rakit, kerana berpeluang penduduki kedai yang tersusun dan selesa untuk para pengunjung menjamu selera di hujung minggu. “Orang ramai akan dapat menikmati ikan celup tepong (ICT), sotong, udang, pisang dan keropok goreng dengan selesa sambil menyedup udara petang yang nyaman,” katanya yang sudah dua penggal (sejak 2004) menjadi juara kepada rakyat
kawasan Batu Rakit. Begitu juga dengan pembinaan hotel bajet 40 bilik berharga RM6 juta yang dijangka dapat dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk menampung permintaan pengunjung menghabiskan hari cuti mereka dalam suasana yang santai dan jauh dari kesibukan. Batu Rakit yang terkenal dengan keropok lekor dan keindahan pantainya, menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara sering menjadi buah mulut kerana keenakan keropoknya berbanding tempat lain. Pelbagai perancangan dibuat bagi mengubah kehidupan masyarakat nelayan yang menjadi sebahagian besar penghuni dalam kawasan Batu Rakit yang membabitkan anggota keluarga nelayan untuk berdikari menambah pendapatan keluarga. “Ramai isteri atau anggota keluarga nelayan mampu membuka gerai menjual ikan , sotong celup tepung dan gerai goreng pisang disepanjang pantai bagi membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya yang bersedia menyalurkan bantuan sebagai dorongan. Tidak boleh disangkal, sejak beliau menjadi wakil rakyat banyak perubahan yang dilakukan terutama membabitkan keperluan masyarakat tempatan, gerai-gerai usang ditepi jalan sudah bertukar wajah dan pembangunan satu demi satu bertambah. Begitu juga dengan perhubungan jalan raya, tidak ada lagi jalan tanah merah dan berbatu kerikil semuanya sudah bertar bagi memudahkan pekebun kecil membawa hasil pertanian keluar ke pekan.
2 tk
2 IKON ANAK TERENGGANU
tk
10
Isnin, 01 Mac 2010
Karim ikon belia
Oleh: Aida Abd Rahman Transisi personaliti Ikon Anak Terengganu ini menceburi dunia perniagaan sebaik menamatkan kursus persijilan di bidang Pengurusan Perniagaan di Pusat Pembangunan Usahawan, Kuala Lumpur, mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada keluarga. Susur galur melatari kehidupan Abdul Karim Mohamad, 38, yang membesar hasil tulang empat kerat bapa, Mohamad Kasim, 62, yang berniaga kain di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu mendorongnya untuk turut memilih bidang yang serupa namun cabang niaga berbeza. Abdul Karim lebih cenderung menceburi perniagaan berasaskan makanan. Bukan satu, dua atau tiga rangkaian perniagaan yang dimajukan anak jati Kampung Chabang Tiga, Kuala Terengganu itu, malah empat kedai makan atau restoran termasuk satu katering yang makin popular di Bandar Raya Kuala Terengganu. Selain empat rangkaian perusahaan makanan, Abdul Karim turut memecah tradisi yang jarang dilakukan anak Bumiputera sepertinya apabila turut mengusahakan lapan syarikat perniagaan lain. Bukan haloba atau terlalu mengejar keuntungan, ironinya anak muda itu memilih banyak perniagaan bersandarkan alasan yang konstruktif, lantaran mahu membantu semua keluarga terutama empat adik beliau memainkan peranan dalam perniagaan sementara beliau bertindak sebagai pengarah urusan. “Saya bukan tamak, sebaliknya kerana jiwa saya sebati dengan dunia perniagaan saya perlu kreatif dan ketika ada peluang inilah saya harus melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin untuk membina rangkaian perniagaan dengan melibatkan keluarga terdekat sebagai pengurus sepenuh masa dan saya memantau apa yang sepatutnya,” katanya dalam nada merendah diri ketika ditemui TeganuKita, di sebuah kedai makan di pinggir sungai Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau memiliki Chef’s Cafe, Chef’s Bistro, Sembilan Empat
Detik gembira buat Abdul Karim selepas dipilih sebagai Pemimpin Belia Berjasa pada Anugerah Belia Negara peringkat negeri.
Enam Catering dan perkhidmatan membekal makanan kepada hotel serta pengusaha makanan lain, selain perkhidmatan pelancongan menerusi Njoy D’Tranung Travel & Tours Sdn Bhd dan Njoy Budget Travel & Chauffer service. Pada masa yang sama, Abdul Karim juga memiliki perusahaan sewa kediaman dan kereta, kedai serbaneka, dobi, perkhidmatan basuh kereta, selain perkhidmatan hiburan dan pengurusan acara. Berkat pengalaman dan kemahiran sepanjang 20 tahun bergelumang dalam industri perniagaan makanan selain menimba ilmu ketika bekerja di hotel sedikit masa dahulu memberi kelebihan buat Abdul Karim untuk `masak’ dengan bidang itu. Tidak hairanlah jika Abdul Karim dikenali ramai. Beliau individu yang aktif menggerakkan pelbagai persatuan dan Badan Bukan Kera-
jaan (NGO) dengan matlamat golongan sasar itu mendapat manfaat sepatutnya daripada kerajaan. Dari sisi lainnya, tahun 2010 yang baru melewati bulan kedua juga memberi dimensi baru kepada Abdul karim kerana beliau dipilih secara mutlak sebagai Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) pada pemilihan pucuk pimpinan pertubuhan itu 8 Januari lalu. Keterampilan dan ketokohan beliau sebagai Bendahari Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) sejak awal 2009 dan Ahli Jawatankuasa MAYC sejak 2004 menyebabkan calon lain diketepikan pada pemilihan penggal 2010-2012. Abdul Karim kini berdiri teguh untuk membawa suara belia bersama saf kepimpinan MBM yang baru diterajui oleh Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee. Bapa kepada lima cahaya mata
berusia 17 hingga tiga tahun yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu dan Pengerusi MAYC Negeri Terengganu menyifatkan kerusi yang didudukinya kali ini bukan untuk mengejar populariti atau nama, sebaliknya sebagai platform terbaik membawa wacana suara belia ke peringkat nasional. Pengalaman selama 21 tahun dalam pertubuhan dan persatuan belia mematangkan beliau untuk mengolah pergolakan yang merentangi belia pada hari ini perlu ditangani secara rasional berteraskan transformasi yang adil dan telus. Konsekutif Abdul Karim dalam menggalas tanggungjawab kepada keluarga dan bangsa membawa beliau untuk menerima pelbagai pengiktirafan seperti Anugerah Usahawan Terengganu (2003); Anugerah Belia Negara 2004 dan 2006 negeri Terengganu (kategori usahawan) dan Anugerah Belia Negara 2006 (kategori usahawan). Beliau juga turut menerima Anugerah Belia Asia 2006 oleh Pertubuhan Kebangsaan Asia Tenggara dan Anugerah Belia Negara (2008) bagi kategori Pemimpin Belia Berjasa. Menyedari peranan yang dipikul kian mencabar, Abdul Karim bekas pelajar Sekolah Menengah Panji Alam dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II yang memiliki Sijil Pengurusan Perniagaan kini menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di bidang Sarjana Muda Perniagaan. Anak sulung daripada enam beradik yang lahir dalam keluarga sederhana itu terus memasang angan untuk membuka perniagaan yang maju serta memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai belia yang memerlukan pekerjaan, pada masa yang sama tidak mengetepikan peranan dalam NGO. “Saya sudah acap kali jatuh dalam perniagaan, namun saya tidak melatah dan menyalahkan orang lain kerana ketentuan Ilahi itu ada hikmah dan asas yang harus saya perbetulkan. Hasilnya mungkin tidak mampu saya capai dalam tempoh waktu singkat, sebaliknya saya harus terus berusaha dan muhasabah diri,” tambahnya.
FB Frozen masuk pasar raya Oleh: Suriati Ali Tiada istilah penat dan putus asa dalam diari hidup, pemilik FB Frozen Enterprise (FB Frozen), Puan Noor Rafidah Mustapha, 29 dan suami Ahmad Basri Rijalullah, 30, sejak menceburi dunia perniagaan empat tahun lalu. FB Frozen menawarkan perkhidmatan membuat, membekal dan mengedar makanan segar serta sejuk beku kepada pemborong makanan dan beberapa pasar raya ternama di Terengganu, termasuk Mydin Mall dan Sabasun Hyper Runcit. Pengusaha kedai runcit dan restoran turut mempromosikan produk berupa mee kuning, rempah ikan bakar, kuah rojak dan cili boh keluaran syarikat itu yang bertapak di Kampung Dusun, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Noor Rafidah yang bertindak sebagai pengurus syarikat, berkata jika ingin berjaya dan mencipta nama sebaris usahawan berjaya, mereka perlu menanam prinsip agar berani bersaing, tidak mudah putus asa, kental menghadapi cabaran dan bijak mencari pasaran. Sewaktu memulakan bidang perniagaan pada awal 2006 sehingga kini, prinsip itu sentiasa digenggam supaya FB Frozen terus melangkah maju setanding syarikat terkenal lain walaupun terpaksa menghadapi beberapa cabaran. “Kami terpaksa menempuh pelbagai dugaan semata-mata ingin menjual nama syarikat, kurang mendapat sambutan dan mendengar rungutan pelanggan yang menyatakan produk dihasilkan kurang berkualiti, sudah menjadi kelaziman. “Masalah itu atasi secara bijaksana dan menerimanya secara
positif, melaluinya kami membaiki kesilapan secara beransur dan kini produk terutama mee kuning mendapat sambutan mengalakkan sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran restoran dan pasar raya yang ingin menjual produk itu ,” katanya. Menurutnya, dalam sehari FB Frozen hanya mampu menghasilkan 150 kilogram (kg) mee kuning, sedangkan permintaan melebihi daripada jumlah itu, malah berganda apabila tiba musim perayaan dan cuti sekolah. “Kami terpaksa mengehadkan pemintaan kerana mesin memproses mee kuning yang dimiliki sekarang hanya mampu mengeluarkan produk pada kadar tertentu sahaja dan jika berlebihan, mesin mudah rosak. “Masalah itu bakal selesai selepas permohonan untuk mendapatkan mesin memproses automatik berharga RM200,000 bakal diluluskan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dijangka pertengahan Mac ini,” katanya yang meminati bidang perniagaan sejak dibangku sekolah lagi.
Apabila mendapat mesin itu kelak, kerja memproses produk dapat digandakan sehingga 300 kg mee kuning
NOOR RAFIDAH
Jika ingin berjaya dan mencipta nama sebaris usahawan berjaya, mereka perlu menanam prinsip agar berani bersaing, tidak mudah putus asa, kental menghadapi cabaran dan bijak mencari pasaran.
Noor Rafidah (tengah) memeriksa mee kuning yang siap dibungkus.
Mee kuning yang siap diproses akan diperiksa bagi menjamin mutunya.
Pekerja sedang membungkus mee kuning yang ditempah pelanggan. - Gambar oleh Suriati Ali
sehari sekaligus dapat memenuhi permintaan pelanggan yang tidak mencukupi sebelum ini. FB Frozen memperoleh bantuan RM100,000 melalui skim geran permodalan MOA untuk membeli mesin itu, manakala pinjaman SME Bank berjumlah RM90,000 dan hasil duit simpanan (RM10,000). Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (JPNT) turut memberi peruntukan membina bengkel berjumlah RM20,000 beserta mesin memproses mee kuning berharga RM10,000 ketika tahun pertama memulakan perniagaan. Pelbagai kursus dan seminar anjuran agensi berkaitan termasuk Institut Pertanian Malaysia, Serdang Selangor, Lembaga Peladang Kawasan, diikuti Rafidah dan suami bertujuan menambah ilmu dan pengalaman sedia ada. Berkat kesabaran dan hasil bantuan tujuh pekerja yang terdiri daripada ibu tunggal dan golongan di bawah Progran Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) pasangan yang mempunyai dua cahaya mata itu kini mampu memperoleh pendapa-
tan bulanan RM30,000. Mee kuning menggunakan tanda nama Arif dihasilkan FB Frozen cukup istimewa dan digemari golongan Bumiputera berikutan tidak mempunyai bahan pengawet berbahaya berbanding pengeluaran produk syarikat bukan Islam. Label Arif digunakan sempena nama anak sulung iaitu Arif Aiman, 4 dan tanda nama itu juga menarik minat pelanggan terutama yang mementingkan tanda halal serta produk tanpa bahan pengawet. Kilang FB Frozen beroperasi enam hari seminggu, bermula seawal 7 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kebiasaan penduduk tempatan datang sendiri untuk membeli produk manakala bagi pasar raya dan restoran kakitangannya yang menghantar produk berkenaan. Mutu dan kualiti amat dititikberatkan pemilik FB Frozen di mana dalam tempoh tiga bulan sekali, terdapat pegawai unit mutu dan kawalan kualiti JPNT datang memeriksa dan mengambil sampel produk untuk dibuat uji kaji. Rafidah yang mempunyai kelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun berkata, sebelum menumpukan secara serius terhadap pengeluaran mee kuning, dia pernah menghasilkan produk seperti karipap dan donut sejuk beku. “Penghasilan makanan itu terpaksa diberhentikan kerana kurang mendapat sambutan selain mendapat persaingan hebat daripada kuih tradisional serta tempatan yang banyak dijual di pasar basah dan pasar malam berdekatan,” katanya.
2 tk
BISNES
Isnin, 01 Mac 2010
11
12
Isnin, 01 Mac 2010
Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Suriati Ali Rakyat Terengganu, khususnya golongan pelajar sangat beruntung kerana mereka mendapat layanan istimewa ‘kelas pertama’ dari Kerajaan Negeri Terengganu. Sejak berada di bangku sekolah rendah lagi, murid-muridnya mendapat pelbagai bantuan seperti buku rujukan, kelas tuisyen dan mereka dihantar menyertai kem pelajar cemerlang di mana peruntukannya disalurkan melalui dana khas Kerajaan Pusat. Sebagai skim galakan, setiap yang mencatat kejayaan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mendapat 5A diberi wang sagu hati RM120 seorang. Pelajar yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mendapat RM500 seorang dan apabila mereka mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diberi RM160. Di peringkat SPM pula pelajar cemerlang diberi RM200 seorang dan mereka turut berpeluang mendapat bantuan persediaan pelajar sehingga RM1,000 jika berjaya melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. Pada tahun ini, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) mengagihkan kira-kira RM423,000 kepada 3,529 pelajar negeri ini yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun lalu. Manakala RM350,000 lagi diagihkan kepada 2,338 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang minimum 8A dalam peperiksaan PMR. Penyampaian sagu hati kepada pelajar cemerlang itu dilakukan dalam majlis berasingan yang dilakukan di setiap kawasan Parlimen, mulai14 Januari lalu. Program tersebut disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. Usaha mengiktiraf kejayaan pelajar seperti dilakukan kerajaan negeri mendapat pujian Timbalan Perdana Menteri yang memaklumkan langkah tersebut tidak dilakukan di negeri-negeri lain. Beliau berkata, rakyat Terengganu perlu bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana melaksanakan banyak program bagi meningkatkan kecemerlangan di bidang pendidikan.
Terima kasih
h kerajaan
Isnin, 01 Mac 2010
13
WARISAN ALAM
Alek Besi (Smilax spp)
Khasiat: Sengal sendi, panas dalam, resdung dan tenaga batin Kaedah: - Air rebusan akar alek besi perlu direbus sebelum diminum bagi menghilangkan rasa panas badan, sengal sendi dan menguatkan tenaga batin. - Bagi merawat penyakit resdung, batang herba itu perlu dikeringkan dan dibakar di hujungnya untuk mengeluarkan asap Keistimewaan: - Alek besi boleh membesar sehingga ketinggian satu hingga dua meter, mempunyai keistimewaan daun tebal, berbunga langsing dan berwarna putih. Kaedah Pembiakan: - Keratan batang dan biji benih
2 BAKTI JKKK
tk
14
Isnin, 01 Mac 2010
Berat sama dipikul Kawasan terbiar disekeliling balai raya dimanfaatkan dengan tanaman sayur-sayuran.
Oleh: Esah Abdullah Amalan ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ sudah menjadi pegangan sejak sekian lama penduduk Taman Perumahan Awam Kos Rendah (RAKR) Bukit Sawa, Pengkalan Berangan, Marang. Bagi mereka ‘cubit paha kiri, paha kanan turut terasa’ dan perasaan sedemikian bukan sekadar bermuka-muka, tetapi diterjemahkan dengan perbuatan dan tindakan ahli masyarakat kampung tersebut. “Bukan kerana takut kepada ketua kampung tetapi memang sikap orang-orang di sini begitu ambil cakna sesama jiran tetangga,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung RAKR, Encik Wan Ali Wan Mohd, 62. Bertitik tolak daripada keakraban yang terjalin antara golongan veteran, Pemuda, Wanita dan Puteri, setiap aktiviti dan program yang dilaksana berjalan lancar malah mendapat pujian dari orang luar. “Bagi saya, tidak payah menguruskan masyarakat di sini kerana mereka mengamalkan sikap terbuka dan suka berterus terang dan saya sendiri menganggap ianya satu tanggung jawab se-
orang ketua keluarga menjaga kebajikan anak buah sendiri,” katanya. RAKR Bukit Sawa yang dibangunkan pada tahun 1986 mempunyai 120 keluarga dan bancian terbaru terdapat 950 orang penduduk yang kebanyakannya bekerja sendiri manakala sebahagian kecil bekerja dengan kerajaan dan swasta. Beberapa anugerah dan penghargaan diterima merangkumi pelbagai pertandingan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) daerah atau anjuran kerajaan negeri. Ini termasuk Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat daerah Marang mendapat tempat ketiga (2009) dan johan Pertandingan Rumah Dalam Taman peringkat negeri (2009). Menjadi johan dalam pertandingan nasyid dan marhaban peringkat negeri (2009) dan naib johan dalam pertandingan yang sama dua tahun berturut (2007-2008). Setiap masa berlalu dipenuhi dengan aktiviti kemasyarakatan, ada kumpulan nasyid, dan pasukan bola jaring yang dianggotai Puteri Umno, kumpulan marhaban, kelas masakan, kelas mengaji al-Quran untuk golongan suri rumah dan bola sepak,
futsal dan bola tampar dimonopoli anak-anak muda. “Setiap petang penduduk kampung keluar bergilir-gilir untuk bergotong royong menyiram pokok dan
merupakan tunggak kekuatan masyarakat di Bukit Sawa. Pelbagai aktiviti dan program yang disusun memberi manfaat besar kepada golongan suri rumah dan wanita ibu tung-
ada membuat makanan kering dan basah, seperti karipap mini, sos cili, kuah rojak, buah rotan dan kuih basah lain yang dihantar ke kedai berdekatan serta menerima tempahan
mah, periuk, belangga, pinggan mangkuk di mana untuk penduduk tempatan tidak dikenakan sebarang bayaran kecuali derma untuk tabung hanya orang luar yang dikenakan sewa. “Kita juga ada membawa ahli jawatankuasa setahun sekali membuat lawatan ke kampung yang pernah dapat anugerah peringkat kebangsaan untuk melihat cara dan bagaimana komitmen orang lain menjaga kampung halaman,” katanya. Nama Bukit Sawa yang tercipta dari nama seekor ular sawa besar yang ditemui ketika mula meneroka kampung berkenaan berada di laluan jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang dan hanya 20 kilometer jarak ke Bandar Marang. Semangat perpaduan yang kental dan cintakan kebersihan, serta sentiasa menyahut apa saja saranan pihak berwajib untuk memajukan kampung dan masyarakat mem-
RAKR Bukit Sawa, Marang, terbukti hebat apabila memenangi pelbagai anugerah. - Gambar oleh Suriati Ali
membersih kawasan balai raya dan sekitarnya manakala gotong royong bersih kampung dilakukan sebulan sekali,” katanya yang lebih sinonim dengan panggilan Ayah Wan oleh penduduk kampung. Aktiviti ziarah terus dihidupkan untuk bertanya khabar khusus warga emas dan orang sakit di rumah atau di hospital dengan membawa buah tangan tanda ingatan di samping mengeratkan silatulrahim. Terus terang Ayah Wan mengakui, wanita
Persekitaran balai raya yang ceria dihiasi lanskap hasil kreativiti penduduk kampung.
gal. Sebahagian besar suri rumah menjalankan perniagaan kecilkecilan di rumah sama
pada majlis keramaian. JKKK sendiri ada menyediakan pakej peralatan untuk kenduri bermula dari khe-
buatkan kampung ini berada dalam senarai ‘top five’ iaitu kampung terpilih dalam daerah Marang.
Isnin, 01 Mac 2010
Gambar: Mastura Jamal Din
Hajah Noor selami masalah rakyat Oleh: Suriati Ali Tugas sebagai suri rumah memberi kelebihan kepada Puan Hajah Noor Abu Kasim, 53, untuk mendalami apa jua masalah rakyat secara berdepan, selain dapat menghulurkan bantuan dengan kadar segera. Isteri Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Mohd Nor Othman, itu cukup gemar menghadiri program kemasyarakatan kerana beliau bukan sahaja dapat berbual mesra dengan penduduk kampong, malah mengeratkan hubungan sesama mereka. “Anak-anak sudah dewasa, mudah bagi
saya merancang pelbagai urusan termasuk melawat penduduk uzur serta kematian saudara, menghadiri program anjuran agensi tertentu, kenduri kahwin dan kesyukuran tanpa sebarang halangan. “Suami sentiasa menyokong aktiviti itu kerana mengetahui ia membawa banyak faedah kepada diri mahupun masyarakat setempat,” kata ibu kepada sembilan cahaya mata itu. Anak sulungnya, Azlino, 30, kini memegang jawatan sebagai Jurutera Mekanikal syarikat swasta di Johor, diikuti Azuhairi, 29, Juruteknik Tena-
ga Nasional Berhad (TNB) Marang, Asyura, 28, Pegawai Ukur Bahan, Shah Alam dan cahaya mata keempat, Ayatu Syuhada, 22, masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Anak kelimanya, Ahmad Faisal, 21, menimba ilmu di Kolej Perubatan, Perak; Aidi Faizi, 19, di Maktab Perguruan Raja Melewar, Port Dickson; Amirul Rahman, 16, masih belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil, Afiqah Nurul Asyiqin, 12, dan anak bongsu, Azri Hafizuddin, 9, Sekolah Kebangsaan Bukit Perah, Ajil.
Puan Noor yang kini memiliki tiga cucu bersyukur hasil didikan dan berkat kesabaran beliau dan suami, tiga daripada sembilan permata hati sudah memiliki kerjaya yang diimpikan masing-masing. “Ketika mereka masih kecil, rutin harian saya agak sibuk kerana setiap hari perlukan masa memerhati gelagat anak-anak selain bergegas melakukan pelbagai tugas termasuk menguruskan kelengkapan sekolah dan sediakan sarapan seawal pagi. “Jarak usia antara mereka rapat, membuatkan saya tidak cukup tangan untuk
melaksanakan tugas harian dan tempoh sehari dirasakan terlalu singkat,” katanya. Menurutnya, tiada petua `istimewa’ ketika membesarkan anakanak yang kini berjaya dalam hidup dan pelajaran , cuma mengamalkan doa tertentu ketika memasak dan menyediakan juadah untuk keluarga. “Saya dan YB juga tidak mengalakkan anak-anak mengambil makanan segera dan air bergas kerana mengetahui kurang baik untuk kecerdasan otak dan kesihatan. “Bagi mengelak mereka mengambil makanan itu, saya mempastikan mereka sentiasa kenyang dengan menyediakan kuih muih yang dimasak sendiri atau dibeli dari kedai kopi,” katanya. Beliau berkata, waktu kelam-kabut menjaga anak sudah lama berlalu dan kini hanya tinggal anak yang masih bersekolah tinggal bersama kami dan kesemuanya sudah pandai berdikari. “Bagi mengisi ruang masa yang ada, saya menumpukan kerja amal di kampung dengan membantu membuat persiapan kenduri kahwin dan menyertai program gotong-royong yang diadakan setiap minggu di kawasan Parlimen Hulu Terengganu. “Kami sentiasa bersepakat dan bermesyuarat sebelum mewujudkan sesuatu program, faktor itu membuatkan penduduk di kawasan ini sentiasa memahami antara satu sama lain dan dapat merapatkan hubungan,” katanya. Menurutnya, mengamalkan hidup saling berkerjasama dan mengenali jiran masih kekal di Parlimen itu kerana kebanyakan mereka mempunyai hubungan saudara selain mengamalkan sikap mengambil cakna dan membantu antara satu sama lain. “Saya mengharapkan hubungan rapat ini dapat dikekalkan untuk generasi seterusnya dan wajar diamalkan mereka yang tinggal di kawasan bandar,” katanya. Puan Hajah Noor
ketika ditemubual Teganukita di Pejabat Parlimen Hulu Terengganu, baru-baru ini, berkata bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai isteri wakil rakyat kerana perlu bijak menyelesaikan pelbagai masalah terutama membabitkan ragam penduduk. Beliau rapat dengan semua golongan termasuk penyokong parti pembangkang dan apabila mengadakan sesuatu program, mudah untuk mereka memberi kerjasama dan berganding bahu menjayakannya. “Bagi mewujudkan suasana lebih harmoni, saya bersama-sama 30 ahli terdiri Wanita Umno Bahagian dan penduduk kampung , menganjurkan program bacaan surah Yassin dari rumah ke rumah pada setiap minggu. “Program sama turut dijalankan tidak mengira waktu sekiranya terdapat penduduk kampung yang keuzuran dan kematian saudara,’’ katanya yang mempunyai hobi memasak dan mengemas rumah. Ketika disoal mengenai cabaran ketika suami mula dilantik menjadi wakil rakyat pada 2008, Puan Noor berkata, tiada cabaran hebat bagi dirinya dan suami kecuali mendapat tentangan daripada kelompok tertentu yang inginkan jawatan yang sama. “Perkara itu dianggap biasa dan tidak menjadi `kudis’ bagi YB kerana sudah biasa berdepan dengan kerenah masyarakat. “Pengalaman suami menyandang lebih 19 jawatan dalam pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) sewaktu menjadi pendidik bagaikan satu `bonus’ kerana tidak perlu bersusah payah meraih kepercayaan penduduk di mana ketika itu, YB mampu memperoleh majoroti 10,400 undi dalam Pilihan Raya Ke 12,” katanya. Menurutnya, sebagai ahli Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), dia turut aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
2 tk
SERIKANDI
15
2
Isnin, 01 Mac 2010
DESTINASI
tk
Pengunjung tidak perlu ke luar negara untuk melihat kehebatan ukiran dan senibina arkitek terkenal tetapi hanya perlu ke Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu.
16 Pintu masuk ke Taman Monumen.
Al-Hambra - Sepanyol
Masdidil Haram
Pusat Konvensyen yang tersergam indah dengan reka bentuk yang begitu menawan.
Agad
tuk
Isnin, 01 Mac 2010
TTI pesona pelancong Oleh: Suriati Ali Bagi mereka yang gemar melancong, anda tidak perlu ke Agra, India untuk melihat keindahan seni bina Taj Mahal atau ke Istanbul, Turki bagi merasai keunikan Kompleks Sulayman. Semuanya terdapat di Terengganu atau lebih tepat lagi di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, yang terletak hanya 10 kilometer (km) dari pusat bandar Kuala Terengganu. Apabila ke destinasi berharga RM250 juta itu, anda pasti terpegun dengan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam yang terdapat di lokasi seluas 23 hektar di mana sebelum ini kawasan itu dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Keunikan TTI semestinya dengan kewujudan Masjid Kristal dan 21 monumen Islam yang terkenal dari seluruh dunia, termasuk Al-Hambra (Sepanyol), Masjid Kubah Al Sakhra, Baitulmaqdis (Palestin) dan Menara Kaylan (Uzbekistan), Sultan Omar Ali Saifudin (Brunei), Al-Haram (Makkah) dan Pattani (Thailand). Model masjid lain di taman itu adalah Masjid Samarra (Iraq), Kudus Minar (Indonesia), Masjid Xian (China), Shaikh Lutfallah (Iran), Kul Sharif (Russia), Masjid Prophet (Medina), Mohd Ali (Mesir), Shaykh Lutfallah(Iran), Abu Nasr (Afghanistan), Suleyman (Turki), Agadez
Agadez Niger
(Nigeria), Badshahi (Pakistan) dan Qairawan (Tunisia), Masjid Kristal kini menjadi `ikon’ kepada destinasi pelancongan lain berikutan mendapat sambutan memberangsang di kalangan pelancong tempatan dan luar negara sehingga mencatatkan jumlah sehingga tiga juta pengunjung sejak mula beroperasi pada Mei 2008. Apa yang menariknya tentang masjid ini adalah memiliki dinding berlutsinar berikutan kerana dibina menggunakan bahan kristal kaca serta besi dan boleh menampung 1,000 jemaah. Manakala pusat konvensyen yang berada berhampirannya berupaya memuatkan 2,000 individu. Pelbagai aktiviti dapat digunakan di pusat itu termasuk majlis persandingan, makan malam, diskusi dan forum. Kemudahan lain termasuk pusat pentadbiran taman tema, pusat komersial, restoran, bazar terbuka, pentas terbuka Amphiteatre dan laluan pejalan kaki di sisi air sepanjang 800 meter. Lima daripada 21 replika tugu sejarah keagungan Islam turut mempunyai mini studio penerangan. TTI digarapkan dengan ciri dan reka bentuk islamik dan secara keseluruhannya memaparkan identiti Terengganu, terutama hiasan unik kaligrafi tempatan yang memerlukan ketelitian untuk disiapkan. Terletak di muara sungai Terengganu, lokasi TTI strategik dan mudah dikunjungi berikutan berdekatan
dengan destinasi pelancongan lain termasuk Muzium Negeri, Pulau Duyong, Bukit Puteri, Pasar Besar Kedai Payang (PBKB), Istana Maziah, Dataran Shahbandar dan Kampung Cina . TTI mengandungi empat komponen iaitu A,B,C dan D, bagi mengelak pembaziran dan membinanya secara sistematik, ia dibangunkan mengikut elemen tersendiri. Pembangunan komponen A menempatkan dua pintu masuk utama ke pulau melalui jalan darat dan air. Komponen B membabitkan pembangunan pusat aktiviti TTI yang mengandungi tiga elemen iaitu plaza masuk, pusat komersial dan konvensyen. Fasa C dan D membabitkan pembinaan Masjid Kristal dan Taman Tema di mana menempatkan 21 monumen seni bina Islam dan taman permainan kanak-kanak. Pengerusi Jawantankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, YB Yahya Khatib Mohamad, berkata pembinaan 21 monumen bersejarah di seluruh dunia Islam menggunakan tenaga kerja profesional serta kontraktor tempatan. “Melalui agensi pelaksana, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) turut menggunakan kepakaran arkitek berpengalaman dalam mereka cipta taman tema seperti Tokyo Disney Sea dan Movieworld & Seaworld Australia
Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man merupakan tarikan baru pelancongan di Terengganu.
Agro Gold Resort. “Konsep asas TTI adalah sebagai Taman Pendidikan Hiburan yang menekankan kepada aspek pendidikan. “Kerajaan negeri cukup berbangga kerana TTI kini mampu memberikan impak positif kepada sektor pelancongan negeri terutama membabitkan kedatangan pengunjung dari seluruh dunia sehingga mencecah tiga juta sejak mula beroperasi,” katanya. Dengan wujudnya TTI, ia bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi negeri malah pengusaha serta penduduk tempatan terutama yang membabitkan diri dalam sektor pengangkutan, peruncitan, perhotelan, produk kraf dan seni tempatan. Pengarah TTI Management, Sdn Bhd, Engku Md Azmi Abd Rahman, berkata dalam usaha menggamit lebih ramai pengunjung ke TTI, pihak pengurusan akan memperhebatkan lagi promosi di seluruh Negara serta mengadakan lebih banyak program ada aktiviti di kawasan berkenaan. Katanya, antara daya tarikan terbaru adalah perkhidmatan`River Cruise’ dan `bot padel’. Pengunjung berpeluang menyusuri sungai sama ada secara persendirian atau berkumpulan menggunakan perkhidmatan ini dengan kadar sewa berpatutan. “Pihak pengurusan TTI kini berbangga kerana taman itu bukan setakat menjadi ikon Terengganu dan Malaysia, tetapi mampu menjana ekonomi negeri dan masyarakat tempatan,” katanya.
Menikmati pemandangan indah di mana pelbagai monumen masjid terkenal seluruh dunia dapat dilihat di Taman Tamadun Islam.
2 tk
2 tk
ms 8 & 9
Isnin, 01 Mac 2010
rencana
MIMBAR Susunan : Zatini Yan Sumber: JHEAT
Antara amalan yang dituntut setiap Muslim melakukannya dalam kehidupannya adalah mensyukuri nikmat Allah SWT. Ini adalah kerana kita sentiasa menerima berbagai-bagai kurniaan nikmat daripada Allah Taala dalam kehidupan kita dan apabila kita cuba menghitung nikmat tersebut, nescaya kita sama sekali tidak dapat menghitungnya. Oleh itu, maka kita sewajibnya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah Taala kerana dengan bersyukur akan memperteguhkah lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi, kita hidup dalam negara yang dikurniakan nikmat keamanan yang berterusan serta kemewahan, sepatutnya menambahkan lagi syukur kita kepada Allah s.w.t di samping memperteguhkan lagi ketaatan serta pengabdian diri terhadap-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya seseorang hamba itu tidak diakui bersyukur kepada Allah s.w.t melainkan jika ia menggunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk kepentingan diri sendiri dan masyarakat. Menurut imam alJunaidi “syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya”. Ertinya tanda bersyukur ialah menggunakan segala nikmat Allah Taala untuk melakukan ketaatan dan memanfaatkan nikmat tersebut ke arah kebajikan, bukan menyalurkan kepada maksiat atau kejahatan. Nikmat yang
Konsep syukur dalam Islam
Amalan bersyukur adalah satu amalan ibadah yang disyariatkan dalam Islam.
Allah Taala anugerahkan kepada manusia boleh dibahagi kepada dua: Pertama : “Nikmat dunia”. Iaitu nikmat untuk meneruskan kehidupan di dunia seperti makanan, minuman, kekayaan, keamanan, kesihatan, persaudaraan dan sebagainya lagi. Kedua: “ nikmat Akhirat”. Iaitu nikmat Islam dalam iman, nikmat yang paling berharga serta tidak ternilai kerana ia bukan setakat menjamin kesejahteraan hidup di dunia bahkan berkekalan hingga ke akhirat. Sebenarnya amalan bersyukur adalah satu amalan ibadah yang disyariatkan dalam Islam dan ianya juga adalah antara si-
fat utama orang yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Justeru, sesiapa yang bersyukur kepada Allah, maka dia akan mendapat ganjaran istimewa dari Allah Taala. Begitu juga sebaliknya, sesiapa yang tidak bersyukur, pasti menerima balasan yang pedih dari Allah. Kita tidak seharusnya merasa selesa dan berpada dengan apa yang telah kita usahakan selama ini. Malah kita perlu merasa bimbang dan takut, setelah sekalian banyaknya nikmat rezeki kurniaan Allah yang telah kita gunakan dan kita masih tidak tergolong di kalangan hambahamba-Nya yang bersyukur. Allah s.w.t telah memberi
amaran keras terhadap mereka yang tidak tahu bersyukur atau tidak mahu bersyukur, dengan amaran azab di hari akhirat, sebaliknya hamba yang bersyukur dan menghargai nikmat Allah, akan digandakan ganjaran nikmat dan pahala. Firman Allah Taala dalam surah Ibrahim ayat 7 : “ Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu : “demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan aku tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras”. Sesungguhnya nikmat yang dikuniakan Allah kepada manu-
WAKTU SOLAT NEGERI TERENGGANU BAGI 1 HINGGA 15 MAC 2010
19
sia tidak terhitung banyaknya, sehingga menjadikan kehidupan kita serba lengkap dan sempurna. Tidak ada yang lebih besar nilainya daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia sesudah iman, melainkan kesihatan. Islam telah meletakkan garis panduan kepada kita bagi menyatakan kesyukuran kita kepada Allah Taala. Pertama : Melakukan ujian lisan. Ini membawa maksud bahawa kita dituntut supaya mamuji dan bezikir kepada Allah sebagai persembahan ucapan syukur kepadanya. Kedua: amalan syukur tersebut perlu diperkuatkan lagi dengan amalan ibadat. Kita hendaklah mempergunakan segala kurniaan nikmat Allah tersebut kearah mendapat keredhaan Allah dan jangan sama sekali kita salah menggunakannya untuk tujuan maksiat dan kemurkaan Allah. Syukur adalah salah satu amalan mulia dan perlu ditanamkan di dalam jiwa kita, kerana dengan nilai syukur inilah, kita dapat membentuk manusia yang kenal diri, mengenang budi dan menghargai setiap nikmat yang diperolehi. Selain dari melafazkan kesyukuran kepada Allah s.w.t atas setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita, janganlah kita lupa untuk melafazkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa kita, atas didikan dan usaha yang telah diberikan selama ini, ahliahli keluarga kita atas bantuan dan pertolongan yang dihulurkan dan guru-guru kita atas ilmu yang diajar.
20
Isnin, 01 Mac 2010
amam
Bot aquarium tarikan baru Destinasi pelancongan tersohor, Pulau Redang dan Pulau Perhentian bakal menambah bilangan pengunjung sedia ada apabila`bot aquarium’ berharga RM3 juta sedia memberi perkhidmatan pertengahan tahun ini. Bot yang boleh menampung 100 individu itu mempunyai keistimewaan tersendiri di mana
Belia dipantau Kerajaan negeri m e n sasarkan empat golongan yang a k a n mendapat perhatian dan dipantau di bawah Program Memperkasakan Remaja (PMR) dalam usaha merintis arah tuju yang baik bagi mengekang gejala tidak sihat di kalangan generasi akan datang. “Golongan belia bekerja, belia bermasalah, remaja di sekolah menengah dan remaja di institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan golongan yang perlu dibantu dan diberi perhatian,” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said pada majlis Seminar Memperkasakan Program Belia Negeri Terengganu di Terengganu Endurance Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu, Encik Ahmed Daud; Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman (UDM) Dr Ramle Abdullah dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Encik Saiful Dato’ Baharuddin. Dato’ Abd Rahin berkata, kerajaan menyediakan peruntukan besar khusus untuk memperkasakan program belia di negeri ini dengan meletakkan harapan golongan ini menjadi pelapis negeri dan negara pada masa akan datang.
pelancong boleh melihat pelbagai khazanah dan spesies kehidupan laut melalui bot berdinding dan berlantai kaca. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata bot aquarium sangat bernilai kepada kerajaan negeri kerana bakal menjadi daya tarikan baru kepada Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Katanya, apabila
beroperasi kelak, ia bakal memberi kepuasan kepada pelancong di mana tidak perlu lagi menyertai aktiviti menyelam dan `snorkling’ untuk melihat pelbagai khazanah dan kehidupan di dasar laut. “Kerajaan negeri melalui Unit Pengurusan Ekonomi Negeri (UPEN) sudah menempah bot yang bakal beroperasi secara bergilir antara kedua-dua pulau.
“Bot separuh badan di dalam air itu turut dilengkapi kafeteria di bahagian atas sebagai pilihan kepada pelancong melepaskan penat,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Primula Beach Resort dan Taman Tamadun Islam (TTI) di hotel itu, baru-baru ini. Perjanjian itu mampu
Oleh: Esah Abdullah
cik Ibrahim Mohamad. Katanya, bengkel sehari itu disertai ibu tunggal, penjaja pasar malam serta peniaga kecil dan suri rumah yang mungkin berguna untuk menambah pendapatan keluarga. “Dengan kemahiran yang ada mereka boleh menggunakannya sama ada untuk kegunaan keluarga atau membuat jualan langsung kerana pihak MARA bersedia memberi peruntukan modal jika mereka benar-benar berminat,” katanya. Katanya, sambutan menggalakkan daripada orang ramai, MDM akan mengadakan bengkel serupa dengan memperkenalkan kemahiran yang lain agar boleh mempelbagaikan ilmu. Menurutnya, bahan untuk membuat sabun ini mudah diperolehi dan tidak menggunakan banyak bahan seperti minyak
masak terpakai, air, gula pasir, pewarna dan pewangi serta Sodium Hidroksida. “Saya yakin semua peserta yang menyertai bengkel ini nampak berminat untuk menjadikan ini salah satu punca pendapatan keluarga,” katanya. Seorang peserta yang ditemui, Haji Alias Hasbu, 60 dari Rhu Muda, Marang, melahirkan rasa bertuah kerana diberi peluang mengikuti bengkel membuat sabun dari minyak terbuang ini. “Insya-Allah saya berhajat untuk melakukan sesuatu bagi memanjangkan ilmu yang diperolehi hari ini bagi tujuan jangka panjang kerana bahan mentah untuk membuat sabun senang dicari,” katanya yang membuka perniagaan katering. Begitu juga dengan peserta ibu tunggal, Puan Zawiyah Mohd Yusof,
Minyak masak hasilkan sabun Memproses sabun daripada minyak masak terpakai merupakan suatu usaha yang boleh dikomersialkan jika mereka yang terbabit benar-benar mahu memanfaatkan bahan terbuang berkenaan. Minat yang ditunjukkan 73 peserta dalam bengkel ‘Waste to Wealth’ anjuran bersama Majlis Daerah Marang (MDM), Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), mengusahakan bidang itu terserlah. “Kita sasarkan golongan miskin dalam bandar dan mampu berdikari serta berdaya maju dengan memberi pendedahan memanfaatkan bahan terbuang iaitu membuat sabun daripada minyak masak terpakai,” kata Yang Dipertua MDM, EnPertima Terengganu Sdn Bhd menghantar 285,000 tin daging kambing korban yang dimuatkan dalam lapan kontena, ke luar negara iaitu Lubnan, Timur Tengah dan Republik Chad, di Afrika, bertambah sebanyak 50 peratus daripada tahun sebelumnya. Lebih membanggakan apabila Islamic Relief Worldwide (IRW) yang berpengkalan di Birmingham, England terus memberi kepercayaan kepada Pertima Terengganu Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri untuk melakukan kerja pengetinan daging korban bermula 2008.
membangunkan sektor pelancongan berikutan kedua-dua pihak bersetuju menjadikan PBR sebagai hotel rasmi pengunjung dan juga sebaliknya. Dato’ Ahmad turut memberitahu, syarikat Perfileman Hollywood akan menjadikan beberapa lokasi menarik negeri ini, termasuk Tanjung Jara, Muzium Negeri, Pulau Redang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud
(LTSM) sebagai lokasi penggambaran. Katanya, pengambaran dijangka bermula akhir April ini dan menggunakan hampir 60 peratus sudut menarik di lokasi itu turut memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri berikutan mampu mempromosi nama Terengganu di serata dunia apabila ditayangkan kelak.
Peserta kursus menunjukkan sabun yang berjaya dihasilkan dengan menggunakan minyak masak terpakai.
ZAWIYAH MOHD YUSOF
ALIAS HASBU
50, dari Kampung Kijing, yang akan menggunakan ilmu ini untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga. “Sejak dulu saya suka mencuba banyak perkara dan setiap ilmu kemahiran yang diperolehi tidak hilang sampai bila-bila serta boleh digunakan ketika susah,” kata ibu kepada
enam anak yang mengusahakan gerai makan demi menyara anak-anak. Puan Zawiyah turut teruja apabila diberi peluang untuk belajar caracara membuat sabun dan berhasrat untuk menggunanya seisi keluarga dan kalau ada yang berhajat dia boleh menjula produk berkenaan.
Pertima hantar 285,000 tin daging korban ke luar negara “Kerajaan berhasrat untuk melihat Pertima menjadi pengeluar produk halal dalam tin pertama di negara ini dan di peringkat antarabangsa,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said pada majlis perasmian Penghantaran Produk Daging Qurban di Pertima Terengganu Sdn Bhd di Chendering, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,
Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri,Encik Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengerusi Pertima, Dato’ Rosli Mat Hassan dan Pengarah Operasi Islamic Relief Birmingham, Dr Adel Sabir. Dato’ Ahmad melahirkan keyakinan tahap kualiti produk yang dikeluarkan dengan memperolehi persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sijil keselamatan dari Hazard Analy-
sis Critical Control Point (HACCP) yang dikeluarkan Moody International. “Yang penting adalah usaha yang bersungguhsungguh perlulah digerakkan sepenuhnya bagi mencapai matlamat ini,” katanya. Pertima mula melakukan kerja-kerja mengetin daging korban sejak 2008 dan berjaya memproses 200 tan di mana kesemua produk berstatus halal itu telah Berjaya dihantar ke beberapa negara seperti
Palestin, Nigeria, Mali, Iraq dan Afghanistan. Selain kontrak dengan IRF, dua pertubuhan Islam luar negara turut mendapat keyakinan dari Muslim Aid Australia dan Human Appeal International Australia untuk pengetinan daging korban. “Selaku anak syarikat kerajaan negeri, saya harap Pertima menjadi contoh dan peneraju dalam pengeluaran produk halal di negeri ini,” katanya.
Isnin, 01 Mac 2010
am
Oleh: Aida Abd Rahman Kehidupan pasangan Mansor Embong, 30 dan isterinya, Hayati Mohd Fauzi, 34, dari Kampung Simpang Tok Ku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu, diselubungi duka apabila anak kedua mereka yang dilahirkan sembilan tahun lalu disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Bagaimanapun, episod menyedihkan yang dilalui mereka sekeluarga sejak beberapa tahun lalu itu berakhir 30 September tahun lalu apabila anak bongsu daripada dua beradik, Mohd Ayub selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Hasil pembedahan yang dilakukan kira-kira lima bulan lalu menjadikan murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu itu kini sihat dan aktif menjalani kehidupan seperti kanakkanak sebayanya. Menurut Hayati, Mohd Ayub semakin lasak dan petah berbicara, malah kadangkala sikap anak keduanya itu menyebabkan dia dan suami memberi lebih banyak tumpuan kerana bimbang perlakuan anaknya boleh mendatangkan kesan sampingan lain. Mengimbas kronologi pembedahan pada 30 September lalu, Mohd Ayub selamat menjalani pembedahan selama dua jam yang dilakukan sepasukan pakar diketuai Dr David Khoo Sin Keat, bermula jam 9.30 pagi. Pembedahan bertujuan menampal lubang berukuran setengah inci dan mengikat satu saluran darah lebih di jantung pesakit. Kos rawatan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Terengganu manakala kos pembedahan pula dibiayai Dr David sendiri. Menurut Hayati, Mohd Ayub dilahirkan normal selepas senggang tiga tahun melahirkan anak
Derita Ayub berakhir
Kini Mohd Ayob berbasikal selepas baik dari pembedahan dan boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain.
sulungnya, mula dikesan mendapat penyakit itu ketika berusia tiga minggu. Susulan itu, bayi mereka diminta oleh bidan supaya dibawa ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (Kuala Terengganu) dan ke Institut Jan-
Sinar baru buat adik Mohd Ayob apabila Dato’ Ahmad singgah di rumahnya bagi menyampaikan berita baik untuk pembedahan jantung.
tung Negara (IJN). Mohd Ayub mula dibawa mendapatkan rawatan secara rapi di IJN setiap lima atau enam bulan
sekali bermula 2003. Ekoran itu juga, keluarganya terpaksa memperuntukkan banyak kos dan perbelanjaan untuk berulang-alik dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur (IJN) untuk merawat penyakit Mohd Ayub. Bagaimanapun, keprihatinan ker-
Dr David (kiri) ketika melakukan pembedahan jantung.
ajaan negeri terhadap keluarga itu memberi sinar harapan baru dan mengubah suasana duka yang mewarnai kehidupan pasangan muda berkenaan yang hanya bersandarkan pendapatan kecil Mansor sebagai pembantu kedai alat ganti. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan isteri To’ Puan Norliza Mahmud melawat pesakit di rumahnya pada 29 Ogos lalu dan menghulurkan sumbangan wang tunai bagi membolehkan keluarga itu menyambut Aidilfitri beberapa hari selepas itu dengan lebih ceria. Dalam pertemuan itu, Dato’ Ahmad turut memberi jaminan kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos rawatan pesakit yang dianggarkan RM30,000. Menteri Besar dalam kunjungan itu turut bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah keluarga termasuk mengarahkan pegawai beliau menulis surat kepada IJN bagi mempercepatkan pembedahan dan mahu melihat Mohd Ayub sembuh serta menjalani kehidupan seperti kanakkanak biasa. Malah, ketika masih dirawat selepas menjalani pembedahan, Menteri Besar turut meluangkan masa bersama isteri, To’ Puan Norliza Mahmud dan Setiausaha Sulit Kanan, Haji Wan Ahamad Wan Muda melawat Mohd Ayub. Selepas lebih seminggu menjalani rawatan secara rapi di Pusat Perubatan Prince Court Mohd Ayub dibenarkan pulang. Pada 11 Oktober lalu, Mohd Ayub bersama kedua ibu bapa dibawa pulang ke kediamannya di Kuala Terengganu dengan menaiki kenderaan khas yang disediakan Pejabat Menteri Besar Terengganu.
Adik Mohd Ayob ketika dirumah selepas pulang dari Kuala Lumpur dengan kenderaan khas yang disediakan Pejabat Menteri Besar.
21
Pesakit kanser payu dara dibantu Kesedaran dan rawatan awal penting bagi mengelak penyakit merebak yang akhirnya mampu mengancam nyawa pesakit, demikian antara peringatan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said kepada rakyat negeri ini khususnya dalam usaha mengekang kanser payu dara yang menjadi musuh nombor satu wanita di Malaysia. Peringatan beliau itu disokong dengan usaha kerajaan yang membelanjakan kirakira RM81,000 sejak 2007 bagi merawat penyakit kanser payu dara dan menggantikan payu dara palsu menerusi peruntukan kebajikan sosial perubatan Dana Khas Persekutuan. Daripada jumlah itu, seramai 115 pesakit melibatkan satu kes pada 2007 dengan peruntukan RM710, diikuti 75 kes (2008) dengan peruntukan RM49,433, manakala pada tahun lalu 39 kes dengan kos RM31,330. Menteri Besar berkata, skim menggantikan payu dara menerusi pakar perubatan disediakan dalam usaha menyelamatkan nyawa wanita yang berdepan dengan masalah kanser yang boleh mengancam nyawa. “Kepada mereka yang mengalami masalah payu dara jangan biar lama, tetapi segera jumpa doktor dan boleh kita gantikan alat yang palsu, kalau dibiarkan lama boleh mengancam nyawa. Kalau sampai tahap empat tidak boleh buat apa dah. “Saya harap ada kesedaranlah. Kadang-kadang orang kampung mereka tak tahu, berdiam diri sebab tidak bergaul dan sekiranya penyakit ini sampai tahap empat ia boleh mengancam nyawa,” katanya ketika melawat seorang pesakit paru-paru kronik, Mohd Nor Ibrahim, 60, di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
22
Isnin, 01 Mac 2010
Bot angkut sampah di sungai
Uzbekistan jalin kerjasama Oleh: Esah Abdullah
Kerajaan negeri akan mengadakan perkhidmatan bot sampah bagi membersih dan mengutip sampah yang terdapat di dalam sungai di negeri ini. Pengerusi Jawataankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Encik Toh Chin Yaw berkata, kertas kerja cadangan membeli bot berserta peralatan telah disiapkan. “Sebagai permulaan dua buah bot dicadang dibeli dengan kos lebih RM300,000 sebuah,” katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Peralatan dan Pengawasan Kualiti Air di bawah program Satu Sungai Satu DUN (Dewan Undangan Negeri) di Wisma Darul Iman baru-baru ini. Menurutnya, cara pengurusan bot berkenaan akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan atau pun diswastakan, namun setakat ini ia belum diputuskan. Sementara itu, Encik Toh berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan RM1 juta untuk mengurus dan membersih sungai-sungai seluruh negeri. “ S e b a n y a k RM200,000 pula dibelanjakan untuk program hari ini yang membabitkan 17 buah sekolah bagi membeli peralatan perawatan dan pengawasan kebersihan sungai,” katanya. Turut hadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Encik Rosli Che Harun dan Prof Madya Ir Dr Ahmad Yusof dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berserta 300 pelajar dan guru dari 17 sekolah kebangsaan dan menengah seluruh negeri.
amam
Kerajaan negeri berharap dapat menjalinkan kerjasama perdagangan dua hala dengan Uzbekistan dan mengenalpasti beberapa bidang yang boleh diterokai pada masa akan datang. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, Uzbekistan terkenal dengan pengeluaran tekstil dan industry pelancongan yang mungkin boleh dikongsikan dengan rakyat di negeri ini. “Kita akan melihat beberapa produk sutera yang dihasilkan di negara berkenaan untuk pasaran di sini,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat Duta Uzbekistan, Encik Shukur Sabitov (gambar) ke Pejabat Menteri Besar, di Wisma Darul Iman, baru-baru
ini. Katanya, dengan terjalinnya hubungan baik, usahasama antara pengeluar dan pengusaha batik Uzbekistan dan pengusaha batik tempatan boleh bertukar produk dan idea untuk meningkatkan ke pasaran global. Encik Shukur Sabitov diiringi isteri Puan Sanobar Sabitov dan beberapa pegawai kedutaan adalah dalam rangka lawatan dua hari ke Terengganu, mengadakan perbincangan dengan Pengurus Besar, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ Zakaria Awang dan Dato’ Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Dato’ Adzlan Mohd Dagang. Encik Shukur Sabitov serta rombongan juga melawat Muzium Negeri di
Dato’ Ahmad bersalam dengan Encik Shukur Sabitov
Bukit Losong dan kemudiannya ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man serta menikmati keindahan alam semula
jadi dengan menyusur sungai Terengganu. Beliau turut menunaikan solat Jumaat bersama penduduk tempatan dan
sebelum bertolak balik, beliau dan rombongan dibawa meninjau ke Pusat Kraftangan Noor Arfa, di Chendering.
Kerajaan prihatin kebajikan rakyat Segelintir rakyat negeri ini perlu sentiasa diingatkan kerana mereka mudah melupakan setiap pembangunan dan sumbangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) hingga mereka gagal menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya kepada BN setiap kali pilihan raya umum. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata kerajaan Terengganu yang ditunjangi BN dan UMNO telah melakukan pelbagai perancangan pembangunan bagi menjaga kebajikan demi kepentingan rakyat. “Sepatutnya Yang Berhormat di setiap kawasan tidak perlu berkempen atau mengingatkan semua rakyat mengenai apa yang sudah kerajaan buat untuk mereka. Semua kebajikan dan bantuan kerajaan sudah beri tetapi rakyat masih lagi tidak memilih kita. “Apa yang kita mahu, hanyalah mereka keluar mengundi pada setiap lima tahun sekali dan memilih BN, itu sahaja kemahuan
kerajaan sebagai membalas segala bantuan dan pembangunan yang kita salurkan,” kata beliau ketika merasmikan Program Pelancaran Program Juara Rakyat Bulan kebajikan peringkat negeri Terengganu 2010, di Dataran Pekan Seri Langkap, Sungai Tong, Setiu, baru-baru ini. Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Kebajian, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Haji Ashaari Idris; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, YB Yahya Khatib Mohamad; Adun Jabi, YB Ramlan Ali dan Adun Permaisuri, YB Halim Jusoh. Menteri Besar berkata, ada segelintir rakyat yang menyokong parti Pas mendakwa tidak adil apabila dari satu sudut mereka tidak menerima bantuan Dana Khas yang diagih-
BIDAH HUSIN
FATIMAH IDRIS
kan oleh kerajaan BN. “Apa makna adil ? Adil pada saya adalah dalam soal memberi dan menerima. Kerana setiap apa jua pelaburan yang kita lakukan kita pasti mahu pulangannya. “Oleh yang demikian, parti perlu mendahulukan segala kebajikan dan bantuan yang sepatutnya kepada pengikutnya,” kata beliau. Majlis berakhir dengan penyampaian bantuan kebajikan am dan kerusi roda, kunci rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin dan pengagihan
buku akaun Tabung Haji kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok, SMK Pelong, SMK Langkap dan SMK Sungai Tong. Seorang warga emas yang juga penerima bantuan kebajikan, Fatimah Idris, 72, dari Kampung Sungai Tong berkata bantuan am yang diperolehi sejak lima tahun lalu itu banyak membantunya menguruskan kehidupan bersama dua cucu yang masih bersekolah. Katanya, kadangkala bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diterima itu membolehkannya
membayar hutang yang terpaksa dibuat berikutan kekangan sumber kewangan terutama dalam menguruskan persekolahan cucunya itu. Manakala Bidah Husin, 82, dari Pekan Sungai Tong, berkata bantuan RM200 sebulan dapat meringankan bebanannya yang tinggal bersama keluarga yang besar berikutan kesemua anaknya hanya bekerja kampung dan tidak memiliki pendapatan tinggi. “Alhamdulilah dapat bantuan macam ini daripada kerajaan.Kalau tiada bantuan ini pasti payah saya yang sudah tua dan uzur hendak makan dan minum,” katanya. Sementara Rosnani Sulong, 50, dari kampung Panchor Merah pula bersyukur kerana sejak kehilangan upaya dan terpaksa bertongkat untuk bergerak, bantuan bulanan itu dapat membantu meringankan bebanannya dan keluarga dalam mengurus kehidupan.
sukan
Isnin, 01 Mac 2010
23
T-Team tetap “nelang” Pasukan berstatus kelab, T-Team yang diasaskan pada 2007 yang tampil `nelang’ dilihat mampu memberi cabaran ketika beraksi menetang pasukan lebih senior dan berpengalaman dalam kancah Liga Super dan Piala FA musim ini. Pada musim 2007/08, T-Team menyertai Piala FAM dan muncul johan kejohanan itu hasil 33 mata mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru yang hanya mengumpul 25 mata. Selaku juara T-Team layak beraksi dalam Liga Perdana Malaysia pada musim 2008/09. Saingan dalam Liga Perdana ternyata melonjak kegemilangan pasukan yang ditubuhkan melalui Persatuan Bola Sepak daerah Kuala Terengganu itu apabila muncul naib juara dalam kempen Liga Perdana musim lalu. T-Team yang kali pertama bersaing di dalam Liga Super sudah pasti mahu membuktikan kemampuan dan keupayaan mereka untuk memahat nama selaku antara pencabar yang harus digeruni lawan kali ini. Biarpun dalam beberapa pertemuan awal T-Team dilihat agak goyah dengan keputusan dua seri. Bermula kempen pada 9 Januari lalu, T-Team sekadar berkongsi mata 1-1 menentang Kuala Lumpur di tempat lawan, manakala tiada gol dihasilkan dalam perlawanan kedua pada 12 Januari di laman sendiri. Perlawanan ketiga di tempat lawan, Pahang berjaya menjinakkan T-Team dengan kelebihan satu gol Sementara perlawanan keempat yang berlangsung 19 Januari bertemu `abang’ Terengganu dengan T-Team menjadi tuan rumah sekali lagi `badi’ seri berulang apabila berkongsi satu mata hasil pertemuan dengan anak buah Irfan bakti.
Ikrar atlit Terengganu diketuai Ketua Kontinjen. Dato’ Mat Razali Kassim melaungkan semangat mengulangi kejayaan dua tahun lalu.
Terengganu buru juara kali kedua di Sukma Melaka Oleh: Aida Abd Rahman Hanya tinggal baki 100 hari lagi sebelum bermulanya temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 Melaka 2010. Sekali lagi athlit Terengganu ditagih untuk mengekalkan kejuaraan yang pernah dilakar ketika menjadi tuan rumah Sukma ke-12 2008 yang lalu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berharap kejayaan di laman sendiri dua tahun lalu tidak menjadikan Terengganu dilabel sebagai `jaguh kampung’ sebaliknya mampu mengekalkan juara di tempat orang pula sekaligus bergelar `jaguh negara’.
Katanya, Terengganu yang muncul sebagai kuasa baru sukan negara bermula daripada temasya Sukma 2008 mampu memberi kebanggaan kepada 1.1 juta rakyat Terengganu untuk melakarkan kejuaraan kali kedua di Melaka kelak. “Kejayaan Terengganu ketika Sukma ke-12 2008 menjadi hadiah paling berharga kepada 1.1 juta rakyat Terengganu apabila berjaya memperolehi 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa. “Kalau dibandingkan pada Sukma ke-11 di Kedah, Terengganu hanya memperolehi 15 emas, 16 perak dan 18 gangsa
dengan menduduki tangga ke-11,” kata beliau ketika berucap melancarkan Majlis Countdown 100 Hari Sukan Malaysia Ke13 Melaka 2010, di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua Kontinjen Sukma Melaka 2010, Dato’ Mat Razali Kassim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri, En-
cik Rosdi Awang. Menurut rekod, kejayaan Terengganu mengumpul 61 emas pada Sukma 2008 menyamai pencapaian emas di sebelas temasya Sukma bermula 1986 sehingga 2006 yang lalu, iaitu 65 emas, 78 perak dan 103 gangsa. Dato’ Ahmad berkata, bukan mustahil untuk mengekal pencapaian dan mencapai sasaran 64 emas pada Sukma Melaka kelak kerana resipi kejayaan lalu ada di tangan kontinjen Terengganu. Katanya, semua athlit dan pasukan Terengganu diharap dapat menggandakan semangat juang
dalam kejohanan yang berlangsung di tempat orang yang pastinya dalam suasana dan persekitaran berbeza berbanding di negeri sendiri. Menteri Besar kemudiannya menyampaikan insentif kemenangan dan wakil negara kepada 18 athlit anak Terengganu yang mewakili lapan jenis sukan di Sukan Sea Vientane, Laos tahun lalu. Sebanyak dua emas, enam perak dan empat gangsa berjaya disumbangkan kesemua athlit berkenaan pada temasya sukan dunia melibatkan sukan pencak silat, bola sepak, sepak takraw, lari berganti 4 X 4 dan lontar peluru.
Peserta negara beraksi cemerlang Lima peserta negara berjaya menguasai tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan Lumba Jet Ski Dunia yang berakhir di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Malah, dua peserta negara Peter Ho dari pasukan LT Kawasaki Racing dan Zulfaizal Sukri dari pasukan CTM turut mencipta kejutan apabila berjaya muncul juara dan naib juara dalam kategori Runabout Endurance Terbuka dengan menewaskan jaguh dunia tiga kali, Christ Fishchetti.
Selaku juara, Peter membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, diikuti Zulfaizal menerima hadiah RM5,000; manakala Fishcetti terpaksa berpuas hati di tempat ketiga untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,500. Peter turut memenangi kategori Novis Runabout 4-Stroke Stock Terbuka setelah menewaskan peserta negara Hanif Sukri dari pasukan CTM sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Seorang lagi peserta
Malaysia yang turut memenangi Aksi peserta Kejohanan Lumba Jet Ski Dunia di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. kejuaraan berganda ialah Supak Settura dari pa- wa pulang hadiah wang Terbuka, dikuasai peserta sukan Wirajet Sports & tunai berjumlah sebanyak dari Amerika Syarikat Marine yang mengung- RM11,000. dan Thailand. guli kategori Pro-Am Bagi kategori Expert Perasmian penuRunabout Terbuka sete- Runabout 800 Terbuka tup disempurnakan Yang lah menewaskan seorang Malaysia dimenangi oleh Dipertua Majlis Penasihat Mohd Nur Azahari Ahmat lagi jaguh dunia dari Baddri, Expert Runabout Pemangku Raja, TengAmerika Amy Green. Selain itu, Supak turut Terbuka Malaysia dikua- ku Sri Panglima Raja beraksi cemerlang dalam sai Ron Tan Kim Guan, Tengku Baderulzaman kategori Expert Run- dan Supadet dari pasukan Sultan Mahmud diiringi about Terbuka mengalah- Eme Jetski Team Racing Pengerusi Jawatankuasa kan juara British, Seth pula memenangi Pro-Am Belia dan Sukan Negeri, Wilkinson yang terpaksa Runabout 800 Terbuka. Dua lagi kategori iaitu YB Datuk Rahin Mohd akur di tempat kedua. Kejayaan itu, mem- Wanita Runabout Terbu- dan beberapa pegawai bolehkan beliau memba- ka dan Veteran Runabout kanan kerajaan negeri.
T-Team “nelang”
Buruan juara kali kedua Sukma Melaka ms 23
ms 23
sukan Bil. 18 (01 Mac 2010) http://teganukita.blogspot.com
`Ngauman’ Jet Ski Dunia ms 23
Dungun miliki velodrom Oleh: Aida Abd Rahman Dungun tetap menjadi lokasi pilihan bagi membangunkan velodrom sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang. Malah, hasrat Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan itu akan menjadi kenyataan dalam tempoh sebulan lagi selepas semua pihak berjaya mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tapak projek. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab-
dul Rahin Mohd Said berkata pembinaan velodrom itu kekal di Dungun kerana kerajaan kini mempunyai tapak altenatif iaitu tanah seluas lapan hektar di Kampung Che Lijah (Dungun). ”Sehingga sekarang velodrom akan kekal di Dungun. Sehari selepas itu (pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek) ada cadangan bangunkan veldrom di Kampung Che Lijah seluas 20 ekar (8 hektar) sebagai alternative. “Melihat kepada kesungguhan Pegawai Daerah dan juga
AHMAD SHABERY CHEEK
Pegawai Pembangunan Parlimen (Dungun) veldrom akan dikekalkan di situ (Dungun),” katanya beliau selepas merasmikan Sukan Terengganu (Sutera III), baru-baru ini. Beliau berkata, keputusan mengekalkan veldrom di
Dungun juga dibuat selepas mengambil kira hasrat dan kesungguhan MSN dan Menteri (Belia dan Sukan ) serta kepentingan antara pihak kerajaan negeri dan pusat. “Saya melihat bahawa bukan satu kelaziman biasa untuk mendapat kemudahan ini dan begitu susah. Malah, kehendak badan sukan di Dungun dan Terengganu pun melihat kita tidak sepatut pun menimbul isu dalam pembinaan velodrom ini,” katanya. Beliau berkata, kemudahan yang sedia ada di sekitar kawasan terutama padang golf dan kemudahan infrastruktur di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun sesuai jika suatu masa kelak digunakan sebagai penempatan sekiranya berlangsung kejohanan lumba
basikal. Katanya, waran pembinaan sudah ada dan hanya tiggal menentukan siapa kontraktor yang mungkin dapat diselesaikan dalam masa sebulan lagi. Sebelum ini, cadangan kerajaan untuk membina velodrom di kawasan lapang di Sura, Dungun mendapat bantahan penduduk setempat kerana menganggap ia akan mengambil tanah dan mengganggu tempat anak muda beriadah. Cadangan membina velodrom di Dungun itu diumum Menteri Belia dan Sukan Dato’ Ahmad Shabery Cheek tahun lepas sebagai menghargai jasa Azizulhasni yang mengharumkan nama negara di peringkat dunia dalam sukan lumba basikal.