Teganukita 23

Page 1

Terengganu tawar Pulau Tasik Kenyir kepada UUM

Pemangku Raja kurnia bintang pengakap

ms - 2

Wau sinari budaya warisan

ms - 4

ms - 22

Bil : 23 (28 Mei 2010) - http://teganukita.blogspot.com

100 kelas al-Quran ditambah Oleh: Suriati Ali

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (depan) berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah Kompleks Tabung Haji Terengganu sambil disaksikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said (kanan) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, ejat Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (kiri). Manakala model Kompleks Tabung Haji Terengganu (gambar kanan) yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Kompleks Tabung Haji Terengganu siap 2012 Dibangunkan di kawasan seluas 3.2 hektar dengan kos RM69.3 juta

Oleh: Esah Abdullah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan majlis Pecah Tanah Komplek Tabung Haji Terengganu, di Gong Badak, Kuala

Terengganu, baru-baru ini pada18 Mei lalu Berkenan berangkat sama, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. lihat ms 2

Kerajaan negeri bakal menambah 100 kelas al-Quran di Tabika Kemas seluruh Terengganu bermula tahun depan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM800,000. Pendekatan itu dilaksanakan bertujuan memastikan lebih ramai kanak-kanak di negeri ini khatam al-Quran sebelum memasuki alam persekolahan selain melahirkan lebih ramai masyarakat berilmu dan `celik’ al-Quran. Setakat ini hanya 300 daripada 800 tabika kemas seluruh Terengganu mempunyai kelas al-Quran secara insentif dengan peruntukan RM2.4 juta setahun daripada kerajaan negeri. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata bermula tahun ini, pihaknya akan menambah kelas al-Quran yang sedia ada dengan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 400 kelas dan membabitkan kos sebanyak RM3.2 juta. Katanya, dengan penambahan itu, kerajan negeri menjangkakan dalam tempoh empat tahun lagi, semua kelas tabika milik Kemas akan mempunyai kelas alQuran yang dibimbing guru agama tempatan. “Tambahan kelas berkenaan dilaksanakan secara berperingkat kerana guru yang dipilih untuk tujuan itu perlu mengikuti latihan dan kursus tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah sempena Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Peringkat Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu. lihat ms 3


2

Jumaat, 28 Mei 2010

am

Kompleks TH pertama Pantai Timur Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman; Menteri Besar Dato’ Ahmad Said; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor. Kompleks Tabung Haji (TH) yang bertaraf tiga bintang dibangunkan di kawasan seluas 3.2 hektar dengan kos RM69.3

juta ini dijangka siap pada pertengahan 2012. Terletak 12 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu dan satu kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ini dilengkapi 182 bilik, dewan bankuet serbaguna, kolam renang tertutup untuk wanita, taman air kanak-kanak serta beberapa kemudahan lain. Dato’ Seri Jamil Khir dalam ucapan di majlis itu melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah

menyerahkan kawasan tapak untuk dibangunkan kompleks TH yang akan memberi banyak manfaat kepada jemaah di negeri ini begitu juga Pahang dan Kelantan. “Kompleks yang direkabentuk khas bersesuaian untuk kegunaan semasa dengan dewan ketibaan khas untuk jemaah, tempat berdaftar dan imigresen, tempat pemeriksaan bagasi serta dewan berlepas,” katanya. Kompleks ini akan

Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) berkenan melihat model Kompleks Tabung Haji Terengganu yang akan dibina di Gong Badak, Kuala Terengganu.

dibangunkan oleh anak syarikat milik penuh TH iaitu TH Properties Sdn Bhd dan akan digunakan untuk urusan operasi penerbangan haji bagi jemaah dari Wilayah Pantai Timur secara terus ke Jeddah dan Madinah tanpa perlu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa

Terengganu tawar pulau Tasik Kenyir kepada UUM Oleh: Esah Abdullah Kerajaan negeri menawarkan tempat di Tasik Kenyir untuk dibangunkan sebagai cawangan kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), bagi memberi nilai tambah dalam bidang pendidikan negeri ini. “Terdapat banyak pulau di Tasik Kenyir yang belum dibangunkan dan UUM boleh pilih manamana yang sesuai,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said kepada pemberita selepas memberi ucaptama di majlis Bicara Intelektual Terengganu Anjung Ilmu di Wisma Darul Iman baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman;

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, haji Khazan Che Mat; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah dan Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi. Menteri Besar berkata, cadangan tersebut akan dipanjangkan kepada Kerajaan Pusat supaya kajian dan penilaian terperinci dapat dibuat sebelum keputusan dan kerajaan negeri memang bersedia memberi kawasan tersebut untuk mengembangkan bidang keilmuan di Terengganu. “Kerajaan juga menawarkan tempat kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk dijadikan kampus mereka di Taman Ilmu Besut,” katanya. Dato’ Ahmad kemudiannya mencadangkan 10 perkara bagi merealisasi-

kan agenda Terengganu sebagai sebuah negeri anjung ilmu dengan meletakkan pendidikan sebagai instrumen utama untuk mencapai kemajuan sekarang dan masa akan datang. “Antaranya ialah, jadikan negeri ini juara pendidikan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam pendidikan Negara serta mengukir nama sebagai sebuah negeri menara gading ternama,” kata beliau. “Menjadikan negeri ini tempat lahirnya cendiakawan ilmu dengan meletakkan bidang pendidikan di tahap terunggul di samping tersenarai dalam peta pendidikan negara, bebas daripada pengangguran dan kemiskinan,” katanya. Menurut Dato’ Ahmad, negeri ini mempunyai

kekuatan tersendiri yang boleh dijadikan asas, pertimbangan dan keyakinan sebagai sebuah negeri anjung ilmu kerana dari sudut sejarah Terengganu negeri terawal sebagai pusat perkembangan ilmu Islam berdasarkan penemuan Batu Bersurat di Hulu Terengganu. “Kesinambungan kecemerlangan ini terserlah dengan pencapaian yang konsisten dalam peperiksaan awam dan tidak mustahil kejayaan rakyat negeri ini dalam bidang pendidikan dicemburui oleh negeri-negeri lain untuk sama-sama bersaing dan menjadi cabaran

Kuala Lumpur. Menurut Dato’ Seri Jamil, di luar musim haji dewan ini dapat digunakan sebagai dewan jamuan yang boleh memuat sehingga 1,000 orang disamping kemudahan lain seperti bilik mesyuarat, restoran dan kolam renang.

“Dengan adanya kompleks ini, proses mengurus para jemaah akan lebih teratur dan kawasan sekeliling yang luas dapat mengelak kesesakan trafik yang biasa berlaku apabila rombongan keluarga menghantar jemaah ke dewan berlepas,” katanya.

Dato` Ahmad (kanan) menyambut kunjung hormat Tan Sri Nordin, Naib Canselor UUM dalam jemputan menyampaikan Bicara Intelektual Terengganu Anjung Ilmu di Kuala Terengganu.

kepada kita,” katanya. Katanya, pendidikan adalah asas kepada kemajuan spiritual dan fizikal sesuatu negara bangsa merupakan agenda dalam pelan kemajuan dan pembangunan Terengganu masa depan. “Melalui pendidikan, kita dapat menyelesaikan masalah kemiskinan yang bukan saja dari segi moral dan fizikal tetapi kemiskinan minda,” katanya. Katanya, usaha memberi pendidikan yang sempurna kepada setiap rakyat merupakan satu pelaburan jangka panjang dan setiap tahun kerajaan menyediakan bajet yang besar untuk

pendidikan. Sementara itu, Haji Ahmad Razif berkata, usaha menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu satu realiti dan memerlukan komitmen daripada semua pihak seperti kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu disamping memperbanyakkan prasarana untuk meningkatkan pendidikan. “Program cetusan idea Menteri besar ini merupakan agenda utama dalam aspek pendidikan dan dapat mengubah corak pemikiran rakyat demi mengekalkan mutu pendidikan yang cemerlang,” katanya.

Graduan Insep TATiUC laris di pasaran Hampir 85 peratus graduan yang mengikuti kursus Industrial Skills Enhancement Program (Insep) Kolej Universiti TATi (TATiUC) berjaya memperoleh pekerjaan dalam pelbagai bidang kemahiran di seluruh negara. Program Insep mula ditawarkan sejak 2002

melatih seramai 705 orang graduan dalam pelbagai bidang termasuk CNC Technology, Industrial Design, Industrial Motor Control, Water & Waste Water Analysis, Robotic & Automation, CAD/ CAM Application, Industrial Plastic Technology, Electrical & Electronic For Industry, Multimedia & Graphic Design, Cisco

Certified Network Associate (CCNA), NDT (Ultrasonic Testing, Magnetic Particle Testing & Liquid Penetrant Testing) dan Computer Technology & CCTV. Rektor TATiUC, Dr. Mohd Rozailan bin Mamat @ Ibrahim, berkata merupakan program latihan untuk para graduan

bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang tertentu yang diselia sepenuhnya Kementerian Kewangan. “Kursus ini lebih menekankan kepada latihan praktikal, di mana selain belajar di TATiUC, para graduan juga akan didedahkan kepada latihan industri di kilang-kilang di seluruh negara.

“Secara keseluruhannya, program ini telah banyak membantu para graduan meningkatkan kemahirannya dan memperolehi pekerjaan yang setaraf dengan kemahiran yang dimiliki mereka dalam bidang tertentu,” kata beliau selepas menyampaikan sijil kepada 272 graduan berjaya me-

namatkan kursus Insep masing-masing, di Awana Ballroom, Hotel Awana Kijal, baru-baru ini. Beliau berkata, kebanyakan graduan berkenaan juga diterima bekerja di kilang tempat mereka menjalani latihan dan praktikal sebelum menamatkan kursus di TATiUC.


Jumaat, 28 Mei 2010

am

3

Qari, qariah termuda wakil negeri DYMM Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Bintang Semangat Rimba Kelas 1 (Emas) kepada Tengku Sri Temenggong Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud (gambar kiri) dan Dato` Mazlan Ngah (gambar kanan).

Pemangku Raja kurnia bintang pengakap

Ahmad Tarmizi

Oleh: Esah Abdullah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia 2010 di Istana Maziah, Kuala Terengganu baru-baru ini. Turut berangkat, kekanda baginda, Tengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin. Hadir sama, Yang DiPertua, Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman; Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said; Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah dan Timbalan Yang Dipertua

Tengku Muhammad Ismail turut berkenan mengurniakan bintang, pingat dan sijil Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia kepada 132 penerima.

Majlis Pengakap Malaysia, Dato’ Aziz Jamaluddin Mohd Tahir. Tengku Sri Temengong Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud mengetuai penerima Bintang Semangat Rimba Emas Kelas 1, diikuti Dato’ Mazlan Ngah dan Dato’ Aziz Jamaluddin

Mohd Tahir. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Ahmad Razif Abdul Rahman; Ahli Parlimen Dungun, Haji Matulidi Jusoh dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Haji Mohd

Nor Othman adalah diantara 12 orang penerima Bintang Semangat Rimba Kelas 11. Penerima Pingat Perkhidmatan Gemilang (4 orang), Pingat Perkhidmatan Setia (7), Pingat Perkhidmatan Baik (19) dan Pingat Perkhidmatan Lama (11), Sijil Kepu-

jian Ketua Pengakap Negara (15) dan 67 orang menerima Sijil Pengakap Raja. Tengku Muhammad Ismail kemudiannya berkenan mengurniakan bintang, pingat dan sijil kepada 132 orang penerima daripada 2007 hingga 2010.

dari ms 1

Usaha melahirkan masyarakat berilmu dan celik al-Quran Hadir sama, To’ Puan Norliza Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Pengarah Kemas negeri, Nor Hazelina Hashim. Dato’ Ahmad berkata, menerusi usaha

“Diharapkan sasaran kita untuk memastikan 20,000 kanak-kanak berusia bawah enam tahun khatam al-Quran tercapai”. - Dato’ Ahmad ini, diharapkan sasaran kita untuk memastikan 20,000 kanak-kanak berusia bawah enam

tahun khatam al-Quran tercapai. “Kita percaya melalui pendekatan positif

ini, masa depan kanakkanak ini akan terjamin kerana selain mempunyai pengetahuan tinggi

berkaitan pelajaran, ia mampu membaca alQuran dengan lancar,” katanya.

Nur Hidayah

Dua qari dan qariah termuda, Ahmad Tarmizi Abd Rahman, 27, dari Kuala Terengganu dan Nur Hidayah Abdul Rahman, 19, dari Setiu berjaya mewakili Terengganu ke Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah pada 29 Jun hingga 3 Julai ini. Kemenangan qari dan qariah berkenaan diumumkan pada malam ketiga yang juga malam penutup Tilawah al-Quran Kali ke-53, Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1431 Hijrah / 2010 Masihi, di Padang Astaka, Kuala Berang, Hulu Terengganu, baru-baru ini. Ahmad Tarmizi, tutor Universiti Pendidikan Sains Islam Malaysia, Selangor mengalahkan enam peserta yang lebih berusia dengan memperolehi 86.67 mata meninggalkan Tuan Haji Mazlan Ibrahim yang mewakili Setiu, di tempat kedua dengan beza 3.01 mata, manakala tempat ketiga qari dari Marang, Zainal Adam dengan pungutan mata 81.42. Sementara Nur Hidayah, pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu pula berjaya mengutip markah keseluruhan 82.67 mata, diikuti Hajjah Nasirah Ibrahim mewakili Hulu Terengganu di tempat kedua dengan 81.75 dan ketiga Hajjah Raziati Mohd Ali (Marang) yang memperolehi 81.67 mata. Kemenangan di tempat pertama membolehkan Ahmad Tarmizi dan Nur Hidayah membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta sijil, piala iringan, piala pusingan dan pakej menunaikan haji. Manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing berjaya memperolehi RM5,000 dan RM4,000 berserta sijil dan piala iringan.


4

Jumaat, 28 Mei 2010

RENCANA PENGARANG

Jaguh sukan anak Terengganu di pentas dunia Kerajaan Terengganu begitu peka terhadap pembangunan dan perkembangan sukan kerana meletakkan sukan sebagai sebahagian dari aspek pembangunan yang tidak diketepikan. Walaupun bidang sukan biasanya dikaitkan dengan usaha persatuan masing-masing, tetapi kerajaan negeri tidak pernah melepaskan tanggungjawab untuk tujuan tersebut, sama ada melalui Majlis Sukan Negeri mahupun terus di bawah urusan pentadbiran negeri. Selain bantuan-bantuan sukan, pembinaan kemudahan untuk bersukan, anugerah-anugerah sentiasa diberikan kepada ahli-ahli sukan yang telah mengharumkan nama negeri di persada negara, bahkan hingga ke peringkat dunia. Terbaru, Raja pecut Le Tour de Langkawi, Anuar Manan menerima sumbangan RM10,000 serta sebidang tanah daripada kerajaan negeri Terengganu. Sumbangan tersebut disampaikan sendiri Menteri Besar Dato’ Ahmad Said selepas beliau mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri baru-baru ini. Tanah seluas 449 meter persegi bernilai RM36,000 yang terletak di kawasan Tok Adis Kuala Ibai adalah anugerah yang cukup bernilai bagi masa depan Anuar yang bukannya datang dari keluarga yang berada. Anuar yang mewakili sebuah kelab lumba basikal dari Korea akan menghadapi dua kejohanan antarabangsa iaitu Singapore Endurance Race di Singapura dari 27 hingga 28 Mei dan De Tour Jakarta pada 13 Jun depan. Hadiah yang akan diterima oleh Anuar itu, sama seperti hadiah yang diberikan kepada pelumba basikal dunia Azizulhasni Awang, yang juga olahragawan negara sebagai mengiktiraf kejayaannya. Dengan pelbagai insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri, diharapkan di masa-masa akan datang akan terus lahir bintang-bintang sukan negara dan dunia yang berasal dari Terengganu. Sekalipun berasal dari kampung, tetapi sejarah sukan Terengganu telah banyak membuktikan bahawa ‘anak kampung’ juga mampu jadi jaguh dunia.

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar. Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri Pengarang : Rosli Zakaria Timbalan Pengarang : Kamarudin Mat Akib Penulis Khas : Ruslan Abd Rahman Ketua Pemberita : Aida Abd. Rahman Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura Jamaluddin Jurufoto : Zulkipli Putra Pengendali Blog : Harun Hassan Pelatih : Muhaini Muhammad : Nurul Faizah Abdullah

rencana

ANALISIS

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Terengganu gigih melahirkan generasi al-Quran Kitab suci al-Quran adalah pengubat dan penawar hati, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dari AlQur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. AlIsra’, ayat 82). Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satuhasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. (Riwayat Tirmizi) Banyak lagi kalau hendak dipaparkan tentang kelebihan al-Quran. Tidak kurang juga berita tentang kejayaan anak Terengganu di bidang hafazan dan penghayatan al-Quran. Kerajaan Terengganu secara berterusan berusaha untuk menjadikan negeri ini terhimpun para hafazan al-Quran, generasi alQuran dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan mereka, sekalipun telah mencapai kelulusan akademik lain. Ini bertepatan dengan warisan sejarah dan budaya Terengganu sejak dahulu berteraskan al-Quran. Ia bukan suatu retorik dan penyedap kata, seperti dilakukan oleh sesetengah pihak yang melaunglaungkan Islam, tetapi apa yang kerajaan Barisan Nasional (BN)Terengganu usahakan adalah secara praktikal dan direalisasikan. Semua ini perlu bermula di peringkat seawal usia kanak-kanak, barulah mencapai tahap kecemerlangan itu . Bahkan di Terengganu kini seramai 4,622 kanakkanak Tadika berusia lima dan enam tahun yang berjaya khatam Al-Quran tahun 2009, suatu peningka-

Terengganu giat melahirkan generasi celik al-Quran dan ianya sudah bermula dari sekolah tadika lagi.

tan yang ketara berbanding tahun 937 orang pada masa program ini diperkenalkan empat tahun dulu. Menteri Besar Dato’ Haji Ahmad Said memberitahu negeri Terengganu akan membelanjakan RM800,000 untuk membuka 10 lagi kelas mengaji al-Quran secara intensif untuk kanak-kanak tabika di Terengganu tahun ini. Sebelum ini kerajaan negeri membelanjakan RM3.2 juta untuk 300 kelas mengaji al-Quran di negeri ini. Ia sebagai komitmen kerajaan negeri dalam usaha melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga celik al-Quran, jelas Dato’ Ahmad baru-baru ini. Kerajaan negeri berhasrat menambah 100 kelas mengaji setiap tahun sehingga menjadi 800 kelas dalam masa empat tahun lagi. Beliau berkata, kerajaan negeri dijangka membelanjakan RM6.4 juta setahun apabila keseluruhan 800 kelas mengaji itu wujud menjelang tahun 2015.

Semua ini diusahakan semata-mata untuk melihat anakanak Terengganu yang belajar di tadika akan khatam al-Quran sebelum melangkah ke sekolah rendah dan sebelum ini seramai 2,000 murid berjaya khatam alQuran sebelum melangkah ke sekolah rendah.

Semua ini perlu bermula di peringkat seawal usia kanakkanak, barulah mencapai tahap kecemerlangan itu kerajaan negeri meletakkan sasaran untuk melihat 20,000 murid

tabika khatam al-Quran dalam tempoh empat tahun akan datang. Sebagaimana Dato’ Ahmad memperkenalkan e-book, dalam hal ini juga Kerajaan BN Terengganu memperkenalkan buku elektronik i-iqra bagi memudahkan dan memupuk budaya membaca al-Quran di kalangan masyarakat . Dato’ Ahmad yang cukup responsif terhadap dunia teknologi maklumat (IT) masa kini berharap iiqra’ dapat digunakan oleh pelbagai lapisan bermula daripada kanak-kanak hingga ke warga emas untuk mendalami al-Quran. Alat elektronik yang menyamai komputer riba itu mengandungi 30 juzuk Al-Quran di samping surah lazim untuk memudahkan kanak-kanak mahupun orang dewasa mempelajari tajwid dan hukum secara tepat. Difahamkan sebagai permulaan, Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah memperkenalkan i-Iqra ini kepada murid-murid kelas bimbingan kanak-kanak (Tadika) YIT di negeri ini sejak tiga bulan lepas. Setiap kelas dibekalkan dengan seunit alat ini dan melalui kaedah itu pembelajaran Al Quran akan lebih mudah untuk dipelajari kerana ia turut dilengkapi suara. Sesungguhnya sikap terbuka pimpinan Dato’ Ahmad di Terengganu yang terus-menerus menjanakan program terbaik sama ada yang dilaksanakan di zamannya atau sebelumnya asalkan baik untuk rakyat dan negeri amatlah disanjung tinggi. Sudah tentu apabila meletakkan program keagamaan dan berkaitan kitab suci al-Quran di tempat yang sewajarnya, Insya Allah Terengganu akan diberkati Ilahi.


rencana

Wau sinari budaya warisan Bagaikan layanglayang putus tali...peribahasa Melayu itu amat subur dalam masyarakat kita bagi menggambarkan tentang kehidupan yang terumbang-ambing. Apakah itu layanglayang dan bagaimana ia dikaitkan dengan kehidupan manusia dan apakah masih relevan untuk difahami oleh generasi kini dan akan datang tentang peribahasa itu, sekiranya mereka tidak faham dan menghayati layanglayang. Jangan sampai mereka (generasi kini dan akan datang) katakan layanglayang itu ialah sejenis burung sahaja yang sarangnya berkhasiat dan tidak tahu layang-layang itu ciptaan seni menjadi budaya permainan rakyat bangsanya. Layang-layang atau di sebelah Pantai Timur Semenanjung dikenali sebagai ‘wau’ adalah suatu jenis permainan rakyat yang subur menghiasai taman budaya sejak lampau lagi. Meskipun bagaikan kata peribahasa, hidup segan mati tak mahu, tetapi tradisi permainan wau masih dapat bertenggek di pinggir kehidupan moden masa kini. Di Terengganu, permainan ini masih kedapatan di beberapa tempat, terutamanya di musim anginnya bertiup perlahan, di kawasan kampung dan sawah padi, hatta di pinggir pantai pun permainan layang-layang turut kelihatan. Walaupun ia tidak lagi bertaraf pesta seperti dulu-dulu, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu mempertahankan warisan budaya tradisi zaman berzaman. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak dikekalkan akan menghilangkan pengenalan peribadi dan jati diri bangsa. Suatu cabaran pada hari ini, apabila semakin lama semakin dipinggirkan permainan rakyat terutama oleh golongan muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden seperti permainan

Jumaat, 28 Mei 2010

5

BUDAYA Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN

Tradisi permainan wau terus dipraktikkan pada hari ini.

‘video game’, melayari internet, pusat-pusat hiburan dan memberi masa yang banyak kepada gaya hidup moden yang sukar dibendung. Sering kita dengari rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri. Ini merupakan cabaran yang terpaksa ditempoh dalam mengekalkan permainan tradisional. Mungkin di antara kita ingin tahu juga asal-usul wau. Menurut versi yang boleh dipercayai budaya bermain wau di tempat kita di bawa dari negara China sejak 2000 tahun yang lalu atau sejak kurun ke enam dan tujuh. Ini berdasarkan persamaan unsur dan kaedah pembuatan wau. Meskipun budaya permainan wau ini tidak berkembang pesat, tetapi pendekatan mengantarabangsakan permainan itu melalui festival sejak akhir-akhir ini amatlah penting dalam menyuburkan kembali kegemilangannya. Dalam pada itu hasil seni rekaan wau kini dita-

mbah nilai dalam bentuk replika dan kraftangan untuk dijadikan cenderamata. Pengolahan baru wajah wau dalam berbagai bahan seperti menggunakan seramik, perak, kristal bahkan emas merupakan suatu kreativiti yang amat positif. Kebijaksanaan mengolah budaya, menyuburkan rasa cinta pada budaya warisan dan menerapkan kepada generasi ke generasi sudah tentu akan memberi sinar kecemerlangan budaya yang menjadi asas kekuatan jati diri.

Meskipun bagaikan kata peribahasa, hidup segan mati tak mahu, tetapi tradisi permainan wau masih dapat bertenggek di pinggir kehidupan moden masa kini.

Wau adalah permainan rakyat yang subur menghiasi taman budaya sejak lampau lagi.

Walaupun permainan wau tidak lagi bertaraf pesta seperti dulu-dulu, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu mempertahankan warisan budaya tradisi zaman berzaman.


6

Jumaat, 28 Mei 2010

WAKAF RAKYAT Oleh: PUTERA PESISIR AIR

Diabetes atau ‘kencing manis’ penyakit kronik disebabkan pengambilan gula yang berlebihan di samping punca-punca lain. Mungkin ramai yang sudah mengetahui perkara ini, tetapi kurang membuat persediaan untuk mengelakkannya! Fakta yang diperolehi hampir setiap minit dua orang disahkan menghidap diabetes di seluruh dunia. Setiap tahun dilaporkan seramai empat juta maut akibat daripada penyakit tersebut. Penyakit ini juga berada di tangga keempat penyakit membawa maut. Di negara kita Malaysia dilaporkan tidak kurang juga kroniknya, kira-kira 1.2 juta rakyatnya disahkan menghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat setelah berdepan salah satu komplikasi diabetes seperti berat badan menurun, keletihan, penglihatan kabur atau sentiasa dahaga atau haus. Penyakit kencing manis ataupun diabetes merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh ketinggian kandungan glukos atau gula dalam darah, terutamanya selepas pengambilan makanan oleh pengidapnya. Kegagalan mengawal kandungan gula yang berlebihan boleh menyebabkan sel mati dan tidak berfungsi. Penyakit kencing manis ini dikategorikan “ibu segala penyakit� dan “penyakit maut�. Cara terbaik mengatasi dari undangan penyakit ini; makanan yang perlu dielakkan ialah gula dan segala bentuk makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. B e r d a s a r k a n hakikat ini sudah tentu masyarakat perlu bersedia untuk mengurangkan penggunaan gula dan makanan serta minuman yang mengandungi gula

rencana

Kurangkan gula, elak penyakit

Pelbagai cara dan langkah diusahakan bagi menyedarkan pengguna serta orang ramai mengurangkan penggunaan gula dalam makanan seharian supaya tidak berdepan risiko penyakit kronik seperti diabetis atau kencing manis.

dalam kehidupan harian mereka. Walaupun ‘budaya gula’ yakni penggunaan gula yang berlebihan dalam kehidupan harian sudah sekian lama diamalkan, namun di sinilah pengorbanan kita dituntut. Mendisiplinkan diri dan keluarga terhadap penggunaan gula amatlah dituntut bagi mengatasi diserang penyakit kronik ini. Kalau masyarakat menyedari perkara ini, tentulah juga dapat mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran seperti yang sering berlaku. Dalam sistem pasaran ekonomi terbuka, apabila permintaan tinggi akan berlaku kekurangan dan kemungkinan harga naik jika tidak dikawal, apabila permintaan berkurangan akan berlaku lambakan dan sudah pasti harga akan jatuh ke paras terbawah. Oleh itu, kita semua perlu menjadi pengguna yang bijaksana dengan langkah dua dalam satu, iaitu mengurangkan pengunaan gula bagi mengelak serangan penyakit dan pada masa yang sama mengelak permint-

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan diabetes atau kencing manis dan penyakit kronik lain.

aan terlalu tinggi yang menyebabkan pihak pengeluar atau pembekal menjadi begitu berkuasa menentukan keputusan. Biarlah kita sebagai masyarakat pengguna mengawal pasaran dan

membolehkan harga terus stabil dan tidak berlaku kekurangan, tindakan sorok dan sebagainya. Walaupun di pihak kerajaan berbagai langkah diambil, misalnya mengawal harga, menam-

bah pengeluaran dan sebagainya, tetapi di pihak masyarakat dan pengguna juga ada peranan dan kuasanya yang tersendiri dalam menentukan pasaran. Permintaan yang

rendah adalah kuasa yang boleh menundukkan pasaran, pengeluar mahupun pengeksport,tetapi jika sebaliknya permintaan tinggi menyebabkan kuasa berpindah kepada pengeluar dan pembekal atau ejen2nya.


2 Bil. 23 (28 Mei 2010) http://teganukita.blogspot.com

tk

ms 12, 13

Perhotelan, trek sukan serlah figura Kama Rezuan ms 10

Produk belut laris di pasaran ms 11

Sedia mendengar dan membantu semampunya ms 15


2 YB TURUN PADANG

tk

8

Jumaat, 28 Mei 2010 Oleh: Esah Abdullah Panggilan ‘Ayah Su’ begitu sinonim dengan dirinya malah dengan gelaran itu beliau rasa amat dekat dengan masyarakat sekeliling dalam keadaan susah senang bersama di samping meneruskan hobi lama turun ke kebun pada waktu lapang. Malah perasaan bangga menyelinap kedalam sanubarinya setelah masuk tahun ke tujuh bergelar Yang Berhotmat, masyarakat tetap menganggapnya saperti dulu ketika menjadi pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan rumahnya sentiasa terbuka menerima tetamu tanpa mengira waktu.. “Saya bersyukur kerana hubungan dengan masyarakat setempat bertambah erat dan mereka boleh berjumpa saya di mana saja di rumah atau di kebun,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Yang Berhormat Haji Asha’ari Idris. “Saya mahukan kesederhanaan, keseimbangan antara pembangunan fizikal dan rohani serta tidak abaikan kebajikan rakyat yang susah semata-mata kerana tumpuan kepada projek pembangunan,” katanya.. Baginya, tiada erti pembangunan yang tumbuh bagai cendawan tetapi kawasan terlepas ke tangan pembangkang dan kemenangan juga tiada makna jika kehidupan rakyat tidak boleh berubah. “Saya lahir dalam keluarga orang susah lalu setiap kesusahan dan kedaifan yang membelengu dikalangan masyarakat membuatkan saya tidak senang duduk selagi tidak dapat memberi pertolongan yang diperlukan,” katanya kepada Teganukita. Menyedari kadar kemiskinan masih tinggi dikalangan anak mukimnya, pelbagai program dilaksanakan untuk menaikkan taraf kehidupan antaranya melalui program sara diri Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan bantuan input pertanian agar dapat menjalani kehidupan lebih selesa. YB Asha’ari pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Pertanian (Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor) pada 1999 dan pernah kalah dalam cubaan pertama menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999. Namun begitu, beliau menang pada peluang kedua yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti dalam PRU 2004 begitu juga dalam PRU 2008 beliau terus menjadi pilihan 13,000 pengundi dalam DUN Langkap. Dengan kemenangan itu tugas beliau bertambah apabila dilantik menduduki kerusi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang portfolio Pengerusi Jawatan Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri. “Dengan tugas yang bertambah, langsung tidak membataskan

Tidak megah sebagai wakil rakyat, YB Asha`ari sanggup menghambakan diri kepada rakyat walaupun terpaksa berjalan kaki meninjau masalah penduduk.

Ayah Su disayangi rakyat saya untuk memegang parang dan cangkul, kerana inilah ‘kayu golf’ tempat saya melepas penat di samping membantu untuk mengeluarkan peluh,” katanya. Sejujurnya YB Asha’ari mengakui, tidak pernah mengimpikan berada pada kedudukan sekarang, kerana sejak menjadi ahli UMNO pada 1973, kekagumannya terhadap sejarah perjuangan pengasas parti UMNO begitu tinggi. “Ketika menjadi penjawat awam pernah dua kali saya menolak tawaran bagi kenaikan pangkat semata-mata kerana politik dimana aktiviti parti saya akan terhalang dan berkubur jika saya terima jawatan itu,” katanya yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK)

bahagian, Setiausaha, Naib Ketua dan kini Timbalan Ketua UMNO bahagian Setiu.. Ternyata tawaran pangkat dan gaji yang lumayan tidak mampu mengubah pendiriannya ketika itu yang sangat cintakan kerja-kerja kemasyarakatan melalui parti politik yang dinggap begitu serasi dengan jiwanya. Pengorbanan beliau ternyata berbaloi kerana sentiasa mendapat sokongan padu daripada ketigatiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serta 35 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melaksanakan aktiviti hingga keperingkat akar umbi.

b i o d a t a Nama : Haji Asha’ari bin Idris Tempat Tinggal : Kampung Bukit Kecil, Langkap, Setiu

YB be

Tarikh Lahir : 9 Januari 1950 Nama Isteri : Zalihar Awang Long Bil. Anak : 7 orang (4 lelaki – 3 perempuan)

Penduduk kampung begitu bertuah kerana wakil rakyat sering mendampingi mereka walaupun di setiap majlis tidak rasmi.

Kelulusan : Ijazah Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Ke pe


Jumaat, 28 Mei 2010

Langkap tidak lagi ketinggalan

YB Asha’ari (kanan) begitu prihatin kepada golongan kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan.

Keutamaan YB Asha’ari tertumpu kepada pendidikan selain pembangunan.

Baroh Mak Jintan, Kampung Jelapang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap menjadi tumpuan apabila Perdana Menteri datang untuk majlis pecah tanah projek jelapang padi negeri dua tahun lalu Tahun ini jelapang padi bertambah kepada 140 hektar berbanding tahun lalu 73 hektar membabitkan 78 petani dengan purata pendapatan antara tiga hingga empat metrik tan sehektar Disamping tanaman padi, tanaman nanas juga begitu subur dan sedang mengeluarkan hasil di kawasan seluas 52 hektar yang diusaha 70 orang petani secara berkelompok di Kampung Bukit Kecil. YB Asha’ari berkata, ladang nanas kedua akan dibuka di Pancur Bederu membabitkan kawasan seluas 200 hektar di bawah projek ECER. “Projek ini memberi tumpuan terhadap golongan miskin di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk bekerja dan menyara keluarga,” katanya. Sehubungan itu permintaan terhadap rumah mampu milik tidak diabaikan dan pihaknya sedang memantau beberapa projek perumahan hampir siap serta pembinaan premis perniagaan untuk masyarakat setempat. Beliau menaruh keyakinan apabila, 85 buah Rumah Mesra Rakyat yang dibangunkan di Pekan Sungai Tong dapat memberi kegembiraan kepada 85 keluarga

kerana berjaya memiliki kediaman yang selesa. “Begitu juga dengan 300 unit rumah mampu milik di Sungai Bari yang bakal dilaksanakan tahun ini dan dalam proses akhir pemilihan kontraktor,” katanya. Manakala 100 lot tapak rumah di Chalok Kedai, 50 lot sudah diproses untuk pemilikan manakala selebihnya dalam proses pemilihan peserta dan 100 lot lagi di Sungai Lerek berada dalam peringkat pembersihan kawasan. Selaku wakil rakyat yang diberi kepercayaan untuk mentadbir kawasan, beliau sebolehnya ingin menunaikan semua permintaan rakyat tetapi bukanlah secara serentak kerana setiap projek perlukan peruntukan. “Saya tidak suka berjanji, tapi seboleh mungkin cuba menunaikan permintaan khususnya golongan miskin yang benar-benar memerlukan pertolongan,” ka-

tanya. Katanya, pembinaan rumah kedai dua tingkat di Pekan Seri Langkap akan memberi nafas baru kepada peniaga tempatan begitu juga Bangunan Arkib Mara 16 pintu, kedua-dua projek ini dalam proses kemasukan peserta,” katanya. Menyedari pentingnya ilmu pendidikan, perhatian serius diberi dan adanya lima buah sekolah menengah dalam DUN Langkap memberi peluang seluas-luasnya golongan pelajar menimba ilmu ditempat yang selesa. Katanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong berstatus biasa namun pelajar mampu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam begitu juga SMK Bukit Nenas, sekolah sukan yang menjadi pilihan ibu bapa untuk anak mereka di samping SMK Chalok, SMK Langkap dan SMK Sungai Tong.

YB Asha’ari berbincang sesuatu dengan Dato’ Ahmad Said ketika Menteri Besar Terengganu itu mengadakan lawatan ke Langkap, Setiu, baru-baru ini.

2 tk


2 IKON ANAK TERENGGANU

tk

10

Jumaat, 28 Mei 2010

Perhotelan, trek sukan serlah figura Kama Rezuan Oleh: Aida Abd Rahman BUKAN calang-calang individu mampu memikul dua tugas penting yang memerlukan komitmen padu dan pengorbanan jitu bagi merealisasikan kedua-dua komposisi dalam hidup. Kama Rezuan Kamaruddin, 38, bukan hanya bertindak sebagai Pengurus Besar Batu Buruk Beach Resort (BBBR), sebaliknya juga menggalas tugas penting melahirkan atlit olahraga yang mampu bersinar di peringkat negeri mahupun negara. Anak ketiga daripada enam beradik dilahirkan dari latar keluarga berjiwa sukan balapan itu merupakan bekas atlit yang pernah menimba pengalaman di Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) selepas mewakili Majlis Sukan-Sukan Sekolah Terengganu dan mewakili Terengganu di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 1990, kini menjadi menjadi pengurus pasukan olahraga Terengganu sejak 2006. K e jayaan

i mana b

Tempat d

meletakkan Terengganu di tempat keempat pada keseluruhan pencapaian olahraga Sukma ke-12 di Kedah pada 2006 satu momen yang manis, disusuli pula kejayaan cemerlang berada di tangga kedua ketika menjadi tuan rumah pada temasya Sukma ke-12 2008. “Pastinya kita mengimpikan kejayaan dan Sukma Melaka 2010 kami mensasarkan menjadi juara keseluruhan. Bukan mudah untuk mencapainya, apatah lagi sukan olahraga agak istimewa kerana menuntut pengorbanan kudrat dan masa yang lebih banyak daripada setiap individu. Tiada istilah bersenanglenang atau rehat panjang bagi memantapkan stamina atlit,” katanya yang memastikan latihan setiap hari antara 4.30 hingga 7 petang, kecuali Jumaat. Mengakui atlit Terengganu bertuah kerana bentuk geografinya yang berbukit dan pantai amat sesuai dijadikan lokasi latihan bagi memantapkan kekuatan serta kecer-

eliau dil

Kama Rezuan bersama keluarga.

.

otel BBBR

ngurus h

agai pe antik seb

dasan atlit. Malah kelebihan itu juga menyebabkan MSN menghantar atlit lompat tinggi dan jurulatih dari Cuba menjalani latihan di Terengganu. Menyingkap pengorbanan dari perspektif lainnya, Kama Rezuan dengan inisiatif sendiri sanggup membawa atlit yang tinggal jauh dari bandar Kuala Terengganu menetap bersama keluarganya di Chendering, Kuala Terengganu demi memastikan keselesaan dan kemudahan mereka berlatih serta ke sekolah berdekatan. “Sudah ada lima atau enam atlit di bawah pengurusan saya berjaya mewakili negara sejak 2006. Kita berbangga dengan pencapaian mereka dan tidak menghalang mereka mewakili Malaysia seterusnya bernaung di bawah MSN,” katanya yang memilih suri hidup dari Pasir Mas, Kelantan, Siti Aishah Musa, 28. Kama Rezuan yang juga Setiausaha II Persatuan Olahraga Terengganu turut memegang jawatan sebagai

Terengganu pertama ke Sukan Olimpik Rome pada 1960. Kegigihan dan semangat arwah tetap bersemarak dan Kama Reza mahu denyut nadi bapa dan kecintaan arwah terhadap olahraga terus segar dengan memastikan atlitnya di bawah kendaliaanya yang berusia 14 hingga 23 tahun mampu menyinar di peringkat antarabangsa. Allahyarham merupakan atlit pertama negara yang memenangi lima pingat emas dalam lima Sukan Sea berturut-turut sejak 1959 dalam acara lompat jauh dan dua pingat emas dalam acara lompat kijang. Tokoh sukan negara itu meninggalkan seorang balu, Hajjah Rajemah Sheikh Ahmad, 65, juga bekas atlit dan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1966 serta enam anak. Mengakui beliau banyak mewarisi sikap bapanya yang lebih menumpukan kepada pekerjaan dan komitmen tugas daripada banyak bercakap dan meminta-minta, ternyata pengalaman dan

Nor Srina dianggap seperti keluarga sendiri apatah lagi kedua ibu bapa mereka ketika hayatnya pernah tinggal bersama keluarganya kerana turut sama membantu di kedai makan Warung Pak Maiden yang diusahakan keluarga beliau sejak 24 tahun dulu. Warung Pak Maiden pada asalnya adalah sebuah pondok kecil yang dibina pada 1986 untuk dijadikan sebagai rumah kelab olahraga oleh arwah bapanya. Namun, pondok itu akhirnya menjadi kedai makan dan terus diubahsuai dari setahun ke setahun bagi menampung permintaan ramai pelanggan. Kedudukan warung yang strategik di tepi pantai yang menjadi tumpuan pelancong, mendorong keluarganya membina 20 unit chalet berasaskan kayu berdekatan warung berkenaan kira-kira enam tahun kemudian sebelum BBBR pula beroperasi secara rasmi pada Jun 2000. “BBBR amat berdaya maju kerana industri hotel berkembang dengan baik

Pasukan olahraga bimbingan Kama Rezuan meraikan kejayaan demi kejayaan dalam temasya sukan yang disertai.

ahli jawatankuasa Persatuan Perkasa Alam, ahli Persatuan Bajet Hotel Terengganu, ahli Dewan Perniagaan Melayu Terengganu dan ahli Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu. Beliau memiliki Diploma Pengurusan Hotel berhasrat meneruskan legasi bapa tercinta, Allahyarham Haji Kamaruddin Maidin, satu nama yang cukup ternama dalam arena sukan negara dan menjadi anak

kepayahan yang ditempuhi sejak kecil mematangkan beliau. Sikap prihatin dan penyayang bapa kepada seorang putera itu, Kama Reza Shah, sembilan bulan bukan hanya didedikasikan kepada anak didik ketika di trek sukan, bahkan Kama Rezuan juga turut menjaga tiga anak yatim piatu yang kini berusia 14 hingga 17 tahun sejak enam tahun lalu. Tiga beradik itu, Mohd Hasrul Rosli, Munirah dan

di Terengganu, malah kami mensasarkan pada tahun ini, BBBR dapat dimajukan dengan membangunkan hotel lima tingkat, 61 bilik dan satu apartment,” katanya. Berkat kesabaran dan keberanian anak muda yang berbintang Cancer itu, kini zon perniagaan kian gah dan semakin mendapat perhatian, selain BBBR juga menjadi lambang kejayaan Bumiputera di Terengganu dalam industri perhotelan.


Jumaat, 28 Mei 2010

2 tk

Rashirah Yaakub Oleh: Esah Abdullah Shirah B’Lux merupakan syarikat bumiputera pertama yang menternak, memproses serta menjual produk kesihatan dan produk makanan segera berasaskan belut di negara ini. Sebagai permulaan tiga produk yang diperkenalkan dan

berada dipasaran ialah Jelly Belut (makanan kesihatan) Kopi Shirah (minuman 4 + 1) dan Losyen Belut campuran serai wangi dan halia. Pemilik Shirah B’Lux, Che Rashirah Yaakub,44, dari Kampung Kubu, Marang ketika ditemui melahirkan rasa yakin dengan jalan yang dipilih beliau dan suami, Rahimi Ibrahim, 46. Katanya, dua lagi produk yang bakal berada di pasaran ialah Kapsul Belut iaitu tablet untuk penawar masalah dalaman dan Minyak Belut yang kini dalam prose s

menunggu kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. “Sehingga ini produknya berjaya menembusi beberapa negeri seperti Kedah, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Pahang dan Terengganu,” kata ibu kepada lima anak berusia enam hingga 15 tahun. “Sasaran tahun ini untuk membuat promosi ke Sabah dan Sarawak di samping melantik pengedar tambahan di beberapa kawasan yang jauh dari pusat bandar,” katanya. Setelah masuk tahun kedua berada di pasaran, produk yang berasaskan belut ini mula mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai kerana yakin dengan khasiat belut yang sudah diketahui umum. “Saya amat berterima kasih kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu yang meluluskan dua pusingan pinjaman berjumlah RM60,000 bagi memudahkan saya menjayakan

projek ini,” katanya kepada Teganukita. Katanya tanpa sokongan YPU, agak sukar untuk menghasil dan melebarkan pemasaran ditambah pula ini produk baru yang memerlukan kesabaran tinggi bagi meyakinkan orang ramai tentang kebaikan produk. Membuka cerita bagaimana mula mendapat ilham meneroka dunia belut, Che Rashirah berkata ia seperti didorong sesuatu untuk mengenali lebih dalam kerana belut sudah sinonim dalam perubatan tradisional untuk menyembuh luka dalaman terutama selepas pembedahan dan menambah tenaga kepada si pengamalnya.. “Saya melayari internet dan meneliti satu persatu keistimewaan dan khasiat spesis ikan mirip ular ini, yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan,” katanya. Beliau kemudiannya mengikuti kursus menternak belut di Perak dengan biayaan sendiri dan kesempatan mengiktui kursus yang sama di Indonesia membuka fasa baru dalam hidupnya. “Badan saya seram sejuk bila pertama kali pegang belut kerana ketika kursus semua peserta diwajibkan memegang belut, namun sampai bila saya mesti menjauhkan diri dengan habitat itu,” katanya disusuli ketawa kecil. Kemahuan mengatasi rasa geli dan takut, hasrat

mahu mencipta sesuatu yang orang lain jarang buat memberi kekuatan kepadanya untuk terus mengikuti kursus lanjutan seterusnya sehingga ke peringkat pembenihan. Menjadi kelebihan kepada pasangan suami isteri ini kerana Rahimi tersenarai di bawah projek enonomi peserta Felcra yang turut membantu merealisasikan impian mereka untuk meneruskan usaha tersebut.. Kini beliau memiliki kepakaran menternak dan menjalankan pembenihan belut secara komersial dan mempunyai tiga buah kolam peliharaan belut sendiri tetapi turut mendapatkan bekalan daripada orang awam kerana bekalan sentiasa tidak mencukupi. Melalui YPU beliau melancarkan produk pertamanya Mac lalu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamad Awang Tera sekaligus meniup semangatnya terus berkobar-kobar. Melalui YPU juga beliau akan diberi peluang mengikuti rombongan kerajaan negeri menyertai karnival perkenal produk tempatan di Dubai tahun depan untuk mempromosikan produk belut keluarannya.

BISNES

Produk belut laris di pasaran 11


12 12

Jumaat, 28 Mei 2010

Pesta ngambat Oleh: Aida Abd Rahman Gambar oleh: Zulkipli Putra Keunikan aktiviti yang menjadi tradisi segelintir masyarakat kampung seperti pesta `ngambat ikan’ di Sungai Nerus, Setiu boleh dikomersialkan sebagai produk pelancongan negeri dalam usaha menarik pelancong tempatan dan luar ke perkampungan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Haji Asha’ari Idris, berkata satu pelan khusus secara formal akan disusun bagi memastikan program yang dijalankan secara tradisi di Sungai Nerus itu mampu menjadi produk pelancongan negeri. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, berkata program menghambat ikan atau `ngambat ikan’ lazimnya menjadi aktiviti masyarakat kampung di sekitar sungai itu setiap tiga kali setahun pada Mac hingga April kerana ikan dapat ditangkap lebih banyak pada musim itu, terutama selepas hujan. “Program menghambat atau menangkap ikan ini menjadi satu pengalaman baru dan sangat menarik untuk dikongsi bersama. Malah, program ini boleh disusun secara khusus dengan lebih formal untuk menjadikannya sebagai satu tarikan dan produk pelancongan negeri,” katanya ketika mengetuai program menangkap ikan, di Sungai nerus, Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankua-

WARISAN ALAM

Mata Ayam (Myrsinaceae) Khasiat: Demam, tulang patah, kelemumur, huluran, herba bersalin, tenaga bersalin.

bergelembung di tepi dan pucuk muda biasanya dibuat ulam.

Kaedah: Daun mata ayam dilumat dan disapukan di kepala, selepas itu dibungkus selama lebih kurang satu jam bagi menghilangkan kelemumur.

-

Keistimewaan: - Pokok herba renek ini tumbuh meliar di kawasan ladang, kebun getah dan buah-buahan. Daunnya

Habitat: - Lazimnya tumbuh di kawasan tanah pamah.

Buahnya pula berjambak dan berwarna merah apabila masak.

Kaedah Pembiakan: - Biji benih atau keratan batang.

sa A Kha dan K sek kap Kg tai kan pem P Lam tang luk ber seb yan sun S naik kilo B Ash men teta ma kan K nya di k ada mas roy kam


Jumaat, 28 Mei 2010

13

bat ikan meriah

jadi ung ngai selam dan

kan, nita kata kan ram unduk

Unberatau akitar ada diitu,

ngman ngsi dismal ariri,” metiu,

ua-

sa Agama dan Penerangan negeri, YB Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) dan Adun Jabi, Haji Ramlan Ali. Kira-kira 600 penduduk kampung sekitar termasuk Kampung (Kg) Langkap, Kg Pengkalan Merbau, Kg Kasa, Kg Payung dan Kg Pelung menyertai program yang julung kali diadakan secara besar-besaran melibatkan pemimpin setempat itu. Pelbagai spesis ikan sungai seperti Lampan, Sebarau dan Baung dapat ditangkap dalam aktiviti yang memerlukan peserta bergerak sehala secara beramai-ramai dalam jarak 200 meter sebelum mengepung ikan di perangkap yang sudah tersedia dipasang di tengah sungai. Selain itu, peserta juga berjaya menaikkan seekor Kaloi seberat hampir 10 kilogram dalam program itu. Bagaimanapun, menurut Haji Asha’ari, bukan jumlah ikan yang menjadi taruhan dalam penyertaan itu, tetapi semangat muhibah dan kerjasama yang lebih penting ketika menjayakan program itu. Katanya, hasil tangkapan itu lazimnya akan diagih-agihkan sesama peserta di kalangan penduduk kampung sama ada dibawa pulang ke rumah masingmasing atau dimasak secara bergotongroyong dan dijamu sesama penduduk kampung.

Akok Berlauk Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 10 sudu gula 300 gram tepung gandum Bahan Untuk Inti; 500 gram daging lembu 500 gram bawang besar 2 sudu besar rempah kuma 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia Garam dan gula secukup rasa

JUADAH TERENGGANU Cara Membuatnya: • Pukul telur dengan gula hingga kembang • Masukkan tepung gandum, kacau hingga rata Cara Membuat Inti: • Daging direbus dan dihiris halus • Bawang besar dipotong nipis • Campurkan semua rempah yang telah digiling • Sediakan kuali dengan minyak, bila panas masukkan rempah biar garing dan masukkan daging • Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa • Masukkan kedalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi.


2 BAKTI JKKK

tk

Jumaat, 28 Mei 2010

Tradisi lama warnai Kampung Surau Panjang mamat ramli embong

Oleh: Aida Abd Rahman

14

TRADISI wau kapal terbang yang diwarisi sejak turun temurun menjadikan Kampung Surau Panjang yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Raya Kuala Terengganu istimewa dan unik berbanding kampung lain di Terengganu. Dengan kepadatan kira-kira 2,000 penduduk dari pelbagai lapisan usia dan latar kehidupan, ternyata tradisi dan budaya pengikat kemesraan dan perpaduan di kalangan penduduk, masih ampuh dan terus dipertahankan sehingga kini. Kelebihan bentuk muka bumi yang diliputi kawasan pertanian terutama sawah padi pula membolehkan permainan tradisi itu kekal bertahan kerana ia dimainkan di kawasan lapang dan landai selepas musim menuai antara bulan Mac hingga Mei setiap tahun. Bukan hanya wau kapal terbang `gergasi’ yang menjadi tumpuan dan tarikan ramai, penduduk yang kebanyakannya bertani dan bekerja kampung selain berkhidmat di agensi kerajaan dan swasta itu turut menghasilkan wau lain seperti wau bulan, burung, merak, barat dan sewah mengikut kreativiti serta cetusan idea yang tersendiri. Usaha mempertahankan permainan tradisional itu mendapat

Tradisi wau kapal terbang yang diwarisi sejak turun temurun menjadikan ianya istimewa dan unik berbanding kampung lain di Terengganu.

Penglibatan semua membuktikan permuafakatan Kampung Surau Panjang sangat utuh, sekaligus menonjolkan identiti budaya kepada generasi muda.

kata sepakat dan kerjasama padu kebanyakan penduduk, apatah lagi kampung yang diterajui Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Encik Mamat Ramli Embong dengan dibantu timbalannya, Che Salleh Osman saling melengkapi dalam menunaikan tanggungjawab sosial di kampung mereka. Menurut Encik Mamat, kerja menyiapkan wau kapal terbang gergasi itu melibatkan kos kira-kira RM300 dengan dua arkitek utama, Mat Zin Hassan, 58 dan Mansor Yusof, 42 selain dibantu lima pekerja yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan itu amat rumit dan

memerlukan ketelitian dalam segala aspek terutama dalam pemilihan buluh yang baik. Keunikan wau kapal terbang itu juga pernah menarik minat pihak penganjur di Festival Wau Antarabangsa di Johor yang menjemput kampung berkenaan menyertai program mereka, sekaligus mengangkat keunggulan tradisi kampung Melayu itu di mata penggiat seni seluruh negara. Ironinya, permainan wau sudah tidak lagi menjadi aktiviti penduduk di kebanyakan kampung kerana lambakan permainan yang lebih moden dan merentasi teknologi maklumat, namun wau bagi kebanyakan penduduk

di Kampung Surau Panjang masih popular sehingga ada yang sanggup bersekang mata hingga tengah malam bagi menyiapkan wau mengikut kepakaran masing-masing. “Ia sudah menjadi tradisi zaman berzaman kampung kami dan kampung sekitar termasuk Kampung Surau Haji Daud, khususnya selepas musim menuai pada pertengahan tahun sebegini. “Pertandingan yang melibatkan 150 wau yang menampilkan pelbagai corak dan aneka warna dengan penglibatan semua peringkat usia termasuk warga emas, kanak-kanak serta wanita yang menyokong dari belakang membuktikan permuafakatan kami sangat utuh, sekaligus menonjolkan identiti budaya kepada generasi muda secara berterusan,” kata beliau ketika ditemui Teganukita, di Kampung Surau Panjang, baru-baru ini. Selain tradisi wau yang masih subur, Encik

Mamat juga berbangga kerana kampung yang berada di Parlimen Marang serta mendapat perhatian baik daripada Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, Encik Zaidi Muda, itu juga terkenal dengan kesenian Rodat. Penggiat rodat Kampung Surau Panjang, Razak Senik masih lagi berjaya mempertahankan kesenian popular Terengganu itu dan keunikan kesenian itu mewarnai pelbagai pertandingan serta persembahan di peringkat nasional mahupun antarabangsa seperti di Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Selain itu, makanan tradisional terengganu, ‘bepang’ yang dihasilkan daripada beras pulut juga berasal dari kampung berkenaan dan kini mendapat pasaran di seluruh daerah selain berjaya dijual di luar Terengganu khususnya di Bukit Bunga dan Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Biarpun kampung terletak di DUN yang dimenangi wakil rakyat pembangkang ketika Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu serta hampir sebahagian penduduk merupakan pengikut parti pembangkang, kampung Surau Panjang tidak pernah terpinggir dari arus pembangunan. Kemudahan infrastruktur seperti sekolah, masjid, jaringan jalan raya dan teleko-

munikasi yang serba lengkap dan lancar memajukan kehidupan penduduk tanpa ada sempadan dengan penduduk di bandar. Pun begitu, Encik Mamat masih mengharapkan suatu masa nanti segala kemudahan lebih selesa seperti dewan serbaguna dapat dibina di kampung mereka kerana sehingga kini, penduduk terpaksa menumpang di bangunan Tabika Kemas untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan serta bermesyuarat. “Apabila ada dewan itu kelak, maka penduduk dapat lebih aktif dan sebarang program seperti sukan dalam gelanggang seperti badminton, sepak raga dapat dijayakan. Kami berharap ia juga menyemakkan lagi permuafakatan di kampung kami,” kata beliau. Biarpun berasal dari pinggir bandar dengan latar belakang ibu bapa hanya bekerja kampung, segelintir anak muda kampung berkenaan berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan serta berkhidmat dalam bidang profesional seperti peguam, doktor dan jurutera. Kejayaan dalam pendidikan juga mendorong ramai anak muda dari kampung berkenaan berhijrah untuk mengisi peluang dalam kerjaya masing-masing di bandar-bandar besar.


To` Puan Seri Wan Naimah

Turun padang membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sedia mendengar dan membantu semampunya Oleh: Suriati Ali “Saya amat suka kalau bertemu dengan masyarakat dan berkongsi apa-apa masalah yang dihadapi, sekurang-kurangnya apa yang mampu ditolong, kita tolong,” kata To’ Puan Seri Wan Naimah Ab Aziz, 51. Beliau tidak gemar kalau ada dikalangan masyarakat terutama mereka yang tinggal di kawasan Parlimen Besut menjadikan alasan, segan untuk berbual dan berkongsi cerita. “Mereka tidak perlu malu, kerana saya juga rakyat biasa, sedia mendengar dan membantu semua orang tanpa mengira peringkat umur, pangkat dan keturunan,” kata wanita yang amat baik tetapi tegas itu. Beliau merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Prof Dr Abdullah Muhammad Zin dan ibu kepada empat orang cahaya iaitu Hanan, 31, M. Fakhri, 29, Anas Hamdi, 25 dan Madihah, 21. To’ Puan Seri Naimah berkata, dia dan keluarga kini tinggal di luar Terengganu, tetap meluangkan masa sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu bertujuan merapatkan

silaturahim, saling berkerjasama dan wujud sifat sayang antara rakyat. “Keadaan itu sudah biasa bagi saya, walaupun agak kelam kabut pada pandangan umum kerana terpaksa mengagihkan masa bersama penduduk setempat dan keluarga . “Masa seminggu sekali, dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menyertai pelbagai aktiviti berfaedah seperti sukaneka, hari keluarga, bacaan Yassin, melawat penduduk uzur dan kematian saudara,” katanya yang menetap di Kampung Alor Lintang, Besut apabila pulang ke kawasan. Katanya, pelbagai isu dibincangkan apabila dapat bersua muka sehingga kadang-kala tidak sedar masa berlalu. Dia seronok dengan cara itu, kerana dirinya sejak azali sememangnya suka mencari kawan untuk berkonsi cerita. “Bagi mereka yang mempunyai masalah dan memerlukan bantuan pula, sebolehbolehnya memberitahu suami supaya berusaha menyelesaikan secepat mungkin, jika tidak melibatkan pihak lain,” katanya. Ketika berkongsi cerita, To’ Puan Naimah berkata, di zaman serba canggih ini, bukan mu-

dah untuk mendidik anak kerana banyak pengaruh negatif terpaksa dihadapi. Perkara itu turut dihadapi oleh kami berdua. “Keempat-empat cahaya mata membesar di kawasan bandar, sudah tentu banyak dugaan terpaksa ditempuh termasuk budaya hidup, cara pemakaian dan pergaulan antara rakan. “Allahamdulliah, berkat doa dan kesabaran, saya dan suami

kesemua anak-anak dengan menitikberatkan soal agama, terutama berkaitan solat, mengaji, adat pergaulan dan tertib ketika berada di luar rumah. “Saya gemar berpesan kepada anak-anak , supaya sentiasa ingat kepada Allah S.W.T dalam apa jua tugas yang dilakukan, jangan suka melepak dengan kawan bermasalah, mesti berada di rumah sebelum jam 6.30 petang dan

hormat kepada orang yang lebih tua,” katanya. “Saya gembira dengan kelakuan anakanak yang tidak banyak mendatangkan masalah dalam hidup kami suami isteri. “Tiada petua istimewa untuk mendidik mereka , cuma kami amalkan doa tertentu selepas solat dengan meminta Yang Maha Kuasa permudahkan perjalanan hidup kami

“Kami amalkan doa tertentu selepas solat dengan meminta Yang Maha Kuasa permudahkan perjalanan hidup.” sekeluarga,” katanya yang mengamalkan kaedah didikan kedua ibu-bapanya.

Turut dijemput merasmikan sebuah butik di Besut.

mampu menghadapinya dan kini kesemua anak dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan dua daripada mereka sudah memiliki kerjaya yang diimpikan,” katanya. Katanya, sejak kecil, anak-anak banyak menghabiskan masa bersamanya berbanding suami yang sentiasa sibuk dengan tugas harian. “Kesempatan itu, saya berusaha mendidik

2 tk

SERIKANDI

Jumaat, 28 Mei 2010

Keprihatinan To` Puan Seri Wan Naimah melawat warga emas yang uzur.

15


2 DESTINASI

tk

16

Jumaat, 28 Mei 2010

Sekayu tetap jadi igauan pengunjung Oleh: Suriati Ali Jika disebut Hutan Lipur Sekayu (HLS) Hulu Terengganu, ia cukup dikenali, malah destinasi yang dipenuhi lebih 500 spesies flora dan fauna itu pasti menjadi igauan indah kepada pengunjung untuk kembali bertandang sekalipun merupakan destinasi pelancongan yang telah lama di Terengganu. Air sungainya yang jernih, dingin dan menyegarkan, dikelilingi pula dengan keindahan alam semula jadi, sangat sesuai untuk beristirehat serta berekreasi bersama keluarga. Lokasi sejauh 56 kilometer (km) dari pusat Bandar Kuala Terengganu dan 16 km dari Pekan Ajil dibuka secara rasmi pada 15 Mei 1983. Bermula tarikh itu HLS diselia dengan sempurna oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT). Pelbagai kemudahan disediakan untuk kemudahan pengunjung termasuk kios jualan, chalet, tandas, balai serbaguna, pondok istirehat, tapak perkhemahan, kawasan berbeku, bilik persalinan dan jambatan gantung. Penolong Pengarah Unit Rekreasi (JPNT), Encik Zailani Man, berkata HLS sememangnya tersohor di kalangan masyarakat tempatan dan luar Terengganu lantaran keunikan tersendiri termasuk memiliki tiga tingkat air terjun dan hutan yang belum diteroka. Katanya, pelbagai kaedah dilaksanakan pihaknya bertujuan memberi keselesaan terbaik kepada pengunjung yang terdiri pelbagai kaum dan peringkat umur. “Setiap laluan yang terdapat HLS terutama untuk menuju ke kawasan air terjun `bertingkat’ sentiasa dibersihkan oleh kontraktor yang dilantik. “Bagi mereka yang meminati tumbuhan liar, JPNT mengambil inisiatif memasang papan tanda dengan dilengkapi nama saintifik di beberapa pokok tertentu, termasuk petaling (ochanostachys amentacea), kelat (syzygium spp) dan nyatoh (Madhuca malaccensis), meranti (magnoliophyta) dan damar hitam (shorea hopeifolia),” katanya. Menurutnya, langkah itu bukan sahaja memudahkan pengunjung membuat kajian malah mengetahui

lebih mendalam terutama berkaitan fizikal tumbuhan itu sama ada jenis tinggi, renek atau menjalar. “Kebiasaannya pelajar dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta mengambil kesempatan itu untuk menyiapkan tugasan masingmasing. “Sekiranya terdapat mana-mana individu yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah HLS, mereka boleh berhubung terus dengan Pusat Maklumat dan Infomasi JPNT tersedia di lokasi yang sama,” katanya. Encik Zailani berkata, kebanyakan pengunjung datang bersama keluarga dan secara berkumpulan sebelum menyertai pelbagai aktiviti seperti mendaki, meredah hutan, berkhemah, berbeku dan melawat taman herba. “Bagi ahli keluarga yang kurang berminat dengan aktiviti itu, mereka boleh berehat dan bermalam di beberapa chalet yang direka menyerupai rumah tradisional Melayu. “Mereka tidak perlu risau mengenai harga sewa berikutan chalet di beri nama Manau, Semambu dan Sega itu ditawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu antara RM50 hingga RM120 seunit,” katanya. Katanya, apa yang membanggakan, kemudahan ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga terpaksa menolak permintaan apabila tiba musim cuti sekolah dan umum. “Memandangkan chalet sedia ada masih tidak mencukupi, pihaknya bercadang menambah kemudahan itu dengan membinanya bertentangan dengan air sungai,” katanya.

Air sungai Sekayu mengalir dingin dan menyegarkan.

Untuk sampai ke sini:

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari bandar Dungun atau pusat bandar Kuala Terengganu.

Masih tidak puas menikmati keindahan Hutan Lipur Sekayu, rumah tumpa untuk pengunjung bermalam.

Tidak sukar untuk pengunjung mendapatkan bekalan makanan atau barangan lain kerana di pintu masuk ke Hutan Lipur Sekayu disediakan kedai beraneka.

Teratai subur di kolam yang terletak di jalan masuk ke air terjun.

Pe pe

Seronok melintasi sungai melalui jambatan gantung.

Hujung minggu dan musim cuti sekolah sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.

Ta Ne


Jumaat, 28 Mei 2010

rumah tumpangan dan chalet disediakan

Pintu masuk ke Hutan Lipur Sekayu yang terletak di Hulu Terengganu.

Permandangan begini boleh dilihat sepanjang perjalanan ke Sekayu.

Taman Orkid turut disediakan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Indahnya panorama Hutan Lipur Sekayu di kala matahari mula terbit.

2 tk


2 tk

ms 16, 17


agama

MIMBAR Susunan : Muhaini Muhammad

WAKTU SOLAT

Sumber: JHEAT

Negeri Terengganu (28 Mei hingga 5 Jun 2010)

Jumaat, 28 Mei 2010

19

Hindari jenayah zina Masyarakat yang murni dan harmoni ialah masyarakat yang mengibarkan panji-panji kemuliaan melalui amalan soleh dan akhlak terpuji. Sekaligus mereka pula berpadu tenaga dan fikiran, menentang habis-habisan apa jua budaya, amalan atau akhlak keji yang boleh mencemarkan moral dan maruah mereka. Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Imran ayat 104 yang bermaksud: “ Dan hendaklah ada di antara satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan, mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.” Maka di antara budaya keji dan terkutuk yang perlu dihindari dan ditentang dengan keras oleh semua pihak ialah `Jenayah Zina’. Semoga kita semua menginsafi akibat buruk jenayah zina dan terpanggil untuk sama-sama menghindari dan memeranginya daripada menjadi barah yang boleh menghancurkan kemuliaan dan maruah umat Islam. Al-Quran menggambarkan perbuatan zina dalam bentuk yang sangat keji seperti firman Allah Ta’ala dalam surah AlIsraq ayat 32 yang bermaksud: “ Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” Dalam firman Allah Ta’ala itu, zina diletakkan sebagai perbuatan dosa yang terlalu hina dan merupakan amalan yang sangat buruk dan jahat. Zina adalah satu-satunya jenayah yang boleh merosakkan sahsiah seseorang, perbuatan yang boleh menghancurkan maruah sebagai insan berbudi mulia dan pelakunya ditimpa laknat kemurkaan Allah Ta’ala. Zina adalah diantara dosa yang sangat dahsyat. Imam Ahmad Rahmatullahi A’laihi berkata yang bermaksud: “Aku tidak tahu dosa yang paling dahsyat selepas jenayah membunuh,selain daripada zina.” Allah s.w.t menyenaraikan dosa zina bersama

jenayah syirik dan pembunuh. Satu lagi bukti bahawa perbuatan zina itu sangat dimurkaiNya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Furqan ayat 6869 semasa memperincikan sifat hambaNya yang bertaqwa yang bermaksud: “ Dan, juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak, dan tidak pula mereka berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab siksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan.” Sudah tentu pengharaman perbuatan zina dan dikategorikan sebagai dosa terbesar itu mempunyai keburukan dan kesan negatif yang boleh meruntuhkan nilai manusia sebagai makhluk yang mulia. Para ulama mendapati risiko buruk zina kepada kehidupan manusia adalah seperti boleh membawa kepada kepapaan, boleh memendek umur, boleh menyebabkan pelakunya dikeji, dihina dan dikutuk oleh masyarakat di samping menyebabkan kemurungan, tekanan jiwa dan merana. Dari aspek kesihatan pula, jenayah zina mengundang berbagai penyakit yang dahsyat dan menggerunkan seperti sifilis, kanser, dan AIDS. Apa yang lebih menakutkan penyakit kronik ini boleh menjangkiti pasangan suami atau isteri dan anak-anak yang tidak berdosa. Di samping itu, untuk yang terlibat dengan jenayah zina boleh menyebabkan kemandulan, keguguran dan kecacatan bayi yang dikandung. Dari segi sosial dan moral pula, jenayah zina adalah penghinaan terutama kepada golongan wanita dan merupakan pencabulan penghormatan yang sukar dipulihkan. Ia juga boleh mencetuskan tragedi yang dahsyat seperti pembunuhan bayi yang tidak berdosa, perhambaan seks dan permusuhan yang sengit di antara individu yang terlibat. Islam tidak mengharamkan satu-satu jena-

Budaya keji dan terkutuk yang perlu dihindari dan ditentang dengan keras oleh semua pihak ialah jenayah zina.

yah itu melainkan digariskan kaedah-kaedah bagi mengelakkan ianya berlaku. Demikian juga larangan jenayah zina, di mana Islam menyediakan beberapa langkah bagi menghindari gejala sosial yang sangat keji ini. Di antara langkah menghalang perbuatan zina ialah; Pertama: Islam menggalakkan berkahwin bagi pasangan yang mampu, malahan masyarakat digesa membantu golongan yang kurang mampu untuk berkahwin. Firman Allah Ta’ala dalam Surah AnNur ayat 32 yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu, dan orang yang soleh dari hambahamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya,kerana Allah maha luas rahmatNya lagi maha mengetahui.” Kedua: Islam menuntut supaya diperangi setiap faktor yang boleh mendorong kepada jenayah zina seperti perintah mengawal penglihatan mata, menjaga kehormatan dan menutup aurat. Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31 yang bermaksud: “Katakanlah ( wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereak menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuanperempuan yang beriman

itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka.” Ketiga: Islam mengharamkan pergaulan bebas terutama berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang halal kahwin. Sabda Rasulullan s.a.w yang bermaksud: “Bila sahaja sepasang lelaki dan perempuan berduadua di tempat sunyi, sudah pasti mereka adalah bertiga dengan syaitan ( yang menggoda supaya mereka berdua melakukan perbuatan hina).” Larangan berdua-duaan meliputi di antara pegawai dengan pegawai atau kakitangan, guru dengan murid, doktor dengan pesakit, belia dengan beliawanis, lebih-lebih lagi artis sesama artis atau bersama peminat. Bagi mencetuskan rasa gerun, Islam menyenaraikan jenayah zina sebagai dosa yang dikenakan hukum hudud. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah diseksa hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu, oleh sekumpulan dari orang yang beriman.”


20

Jumaat, 28 Mei 2010

amam

Program Bahasa Inggeris rapat jurang bandar dan luar bandar Oleh: Aida Abd Rahman Pencapaian sekolah bandar dan luar bandar dalam program pengukuhan Bahasa Inggeris memberi gambaran baik dalam usaha merapatkan jurang pendidikan bahasa antarabangsa di kedua-dua penempatan itu. Ini terbukti apabila Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan Sekolah-sekolah Terengganu 2010 menyaksikan penyertaan dan penguasaan sekolah di luar bandar yang bersaing dengan sekolah di bandar. Dalam pertandingan itu, kategori `Speech Choir’ dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Durian Guling, Marang, manakala tempat kedua SMK Tengku Mahmud 2, Besut dan tempat ketiga SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Kategori `Smart English’ pula dimenangi Sekolah kebangsaan (SK) Bukit Tunggal, Kuala Terengganu diikuti tempat kedua dan ketiga, SK Rantau Petronas dan SK Gong Kapas, Kuala Terengganu. “Justeru, kerajaan negeri amat mengalu-alukan usaha Yayasan DiRaja

pat terutama golongan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) mendapat kadar sewa yang rendah” kata seorang penduduk tempatan, Zamani Zakaria, 27. Beliau gembira dengan pembangunan yang telah dibawa oleh Kerajaan Terengganu kepada masyarakat tempatan terutamanya penduduk di kawasan Kampung Ladang. Seorang lagi penduduk setempat, Mohd Afrul Ismail @ Awang, 33, juga menyokong tindakan kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf hidup serta ekonomi masyarakat dan pembinaan kemudahan baru itu amat bertepatan dengan dasar dan matlamat kerajaan negeri yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat. “Pembinaan FLG 1 ini mencerminkan kerajaan

yang cukup prihatin serta menjaga kebajikan rakyat setempat. “Selain projek pembinaan FLG 1 ini, saya difahamkan pembinaan FLG 2 juga bakal disiapkan mengikut perancangan bagi menampung keperluan dan kemudahan rakyat Terengganu, “katanya. FLG 1 yang melibatkan perbelanjaan RM35 juta memberi keselesaan dengan komposisi tiga bilik tidur dan 2 bilik air, manakala bagi unit kos sederhana pula, terdapat empat buah bilik serta 3 bilik air, selain kemudahan sampingan dan keselamatan yang terjamin. Untuk permulaan, flat ini hanya dibuka untuk sewaan sahaja iaitu antara RM126 hingga RM300 bagi unit kos rendah dan RM 800 bagi kos sederhana.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sultan Mizan untuk memperkasakan pencapaian Bahasa Inggeris, terutama dalam komunikasi harian di kalangan murid-murid di Terengganu. “Inovasi dan kreaviti aktiviti berbahasa Inggeris melalui pelbagai pertandingan yang diadakan di seluruh negeri sesungguhnya merupakan nilai tambah kepada usaha memperkasakan pendidikan Terengganu,” kata Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, di Majlis Penutup, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Berkenan berangkat ke majlis dan menyempurnakan pengurniaan hadiah,

Penduduk Ladang pindah demi pembangunan bandar raya Program penyusunan semula Bandar Raya Kuala Terengganu untuk mewujudkan Bandaraya Warisan Pesisir Air memerlukan penstrukturan semula penempatan termasuk proses perpindahan penduduk terlibat ke penempatan lebih tersusun. Perpindahan itu bagi membolehkan kampung

Sementara Dato’ Profesor Dr Abdul Rahman berkata, program pengukuhan itu lihat sebagai satu platform kepada pelajar untuk meningkatkan dan memantapkan penguasaan mereka dalam berbahasa

Inggeris. “Program ini merupakan satu daripada program Yayasan DiRaja Sultan Mizan dalam bidang pendidikan untuk menyumbang kepada usaha kerajaan dan pihak lain dalam membina dan memajukan modal insan anak-anak Terengganu,” katanya. Bagaimanapun, katanya pada tahun pertama penganjuran program ini tidak melibatkan pelajar sekolah elit dan sekolah berasrama penuh tetapi hanya melibatkan sekolah harian biasa untuk memberi peluang penyertaan kepada pelajar yang sederhana pencapaiannya dalam berbahasa Inggeris. Beliau menambah, program ini akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan di samping yakin ia akan terus mendapat sambutan daripada pelajar dan guru sekolah yang terlibat. “Minat, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar serta sokongan padu guru akan diterjemahkan menjadi usaha yang berkesinambungan dan mantap untuk meningkatkan penguasaan bahasa itu dalam pelbagai segi sama ada secara lisan mahupun tulisan,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur zahirah. Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Dato’ Profesor Emeritus Dr Abdul Rahman Embong Dato’ Ahmad berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk bidang pendidikan bagi 2010 termasuk menyediakan pelbagai insentif lain untuk meningkatkan tahap pendidikan negeri Terengganu.

Kategori `Speech Choir` dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang

Antaranya peruntukan khas kepada peningkatan pencapaian peperiksaan awam, pengagihan e-book, kelas dan peperiksaan maya, peruntukan untuk sekolah elit dan primer, biasiswa serta pinjaman.

Menteri Besar ketika melakukan tinjauan di Kampung Ladang.

tersebut dibangunkan dengan kediaman serba moden termasuk rangkaian kedai. Kira-kira 50 keluarga dari kampung berkenaan terlibat dengan perpindahan ke penempatan baru di Flat Ladang Gemilang (FLG) 1 16 tingkat yang terdiri daripada 192 unit kediaman kos rendah dan 88 unit kos sederhana ber-

mula Jun ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said meninjau sendiri tapak projek dan penempatan penduduk terlibat di Kampung Ladang, baru-baru ini. Beliau diiringi Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ Zakaria Awang

melawat sekitar kawasan itu kira-kira sejam sambil mendengar taklimat daripada pihak PMINT dan Pejabat Tanah dan Galian Terengganu mengenai status dan perkembangan projek berkenaan. “Saya puji tindakan kerajaan negeri membina FLG 1 kerana nyata membantu penduduk setem-


Jumaat, 28 Mei 2010

am

21

TDM jana untung RM77j

Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bersama kekanda baginda, Tengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melawat gerai pameran Usahawan Muda Terengganu.

Terokai segmen baru ekonomi Oleh: Aida Abd Rahman Usahawan di negeri ini disarankan supaya meneroka segmen baru ekonomi yang diyakini boleh memberi pulangan lumayan dan tidak semata-mata bergantung kepada produk tradisi mereka. Bagi meningkatkan daya saing dalam bidang perniagaan masing-masing, usahawan juga perlu menjadikan 4E (Expand, Explore, Execute dan Excel) atau berkembang, meneroka, bertindak dan cemerlang sebagai panduan utama. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata kerajaan negeri mengakui sumbangan usahawan bagi memajukan lagi ekonomi negeri namun peranan sektor ini perlu diperhebatkan lagi supaya percambahan dapat dilihat dan dirasai

Pemenang bersama Menteri Besar selepas menerima hadiah pada Karnival Usahawan Muda Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu.

dengan lebih meluas. “Saya ingin menyarankan supaya usahawan bergiat dalam industri berkaitan atau memiliki persamaan agar mewujudkan jaringan supaya produk dan perkhidmatan mereka menembusi pasaran baru dalam dan luar negara,” kata beliau di Majlis Perasmian Karnival Usahawan Muda Terengganu (KUMT) 2010, di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu,

baru-baru ini. Majlis disempurnakan Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda diiringi Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja dan isteri, To’ Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail; Ahli MPPR, Dato’ Abdul Kadir Sulaiman. Turut berangkat, kekanda baginda, Tengku

Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin. Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera. Selepas Pemangku Raja berkenan merasmikan karnival itu, majlis disusuli pula dengan penyampaian bantuan mesin jahit oleh Dato’ Mohamed kepada

wakil pelatih Yayasan Tuanku Nur Zahirah. Dato’ Mohamed dalam ucapannya sebelum itu, berharap mulai tahun depan beberapa kegiatan usahawan perlu dilaksanakan bermula di peringkat sekolah rendah lagi dalam usaha meningkatkan proses pembudayaan keusahawanan dikalangan pelajar. Katanya,kerajaan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mensasarkan lebih banyak koperasi sekolah rendah dapat dilaksanakan mulai tahun ini dan bertindak menyalurkan kepakaran dan peruntukan bagi merealisasikan hasrat itu. Sehingga kini, seramai 1,756 usahawan yang majoritinya usahawan belia berusia antara 18 hingga 40 tahun menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu.

Pra UiTM : Peluang kepada pelajar miskin Pendekatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan kursus peringkat sijil atau pra UiTM kepada 800 pelajar miskin dan anak yatim di setiap negeri, nyata mengembirakan golongan itu kerana berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tertinggi. Syarat untuk mengikuti program ini cukup mudah di mana setiap pela-

jar hanya perlu mendapat sekurang-kurangnya empat kepujian dalam manamana mata pelajaran yang diambil. Naib Canselor UiTM, Prof Dato’ Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, pelajar yang berjaya mengikuti kursus pra UiTM ditawarkan pelbagai keistimewaan, termasuk mendapat elaun bulanan dan tidak perlu membayar yuran se-

Dato` Ir Sahol Hamid

mester. “Pihaknya mengehadkan seramai 800 pelajar semester di setiap negeri, jika pelajar yang terpilih ini menunjukan prestasi cemerlang dalam bidang di ambil, mereka ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sehingga memperoleh ijazah. “Pendekatan dilaksana-

kan ini semata-mata ingin membantu golongan itu untuk melanjutkan pelajaran universiti tempatan di mana sebelum ini tidak diberi peluang selain kurang berkemampuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis `Dinner Talk’ bersama Dato’ Ir Dr Sahol, Ri-Yaz Kuala Terengganu.

Badrul Hisham

Oleh: Suriati Ali Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad (TDM) berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 77 juta walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi dan pasaran domestik tidak menentu. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Encik Badrul Hisham berkata, bahagian perladangan syarikat itu telah menyumbang sebanyak 79 peratus, penjagaan kesihatan 20 peratus manakala sektor makanan memberi hasil satu peratus kepada hasil kumpulan. Katanya, tahun 2009 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi industri minyak kelapa sawit apabila purata harga Minyak Sawit Mentah (CPO) hanya berharga RM2,237 berbanding RM2,884 satu tan metrik pada tahun sebelumnya. “Keadaan ini disebabkan beberapa faktor iaitu, ekonomi yang lemah, anjakan daripada pasaran komoditi ke ekuiti, peningkatan kos buruh serta baja dan penyusutan dolar Amerika Syarikat. “Namun begitu, TDM berasa lega kerana ekonomi dunia sudah beransur pulih dengan menjangkakan harga dagangan CPO sekitar RM2,000 hingga RM2,600 satu tan metrik pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung TDM Berhad ke 45, di Ri-Yaz, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.


22

Jumaat, 28 Mei 2010

amam

SATU tubuh unit pasukan khas Oleh: Kamarudin Mat Akib Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) akan menubuhkan pasukan khas di setiap daerah bagi menangani masalah paip bocor, sekaligus mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat kehilangan sumber air (NRW). Bagi tujuan tersebut, SATU akan mengambil 30 kakitangan baru dan setiap unit akan dilengkapkan dengan kenderaan dan pelbagai peralatan bagi menangani masalah berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Haji Husain Embong, berkata pihaknya serius menangani masalah NRW yang kini pada kadar 36 peratus di mana kerajaan negeri kerugian di segi hasil kutipan kira-kira RM18 juta setahun. Beliau berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk mengurangkannya pada kadar 30 peratus menjelang akhir tahun 2010. “Punca utama berlaku NRW ialah penggunaan paip-paip lama daripada jenis asbestos cement (AC) di mana sebahagiannya berusia lebih 20 tahun,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan 100 hari kepimpinan beliau di syarikat tersebut. Beliau berkata, pihaknya juga sedang berusaha mengambil beberapa langkah tertentu, termasuk menggantikan paip lama dengan paip yang baru sama ada

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Husain Embong (kiiri) menerima cenderahati tanda kenangan sempe.na 100 hari kepimpinan beliau

daripada jenis Ductile Iron (DI), Mild Steel (MS) atau uPVC, bergantung kepada jenis tanah. “Ketiga-tiga jenis paip yang akan digunakan menggantikan AC didapati lebih tahan lama dan kualitinya lebih terjamin berbanding AC,” tambahnya. Selain itu, SATU akan meningkatkan prestasi kakitangan

melalui kursus-kursus yang diadakan dari semasa ke semasa. SATU juga akan menambah bilangan vendor bagi membercepatkan kerja-kerja membaiki kebocoran paip dan kerosakan sistem bekalan air di seluruh negeri. Haji Husain berkata, dari segi aduan pengguna pula, bilangan

aduan yang diterima SATU di seluruh negeri telah berkurangan daripada 29,860 kes pada tahun 2007 kepada hanya 20,296 kes pada 2009. Bagi tahun 2010, sehingga 10 Mei 2010 sebanyak 10,395 dikemukakan kepada SATU di mana sejumlah 5,925 kes merupakan aduan yang berkaitan kebocoran

Miskin tegar berjaya dikurangkan

Zuhaimi Omar

Terengganu berjaya mengurangkan peratusan miskin tegar di negeri ini iaitu sebanyak 2.5 %, dan menjelang akhir tahun 2010, sasaran sifar miskin

tegar disasarkan dijangka dapat dicapai. Pengarah jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Encik Zuhaimi Omar, berkata perkembangan itu

amat positif dalam usaha membasmi kemiskinan, khususnya miskin tegar. Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) akan terus membantu dalam bentuk kebajikan di samping memberi kesedaran kepada penerima bantuan kebajikan untuk menuju ke arah masa depan yang lebih baik. Bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat terbahagi kepada dua, iaitu skim bantuan am Negeri dan skim bantuan Persekutuan. Antara jenis-jenis bantuan yang diperuntukan di bawah bantuan am negeri ialah, bantuan bulanan kepada warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, tanggungan banduan, pusat tahanan dan pesakit. Manakala bantuan

sekaligus seperti bantuan sekolah, bantuan pemulihan bencana, dan bantuan segera bagi kes-kes seperti kes terdampar dan memerlukan bantuan segera. Bantuan Persekutuan seperti bantuan Kanakkanak, Orang Tua, Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dan tidak bekerja, pesakit terlantar dan lain-lain disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri setiap bulan. Encik Zuhaimi berkata, gabungan di bawah bantuan am negeri dan persekutuan itu menjadikan rakyat Terengganu yang perlukan bantuan tidak menghadapi masalah dan sentiasa dapat diselesaikan. “Walau bagaimananpun kita perlu mengurangkan usaha kebergantungan kepada bantuan, kecuali benar-benar memerlukan dan tidak mampu,” jelasnya.

dan paip pecah di seluruh negeri. Mengenai krisis air yang dihadapi beberapa negeri lain di negara ini berikutan musim kemarau, pihak SATU juga mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan ia tidak mengancam pengguna di Terengganu.

Perkara yang perlu menjayakan TNAI Dalam usaha menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu (TNAI), beberapa perkara yang perlu dipastikan dalam pendidikan Terengganu termasuklah peluang mendapatkan pendidikan yang sama rata. Sehubungan dengan itu Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dipastikan dalam TNAI sebagaimana berikut: • Semua murid dibangku sekolah mestilah menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) • Semua murid hendaklah pandai solat dan celik al-Quran • Semua murid mesti celik computer • Semua murid dapat menguasai banyak bahasa, terutama Bahasa Inggeris • Pelajar terbimbing dengan kehebatan minda untuk menjadi seorang yang kreatif dan inovatif • Pelajar cemerlang dalam bidang ko-kurikulum dan menjadi generasi cergas serta sihat, sekaligus menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Beliau menghuraikan perkara ini ketika menyampaikan ucaputama di majlis Bicara Intelektual, Terengganu Negeri Anjung Ilmu baru-baru ini.


Jumaat, 28 Mei 2010

am

23

Lumba basikal tekad pertahan emas di Sukma Melaka Terengganu akan pertahankan sembilan pinggat emas dalam acara lumba basikal dikejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Melaka pada 10 hingga 18 Jun depan. “Pada Sukma 2008, sembilan daripada 18 pingat yang dipertandingkan menjadi milik kita,” kata Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT), Dato’ Ahmad Sidi Ismail. Katanya, peserta kita dibarisi sekurangkurangnya lima pelumba kebangsaan iaitu Fatihah Mustafa, Haris Salleh,Shahrul Afizan, Adiq Kusaini Osman dan Shahrul Mat Amin dimana mereka ini menjadi sandaran negeri untuk memungut pingat

emas. Dato’ Ahmad Sidi melahirkan keyakinan 24 pelumba basikal negeri yang terdiri daripada 12 lelaki dan 12 wanita akan memberi tentang sengit dalam kejohanan itu dan perlu pertahankan pingat emas yang diperolehi dalam Sukma 2008 di Terengganu. “Semua pelumba kita dalam keadaan baik dan kini sedang mengikuti latihan fasa akhir sebelum bertolak ke Melaka, “ kata Dato’ Ahmad Sidi. Beliau berkata, pelbagai strategi yang enggan dinyatakan akan digunakan bagi mempastikan pencapaian terbaik peserta lumba basikal Terengganu pada Sukma kali ini. “Bagaimana kita hendak pertahankan keunggulan kita dalam acara lumba basikal di Sukma nanti tidak boleh diberita-

hu kerana ini soal strategi dan rahsia kita, “ katanya. Beliau begitu bangga dengan kelahiran jaguhjaguh sukan lumba basikal hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa di negeri ini yang sekaligus membuktikan bahawa Terengganu bukan lagi ‘jaguh kampung’. “Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang mengambil berat memberikan ganjaran kepada jaguh-jaguh lumba basikal yang mengharumkan nama negeri ini, “ ujarnya. Beliau berharap, kejayaan itu tidak bermusim, tetapi dengan usaha-usaha yang persatuannya dengan kerjasama kerajaan, akan terus lahir dari masa ke semasa jaguh-jaguh sukan lumba basikal dari negeri ini.

Terengganu ejen lahir jaguh basikal negara

Anuar ditemani kedua ibu bapanya menerima cek RM10,000 dan geran tanah daripada Kerajaan Terengganu yang disampaikan Dato` Ahmad sambil diperhatikan Dato` Mazlan, Datuk Abdul Rahim dan Dato` Ahamd Sidi.

Dato’ Ahmad Sidi Ismail

Oleh; Esah Abdullah Kemunculan ramai pelumba basikal dari Terengganu yang berjaya mengukir nama dalam kejohanan bertaraf antarabangsa menjadikan negeri ini sebagai ‘ pembekal utama’ pelumba basikal kepada pasukan Negara. “Dalam Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTDL) lalu lima daripada enam pelumba adalah anak Terengganu,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said kepada pemberita sebaik menyerahkan replika cek bernilai RM10,000 dan geran tanah kepada raja pecut LTDL 2010, Anuar Manan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah serta ibu dan bapa Anuar, iaitu Encik Manan Muda dan Puan Azizah Ariffin. “Kerajaan negeri sentiasa menghargai dan

mengiktiraf mana-mana anak tempatan yang berjaya mengharumkan nama negeri dalam apa saja bidang yang diceburi,” katanya. Dato’ Ahmad berkata, tanah lot banglo seluas 449 meter persegi berharga RM36,000 yang terletak di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai diberikan sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri di atas kecemerlangan Anuar dalam sukan lumba basikal. Sehubungan itu,, seperti yang pernah diuaruarkan tidak lama dulu satu pasukan LTDL akan diwujudkan dan kini dalam proses akhir iaitu mendapat persetujuan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. “Untuk mewujudkan sebuah pasukan lumba basikal, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 juta hingga RM2 juta di samping akan mencari penaja untuk pasukan nanti,” katanya. Dato’ Ahmad juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang ramai untuk menamakan

pasukan LTDL tempatan itu. Mengenai Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 yang akan berlangsung di Melaka pada Jun depan, Dato’ Ahmad melahirkan harapan bahawa kontinjen Terengganu mampu mempertahankan kejuaraan yang disandang pada Sukma ke-12 lalu. “Kita percaya kontijen kita sudah membuat persiapan rapi dalam usaha mengekalkan kejuaraan dalam Sukma akan datang,” katanya.

“Kerajaan negeri sentiasa menghargai dan mengiktiraf mana-mana anak tempatan yang berjaya mengharumkan nama negeri dalam apa saja bidang yang diceburi”


Lumba basikal mahu pertahan emas di Sukma Melaka

ms 23

sukan Bil. 23 (28 Mei 2010) http://teganukita.blogspot.com

HABUAN ANUAR

Wang tunai RM10,000 dan sebidang tanah menjadi milik raja pecut Le Tour de Langkawi 2010, Anuar Manan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada beliau. ms-23 lihat ms 23


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.