teganukita 19

Page 1

SPM atasi rekod Nasional ms - 3

Terengganu: Masa lalu dan kini ms - 4

Swasta diajak kembang sektor pelancongan

ms - 21

Bil : 19 (01 April 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Jelapang padi kedua di Setiu Peruntukan RM46 juta disediakan kerajaan negeri bagi mewujudkan jelapang padi kedua di daerah Setiu bagi menambah pengeluaran hasil beras dan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan. Kerja-kerja membajak sawah di kawasan seluas 140 hektar di Kampung Jelapang, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, akan dimulakan April ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, mengumumkan langkah terbaru kerajaan negeri itu kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek jelapang padi serta cadangan pembinaan jalan dan longkang di daerah Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, YB Ashaari Idris; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri merangkap ADUN Jabi, YB Ramlan Ali serta ketuaketua jabatan. Menteri Besar berkata, tahun lalu kawasan seluas 73 hektar diusahakan 78 petani di Kampung Mak Jintan, Setiu dengan purata perolehan 3.5 – 4 metrik tan bagi sehektar. Sementara itu, kerajaan juga bersetuju meluluskan peruntukan RM4 juta bagi membina dan melebar jalan dalam DUN Langkap dan Permaisuri di mana RM2.5 juta disalurkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan RM1.5 juta melalui pejabat daerah.

201052

Selaras hasrat jadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu Oleh Esah Abdullah Tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, kecuali kerja keras yang digembleng ibu bapa, guru, Pejabat Pelajaran dan kerajaan bagi meletakkan Terengganu sebaris dengan negeri-negeri lain. “Selain menyediakan peruntukan, insentif lain diberi untuk menjana kecemerlangan pendidikan di semua peringkat bermula daripada pra-sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi “Kemiskinan bukan lagi ala-

san untuk ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah dan mereka yang tinggal di kampung atau di bandar diberi layanan dan bantuan sama rata di bidang pendidikan,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said kepada pemberita selepas Pelancaran 201052 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, baru-baru ini Beliau berkata, sebelum ini program Terengganu Negeri Anjung Ilmu telah dilancarkan dan kini diperkenalkan pula satu lagi program iaitu 201052 khusus untuk memastikan ke-

cemerlangan pelajar dalam semua peperiksaan awam, mulai tahun ini. Dato’ Ahmad menjelaskan 201052 adalah sasaran kerajaan untuk memperolehi 20 peratus daripada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat semua A, Penilaian Menengah Rendah (10 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (lima peratus) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (dua peratus). “Hasrat dan impian ini bukan suatu angan-angan yang tidak mungkin kita capai kerana kita telah berjaya membuktikan da-

lam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang lalu,” katanya. Kerajaan telah mewujudkan kelas maya dan peperiksaan secara talian terus serta 300,000 soalan untuk latih-tubi sebagai ukuran kecerdasan pelajar Tahun Lima dan Enam. Kerajaan juga menyalurkan peruntukan RM2 juta setahun ke sekolah elit/premier dan membelanjakan RM372 juta melalui Yayasan Terengganu untuk pinjaman dan biasiswa anak-anak Terengganu. Sempena dengan pelancaran 201052, turut diadakan lintas langsung pelajar-pelajar di kelas maya dari 10 sekolah dalam daerah Kuala Terengganu yang sedang membuat latih-tubi dalam kelas masing-masing.

AMANAH DIPIKUL BERSAMA...Menteri Besar meminta kakitangan awam dan pelbagai pihak supaya sama-sama membantu beliau memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Dalam amanat sempena sambutan genap dua tahun pentadbiran beliau, Dato’ Ahmad meminta kecemerlangan yang dicapai dalam bidang pendidikan diteruskan supaya taraf ekonomi penduduk tempatan ditingkatkan.

Plat TAY termahal di Malaysia

Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Encik Abdul Rahman Emang

Anyie, berkata harga tersebut diperolehi setelah enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Februari lalu. “Harga paling tinggi yang kita terima ialah bagi TAY 1 iaitu RM220,000, diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000,” ka-

tanya di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menurutnya, sepanjang tempoh tender, JPJ Terengganu menerima 1,119 bidaan daripada 534 pembida yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran di bawah siri TAY.


2

Khamis, 01 April 2010

am

SPM atasi rekod nasional

JHEOA perlu RM130 juta bangunkan program Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kelantan/Terengganu memerlukan peruntukan hampir RM130 juta untuk membangunkan lima program utamanya di seluruh negeri itu dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Pengarahnya, Encik Ab Razak Arshad, berkata program terbabit ialah penempatan tersusun melibatkan kos RM32.2 juta; Pembangunan Ekonomi (RM24.3 juta); Pembangunan Infrasosial/ Minda Pendidikan (RM63.3 juta) dan Kesihatan dan Perubatan (RM9.4 juta). Menurutnya, peruntukan itu adalah sebahagian RM800 juta peruntukan yang dipohon untuk projekprojek pembangunan di bawah jabatan itu di seluruh negara dalam RMK-10, bermula tahun depan. Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JHEOA, Encik Nisra Nisran Asra Ramlan berkata JHEOA memohon peruntukan RM800 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pelbagai projek yang dirancang bagi meningkatkan kemajuan masyarakat Orang Asli di seluruh negara dalam RMK-10. “Bagi JHEOA Kelantan, kita memerlukan peruntukan kirakira RM130 juta untuk melaksanakan projek utama di seluruh negeri dalam rancangan pembangunan lima tahun itu,” katanya baru-baru ini. Encik Ab Razak berkata, dalam rancangan itu juga jabatannya juga sedang meningkatkan program pembangunan infrustruktur di penempatan Orang Asli di kawasan pedalaman negeri ini iaitu Kawasan Pasik dan Balar yang melibatkan kos RM20.5 juta.

Oleh Aida Abd Rahman

Nor Najmi, pelajar pendidikan khas menatap keputusan SPM yang memperolehi 8A 2B.. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Pelajar terbaik SPM Terengganu gembira selepas pengumuman keputusan.

Terengganu terus melakar kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan awam apabila Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan serentak di seluruh negeri barubaru ini turut merekodkan peningkatan gred purata daripada 5.27 (2008) kepada 5.08 yang mengatasi pencapaian peringkat nasional (5.34). Semakin kecil nilai gred purata menunjukkan prestasi semakin meningkat. Selain gred purata yang meningkat, Terengganu juga menunjukkan peningkatan dari segi peratus calon yang memperolehi semua A, peratus lulus semua subjek, peratus minimum C dan peningkatan calon layak mendapat sijil SPM. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Haji Ariffin Embong, berkata peratusan calon yang mendapat semua A dalam semua subjek yang diambil meningkat daripada 1.35 peratus (295 calon) pada 2008 kepada 1.59 peratus (355 calon) tahun lalu. Manakala peratusan lulus semua subjek mening-

kat 3.97 peratus daripada 51.03 peratus atau 11,166 calon (2008) kepada 55 peratus atau 12,285 calon tahun lalu. Katanya, peratus minimum C dalam semua subjek juga meningkat sebanyak 1.45 peratus daripada 15.94 peratus (3,883 calon) pada 2008 kepada 17.38 peratus (3,487 calon) pada 2009. “Alhamdulillah, keputusan SPM 2009 bagi sekolah seluruh Terengganu sekali lagi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam semua aspek berbanding tahun sebelumnya. “Ini semua hasil daripada kerja kuat dan sokongan kerajaan negeri, calon SPM, pengetua dan pentadbir sekolah, guru-guru, warga kerja Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan semua warga Pejabat Pelajaran Daerah,” kata beliau sejurus mengumumkan keputusan SPM 2009, di Sekolah Menengah (SM) Sains Kuala Terengganu, baru-baru ini. SM Sains Kuala Terengganu muncul antara lapan sekolah cemerlang seluruh Terengganu dengan pencapaian gred purata sekolah (GPS) 1.841. Manakala

sekolah lain adalah Sekolah Berintegrasi Penuh Batu Rakit yang memperolehi GPS 1.878, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong (2.048), Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu (2.053). Sekolah lain, SM Sains Sultan Mahmud (2.097); MRSM Kuala Berang (2.115); SM Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik (2.140 dan SM Imtiaz Kuala Terengganu mencapai 2.188. Sementara itu, pelajar cacat penglihatan, Nur Najmi Syamila Mohd Sakari mencatat sejarah dalam pendidikan negara apabila muncul antara pelajar terbaik bagi kategori pendidikan khas. Nur Najmi, 18, anak petani dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu mencatat 8A dan 2B. Dia ditemani bapanya, Mohd Sakari, 54, dari Kampung Jerung Tuan, Wakaf Tapai, Marang menitiskan air mata kegembiraan apabila menatap keputusan yang tercatat pada slip keputusan peperiksaan SPM yang diserahkan pengetua sekolahnya, Hajah Zabedah Muda.

RM3.5 juta bina longkang, jalan MDHT Dalam usaha memastikan projek pembangunan terutama infrastruktur dan kemudahan awam berjaya dibangunkan mengikut perancangan, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sanggup turun padang bagi melihat sendiri perkembangan setiap projek di majlis perbandaran dan majlis daerah seluruh Terengganu. Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) menjadi destinasi keempat dilawati beliau sebelum meluluskan peruntukan RM3.5 juta untuk membangun serta membaikpulih jalan dan longkang di seluruh kawasan itu sepanjang tahun ini. Peruntukan itu tidak termasuk RM11 juta yang dibelanjakan kerajaan negeri sejak tiga tahun lalu bagi membina longkang untuk tadahan dan mengelak banjir di kawasan Hulu

Dato’ Ahmad (depan kiri) mendengar penjelasan YB Mohd Zawawi (tengah) sambil ditemani YB Rozi ketika meninjau pembinaan longkang ‘Monsoon Drain’ di Hulu Terengganu.

Terengganu. “Untuk projek terbaru, saya mahu MDHT buat kajian terperinci tentang keperluan saiz longkang `monsoon drain’ itu kerana saya tidak mahu banjir berulang. “Bila bina longkang mestilah `oversize’..kalau dulu pemaju kata empat kaki tapi sekarang bukan lagi empat kaki mungkin dah jadi tiga meter hingga empat meter sebab `catch-

ment area’ kita semakin lama semakin tiada..dulu kawasan paya banyak sekarang kawasan perumahan…Ini perlu diberi penekananlah,” kata Dato’ Ahmad selepas melawat sekitar projek pembangunan di Hulu Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar berkata, daripada keseluruhan RM3.5 juta, kerajaan memperuntukkan RM1.5 juta untuk pembinaan dan

membaikpulih longkang, manakala RM2 juta lagi untuk projek jalan termasuk menurap semula jalan rosak serta melebarkan semula jalan sedia ada. Katanya, peruntukan membina dan membaikpulih jalan turut melibatkan peruntukan RM500 ribu di kawasan Kuala Ping dan Telemong. Dalam pada itu, kerajaan negeri berpuas hati dengan beberapa projek pembangunan longkang dan jalan yang berjalan dengan baik sejak tiga tahun lalu kerana berjaya mengikut jadual, serta hanya lima hingga 10 peratus akan siap. “Bagaimanpun ada satu projek besar yang melibatkan kira-kira RM3.5 juta yang masih terbengkalai dan hampir 40 peratus siap dan kita perlu tender semula dan menamatkan kon-

traktor awal berkenaan..ini semua melibatkan `monsoon drain’,” kata beliau. Selain itu, kerajaan negeri juga mengarahkan penambahbaikan Pasar Kuala Berang dengan menyediakan peruntukan tambahan berikutan tempat menjual kuih dan ikan yang memerlukan pengubahsuaian. Katanya, bangunan terminal bas di bandar itu juga perlu disiapkan segera berikutan projek itu mendapat perhatian bukan sahaja dalam negeri tetapi juga seluruh negara kerana kejadian runtuhan barubaru ini. Dalam lawatan itu, Menteri Besar turut meninjau projek menyiapkan 317 unit rumah kos rendah di Ajil dan projek penamaman jagung hibrid di Kampung Nibong, Ajil dan Kuala Ping, Telemong.


Khamis, 01 April 2010

am

Lahir generasi celik al-Quran

DATO’ SHAIKH HARUN.

Kerajaan Terengganu dalam usaha melahirkan generasi baru yang berkualiti, berazam untuk menjadikan generasi tersebut celik dan cenderung al-Quran. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata kerajaan kini mahu mengembalikan kegemilangan penghayatan al-Quran untuk generasi masa kini yang antara lain juga bertujuan untuk membendung gelaja sosial di kalangan remaja. “Hari ini walaupun orang ramai menghargai al-Quran, tetapi tidak sehebat penghayatan yang diberikan generasi terdahulu. “Sebagai contoh, dahulu, jika hendak mendirikan rumah tangga, keluarga akan bertanya adakah bakal menantunya itu sudah tamat al-Quran. Tetapi orang sekarang akan bertanya apakah pekerjaan bakal menantu mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menutup program Tadarus AlQuran anjuran Radio Malaysia Terengganu (TerengganuFM) yang melibatkan 60 orang pelajar serta lapan guru pembimbing dari Institut Al-Quran (IQ), di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Selain itu, katanya kerajaan juga mahu pelajar-pelajar dari Institut Al-Quran dan sekolah-sekolah Imtiaz di negeri ini turut memainkan peranan dengan menjadi contoh kepada rakan sebaya yang lain.

Oleh Esah Abdullah Kerajaan negeri memperuntukkan RM13.2 juta bagi meningkatkan imej pengangkutan awam di negeri ini, membabitkan perkhidmatan bas henti-henti, kereta sewa dan beca roda tiga. Peruntukan tersebut disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu sebagai agensi pelaksana bagi merialisasikan hasrat kerajaan yang berpaksikan kepada prinsip Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan serta tidak membiarkan masalah berlanjutan. ”Kecekapan pengangkutan awam mesti selari dengan pertumbuhan Bandaraya Kuala Terengganu kerana ia merupakan teras kepada kemeriahan dan rangsangan pembangunan,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said ketika melancarkan program Peningkatan Imej Pengangkutan Awam Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) baru-baru ini. Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Adzlan Mohd Dagang dan Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Haji Azmi Razik serta lebih 200 orang pengusaha bas, kereta sewa dan beca roda tiga. Daripada jumlah tersebut, RM11.2 juta akan digunakan bagi meningkatkan imej kereta sewa di mana menerusi skim bantuan ini setiap pengusaha diberi geran RM10,000 seorang untuk membeli kereta baru atau mengecat kereta sedia ada.

RM13.2 juta tingkat imej pengangkutan awam

Terengganu memperuntukkan RM13.2 juta untuk meningkatkan imej pengangkutan awam negeri.

Sehingga ini terdapat 454 orang pengusaha kereta sewa seluruh negeri dan daripada jumlah tersebut hanya 189 orang sahaja lagi yang belum mendapat kemudahan yang disediakan kerajaan. Manakala RM2 juta lagi berupa bantuan kepada pegusaha bas henti-henti dan setiap syarikat bas layak menerima bantuan maksima RM150,000. “Konsep bantuan ialah RM50,000 berupa geran yang tidak perlu dibayar dan RM100,000 lagi dalam bentuk pinjaman mu-

dah,” katanya. Sehingga ini enam buah syarikat iaitu SPBT Travel Sdn Bhd, Syarikat Himda, Pengangkutan Bumi Pantai, Pengangkutan Hamid Yaakob, Pengangkutan Intan Unggul dan Syarikat Pengangkutan Mohd. Nor dan Hisham yang sedang beroperasi dan akan menerima bantuan berkenaan. Dato’ Ahmad turut menegaskan bahawa kerajaan sekali-kali tidak akan meminggirkan pengusaha beca roda tiga yang menjadi ikon pelancongan se-

jak sekian lama. “Kerajaan bersetuju menambah RM500,000 lagi untuk meningkatkan perkhidmatan kenderaan tersebut dan sebagai permulaan empat orang daripada 30 pengusaha telah menukar beca mereka menggunakan enjin hybrid,” katanya. Katanya, segala bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dapat dipergunakan sebaik mungkin dan bukan sebaliknya menghentam kerajaan.

Tiga kilang kenaf RM40 juta Terengganu mengenal pasti tiga kawasan di negeri ini untuk pembinaan tiga buah kilang memproses kenaf yang bernilai RM40 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Rozi Mamat berkata ketigatiga kilang tersebut yang dijangka dibina tahun ini serta mendapat kerjasama beberapa buah syarikat asing, akan dibangunkan di Merchang, Marang; Saujana (Setiu) dan Gong Medan, Besut. “Kilang di Marang berharga RM24 juta manakala di Setiu (RM4 juta) dan di Besut berjumlah RM12 juta. Kilang-kilang ini

berfungsi sebagai tempat memproses kenaf untuk dijadikan makanan ternakan dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan ehsan kepada penanam tembakau, di Kuala Terengganu, barubaru ini. YB Rozi berkata penubuhan tiga kilang tersebut mampu menggalakkan industri penanaman kenaf di negeri ini. “Kita kini hendak menggalakkan bekas penanam tembakau supaya menanam kenaf berikutan syarikat tembakau dilihat mula mengecilkan kuota pengeluaran tembakau dari setahun ke setahun,”

Kilang kenaf yang siap dibina di Saujana Setiu mendapat kerjasama syarikat luar negara.

katanya. Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM8 juta untuk bantuan tanaman kenaf di Terengganu dengan sasaran tanaman seluas kirakira 500 hektar tahun ini. “Harga kenaf seka-

rang ini telah meningkat kepada RM500 satu tan berbanding RM350 satu tan sebelum ini dan kerajaan sentiasa berbincang dengan bekas penanam tembakau supaya mereka berminat dengan tanaman kenaf,” katanya.

3

Karas cegah penyakit kronik Pokok karas atau nama saintifiknya ‘Aqualaria malaccensis’ bukan sahaja mendapat pasaran tinggi di luar negara untuk dijadikan bahan pewangi malah mampu mencegah penyakit kronik. Menyedari kepentingan itu, Jabatan Perhutanan Terengganu (JPT) mengeluarkan produk minuman iaitu teh karas untuk menyembuhkan penyakit diabetis dan darah tinggi. Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Dato’ Razani Ujang, berkata JPT sudah menghantar produk itu kepada pihak berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ujikaji. “Pengguna yang mencuba produk itu nyata mendapat kesan positif kerana mampu mengurangkan kadar gula dalam badan selain mengawal tekanan darah. “Sebelum ini mungkin orang ramai mengetahui pokok karas hanya boleh dijadikan kayu gaharu yang minyaknya digunakan sebagai antara ramuan untuk menghasilkan minyak wangi,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang, yang turut disertai Pengarah JPT Nor Akhiruddin Mahmud. Razani berkata, teh tersebut telah pun dipasarkan secara kecilkecilan oleh Jabatan Perhutanan negeri bermula tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai kerana keberkesanannya. Bagaimanapun, katanya, ujian secara klinikal masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara tersebut. Selain itu, katanya, rekod menunjukkan selain dijadikan minyak wangi, gaharu turut boleh dijadikan ubat selepas bersalin, anti biotik, anti kanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit perut dan sakit badan.


4

Khamis, 01 April 2010

keluaran khas

ANALISIS Dato’ Ahmad faham kehendak rakyat “Ini berlaku bukan dengan kehendak saya. Ketentuan Allah s.w.t. Kita menerima hakikat ini. ‘Kun Fayakuun’. Kalau hendak jadi, jadilah. Ini yang berlaku sebenarnya,” demikian luahan Dato’ Haji Ahmad Said kepada sekumpulan wartawan di Teluk Kalong, Kemaman, sehari selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar ke-13. Sebaik memegang amanah yang diberikan, pemimpin berjiwa rakyat itu mengorak langkah demi langkah bagi membela nasib rakyat Terengganu, dengan memberi keutamaan kepada program pendidikan dan membantu golongan miskin. Tanpa projek mega, Dato’ Ahmad memperkenalkan banyak program yang difikirkan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat dan hasilnya dapat dilihat dalam waktu yang agak singkat. “Saya tahu sebenarnya apa yang rakyat Terengganu mahukan, walaupun segelintir pihak menyatakan pendekatan yang dilakukan saya agak kekampungan tetapi ini sebenarnya kehendak orang kampung dan masyarakat setempat,” ujar beliau. Komitmen Dato’ Ahmad terhadap usaha memajukan bidang pendidikan amat tinggi dan tidak hairanlah jika beliau sanggup hadir di majlis mengagihkan e-Book kepada murid-murid sekolah walaupun terpaksa dipapah orang lain. Malah, dalam keadaan biasa beliau sanggup bersalam dengan setiap murid dan ibu bapa yang menerima e-Book walaupun jumlah mereka melebihi 1,500 orang pada satu-satu majlis. Begitu juga dengan pelajar Tingkatan Enam atas yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), beliau bersalam dengan setiap pelajar lelaki sambil memberi nasihat kepada semua pelajar, baik lelaki mahu pun perempuan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan cemerlang, sambil menghulurkan bantuan RM1,000 seorang untuk membeli buku-buku rujukan. Kesungguhan beliau berbaloi apabila Terengganu mencatatkan kejayaan apabila menjadi juara STPM pada tahun 2008 dan mengekalkan kejuaraan tersebut buat tahun kedua berturut-turut pada 2009. “Pendidikan cukup penting di kalangan masyarakat hari ini kerana kita berjaya hari ini disebabkan adanya pendidikan. Kita mampu mengubah hidup keluarga dan maju kerana pendidikan. “Jika dahulu bapa mencari rezeki sebagai nelayan dan petani, tidak logik anaknya yang mendapat pendidikan tinggi akan menjadi nelayan dan petani juga, mungkin menjadi doktor perubatan dan jurutera. “Anak kepada doktor dan jurutera itu pula tidak logik akan menjadi petani dan nelayan dan jatuh miskin. Rakyat di negara kita jauh lebih maju daripada dulu,” begitu jauh pandangan Menteri Besar berhubung soal pendidikan. Dengan kegigihan beliau melaksanakan pelbagai program untuk rakyat, pastinya seluruh lapisan masyarakat berdiri teguh di belakang Dato’ Ahmad dan saf kepimpinan Negeri Terengganu Darul Iman.

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar. Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri Pengarang : Rosli Zakaria Timbalan Pengarang : Kamarudin Mat Akib Penulis Khas : Ruslan Abd Rahman Ketua Pemberita : Aida Abd. Rahman Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura Jamaluddin Jurufoto : Zulkipli Putra Pengendali Blog : Harun Hassan

Bijak pandai ada mengatakan, kalau kita tidak merancang apa-apa, bermakna kita merancang kegagalan. Dengan hasrat menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu, Dato’ Haji Ahmad Said yang diamanahkan menjadi orang nombor satu Terengganu sejak dua tahun lalu, tidak pernah kering idea, terusmenerus membuat perancangan demi perancangan. Terbaru memasuki genap dua tahun pentadbirannya sebagai Menteri BesarTerengganu, diperkenalkan angka 201052. Kalau tidak di amati betul-betul tentulah simbolik angka itu sukar difahami, adakah ia bermaknaa tahun baru 2010, tetapi apa pula ditambahkan dengan angka 52 di hujungnya? Ia memang nombor istimewa, tetapi bukan untuk tujuan negatif. Dato’ Haji Ahmad menerangkan bahawa 201052 adalah suatu strategi dan sasaran untuk pencapaian dalam beberapa peperiksaan awam bagi muridmurid di Terengganu pada tahun 2010. Sasaran untuk tahun 2010: 20 peratus calon UPSR mendapat semua A, 10 peratus bagi PMR, 5 peratus bagi SPM dan 2 peratus bagi STPM. Walaupun sudah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2009, menjadikan kekal juara sembilan tahun berturut-turut tetapi Menteri Besar mahu tingkatkan lagi pencapaiannya. Beliau tidak mahu kita terlalu ‘complacent’ atau cepat puas hati, tetapi berhasrat 20 peratus lagi pada tahun ini (2010) caloncalon UPSR mendapat semua A. Tahun 2007 seramai 4,196 orang mendapat A dalam UPSR atau 17.02 peratus, bermakna 3 peratus lagi perlu ditingkatkan. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan e-Book oleh pelajar Tahun Enam yang mengambil peperiksaan UPSR kali ini, yang digunakan sejak mereka di Tahun Lima lagi. Peningkatan 20 peratus yang disasarkan itu adalah berasaskan sistem dan teknik pembelajaran yang canggih menggunakan e-Book termasuk pepe-

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Makna di sebalik 201052

riksaan secara talian terus dan latih-tubi yang menggunakan teknologi komunikasi yang terbaru. Adalah silap kalau kita hanya memahami e-Book itu sekadar menyalin bahan-bahan buku-buku teks ke dalam komputer, tetapi ia merangkumi sistem pembelajaran yang moden, termasuk latih-tubi soalan, peperiksaan talian terus, sumber rujukan yang tidak terhad dan sebagainya. Keputusan dalam PMR juga amatlah membanggakan kerana Terengganu juga menjadi negeri terbaik seluruh negara dua tahun berturut-turut, 2008 dan 2009. Bahkan pada PMR 2009, tiga buah sekolah di Terengganu muncul terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu Sekolah Menengah Mak Lagam, Kemaman, Sekolah Imtiaz Besut serta Kuala Berang. Hasratnya ialah pada tahun 2010, 10 peratus calon-calon PMR akan mendapat semua A dalam peperiksaan itu nanti. Begitu juga SPM, keputusan pencapaian dalam tahun 2009 membanggalkan juga apabila 355

calon mendapat semua A, bertambah 60 orang dari sebelumnya (2008) 295 orang sahaja. Sasaran 2010 ialah 5 peratus akan mendapat semua A. Manakala dalam STPM tahun 2009 seramai 246 pelajar mendapat 5 Prinsipal (P), 1229 mendapat 4P dan yang lulus penuh 95.99 peratus. Sasarannya ialah sekurang-kurangnya 2 peratus mendapat Prinsipal A. Demikianlah makna di sebalik angka 201052... Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah bagaimana berlaku pencapaian yang dicitacitakan itu? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan kecemerlangan yang diharapkan itu? Sudah tentu ia tidak boleh bergantung pada ‘nasib’ semata-mata, mestilah usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan. Di pihak pimpinan telah menunjukkan inspirasi dan halatuju yang jelas, betul dan tepat. Mestilah wujud misi, visi dan komitmen atau contoh ikutan, sama ada dari aspek diri individu

atau pihak pengurusan jabatan dan sekolah serta ibu bapa. Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kejayaan dan kecemerlangan serta kegemilangan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti dan semua akan menikmati hasil kecemerlangan itu, sekurangkurangnya berasa bangga atas pencapaian. Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru, ibu bapa dan pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit. Untuk menjadi pendidik dan pelajar berkesan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan saujana dengan merubah dan meruntuh tembok penghalang. Jangan sekali-kali menolak perubahan (resist change), tetapi hendaklah sentiasa menerima perubahan dengan hati yang terbuka. Seorang pengarang terkenal ada menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena lepaskan, bukan kepada perkaraperkara yang akan kita dapat. Setiap orang mempunyai tolak ansur yang berbeza terhadap perubahan dan berasa berat untuk menanggung bebanan kesan dari perubahan dan perkara-perkara baru yang diperkenalkan. Namun Islam mengajar kita bahawa Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka bertindak mengubah nasib mereka sendiri.


Khamis, 01 April 2010

keluaran khas

BUDAYA Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN Menghayati perubahan pembangunan yang berlaku adalah sesuatu yang boleh menambah kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa. Terengganu suatu masa dulu sebuah negeri yang ketinggalan dalam banyak perkara, kemudahan asas, kedudukan ekonomi, kesihatan, pengangkutan dan sebagainya. Gambar-gambar yang dipaparkan ini sudah dapat memberi bayangan kepada kita betapa suatu masa dahulu Terengganu berada jauh di belakang sedang pada ketika itu negerinegeri lain di Pantai Barat Semenanjung sudah membangun dan pesat pembangunan ekonominya. Kalau kita menghayati ucapan Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said

yang sering menceritakan kesusahan rakyat Terengganu pada masa lalu, keadaan rumah berdinding buluh, berlantai batang nibung dan beratap daun kelapa atau pokok sagu, makan ubi gadung dan sebagainya, ia cukup memberi pengajaran dan makna yang tersendiri. Ini kerana zaman itu telah berlalu, perubahan dan pembangunan pesat hasil kebijaksanaan kerajaan yang memerintah telah merubah segalanya. Tentu sekali generasi baru sukar melihat situasi yang digambarkan itu, namun dengan paparan gambar-gambar hitam putih ini, tahulah mereka akan asal-usulnya, sekaligus membantu memperkuatkan jati diri mereka. Keadaan bandar Kuala

Terengganu: Masa lalu dan kini Nostalgia dan membina jati diri

Suasana stesen bas Kuala Terengganu dahulu jauh berbeza dengan sekarang.

Terengganu yang bagaikan sebuah kampung sahaja, pengangkutan dan jalan raya sungguh menyedihkan, bahkan dikisahkan bas-bas lama melalui jalan berpasir sehingga tayar beralaskan daun kelapa, perahu layar untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya. Penggunaan feri lama untuk menyeberangi sungai nan luas terentang adalah perkara biasa kerana ketiadaan jambatan yang dibina. Walaupun berbahaya tetapi tiada pilihannya. Justeru itu wajarlah sesekali kita menjenguk jendela budaya dan kehidupan kita masa lalu. Ia bukan sahaja menjadi nostalgia kepada generasi Jalan denai ini dilalui pelbagai kenderaan seperti kereta dan bas.

5

Perahu Sekuchi digunakan nelayan tradisional.

Jalan Sultan Ismail dahulu (kiri) dan kini (kanan) begitu jauh berbeza selepas lebih tiga dekad kerana kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) memajukan kawasan bandar.

yang telah berusia dan sempat dengan kehidupan Terengganu di masa lalu, tetapi bolehlah dibuat perbandingan tentang perubahan kehidupan masa kini dengan masa lalu. Kemudahan hari ini begitu banyak. Sekolah di Terengganu dahulu tidak banyak seperti hari ini, di peringkat menengah yang terdapat hanyalah Sultan Sulaiman (aliran Inggeris) dan Sekolah Menengah Agama Zainal Abidin. Hari ini sekolah terdapat di mana-mana sahaja di bandar mahupun di luar bandar. Pendemokrasian pendidikan berlaku dengan hebatnya; semua tidak kira dari keluarga kaya atau miskin, semua berpeluang belajar sehingga ke peringkat tertinggi. Dahulu, pinjaman buku teks tidak semudah hari ini, terpaksa berusaha melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebilangan murid sahaja yang memperolehinya. Hari ini bukan lagi buku teks, eBook pun boleh dapat percuma. Semoga dengan apa yang dipaparkan ini memberikan kita suatu kesedaran bahawa hubungan dan kerjasama erat kerajaan dan rakyat, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan, hasilnya ialah perubahan dan kecemerlangan yang amat membanggakan.


6

Khamis, 01 April 2010

WAKAF RAKYAT Oleh: PUTERA PESISIR AIR JUARA RAKYAT, dua perkataan yang semakin popular dewasa ini. Ini kerana apa yang dinamakan sebagai program Juara Rakyat sudah terlaksana di beberapa tempat di negara dan negeri ini. Mungkin rakyat kebanyakan masih kabur dengan pengertian dan falsafah di sebalik kata-kata dan program Juara Rakyat itu. Sebenarnya melalui program dan pendekatan ini, parti dan kerajaan yang memerintah mahu rakyat menyedari bahawa tiada pihak lain yang selama ini menjuarai kehidupan rakyat melainkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) jualah. Menjuarai pembelaan rakyat, menjuarai pembangunan untuk rakyat dan berada di barisan depan dalam apa jua isu membela dan mengatasi masalah rakyat. Kerajaan yang ada ini, baik di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri Terengganu yang diterajui BN, meletakkan sepanjang masa rakyat sebagai keutamaan nombor satu kerana kepimpinan sedar bahawa kerajaan yang wujud ini, parti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dipilih menjadi kerajaan ini adalah atas keputusan yang dibuat oleh rakyat. Kita tidak boleh nafikan di samping menikmati kehidupan yang begitu selesa dan harmoni di negara ini, rakyat juga seringkali didatangi oleh dakyahdakyah yang menyatakan negara ini sudah rosak binasa dan pelbagai cerita yang kurang menarik dikhabarkan. Pihak yang cuba menafikan peranan parti pemerintah negara ini datang kononnya atas nama pembaharuan, perubahan dan apa-apa sahaja retorik yang boleh mempengaruhi agar menyokong pihak mereka pula. Mereka mahu rakyat berikan pula undi kepada mereka dalam pilihan raya akan datang dengan melabelkan partinya yang terbaik sedang parti dan kerajaan yang selama ini tempat mereka tagih segala kenikmatan dilabelkan dengan pelbagai kebusukan. Itulah permainan politik yang cukup kotor

keluaran khas

Memahami juara rakyat

Program Juara Rakyat merupakan suatu manifestasi perubahan dan pembaharuan yang akan terus dilakukan oleh Kerajaan BN untuk kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat.

Menjuarai pembelaan rakyat, menjuarai pembangunan untuk rakyat dan berada di barisan depan dalam apa jua isu membela dan mengatasi masalah rakyat.

dan menjijikkan. Tiada langsung untuk berterima kasih kepada yang menjuarai kehidupan mereka sendiri, sedangkan Rasulullah s.a.w ada bersabda yang maksudnya siapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, mereka sebenarnya tidak bersyukur kepada Allah. Pihak yang memburukburukkan Umno dan BN itu sendiri pun lupa bahawa kehebatan yang ada pada mereka itu, baik dari segi kekuatan intelektual, pendidikan dan ekonomi adalah hasil dari perjuangan pimpinan dari parti yang mereka gambarkan dengan segala-macam keburukan itu. Kadang-kadang ramai juga yang terpengaruh

dengan mengatakan bahawa kehidupan baik dan selesa yang dilalui ini bukan kerana sesiapa tetapi kerana semulajadi begitu dan selebihnya hasil usahanya sendiri. Mereka lupa peranan dan kebijaksanaan kerajaan BN yang ditakdirkan Allah mentadbir negara sekian lama menjadikan mereka dan keluarga mereka hidup dengan begitu aman dan bahagia di bumi bertuah ini. Sekurang-kurangnya dengan tampilnya program Juara Rakyat ini akan dapat mengembalikan ingatan rakyat, kefahaman rakyat dan kesedaran rakyat untuk membezakan di antara kaca dan permata, antara

kepalsuan dan ketulenan perjuangan. Begitu juga sekurangkurangnya dapat menyedarkan kepada pendokong perjuangan murni Umno dan BN bahawa nun di sana ada rakyat sedang menagih perkhidmatan dan bakti kita. Letakkan kepentingan rakyat, kepentingan parti mengatasi kepentingan diri sendiri. Juara Rakyat ini sebenarnya suatu ikrar bahawa Kerajaan BN yang ditunjangi Umno akan tetap meneruskan perjuangannya untuk kelangsungan kehidupan rakyat di negara dan negeri ini. Rakyat Terengganu sudah merasai pahit getir be-

rada di bawah parti yang menjadi kerajaan selain kerajaan Umno-BN. Tidak payah diceritakan panjang lebar, kerana rakyat Terengganu bukan sahaja pernah menyaksikan penderitaan itu, malah mengalami dan merasainya sendiri. Kini sejarah penderitaan itu dirasai pula oleh sahabat-sahabat di beberapa negeri yang tersilap membuat perhitungan. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran; mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan. Manifesto hanya tinggal manifesto, janji hanya tinggal janji. Baru-baru ini pula Parlimen yang bersidang

dikejutkan dengan pengakuan beberapa pendokong kumpulan yang pernah bersama pembangkang yang menghuraikan kedurjanaan dan konspirasi jahat pihaknya, setelah tidak lagi bersedia untuk meneruskan konspirasi jahat dan tindakan matlamat menghalalkan cara untuk menjatuhkan pimpinan parti Umno-BN. Apabila sesuatu perjuangan yang buruk dan menyimpang dari kesucian, tidak perlu tunggu orang lain membongkarnya, akhirnya orang yang pernah berada di dalam pakatan sendiri tampil membetulkan kemungkaran, demikian kekuasaan Allah. Melalui Program Juara Rakyat juga merupakan suatu manifestasi perubahan dan pembaharuan yang akan terus dilakukan oleh Kerajaan BN untuk kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat di negara ini, termasuklah di Terengganu. Tidak perlu kepada parti lain yang membuat perubahan dan pembaharuan, rakyat Terengganu sekarang sedang menikmati pembaharuan dan perubahan yang amat hebat di bawah kerajaan BN pimpinan Dato’ Haji Ahmad Said. Walaupun di masa itu tidak muncul lagi Program Juara Rakyat, Dato’ Haji Ahmad sebaik sahaja dilantik mengetuai Kerajaan Terengganu dua tahun yang lalu menyatakan bahawa fokus pentadbirannya ialah untuk mempastikan rakyat mendapat faedah dan manfaat dari segala bentuk perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan. Masuk kampung, lawat rumah ke rumah bertanya khabar tentang kehidupan rakyat, yang susah dibantu yang berjaya diberikan penghargaan- demikian juara yang sebenarnya, Dato’ Haji Ahmad dilahirkan dari acuan rakyat. Setiap apa yang dilakukan dipastikan adalah untuk faedah rakyat, nikmatnya untuk rakyat. Denyut nadinya adalah denyut nadi rakyat. Dua tahun sudah kehadirannya untuk rakyat. Juara dan pencapaian pimpinannya juga adalah untuk rakyat.



8

Khamis, 01 April 2010

keluaran khas

Alhamdulillah Allah swt memberi kekuatan kepada Menteri Besar, Dato’ Ahmad meneruskan tradisi membela rakyat.

Detik bersejarah di mana Menteri Besar meletakkan tangan ke atas bebola kristal m

Sambutan dua tahu dirai penuh ke Oleh: Suriati Ali

Menteri Besar menyampaikan ucapan ringkas selepas majlis kesyukuran sempena dua tahun pemerintahan beliau mentadbir negeri Terengganu.

Berterimakasih kepada rakan-rakan kerana bersama-sama mengerah tenaga mentadbir negeri.

Tanggal 24 Mac 2010, genap sudah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mentadbir Terengganu dengan slogannya `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’. Sempena sambutan ulangtahun kedua pentadbirannya, Majlis Doa Selamat dan Tahlil diadakan di kediaman beliau, Seri Iman, Batu Buruk, pada 22 Mac lalu. Kira-kira 350 tetamu, termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Encik Rozi Mamat. Hadir sama di majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebu-

Barisan kepimpinan kerajaan negeri berdiri teguh di belakang Menteri Besar Terengganu.

dayaan, Kesenian, dan Wari Datuk Za’abar Mohd Adib Jawatankuasa Kesihatan, P Hal Ehwal Pengguna nege dul Rahman Mokhtar, Pe wangan Negeri, Dato’ Ab Ismail dan beberapa pega kerajaan. Majlis tersebut dimulak solat Maghrib berjemaah solat hajat, tahlil dan solat Menteri Besar, Dato’ Ah mengajak seluruh rakyat T khususnya penganut aga agar bersyukur dengan seg yang dikurniakan Allah s.w negeri ini mendapat rezeki limpah ruah, termasuk m dan petroleum. Pada masa yang sama, rut meminta penduduk tem menjaga dengan sempurna semulajadi, keamanan n

Dato’ Ahmad (dua dari kiri) bersama Dato’ Ma Ismail dan YB Ahmad Razif melihat kandunga Pentadbiran dan Pembangunan yang diterbit


keluaran khas

bebola kristal menandakan genap pemerintahannya selama dua tahun.

Khamis, 01 April 2010

9

Memohon limpah rahmat daripada Allah swt supaya diberi kekuatan untuk terus memimpin negeri dan membela rakyat.

ahun pentadbiran h kesyukuran

an, dan Warisan negeri, Mohd Adib; Pengerusi Kesihatan, Perpaduan, gguna negeri, Dr AbMokhtar, Pegawai Kei, Dato’ Abdul Razak erapa pegawai kanan

but dimulakan dengan berjemaah dan diikuti il dan solat Isyak. ar, Dato’ Ahmad Said, uh rakyat Terengganu, nganut agama Islam dengan segala nikmat an Allah s.w.t di mana dapat rezeki yang meermasuk minyak, gas

yang sama, beliau tunduduk tempatan agar n sempurna keindahan eamanan negara dan

bumi yang subur yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. “Selain itu beberapa penemuan baru termasuk bahan galian yang akan diumumkan kelak akan menjadikan negeri ini tidak lagi bergantung kepada sumber tradisi seperti minyak dan gas,” Dato’ Ahmad turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan para tetamu yang turut disajikan hidangan makan malam. Selepas itu, Buku 2 Tahun `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan turut dilancarkan di Wisma Darul Iman, sebagai tanda simbolik pemerintahan Dato’ Ahmad. Lebih 3,000 kakitangan awam dan swasta hadir di majlis itu sebagai tanda sokongan dan memberi kata-kata semangat supaya Menteri Besar terus berjuang mempertahankan hak rakyat dan menekankan pembangunan seimbang.

ama Dato’ Mazlan Ngah, Dato’ Abdul Razak hat kandungan buku 2 Tahun Merakyatkan n yang diterbitkan Unit Komunikasi Negeri.

Berucap sambil memberi amanat kepada kakitangan awam.

Mungkin ada yang tersentuh ketika melihat gambar-gambar sepanjang dua tahun pemerintahan.

Kakitangan kerajaan sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Dato’ Ahmad.


10

Khamis, 01 April 2010

keluaran khas

PADA tanggal 23 Mac 2010, genaplah dua tahun YAB Dato’ Ahmad Said memikul amanah sebagai Menteri Besar Terengganu. Dalam tempoh tersebut, anak kelahiran Teluk Kalong, Kemaman ini melakukan pelbagai program dan projek yang berpaksikan kepada usaha membela nasib rakyat Terengganu. Wakil Teganukita, KAMARUDIN MAT AKIB, RUSLAN ABDUL RAHMAN, AIDA ABDUL RAHMAN DAN SURIATI ALI menemubual Dato’ Ahmad bagi mendapatkan reaksi beliau sepanjang tempoh mentadbir negeri ini. Soalan: Selepas genap dua tahun pemerintahan Dato’, apakah halangan-halangan yang dihadapi dan adakah slogan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan” yang diuar-uarkan sebelum ini berjaya memikat hati rakyat. Sebenarnya, saya tidak menganggap perkara ini sebagai satu halangan di bawah slogan `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’. Saya bersyukur kerana mempunyai strategi dan agenda tertentu, semua ini kita ingin lihat kesan jangka pendek dan jangka panjang. Diucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai yang telah memberi komitmen kepada setiap program yang diatur. Sebagai contoh, apabila saya bertemu pegawai tadbir kanan, saya suka menyatakan bahawa mereka harus bertindak sebagai profesional kerajaan dan mengharapkan mereka juga turun ke bawah untuk melihat apa masalah yang dialami rakyat. Pendekatan itu dapat menyelami hati rakyat, bukan sahaja berdasarkan kepada teori di mana rakyat perlu datang kepada pegawai untuk selesaikan masalah, pada masa sama mereka perlu ‘turun padang’ untuk mencari punca dan apakah masalah sebenar rakyat, terutama di peringkat akar umbi. Untuk menyelami perasaan rakyat bukan sahaja perlu lahir di kalangan ahli politik malah pentadbir yang akan melaksanakan program dan perancangan yang dilaksanakan. Perlu selaraskan semua ini agar mempunyai pendekatan dan perancangan baik. Rakyat melihat dalam tempoh dua tahun,apakah yang kerajaan lakukan diterima oleh rakyat, kedua apakah yang dirancang ini akan terus menjayakan aktiviti dan program untuk membasmi kemiskinan. Mewujudkan bandar yang selamat, menjadikan sebuah negeri yang membangun, memberI peluang pekerjaan dan sebagainya. Ini perlu kita lihat secara kesluruhan, kita mahukan adanya kesan jangka pendek dan kesan jangka penjang. Soalan: Adakah program dan projek yang dilaksanakan dalam tempoh itu sudah memenuhi kehendak rakyat. Saya tahu sebenarnya apa yang rakyat Terengganu mahukan, walaupun segelintir pihak menyatakan pendekatan yang dilakukan saya agak kekampungan dan sebagainya, tetapi ini sebenarnya kehendak orang kampung dan masrayakat setempat. Sebab itulah daripada dulu pun, jika

Dato’ Ahmad tidak jemu ta

dibandingkan di negeri lain tiada seorang pun wakil rakyat atau Exco Terengganu yang berani naik kereta duduk di belakang. Saya duduk di belakang kerana terpaksa kerana mempunyai pengawal peribadi dan termaktub dalam undang-undang. Bagi saya tiada pengawal keselamatan pun tidak apa, tetapi disebabkan peraturan, saya patuhinya. Saya lebih selesa berjalan tanpa dikawal, bagi saya tiada perkara yang perlu ditakutkan kerana negara kita selamat. Soalan: Pendekatan Dato’ untuk berdamping dengan rakyat. Kita perlu berjumpa dengan rakyat supaya mereka mudah memahami apa kehendak kita dan sebaliknya. Sudah menjadi kebiasaan bagi politik orang Terengganu, dulu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ada menyebut, semua wakil rakyat perlu turun pandang, tetapi di Terengganu tidak sesuai menggunakan istilah itu, kerana rata-rata wakil rakyatnya tinggal di dalam padang (kampung). Perkara ini berlaku di sebelah Pantai Barat, contohnya Selangor, wakil rakyat tinggal di Kuala Lumpur, hanya hujung minggu sahaja dapat jumpa rakyat, ia berlainan di Terengganu yang lazimnya tinggal di kawasan sendiri. Faktor ini memudahkan rakyat bertemu wakil rakyatnya pada bila-bila masa. Saya melihat rakyat begitu gembira, apabila saya turun padang, saya bersalaman dengan mereka, rakyat tidak mahu hubungan mereka dengan wakil rakyat ada halangan. Soalan: Adakah Dato’ puas hati perdekatan yang dilaksanakan Exco dan wakil rakyat untuk mendekati hati rakyat. Saya melihat ada di kalangan Exco dan wakil rakyat kita ‘turun padang’ dan mempunyai sahsiah yang baik dalam menjaga hubungan antara rakyat. Tidak dinafikan juga ada wakil rakyat itu sendiri mewujudkan halangan tetapi saya sudah menegur perilaku mereka. Pelbagai program sudah lama diwujudkan bertujuan memikat hati rakyat. Di Terengganu setiap bulan kita laksanakan program malah ada kalanya dua hingga tiga program dalam tempoh satu bulan. Sebagai contoh untuk menjaga kebajikan, kita sentiasa aturkan program untuk berjumpa golongan itu. Apabila tiba musim perayaan, kita mempunyai puluhan ribu penerima dana, sekurang-kurangnya seribu hingga dua ribu dalam satu Dewan Undangan Negeri (DUN), kita bukan sahaja boleh berjumpa dengan mereka, bercakap, sampaikan pesanan yang inginkan malah dapat bersalaman dengan mereka. Ketika mereka datang menuntut Dana Raya, di situ juga kita boleh berjumpa. Apabila ada program di sekolah, ibu bapa juga diwajibkan hadir, cara itu kita sebagai

wakil rakyat dapat bersua muka. Soalan: Kerajaan negeri cukup menekankan kepada sistem pendidikan, adakah itu langkah terbaik untuk membasmi kemiskinan. Pendidikan cukup penting di kalangan masyarakat hari ini kerana kita berjaya hari ini disebabkan adanya pendidikan. Kita mampu mengubah hidup keluarga dan maju kerana pendidikan. Jika dahulu bapa mencari rezeki sebagai nelayan dan petani, tidak logik anaknya yang mendapat pendidikan tinggi akan menjadi nelayan dan petani juga, mungkin menjadi doktor perubatan dan jurutera. Anak kepada doktor dan jurutera itu pula tidak logik akan menjadi petani dan nelayan dan jatuh miskin. Rakyat di negara kita jauh lebih maju daripada dulu. Sebagai contoh apabila tiba musim cuti sekolah atau perayaan, setiap rumah mempunyai kereta tiga hingga lima buah, ini membuktikan mereka sudah berjaya. Dalam Islam pun mengajar kita supaya menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Walaupun Terengganu telah banyak mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang, tetapi kita perlu mengakui masih lagi ketinggalan berbanding beberapa negeri di Pantai Barat dan juga Kelantan. Kita tidak perlu dengki terhadap masyarakat Kelantan, mereka sedar lebih awal lagi di mana orang Kelantan sanggup merantau sehingga ke Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur semata-mata ingin mencari pekerjaan untuk pendidikan anak-anak. Rakyat di Terengganu tidak begitu, sekarang ini barulah timbul kesedaran perlunya anak-anak mengikuti kelas tambahan dan sebagainya,. Oleh itu, kita perlu melangkah lebih ke hadapan untuk mengejar pesaing-pesaing yang sudah lama maju, sebab itu kita perlu mengeluarkan belanja yang besar. Soalan: Pelaburan besar di bidang pendidikan sudah tentu membuka mata pelbagai pihak, adakah Dato’ rasakan semua ini berbaloi. Kita perlu melabur untuk jangka masa panjang, jika tidak ia akan merugikan kita. Terengganu berjaya mencapai kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sembilan tahun berturutturut, kerana kita sanggup mengeluarkan

peruntukan RM30 juta setahun. Kelas tambahan turut diberi pengiktirafan, hasil usaha Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah dua tahun berjaya menduduki tempat pertama, begitu juga dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Saya sanggup bersalaman dengan pelajar STPM ketika mengagihkan bantuan RM1,000, dengan berdiri sehingga empat jam semata-mata mahu memberi galakan kepada pelajar. Target kita pada masa akan datang adalah untuk mencapai 20 peratus mendapat 5A daripada bilangan pelajar menduduki UPSR, sekarang ini kita sudah pun mendapat 15.3 peratus dan untuk mencapai sasaran itu hanya tinggal 4.7 peratus sahaja lagi. Dengan adanya e-Book, menyebabkan pelajar kita bersemangat untuk belajar, kita ada peperiksaan on-line, latih tubi, kita harap dapat mancapai hasrat itu. Pelajar yang sudah menggunakan e-Book ini diharapkan sekurang-kurangnya mendapat tambahan kelulusan empat peratus lagi. Jika kita benar-benar mencapai target itu, semua pihak akan buka mata dan jika sebaliknya, masyarakat akan menghentam kita balik. Soalan: Langkah terbaik yang diambil kerajaan negeri untuk mengatasi masalah pengangguran yang dianggap serius di kalangan masyarakat hari ini. Kerajaan negeri mengenakan syarat kepada kontraktor tempatan supaya mengambil 60 peratus pekerja tempatan dan selebihnya barulah diberi peluang kepada warga asing. Tetapi, apa menducitakan rakyat kita tidak mahu bekerja dalam bidang itu, mereka lebih rela menganggur. Warga asing seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar, datang ke sini bukannya seorang pekerja yang mahir, mereka kebanyakan nelayan dan petani, apabila datang ke Malaysia mereka rajin berusaha kerana inginkan duit dan akhirnya menjadi ketua serta berjaya menjadi subkontraktor. Soalan: Perkembangan terbaru mengenai langkah kerajaan kerajaan negeri mewujudkan Ladang Rakyat. Sekarang ini kerajaan negeri sudah pun mempunyai 100 ekar ladang kelapa sawit, hujung tahun ini, Insya-Allah sudah boleh

tana K ban ing tam mer bol Seb hen dan lah men K dan mu dan hin P Com jaya ikan den rata S pen gan Pem den lam K hati kan yan keg kur unt men P kep aka kan S sud lau teri sek A nan Pej sist S katk ber lam 95 nah


keluaran khas

Khamis, 01 April 2010

11

u tabur bakti bangunkan negeri

gikgah aya uga ysia

elauan pat kan

dapat uki daasahaja

kan jar, ubi, elaini apagi. get ika am

ditasi gap ni. arat aya tan keitaam ng-

ananeka bila erunya ub-

engeri

pun wit, leh

tanam. Kita akan kumpul dana ini untuk membantu rakyat, di samping boleh membimbing mereka. kalau dia miskin, kita boleh tambah pendapatan, masalahnya sekarang mereka miskin minda, kerajaan tidak boleh mengubahnya. Sebagai contoh, dalam masa terdekat kita hendak buka ladang nanas dan kelapa pandan seluas 10,000 ekar, tetapi tidak tahulah siapa yang sanggup berpindah untuk mengusahakannya. Kita sudah berusaha sediakan rumah dan semua sekali. Saya hairan rakyat kita muda-muda lagi sudah minta bantuan, sedangkan warga asing boleh mencari kerja hingga menjadi kaya raya. Projek perternakan ikan di Sungai Como, di Hulu Terengganu juga tidak berjaya sebab mereka tidak minat menjaga ikan, akhir kita mencari alternatif lain dengan menggunakan kaedah agih sama rata. Soalan: Semua rakyat mengetahui pendekatan Dato’ memperkenalkan slogan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”, adakah Dato’ puas hati dengan penerapan konsep tersebut dalam pentadbiran kerajaan sekarang ini. Kalau diikutkan memang tidak puas hati. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan, penambahbaikan perlu dibuat, apa yang dihajati masih lagi tidak terlaksana, kegagalan berkomunikasi, kadang-kadang kurang menghayati. Sekurang-kurang untuk melaksanakan perancangan itu mengambil masa lima tahun,. Paling utama adalah memastikan kepuasan rakyat, kalau mereka setuju kita akan teruskan apa yang ingin dilaksanakan. Sebagai contoh, berkaitan tanah, kita sudah mengamalkan sistem on-line, kalau dulu untuk mendapat kelulusan Menteri Besar, perlu hantar surat rasmi, tetapi sekarang sudah tidak perlu. Apabila pejabat tanah terima permohonan, terlebih dahulu akan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG), sebelum sistem itu dihantar kepada saya. Sistem penyampaian turut dipertingkatkan berkaitan permohonan tanah,sudah berapa banyak kita dapat selesaikan. Dalam mesyuarat mingguan bersama Exco, 95 peratus kita bincangkan berkaitan tanah, hanya lima peratus sahaja perkara

lain. Soalan: Bagaimana Dato’ menangani pelbagai kontroversi yang dibangkitkan pihak tertentu, termasuk pemulauan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Kita perlu melihat siapa sebenarnya mewujudkan kontroversi itu, sama ada di kalangan kita sendiri atau wujudnya pihak lain,. Bagi saya tugas dan tanggungjawab perlu dilaksana sebaik mungkin. Kita juga perlu mengkaji, apa puncanya berlaku kontroversi, kalau silap diri sendiri, perlu diperbaiki. Sebab itu saya rasa perjalanan hidup tidak pernah terganggu, saya sentiasa gembira dan tidak pernah tertekan, mungkin Allah S.W.T itu telah memberi kelebihan itu. Jika ingin diambil kira kontroversi, ketika di awal pelantikan dahulu lebih hebat sehingga diri ini bagaikan seorang pelarian di mana ketika itu, saya diugut pecat untuk keluar daripada parti. Saya hadapinya dengan tabah dengan menyerahkannya kepada Allah S.W.T, Alhamdulillah saya boleh tanganinya tanpa sebarang masalah. Mungkin sudah menjadi rezeki saya untuk menjadi Menteri Besar, apa yang rakyat harapkan, saya cuba laksanakan sebaik mungkin. Bagi saya, sebagai seorang pemimpin perlu mempunyai pemikiran kental dengan memiliki sifat sabar dan tawakkal. Soalan: Bagaimana sokongan 24 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional terhadap Dato’ untuk bersama-sama membela nasib rakyat. Ianya bertambah baik, apa yang didengar berita baru-baru itu, ia adalah cerita lama dan diulang kembali. Saya harap sokongan mereka berterusan supaya lebih banyak program pembangunan bagi faedah rakyat dapat dilaksanakan. Soalan: Langkah kerajaan negeri untuk menjana ekonomi negeri selain bergantung kepada sumber gas, minyak dan petroleum Kita tidak boleh bergantung kepada minyak semata-mata, pengalaman harga minyak jatuh yang dialami pada 2007 dan 2008 cukup memeritkan di mana pendapatan kita berkurangan. Sekarang ini punca penting untuk menjana ekonomi Terengganu adalah di bidang pelan-

congan, kita perlu menghebahkan apa yang kita ada seperti keindahan pulau dan pantai. Untuk melaksanakannya kita perlu melabur, jika tidak pelancong tidak akan berkunjung ke negeri ini. Sebagai contoh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dibina hampir 30 tahun, apa faedah yang kita dapat daripada tasik itu?. Kita hanya berbangga memberitahu tentang kecantikannya, tetapi kita tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Bagi membangunkan tasik itu ia memakan masa dan tidak menampakkan hasil segera, satu hingga dua tahun hanya proses penyediaan infrastruktur, apabila pembangunan ini wujud barulah pelancong berminat untuk datang. Kita perlu tahu minat individu yang berkunjung ke Tasik Kenyir adakah mereka datang semata-mata untuk memancing atau meredah hutan. Jika dia datang bersama keluarga, di mana anak- anak dan isteri mahu berehat, mustahil mereka turut mengikuti aktiviti seperti memancing dan meredah hutan. Oleh itu, kerajaan mesti ke depan untuk membina infrastruktur ini termasuk membina hotel dan beberapa kemudahan lagi. Kerajaan negeri sedang berusaha mewujudkan Taman Burung, Taman Tropika, Taman Orkid, Santuari Kelah dan Taman Anggur. Selepas ini, kita percaya akan meningkatkan lagi jumlah pelancong datang ke Tasik Kenyir. Taman Tropika juga diwujudkan di Tasik Kenyir dengan menempatkan ratusan pokok yang hampir pupus, taman herba yang sedia ada akan dinaiktaraf,. Soalan: Berapa peruntukan yang dikeluarkan kerajaan negeri untuk meningkatkan kemudahan di bidang pelancongan. Tahun lepas kita sediakan peruntukan RM50 juta manakala tahun ini RM100 juta dalam bidang pelancongan. Di Tasik Kenyir sahaja kita sediakan dua buah ‘feri cruise’ dengan muatan 52 penumpang setiap bot. Apa yang menggembirakan, kerajaan negeri mempunyai artifak berusia 16,000 tahun yang patut ditonjolkan kepada masyarakat umum. Berkaitan itu, sudah ramai pelancong yang ingin mengetahuinya tetapi terpaksa ditangguhkan dahulu atas sebab tertentu. Apabila siap kelak penemuan itu akan dipamer di tempat asal ia ditemui iaitu di Gua Bewah dan kerajaan negeri membuat keputusan tidak akan membawa aktifak itu kerana akan menjadikan tempat itu sebagai ruang pameran. Kerajaan negeri turut memberi peruntukan kepada Muzium Negeri untuk meneruskan kerja menggali di Gua Bewah kerana mengikuti teori ada lagi aktifak yang tersembunyi dan secara logiknya, aktifak muda itu tidak akan dia tinggal seorang diri, dia mesti ditemani ibu dan bapa. Soalan: Kerajaan tidak dapat banyak manfaat di bidang pelancongan,

sebaliknya rakyatlah yang beruntung terutama yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Umum mengetahui Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) setakat ini merupakan lapangan ketiga terbesar di Asia, apa yang kita dapat jika tidak melakukan sebarang aktiviti. Kerajaan negeri akan mewujudkan kerjasama dengan Dewan Perniagaan Cina Terengganu bagi melaksanakan kaedah penerbangan terus daripada Guangzhou ke LTSM dan sebaliknya. Kita ingin melihat sejauh mana keberkesanannya, jika menguntungkan kita akan teruskan kerjasama itu. Untuk tujuan sama, kerajan negeri turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan Firefly Sdn Bhd, dengan mengenakan tambang berpatutan kepada penumpang. Soalan: Prinsip dalam pentadbiran Dato’ untuk sama-sama memperolehi keuntungan. Dalam sistem pentadbiran, kita akan mendahulukan rakyat, prinsip saya mudah, kalau kita berbuat baik kepada seseorang individu, mereka juga akan berbuat baik kepada kita. Cuba bayangkan kalau pesakit itu miskin, apa yang boleh dia buat kalau kerajaan tidak bantu, jika orang berduit sekali pun, kalau sudah menghidap penyakit buah pinggang tahap serius, lama kelamaan jatuh bankrap. Ini kerana apabila terpaksa mengamalkan rawatan haemodialisis, dia akan jadi miskin kerana tidak mampu bekerja. Rawatan itu memerlukan tiga kali seminggu. Setiap kali rawatan di klinik swasta berharga RM250 dan cuba kira peruntukan yang diperlukan dalam sebulan. Berkaitan Tabung Kronik, kita berhasrat untuk membantu rakyat dengan mewujudkan beberapa skim berdasarkan jumlah pendapatan, kalau mereka mampu bayar separuh kita terima dan jika tidak mampu, kerajaan akan menanggung keseluruhan kos rawatan. Setakat ini kerajaan negeri sudah melakukan pembedahan jantung, buah pinggang, kanser dan sebagainya termasuk dua kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung berlubang. Soalan: Dalam Bajet 2010 baru-baru ini, Dato’ ada mengumumkan berkaitan insurans kepada rakyat, bila skim itu akan dilaksanakan. Kerajaan negeri akan berusaha secepat mungkin, tetapi untuk pengetahuan ia bukan satu perkara mudah kerana memerlukan lesen khas daripada Menteri Kewangan sebelum kaedah itu dapat dilaksanakan. Ada pihak swasta tampil untuk mempromosi insurans, tetapi kerajaan negeri tidak berminat kerana bercadang menubuhkan syarikat insurans sendiri, pendekatan itu dirasakan lebih baik berbanding menggunakan perkhidmatan swasta. Apabila wujudnya insurans itu,rakyat juga dapat manfaatnya. Kita akan mengarahkan syarikat GLC supaya beli insurans daripada kita. lihat muka 15


12 12

Khamis, 01 April 2010


Khamis, 01 April 2010

13

Dua tahun Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan Oleh Kamaruddin Mat Akib DIAM tidak diam, pada tanggal 23 Mac 2010 genap sudah dua tahun Dato’ Ahmad Said memegang jawatan Menteri Besar Terengganu dengan hasrat utama beliau “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”. Program demi program, khususnya di bidang pendidikan yang diperkenalkan sepanjang dua tahun pentadbiran Dato’ Ahmad, semakin menampakkan kesan dan mula membuahkan hasil positif. Di bawah pentadbirannya, bidang pendidikan melonjak naik dengan begitu ketara apabila kejayaan demi kejayaan diraih dalam peperiksaan utama, bermula daripada juara Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hinggalah ke Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Peruntukan terbesar RM1.881 bilion bagi Bajet 2010, membuktikan kesungguhan Dato’ Ahmad untuk membela nasib rakyat Terengganu dengan 25 peratus daripada keseluruhan bajet yang dibentang dikhususkan kepada bidang pendidikan. Diselitkan juga dalam bajet tersebut peruntukan RM10 juta bagi penubuhan Tabung Pesakit Kronik yang bertujuan membantu pesakit jantung, kanser dan buah pinggang. Kerajaan akan membiayai sepenuhnya rawatan dan keperluan pesakit kronik tersebut agar penyakit yang mereka hidapi sejak sekian lama, cepat sembuh. Menteri Besar turut mengilhamkan bantuan kepada rakyat marhain berupa insurans jika ada kalangan ahli keluarga mereka meninggal dunia atau mengalami kemalangan di mana peruntukan awal RM10 juta bagi tujuan berkenaan disediakan tahun ini. Anak kelahiran Teluk Kalong yang terpaksa menempuh keperitan hidup di zaman kanak-kanak, tidak pernah berpaling ke belakang selepas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar, tetapi terus menapak penuh bergaya untuk menabur bakti kepada rakyat, khususnya dalam usaha membantu golongan marhain. Pelbagai kontroversi yang melanda era pentadbiran beliau, bermula sebelum

pelantikan hingga kini, tidak sedikit pun menjejaskan semangatnya untuk menabur bakti kepada rakyat. “Jika diambil kira kontroversi, ketika awal pelantikan saya dahulu lebih hebat sehingga diri ini bagaikan seorang pelarian di mana saya diugut dipecat daripada parti. Saya hadapinya dengan tabah dengan menyerahkannya kepada Allah s.w.t. Alhamdulillah saya boleh tanganinya tanpa sebarang masalah,” kata Menteri Besar sewaktu ditanya wartawan bagaimana beliau menghadapi kontroversi demi kontroversi yang dihadapi sepanjang pentadbiran beliau. “Mungkin sudah menjadi rezeki saya untuk menjadi Menteri Besar, apa yang rakyat harapkan, saya cuba laksanakan sebaik mungkin. Bagi saya, seorang pemimpin perlu mempunyai pemikiran kental dengan memiliki sifat sabar dan tawakkal,” itu kunci kejayaan beliau mentadbir negeri walaupun sering diuji dengan pelbagai dugaan sama ada dari pihak lawan mahu pun kawan. Dalam mentadbir negeri ini, Dato’ Ahmad melahirkan rasa gembira kerana ada di kalangan Exco dan wakil rakyat negeri ini yang ‘turun padang’ dan mempunyai sahsiah yang baik dalam menjaga hubungan antara rakyat. Pada masa yang sama beliau turut menegur wakil rakyat yang mewujudkan halangan dengan rakyat bagi memastikan nasib rakyat terus terbela. “Pelbagai program sudah lama diwujudkan di negeri ini bagi memikat hati rakyat. Di Terengganu setiap bulan kita laksanakan program malah ada kalanya dua hingga tiga program dalam tempoh satu bulan. Sebagai contoh untuk menjaga kebajikan, kita sentiasa aturkan program untuk berjumpa golongan itu,” ujar beliau. Setiap kali tiba musim perayaan, berpuluh-puluh ribu orang menerima dana, sekurang-kurangnya 1,000 hingga 2,000 orang dalam satu Dewan Undangan Negeri (DUN). Agenda utama pentadbiran Dato’ Ahmad ialah memastikan kepuasan rakyat. Jika rakyat bersetuju dengan apa yang dilakukan kerajaan, ia akan diteruskan mengikut acuan yang mereka kehendaki.


14

Khamis, 01 April 2010

keluaran khas

Pelbagai pihak akui Dato’ Ahmad cakna rakyat

Pengerusi Bekas-bekas Wakil Penduduk Batu Burok, Kuala Pengarah Agensi Pembangu- Ketua Penyelia, Agensi PemAhli Dewan Negara, nan Masyarakat Terengganu bangunan Masyarakat TerengYB Senator Ir Wong Foon Rakyat Terengganu, Terengganu, (APMT), Encik Roshali Taha. ganu, Seberang Takir, Zuemi Meng Dato’ Ahmad Sidi Ismail. Tuan Faizah Tuan Zaid, Abdullah. Menteri Besar Terengganu memang berjiwa rakyat, tidak sukar untuk didekati dan peramah orangnya. Sifat itu membuatkan orang ramai terutama masyarakat kampung tidak segan untuk mengadu masalah selain berkongsi cerita. Ketika berbual termasuk menyampaikan ucapan, Dato’ Ahmad gemar mengunakan loghat Terengganu, pendekatan itu satu bonus bagi beliau untuk memikat hati rakyat. Saya doakan Dato’ Ahmad terus cemerlang mentadbir negeri ini dengan menjaga kebajikan rakyat seadil mungkin dan melaksanakan pembangunan seimbang. Rakyat Terengganu menaruh harapan yang tinggi kepada beliau dan saf kepimpinan negeri agar negeri kita terus dimajukan. Pengerusi Penerangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Encik Muhammad Yusof Dato’ Ahmad adalah individu yang berjiwa kental dan tabah, walaupun pelbagai kontroversi dilalui sepanjang pelantikan sebagai Menteri Besar, beliau sentiasa berfikiran positif dan

Pengalaman Dato’ Ahmad menceburi bidang politik sejak berusia 19 tahun yang ketika itu menyandang jawatan Naib Ketua, UMNO Cawangan Teluk Kalong sudah menampakkan kesungguhan beliau dalam bidang ini di mana ingin membantu dan berdamping dengan rakyat. Bukan itu saja, pengalaman luas dalam pentadbiran awam dan swasta turut mendorong rakyat menghargai dan mempercayai kepimpinan beliau sehingga dilantik menjadi wakil rakyat, Kijal pada Pilihan Raya Umum ke-8 pada Oktober 1990. Melalui pengalaman yang ada, sudah tentu, Dato’ Ahmad dapat menyelesaikan masalah rakyat secara bijak sana selain tenang apabila ditimpa musibah terutama kiritikan daripada pihak pembangkang.

Sebagai rakyat biasa, saya tidak segan untuk berbual dengan pemimpin utama Terengganu kerana beliau sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan suka mendengar. Saya kagum dengan beliau kerana tidak segan menceritakan pengalaman hidup ketika di zaman kanak-kanak di mana pernah hidup susah dengan menjual kuih dan kadang-kala terpaksa makan ubi gadong berikutan ketiadaan nasi. Kebiasaannya pengalaman itu diceritakan kepada tetamu yang hadir mengikuti program di pelbagai lokasi. Disebaliknya cerita itu, Dato’ Ahmad mahu rakyat bersikap positif dan jangan menganggap kesusahan keluarga menjadi penghalang untuk berjaya.

menggangap peristiwa yang berlaku itu sebagai suntikan semangat untuk terus berkhidmat kepada negeri dan rakyat tercinta. Pengalaman hidup sebagai anak nelayan dan pengambil nira nipah (tok nyadat) juga, membuatkan beliau mudah tersentuh dengan nasib rakyat terutama mereka yang dikategorikan miskin.

Memahami keadaan itu, Dato’ Ahmad memulakan tugas dengan memberi tumpuan kepada agenda pembangunan berpaksikan kepada rakyat. Beliau sentiasa mengutamakan rakyat dalam segala hal kerana bagi beliau tanpa rakyat orang politik tidak akan berada pada kedudukan mereka sekarang ini.

Usaha pemimpin utama menumpukan bidang pendidikan sehingga menjuarai sembilan tahun berturut-turut dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dua kali tempat pertama bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) bukan sahaja dikagumi masyarakat Terengganu malah pelbagai pihak di serata negeri. Dato’ Ahmad sering menyatakan dalam ucapannya di serata majlis, bahawa Terengganu sanggup melabur jutaan ringgit semata-mata ingin melihat anak didik negeri ini cemerlang dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan. Negeri lain ingin ikut cara kita tetapi tidak mahu mengeluarkan belanja besar, macam mana hendak dapat hasilnya, itu antara kata-kata Menteri Besar, jika seseorang itu biasa hadir di majlis yang dirasmikan beliau. Pelaburan jutaan ringgit dalam bidang ini, tidak wajar dipersiakan begitu sahaja, pihak yang terlibat terutama guru, ibu bapa dan pelajar disarankan menggunakannya sebaik mungkin dengan melibatkan diri dalam aktiviti positif.. Apabila mereka berjaya kelak, diharapkan tidak melupai jasa kerajaan negeri dan pemimpin yang telah banyak membantu.

Kita sebagai anak jati Terengganu seharusnya bersyukur kerana memiliki seorang pemimpin berpengalaman luas, berilmu dan berani mempertahankan hak rakyat. Saya cukup puji cara pemerintahan Dato’ Ahmad yang mementingkan kebajikan rakyat, bersederhana dan menekankan pembangunan seimbang. Peruntukan RM10 juta untuk tabung kronik yang diumumkan dalam Bajet 2010 baru-baru ini melegakan pelbagai pihak terutama mereka yang memerlukan bantuan itu bagi merawat penyakit masing-masing. Jika tiada peruntukan khas, susah tentu mereka yang menghidap penyakit jantung berlubang, barah, diabetis dan pelbagai penyakit kronik lain mati akal untuk mencari sumber kewangan. Lebih menyedihkan, terdapat di antara mereka terpaksa membiarkan penyakit yang dialami melarat hingga membawa maut disebabkan masalah kemiskinan. Dengan adanya bantuan ini, kita sebagai anak Terengganu perlu bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memiliki kerajaan yang prihatin dan barisan pemimpin cakna rakyat yang diketuai Dato’ Ahmad sebagai Menteri Besar yang mengambil berat kebajikan rakyat.


keluaran khas

dari muka 10 & 11

Rakyat perlu bersyukur - MB Soalan: Cadangan di masa depan terutama berkaitan perumahan mampu milik untuk rakyat. Kerajaan negeri bercadang untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik sehingga menjelang 2013. Alhamdullilah, berdasarkan surat yang dikeluarkan Pegawai Kewangan, sudah ada peruntukan untuk itu. Saya mengakui, terdapat segelintir masyarakat dan laporan akhbar menyatakan, sepanjang pemerintahan Dato’ Ahmad tidak banyak perubahan. Di sini saya ingin jelaskan, di zaman pemerintahan saya tiada lagi dana khas. Sekarang ini saya terpaksa buat bajet untuk apaapa tujuan, bagi melaksanakan projek perumahan, pelbagai masalah yang timbul termasuk tiada satu pun tapak sesuai kerana semuanya terlebih dahulu terpaksa menimbun tanah. Untuk menyiapkan tapak memerlukan tempoh dua tahun, baru dapat bina rumah. Perumahan di Telaga Daing, Seberang Takir, melibatkan 744 unit rumah, kerja-kerja menimbun tanah masih berjalan. Bermula tahun depan, semua perumahan yang dirancang itu akan mula membangun. Perumahan di kawasan Ladang, saya laksanakan ketika menjawat jawatan Exco dahulu, sekarang pembangunan seperti itu diteruskan di kawasan sama membabitkan tanah enam hektar bagi membina perumahan baru. Apabila siap kelak, penduduk yang tinggal di Ladang Tok Pelam akan dipindahkan. Bangunan kedai lama juga akan dirobohkan bagi membina lot perkedaian. Kos bagi kedua-dua projek itu membabitkan hampir RM600 juta. Soalan: Selepas wujudnya perumahan ini, adakah tercapai hasrat kerajaan negeri untuk menghapuskan miskin tegar. Setiap rakyat perlu faham miskin ini banyak kategori, bagi mereka yang dikategorikan miskin tegar sudah semestinya tidak mampu bayar harga rumah seperti yang ditawarkan dengan bayaran bulanan RM150 sebulan. Untuk golongan itu, terdapat skim lain yang dirancang kerajaan iaitu menawarkan rumah di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi miskin tegar. Dalam setahun kerajaan negeri memperuntukan 30 unit rumah setahun bagi setiap Dewan Undangan Negeri dengan membabitkan kos RM33,000 seunit manakala 20 unit rumah dikhaskan untuk dibaikpulih dengan kos RM11,000. Terdapat juga skim menggantikan atap bocor, peruntukan ini diagihkan RM500,000 bagi setiap DUN manakala RM200,000 untuk pelbagai aktiviti seperti membeli peralatan sukan, membaiki longkang dan sebagainya. Soalan: Berkaitan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) apakah manfaat yang bakal diperoleh rakyat dan kerajaan dan bila LPT itu dapat digunakan. Diharapkan LPT dapat disiapkan secepat mungkin tetapi disebabkan beberapa faktor masalah ekonomi dan kenaikan harga barang, apa yang dirancang tersasar. Apabila siapnya LPT, sudah tentu lebih ramai pelancong berminat ke Terengganu kerana jarak masa dan perjalanan dapat dipendekkan. Ramai yang suka datang ke Terengganu kerana mereka minat kepada pulau dan pantai yang indah. Kita juga ada buat jalan raya sendiri di mana jalan ini sudah lama menjadi isu, iaitu Jalan Jeram Tokong hingga Jalan Banggol Tuan Muda, Manir sejauh 8.5 kilometer (km). Ketika pecah tanah dahulu disempurnakan Allahyarham Tun Ghafar Baba, tetapi tidak dapat dilaksanakan. Selepas itu, dilancarkan balik oleh Mantan Dato’ Seri Idris Jusoh sebelum Pilihan Raya Umum ke-12,

tetapi masih tidak diteruskan. Kita sebagai kerajaan bertanggunjwab, tidak mahu projek itu terus terbengkalai sehingga menjadi isu. Kita laksana projek itu dengan memperuntukan kos hampir RM220 juta. Saya sudah melakukan tinjauan terhadap projek ini yang mempunyai tujuh jambatan dan empat lorong. Apabila terlaksana sudah semestinya akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan perjalanan ke Tasik Kenyir juga dapat disingkat kepada 30 minit jika mereka dari LTSM. Di samping itu, saya juga telah membuat tinjauan di sekitar bandar Kuala Terengganu dan hasil daripada tinjauan itu, kini sedang membuat kajian untuk melebarkan jalan raya terutama yang melibatkan satu lorong kepada empat lorong. Soalan: Baru2 ini Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran) ada menyebut mengenai Terengganu yang banyak mencipta kemajuan termasuk pelbagai hadiah kecemerlangan, e-Book dan sebagainya.Terengganu boleh jadi peneraju pendidikan negara. Bagaimana Dato’ melihat perkara itu. Sebenarnya ia satu pengiktirafan kepada Terengganu. Kita lihat pembahagian e-Book sudah menjadi bahan kajian di negara ini. Pagi tadi saya jumpa dengan Naib Presiden Intell, mereka pergilawat kilang e-Book di Gong Badak. Mereka bangga dengan apa yang kita lakukan, kita tunjuk apa yang kita hendak lancarkan. Dengan 300,000 lebih soalan yang akan kita latih pelajar kita. Sebab itu kita bukan suka-suka hendak buat program ini. Kita sediakan bank data kita bagi memantau prestasi pelajar. Kita latih guru-guru IKRAM kita, guru-guru yang pakar dalam mata pelajaran dan sebahagiannya pemeriksa kertas soalan peperiksaan, kita buat soalan kita sendiri 300,000 lebih kita dah siap. Sebab itu kita kata kita ada ‘exam on-line’ bermula Jun kita akan lancar dan setiap bulan kita akan latih tubi peperiksaan ‘online’ jadi mungkin soalan yang dibuat sama atau hampir serupa akan meningkatkan pencapaian 20 peratus dalam UPSR. Bukanlah satu angka yang mustahil untuk kita capai berdasarkan pencapaian akhir tahun lepas. Jika tidak capai tahun ini mungkin tahun depan atau setahun dua lagi. Begitu juga program TB-kids kita buat dengan harga yang agak murah dan kepunyaan kita 100 peratus. Kita cipta program ini dan kita boleh jual. Sama juga dengan e-Book, kita tandatangan dengan Intell. Kita dilantik oleh Intell sebagai pembekal Asia Tenggara, malah kita hantar ke Arab Saudi, Indonesia dan Oman. Negeri lain juga berminat untuk mendapatkan e-Book, termasuk Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang. Soalan: Bagaimana dengan prospek pelaburan di Terengganu? Kita terima permintaan pelabur dan perkara ini perlu ambil masa untuk jadi realiti. Kita kena proses kelulusan dan sebagainya, kita ada potensi untuk majukan bidang industri, macam kita sendiri bukan sahaja tingkat ekonomi kita dari aspek pelancongan. Kita sudah arah Syarikat JMG untuk buat kajian mendalam mengenai cadangan membuka semula lombong Bukit Besi. Terengganu sebenarnya kaya dengan mineral yang kita tidak terokai .Bukan sahaja minyak, bijih besi, bjih timah, kita ada emas, kaolin dan terbaru kita ada ‘limestone’ dan ‘tanstone’. Soalan: Dua perkara yang menghantui warga kota Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sekarang ini iaitu kesesakan lalu lintas di kawasan Bandar dan kesesakan di Jambatan Sultan

Khamis, 01 April 2010

15

Mahmud pada waktu puncak. Apakah usaha kerajaan mengatasi masalah ini. Kerajaan berfikir lebih hebat daripada apa rakyat fikir mengenai keadaan lalu lintas. Macam dululah, kerajaan buat jambatan, pembangkang kata membazir pada masa itu. Sebab itu kita fikir lebih dulu daripada itu, masalah sekarang kewangan dan perancangan. Kita hendak buat jambatan bukan mudah macam kita hendak buat rakit. Kita kena uji dulu kawasan pembinaan, duit kena cari. Dulu buat Jambatan Sultan Mahmud kita guna duit negeri dulu, sedangkan ia tanggungjawab Kerajaan Pusat. Tetapi selepas itu Kerajaan Pusat bayar balik duit yang kita gunakan itu. Kita ada perancangan, kita nak mintak melalui RMK-10 dibina Jambatan Manir, Jambatan Buluh Gading dan jalannya dinaiktaraf jadi empat lorong, sebab jalan kita sampai ke Kg Durian Burung sudah empat lorong, jadi ‘bottle neck’ dekat Manir. Keduanya terdapat penyuraian satu lagi jajaran jambatan ke Pulau sekat, sebab itu Fasa I kita bina jalan dari Jeram Tokong sampai ke Banggol Tuan Muda dengan empat lorong. Tinggal lagi akan sambung ke jambatan Pulau Sekati, jika projek itu siap, terdapat tiga laluan keluar dari kawasan bandar menghala ke utara. Kerajaan juga bercadang menjadikan laluan longkang di kawasan bandar sebagai jalan bagi mengatasi masalah kesesakan. Saya sudah lawat jalan yang boleh buat tiga atau empat loorng dan pembinaanya akan dilaksanakan secara berperingkat-perongkat. Bandar kita sudah lama dan kita rancang jalan pada masa itu dengan dengan saiz 80 kaki sahaja atau paling tinggi 100 kak, rezab jalan. Ia sepatutnya paling kurang 130 kaki, barulah boleh dibina jalan tiga lorong sebelah atau pun dua lorong. Dalam hal ini warga bandar perlu bayar cukai pintu, supaya kerajaan ada hasil untuk melaksanakn projek bagi faedah mereka. Jangan harap kerajaan sahaja kerajaan ada had juga, ada benda lain yang perlu kita buat lagi. Soalan: Apa yang kerajaan perlu daripada rakyat setiap kali pilihan raya diadakan. Rakyat kena undi kita (Barisan Nasional). Undi kena undilah, jangan kita beri macam-macam pun kalah jugak, rugi juga kita. Macam perancangan sekarang apabila kita buat pembangunan di Tanjung dan Ladang perkedaian. Soalan: Boleh Dato’ jelaskan kata kunci `sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat’ seperti amalan barisan kepimpinan Dato Sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat dan jangan menghukum orang yang tak sokong kita dalam pemilihan parti kerana dia satu parti dengan kita. Sepatutnya kita ambil pendekatan mendekatkan lagi diri dengan mereka, kalau dulu dia musuh kita tetapi kebaikan yang kita buat mereka jadi baik dengan kita, sebab itu dalam istilah politik tiada musuh yang berkekalan dan tiada kawan yang berkekalan, ini konsep dia. Ini kalau orang tidak sokong awak ketepikan, sedangkan dia pengundi awak. Dia ada pengikut dia, sudahlah awak menang tidak banyak undi, nak sombong pulak, susahlah macam ni. Soalan: Bagaimana Dato’ melihat perkembangan Terengganu dalam konteks meningkatkan syiar Islam. Dari segi agama, masjid kita bina sepanjang masa. Masjid juga sudah banyak dipasang dengan alat penghawa dingin bagi keselesaan jemaah. Kita bawa imam dari Arab Saud untuk menjadi imam di masjid di seluruh negeri pada bulan puasa. Sesetengah penduduk kata mereka rasa macam duduk di Mekah. Tahun ini kita lantik lagi 14 orang guru mengajar Bahasa Arab dari Mesir dan saya beritahu guru agama di negara itu yang hendak mengajar di sini mesti hebat dari segi taranum bacaan al Quran. Kita akan hantar mereka ke daerah-daerah bagi mengimamkan solat.


16

Khamis, 01 April 2010

keluaran khas


Khamis, 01 April 2010

keluaran khas

17

MB turun padang Oleh Ruslan Abdul Rahman Hari-hari yang berlalu begitu pantas sekali. Pada 23 Mac lalu, genaplah dua tahun pentadbiran Dato’ Haji Ahmad bin Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Dua tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan; dua tahun jua yang penuh dengan perubahan dan pembangunan. Pentadbiran dan pembangunan yang berpaksikan kepada rakyat atau suatu pendekatan yang diistilahkan sebagai merakyat. Dato’ Haji Ahmad menyatakan walaupun hadirnya sebagai Menteri Besar Terengganu dengan pelbagai cerita suka dan duka, namun beliau menyifatkan segala kontroversi tidak sedikit pun menjadi halangan baginya untuk terus berkhidmat demi kepentingan rakyat. Ini kerana pengalaman banyak mengajarnya erti perjuangan, pengorbanan, ketabahan, kesabaran dan keberanian. Berani menegakkan kebenaran, sabar menghadapi rintangan dan berkorban apa sahaja demi untuk rakyat dan negeri. Dalam dirinya mengalir darah perjuangan yang diwarisi dari perjuangan keluarganya yang hidup sebagai petani kecil di sebuah kampung terpencil di Kijal, Kemaman dengan segala kepayahan dan keperitan. Pengalaman jerit-perih kehidupan masa lalu itu mengajar erti perjuangan dan perkhidmatan murni kepada rakyat justeru baginya tidak ada yang paling berharga buat dirinya melainkan menolong rakyat, membantu mereka yang dalam kesusahan serta meringankan beban masalah orang yang ditimpa musibah. Beliau cukup merasakan penderitaan dan hatinya cukup tersentuh bila melawati dan bertemu golongan yang berada dalam kepayahan dan memerlukan pertolongan kerana dalam dirinya telah melalui pengalamanpengalaman kehidupan sedemikian, khususnya di zaman kanak-kanak dan awal remaja dahulu. Dato’ Haji Ahmad pernah menceritakan bahawa dirinya di zaman kanak-kanak pernah tidur berlantaikan kayu bulat dari batang nibung, berdindingkan pelepah buluh dan beratapkan daun kelapa. Ini menjadikan dirinya begitu waja dan hatinya kental menghadapi apa jua dugaan kehidupan, lebih-lebih lagi berada di tempat nombor satu di negeri tercinta ini yang sudah tentu banyak cabaran serta dugaan; sama ada di pihak lawan mahu pun kawan seperjuangan. Berbekalkan kekuatan itu beliau terus bergelumang dengan kehidupan rakyat Terengganu, turun ke bawah dengan penuh keberanian bersamasama dengan rakyat untuk membina kecemerlangan rakyat, membangun

Terengganu yang gemilang dan terbilang. Dari bilik mesyuarat yang bertaraf lima bintang bersama orang-orang kenamaan sehinggalah ke bendang lumpur dan rumah-rumah usang rakyat; beliau terus menjejaki permasalahan rakyat untuk dibantu selesaikan. Sedia memanjat bumbung rumah orang miskin, memaku sama atap bantuan kerajaan, turun ke bendang menyemai benih dan mengetam padi – demikian seorang pemimpin yang sentiasa berada di gelanggang bersama rakyat. Melawat ke sana dan ke mari di seluruh pelusuk Terengganu menyelami sendiri kehidupan dan permasalahan rakyat siang dan malam; kepenatan bagaikan tidak dirasakan, diubati oleh rasa riang membantu rakyat. Menurutnya tidak wujud istilah wakil rakyat di Terengganu ‘turun padang’ kerana sememangnya mereka telah pun berada di padang saban waktu. Bukan sahaja rakyat datang menemui pemimpin, tetapi seringnya pemimpin sendiri datang bertandang menemui rakyat. Demikianlah kisahnya rakyat dan pemimpin Te r e n g g a n u yang sentiasa berada di gelanggang bersama rakyat, tidak terkecuali dirinya meskipun bertaraf Ketua Kerajaan. Beliau menyeru supaya waki l rakyat, pegawai d a n semua yang diberikan tanggungjawab agar perlu memastikan diri mereka sebagai seorang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat dan tidak sebaliknya. Bahkan Dato’ Haji Ahmad sering kali menegaskan setiap kemudahan dan projek pembangunan yang disediakan mestilah berkulaiti dan mendatangkan manfaat serta keselesaan untuk rakyat. Lantaran itu, dua tahun yang dilalui adalah dirasakan terlalu cepat, masih banyak yang belum dapat diselesaikan untuk rakyat, kerana keperluan rakyat tiada titik noktahnya. Dari dalam perut kandungan hinggalah lahir dan berada di alam persekolahan dan seterusnya membina keluarga sendiri, semuanya kera-

jaan memberi perhatian dan tanggungjawab, membantu dan terus membantu. Tiada sebuah kerajaan di dunia ini untuk dibandingkan yang secakna dan prihatin kerajaan di negara dan negeri ini. Memasuki tahun ketiga pentadbirannya, Dato’ Haji Ahmad akan terus merancakkan pembangunan yang bermanfaat untuk rakyat. Baik dari segi kemudahan awam, kebajikan mahu pun dalam soal-soal pembangunan jangka panjang dalam bidang industri, pelancongan, pertanian dan asas utamanya pendidikan atau ilmu

pengetahuan. Sesungguhnya dalam diri Dato’ Haji Ahmad yang begitu akrab dan sinonim disebut oleh rakyat sebagai “Mat Said’ mengalir darah rakyat, darah perjuangan yang kental dan tabah. Nampak garang, tetapi mempunyai hati yang lembut bak sutera, nampak seperti kekampungan, tetapi mempunyai daya pemikiran yang jauh ke hadapan. Dengan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berganding bersama-samanya d a n wakil-wakil penyokong kerajaan yang seperjuangan dan pembangkang yang berkualiti, pastinya Te r e n g ganu dan rakyatn y a akan mengukir kecemerlangan demi kecemerlangan.

Dato’ Haji Ahmad pernah menceritakan bahawa dirinya di zaman kanakkanak pernah tidur berlantaikan kayu bulat dari batang nibung, berdindingkan pelepah buluh dan beratapkan daun kelapa.



Khamis, 01 April 2010

keluaran khas

MIMBAR Susunan : Zatini Yan Allah SWT mengangkat martabat diri manusia dengan akal supaya dengan kejernihan akalnya, manusia dapat menemukan kebenaran yang hakiki, iaitu mampu mengenal tuhannya yang Maha Pencipta. Akal yang dibimbing wahyu adalah neraca dalam kehidupan yang memandu tindak-tanduk manusia melalui pertimbangan yang waras, di antara perkara yang baik dan yang buruk, antara pahala dan dosa. Justeru akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT mestilah dipelihara dan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai taraf kemuliaan dan kesejahteraan hidup. Manusia yang hilang kewarasan pertimbangan akalnya serta hanyut dalam khayalan telah menghinakan dirinya dalam kehilangan taraf kemanusiaan mereka, bahkan tergolong dalam golongan yang diibaratkan lebih hina daripada binatang. Islam sangat mementingkan keharmonian hidup manusia dengan meletakkan asas-asas syariat, berdasarkan prinsip kemuslihatan untuk para hambaNya di dunia dan akhirat. Maka Islam melarang dan mengharamkan penggunaan segala sesuatu yang memabukkan dan mengkhayalkan adalah bertujuan menjaga kewarasan akal dan kemuliaan manusia itu sendiri. Firman Allah SWT: “Wahai orang-oramg yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan

Sumber: JHEAT

19

Khayalan membunuh penagihan dadah sepanjang 2009, iaitu seramai 11,949 orang (77.29%). Apa yang membimbangkan, sebahagian besar yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah gagal untuk dipulihkan dan hanya kira-kira antara 20 hingga 25 % penagih dadah sahaja yang berjaya dipulihkan. Manakala yang lain, hidup terumbangambing, lemah, serta terjebak dengan jenayah. Justeru sebagai ibu bapa yang menjadi tunjang kekuatan keluarga, marilah kita membimbing kehidupan keluarga terutama anak-anak kita, supaya berada di atas landasan fitrah yang menepati kehidupan umat yang bertamadun.

Akal yang dianugerahkan Allah SWT mestilah dipelihara dan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai taraf kemuliaan dan kesejahteraan hidup.

batang-batang anak panah adalah perbuatan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhi supaya kamu berjaya.� Dadah menghancurkan kesejahteraan hidup individu, keluarga, masyarakat dan negara. Penagihan dadah telah menyumbang kepada peningkatan gejala sosial, kejadian jenayah, keganasan, pembunuhan, peningkatan kes HIV dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Pengambilan dadah boleh mendatangkan kerosakan kekal kepada diri individu kerana bah-

an campuran beracun yang turut dimasukkan ke dalamnya ringkasnya penagihan dadah adalah khayalan membunuh. Kita sedia maklum bahawa masalah dadah tidak mengenal kaum, usia, dan jantina. Statistik penagihan yang dikesan di seluruh negara pada 2009 yang dikeluarkan oleh Unit Siasatan Maklumat Dadah Kebangsaan adalah amat membimbangkan. Secara umumnya, sepanjang tahun 2009, seramai 15,736 orang penagih telah dikesan yang menunjukkan peningkatan sebanyak 27.4 % berbanding

tempoh yang sama pada 2008. Mereka ini terdiri daripada 7,123 orang (45.27%) p;enagih baru, manakala penagih berulang pula adalah seramai 8,613 orang (54.73%). Secara purata, seramai 594 penagih baru dan 718 penagih berulang telah dikesan setiap bulan sepanjang 2009. Bangsa Melayu pula merupakan penagih teramai yang dikesan sepanjang tempoh tersebut, iaitu seramai 13,705 orang ( 87.09%). Manakala golongan belia merupakan golongan yang tertinggi terdedah dengan risiko

WAKTU SOLAT NEGERI TERENGGANU BAGI 1 HINGGA 15 APRIL 2010

“Wahai orangorang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah perbuatan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhi supaya kamu berjaya.� - Firman Allah SWT.


20

Khamis, 01 April 2010

amam

Kejayaan peperiksaan awam hasil nilai tambah pendidikan Oleh Aida Abd Rahman Pelaburan besar dan pendekatan nilai tambah Kerajaan Terengganu dalam pendidikan memberi kesan positif yang dibuktikan menerusi kejayaan berganda dalam kesemua peperiksaan awam 2009 yang diumumkan barubaru ini. Malah, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM245 juta untuk sektor pendidikan tahun ini sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2010 lalu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata jumlah besar itu meletakkan Terengganu sebagai negeri yang melabur paling tinggi untuk pendidikan berbanding negeri lain sepanjang tahun ini. “Kita jadi negeri nomPeranan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (Peyatim) melindungi anak-anak yatim adalah satu ibadah dan amal soleh yang dituntut agama kita, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. “Langkah Peyatim mengadakan program jangka pendek dan jangka panjang amat bertepatan di mana melalui penubuhan Kolej Teknologi Bestari (KTB) dan Institut Kemahiran Bestari (IKB) dapat memenuhi perkembangan intelek mereka,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Temasya Sukan AnakAnak Yatim (Sukya) KeV11 Peringkat Kebangsaan, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak , Kuala Terengganu baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said; Presiden Peyatim, Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor dan Rektor Univisitas Islam As-Syafi’iyah, Jakarta, Indonesia, Dr Tutty Alawiah A.S. Dato’ Seri Jamil Khir berkata, penganjuran sukan seperti ini dapat memenuhi keperluan pembangunan jasmani

bor satu memperuntukkan bajet besar untuk pendidikan..Sebanyak RM245 juta tahun ini bersama dengan (menerusi) Yayasan Terengganu. Kerajaan negeri RM100 juta lebih, manakala Yayasan RM100 juta lebih. “Sebanyak RM30 juta setahun kita adakan kelas tambahan untuk murid Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), pengiktirafan dan hadiah kecemerlangan pelajar dan sebagainya. Kita melakukan nilai tambah dan tidak semata-mata mengikut pendidikan arus perdana pada hari ini,” katanya di majlis makan malam dan penyampaian anugerah kecemerlangan anak Terengganu serta pelancaran program perantis usahawan Universiti Utara

Malaysia (UUM)-Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), di Dewan Angsana, Hotel EDC, UUM, Sintok, malam semalam (27 Mac). Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera. Hadir sama, Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi dan Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Aziz Mamat dan Pengurus Besar YPU, Haji Azmi Razik. Menteri Besar berkata,

bukan hanya merangkul negeri terbaik sepanjang sembilan tahun berturutturut dalam peperiksaan UPSR, Terengganu juga buat tahun kedua berturutturut cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), diikuti negeri terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malysia yang diumumkan pada 25 Februari lalu. Terbaru, selepas membandingkan keputusan negeri lain, terbukti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga merekodkan Terengganu sebagai negeri terbai, sekaligus membuktikan penguasaan Terengganu untuk keempat-empat peperiksaan awam sebagai negeri mencatat prestasi terbaik di negara ini. Menurut Dato’ Ahmad, Kelantan antara negeri

yang mengekori rapat pencapaian terbaik dalam UPSR bagaimanapun jauh ketinggalan berbanding Terengganu untuk pencapaian terbaik SPM peringkat nasional. “InsyaAllah..pada Mei ini kita akan buat `roadshow’ ke setiap kawasan bagi menemui kira-kira 20 ribu pelajar yang mengambil SPM terutama mereka yang berjaya termasuk berjumpa guru-guru bagi menyampaikan anugerah atas kejayaan dan kecemerlangan mereka. “Malah, kita juga memperuntukkan bajet untuk mengiktiraf kejayaan semua pelajar ini dengan menyenaraikan nama mereka yang berjaya dalam akhbar (arus perdana) sebagai dorongan mereka dan rakan serta adik-adik yang

lain melakukan kejayaan yang sama atau yang lebih baik,” kata beliau. Dato’ Ahmad kemudiannya meluluskan penajaan RM10 ribu kepada Persatuan Anak Terengganu (Permata ) UUM sebelum menyampaikan anugerah kecemerlangan YT kepada tujuh pelajar Terengganu yang mencatat keputusan cemerlang di pusat pengajian berkenaan. Seramai 30 pelajar UUM kemudiannya menerima watikah penyertaan Perantis UUM-YPU. Dato’ Ahmad sebelum itu, melancarkan T-Shoppe pertama di luar Terengganu yang dibuka di Varsity Mall, UUM.

Penganiaya kanak-kanak dihukum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (kiri) mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Menteri Besar Terenggan, Dato’ Ahmad Said. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Lindungi anak yatim ibadah anak-anak kerana dengan bersukan dapat memupuk kerjasama, toleransi dan kesabaran, mereka yang cergas di bidang sukan akan cemerlang dalam kokurikulum. “Saya difahamkan terdapat hampir 300,000 anak-anak yatim seluruh negara manakala yang berada di bawah asrama gabungan Peyatim hanya 4,000 sahaja dan mereka ini adalah aset negara yang sangat bernilai,” katanya. Beliau yakin melalui program Sukya akan lahir jaguh-jaguh yang dapat mengharumkan nama neg-

eri dan negara pada masa akan datang. Sementara itu, Dato’ Dr. Tengku Mahmud berkata, terdapat 3,000 peserta dari 13 buah negeri termasuk Sabah telah menghantar kontijen masing-masing untuk menyertai Sukya tahun ini. Kejohanan sukan yang berlangsung selama lima hari bermula 14 Mac lalu mencatat memori manis buat kontijen Terengganu yang berjaya mempertahankan juara keseluruhan yang dimenangi dalam Sukya ke tujuh berlangsung di Kedah pada 2008.

Kecuaian ibu bapa, pengamal perubatan atau pengasuh membabitkan kes penderaan atau penganiayaan kanak-kanak, bakal berdepan tindakan mengikut akta kanak-kanak yang boleh di kenakan dua tahun penjara atau denda RM50,000 jika sabit kesalahan. “Mereka akan didakwa kerana tidak membuat laporan kepada pihak berwajib serta menyembunyikan kes penderaan,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Jalinan Rakyat, Gerakan Perihatin dan Skuad Sayang di padang bola Bukit Payung, Marang. Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan isteri To’ Puan Norliza Mahmud. Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah dan Ahli–Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Datuk Seri Shahrizat (kanan) bersua dengan warga emas ketika Pelancaran Jalinan Rakyat, Gerakan Perihatin dan Skuad Sayang di padang bola Bukit Payung, Marang.

“Merujuk kepada beberapa kes terbaru, saya mendapati penderaan itu sudah berlaku berlarutan tetapi tidak dilaporkan sehinggalah menjadi teruk dan meninggal dunia,” katanya. Beliau seterusnya memberi amaran keras supaya masyarakat mengambil perhatian serius hal ini dan tidak akan memaafkan mereka yang sanggup membiarkan penderaan dan penganiayaan berlaku. “Saya kesal kenapa ada orang yang sanggup melihat dan membiarkan insan-insan yang tidak berdosa ini dianiaya

dan diseksa, sekurangkurangnya mangsa dapat diselamatkan,” katanya. Dato’ Seri Shahrizat berkata, kes penderaan dan penganiayaan tidak boleh dipandang ringan kerana gejala itu sudah sampai ke tahap yang membimbangkan sekarang. Mengenai skuad sayang yang ditubuhkan Pergerakan Wanita Umno Malaysia melambangkan kebangkitan semula perjuangan merah putih yang menjalankan kerja-kerja kebajikan membantu masyarakat hingga ke akar umbi.


Khamis, 01 April 2010

am

Oleh Suriati Ali Projek pembenihan dan ternakan ikan kerapu berteknologi tinggi yang diusahakan Terengganu Agrotech Development Corp.Sdn Bhd (TADC) di Tanjung Demong, Besut, bakal mengubah sosioekonomi penduduk apabila mengeluarkan hasil kelak. Buat permulaan, 5,000 benih kerapu oren dan harimau diternak secara berasingan di dalam 2,000 sangkar khas di kawasan tersebut, baru-baru ini. Bagi mendapat kuantiti dan kualiti ikan yang diingini, TADC mendapat kerjasama Seraya Akuatik (M) Sdn Bhd, Universiti Malaysia Terengganu dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. Pengerusi Eksekutif TADC, Encik Razali Idris, berkata penglibatan secara langsung 250 penduduk Program Pembangunan Rakyat Termiskin yang sebelum ini hanya bergantung kepada hasil laut dan tanaman, akan dapat mengubah kehidupan mereka ke arah lebih baik. “Mereka yang sudah mempunyai asas berkaitan ternakan ikan bakal memperoleh pendapatan

TADC pembekal benih kerapu negara

Dato’ Seri Noh Omar bersama Dato’ Ahmad Said melihat lebih dekat cara pembenihan ikan kerapu dilakukan di TADC Tanjong Demong, Besut. - Gambar oleh Mohd Suhaimi Rafiee

sampingan antara RM500 hingga RM600 sebulan,” katanya ketika berucap sempena lawatan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said ke kawasan Projek Ternakan Ikan Kerapu Berte-

knologi Tinggi di Tanjung Demong, Besut. Turut serta dalam lawatan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Noh Omar; Pengerusi Jawa-

tankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Encik Rozi Mamat; Ahli Parlimen Besut, Dato’ Dr Abdullah Muhammad Zin dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

Selain memberi fokus untuk membasmi kemiskinan, TADC berhasrat menjadikan Terengganu sebagai pembekal benih dan ikan kerapu utama negara. Dato’ Ahmad berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersetuju menjadikan hasil projek di Tanjung Demong sebagai pembekal utama pembenihan dan pengeluaran ikan kerapu bagi keperluan pasaran tempatan dan luar negara. “Keputusan itu mampu menjadikan TADC mendapat pengiktirafan selain mempunyai daya saing kerana menjadi pembekal utama pembenihan dan ikan kerapu utama negara. “Projek yang diusahakan ini adalah inisiatif kerajaan untuk menjana ekonomi negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyat terutama nelayan serta petani,” katanya.

Kerajaan beli kapal korek Masalah sungai cetek yang sering berlaku di negeri ini akan diatasi segera tanpa mengambil masa yang lama apabila kerajaan negeri memutuskan untuk memiliki kapal korek sendiri, tahun depan. “Memandangkan masalah ini tidak pernah selesai dan kerajaan terpaksa belanja berjuta-juta ringgit setiap tahun, kita bersetuju membeli kapal korek yang akan dimasukkan dalam bajet tahun depan,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Dua Tahun Pentadbiran YAB Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar, di Wisma Darul Iman, barubaru ini. Hadir sama di majlis itu, Setiausaha Kerajaan,Dato’ Mazlan Ngah; Yang Dipertua

Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kakitangan perkhidmatan awam negeri. Menurut Menteri Besar, terdapat 14 muara sungai di seluruh negeri dan kerajaan terpaksa membelanjakan RM5 juta setahun bagi mendalamkan muara sungai yang cetek akibat ditimbus pasir yang menyukarkan laluan keluar masuk bot nelayan dan bot pelancong. Katanya, anggaran harga kapal korek adalah sekitar RM40 juta hingga RM50 juta dan memberi keuntungan pada jangka panjang di samping boleh bergerak ke setiap lokasi tanpa menunggu masa yang lama. Katanya, kerja-kerja mendalamkan muara juga diperlukan setiap masa kerana kadang-kadang

Kerajaan negeri akan membeli kapal korek sendiri bagi mengatasi masalah muara cetek di seluruh negeri.

tidak sampai setahun muara sungai boleh ditimbusi pasir semula. Tambahan pula, katanya, pasir yang diangkut keluar dari kerja-kerja mendalamkan muara ini boleh digunakan untuk ditambak di kawasan pembangunan di negeri ini.

Sementara itu, kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan tambahan kepada Jabatan Mineral dan Geosains untuk mengkaji lebih terperinci jumlah bijih besi sebenar yang terdapat di Bukit Besi, Dungun. Sebelum ini, katanya kontraktor pernah memberitahu jumlah bijih besi

mencecah 50 juta metrik tan, namun kajian terperinci diperlukan agar kerajaan tidak mengalami kerugian pada masa depan. Katanya, di Kemaman juga terdapat bijih besi namun jumlahnya agak sedikit iaitu 28 juta metrik tan sahaja serta kualitinya tidak begitu bagus.

21

Rangka manusia disahkan 16,000 tahun

Rangka manusia yang ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir pada November lalu disahkan berusia 16,000 tahun dan merupakan rangka tertua pernah ditemui di negara ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengumumkan perkara tersebut kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman baru-baru ini. “Kita akui artifak (rangka manusia) yang ditemui di Gua Bewah sudah berusia 16,000 tahun dan rangka manusia yang ditemui di Perak berusia 13,000 tahun,” katanya. Katanya, rangka tersebut juga disahkan milik remaja perempuan dan kerja-kerja mencari serpihan lain akan dilakukan dalam masa terdekat. Penemuan rangka manusia prasejarah itu sekali gus membuktikan wujudnya kawasan penempatan manusia zaman Mesolitik di kawasan tersebut. “Semasa ditemui rangka manusia itu disemadi dalam keadaan posisi merengkok umpama bayi dalam kandungan dan cara persemadian demikian dipercayai menjadi amalan masyarakat zaman tersebut,” katanya.


22

Khamis, 01 April 2010

amam

Swasta diajak kembang sektor pelancongan Oleh Kamarudin Mat Akib Sikap tunggu dan lihat yang diamalkan syarikat swasta dan agensi pelancongan tempatan sebelum melaksanakan pelbagai projek di bidang pelancongan, amat merugikan kerana sektor berkenaan kini berkembang dengan pesat. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata pihak berkenaan perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam sektor pelancongan kerana sokongan pelbagai pihak, terutama pihak swasta diperlukan bagi membangunkan sektor tersebut. “Di Terengganu, walaupun negeri ini kaya dengan aset pelancongan di setiap daerah, namun penglibatan pihak swasta masih rendah,” katanya dalam ucapan perasmian Pertandingan Blog Pelan-

congan Terengganu, di Dewan Gamelan, Primula Beach Resort, baru-baru ini. Teks ucapan tersebut dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman. Menteri Besar berkata, usaha Unit Komunikasi Negeri (UKOM) mengadakan pertandingan blog berkaitan pelancongan amat dibanggakan kerana sebagai agensi yang ditugaskan untuk menyebarkan maklumat mengenai Terengganu, usaha itu akan mencapai matlamat yang diharapkan. “Usaha yang saya anggap sebagai serampang dua mata ini penting kerana, selain dari satu pertandingan yang akan menggalakkan orang-ramai menceritakan pengalaman

mereka melawat Terengganu menggunakan media baru, tulisan atau berita yang disiar di dalam blog akan membantu mempromosi Terengganu sebagai satu destinasi yang hebat dan menarik di seluruh dunia melalui jaringan Internet. “Saya difahamkan, semasa blog utama pertandingan ini masih dalam pembinaan (under construction), webmaster yang terdiri dari petugas UKOM telah mendapati terdapat pengunjung dari luar negara seperti dari Amerika dan Australia melihat gambar-gambar menarik yang telah dimuat turun,” katanya. Dato’ Ahmad berkata, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa dunia ingin mengetahui tentang

YB Ahmad Razif (kanan) menekan butang tanda bermulanya Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 sambil diperhatikan Dato’ Razali Kassim.

Terengganu, tarikan alam semulajadinya dan pelbagai perkara yang terdapat di negeri ini. Katanya, dengan adanya nota-nota pengalaman yang diterjemahkan dalam blog yang juga memaparkan gambar-gambar yang menarik serta kemudahan yang ada, pelancong boleh membuat perbandingan sama ada ia berbaloi untuk bercuti di Terengganu. “Saya pasti, di kalangan 10 billion pelayar Internet di seluruh dunia, sudah tentu ada di kalangan mereka yang ketika ini sedang melayari website atau blog yang menyentuh tentang Terengganu dan saya juga pasti sudah ada yang membuat tempahan bilik untuk menginap sehari-dua di Terengganu,” ujar beliau. Katanya, tahun lalu

Terengganu menerima 3.2 juta pelancong manakala tahun ini kerajaan negeri mensasarkan 3.5 juta pelancong. Beliau berkata, dalam usha memajukan sektor pelancongan di Terengganu, kerajaan negeri merupakan pelabur terbesar yang bertanggungjawab menggerakkan sektor berkenaan dan sebahagian besar hasilnya akan dinikmati oleh rakyat. “Memandangkan potensi sektor pelancongan dalam menjana ekonomi, Kerajaan Negeri membelanjakan sebahagian besar bajet tahunan untuk menyediakan prasarana untuk menarik lebih ramai pengunjung,” tambahnya. Menteri Besar yakin dengan kesediaan kerajaan menerajui pembangu-

nan sektor pelancongan di Terengganu dengan membangunkan tarikan-tarikan baru, jumlah pelancong akan terus meningkat. Antara tarikan-tarikan baru yang bakal menjadi tumpuan pelancong ialah “Kenyir Island Hopping”, Santuari Kelah, Santuari Gajah, Pusat Tekstil, Taman Negara berhampiran Gua Bewah di mana telah dijumpai artifak, iaitu rangka manusia tertua di Malaysia berusia 16,000 tahun. “Industri-industri kecil yang sedia ada seperti tenunan songket dan batik serta kraftangan berasaskan tembaga dan ukiran tradisional kayu, akan terus menjadi tarikan,” ujarnya.


sukan

Oleh Aida Abd Rahman Kerajaan negeri sedia menggandakan hadiah kepada atlit yang berjaya membawa kontinjen Terengganu kekal juara buat kali kedua Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata walaupun untuk mempertahankan kejuaraan amat sukar berbanding meningkatkan kejayaan, kerajaan negeri berkeyakinan atlet Majlis Sukan-Sukan Terengganu (MSST) mampu melakar kejayaan dan mengharumkan nama negeri untuk kali kedua. Katanya, kerajaan bersedia memberi apa sahaja pengiktirafan kepada atlet yang berjaya dalam bidang sukan yang dikuasai mereka asalkan mereka mampu menempa nama dan menghasilkan kejayaan terbaik. Menurut Dato’ Ahmad, bagi mencapai kejayaan yang disasarkan atlet perlu mengekalkan disiplin, kesungguhan

dan momentum stamina yang tinggi. “Sebagaimana kejayaan pelumba basikal negara yang berasal dari Terengganu, Anuar Manan memenangi Raja Pecut yang pertama sejak 15 tahun penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL). “Kerajaan mengiktiraf kejayaan beliau dan menganugerahkan sebidang tanah dan RM10,000 atas pencapaian luar biasa anak Terengganu itu sekaligus membuktikan kerajaan bersedia memberi apa sahaja berdasarkan pencapaian atlet dalam bidang mereka,” kata beliau ketika merasmikan Majlis Anugerah Sukan MSST 2009, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Haji Ariffin Embong. Menteri Besar turut mengharapkan atlet yang masih di bangku sekolah

Khamis, 01 April 2010

Kerajaan sedia ganda hadiah kejayaan seperti atlet MSST bukan hanya jaguh dalam sukan sebaliknya turut mengutamakan pelajaran. Katanya, gesaan itu bertepatan dengan matlamat kerajaan untuk melihat Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu yang terbukti berjaya dihasilkan dengan pencapaian terbaik peringkat nasional bagi keputusan tiga peperiksaan utama sepanjang tahun lalu. Malah, pada masa yang sama, kejayaan dalam bidang sukan di peringkat negeri, negara serta dunia membuktikan Terengganu berupaya menjadi kuasa baru dalam sukan negara. Dalam majlis itu, Muhammad Zulkifli Razak, 17, atlet sepak takraw dari Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas (SST-

BN), Setiu dianugerahkan Olahragawan Tahun 2009, manakala Olahragawati Tahun 2009 menjadi milik Fazila Umirah Mazlan, 16, atlet olahraga juga dari SSTBN. Kedua-duanya yang merupakan pelajar Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas, Setiu menerima hadiah wang tunai RM2,000 setiap seorang. Muhammad Zulkifli pernah mewakili pasukan senior Malaysia ke kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai, Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia di Thanh Hao, Vietnam dan Dragon Cup di Hamburg, Jerman. Manakala Fazila Umirah pula pernah mewakili negara di Kejohanan Olahraga Atlet Kecil di Perth, Australia.

Manakala kategori Tunas Harapan (lelaki) 2009, Nur Shahira Muliadi, 13, (olahraga) dari SSTBN dan Tunas Harapan (perempuan) 2009, Zulbahrin Mat Asri, 13 (gimnastik) kebangsaan Bukit Payong, Marang. Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor, Hulu Terengganu dan Sekolah Rendah Sura, Dungun turut diisytihar sebagai Sekolah Berwatak Sukan. Dalam edisi kejohanan ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor tahun lalu, Terengganu merangkul kejuaraan keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSM selepas menamatkan saingan. Kontinjen negeri itu berjaya mengumpul 13 pingat emas, enam

perak dan 13 gangsa diikuti Kelantan dengan 11 emas, tujuh perak satu gangsa dan Kedah di tempat ketiga dengan pungutan 11 emas, lima perak dan lapan gangsa. Selain johan keseluruhan kejohanan Olahraga MSSM kali pertama dalam tempoh 51 tahun itu, Terengganu juga muncul johan MSSM 2009 dalam bola baling, sepak takraw, sofbol dan hoki. Seramai 42 atlet MSST mewakili negara dalam pelbagai kejohanan sepanjang 2009 termasuk sukan paragames (seorang atlet); badminton (seorang); footvolley (dua); basikal (dua); ragbi (dua); judo (dua); hoki (tiga); sepak takraw (enam); olahraga (sepuluh) dan bola sepak 13 atlet.

Raja Pecut dapat ‘durian runtuh’ Raja Pecut Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LtdL) 2010, Anuar Manan menerima ‘durian runtuh’ selepas Kerajaan Terengganu bersetuju menghadiahkannya wang tunai RM10,000 dan sebidang tanah sebagai ganjaran kejayaannya. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat mingguan Exco baru-baru ini sebagai menghargai jasa pelumba basikal sensasi Malaysia itu yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara pada LTdL yang berakhir 7 Mac lalu. “Hadiah yang akan diterima oleh Anuar itu, sama seperti hadiah yang diberikan kepada pelumba basikal dunia Azizulhasni Awang sebagai mengiktiraf kejayaannya. Kejayaannya merupakan satu sejarah buat negara,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said. Beliau berkata, tanah

yang akan diberikan itu terletak di kawasan Kuala Terengganu dan akan lokasinya akan ditentukan kemudian. Selain Anuar yang menjadi kebanggaan negeri dan negara, tujuh lagi anak negeri itu turut bertanding pada LTdL baru-baru ini. Perkembangan baik sukan berbasikal itu menyebabkan kerajaan negeri merancang menubuhkan pasukan sendiri untuk bertanding pada LTdL akan datang dengan memperuntukkan RM1.2 juta bagi menjayakan hasrat itu. Katanya, peruntukan itu meliputi penubuhan pasukan dan juga bayaran insentif kepada pelumba. “Kita bersetuju untuk tubuhkan pasukan LTdL kita sendiri dan kita akan turut serta dalam kejohanan itu tahun depan. Jadi peruntukan ini adalah permulaan untuk kita tubuhkan pasukan kita,”

23

katanya. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said yang dipertanggungjawab menubuhkan pasukan LTdL itu, berkata pasukan LTdL Terengganu dijangka dilancar pada Jun ini.

Kejayaan Anuar bakal merubah nasib masa depan keluarganya.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek memerhati sebahagian peralatan lumba basikal milik Anuar Manan.


Raja Pecut dapat ‘durian runtuh’ ms 23

Kerajaan sedia ganda hadiah kejayaan ms 23

sukan Bil. 19 (01 April 2010) http://teganukita.blogspot.com

Anuar julang nama negara Oleh: AIDA ABD RAHMAN “Kepada Anuar..tenangkan fikiran dan kuatkan semangat, berkayuhlah sekuat hatimu, bawa nama negara setinggi yang boleh. Apa yang mampu kita lakukan berdoa dan memberi sokongan yang terbaik agar anda berjaya dan mengharumkan nama negara dalam lebih banyak acara lumba basikal peringkat dunia,” demikian harapan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek, ketika berkunjung ke rumah Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL), Anuar Manan, di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Malah, Dato’ Ahmad Shabery yang menemui Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sebelum itu, turut menyampaikan pesanan Menteri Besar supaya beliau melihat keperluan yang sepa-

tutnya bagi membantu Anuar dan keluarganya. Beliau turut memberi jaminan Kementerian Belia dan Sukan akan memberi komitmen dan perhatian penuh bagi membantu keluarga Anuar. Menurutnya, tidak semua bentuk bantuan yang bakal disalurkan kepada keluarga Anuar perlu diumumkan kerana banyak perkara bersifat peribadi dan perlukan kepada perincian terlebih dahulu. “Bagaimanapun, kita akan bincangkan perkara ini bersama kerajaan negeri dan saya akan sampaikan beberapa perkara yang dapat membantu Anuar. Jangan terlalu memikirkan mengenai kesusahan keluarga. “Apa yang penting, Anuar dapat mencari ketenangan dan tidak terlalu memikirkan mengenai kesusahan keluarganya. Saya mahu dia menjadi atlet

yang baik dan seterusnya menjulang nama Malaysia,” kata beliau. Dato’ Ahmad Shabery ke rumah Raja Pecut LTdL itu bagi mendekati Anuar dan ibu bapanya, Manan Muda, 56 serta Azizah Ariffin, 54 serta melihat suasana sebenar kehidupan atlet yang hidup serba kekurangan itu. Selain melihat kehidupan Anuar, kunjungan Dato’ Ahmad Shabery juga bagi meraikan kejayaan gemilang Anuar sekalu Raja Pecut LTdL bagi edisi ke-15, yang berakhir 7 Mac lalu. Dato’ Ahmad Shabery turut melahirkan rasa bangga kepada ibu bapa Anuar yang mampu melahirkan anak yang berupaya menjadi jaguh sukan walaupun hidup dalam serba kekurangan. “Saya percaya mungkin baka yang baik daripada kedua ibu bapanya telah menghasilkan seorang anak yang hebat sepertimana Anuar Manan,” kata beliau.

Shabery memberi jaminan Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan pelbagai keperluan keluarga Anuar.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.