teganukita 36

Page 1

Keunikan Muzium Terengganu

ECER sasar pelaburan RM5 bilion

Taman Ilmu tempatkan enam universiti ms - 3

ms - 13

ms - 6

ISSN 2180-4737

Bil : 36 (01 Mac 2011) - http://teganukita.blogspot.com

TERENGGANU KEKAL NOMBOR 1 PNGK naik 2.49 peratus berbanding 2.49 peratus pada 2009. Seramai 12 pelajar mencapai PNGK 4.00 Sebanyak 52 sekolah telah menduduki STPM tahun lalu dan 11 sekolah telah mencapai kecemerlangan PNGK lebih atau sama dengan sasaran 2.67 Calon terbaik negeri yang mendapat PNGK 4.00 adalah Nik Muhammad Afiq Mohamad Nasrudin dari SMK Putra Jerteh dan Aisyah Faizah Zaki (SMK Maarif, Besut) masing-masing memperoleh keputusan 4A 1A Oleh: Suriati Ali Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 di Terengganu, terus mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) memperoleh 2.49 peratus berbanding 2.38 peratus bagi STPM 2009. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud, berkata apa membanggakan , seramai 12 pelajar mencapai PNGK 4.00 berbanding 8 pelajar bagi tahun sebelumnya. “Pencapaian calon yang mendapat 5 prinsipal pula meningkat sebanyak 0.26 peratus daripada 8.7 peratus berbanding 8.44 peratus bagi 2009. Manakala 4 prinsipal meningkat 1.90 peratus (44.06 peratus 2010 dan 42.16 peratus 2009). “Pencapaian lulus penuh, turut menunjukkan peningkatan sebanyak 1.10 peratus daripada 97.09 peratus berbanding 42.16 peratus 2009,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan Keputusan Peperiksaan STPM, di pejabat beliau, Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Encik Razali berkata, daripada 18 mata pelajaran yang diambil pelajar, 10 subjek iaitu Kesusasteraan Melayu, Sains Sukan, Seni Visual, Komputer, Matematik Tambahan, Syariah, Pengajian Perniagaan, Bahasa Melayu, Pengajian Am dan Kimia menunjukkan peningkatan dan lulus penuh. “Sebanyak 52 sekolah telah menduduki STPM tahun lalu dan 11 sekolah telah mencapai kecemerlangan PNGK lebih atau sama dengan sasaran 2.67. “Antara sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemaman memperoleh PNGK sebanyak 2.91; SMK Bukit Payong, Besut (2.87); SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu (2.85); SMK Cheneh Baru, Kemaman (2.83); SMK Nurul Ittifaq, Besut (2.80) dan SMK Durian Guling, Marang memperoleh 2.78,” katanya. Katanya, calon terbaik negeri yang mendapat PNGK 4.00 adalah Nik Muhammad Afiq Mohamad Nasrudin dari SMK Putra Jerteh dan Aisyah Faizah

lihat ms 2

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, turut hadir pada majlis pecah tanah Projek Tram Melaka yang dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

TATiUC latih pekerja tram Melaka Oleh: Kamaruddin Mat Akib Kolej Universiti TATI (TATiUC) bakal melatih pemandu dan pekerja tram Melaka yang dijadualkan mula beroperasi di negeri bersejarah itu, pada pertengahan tahun depan.

Perjanjian mengenai pengambilan pelajar bagi menjalani kursus lokomotif dan pekerja tram untuk tujuan tersebut dijangka dilakukan Mac ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, turut hadir pada majlis pecah

lihat ms 3


2

Selasa, 01 Mac 2011

Oleh: Esah Abdullah Kebersihan merupakan tunggak kepada kehidupan yang selesa dan harmoni selain menjadi manifestasi keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, kebersihan itu sebahagian daripada iman. “Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat ibadat kerana suasana bersih, suci mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah. Katanya, kerajaan mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai pertandingan kebersihan dan keceriaan membabitkan sekolah, kampung, kedai makan dan tadika dalam usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kebersihan bermula daripada peringkat kanak-kanak. “Seperti kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ dan Program English Teaching Assistant (ETA) yang dilaksanakan di beberapa sekolah menengah terpilih di negeri ini bakal diperluaskan ke sekolahsekolah seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai pelajar terbilang yang mampu menguasai Bahasa Inggeris secara lebih mendalam. Melalui konsep pembelajaran ETA, setiap pelajar nyata lebih berani menjawab soalan, tidak gentar membentang hasil kerja dan gemar menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan penggunaan bahasa berkenaan. Program ETA yang sudah bermula 2006 dengan setiap tahun terdapat 10 hingga 12 sekolah menengah dipilih untuk memberi ruang kepada pelajar universiti di Amerika Syarikat mengajar di sekolah itu. Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Dato’ Seri Jamaluddin Jarjis, berkata dia bangga

am

Pertandingan memupuk kesedaran kebersihan pendedahan awal kepada kanak-kanak di tadika penting bagi memastikan generasi akan datang sentiasa menghargai kebersihan dalam segala aspek kehidupan,” katanya di majlis penyampaian hadiah Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Tadika Peringkat Negeri di Menara Yayasan Islam Terengganu (YIT), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan dan Tugas-tugas Khas) Haji Wan Mohd Lotfi Wan Ismail; Timbalan Pengarah YIT, Haji Alias Jaafar dan Penolong Pengarah Kemas, Puan Zanna Roslan. Pertandingan yang membabitkan empat jabatan pra sekolah seperti YIT, Jabatan Pelajaran Terengganu (JPT), Kemajuan Masyarakat (Kemas)

Pemenang bersama hadiah Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Tadika Peringkat Negeri di Menara Yayasan Islam Terengganu (YIT), Kuala Terengganu. - Gambar oleh Syed Abdul Rahman.

dan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ini mampu menerapkan nilai murni dan budaya cintakan kebersihan alam sekitar. Sementara itu, Tadika YIT Parlimen Kuala Nerus menjadi johan kategori

bersepadu dan menerima wang tunai RM3,500 beserta sijil, Tadika YIT Hulu Terengganu (kedua) menerima RM3,000, dan Tadika YIT Setiu (ketiga) menerima RM2,500. Manakala kategori in-

dividu, Tadika Kemas, Kampung Amer 11, Besut (johan) menerima RM2,000, Tadika Kemas Kampung Sungai Lerek, Setiu (kedua) menerima RM1,500 dan Tadika Kemas Kampung Pengkalan

Setar, Marang (ketiga) menerima RM1,000. Kategori berkenaan turut bertanding di peringkat Parlimen dan johan menerima wang tunai RM500 naib johan RM450 dan tempat ketiga RM300.

Program ETA diperluas ke seluruh negara

Dato’ Seri Jamaluddin Jarjis bersama guru ETA dan pelajar ketika mengadakan lawatan kerja bersama Duta Amerika Syarikat, Paul W. Jones di Sekolah Menengah Lembah Bidong, Setiu.

dan kagum kerana Kerajaan Terengganu mampu mewujudkan program ETA yang nyata mampu membuka minda pelajar

menguasai subjek Bahasa Inggeris secara bijaksana. Dato’ Seri Jamaluddin yang berminat dengan kaedah itu akan mengam-

bilnya sebagai contoh atau model sebelum diperluaskan ke sekolah lain seluruh negara. “Pihak kami sedang

merangka kertas kerja berkaitan itu dan akan membentangkannya kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam masa terdekat. “Jika mereka menyatakan persetujuan, kita akan laksanakannya secepat mungkin, secara tidak langsung mewujudkan kembali apa yang pernah dilaksanakan dahulu,” katanya ketika kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersama Duta Amerika Syarikat, Paul W. Jones di Sekolah Menengah Lembah Bidong, Setiu, baru-baru ini. Lawatan itu bertujuan mengetahui keberkesanan ETA yang dilaksanakan di beberapa sekolah di negeri ini. Dato’ Seri Jamaluddin turut memberitahu, konsep

yang bakal dilaksanakan mungkin berbeza sedikit di mana menggunakan sistem pertukaran tenaga pengajar. “Seramai 300 hingga 500 guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di negara ini dijangka terlibat bagi memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris,” katannya. Sementara itu, Paul W.Jones, berkata idea pertukaran tenaga pengajar cukup baik dan sewajarnya dilaksanakan. Apabila pulang nanti, dia akan berbincang dengan Presiden. “Kerjasama dan hubungan baik antara Malaysia khususnya Terengganu dan Amerika Syarikat akan diteruskan untuk kepentingan bersama terutama berkaitan ekonomi dan persahabatan,” katanya.

dari ms 1

Pelajar SMK Ibrahim Fikri Kuala Terengganu bersama keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Zaki (SMK Maarif, Besut) masing-masing memperoleh keputusan 4A 1A-. “Manakala Nursyarihah Mohd Hasry dari SMK Ibrahim Fikri berjaya mendapat 4A 1B+; Nazhirah Mohd Zaki, pelajar

Kejayaan pelajar dan kualiti pendidikan negeri SMK Tengku Lela Segara, Marang memperoleh 4A 1B-,” katanya. Katanya, JPNT bangga dengan

keputusan yang dipamerkan ini. Tahniah juga kepada pengetua, guru dan ibu bapa yang telah banyak mengor-

bankan masa dan tenaga semata-mata ingin melihat kejayaan pelajar dan kualiti pendidikan negeri.


Selasa, 01 Mac 2011

am

dari ms 1

Terengganu turut terlibat dalam projek Tram Melaka

Dato’ Seri Najib menerima model Tram Melaka dari Tengku Abdul Rahman Al-Haj (dua dari kanan) disaksikan Ketua Menteri Melaka dan Menteri Besar Terengganu.

Perdana Menteri membunyikan loceng gimik perasmian Tram Melaka sambil disaksikan Menteri Besar Terengganu dan Ketua Menteri Melaka.

tanah Projek Tram Melaka yang dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Ayer Keroh, baru-baru ini. Projek berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh setahun merupakan satu lagi projek yang bakal meningkatkan bilangan pelancong ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan secara tidak langsung turut menaikkan nama Terengganu sebagai pelatih pekerja tram. Perdana Menteri dalam ucapannya melahirkan rasa teruja dengan hasrat kerajaan negeri Melaka untuk melaksanakan projek tersebut dan berharap ia akan menjadi ikonik bukan saja kepada negeri Melaka, tetapi kepada negara Malaysia. Beliau berkata, projek itu amat istimewa kerana ia mampu mengelakkan masalah pencemaran dan mesra alam kerana menggunakan NGV. Katanya, pelaksanaan projek tersebut juga selari dengan hasrat Kerajaan Pusat yang ingin mengetengahkan projek pelancongan yang mampan dan mengambil kira penjagaan persekitaran Projek tersebut akan dimulakan pada bulan Mei ini dan dijangka siap pada bulan Mei ta-

hun depan. Terengganu turut terlibat dalam projek berkenaan apabila TATiUC dipilih sebagai institusi pengajian tinggi yang akan melatih petugas tram berkenaan. Hadir sama pada majlis tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, YB Ahmad Razif Abdul Rahman, Dato’ Mohamed Awang Tera dan Dato’ Zaaba Mohd Adib.

Terengganu turut terlibat dalam projek berkenaan apabila TATiUC dipilih sebagai institusi pengajian tinggi yang akan melatih petugas tram berkenaan

3

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Harun Hassan Taman Ilmu yang dibina di Kampung Tembila, Besut dan boleh menempatkan enam universiti, boleh mula digunakan akhir tahun ini, apabila sebahagian besar komponen penting siap sepenuhnya. Lawatan Teganukita bersama-sama pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) petang semalam, mendapati sebahagian besar komponen utama seperti kerja-kerja prasarana, perpustakaan, pusat pelajar, kompleks sukan, dewan konvokesyen, kediaman pelajar dan masjid, hampir siap. Pelbagai wakil media turut menyertai lawatan tersebut yang dianjurkan Unit Komunikasi Negeri (Ukom), bagi memberikan maklumat mutakhir mengenai prestasi projek bernilai lebih RM300 juta itu. Sehingga ini, kerjakerja menyediakan prasarana sudah pun 90 peratus siap, masjid (70 peratus), perpustakaan (100 peratus), kompleks sukan (92 peratus), pusat pelajar (90 peratus) dan dewan konvokesyen (75 peratus) dan kediaman pelajar (95 peratus). Mengikut penilaian JKR, secara purata kemudahan asas untuk membolehkan taman tersebut mula beroperasi sudah 85.29 peratus siap, berbanding peratus sebenar 93.75 peratus. Sehingga ini, beberapa universiti termasuk dari luar negara berminat untuk membuka cawangan mereka di Taman Ilmu dan perbincangan sedang dilakukan dengan kerajaan negeri bagi tujuan itu.

Kompleks pendidikan Terengganu yang dikenali sebagai Taman Ilmu megah berdiri dan akan dibuka pada penghujung tahun ini.

Taman Ilmu tempatkan enam universiti Difahamkan kerajaan negeri sedang menimbang permohonan tersebut dan masih belum membuat keputusan muktamad mengenainya. Kerja-kerja terakhir (finishing) di beberapa komponen utama sedang giat dilakukan manakala perpustakaan sudah mula diisi dengan sebahagian perabot yang ditempah sebelum ini. Apabila siap semua komponen yang dirancang, Taman Ilmu mampu menempatkan 35,000 pelajar di mana mereka akan berkongsi pelbagai kemudahan yang disedia-

Keadaan dalam Taman Ilmu.

kan di kawasan tersebut. Terengganu, khususnya di Taman Ilmu meliputi bahagian utara melibatkan kawasan seluas 700 ekar derah Besut dan Setiu. dan bakal menjadi pemangkin ekonomi negeri

Usaha cari gali artifak diteruskan Lebih banyak artifak berharga dijangka bakal ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir, apabila usaha mencari gali bahanbahan sejarah di kawasan tersebut diteruskan tidak lama lagi. Usaha mencari gali artifak di kawasan tersebut yang diuruskan pakar pengkaji bahan-bahan sejarah, merupakan kesinambungan kerja-kerja mencari gali yang dilakukan pada tahun 2009. Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasaran Perbadanan Muzium Negeri Terengganu, Mohd Saberi Muda, berkata pihaknya yakin Gua Bewah menyimpan banyak khazanah berharga berdasarkan hasil penemuan usaha cari gali di kawasan itu yang dilaku-

Gua Bewah menyimpan banyak khazanah berharga berdasarkan hasil penemuan usaha cari gali di kawasan itu yang dilakukan sebelum ini.

kan sebelum ini. Beliau berkata, pada pencarian yang dilakukan dua tahun lalu muzium itu berjaya menemui pelbagai bahan sejarah, termasuk satu rangka manusia yang dipercayai berusia 11,000 tahun. Mohd Saberi berkata, Gua Bewah merupakan batu kapur yang menjadi penempatan terawal manusia zaman pra-sejarah di negara ini. Sebanyak 613 artifak ditemui hasil kerja mencari gali di kawasan tersebut yang dimulakan pada 2009 hingga tahun lepas. Kerajaan negeri mahu mengekalkan artifak manusia kuno itu di Gua Bewah sebagai daya tarikan pelancong ke Tasik Kenyir, khususnya di kalangan pencinta sejarah.


4

Selasa, 01 Mac 2011

ANALISIS

Amalkan hidup tanpa beg plastik Tahu atau tidak, bahan plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia. Dan ada kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta. Jumlah yang banyak itu bukan hanya membazir dan sepatutnya boleh dikitar semula, namun dalam masa yang sama ia turut merosakkan alam sekitar. Beg plastik dapat menyebabkan penghasilan bahan toksik yang boleh menyebabkan masalah kemandulan kepada lelaki , sakit buah pinggang dan kanser. Selain itu kajian juga menunjukkan 100,000 hidupan marin mati setiap tahun akibat termakan benda asing yang diperbuat daripada plastik atau pencemaran laut yang berpunca daripada pembuangan plastik. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar memberitahu terdapat 13 pasar raya besar dan premis terpilih telah mengenakan caj antara 10 hingga 20 sen bagi setiap beg plastik pada kempen tanpa beg plastik setiap Sabtu. Dr. A. Rahman berkata, hasil daripada caj tersebut disimpan dalam dana khas yang akan digunakan untuk program-program kepenggunaan serta kemasyarakatan yang menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar. Sejak awal tahun ini katanya, sejumlah RM3,782.70 hasil jualan plastik berjaya dikumpul dan usaha ini dilihat lebih kepada mendidik orang ramai supaya tidak menggunakan langsung beg plastik. “Kerajaan amat serius dalam hal berkaitan kesihatan rakyat dan hasil kajian, beg plastik merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan dan pencemaran alam sekitar,” katanya. Di beberapa negara Eropah mewajibkan pengguna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai ‘Green Bag’ sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah. Satu perangkaan lain pula mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali. Beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl) phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur. Penyelidik di Universiti Harvard pada 2002 berjaya membuat penemuan baru mengenai kesan kimia phthalates yang mampu merosakkan DNA sperma manusia.

Penaung

Oleh: RUSLAN ABD RAHMAN

Ladang Gemilang pastikan Usaha Pembangunan di Kampung Ladang yang membabitkan beberapa buah kampung sekitar yang sekian lama terpinggir dalam bandar Kuala Terengganu adalah usaha yang amat positif. Kalau dibiarkan kuasa pasaran menentukan sudah tentu pembangunan hartanah dijalankan oleh swasta akan berterusan. Sudah tentu mereka yang kebanyakan orang-orang Melayu yang menghuni di situ, termasuk secara menumpang tidak mungkin mampu untuk membeli hartanah atau unit-unit rumah dan kedai yang pasti tinggi harganya dijual oleh pihak swasta. Begitu juga keadaan perkampungan itu yang tidak terurus susun aturnya, sistem perparitannya dan rumah-rumah using menjadikan suasana yang mencacatkan pemandangan yang memalukan, terutama kepada para pelancong yang menginap di hotel sekitarnya. Keadaan yang tidak terarah dan tersusun, tentulah membawa suatu bentuk kehidupan yang tidak selesa,

pincang dan menghasilkan pelbagai masalah social, lebih-lebih lagi dengan tekanan hidup dalam bandar. Kita juga tentulah tidak mahu aset-aset Bumiputera terlepas begitu sahaja dan mereka terus tinggal terpinggir, apatalah lagi kebanyakannya merupakan golongan yang berpendapatan rendah. Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said

Imam & bilal ejen

Bicara Eksekutif: Multaqa Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama Iman dan Bilal di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

: YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi Penasihat : Hambali Abdul Latiff, Pengarang Penyelidik Kanan Kepada Menteri Besar Pengarang Penolong Pengarang 1 Penolong Pengarang 2 Wartawan Jurufoto Pelatih Pengendali Blog

Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Kamaruddin Mat Akib Aida Abdul Rahman Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin : Zulkipli Putra & Syed Abd Rahman : Mohamad Shahrir, Raja Faisal : Harun Hassan

ang di rumah dan tanah milik orang, termasuk tanah milikan kerajaan. Keluarga dari kumpulan kumpulan ini terus berkembang dan kadangkadang terpaksa hidup berasak-asak dalam rumah membabitkan beberapa keluarga. Oleh itu kerajaan mengambil daya usaha membangunkan Ladang dan sekitarnya selain membina pangsapuri untuk me-

Penduduk Ladang bagaikan tidak sabar untuk melihat perubahan pembangunan di kawasan mereka.

WAKAF RAKYAT Oleh: ANAK POK TEH

sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit demi membela nasib dan masa depan masyarakat di Kampung Ladang serta sekitarnya. Terdapat beberapa kategori orang-orang mereka berada di Kampung Ladang itu: • Mereka memiliki rumah dan tanah • Mereka hanya memiliki rumah tetapi menumpang di tanah orang • Mereka hanya menump-

: : : :

Iman dan bilal memainkan peranan mengurangkan polemik dan perbalahan antara umat Islam di negeri ini. - Gambar oleh Syed Abdul Rahman.

Pada edisi lalu Wakaf Rakyat memperkatakan bagaimana Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said menghargai penjawat awam apabila meletakkan mereka sebagai di barisan hadapan pentadbiran negeri yang berslogankan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.’ Menyebut gagasan ini, kita tidak boleh terlepas pandang peranan pemimpin peringkat bawahan, bukan sahaja pemimpin politik dan masyarakat tetapi imam dan bilal. Sumbangan mereka kepada masyarakat setempat bukan sahaja amat diperlukan tetapi amat penting bagi mewujudkan suasana harmoni dan perpaduan di kalangan penduduk, khususnya umat Islam. Satu perkara menarik yang ditimbulkan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Said ialah kenapakah,

orang bukan Islam tidak berbalah mengenai agama mereka, malah mereka bersatu jika ada bencana menimpa atau rasa terancam. Sedangkan kita umat Islam khususnya di Terengganu ini sering bertelingkah dan berpolimik mengenai Islam tidak habis-habis? Siapakah boleh menjawab dan mencari penyelesaian kepada masalah itu? Kerana itu Menteri Besar meminta bijak pandai Islam melihat fakta kenapa orang bukan Islam tidak berbalah mengenai agama mereka, malah nampak bersatu dan cuba mengatasi masalah kaum atau juga kumpulan mereka secara bersama-sama. Persoalan asas ini sebenarnya ditimbulkan Menteri Besar pada Bicara Eksekutif : Multaqa Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama Imam dan


Selasa, 01 Mac 2011

5

an aset Bumiputera kekal di bandar nempatkan mereka dengan lebih selesa, sekalipun golongan yang menumpang atau tinggal di ‘tanah haram’ turut diberikan peluang. Langkah pertama ialah dengan membina pangsapuri ‘transit’ untuk menempatkan terlebih dahulu mereka yang terbabit sebagaimana tiga kumpulan dan kategori tadi. Pangsapuri Ladang Gemilang 1 ini dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air- amat selesa sekali berbanding dengan kehidupan sebelumnya di perkampungan yang padat dan tidak bersistem. Kesemua 192 orang telah mula menduduki pangsapuri transit itu pertengahan tahun lalu (2010) sebelum menjelang sambutan Aidilfitri, penyerahan kunci disempurnakan oleh Menteri Besar sendiri. Ia dibangunkan di atas tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu. Kemudahan surau juga diadakan untuk menampung 200 jemaah pada satu- satu masa. Perlu difahami un-

tuk Pangsapuri Ladang Gemilang 1 ini adalah ‘transit’ dan mereka tinggal sementara secara menyewa terlebih dahulu di sini sebelum berpindah ke Pangsapuri Ladang Gemilang fasa seterusnya. Sewa bulanan lebih kurang RM300 sahaja di kediaman yang begitu selesa ini merupakan suatu nikmat kalau hendak dibandingkan unit-unit rumah rumah seumpamanya di sekitar bandar ini antara RM700 hingga RM800 sebulan. Kadar sewaan ini hanya dibuka kepada mereka yang terlibat dalam perpindahan itu sahaja. Bagi rumah yang akan dijual kelak (Gemilang Fasa II) kerajaan memberikan subsidi 50 peratus bagi rumah kos rendah, manakala bagi Pangsapuri Ladang Gemilang bagi rumah mampu milik berharga RM150,000, dijual dengan harga RM75,000. “Sekarang ini kita jadikan transit dahulu untuk beberapa tahun bagi memudahkan mereka berpindah dan memudahkan kerja-kerja pembangunan

kampung mereka dijalankan,” tegas Menteri Besar di majlis penyerahan kunci. Mereka yang termasuk dalam senarai penerima bantuan sewa rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mereka hanya perlu bayar RM126 sahaja setiap bulan Difahamkan berdasarkan prosedur biasa, bagi tiga tahun pertama mereka bayar sewa dan selepas itu jika tiada aduan, bantahan serta tiada penyelewengan, kerajaan menetapkan tiga tahun pertama sebagai bayaran permulaan kepada sewa beli rumah itu sebagaimana yang sudah dijelaskan. Sebenarnya pembangunan di Kampung Ladang dan pembinaan pangsapuri Ladang Gemilang adalah sesuatu yang berfaedah dan baik demi masa depan masyarakat di pinggir bandar itu, di samping perlunya kampung itu disusun atur dengan baik agar kelihatan cantik dan memajukan pelancongan sekaligus.

Pangsapuri Ladang Gemilang 1 yang kini sudah diduduki sebahagian penduduk Ladang.

en penting bina umat berdaya maju Bilal di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam baru-baru ini. Dato’ Seri Ahmad Said turut mengemukakan pertanyaan, mengapakah kerana hanya tidak bersependapat mengenai perkara-perkara cabang dalam Islam kita di Terengganu ini mula memusuhi saudara Islam kita sendiri? Apabila Menteri Besar mengemukakan persoalan ini, beliau sebenarnya mengajak imam dan bilal berbicara mengenai masalah asas yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Amat jelas sukar bagi pentadbir atau penjawat awam serta orang politik menyelesaikan isu ini walaupun ada di antara punca perpecahan sesame Islam di peringkat bawah diakibatkan oleh orang politik! Kerana sukarnya mengatasi masalah pertelingkahan seperti ini, Menteri Besar dan Kerajaan Negeri berharap imam dan bilal

memainkan peranan mengurangkan polemik dan perbalahan antara umat Islam di negeri ini. Amat jelas bagi kerajaan negeri, di sinilah letaknya amanah dan kepercayaaan kerajaan kepada warga imam dan bilal kerana seperti kata Dato’ Ahmad Said, “jika kita mahu kebaikan maka kita akan mendapat kebaikan dan jika kita menghendaki kemusnahan, kita akan menerima akibat dan kesannya.” Di mana-mana juga, tidak terbatas di Terengganu sahaja,warga imam dan bilal adalah institusi barisan hadapan yang dapat mencorakkan pemikiran rakyat. Mereka adalah ejen penting dalam menyampaikan hasrat kerajaan untuk memajukan negeri ini serta membina umat yang berdaya maju. Amat jelas imam dan bilal tidak sewajarnya merasakan mereka tersisih

atau disisih dalam memajukan negeri dan membina rakyat yang berdaya maju bagi tujuan pembangunan negeri. Jawatan mereka penting dalam masyarakat Islam dan bukan Islam dan sudah sewajarnya mewarisi peranan yang dimainkan oleh Rasulullah S.A.W. bukan sahaja dalam membimbing solat malah penting dalam membentuk masyarakat yang berdaya maju. Bagi kerajaan negeri, merekalah simbol penyatuan umat. Ini dapat dilihat dengan jelas umpamanya melalui ibadah solat berjemaah, setiap umat Islam perlu mengetepikan segala bentuk perbezaan yang ada dan tunduk kepada seorang pemimpin iaitu imam. Namun di sebalik itu seperti ditimbulkan Menteri Besar pada Multaqa berkenaan, jika berlaku pula solat dua imam, amat jelas menunjukkan masyarakat di kawasan itu telah dipisahkan oleh

politik. Persoalan dilemparkan oleh Dato’ Seri Ahmad Said ialah: “Mengapa kita mesti mempamerkan keegoan kita kepada masyarakat yang mengharapkan bimbingan dari kita supaya menjadi umat yang lebih baik?” Ini bagaikan suatu cabaran oleh Menteri Besar agar imam dan bilal memperbaiki suasana kurang harmoni peringkat bawahan itu kepada suatu keadaan yang lebih mesra dan wujudnya perpaduan di kalangan umat Islam di negeri ini. Apa yang diharapkan ialah, sebagai pemimpin masyarakat setempat, personaliti dan tindak tanduk setiap Imam haruslah sentiasa dijaga agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Sebagai pemimpin masyarakat mereka bukan sahaja perlu dilihat sebagai orang yang ‘lebai’ dan berilmu agama tetapi juga kelihatan hebat pada setiap waktu dan ke-

tika. Kerajaan negeri juga mahukan agar Imamiman menyediakan diri dengan ilmu yang mencukupi yang membolehkan mereka bukan sahaja mahir dalam ilmu Fardhu Ain malah menguasai kemahiran lain seperti ilmu Psikologi, Kaunseling dan sebagainya. Kedudukan mereka yang ‘istimewa’ itu membolehkan mereka mengambil peluang menjadi Guru Ta’mir yang mengajar di masjid-masjid dan memberikan khidmat nasihat agama di masjid, selain membuka kelas pengajian berkaitan agama dan kebudayaan Melayu seperti marhaban, berzanji, qasidah dan sebagainya. Usaha ini perlu dimulakan dari sekarang kerana jika diabaikan, tidak mustahil jika suatu hari nanti ilmu-ilmu ini akan luput ditelan zaman. Yang juga diharapkan Menteri Besar ialah imam dan bilal hari ini perlu juga

mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan urusan keduniaan seperti ilmu pentadbiran, teknologi, teknologi maklumat dan sebagainya. Ini kerana merekalah penggerak dan pemangkin bagi segala kegiatan masyarakat setempat. Natijahnya, baik atau buruk sesuatu masyarakat di Terengganu ini banyak bergantung kepada sejauh mana imam dan bilal mampu melaksana dan memenuhi tanggungjawab mereka sewajarnya. Merekalah pemimpin agama setempat dan mereka jugalah contoh kepada masyarakat setempat. Pengiktirafan kerajaan terhadap mereka mampu menjadikan masyarakat Islam di Terengganu lebih bersatu dan melaluinya mereka dengan sendirinya tidak lagi terpinggir daripada jentera pembangunan negeri yang mendahulukan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.


6

Selasa, 01 Mac 2011

rencana

BUDAYA

EKONOMI

ECER sasar pelaburan RM5 bilion

Inspirasi seni khat

ECER menyasarkan untuk menarik pelaburan RM5 bilion (AS$ 1.67 bilion) setahun, di mana RM2 bilion dijangka disumbangkan dari Timur Tengah. JEBASINGAM

Inspirasi Seni Khat akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu selama dua hari bermula 12 Mac ini.

Oleh: Aida Abd Rahman Terengganu yang dominan dengan jolokan `Negeri Anjung Ilmu’ terus mengorak langkah memartabatkan satu lagi cabang ilmu apabila menganjurkan pertandingan seni khat peringkat kebangsaan pada 12 hingga 13 Mac ini. Pertandingan yang julung kali dianjurkan Persatuan Seni Khat Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Terengganu bertemakan`Inspirasi Seni Khat TTI (Taman Tamadun Islam)’ menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM61,000 yang bakal disertai lebih 300 peserta dari seluruh Malaysia. Pengerusi jawatankuasa pertandingan, Dato’ Zubir Embong, berkata program yang berkampung di TTI merangkumi pameran, seminar dan juga pertandingan seni khat melibatkan penyertaan penggiat, pengkarya dan peminat seni khat dari seluruh negara. Katanya, pertandingan yang menawarkan dua kategori, masing-masing spontan (terbuka) bagi 18 tahun ke atas dan spontan (sekolah) bagi yang berusia 13 hingga 18 tahun bakal mengetengahkan karya khat yang popular termasuk Thuluth, Kufi, Nasakh dan Diwani.

Dato’ Zubir menunjukkan salah satu hasil nukilan ‘Khat Kufi’

Tokoh kaligrafi Islam, Profesor Dr Muhammad Bukhari Lubis dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) akan mengemukakan ucaptama pada program itu, selain kemunculan tokoh kaligrafi terkenal dunia dari Syria, Adnan Sheikh Osman sepanjang seminar bagi berkongsi ilmu penulisan dengan peserta pertandingan ini. Beliau berkata, program itu akan menjadi forum untuk memperkasa dan menanam minat supaya kecintaan terhadap khat subur di kalangan masyarakat khususnya golongan muda, selain membuka mata mengenai keindahan, rah-

sia dan nilai tulisan jawi atau khat ini kepada masyarakat Islam. “YAB Menteri Besar cukup berminat dengan program ini. Beliau turut menyediakan satu piala khas sebagai piala iringan dinamakan `Piala Menteri Besar Terengganu’ dan dijangka pertandingan ini akan diadakan secara tahunan,” katanya ketika sidang akhbar mengenai program itu, di Dewan Konvensyen TTI, di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Urusan TTI, Engku Md Azmi Engku Abd Rahman.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Malaysia menyasarkan untuk menarik pelaburan RM5 bilion (AS$1.67 bilion) setahun, di mana RM2 bilion dijangka disumbang dari Timur Tengah. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Malaysia menyasarkan untuk menarik pelaburan RM5 bilion (AS$1.67 bilion) setahun, di mana RM2 bilion dijangka disumbang dari Timur Tengah. Ketua Peghawai Eksekutif (CEO) Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John berkata di Abu Dhabi semalam, ECER Malaysia berkeyakinan menarik lebih banyak pelaburan dari negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada tahun ini. “Kami sedang mengadakan perundingan yang serius dengan beberapa pelabur berpotensi dari Timur Tengah

dan menjangka mengumumkan perkembangan positif menjelang tahun ini,” katanya pada forum “Invest Malaysia 2011” yang dilancarkan di Abu Dhabi, baru-baru ini. Issace berkata wujud minat mendalam dari Timur Tengah terhadap ECER, terutama sekali dalam bidang industri halal, pelancongan dan pertanian, khususnya ternakan ayam itik dan perikanan. Antara 2007 dan 2010, ECER menarik pelaburan bernilai RM35.6 bilion (AS$12.2 bilion), di mana RM15.3 bilion (AS$5.1 bilion) telah diterima. Beliau berkata kehadiran pelaburan Timur Tengah di dalam ECER akan memberikan akses segera terhadap pasaran yang semakin bercambah di Timur Jauh dan Asia Pasifik, yang mempunyai penduduk empat juta orang dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang disatukan sebanyak AS$17 trilion.

Zon Ekonomi Khas ECER Antrara projek yang dipromosikan di dalam SEZ ECER ialah kluster Perindustrian Minyak Sawit, masingmasing Pembangunan Pelancongan Daratan Pantai Pantai Sepat, Cherating dan Kijal, Taman Halal Gambang, Taman Perindustrian Automotif Pekan, Taman Polimer Kertih dan Bandaraya Pelabuhan Kuantan. Issace berkata ECER meliputi kawasan yang luas, yang boleh memenuhi keperluan negara-negara Timur Tengah

yang ingin meningkatkan program keselamatan makanan masing-masing. “Sambil Malaysia berkongsi banyak persamaan kebudayaan dengan Timur Tengah, ECER boleh menjadi satu destinasi pelaburan yang memenuhi syariah, pusat peranginan dan hotel bagi berorientasikan keluarga,” katanya. Katanya universiti dan kolej di GCC boleh juga mewujudkan cawangan Malaysia mereka di ECER.


Selasa, 01 Mac 2011

am

Oleh: Esah Abdullah Perjanjian antara Top IT Sdn Bhd dengan Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram) membuka satu laluan baru dalam dunia pendidikan negeri yang menuju kemuncak `negeri anjung ilmu’. Kerjasama dua hala itu dilihat akan meledakkan satu dimensi baru dalam dunia pendidikan negeri di mana Top IT menyediakan sistem teknologi maklumat (IT) iaitu komputer riba untuk guru Akram dan e-Book untuk pelajar. Guru-guru Akram yang terbahagi kepada 12 bidang termasuk Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, ICT dan Perkomputeran, Pendidikan Islam, Kajian Kemasyarakatan, Teknik dan Vokasional, Penyelidikan, e- Pantau dan Kokurikulum Rendah/ Akram Rendah. Kumpulan guru Akram akan menyediakan 1,000 soalan sebu-

Top IT ikat janji dengan Akram

Majlis menandatangani perjanjian antara Top IT Sdn Bhd dan Akram di saksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan Haji Ahmad Razif Abdul Rahman.

7

lan mengikut bahagian masingmasing untuk ujian pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negeri. Majlis menandatangani perjanjian antara Top IT Sdn Bhd dan Akram di saksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman. Sementara Top IT diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Mohd Isa Nik dan Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri manakala Haji Che Abd Rani Mohd menjadi saksi. Akram pula diwakili Pengerusinya Encik Mustaffa Mohd dan disaksikan Pengarah Pelajaran, Encik Razali Daud.

Kelas khas rekrut hafiz mulai tahun ini Mulai tahun ini kerajaan negeri mewujudkan satu kelas khas di sepuluh Sekolah Menengah Agama (SMA) negeri dalam usaha merekrutkan setiap pelajar sebagai hafiz sebelum tamat tingkatan lima. Pelajar kelas berkenaan diwajibkan menghafaz enam juzuk setahun mulai tingkatan satu dan mereka dijangka mampu menamatkan 30 juzuk al-Quran sebaik tamat tingkatan lima. SMA terlibat adalah SMA Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk; SMA Khairiah, SMA Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu; SMA Marang; SMA Mahmudiah, Kuala Berang; SMA Setiu; SMA Ittifakiah, Jerteh; SMA Maarif, Besut;

SMA Sultan Ismail, Dungun dan SMA Al- Falah, Kemaman. “Kerajaan sedar harapan masyarakat teralu tinggi untuk melihat anak-anak mereka menjadi hafiz al- Quran bila tamat sekolah menengah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat ketika merasmikan penutup Seminar Pemantapan Ummah Guru-guru Sekolah Menengah Terengganu sempena sambutan Maulidur Rasul di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Dato’ Sheikh Harun Ismail; Penolong Pesuruhjaya

Pembangunan Sumber Manusia, Encik Zahari Sulong dan 340 guru dari SMA, SMK, Sekolah Menengah Imtiaz (SMI) dan Institut Al-Quran Terengganu (IQT) serta guru-guru dari Timur Tengah. “Kewujudan kelas-kelas alQuran di SMA, mampu meningkatkan jumlah pelajar yang hafiz selain pelajar hafiz dari SMI dan IQT,” katanya. Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberi penekanan kepada Bahasa Arab dan al-Quran supaya apabila mereka berada dalam masyarakat, sekurangkurangnya mereka boleh menjadi pembantu imam dan bilal di 489 masjid yang terdapat di seluruh Terengganu.

Tapak rumah kini milik generasi kedua - Dato’ Nasir

MOHD NASIR

Peneroka generasi kedua Felda Belara boleh menarik nafas lega apabila Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri memberitahu isu pemilikan tanah tapak rumah di Bukit Perah dan Batu 20, Tepoh yang tergendala hampir 20 tahun kini

dalam proses pindah milik. “Kita menyedari generasi kedua Felda Belara menunggu lama bagi mendapatkan hak milik tanah di Bukit Perah dan Batu 20 yang diteroka oleh generasi pertama Felda Belara. Perkara ini telah dipersetujui oleh pejabat daerah dan kita hanya menunggu masa sesuai untuk mengusulkan kepada mesyuarat exco dalam masa terdekat”, kata Dato’ Nasir kepada Teganukita, baru-baru ini. Menurut Dato’ Mohd Nasir, pemindahan milik tanah itu perlu melalui banyak proses dalam memastikan pembahagian tanah berlaku dengan adil dan tidak berlaku pertindihan nama pada dua kawasan berbeza, sekaligus mengakibatkan pemilikan berganda. “Sekiranya nama generasi kedua terdapat dalam senarai nama kawasan Bukit Perah, se-

Sementara itu, program pemantapan Bahasa Arab dan alQuran yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu oleh kerajaan negeri dengan mengambil tenaga pengajar dari negara Timur Tengah berjaya meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang ilmu itu. Seramai 27 guru didatangkan dari Mesir, Sudan dan Syria ditempatkan di sepuluh Sekolah Menengah Agama (SMA) negeri untuk mengajar Bahasa Arab dan al-Quran dalam tempoh dua tahun mereka berada di negeri ini. Di samping mengajar di kelas, guru berkenaan turut dilantik sebagai warden asrama bagi memberi peluang untuk mereka

KHAZAN CHE MAT

bergaul dengan pelajar dengan lebih dekat serta secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar.

Kerajaan meterai janji dengan RCSI cara automatik tapak rumah di Batu 20 akan diberikan kepada ahli keluarga yang lain”, ulas Dato’ Haji Nasir lagi. Kini terdapat 165 nama di Bukit Perah dan 65 nama di Batu 20 dalam kawasan Felda Belara yang merupakan salah satu Felda Bandaraya di Malaysia. Penama hanya perlu membayar 10 peratus harga premium daripada harga nilaian tanah bagi mendapatkan tapak rumah itu. Dato’ Mohd Nasir menjelaskan perkara tersebut dalam Majlis Perhimpunan Rapat dan Mesra Peneroka dan Generasi Kedua Komuniti Peringkat Felda Belara Bersama YB di Dewan Sivik Felda Belara yang turut dihadiri Ahli Dewan undangan negeri (Adun) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh.

Kerajaan negeri akan mengadakan perjanjian usahasama dengan Royal College Surgeon of Ireland (RCSI) untuk membuka kampus cawangannya di negeri ini. Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dan pegawai dari Yayasan Terengganu (YT) akan ke Ireland untuk memeterai perjanjian berkenaan. “Dengan adanya usahasama ini, kita dapat jimat RM1 juta bagi seorang pelajar kerana kos sebenar pembiayaan sepanjang enam tahun bagi setiap pelajar ialah RM1.5 juta,” katanya. Dato’ Seri Haji Ahmad ber-

kata, kerajaan akan menghantar 50 pelajar setahun ke RCSI untuk tempoh tiga tahun di Ireland setelah menghabiskan pengajian tiga tahun di kampus cawangan tersebut, di sini. “Kerajaan akan mengeluarkan belanja RM75 juta untuk 50 pelajar jika tempoh pengajian enam tahun di Ireland, tetapi bila usahasama ini dilaksana kita mampu berjimat RM50 juta,” katanya. Katanya, bila kampus cawangan RCSI mula beroperasi bukan setakat pelajar tajaan kerajaan negeri malah orang perseorangan yang mampu juga boleh hantar anak mereka untuk mengikuti pengajian dalam perubatan di sini.


8

Selasa, 01 Mac 2011

Semarak junjungan Rasululla Hampir 4,000 peserta membabitkan 110 pasukan menyertai perarakan yang bermula dari Taman Shah Bandar, melalui bulatan Ladang dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sambil berselawat ke atas junjungan nabi, sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat negeri Terengganu yang bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah itu, baru-baru ini. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menjuarai pertandingan perarakan bagi kategori jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun; Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (kategori j a b a t a n Kerajaan

Persekutuan dan badan berkanun Persekutuan) dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin pula kategori pelajar sekolah menengah. Manakala Akademi Bomba Malaysia Negeri Terengganu memenangi kategori badan-badan beruniform. Semua pasukan itu berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta sijil penghargaan. Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Seri Laksamana Ra-ja, berkata kefahaman dan penghayatan umat Islam berbeza-beza mengikut taraf dan latar belakang kehidupan sama ada yang masih kecil, dewasa atau warga emas. “Jika seseorang itu masih belajar, kadang-kadang mereka tidak memahami langsung apa itu Islam, kecuali sedikit maklumat asas mengenai aspek ibadat dalam agama. “ M e r e k a mewakili sebahagian besar daripada keseluruhan

umat Islam, mudah terpengaruh dengan adat budaya luar di mana bagi mereka, apa yang diikuti itu adalah benar dan betul,” katanya ketika berucap sempena perasmian sambutan itu. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Hajah Norliza Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB Haji Razif Abd Rahman dan beberapa Exco Kerajaan Negeri. Tengku Laksamana Raja turut memberitahu, golongan yang mendapat pendidikan barat pula, sudah tentu mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna iaitu berteraskan wahyu, tetapi sebahagian besar daripada mereka ini mempunyai kedudukan yang baik dan tinggi dalam masyarakat. “Umat Islam juga sentiasa menghadapi cabaran daripada musuh yang tidak kelihatan seperti nafsu dan syaitan. Tidak ketinggalan musuh sesama sendiri iaitu manusia. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada d a n berhati-hati a g a r selamat daripada tipu daya


Selasa, 01 Mac 2011

llah SAW musuh. “Bertitik tolak daripada sikap tidak senang dengan umat Islam inilah, mereka melakukan pelbagai usaha untuk merosak dan menghancurkan walaupun antara kaum sendiri,” katanya,” katanya. Katanya, sasaran utama mereka adalah akidah umat Islam, al-Quran, hadis Rasullah, hukum-hukum Islam dan pelbagai pendekatan dilakukan, secara halus serta licik. Bagi mengelak semua ini, beliau menyeru semua pihak untuk bersatu hati, jangan sesekali mudah terpedaya dengan dakyah musuhmusuh Isam itu.

Kelab Permata Maulidur Rasul Oleh: Esah Abdullah Kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan Kelab Permata Maulidur Rasul bagi mengumpul anak-anak yang dilahirkan pada 12 Rabiul Awal bersamaan dengan tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. “Mungkin empat lima tahun akan datang dan kita akan atur pelbagai aktiviti yang bersesuai dengan usia mereka termasuk menyertai perarakan pada sambutan Maulidur Rasul,” kata Pengerusi jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Haji Khazan Che Mat kepada pemberita selepas membuat kunjungan ke wad bersalin Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sempena program Permata Maulidur Rasul, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Keraj a a n negeri,

Dato’ Mazlan Ngah; Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Dato’ Shaikh Harun Ismail dan Timbalan Pengarah Klinikal HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus. Katanya, program Permata Maulidur Rasul ini baru masuk tahun kedua di mana tahun lalu terdapat 70 orang bayi permata dan tahun ini 26 bayi lagi lahir di Hospital Kuala Terengganu dan jumlah ini belum dicampur dengan hospital daerah-daerah. “Usaha ini di harap dapat menyemarakkan suasana sambutan di samping mengadakan ceramah-ceramah di masjid dan surau serta marhaban, kelahiran bayi juga memberi seribu satu perasaan kepada pasangan suami isteri,” katanya. Katanya, ibu bapa yang mendapat bayi pada tarikh berkenaan akan lebih terasa dan perlu mendidik dan membina kep-

eribadian anak mereka seperti yang dianjur dalam Islam. Haji Khazan kemudiannya menyampaikan hamper dan bantuan lain kepada bayi-bayi yang dianggap sebagai permata di wad satu HSNZ sambil berharap dapat menyinari kehidupan keluarga, bangsa dan negara.

9


10

Selasa, 01 Mac 2011

TURUN PADANG

rencana

Program masuk kampung

Oleh: Kamarudin Mat Akib pekerjaannya sebagai budan Amirullah Othman ruh dan mengharapkan bantuan daripada Jabatan Pemimpin Umno Ba- Kebajikan Masyarakat sehagian Marang memulakan banyak RM200 sebulan. program ‘masuk kampung’ Pesakit dijaga isterinya, bagi meninjau sendiri pel- Lijah Embong, 63, yang bagai permasalahan yang sudah tidak larat untuk dihadapi penduduk kam- melakukan kerja berat pung, khususnya di ka- bagi menyediakan keperlangan mereka yang ber- luan keluarganya. pendapatan rendah. Dalam kunjungan itu, Pegawai Pembangunan Encik Zaidi menghulurDewan Undangan Neg- kan bantuan makanan seperi (DUN) Bukit Payong, erti beras, milo, susu dan Encik Zaidi Muda, mela- biskut kepada Ngah dan wat tujuh warga emas dan berjanji akan menghulurmereka yang menghidap kan bantuan lain di masa pelbagai penyakit kronik, depan. semalam, bagi menyam- Selepas itu, beliau paikan bantuan. mengunjungi Abudin Is Dengan diringi kakitan- mail, 75, di rumahnya di gan Agensi Pembangunan Kampung Surau Panjang Masyarakat Terengganu yang menghidap penyakit (APMT) DUN Bukit Pay- ghout, usus dan kencing ong, beliau memulakan manis. kunjungan pertama ke Pesakit terlantar sejak rumah Ngah Said, 65, di lebih lima tahun lalu dan Kampung Surau Panjang tidak dapat meneruskan yang menghidap penya- kerjanya sebagai peraih kit lelah dan mengalami ikan menerima bantuan masalah kesihatan. makanan daripada Encik Ngah sudah 17 tahun Zaidi, selain pemimpin tidak dapat meneruskan kawasan itu turut meminta

ZAIDI MUDA

mereka bersabar menghadapi dugaan. Beliau berkata, program tersebut akan diteruskan

Zaidi memulakan program ‘masuk kampung’ bagi meninjau sendiri pelbagai permasalahan yang dihadapi penduduk kampung.

bagi memastikan tidak ada rakyat yang menghadapi kesusahan tercicir daripada menerima ban-

tuan. “Inilah amalan mulia yang menjadi pegangan pemimpin Umno dan Bari-

san Nasional di mana kita memberi sumbangan kepada rakyat tanpa memilih bulu,” ujarnya.

SERIKANDI

Hubungan akrab Terengganu-Melaka Oleh: Suriati Ali Hubungan Terengganu dan Melaka sememangnya cukup akrab dan banyak persamaannya kerana bersama-sama ingin maju dalam sektor pelancongan dan memperkukuhkan ekonomi negara. Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) yang juga Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, berkata paling terkini, Terengganu turut terlibat dalam Projek Mega Melaka Tram (PMMT) di Air Keroh yang dilancarkan Perdana Menteri pada 19 Februari lalu. Katanya, pekerja tram di Melaka akan dihantar ke Kolej Universiti Tati (Tatiuc) di Telok Kalong, Kemaman untuk dilatih dengan kemahiran pemanduan trem. Pada masa sama kolej itu akan menyediakan kepakaran bagi

ujian landasan atau `test track’. “Projek (PMMT) adalah pertama seumpamanya di dunia menggunakan gas asli sebagai tenaga penggerak. Malah teknologinya juga dicipta rakyat tempatan. “Sebagaimana kita maklum, Melaka telah mendapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia, manakala di Terengganu mengekalkan slogan Bandaraya Warisan Pesisir Air,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Melaka (Bistari) dan Kelab Badminton Seri Murni (KBSM) di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Tetamu istimewa dari Melaka itu termasuk Isteri Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Bistari, Datin Seri Datuk

Wira Hajah Asmah Abdul Rahman turut dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional dan nyanyian lagu asli Terengganu. Dalam lawatan kerja selama tiga hari, rombongan seramai 18 orang itu dibawa melawat beberapa lokasi terkenal di negeri ini, termasuk Taman Tamadun Islam (TTI), menyelusuri Sungai Terengganu dengan menaiki Bot Cruise, Pasar Besar Kedai Payang dan Bazar Warisan. Turut berlangsung perlawanan persahabatan acara badminton di Stadium Negeri, Kuala Terengganu bagi mengeratkan lagi silaturahim. To’ Puan Norliza turut memberitahu, Terengganu aktif dalam projek penjagaan alam sekitar terutama di Pulau Redang yang telah diiktiraf sebagai pulau tercantik di dunia. “Terengganu dan Melaka bersama-sama memberi tumpuan dalam sektor pelancongan, YAB

To’ Puan Seri Norliza Mahmud bertukar cenderamata dengan Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman.

Pengerusi Bistari, Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman dan rombongan menaiki bot menyusuri Sungai Terengganu sambil dihidangkan makanan tradisi Terengganu, nasi dagang.

Rombongan Bistari membeli-belah di Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Menteri Besar Terengganu sendiri menyatakan hasrat mencontohi Melaka dalam bidang ini untuk menjadikan sebagai tulang belakang ekonomi,” katanya. Sementara itu, Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah, berkata dia cukup kagum dengan Terengganu, kerana banyak perubahan yang berlaku bukan saja berkaitan infrastruktur, kemudahan awam malah kebersihannya terjaga rapi.


rencana

MIMBAR %#ÇÅEĂ Gš#RĂ‚ÂŞĂ…#Ă’kĂŽÂştÆà #%# #Ă‘pĂ…Ă—EĂ #ǹĂ?hĂ?ĂŠš# Dgg#VĂ?Ă&#x;Ă?Ă…#Ă‘|ÂŽĂ?P#ÂŻĂ?#•ÂªÆš#ĂŽPEo#ÇšEÂąĂ?lĂ #ĂˆDg#ÇÉÎP#ĂŒl{ĂŽĂ…D#Ă‹½DgD#ÇÅEĂ Eš # Dg#1R{EYo#RĂ Ă?F#ǺœĂ?Ă—EMš#Ă‘Ă g#DkE|Ă…lL#Ă?EPD#RškEtĂ #/Ă?hĂ?Ă?Ă?hÆĂ?D#RºŽĂ?lÂąg#DgEĂ Eo #¸ĂŽQĂ…Ă?D#Çpš#Ă’  #ÇÅEĂ Gš#RĂ‚ÂŞĂ…#´EQL#Ǻ¾ĂŽÂŽĂŽĂ†Ă #Ă‹žP#Ă’lĂ?hÆo#Ă‘pĂ…Ă—EĂ #ÇÅĂ?gEĂ EQš#ĂŒkEYo #qMĂ?L#/ÂźEQ¹ÞEĂ #/ĂˆEdÆL#/Ă’EĂŠL#Ă’kg#qMĂ?L#RĂ?š#Ă‘PkDlL#ÇÅEĂ Gš#1EĂ?Ă…g#ĂˆĂ—D ĂŠYpš#ĂˆDg#ĂˆkĂŽĂ‚ÂŞĂ‚š #ǹĂ?hĂ?ĂŠš#ÇoĂ?kĂ?D#ǚΚĂ&#x;Ă #RÂąDg#RĂ?š#ÇÅEĂ Gš#Ç­g#1˝ÇĂ?Ăž#ĂˆDg#/ĂˆĂ—EšĂ&#x;dš#/•ÉEYš#hÂąkg #h²š#Ă‘Âľmk#EPlo#ǺœĂ?Ă—EMš#¡TEL#DĂ?EM #Ă‹Ă?½ĂŽL#€ÎX#VÆ­g#ĂˆDg#ĂˆĂ?l{#/SĂŽšEP#EoDlĂ #E²Ă†P#EĂ?Ă…g DkE|Ă…#ĂˆDg#Ă’lĂ?hÆo#RĂ?D#Ă‘pĂ…Ă—EĂ # #1ÇÅĂ?kĂŽQš#Ă?EPD#EpÂŽL#/Ă„E{D#ÇPĂŽĂ…D#D ÂŽĂ #E²Ă†P#ǹĂ?hĂ?ĂŠš# Dg#SĂŽQĂ…ĂŽPg#ÂŻĂ?#ĂŽPDĂŽo#Ă‹½DgD#ÇÅEĂ Gš#DkEĂŠĂ?ž #Ă‹žP#Ă‘cĂŽo#Ă‹Ă…EP#ĂˆDg#ĂŒgEMŠ#RoĂŽÂą#Ă’E{EMo#Ă‹ºà #ĂˆĂ—EšĂŽMĂ‚Âą#ÂźĂ?lÆà #rE #Ăƒžo#Ă‹Ă?žŠ#ĂƒĂ?ÉDlLJ# Ă… ĂˆkĂŽĂ‚ÂŞĂ‚š#ĂˆDg#ÇÅEĂ Gš#Ç­g#—EÂŞPĂ?#Ă‹Ă…E]Mo# D#ÇšEĂ?Ă…kĂŽšg#Ă‹ºà #l{D#ǚ×EŠhÆà # ## 0ĂŒĂŽ|­ĂŽolL# Ç­g# ǺÆÉEPlÂąg# ĂˆDg# Ă’kĂŽÂşsg# Ă‹žĂ?QpĂ # DkE|Ă…# ĂˆEĂ?Ă…ĂŽĂ lĂŠš# ĂˆDg# ÇÅEĂ Gš# ĂŒl{ĂŽĂ…D #DkE|Ă…# ÇÅEĂ Gš#ÇšEQÆĂ?c#DĂ?EĂŠL#SĂŽQÅÎÆà #Ă„Ă&#x;oJ#/ÇĂ?D#Ă€E\# Dg#1DkE|Ă…E{kĂ?#ĂŒĂ?kĂŽžo#Ă‹Ă?½Ă?D#ĂŒĂŽ|­ĂŽo #ĂˆDg# ÇÅEĂ Gš#ǺÆÉEPl² #Ç­DĂŽXlÂą#¸ĂŽQÆL#ĂžE|o#1kĂŽÂşslL#ĂˆDg#ĂˆE›DlL# ÂŻĂ?# °kĂ?D#DhÆP#Ă’E{EMo #ĂˆkĂŽÂştš#rÂť # Ă?QĂ…ĂŽš# Dg#1 D#ǽEXg#RĂ?š#gEĂŠX#DhÆP#ĂˆDg#ĂŒgEMŠ#hÂąkg#–{EÉEMo#Ă‹½DgD#•à Ă&#x;pš #ÇĂ?Ăž ËťDkE|Ă…#Ç­g#ǺŽĂ?hÆL#RÂąDg#RĂ?š# VĂ?QĂ?½EĂ?k#DkEdo#/ÇĂ?D#—EÂŞPĂ?# Ă‹Ă…E]Mo# D#RĂ‚ÂŞĂ…# ´gEÉlP #ǹÎQ½#/Ă?DkEĂ‚š#/Ă‘Ă ĂŽL#E²Ă‚{#/ YÆL#ĂˆEdÆL#Ă‘Pl²o#ÇÂÂ?D#Ă’E{EMž¹#h²š#ĂŒgglP#rEĂ?QÆo# ÂŻĂ?#EĂ?Ă…gg # #1ÇÆĂ?ÂşpĂ?Ă‚š#EPlo#ĂˆlÂąĂ&#x;š#/ÇÉÎoĂ?k#/Ç­Dl²¹#/ǹĂ?EP#SĂŽMĂ?k#/ÂĄDlL#°ĂŽĂ…ĂŽ{ #ǚΚĂ&#x;Ă #RÂąDg#/Ă’EĂ Dg#ĂˆEĂ F#Ç­g# ´Ă?hĂ?É#RÂąDg#RĂ?Šk#ÇĂ?D# ÇÅEĂ Gš#RĂ‚ÂŞĂ…#Ç­g#RĂ?š#DkE|Ă…g #ĂˆDg# hYpĂ # Ă?EPD# Ă‹Ă?žš# /Ă‹½ĂŽÂşpš# ¸ĂŽQĂ…Ă?D# SĂŽšEP# rDk# E²Ă†P# Ă“EĂ?\# ÂŻYƲo# ǜĂ?hĂ?hƹ# qĂ?oĂ?lÂą #ÂŻYƲo#EĂ…kĂŽ² #Ç­g#—EÂŞPĂ?# Ă‹Ă…E]Mo# D#h²š#SgEMŠ#ǚΚĂ&#x;Ă #RÂąDg# €ÎX#RĂ?š#1VĂ?E{EMo 1 #gD#E²Ă†P#kĂŽPDlP#DkEdo#SEÉEºÆà #ĂˆDg#Ă”žà EÂŞĂ #ĂƒQpĂ?o#Ç º½EĂ‚ÂŽĂ #Ç­g#RškEtĂ lL# ´Ă?hĂ?É#/rEĂ #ĂŽQĂ?|L#ÂŻĂ?#Ă’EXlš#°DĂŽž¹#!ÂąDhÆà #€ÎX#RĂ?š#ÇÅEĂ Gš#Ç­g#1RĂ?š#DkEQĂ…D#ÇoDhÆĂ?ƹ#ĂˆDg#ĂˆDĂ?EcEºš #DkE|Ă…#RĂ?Šk#Ă’EĂ Dk# ´DlL#Ă‹žQĂŠĂ?½#1EQoDĂŽo#Ă?EPD#ĂˆĂ—EXDlš#kĂŽQÂşĂ?o# Dg#DgEĂ Eo#Ă€Ă&#x;\#Ă‘{Ăž#rDĂŽ½ #1ÇĂ?EĂ ĂŽ½#ÂŻĂ?#•¹Dhƹ#RÂąDhÆà #ĂˆDg#ĂˆĂ—EXlº¹#Ă’kEdÆà #¸ĂŽQĂ…Ă?D#SEĂ 0# SE #ÇĂ?D#DkE|Æš#ÂŻPDg#ÂŻĂ?#ÂŻĂ?oD #RĂ?Šk#1¡Ă?Ă—EL#RĂ D#ÂŻĂ?#•]Ă?xš#ÇoĂ?kĂŽÂŽÂą#ĂƒQpĂ?o#ǺMMog#RĂ?šEUÂą#¡LDĂ?#hÂąkg#qMĂ?L#€ÎX#RĂ?š #ĂˆĂ?l{#Ă?EPD#SĂŽšEP#EoDlĂ #E²Ă†P# EĂ #Ă?EPD#°EĂ?o#DgEĂ Eo#[Eo#ĂˆEĂ‚š#¸l{lL#qMĂ?L#€ÎX#RĂ?š#DkE|Ă… #1ǹĂ?hĂ?ĂŠš#ÇoĂ?kĂ?D#Ă’E{EMž¹#ÇšEĂ…Epœžà #¸ĂŽQĂ…Ă?D #RĂ Ă?F#VwČ‚Ç?Ćť#ÇĂ?D#DkE|Ă…g#RĂ?Šk#à #rEĂ #ÂŻYƲo#DkEĂŠĂ?ž¹lP#ÇĂ?D#ÇÅEĂ Gš#ǺĂ?Qp #Ă‘{EL #DĂŽ #ǎĂ?QƲš#D š#ÂżĂ?MĂ‚ÂŽĂ #Ç­g#RĂ?š#DkEQĂ…D#Ă‘pĂ… ½ĂŽPlL# ´Ă?hĂ?É#DkEc#Ǻ½EĂ‚ÂŽĂ #SĂŽQĂ…ĂŽPg#Ă„Ă&#x;oJ #RĂ Ă?F#RĂ?D#hÂą# Dg#ĂˆĂŽĂ EĂ…#1˝ÇĂ?Ăž#ĂˆDg#Ă‘{ĂŽ½ĂŽĂ?gD#/ÂťĂ?QĂ?½ĂŽÂą#/EĂ?gĂŽL#/Ă„E{D#Ă‘|o#Ă’kg#DgEĂ Eo#Ă„ĂŽÂľ #RĂ Ă?F#ǺÊžL0Ă‹d #Ă‹Ă?½ĂŽL#ÂŻĂ?#Ă?kEL#Ăˆ ÂşĂ?Ă‚Âą ËťĂˆ ½D#Ç­g#ĂŒĂ?kEÂŽÂąlP#¸hĂ?P#l{D#ǺQÂŽĂ?Dg#€ÎX#Ă„Ă&#x;oJ #DkEQĂ…D#Ǻà EUĂ #ÂŻĂ?#Ă€ƢȇŽČ?ÂŚ# Ă“h \Ă? #Ă?EPD#Ă„E{D ĂƒpĂ?kDkĂŽž¹#Ă‘Pl²o#ÂťĂ?lĂ #Ă“hĂ?œŠ#Ǻ­ĂŽpĂ? #ĂˆDg#Ă„Ă&#x;oJ #ÇĂ?Ăž ˝ÄE{D# ÇšlÆM # ĂˆDg# Ă„E{DlL# ÇpMĂ?Mš# Ǻ½EĂ‚ÂŽĂ # RĂ?š# DkE|Ă…# ĂˆĂŽÂąĂ?ĂžDĂ?# 1ÇĂ?D# EĂ?Ă…gg# Ă„E{D #Ă„E{D#DĂ?EĂŠL#Ă‹žQÂŽĂ?D#1ÇĂ?D#DkE|Ă…g#Ă„ĂŽÂľ#DkEQĂ…D#Ă‘Ă Ă?l²à ĂŽšg#Ă‹Ă?½ĂŽL#¸hĂ?P#Ă“hĂ?œŠ#ǽDĂŽolÂą#ĂˆĂŽĂ EĂ…#/Ǻ½EĂ‚Šg #ĂˆEĂ #Ă’E{EMo ˝¯Ă?oEĂ #¡\#ÂťD ÂŞĂ?KÂŽĂ #ĂˆDg#ÑÉÎPE #RĂ?š#Ă‹ž¾hÆÉ#ĂˆDg#ĂˆDĂŽPĂŽÂşolÂą#Ă„E{D#Ă‹½DgD#Ă„Ă&#x;oJ # ##1DkE|Ă… ˝°hĂ…Ă?D#ĂˆDg#ĂˆE{EMÂ&#x;lÂą# Dg#OĂŽQºà lP#ÂŻĂ? #ĂˆE{lĂŠÂŽÂą#ǺšDlĂ #¸ĂŽQĂ…Ă?D#•²Ă‚pš#ÂżĂ?MĂ‚ÂŽĂ #–ŽĂ?D# Æà #/ÇĂ?D#ĂŽ|ÂŽĂ?Ă #hÂą# ƨƌÇ˜Ćť# ÄŚƝGÂŽĂ #ĂˆĂ—EXDlš ˝ÑpÆĂ?{D#/DkE|Ă…#•à Ă&#x;pš#qĂ?žÂ‹#/Ă’ Æà #ĂˆDglÂą#h²š# VwČ‚Ç?Ćť#ĂˆĂ—EXDlš#¡ĂŠĂ?Âą#h²š #DgDlL# ÂŻĂ?#EĂ?pĂ?žà #lXĂ&#x;Âą#ĂˆDg#RĂ?Šk# ¯½ĂŽÂą#DĂ?EM #EĂŠoĂ?D#qPDg#RMĂ?½lP# ÂŻĂ?# ˝¡ĂŠĂ?Âą#h²š#ĂˆDg#ÇĂ?Ăž #RĂ?š#lXĂ&#x;Âą#ĂˆDg#RĂ?Šk#8ËŹ341#Ă’EĂ Dlo#Ă’l|Ă…#kDĂŽ½#ÇĂ? Æš#ĂˆkιÞ#SĂŽÂşĂ?ÂŽĂ #1lxĂ #DkE|Ă…g #¡ĂŠĂ?Âą# hÂąkg# ´Č?Ɲ¤# rĂŽ½ĂŽP# ÂŻĂ?# EĂŠoĂ?D# Ă‹½DgD# ÇĂ?D# EĂŠoĂ?D# VÉÎ|­ĂŽpo# 1lĂ?D# Ă‹Ă…EQš# ¯½ĂŽÂą# RĂ Ă&#x;o

#ÂťĂ?lĂ # ĂˆEĂ g# ĂˆĂŽÂąĂ?ĂžDĂ?# –à EXlP# RĂ?Šk# h²š# ÇÅEĂ Gš# ĂˆDg# •à Ă&#x;pš# ǺĂ?Qp² # Dgg# ĂˆĂ—EXDlš 2 #DĂŽ #RĂ?š#h²š#ǺQÂŽĂ?ÂŽĂ #–ŽĂ?D# Æà #1DgDlL #ÂŻĂ?# ´D# QŠJ#Ă‹žžĂ?MĂ D#/Ă„Ă&#x;oJ#RĂ Ă?F#h²š# VwČ‚Ç?Ćť #Ă‘{EL# ÇĂ?D# RĂ?š# DkE|Ă…# Çà D ÆQš# ĂˆDg# ÇÅEĂ Gš# €EYÆà # RĂ?š# ˝ÄEo# Ç­g# ĂˆEo# kDĂŽ½g# ĂŽšĂžlL #€Î # EŠglL# €ÎX# RĂ?š# 1ǽEºšlL# rĂ?lP# RĂ?Šk# ĂˆĂ—D ĂŠYpš# ĂˆDg# DkE|Ă…# ÇÅέEMĂ‚Âą# ǺĂ?Qp #ÇÉgĂŽĂ 0ĂŒgĂŽĂ # ´kEĂŠÂŽĂ #ĂˆDg#ĂžEš#EĂ?ho#Ă‘Pl²o#Ă‹Ă?½ĂŽÂą#ÇšD#¡½ĂŽ{lL# °Dho# ÂŻĂ? ËťDkE|Ă…#g#ÇÅEĂ Eš #DĂ?EĂŠL#Ă‹žQÂŽĂ?D#1RĂ Ă&#x;o#Ç­g#ÂťĂ?lĂ #–XEÂŽÂą#ǺoĂ?lÆà #¸ĂŽQĂ…Ă?D#Ă‘½EMĂ‚š#RÂąDg#¯½ĂŽÂą#ÂŻĂ?#EĂ?pĂ?žà #lXĂ&#x;Âą #1#Ă„Ă&#x;oJ#ÇPĂŽQĂ…ĂŽP#hÂąkg#–{EÉEMo#ÇšEÂąĂ?lĂ #ÇÅEĂ Gš#RĂ‚ÂŞĂ…#Ă’kĂŽÂştÆĂ

Selasa, 01 Mac 2011

11

BISNES

Matt Cafe mampu penuhi selera pelangan Oleh: Suriati Ali dan Shahrir Hamid Berkonsepkan makanan segera Restoran Matt Cafe, terletak di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu menawarkan lebih 50 jenis menu masakan panas dan segera yang nyata menepati citarasa pelanggan. Gabungan ayam goreng serta minuman `root beer float’ antara menu utama yang menjadi pilihan pelanggan apabila bertandang ke Matt CafÊ. Terletak di tengahtengah pusat bandar raya Kuala Terengganu dan berdekatan dengan pelbagai cawangan bank mendorong 300 hingga 500 pelanggan pelbagai kaum mengunjungi restoran itu hampir setiap hari. Pemilik Matt Cafe, Encik Mohd Harun, 37 berkata, sebelum membuka Matt Cafe pada 2004, dia bekerja di sebuah restoran makanan segera terkenal di bandar raya ini selama 10 tahun dan pernah memegang jawatan terakhir sebagai pengurus restoran. �Berbekalkan pengalaman yang ada, saya nekad membuka perniagaan sendiri walaupun pada ketika itu majikan menawarkan gaji yang tinggi. �Pada awal perniagaan, saya menyewa tapak gerai milik bank di Jalan Sultan Ismail selama enam tahun sebelum tapak itu diambil balik pihak pengurusan untuk membina bangunan baru,� katannya. Katanya, sewaktu berniaga di tapak lama, hanya beberapa menu saja ditawarkan iaitu ayam goreng, nasi lemak, mee soto, mee kari dan laksa penang. �Apabila berpindah ke lokasi baru, menu sedia ada dikekalkan dan menambah puluhan menu lain termasuk, nasi ayam dan pelbagai hidangan masakan tengah hari dan malam. �Sebelum ini, saya ada membuka beberapa cawagan lain iaitu di Mayang Village, Mydin Mall; Gong Badak dan Jalan Banggol, Kuala Terengganu sebagai usaha membesarkan empayar Matt Cafe,� katanya. Mohd berkata, tidak larat mengejar masa dan disebabkan beberapa fak-

Pemilik Matt Cafe, Mohd HArun menunjukkan menu istimewa Char kuey teow. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Kira-kira 300 hingga 500 pelanggan pelbagai kaum mengunjungi restoran Matt Cafe setiap hari.

tor lain yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa menutup cawangan di Mayang Village, Mydin Mall dan Jalan Banggol, Kuala Terengganu. Manakala, restoran di Gong Badak, berpindah tangan kepada adik ipar yang kini tetap menawarkan menu sama seperti di Matt Cafe. Usaha gigih di samping dokongan kuat isteri tersayang, Nor Suzila Mohd Zain, 39, Matt Cafe kini mampu meraih pendapatan mencecah RM 60, 000 hingga RM70,000 sebulan. Seramai 16 kakitangan termasuk enam tukang

masak berpengalaman sentiasa bersedia memenuhi cita rasa pelanggan Matt Cafe yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 12.00 tengah malam kecuali hari Jumaat. Menurut Encik Mohd, tanpa pekerja, dia mungkin tidak mengecapi kejayaan seperti hari ini sehingga mampu memiliki beberapa aset berharga. Menggunakan moto ’Customers always right’, Matt Cafe mengalu-alukan pandangan mahupun cadangan bernas daripada pelanggan sama ada untuk menambah menu atau membaiki mutu perkhidmatan.

Gabungan ayam goreng serta minuman `root beer float’ antara menu utama yang menjadi pilihan pelanggan di Matt CafÊ.


12

Selasa, 01 Mac 2011

IKON Oleh: Aida Abd rahman Di bahunya tergalas tanggungjawab yang cukup berat bagi membawa pulang sebutir pingat emas buat negara pada edisi Sukan SEA Ke-26 di Indonesia, November depan . Berbekalkan semangat kental dan nekad untuk bertempur habis-habisan di medan juang, anak kelahiran Kuala Terengganu itu kini gigih menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih tempatan sebelum berkampung dalam kem latihan di bawah Majlis Sukan Negara bermula Mac ini. Siti Rahmah Mohamed Nasir, gadis tangkas yang menggalas strategi meledak tendangan padu dan tepat serta mengelak serangan lawan bagi mengutip mata berharga dalam kategori silat olahraga, amat teruja untuk mewakili Malaysia lantaran mahu menebus kekecewaan lampau, sekaligus mencapai impiannya bagi memiliki koleksi emas pertama di peringkat antarabangsa. Namun, sebalik kekentalan gadis berusia 24 tahun itu, tidak ramai yang menduga, dia kini berdepan dengan ujian cukup hebat apabila idolanya yang juga bapa kesayangan, Mohamed Nasir Abd Jalil kini sedang menderita penyakit ketumbuhan dalam kepala sejak beberapa tahun lalu . Biarpun fizikal dan kudrat yang kian terbatas lantaran penyakit yang dideritai, Mohamed Nasir atau lebih dikenali sebagai Nasir Jalil, bekas pemain bola sepak Terengganu yang terkenal era 80-an, tidak pernah putus memberi sokongan kepada anak ketiga daripada enam beradik yang merupakan satusatunya zuriat yang turut mengikut jejaknya yang aktif dalam lapangan sukan. “Selain ibu, Sharifah Aishah Syed Hussein Albar , bapalah individu yang memberi kekuatan dan moral yang tinggi kepada saya sehingga mampu berada di kedudukan sekarang. Saya mahu menebus segala pengorbanan dan penat lelah mereka membesarkan saya dan keluarga dengan membawa pulang kejayaan paling berharga itu kelak,” kata gadis manis itu penuh optimis kepada Teganukita, baru-baru ini. Mula berjinak-jinak dalam bidang sukan sejak berusia 16 tahun, namun pada awalnya bukan seni persilatan

BAKTI JKKK Oleh: Esah Abdullah Bagai dalam satu keluarga besar, 975 orang dari 149 keluarga sentiasa berkongsi susah senang dan kerap bertanya khabar antara satu sama lain dalam usaha menyemarakkan ikatan silaturrahim antara jiran tetangga. “Sikap mengambil tahu merupakan satu amalan yang telah menjadi darah daging bagi penduduk Kampung Pak Tuyu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Raja Mat Raja Raja Muda, 60. Setiap kali apabila penduduk kampung dimasukkan ke hospital atau warga emas yang terlantar akibat uzur di rumah, amalan ziarah menjadi satu rutin biasa disertai dengan buah tangan sama ada dari JKKK, wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Ahli Parlimen.

rencana

Nekad bertempur demi emas negara Bangkok 2009’ dan berjaya membawa pulang perak untuk negara. Sejurus selepas itu, Siti Rahmah sekali lagi meraih gangsa dalam penyertaan di `3rd ASEAN Indoor Games Vietnam 2009’, disusuli pingat perak ketika temasya Jemputan ASEAN Games 2009. Pada penyertaan Sukan SEA Laos dua tahun lalu, Siti Rahmah memperolehi pingat gangsa dan dari situ, dia nekad memperbaiki pencapaian untuk menambah pungutan emas buat negara dan seluruh rakyat Malaysia, sekaligus menjadi emas pertama yang hadir dalam kemuncak kariernya. “Vietnam mungkin antara lawan yang penuh muslihat dan akan mempertahankan emasnya pada sukan SEA kelak. Bagaimanapun negara lain juga tidak harus dipandang mudah kerana mereka

Gadis tangkas, Siti Rahmah (tengah) bersama rakan seperjuangan dalam seni silat olahraga

yang diceburinya, sebaliknya cabang seni bela diri, taekwando. Siti Rahmah mula berjinak-jinak menyertai kelab taekwando di luar sekolah atas minat yang bercambah dari kecil ditambah pula dengan dorongan kakaknya. Kelebihan figura gadis yang tegap namun masih memiliki kesantunan Melayu itu membawanya ke pelbagai pentas pertandingan peringkat negeri serta kebangsaan. Sukan bela diri yang berasal dari Korea turut membawa Siti Rahmah menyertai kira-kira 15 kejohanan termasuk Sukan Malaysia (Sukma) Kedah 2006 dan di kejohanan itu dia berjaya membawa pulang pingat perak. Bagaimanapun, akibat kemelut dalaman dan beberapa isu yang melanda ketika itu, Siti Rahmah nekad `menutup buku’ untuk menyertai sukan bela diri itu lagi. Ternyata rezeki masih memihak ke-

pada gadis kental itu apabila menerima `lamaran’ untuk menyertai silat olahraga pada temasya Sukma 2008, biarpun tanpa pengalaman dan keupayaan menguasai acara itu pada awalnya. Penghijrahan yang dilakukan bukan percaturan yang silap. Dengan latihan dan teknik berbeza Siti Rahmah tetap mampu menguasai acara itu biarpun `agak terlewat’ menyertai latihan bagi mewakili negeri buat pertama kali dalam silat olahraga. Atas tiket dan pengalaman pernah menyertai kejohanan sukan memberinya kelebihan untuk merangkul emas buat Terengganu , sebelum meneruskan rentak cemerlang bagi menghadiahkan emas untuk kali kedua berturutturut pada Sukma Melaka 2010 lalu. Dia yang bercita-cita menjadi jurulatih silat dan pesilat kelas dunia suatu masa nanti turut terpilih mewakili negara dalam `1st ASEAN Martial Art

Penduduk Pak Katak hargai perpaduan

RAJA MAT

“Kita tidak bersikap pilih kasih dalam menguruskan masalah orang miskin, orang yang perlukan bantuan akan diberi sama rata, biarpun tahu mereka tidak sebulu dengan kita. Sehingga ini katanya, 12 keluarga telah menerima bantuan rumah bina baru dan 23 keluarga menerima peruntukan baiki rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk penduduk miskin. Biarpun mereka tidak kaya dengan harta benda tapi kaya dengan semangat di mana 60 peratus daripada jumlah penduduk mengusahakan pelbagai tanaman pertanian dan hasilnya cukup bagi menyara keluarga malah ada yang mampu menghantar anak ke menara gading dan berjaya dalam karier.

SITI RAHMAH

semua memiliki percaturan tersendiri untuk mendapatkan emas. Yang penting, saya akan melakukan yang terbaik dan memberi tumpuan sejak awal persaingan lagi,” kata gadis manis itu lag mengakhiri perbualan dengan Teganukita. Ketika menghadapi kekangan tempat tinggal yang terhad, akibat ketiadaan kawasan dan juga keperluan rumah kediaman oleh generasi kedua, perancangan pembinaan 250 unit perumahan kos rendah berada dalam peringkat akhir sekaligus memberi berita gembira buat penduduk. Sementara itu 12 unit rumah sudah diduduki 12 keluarga yang menambahkan lagi keceriaan penduduk, khususnya apabila musim kenduri kendara. “Setiap bulan mereka menjalankan aktiviti berkala dengan keluar beramairamai untuk membersih kawasan kampung, bergotong royong memasak dan makan bersama. Walaupun menjadi ketua kampung, Raja Mat bersikap sederhana serta tidak meletakkan dirinya sebagai orang besar dalam kampung, sebaliknya sentiasa bersedia membantu dan menyelesaikan masalah yang timbul termasuk berkait hal-hal peribadi. “Biasalah, bila hidup sekampung, kita menjadi tempat mereka mengadu hal dan apa juga masalah,” katanya.


rencana

Selasa, 01 Mac 2011

13

DESTINASI

Keunikan Muzium Terengganu

Kompleks Muzium Negeri Terengganu menyimpan lebih 10,000 khazanah dan artifak bukan saja sinonim dengan penduduk tempatan malah pelancong luar negara.

Oleh: Suriati Ali Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang menyimpan lebih 10,000 khazanah dan artifak bukan saja sinonim dengan penduduk Terengganu malah pelancong luar negara ekoran berada di lokasi yang strategik dan berdekatan dengan Taman Tamadun Islam (TTI). Terletak hanya lima kilometer (km) dari bandar raya Kuala Terengganu, menjanjikan ketenangan setiap kali pelancong mengunjungi kawasan bersejarah yang ditubuhkan pada awal 1976 itu. Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Haji Mohd Yusof Abdullah, berkata kompleks muzium yang cukup unik dan menarik ini diilhamkankan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah dengan menekankan tiga aspek utama iaitu susun atur ruang, ukiran atau reka bentuk seakan rumah tradisional dan kedudukan bangunan. Katanya, kompleks ini ditubuhkan berasaskan kepada beberapa objektif tertentu sebagai garis panduan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti. Antaranya termasuk menyelamatkan budaya dan warisan sejarah; menjalankan penyelidikan dan kajian; menyemai semangat cintakan sejarah dan budaya serta menjadikannya sebagai destinasi pelancongan utama. “Pendekatan pihak pengurusan LMNT menganjurkan pelbagai program tahunan nyata memberi impak positif apabila mendapat peningkatan bilangan pengunjung pada setiap tahun.

MOHD YUSOF

Muzium Negeri Terengganu sering menjadi kunjungan tidak kira usia bagi melihat dan mengetahui sejarah lampau.

“Pada tahun 2009, seramai 119,796 pelawat dicatatkan, jumlah itu meningkat sebanyak 69 peratus di tahun seterusnya dengan menjadikan jumlah 202,593 pengunjung,” katanya. Haji Mohd Yusof berkata pihaknya bangga dengan peningkatan jumlah pengunjung sekaligus membuktikan program yang dirancang mendapat sambutan pelbagai golongan dan usia. “Pameran haiwan berbisa yang dianjurkan selama dua bulan dan berakhir 31 Disember tahun lalu, mencatatkan bilangan pengunjung paling tinggi berbanding program lain iaitu seramai 89,785 pelawat.

“Di atas pemintaan pengunjung terutama peminat haiwan, program seumpama itu akan terus dianjurkan,” katanya. Menurutnya, setiap program yang dianjurkan tidak semestinya di kompleks muzium, malah dianjurkan di serata tempat, termasuk di Kampung Petai Bubus dengan aktiviti perahu panjang dan Kampung Padang Hangus, Kuala Terengganu pula membabitkan program pelita raya,” katanya. “Pendekatan ini nyata menaikkan imej muzium yang sinonim dengan adat, budaya, khazanah, bahan sejarah dan alatan tradisional,” katanya. Untuk tahun ini sebanyak 12 program

BATU BERSURAT

bakal dianjurkan termasuk Pameran Picture + Word= Book; Pertandingan Mewarna Warisan Kita; Rampai Budaya; Pameran 1 Asean 1 Jalinan; Seminar Batu Bersurat dan Piagam Terengganu (28- 29 Mac) dan Lumba Jelajah Muzium.


14

Selasa, 01 Mac 2011

am

Kerajaan cari alternatif ganti limau madu Kerajaan negeri akan mencari alternatif lain bagi menggantikan tanaman limau madu di Lembah Sitrus di Durian Mentangau, Dungun, bagi memastikan kawasan tersebut tetap digunakan untuk tujuan pertanian. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, buat masa ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengubah syarat tanah di kawasan tersebut bagi tujuan lain selain daripada pertanian. Bagaimanapun, katanya, perbincangan lanjut dengan pelbagai pihak akan diadakan bagi menentukan tanaman pal-

Kerajaan Terengganu akan mencari alternatif lain bagi menggantikan tanaman limau madu di Lembah Sitrus di Durian Mentagau, Dungun.

ing sesuai di kawasan itu, termasuk mengurangkan risiko yang dihadapi pengusaha. Mengulas rungutan

UKOM edar 1,000 VCD Wacana Ilmu Unit Komunikasi Negeri (Ukom) dengan kerjasama Biro Penerangan Badan Perhubungan UMNO akan mengedarkan kira-kira 1,000 cakera padat video (VCD) Wacana Ilmu secara percuma kepada rakyat Terengganu, mulai awal bulan ini. Kandungan VCD itu mampu menangkis segala tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang yang gemar menyatakan segala perubahan dan pembangunan dilaksanakan kerajaan membazir dan merugikan wang rakyat. Ukom mengharapkan usaha yang dilaksanakan ini mencapai hasrat yang sepatutnya dan rakyat tidak lagi berpihak kepada pembangkang yang sememangnya gemar menidakkan apa yang dilakukan kerajaan. Kandungan VCD hampir 1 jam itu menampilkan dua ahli panel iaitu YB Haji Muhammad Ramli Nuh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Tepoh. Manakala Pengarah Ukom, Haji Shamsudin Sulong yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik dan pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan.

Antara isi kandungan wacana itu, YB Haji Muhammad Ramli berkata, perjuangan Umno cukup mulia kerana apa yang dilaksanakan kerajaan semata-mata untuk rakyat, bangsa dan negara dan bukannya untuk kepentingan diri. “Umno tidak pernah mengkhianati apatah lagi menganiaya rakyat, dakwaan yang dilemparkan Pas hanya untuk kepentingan parti mereka sahaja, tiada motif lain. “Sebagai rakyat yang dianugerahkan Allah akal fikiran yang waras, kita perlu bijak berfikir dan jangan mudah terperdaya cakap-cakap kosong pihak pembangkang,” ujarnya. Sementara itu, Haji Shamsudin berkata, Pas tetap Pas kerana parti itu tidak boleh menerima sebarang hakikat mengenai kebaikan dan kebajikan yang dilaksanakan kerajaan. “Apa yang kita kesalkan walaupun mereka sedar, setiap perubahan sama ada berkaitan pendidikan, pembangunan dan infrastuktur yang diusahakan, adalah untuk kepentingan bersama.

pengusaha tanaman limau di kawasan tersebut, Menteri Besar berkata, mereka tidak boleh sewenangwenangnya menggantikan

tanaman madu dengan komoditi lain, termasuk kelapa sawit kerana ia bertentangan dengan syarat tanah di situ. Mengikut laporan Teganukita sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Ashaari Idris, berkata pihaknya prihatin terhadap nasib yang dialami lapan pengusaha limau madu di kawasan itu yang dikatakan mengalami kerugian besar disebabkan serangan penyakit. “Kebanyakan pengusaha tidak mahu meneruskan tanaman limau dan mer-

eka lebih berminat untuk menanam kelapas sawit kerana harga komoditi ini tinggi di pasaran dan kurang risiko berbanding limau madu. “Bagaimanapun, cadangan ini bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mahu menjadikan kawasan ini sebagai Lembah Sitrus. Manakala syarat tanah kawasan ini hanya boleh ditanam dengan limau madu kerana ia diwartakan sebagai kawasan limau madu,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan berkenaan. Sebelum ini kerajaan

negeri memutuskan kawasan seluas 1,500 hektar di Durian Mentangau ini dijadikan kawasan tanaman limau madu secara besar-besaran di mana lapan syarikat masingmasing diserahkan 50 hektar untuk memajukannya dengan tanaman tersebut. Selepas serangan penyakit beberapa tahun lalu, pengusaha berkenaan dikatakan keberatan untuk meneruskan tanaman tersebut kerana bimbang risiko penyakit dan mereka lebih cenderung menggantikan tanaman itu dengan kelapa sawit.

Oleh: Suriati Ali Kerajaan negeri melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan mengusahakan ternakan kambing Boer dengan peruntukan RM50 juta di Pancor Bederu, Setiu. Projek agropolitan berimpak tinggi itu dijangka mampu mengubah ekonomi kira-kira 100 hingga 150 peserta di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan itu apabila dimajukan kelak. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Haji Ashaari Idris, berkata ternakan kambing ini dijangka mampu mengeluarkan golongan PPRT daripada kelompok kemiskinan kerana usaha itu mampu memperoleh pendapatan antara RM800 hingga RM1000 setiap peserta. Katanya, projek yang bakal dilengkapi kandang kambing dan rumah peserta kini dalam proses membina tapak serta dijangka dapat memberi manfaat kepada peserta awal tahun depan. “Konsep yang bakal dijalankan cukup unik di mana setiap peserta yang dipilih mengikut program ini bakal diberi rumah. “Sekiranya mereka berjaya mengikut syarat dikehendaki kerajaan negeri iaitu berdisplin dan menjaga kambing dengan sempurna, rumah itu akan menjadi hak milik selepas tempoh lima tahun,” katanya kepada Teganukita selepas mengadakan Lawatan Kerja di Agropoli-

YB Asha’ari memegang anak birir-biri ketika melawat Agropolitan Pekan di Pahang, baru-baru ini. Gambar oleh Zulkipli Putra.

ECER peruntuk RM50 juta ternak kambing Boer tan Pekan, Pahang, barubaru ini. Hadir sama, Pengarah Unit Pembagunan Ekonomi Negeri Terengganu, Dato’ Mat Razali Kassim, Pegawai Daerah Setiu, Encik Ishamudin Hashim dan beberapa pegawai kanan kerajaan. Haji Asha’ari berkata, buat permulaannya kira-kira 2,000 ekor induk kambing Boer akan ditempatkan di situ.

Projek agropolitan berimpak tinggi bakal diberi sebuah rumah kepada peserta terpilih mengikuti program ini yang akan dilakukan di Terengganu tidak lama lagi.

Seminar Antarabangsa Pendidikan Melayu 14 hingga 15 Mac Sempena gagasan Terengganu `Negeri Anjung Ilmu’, Persatuan Guru Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Terengganu bakal menjadi tuan rumah

Seminar Antarabangsa Pendidikan Melayu pada 14 hingga 15 Mac ini. Menurut pengerusi PPBMM, Che Soh Muda, seminar yang bertemakan`

Pendidikan Bahasa Untuk Membentuk Jati Diri’ kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Beliau berkata, seminar tersebut akan diadakan

di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Pembentangan kertas kerja oleh pendidik bahasa yang ternama dari Indonesia, Thailand, China dan Malaysia.

Che Soh berkata, mereka yang berminat menyertai seminar ini boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi segera Urusetia di Jabatan Pendidikan

Negeri Terengganu; Puan Mahshuri binti Ismail 0148082334 atau Encik Nodin Mohadi 013-9801601 atau melayari website Urusetia. Tarikh tutup penyertaan pada 10 Mac 2011.


sukan

Perunding dilantik periksa struktur stadium Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu akan melantik perunding bagi memeriksa kekuatan struktur bangunan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA), Gong Badak, Kuala Terengganu. Kerja peringkat kedua susulan runtuhan bumbung stadium dijangka mengambil masa tiga bulan, sebelum rekabentuk bagi membaik pulih semula bumbung stadium berkenaan disiapkan. Pengarah JKR Terengganu, Ir Haji Shahawai Awang, berkata hasil siasatan teknikal mengenai Stadium SMZA diserahkan kepada Pengurusan Kompleks Sukan Negeri sejak awal bulan lalu, untuk tindakan lanjut pihak kerajaan negeri. “JKR kini dalam proses semakan integriti atau menyemak kekuatan struktur bangunan stadium melalui perunding yang bakal dilantik,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Ir Haji Shahawai berkata, selepas kedua-dua peringkat selesai, JKR akan melaksanakan peringkat ketiga iaitu pembinaan baru yang bakal dijalankan sejurus tender dikeluarkan. “Selepas semua peringkat itu selesai dan lengkap mengikut tempohnya, barulah bum-

bung stadium itu dapat dibina baru dan dijangka siap tahun depan ,” katanya. Struktur sebahagian bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun 2009, kira-kira jam 9 pagi. Menurut laporan sebelum itu, kegagalan pihak yang dilantik membina SSMZA bernilai RM292 mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak menjadi punca bumbung stadium berkenaan runtuh.

Hasil siasatan teknikal mengenai Stadium SMZA diserahkan kepada Pengurusan Kompleks Sukan Negeri sejak awal bulan lalu, untuk tindakan lanjut pihak kerajaan negeri.

Beriadah melalui Senam Seni Aktiviti Senam Seni, trend baru beriadah sambil melakukan senaman yang pertama kali diperkenalkan mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat sama ada dewasa, belia dan kanak-kanak. Program di Dataran Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini berjaya menghimpunkan peserta yang datang secara bekeluarga sekaligus menceriakan suasana dengan penghayatan seni yang menggembirakan, suatu trend baru yang amat positif dalam masyarakat, termasuk di Terengganu. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad

Wan Muda dan isteri turut sama menyertai kirakira 300 peserta. Turut sama, kakitangan Air Asia dan Firefly. Senam Seni itu diiringi dengan muzik ala zapin, taici, bollywood, poco-poco dan juga rentak muzik orang asli, menjadikan para peserta cukup terhibur. Program yang pernah dilancarkan di peringkat nasional pada 2008 adalah senaman yang merangkumi semua tarian kaum termasuk etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Senaman itu bertindak sebagai serampang dua mata iaitu memulihara warisan budaya selain mempromosikan amalan penjagaan kesihatan.

Selasa, 01 Mac 2011

15

TSUK ketuai misi pertahankan juara Sukma Oleh: Aida Abd Rahman Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) negeri, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda dilantik sebagai `Chef De Mission’ atau Ketua Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Ke14 Terengganu sekaligus menggalas misi Terengganu selaku `Kuasa Baru Sukan Negara’ untuk kekal sebagai juara Sukma kali ketiga berturut-turut. Beliau menerima pentauliahan bagi mengetuai kontinjen `Terengganu Hanelang’ itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, dalam majlis sempena pelancaran Kontinjen Terengganu Sukma Ke-14 , di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, 1 Mac lalu. Dato’ Wan Ahamad berbesar hati dengan pelantikan itu dan akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin serta bekerjasama dengan semua pihak khususnya Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu City Night Games (TCNG) bakal menjelajah ke setiap daerah mulai Mac ini bagi mencungkil bakat baru dan pelapis sukan khususnya sukan yang berprestasi tinggi seperti basikal serta kanu. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, berkata TCNG yang dijalankan di lokasi yang sama berhampiran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu setiap bulan sejak tiga tahun lalu akan diadakan di setiap daerah pula mengikut giliran dan keutamaan kepada daerah yang sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah. TCNG di Gong Badak merangkumi sukan berprestasi tinggi, sukan lasak dan sukan massa,

Dato’ Wan Ahamad (tengah) menerima pentauliahandaripada Rozi Mamat (kanan) bagi mengetuai kontinjen “Terengganu Hanelang”.

serta pengurusan sukan yang lain bagi menjayakan matlamat dan hasrat semua itu. “Walaupun bagi mencapai kecemerlangan dan mengekalkan kejayaan sebagai `kuasa baru sukan negara’ dengan menjuarainya untuk kali ketiga-tiga berturut-turut bukan perkara yang mudah untuk dicapai, saya akan berusaha dan memberi komitmen yang sewajarnya demi kepentingan sukan negeri dan negara amnya. Sama-sama kita berdoa dan melakukan yang terbaik untuk tujuan murni ini,” katanya. Dato’ Wan Ahamad merupakan individu yang tidak asing dalam pembangunan sukan Terengganu kerana MSN adalah

satu jabatan yang terletak di bawah kawalan beliau secara langsung. Malah, beliau adalah antara pengasas kepada penubuhan Pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) dan dilantik selaku Timbalan pengerusi Pengurusan TSG. Beliau sendiri yang mengambil inisiatif tinggi untuk memastikan hasrat Menteri Besar untuk menubuhkan satu pasukan berbasikal bertaraf dunia serta mengumpul pelumba negeri ini bagi memastikan kebajikan mereka terjaga dapat direalisasikan dengan tertubuhnya pasukan TSG, sekaligus menjadikan Terengganu satu-satunya negeri yang memiliki pasukan basikal

profesional. Beliau dilahirkan di Kuala Terengganu pada 20 Ogos 1956 berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi kepujian (Analisa) Universiti Malaya dan Diploma Lepasan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Metropolitan Manchester, United Kingdom. Dato’ Wan Ahamad sebelum berkhidmat sebagai TSUK (Pengurusan) pernah berkhidmat sebagai Guru Besar Pusat pendidikan Yayasan Islam Bukit payong, Marang (1987) dan pegawai Tadbir negeri Terengganu pada 1 Februari 1988 sebagai Penolong Pegawai Daerah, pejabat daerah Marang, selain menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar (16 April 2008).

TCNG jelajah daerah cungkil bakat sukan acara hiburan, persembahan, pameran, jualan dan demonstrasi bukan hanya membuka peluang kepada masyarakat setempat tanpa mengira peringkat umur menyertainya, malahan turut menarik penyertaan peminat sukan dari negeri lain seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Haji Rozi berkata, pelbagai acara sukan yang dipertandingkan di TCNG (Gong Badak) termasuk hoki, bola jaring, boling padang, memanah, kanu, lumba basikal, `drift car’, lumba kereta kawal dan `motorcross’ yang lazimnya dijalankan pada min-

ggu ketiga setiap bulan. “Bagaimanapun, sukan TCNG di daerah adalah mengikut kesesuaian dan sukan teras yang lazimnya popular di kawasan itu, selain persiapan tuan rumah untuk menganjurkan sukan tertentu. “Sebagai contoh, pada Mac katakan Hulu Terengganu akan menjadi tuan rumah, diikuti April di Kemaman dan Besut pada bulan berikutnya,” katanya selepas merasmikan TCNG di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, barubaru ini.


TSUK ketuai misi pertahankan juara Sukma

ms 15

sukan Bil. 36 (01 Mac 2011) http://teganukita.blogspot.com

Sukma 14 : Buru juara kali ketiga berturut-turut Oleh: Aida Abd Rahman

Bagi mencapai hasrat itu, semua pengurus suTerengganu nekad kan digesa melakukan untuk meneruskan ke- perubahan kepada kaedah juaraan buat kali ketiga dan mekanisme penyediberturut-turut pada te- aan atlet yang lebih baik, masya Sukan Malaysia mampan dan lebih meya(Sukma) ke-14, Kuala kinkan untuk mengulangi Lumpur pada 2 hingga 12 kejayaan itu. Jun ini. “Jangan sesekali kita Pada edisi Sukma kali merasa selesa dengan keini, Kontinjen Terengganu jayaan lalu tanpa melakumensasarkan 48 pingat kan apa-apa tindakan keseluruhan dengan 24 ke arah memastikan keemas, 15 perak dan sem- jayaan tersebut berulang bilan gangsa. dengan lebih cemerlang.

“Hari ini saya bersamasama tuan akan menjadi agen kepada perubahan itu. Marilah kita bersama-sama bertekad utnuk memastikan terengganu sentiasa dinobatkan sebagai `Kuasa Baru Dalam Sukan Negara’,” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, ketika majlis pelancaran logo & kontinjen Sukma ke-14 Terengganu, di Stadium Tertutup, Gong Badak,

Kuala Terengganu, 1 Mac lalu. Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan negeri, Haji Zainal Abidin Hussin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda. Dato’ Wan Ahamad turut menerima pelantikan sebagai Ketua Kontinjen Terengganu daripada Haji Rozi serta menerima plak pentauliahan dan sasaran pungutan pingat pada Sukma ke-14 nanti.

Acara yang dipertaruhkan untuk menyumbang emas paling banyak adalah kanu, 10 emas ( empat perak dan dua gangsa) manakala berbasikal empat emas, diikuti judo tiga emas (lapan perak dan dua gangsa). Acara lain, lawan pedang (dua emas), bola tampar pantai, futsal, ragbi masing-masing mensasarkan satu emas. Haji Rozi berkata, sebanyak 20 jenis sukan

dipersetujui untuk dipertandingkan sepanjang temasya itu nanti dengan sukan berkenaan adalah daripada kategori Sukan Pilihan. Sementara itu, logo baru Terengganu yang dinamakan `Terengganu Hanelang’ dengan menggunakan penyu belimbing sebagai ikon baru sukan negeri ini turut dilancarkan secara simbolik.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.