ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 Ogos - 15 September 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my
`Bingkisan’ buat Perdana Menteri TTI anjur TIIAF 2012
T
aman Tamadun Islam (TTI) akan menganjurkan Terengganu International Islamic Art Festival (TIIAF 2012) di taman tema berkenaan di Pulau Wan Man yang memaparkan kesenian Islam, bermula dari 14 hingga 17 September ini. Pengarah Urusan TTI Management Sdn. Bhd, YM Engku Md Azmi Engku Abd Rahman, berkata program itu merupakan kesinambungan daripada ‘Inspirasi Seni Khat 2011’ yang dianjurkan tahun lalu dan mendapat sambutan memberangsangkan dari dalam dan luar negara.
- lihat ms 3
Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengandar hadiah daripada JKKK dan penduduk kampung berupa makanan tradisional Terengganu simbolik dua bakul `undi’ penuh daripada rakyat untuk Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-13 nanti. Itulah janji yang diberikan oleh penduduk dari dua daerah iaitu Setiu dan Besut ketika Perdana Menteri hadir pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tasik Tok Lebai, Setiu, Terengganu, baru-baru ini. - Gambar oleh Zulkipli Putra.
Bil : 65
Terengganu menyerlah Menerusi pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berkonsepkan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ negeri ini mencapai kejayaan paling menyerlah di bidang pendidikan, sukan, pembasmian kemiskinan pembangunan, pelaburan asing dan pelancongan. Oleh: Kamarudin Mat Akib
M
dinmatkib@yahoo.com
Mou YT-JUST : 30 pelajar perubatan akan dihantar ke Jordan - ms 8
LJSM tawar hadiah lumayan
- ms 32
enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata berkat kemerdekaan negara selama 55 tahun, Kerajaan Terengganu berjaya merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk kesejahteraan rakyat dalam pelbagai bidang. Beliau berkata, menerusi pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berkonsepkan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ negeri ini mencapai kejayaan paling menyerlah di bidang pendidikan, sukan, pembasmian kemiskinan pembangunan, pelaburan asing dan pelancongan. Katanya, keamanan yang terhasil daripada perpaduan pelbagai kaum ini tiada ternilai harganya kerana ia telah membolehkan kerajaan merancang, melaksana dan menilai segala usaha yang dilakukan agar ke-
DATO’ seri haji ahmad said
berkesanan maksima dapat dirasai oleh semua rakyat di negeri ini. “Rakyat tidak merasa gusar dengan rusuhan yang merosakkan harta benda awam dan persendirian serta perperangan yang menghancurkan ketamadunan dan warisan seperti yang dihadapi oleh beberapa buah negara,” - lihat ms 2
2
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
AM
- dari ms 1
Keamanan dirasai rakyat Terengganu
Gambar oleh: Zulkipli Putra I zulfoto2008@gmail.com
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail bersalaman dengan rakyat jelata selepas solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Muktafibillah Shah, Ladang.
Kata Dato’ Seri Haji Ahmad dalam perutusan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang disambut seluruh negara barubaru ini. Menteri Besar berkata, ketenteraman dalam negara ini akan membolehkan generasi pewaris mendokong cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju seperti yang di titipkan dalam Wawasan 2020. “Generasi pewaris merupakan golongan yang mampu membuat anjakan paradigma untuk mengisi kemerdekaan ini supaya nama Malaysia terus harum di pesada dunia dan menjadi rujukan kepada negara-negara membangun yang masih mencari formula untuk mengisi kemerdekaan mereka,” ujar beliau.
RM2.2 juta wang pendahuluan ke luar negara Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com
Y
ayasan Terengganu (YT) memper u n tu kkan RM2.2 juta bagi menyediakan wang pendahuluan diri kepada 110 pelajar Terengganu yang bakal melanjutkan pengajian di luar negara bagi sesi 2012/2013 bermula September ini. Daripada jumlah itu, 47 pelajar akan menyambung pengajian di Rusia, masing-masing di Moscow State Medical University (16 orang) dan Volgograd
State Medical University (31 orang). Sementara 45 pelajar akan mengikuti bidang Pengajian Islam (25 orang), Perubatan (15 orang), Pergigian (lima orang) di Jordan. Manakala 17 pelajar ke United Kingdom dan seorang ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian dalam pelbagai bidang seperti animasi, senibina, kejuruteraan mekanikal dan sains bio perubatan. Pengarahnya, Encik Zakaria Yusof, berkata kesemua pelajar Terengganu yang bertuah mem-
perolehi pembiayaan wang pendahuluan itu perlu menggunakan peluang berkenaan sebaik mungkin berikutan tidak semua pelajar memperolehi manfaat itu sepanjang hayat mereka. “Saya berharap semua pelajar bertuah di hadapan saya ini dapat menggunakan kemudahan dan bantuan kerajaan ini sebagai hadiah bagi memastikan cita-cita dan hasrat menggapai masa depan yang cemerlang mampu direalisasikan. “Semua pelajar perlu memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin dan
‘‘Gunakan peluang berkenaan sebaik mungkin berikutan tidak semua pelajar memperolehi manfaat itu sepanjang hayat mereka.’’ mencipta kejayaan dengan kembali bertugas di negara sendiri selain menyumbang khidmat kepada anak bangsa, ” katanya di Majlis Makan Malam Bersama Pelajar Terengganu Luar Nega-
ENCIK ZAKARIA
ra serta Penyampaian Wang pendahuluan Kepada pelajar Sesi 2012/2013 di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,
Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan Pengarah Pelajaran, Encik Hashim Mohd Zin dan Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, Encik Razali Mahmud. Beliau turut menasihatkan semua pelajar yang berada di luar negara supaya mampu menyesuaikan diri dan berdikari dalam melaksanakan tuntutan harian sebagai pelajar demi mencapai cita-cita murni menjadi pemimpin dan pewaris negara pada masa depan.
Zon khas untuk pengayuh beca
K
Kerajaan Terengganu berusaha memulihkan imej pengayuh beca di negeri ini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
erajaan negeri berhasrat mewujudkan zon khas untuk beca sempena pembukaan Payang Walk, berhampiran Pasar Payang, Kuala Terengganu bagi memulihkan imej golongan itu yang bertindak sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 nanti. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Haji Azmi Razik, berkata konsep yang digunapakai dari Melaka itu akan menggunakan khidmat pengayuh beca dari kalangan golongan muda dan operasi mereka diselaraskan di bawah satu bumbung. “Kita mahu menggunakan konsep sebagaimana di Melaka yang mana
kita tempatkan mereka di satu zon khas sempena pembukaan Payang Walk. Kita memilih pengusaha beca di kalangan generasi muda yang masih bertenaga. “Bayaran gaji secara bulanan dan pendapatan lebihan dianggap sebagai pendapatan dia, sebagaimana juga konsep francais,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pengayuh beca, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, YPU juga akan memohon peruntukan khusus untuk membaik pulih beberapa beca yang terpilih dan uzur bagi menjaga imej pelancongan negeri sempena TMT 2013.
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
Pasar Bergerak 1Malaysia lebih dekat, lebih jimat P
asar Bergerak 1Malaysia bakal diperkenalkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bagi memberi kemudahan kepada penduduk kawasan perumahan mendapatkan pelbagai b a r a n g a n keperluan harian dengan lebih dekat dan tawaran harga yang lebih jimat. Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan Fama, Encik Abdul Razak Majid berkata pasar bergerak yang membabitkan peruntukan RM3 juta itu dijangka dila n ca r ka n se bel u m akh i r tah u n i n i . Beliau berkata buat permulaan, projek tersebut akan diadakan di tiga wilayah iaitu Pulau Pinang untuk wilayah utara, Selangor (wilayah tengah) dan Johor (wilayah selatan) sebelum diperluaskan ke wilayahwilayah lain. “Ini merupakan satu lagi projek baru yang kita sedang bangunkan bagi meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah,” katanya di Majlis Hala Tuju Pasar Tani Fama Negeri Terengganu, baru-baru ini. Encik Abdul Razak berkata Fama bakal menyediakan tiga unit bas khas untuk dijadikan pasar bergerak yang dilengkapkan dengan barangan kering keperluan asas dapur seperti beras, gula, susu, minyak masak. Selain itu, beberapa unit van membawa barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran dan sebagainya pula akan mengiringi bas berkenaan sebagai pelengkap kepada pasar bergerak yang akan ke kawasankawasan perumahan mengikut jadual tertentu.
AM
3
Kes salah laku penjawat awam rendah
J
Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com
umlah kes salah laku melibatkan kakitangan awam di negeri ini amat rendah berikutan kurang 10 kes setahun dikesan khususnya tidak hadir tugas. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah (gambar), berkata kebanyakan kes yang dirujuk kepada PeraturanPeraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam melibatkan kes gagal hadir ke tempat kerja. “Tidak banyak kes yang kita ambil perjalanan melibatkan kakitangan awam negeri ini. Daripada keseluruhan lebih 8,000 kakitangan awam negeri , tidak sampai 10 orang setahun berdepan dengan masalah itu.
S
yarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) akan membina sebuah lagi loji rawatan air di kawasan Kuala Nerus yang dianggarkan menelan belanja RM390 juta. Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Haji Husain Embong, berkata loji itu dijangka beroperasi pada 2016 bagi menampung keperluan yang makin bertambah ekoran pertambahan dan kepadatan penduduk. Katanya, loji sedia ada
“Sekiranya terdapat prima facie di mana kakitangan awam terbabit jelas melanggar undang-undang dan tatatertib mereka boleh dikenakan hukuman buang kerja,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Dato’ Haji Mazlan berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau dan akan bertindak tegas terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dalam pelbagai kes salah laku dan jenayah yang boleh mencemar imej jabatan dan agensi kerajaan. Beliau turut mengingatkan penjawat awam di negeri ini sentiasa menjaga nama baik dan imej jabatan khususnya dalam aspek memberi perkhidmatan kepada
SATU tambah loji, elak gangguan air iaitu Loji Air Kepong 1 dan Loji Air Kepong 2 serta Loji Air Losong tidak lagi mampu menampung keperluan bagi memproses air untuk tempoh lima tahun akan datang. “Ketika ini loji-loji berkenaan membekalkan air di kawasan Kuala Terengganu, Marang dan sebahagian Kuala Terengganu Utara (Kuala Nerus) yang kini
mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. “Loji baru itu dijangka dimulakan pembinaannya pada tahun depan dengan reka bentuk kapasiti sehingga 226 juta liter air sehari dan mampu dimanfaatkan kira-kira 200,000 orang,” katanya. Beliau berkata, persediaan itu selaras dengan langkah kerajaan negeri untuk menjadikan Kuala Nerus satu daerah
17 negara sertai TIIAF 2012
Rombongan deligasi Terengganu menjalinkan kolaborasi dengan IRCICA, Istanbul.
- dari ms 1 Beliau berkata, dengan tema ‘devotion to Islamic Art’ TIIAF 2012 dijangka mampu memartabatkan nilai-nilai kesenian Islam terutama seni khat ke tahap yang lebih tinggi. Penganjuran kali ini melibatkan penyertaan 17 negara meliputi negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand serta negara Asia lain seperti Jepun, China, India dan
rakyat yang menjadi pelanggan kepada kerajaan. Katanya, penjawat awam perlu menyelesaikan isu melibatkan pelanggan dengan kadar segera dan terperinci tanpa mementingkan hal-hal peribadi melebihi tuntutan tugas yang diamanahkan kepada mereka. “Mereka juga perlu amanah, jujur dan berintegriti dalam setiap aspek pekerjaan. Selain jati diri yang kuat, mereka perlu menjaga moral di kalangan rakan setugas, majikan mahu pun pihak luar supaya imej kakitangan awam sentiasa dihormati dan dipandang tinggi sama ada dalam aspek kerja mahupun perilaku sendiri,” katanya.
Pakistan. Beliau berkata, penyertaan pada festival kali ini adalah dalam bentuk pertandingan penulisan seni khat, pameran, seminar dan bengkel seni khat yang dibimbing oleh penulis khat ternama dunia. “Antara kaligrafer antarabangsa yang diundang adalah Adnan Sheikh Othman dari Syria, Ms Nuria Garcia Macep dari Sepanyol,Sherin Abdelsaber Abdelhalim dari Mesir. Turut sama adalah Abdul Baki-
baru tidak lama lagi. “Sudah tentu pembangunan di situ akan lebih pesat dan penduduknya makin bertambah dalam tempoh yang singkat,” katanya.
Abu Bakar dan Ustaz Halias Abu Bakar dari Malaysia,” katanya. Engku Md Azmi berkata, sempena festival itu turut diadakan konsert AMANAT MUZIKHAT (15 & 16 Sept/ 9.00 -11.00 malam) suatu konsep persembahan muzik yang digubah dan dialun dengan keindahan seni khat. Di antara pemuzik yang bakal membuat persembahan pada malam itu ialah MOHRAM, ALWI MUSTAFA (QASIDAH), KHAIRIZ (PEMAIN ALATAN OUD) dari Malaysia serta penampilan hebat artis antarabangsa Bahman Panahi dari Perancis. Selain itu, katanya, ATIKHAT yang diperkenalkan pada tahun lepas secara experimental akan diperagakan secara eksklusif pada tahun ini. Acara-acara sukan rakyat dan Karnival Jualan akan turut disajikan bagi memeriahkan lagi festival ini. Beliau berkata, bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa di atas usaha yang dirancangkan itu, pihak TTI telah menjalin kolaborasi dengan pihak IRCICA yang berpusat
di Istanbul, Turki iaitu satu pusat penyelidikan bagi sejarah, kesenian dan kebudayaan Islam dunia yang bernaung di bawah OIC. Pengiktirafan IRCICA adalah penting terutamanya bagi membolehkan TTI memasarkan, menjalankan program dan menganjur acara yang bersifat antarabangsa. “Satu perjanjian persefahaman (MOU) akan ditandatangani pada 14 September 2012 antara pihak TTI dan IRCICA. “Dengan kolaborasi serta jaringan itu nanti diharap TTI dan negeri Terengganu akan kembali gemilang menjadi pusat Ilmu dan sebagai sayap kepada IRCICA di sebelah Asia,” katanya. Beliau berkata, langkah ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu. Katanya, usaha murni ini tidak akan terhenti bila festival ini berakhir dan akan iteruskan dengan langkah-langkah mengaplikasikan hasil yang diperolehi semasa festival ini ke dalam kehidupan seharian.
4
BIL: 65 (15 Ogos - 1
RENC
Rakyat
Oleh: Kamarudin Mat Akib Gambar oleh: Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah am_ukom@gmail.com
Penduduk Setiu dan Besut, Terengganu menunjukkan mereka terlalu berbangga dan setia dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional / Umno sehingga tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada sambutan Aidilfitri di daerah itu, bari-baru ini.
YB Ustaz Haji Ramli Nuh bersama isteri mengagihkan duit raya kepada tetamu yang hadir pada rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Tok Jiring.
R
akyat Terengganu menyambut Aidilfitri tahun ini dengan penuh meriah apabila mereka beramai-r a m ai ‘menyerbu’ rumah pemimpin Umno yang mengadakan majlis rumah terbuka, sepanjang sambutan hari lebaran itu. Majlis rumah terbuka Aidilfitri dimulakan pada hari raya yang pertama di mana rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berduyun-duyun ke kediaman Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, di Batu Buruk. Pemimpin kesayangan rakyat itu dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud, tidak menang tangan melayan para tetamu yang tidak putus-putus berkun-
Kira-kira 50,000 pengunjung membanjiri rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Teluk Kalong, Kijal, Kemaman.
Penduduk Langkap dan sek lepaskan peluang berkunjun YB Asha’ari.
Pelbagai golongan memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri YB Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri di......
Rumah terbuka Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar di Gelugur Kedai.
Lebih 10,000 tetamu termasuk masyarakat bukan Islam menghadiri majlis sambutan Aidilfitri membabitkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang ahli Parlimen Bahagian Besut di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh.
YB Din Adam turut mengad Aidilfitri di Bukit Besi, Dung
5
15 September 2012)
CANA
serbu rumah terbuka pemimpin Umno
jung ke kediaman mereka sejak pagi hingga petang. Sebelum itu, beliau mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Muktafibillah Shah, Ladang. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, para pembesar negeri, wakilwakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut hadir pada majlis rumah terbuka Menteri Besar. Penduduk tempatan dari bangsa lain turut berkunjung ke Kediaman Seri Iman bagi mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pemimpin nombor satu negeri ini. Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah dan hidangan hari raya, termasuk ketupat, rendang dan tapai.
kitar Setiu tidak meng ke rumah terbuka
dakan rumah terbuka gun.
Menteri Besar turut mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman beliau di Telok Kalong, Kijal, Kemaman khusus bagi penduduk daerah itu dan sekitarnya, pada hari raya ke-14. Berpuluh-puluh ribu orang hadir pada majlis itu seolah-olah umat Islam baru menyambut kedatangan 1 Syawal, sedangkan ia sudah dua minggu berlalu. Rumah terbuka pemimpin-pemimpin Umno, khususnya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) turut meriah dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum. Kehadiran yang luar biasa di majlis rumah terbuka pemimpin Umno itu menyerlahkan sokongan rakyat kepada mereka yang telah begitu banyak menabur jasa dan berkhidmat untuk rakyat.
Menteri Besar dan keluarga tidak putus-putis melayan tetamu pada rumah terbuka Aidlfitri di kediamannya di Batu Buruk, Kuala Terengganu.
YB Ustaz Haji Khazan Che Mat melayan tetamu yang hadir pada rumah terbuka Aidilfitri beliau.
Majlis rumah terbuka Aidilfitri di DUN Wakaf Mempelam.
Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud melayani tetamu yang juga anak Terengganu di perantauan di majlis Aidilfitri Bersama Perantau di Permai Inn, Kuala Terengganu.
Rumah terbuka Aidilfitri Wanita Umno Bahagian Kemaman di Chukai, Kemaman.
Tetamu istimewa mewarnai rumah terbuka Encik Zaidi Muda yang diadakan di Kampung Surau Haji Yaakob, Bukit Payong, Marang.
6
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
RENCANA
Hayati sejarah kehidupan dan perjuangan bangsa G
Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582
Sidang Redaksi
enerasi yang lahir era televisyen warna (1980 an) tentu sukar untuk menghayati penderitaan dan sengsara bangsa mereka di masa lalu. Jauh sekali untuk menghayati penderitaan bangsa mereka sewaktu di zaman penjajahan yang hidup dalam serba kekurangan, kedaifan dan kemelaratan. Mereka tidak pernah tahu menghayati derita zaman kelaparan ketiadaan makanan, tiada pakaian,malah suami isteri berkongsi pakaian untuk tunaikan solat. Mungkin mereka tidak percaya akan cerita itu semua dan mungkin menganggap dongeng semata-mata. Generasi baru ini tidak pernah berjalan kaki atau naik basikal ke sekolah dengan jarak yang berbatu-batu. Mereka tidak pernah kenal nasi dalam upih dan bekal air dalam botol kicap untuk ke sekolah. Apatah lagi, jauh sekali, mereka sudah tentu tidak pernah tahu wujudnya ‘papan selit’ atau papan ‘slate’ dan pensil batu, air embun pemadan kerana mereka kini sudah memiliki komputer riba, ‘e-Book’ dan pelbagai peralatan moden. Namun marilah kita ajak mereka renung bersama sejarah bangsa di masa lalu, supaya dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam diri mereka. Mereka boleh membuat perbandingan tentang perubahan terhadap bangsa dan negara mereka dulu dan sekarang, hasil pentadbiran sendiri dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan yang dibina oleh rakyat sendiri. Jika itu semua mereka hayati dan insafi sudah tentu tidak berlaku perbuatan-perbuatan tidak senonoh menghina gambar Perdana Menteri, perbuatan hendak menggantikan bendera jalur gemilang dan seumpamanya atas nama penentangan kepada sebuah kerajaan sendiri. Ingat dulu datuk nenek kita dengan segala kepayahan menentang penjajah yang menindas mereka sehingga akhirnya memperolehi kemardekaan dan membentuk kerajaan sendiri. Kalau generasi baru insafi ini semua, bersyukur dan berterima kasih kepada pejuang bangsa masa lalu, sudah tentu mereka tidak sanggup untuk meruntuhkan kerajaan sendiri yang diwujudkan hasil kemardekaan ini. Marilah sama-sama kita membantu memberi pengetahuan kepada generasi baru ini tentang sejarah, kehidupan dan perjuangan bangsa mereka di tanah air tercinta ini. - Pengarang.
Urut lelaki perempuan, pusat hiburan dibenarkan Amat mengejutkan pada Mei 2001, kerajaan negeri waktu itu mengadakan “Thai fair” yang mengemukakan pelbagai budaya dari negara Thai, makanan , barangan kraf dan sebagainya dan yang paling memalukan umat Islam Terengganu, kerajaan negeri membenarkan kegiatan mengurut.
ANALISIS
siri 10
M
YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu.
Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com
YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.
PEN. PENGARANG 1:
PENGARANG:
PEN. PENGARANG 11:
Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.
anu???
i. .
Perkara seperti ini tidak pernah pun dilakukan di zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) , tetapi boleh dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu waktu itu yang mendakwa membangunkan negeri menurut Islam. Untuk “body massage” (urut tubuh keseluruhan) wanita dari Thai itu mengenakan bayaran RM50 sahaja untuk satu jam lebih kepada pelanggan sama ada perempuan atau lelaki. Harga lebih rendah dikenakan kalau hanya mengurut kaki atau
tangan sahaja. Perkara yang sama juga berlaku di sekitar bandar-bandar dalam negeri Terengganu terhadap pusat-pusat hiburan, pusat snooker dan ‘unisex saloon’ yang dibenarkan beroperasi. Semasa pemerintahan mereka, kegiatan pelacuran berleluasa di sebuah plaza dalam bandar Kuala Terengganu dengan bayaran antara RM50 sehingga RM150. Pusat snooker dan unisex saloon dan pusat hiburan itu semuanya mendapat kelulusan lesen dari pihak berkuasa tempatan waktu itu. Walaupun pemimpin mereka ketika berdepan dengan rakyat mewar-warkan kononnya mereka telah hapuskan perkara-perkara itu, tetapi itu hanyalah suatu pembohongan semata-mata. Mereka tidak pernah menutup pusat-pusat hiburan itu.
PENASIHAT:
Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.
Orang teg
ACU TENGOK MOLEK...perjuangan Pas yang membenarkan orang perempuan mengurut lelaki ketika pembangkang itu memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004.
ungkin ramai yang menyangkakan perkaraperkara maksiat secara halal tidak dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu yang mendakwa membangun menurut Islam. Itu hanyalah suatu tanggapan sematamata berdasarkan ucapan-ucapan dan perakuan yang dibuat oleh pemimpin yang mendakwa melaksanakan perundangan dan pentadbiran menurut Islam. Paling memalukan ialah bila acaraacara ‘fun fair’ diadakan di merata tempat, sekalipun di kawasan berhampiran masjid. Amat mengejutkan pada Mei 2001, kerajaan negeri waktu itu mengadakan “Thai fair” yang mengemukakan pelbagai budaya dari negara Thai, makanan , barangan kraf dan sebagainya dan yang paling memalukan umat Islam Terengganu, kerajaan negeri membenarkan kegiatan mengurut. Ia diadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dan dirasmikan oleh wakil rakyat parti berkenaan yang kebetulan dilantik juga sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, waktu itu. Kononnya urutan tradisional Thai yang membabitkan percampuran lelaki perempuan, termasuk tukang urut perempuan mengurut pelanggan lelaki yang datang ke pameran tersebut dalam khemah terlindung yang disediakan, dengan bayaran tertentu dikenakan.
PENAUNG:
Ingat dok lag
Kamaruddin Mat Akib (Media Baru). Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).
WARTAWAN:
JURUFOTO:
Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
RENCANA
WAKAF RAKYAT Oleh: Ruslan Abdul Rahman
A
am_ukom@gmail.com
mat serba salah bagi Pas dan DAP. Bagi Pas untuk memastikan hubungan mereka dengan DAP terjalin baik dalam pakatan pembangkang, mereka harus melupakan soal hudud dan negara Islam. Justeru sokongan bukan Islam dalam DAP amat tinggi kepada pakatan mereka jika Pas melupakan dua perkara asas perjuangan Pas sebelum ini. Oleh kerana mahu sokongan bukan Islamlah, Presiden Pas Dato’ Seri Haji Hadi Awang sanggup menggadaikan perjuangannya selama ini untuk membentuk negara Islam. Untuk menghalalkan tindakannya itu, Haji Hadi mengatakan tuntutan menegakkan negara Islam tidak ada pun di dalam al-Quran. Berikutan itu sokongan orang bukan Islam, khususnya dalam pakatan pembangkang menjadi bertambah apabila Pas menggugurkan hasrat itu. Maka tersenyum lebarlah pimpinan DAP kerana rakan pakatan mereka sanggup menggugurkan asas perjuangan, iaitu untuk menegakkan negara Islam, sekaligus perundangan Islam. Sedangkan selama ini, pemimpin Pas termasuk Haji Hadi sendiri mengkafirkan orang Umno atas asas kononnya menolak negara dan perundangan Islam yang menurutnya ditetapkan di dalam al-Quran. Sesiapa yang menolak hukum Allah yang telah ditetapkan, maka kufurlah ia, demikian hujah pemimpin Pas suatu masa dulu dengan memetik beberapa ayat al-Quran berkaitan. Tita-tiba tanpa disangkasangka Pas dan Haji Hadi sanggup menggugurkan perjuangan asasnya itu demi menjaga hubungan dengan DAP. Justeru itu, saham dan sokongan umat Islam, termasuk ahli Pas sendiri kepada parti itu, hari demi hari semakin menurun dan merosot. Indek menunjukkan Pas sudah tidak diyakini lagi,
Dilema Pas dan DAP
Karpal Singh (DAP) yang pernah mengatakan langkah mayatnya dulu jika hendak laksanakan hudud mengulangi kata-kata bahawa undang undang Islam itu mustahil dilaksanakan di Malaysia, malah menempelak Pas dengan mengatakan hudud tidak mampu basmi jenayah.
‘‘Nampaknya Haji Hadi amat takut kepada Karpal dengan hanya berkata semalam dalam satu sidang akhbar bahawa Karpal hanya menentang dan tidak setuju hudud dan negara Islam,” itu hak dia, itulah demokrasi dan Pas menyokong demokrasi”.
Tetapi pemimpin DAP menentang habis-habisan bila Pas bersuara semula tentang hudud dan negara Islam yang sememangnya tiada dijanjikan dalam Buku Jingga yang ditandatangani bersama, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR), Lim Kit Siang (DAP) dan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Pas).
bahkan terdapat segelintir dari pimpinan mereka menentang tindakan menolak perjuangan bagi mewujudkan negara Islam itu. Menyedari keadaan ini, pemimpin Pas sedar kalau keadaan ini berterusan boleh menjejaskan sokongan orang Islam terhadap parti itu. Betul, sokongan bukan Islam meningkatkan kepada Pas dan pakatan mereka bila menggugurkan perjuangan negara Islam dan ditukarkan kepada negara kebajikan sahaja, tetapi salahnya sokongan umat Islam kepada parti itu kian merosot. Akhirnya, Pas terpaksa membuka mulut semula, kononnya parti itu tetap memperjuangkan perundangan Islam, khususnya hukum hudud, dengan menuduh Umno menolak hudud. Harapannya dengan berbuat demikian, sokongan
kepada Pas oleh umat Islam dapat dikembalikan. Tetapi pemimpin DAP menentang habis-habisan apabila Pas bersuara semula tentang hudud dan negara Islam yang sememangnya tiada dijanjikan dalam Buku Jingga, iaitu suatu perjanjian yang ditandatangani bersama, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR), Lim Kit Siang (DAP) dan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Pas). Jika lagu ini dimainkan kembali oleh Pas, sokongan kaum Cina dan lain lain bukan Islam dalam DAP itu akan merosot, sebab itu DAP dan pakatan pembangkang terpaksa menentang habishabisan. Karpal Singh (DAP) yang pernah mengatakan langkah mayatnya dulu jika hendak laksanakan hudud mengulangi kata kata bahawa undang undang Islam itu
mustahil dilaksanakan di Malaysia, malah menempelak Pas dengan mengatakan hudud tidak mampu basmi jenayah. Tetapi nampaknya Haji Hadi amat takut kepada Karpal dengan hanya berkata semalam dalam satu sidang akhbar bahawa Karpal hanya menentang dan tidak setuju hudud dan negara Islam,” itu hak dia, itulah demokrasi dan Pas menyokong demokrasi”. Alahai lembutnya kalau dengan DAP, kalau sesama Islam (Umno) bukan main keras lagi, sehingga sanggup kafirkan orang Umno. Dulu Haji Hadi menolak sebarang idealogi, kerana katanya yang diterimanya hanya ideologi Islam (lihat tulisan beliau dalam bukubuku beliau sebelum ini), tetapi sekarang dengan mudahnya menerima ideologi “demokrasi”. Bila Pas bersuara lagi tentang hudud, Dato’ Seri Anwar mengingatkan hudud dan negara Islam tiada dalam agenda pembangkang. Ini semua kerana bimbang sokongan bukan Islam kepada pakatan akan terjejas, berikutan tindakan Pas cuba menghidupkan kembali hudud dan negara Islam. Kesimpulannya, asas pakatan pembangkang menjadi tidak menentu, belum apa apa lagi mereka sudah bercanggah sesama sendiri, kerana kepentingan yang berlainan. Pas, jika tidak menjaja perjuangan hudud dan negara Islam akan ditolak oleh pengikut dan penyokongnya, tetapi untung bagi DAP bagi melipatgandakan sokongan ahli dan penyokongnya yang terdiri dari bukan Islam itu. Demikian sukarnya kedudukan pakatan PKR, DAP dan Pas dalam pakatan. Bagaimana mungkin mereka boleh bersepakat kerana yang dua (PKR) menolak dasar Islam untuk sokongan dan kekuatan dan pada masa yang sama satu pihak lagi (Pas) memerlukan imej hudud dan negara Islam untuk juga meraih sokongan (orang Islam).
7
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
8
EKONOMI
BISNES Oleh: Suriati Ali
M
aliasuriati@yahoo.com
emperkenalkan slogan `Jemaah Mabrur Zahafiz Unggul.. InsyaAllah’ membuatkan Zahafis Travel & Tour Sdn Bhd (Zahafis) terus mendapat kepercayaan pelanggan tempatan dan luar Malaysia. Zahafiz dahulunya dikenali El-Rayan Travel & Tours Sdn Bhd dinaungi Pengerusi Eksekutif, Dato’ Haji Zainal Abidin Yusof beribu pejabat di Shah Alam, Selangor. Syarikat yang mula ditubuhkan pada pertengahan 1996 kini giat melebarkan sayap perniagaan ke serata negeri dan luar Malaysia, termasuk Indonesia dan Singapura. Mengetuai cawangan Zahafiz di Terengganu, Haji Wan Mustapa Wan Othman memikul tanggungjawab supaya terus memperkenalkan puluhan produk dan perkhidmatan syarikat itu kepada masyarakat di Pantai Timur, khususnya Terengganu. Haji Wan Mustapa berkata dia berani menubuhkan Zahafiz di Terengganu selepas mendapat kepercayaan Dato’ Haji Zainal dan pihak pengurusan di Shah Alam supaya mengembangkan
Perkhidmatan Zahafis diyakini pelanggan Zahafiz menyediakan perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negara selain mengerjakan Umrah dan Haji.
MoU YT-JUST : 30 pelajar perubatan akan dihantar ke Jordan Oleh: Esah Abdullah
S
esahukom@yahoo.com
eramai 30 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang dalam peperiksaan lalu ditawarkan untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda di Jordan Universiti of Science dan Teknology (JUST) tahun ini. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu 20 orang pelajar akan mengikuti kursus Ijazah sarjana Muda Perubatan manakala bakinya (10) mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pergigian. “JUST merupakan universiti keempat yang menjalinkan usahasama dengan kerajaan bagi penghantaran pelajar dalam bidang perubatan di luar negara,” katanya kepada pemberita di majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) antara Yayasan Terengganu ( YT) dan JUST dan Penyampaian Bantuan Persediaan YT ke IPT per-
Menteri Besar menyaksikan majlis MoU antara YT dengan JUST di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
ingkat Ijazah sesi 2012/2013 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pelajar yang mengambil jurusan perubatan bagi tempoh lima tahun menerima tajaan RM340,000 manakala jurusan pergigian RM300,000 seorang. “Usaha ini merupakan sebahagian cita-cita dan harapan kerajaan ke
arah mencapai sasaran menghantar 100 orang anak Terengganu setiap tahun mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di luar negara,” katanya. Menteri Besar kemudiannya menyaksikan MoU antara YT yang diwakili pengarahnya Encik Zakaria Yusof dan JUST diwakili Presidennya Profesor Dr. Abdullah 1 Husein Malkawi dan Dekan Fakulti Perubatan JUST, Profesor Dr. Tewfik Daradkeh.
sayap perniagaan sedia ada. “Saya nekad membuka operasi Zahafiz di Terengganu pada awal 2010 s a m b i l d i ba n tu ti g a kakitangan berpengalaman kerana ingin membuktikan kepercayaan itu. “Pada masa sama ingin manyahut saranan kerajaan supaya lebih ramai Bumiputera melibatkan diri dalam bidang pelancongan bagi membangunkan ekonomi negara ke tahap yang lebih membanggakan,” katanya. Zahafis menawarkan bebe rapa perkhidmatan menarik walaupun menyedari terdapat syarikat pelancongan lain turut berbuat demikian. Antara perkhidmatan itu, termasuk menyediakan perkhidmatan haji dan umrah; kemudahan pengangkutan Madinah dan Mekah; penyediaan makanan masakan Malaysia dan mutawwif untuk membimbing jemaah. Perkhidmatan lain penghantaran barang; kursus umrah atau haji; menyediakan buku panduan, beg sandang dan membekalkan air zam – zam secara percuma. Menurut Haji Wan Mustapa, berkata rata-rata jemaah yang menggunakan perkhidmatan Zahafiz sebelum ini berpuas hati dengan apa yang ditawarkan. “Kami menitikberatkan keselesan, kebajikan dan kemudahan pelanggan semata-mata tidak mahu timbul masalah dan sebarang rungutan apabila tiba di Tanah Suci. “Semua penginapan di tawarkan bertaraf empat ke lima bintang serta menyediakan kemudahan katering untuk setiap jemaah,” katanya.
Erti
n a a k e d r e m e K
ISSN 2180-4737 | Bil: 65 (15 Ogos-15 Sept 2012) KELUARAN KHAS
Bangkit sebagai bangsa bermaruah
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia SEMPENA KEMERDEKAAN KE-55
s2
teganukita BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012)
Semangat Merdeka, bentuk jati diri Susur galur sejarah seharusnya menjadi panduan kepada semua warga negara dan disemat dalam diri masing-masing.
Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com
“Pembentukan jati diri kebangsaan perlu mengambil kira nilai agama Islam, budaya dan sejarah di samping tidak meminggirkan keharmonian dan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.’’ - Dato’ Haji Mazlan Ngah, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
S
etiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah meminta seluruh penduduk negeri ini menanam semangat kemerdekaan dalam diri masing-masing, sekali gus membentuk jati diri yang teguh sebagai anak Malaysia. Katanya, nilai kemerdekaan harus dihayati dan diraikan dengan penuh semangat sekaligus mendukung Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Malah, konsep Gagasan 1Malaysia yang berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan kerana Islam satu-satunya agama yang disebut dalam perlembagaan dan tiada agama lain yang disebut secara khusus melainkan ia boleh dianuti dan diamal dengan aman serta harmoni. “Pembentukan jati diri kebangsaan perlu mengambil kira nilai agama Islam, budaya dan sejarah di samping tidak meminggirkan keharmonian dan hak
Rakyat Terengganu berkumpul di Dataran Shahbandar bagi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah sebelum Merdeka.
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. “Malah, Islam mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem politik dan perundangan di Malaysia dan teras pembentukan jati diri kebangsaan berpak-
Syukuri nikmat kemerdekaan
K
emerdekaan adalah suatu nikmat yang perlu disyukuri. Oleh kerana kita merdekalah kita dapat mentadbir dan mengurus negara dan negeri kita sendiri. Tidak syak lagi bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini sentiasa memikirkan kebaikan untuk rakyat. 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan pendekatan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan” di peringkat negeri Terengganu yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Said adalah kebebasan dan kemerdekaan untuk negara, negeri dan rakyat kita sendiri. - Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.
sikan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Dato’ Haji Mazlan berkata, jati diri kebangsaan ini bukan muncul pada saat negara mencapai kemerdekaan malah sebelum kedatangan penjajah lagi kerana jati diri ini menjadi lambang kebanggaan rakyat. Katanya, kewujudan sesebuah negara itu mesti didasari hakikat sejarah dan dalam konteks negara Malaysia. Sejarah itu tidak bermakna bermula pada 1957 ketika negara mencapai kemerdekaan, bagaimana pun ia bermula sebelum zaman penjajahan Portugis lagi. “Susur galur sejarah seharusnya menjadi panduan kepada semua warga negara dan disemat dalam diri masing-masing. Proses memperkasa negara hanya dapat dijalankan jika kita memperkasa sejarah. Justeru, melupai sejarah hanya akan meruntuhkan jati diri dan perpaduan negara,” katanya. Pun begitu, beliau berkata semangat menghayati kemerdekaan harus bermula dari diri sendiri tanpa bergantung kepada inisiatif orang lain sematamata, khususnya dalam mengibarkan Jalur Gemilang. “Kalau boleh keluar belanja sedikit dan beli bendera untuk sama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun negara. Sekurang-kurangnya kita menonjolkan identiti sebagai warga negara serta bangga menjadi anak Malaysia,” katanya.
BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012) teganukita
P
Oleh: Suriati Ali
aliasuriati@yahoo.com
egawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terenganu (PDKT), Haji Nawawi Wan Ismail, ingin berpesan kepada generasi merdeka diharap tidak melupakan jasa-jasa pemimpin terdahulu dan yang ada sekarang, ingat jasa mereka yang banyak berkorban demi menjaga kedamaian negeri dan negara. Jangan mudah percaya segala hasutan dan fitnah yang dilempar pihak tertentu kerana mengetahui mereka berniat jahat dan apa yang dilakukan itu semata-mata ingin merosakkan keharmonian Terengganu dan negara. Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pembangunan Tanah) PDKT, Puan Suhailawati Saigai, berkata semangat patriotik generasi muda perlu diperteguhkan, mereka perlu menjiwai erti kemerdekaan sebenar kerana kehidupan mereka hari ini lebih bertuah berbanding generasi terdahulu di mana terpaksa berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi. Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat)PDKT, Puan Nor Nadia Zahira Zakaria, mengucapkan salam merdeka dan salam 1Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, hargailah perjuangan yang dilakukan pemimpin terdahulu dan sekarang. Marilah kita bersama-sama merencanakan hasrat Malaysia untuk melahirkan rakyat berdaulat di mana sanggup berjuang demi memartabatkan maruah bangsa dan tanah air kita selamanya. Penolong Kanan Pentadbir (Unit Pendaftaran Hak Milik), Puan Narizan Salleh, PDKT, berkata hasil cakna sikap pemimpin dan penjuang terdahulu membuatkan kita mampu mengecapi keselesaan hidup seperti apa yang kita nikmati sekarang. Kita pelbagai bangsa tidak perlu takut untuk keluar mencari rezeki un-
K
s3
HAJI WAN NAWAWI
ZAKARIA YUSOF
HAJI ROSHALI TAHA
PUAN AFNIDA AINI
‘‘Kekalkan keamanan negara’’
PUAN NORMAH NIK
PUAN NARIZAN
tuk keluarga kerana apa yang dilaksanakan pemimpin terdahulu dan kini cukup sempurna dan terbaik. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Korporat) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Puan Afnida Aini Alwi, pula berkata salamkemerdekaan kepada generasi merdeka. Marilah samasama kita mengisi kemerdekaan ke 55 ini dengan kemajuan diri , berilmu, bijaksana dan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin terdahulu dan pemimpin kini. Menghormati usaha-usaha kerajaan jika ingin terus maju. Penolong Kanan Pengarah (Bajet) Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (Upen) Puan Normah Nik, menegaskan
ita sebagai rakyat Malaysia perlu mengenang keperitan pejuang dan generasi terdahulu yang berkorban untuk membebaskan negara dari tangan penjajah sekaligus berjaya membawa kemajuan serta keamanan yang akhirnya dapat dinikmati semua golongan dan bangsa hari ini. “Langkah itu cukup penting supaya kesinambungan perjuangan itu diteruskan dengan memberi sokongan kepada warisan kepimpinan yang menerajui negara. - Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN), Haji Che Rani Mohd.
S
PUAN NOR NADIA ZAHIRA
sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, wajar renung sejenak, sepanjang kemerdekaan negara kita, pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi oleh pemimpin-pemimpin kita . Ucapan sekalung tahniah kepada pemimpin-pemimpin terdahulu dan kini kerana berjaya membawa keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran semata-mata untuk rakyat jelata. Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Haji Roshali Taha, mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke 55 kepada semua lapisan masyarakat Malaysia, khususnya Terengganu dengan tema “Janji Ditepati”. Sempena bulan kemerdekaan ini
aya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya Terengganu. Alhamdullilah, kita sebagai rakyat sangat bersyukur menjadi anak Malaysia, marilah kita samasama mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara. Panjatkan kesyukuran dan mohon doa supaya negara kita terus aman dan sejahtera. Tidak lupa, ucapan terima kasih kepada pemimpin negara yang sentiasa berusaha mengekalkan keamanan negara, saya sayang Malaysia. - Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Khidmat Pengurusan), Puan Norliza Ismail.
K
juga, sama-sama kita panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang diperoleh hasil kemerdekaaan. Kita sebenarnya lebih bertuah berbading generasi terdahulu kerana hasil kemerdekaan yang diperjuangkan itu, semua lapisan masyarakat mampu mengecapi kemajuan, pendidikan teratur, ekonomi yang stabil dan keadilan agama. Merdeka, merdeka, merdeka. Penolong Setiausaha Kerajaan (Belia dan Sukan), Ahmad Shahrizal Yahaya, berharap semua lapisan masyarakat, terutama generasi muda perlu memahami dan menghayati erti kemerdekaan sebenar yang penuh maksud tersirat. Walaupun mereka sudah tidak merasai pengalaman ketika zaman penjajah dahulu, tetapi penjuangan yang pernah dilakukan oleh penjuang terdahulu perlu dicontohi dan diambil iktibar. Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Zakaria Yusof, berkata kemerdekaan cukup bermakna dan mahal harganya bagi mereka yang memahami,ibaratkan ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Harta yang cukup berharga adalah merdeka, tanpanya kita tidak mampu mengecapi keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.
emerdekaan cukup bererti kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia, pangkat dan darjat. Tanpanya mana mungkin kita boleh hidup aman damai, bebas mencari rezeki, dan menuntut ilmu tanpa sempadan. Segalanya yang dinikmati itu antara jasa pemimpin terdahulu yang sanggup berjuang demi keadilan dan kebebasan tanah air tercinta. - Setiausaha Sulit Kepada Menteri Besar Puan Maldiana Abd Patah.
s4
teganukita BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012)
T
arikh 31 Ogos 1957 menjadi tarikh penuh bersejarah bagi pewujudan bangsa yang merdeka dan sekaligus telah memartabatkan institusi raja sebagai lambang negara berdaulat dan dijulang di atas sifatnya sebagai Raja Berpelembagaan. Status ini memberi pengertian yang tersirat bahawa kuasa sebenar telah diserahkan kepada rakyat jelata yang telah dipilih melalui Pilihan Raya Umum secara demokrasi untuk membentuk kerajaan yang kuasanya diletakkan kepada Parlimen dan Raja kekal sebagai tonggak budaya dan tradisi ketuanan Melayu.  Kini, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Jawatan Yang diPertuan Agong itu sendiri wujud berdasarkan Artikel 38, Perlembagaan Persekutuan 1957, (Perlembagaan Malaysia). Bidang kuasa, fungsi dan tugas Yang di-Pertuan Agong juga tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan tersebut. Perlembagaan Malaysia juga turut menyebut dengan jelas mengenai sistem pentadbiran yang berbeza tapi saling melengkapi di antara Sistem Pentadbiran Persekutuan/Pusat dengan Sistem Pentadbiran Kerajaan Negeri. Pada peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara dan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan. Masing-masing jawatan mempunyai wewenang yang tersendiri berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Manakala di peringkat Negeri, Ketua Negeri adalah merupakan Sultan kepada Negeri Kedah, Pahang, Selangor, Johor dan Perak, Yang di-Pertuan Besar N.Sembilan dan Raja di Perlis serta Tuan Yang Terutama Negeri bagi negeri yang tiada beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Dan Ketua Kerajaan Negerinya pula adalah menjawat Jawatan Menteri Besar bagi sembilan negeri beraja dan Ketua Menteri bagi empat lagi negeri yang tidak beraja. Kesimpulannya, walaupun Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara, namun pada hakikatnya kuasa baginda adalah terhad oleh Perlembagaan dan tetap mempunyai kuasa tertentu yang berkait rapat den-
31 Ogos 1957 sehingga sekarang
Daulat Tuanku Apa kata mereka...
M
arilah kita terus berbangga menjadi rakyat Malaysia dan marilah samasama kita mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan ini. Dengan kaedah itu saja kita sebagai generasi baru dan genarasi merdeka untuk bersama-sama pemimpin memahami dan mengerti semangat patriotik. - Pembantu Tadbir, Pejabat Dewan Undangan Negeri, Noorhidayah Mohad Zahid.
H
arap semua lapisan masyarakat dapat menyemarakkan lagi sambutan dan pertingkatkan rasa cinta terhadap negara. Melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat pembangunan serta keamanan yang dikecapi kini hasil usaha pemimpin negara terdahulu dan kini. - Penolong Pegawai Penyelidik, Fatin Fakriah Mohammad.
S
emaikan rasa bangga dihati kerana dilahirkan di bumi yang bertuah ini dan pupuklah semangat cintakan negara yang makmur dan sejahtera. Selamat menyambut hari Kebangsaan ke- 55. - Kakitangan Yayasan Terengganu, Encik Mazlan Awang Sulaiman.
BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012) teganukita
s5
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA gan sistem pentadbiran demokrasi yang diputuskan oleh Parlimen. Yang di-Pertuan Agong sesungguhnya ibarat kekuatan rakya dan dalam masa yang sama adalah pelindung rakyat dan penegak keadilan dan juga lambing patriotism dan ketaatan rakyat terhadap Negara dan bangsa. Justeru, Sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia masih kekal begitu unggul dan istimewa. PERLANTIKAN edudukan yang di-Pertuan Agong adalah luar biasa dibandingkan dengan rajaraja lain diseluruh dunia yang kebanyakkannya berdasarkan warisan keturunan. Yang dipertuan Agong di Malaysia tidak dipilih berdasarkan warisan keturunan tetapi baginda mestilah dari salah seorang daripada Raja-raja Negeri Melayu. Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta menerusi system monarki bergilir di kalangan Sembilan Raja-Raja Negeri Melayu. Pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong disempurnakan oleh Majlis Rajaraja . Majlis Raja-Raja terdiri daripada Raja-raja Melayu atau wakil-wakil mereka dan Yang di-Pertua –Yang diPertua Negeri, tetapi dalam pemilihan atau pemberhentian Yang di-Pertuan Agong dalam satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja. Hanya RajaRaja atau wakil-wakil mereka sahaja yang layak hadir dan mengundi berdasarkan kemuafakatan dan persefahaman terhadap pengantinya apabila salah seorang daripada Raja-raja sudah memenuhi tempoh 5 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong, atau apabila berlaku sama ada kemangkatan, turun takhta atau sesuatu di luar jangkaan. Raja Negeri yang dilantik menduduki
takhta Yang di-Pertuan Agong adalah memikul sepenuhnya tugas dan tanggungjawab selama lima tahun sebagai Ketua Negara berlandaskan lunas Perlembagaan Persekutuan/Perlembagaan Malaysia. Malaysia bukanlah kerajaan beraja, tetapi Malaysia mempunyai Raja atau Yang di-
Pertuan Agong. Apa yang menarik dan unik ialah, Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan PeraturanPeraturan Majlis Raja-Raja.
K
“T
Pengisytiharan Merdeka pada 31 Ogos 1957, Malaysia satu-satunya negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja berpelembagaan.
anah milik sendiri, rezeki bebas dicari, hargai keamanan diberi, pertahankan kemerdekaan pertiwi. Salam Kemerdekaan daripada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu,’’ - Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Terengganu, Azhar Abd Hamid.
“S
emoga Hari Kemerdekaan ke-55 memberi pengertian yang bermakna dan bernilai tinggi kepada seluruh penduduk di Malaysia. Lihatlah apa yang berlaku kepada negara-negara yang masih belum lagi mengecapi erti kemerdekaan.” - Hajah Mahyam Mohd Isa, Pengarah Pembangunan Sumber dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin.
S
ebagai rakyat warganegara Malaysia, jangan menimbulkan kekacauan di bumi bertuah ini, peliharalah keharmonian pelbagai kaum yang wujud sekian lama. Selamat menyambut hari Kemerdekaan Negara ke- 55. - Kakitangan Yayasan Terengganu, Puan Zaimah Jusoh.
s6
teganukita BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012)
S
ebagai golongan terpelajar nikmat kemerdekaan seharusnya disyukuri termasuk membalas segala jasa pemimpin yang mempertahankan keamanan dan mengekalkan perpaduan dengan memanfaatkan peluang yang disediakan seperti belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita serta masa depan. Katanya, hasil kemerdekaan yang dikecapi membolehkan segala percaturan bagi merealisasikan hasrat pada masa depan dapat dilaksanakan tanpa ada sekatan dan masalah sebagaimana negara lain yang masih dijajah. “Kita harus bersyukur dan menyemat dalam jiwa sanubari bahawa keamanan dan perpaduan yang sedang dilalui kini sewajarnya dipertahankan sampai bila-bila,” katanya. - Penuntut Universiti Volgograde, UK, Nuraini Fariha Mazlan, 18, dari Dungun.
NUR DIYANA
N
ur Mastura Mahmood, 19, penuntut Ijazah Genetics & Molecular Biologi Universiti Malaya, mengajak rakan-rakan remaja, rebut peluang untuk melengkapkan diri menjadi warga yang berjasa terhadap negara dan cintailah tanah air tempat tumpahnya darah kita. Selamat menyambut hari Kemerdakaan ke-55. Nur Diyana Mahmood, 23, penuntut Master Of Pharmacology dan Toxicology Universiti Putra Malaysia, berkata nyalakan obor kesetiaan kepada Negara tercinta, bulatkan tekad untuk kekalkan keharmonian sejagat dan marilah bersama-sama pertahankan keamanan yang dikecapi hari ini. Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-55. Penuntut Imperial College, UK, London, Hee Jee Yen, 20, dari Batu Buruk, Kuala Terengganu, berpendapat sejarah negara mencapai kemerdekaan perlu dihayati dan difahami dengan sedalam-dalamnya supaya semua rakyat lebih bertanggungjawab dan mengagungkan nikmat kemerdekaan yang dikecapi kini. “Malaysia mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu dan sejak itu kita bebas dari penjajah berbanding negara lain yang masih ditawan musuh sehingga rakyat negara terbabit sukar menikmati kehidupan dengan normal, sama ada untuk belajar mahu pun bekerja demi menyara keluarga. “Kita perlu bersatu padu, kekalkan kebebasan ini dan mencapai gagasan yang digariskan kerajaan demi kemajuan dan pembangunan negara,” katanya. Imran Mohd Rasid, 20, pelajar di University of Manchester dalam bidang Politics, Philosophy & Economics, berbangga kerana menjadi warga negara Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian budaya, adat dan kaum. “Itu semua dinikmati hasil keamanan dan kemerdekaan yang dicapai sejak 55 tahun lalu. Sebagai rakyat dan pelajar kita sewajarnya mempunyai jati diri yang teguh, mempertah-
TENGKU ZAINAL ABIDIN
SHARIFAH SUFIAH
ENGKU AMIRUL ASYRAF
HEE JEE YEN
‘‘ Kami anak merdeka ’’
Golongan muda termasuk pelajar dan kanak-kanak sekolah hari ini lebih memahami erti kemerdekaan. Mereka adalah pewaris bangsa dan negara.
ankan kemerdekaan itu, lantas samasama menyokong komitmen kerajaan dan pemimpin dalam meneruskan kesinambungan perjuangan para pejuang lampau dalam mencetus keamanan ini. “Kerana kemerdekaan juga, saya berpeluang menikmati kemudahan dan bantuan pelajaran tanpa ada sekatan daripada Yayasan Terengganu bagi menyambung pengajian di UK selama tiga tahun, sekali gus mengaplikasikan ilmu untuk membantu masyarakat kelak ,” katanya. Manakala Tengku Zainal Abidin Tengku Mamat, 23, pelajar Sarjana Lanjutan Animasi dari Universiti Of West Of England, Bristol, juga berbangga lahir di negara yang aman dan rakyatnya bersatu-padu tanpa ada permu-
suhan sesama kaum sepertimana persengketaan yang tercetus di negara jiran yang lain. “Golongan muda harus menghayati sejarah kemerdekaan negara dan apabila tiba sambutan kemerdekaan kita perlu menzahirkan rasa kecintaan terhadap tanah air dengan mengibarkan Jalur Gemilang bersama-sama sama ada di kediaman, mahupun kenderaan kita. “Demi negara dan kepimpinan yang dihormati lagi disanjungi, saya berazam untuk membalas jasa dan hasil titik peluang pemimpin terdahulu yang membawa keamanan ini dengan menghasilkan karya animasi sebagai kesinambungan mengekalkan kemerdekaan ini sampai bila-bila,” katanya. Murid Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Engku Amirul Asyraf
Engku Abd Rahman, 12, merdeka pada pandangannya adalah kebebasan melakukan apa sahaja termasuk bermain dan bersekolah. “Kalau tempat kita, kita boleh bermain dan pergi sekolah seperti biasa, tiada kejadian tembak-menembak seperti tempat orang. “Saya juga pasang Jalur Gemilang pada basikal,” katanya. Sharifah Sufiah Syed Mohd Saufi, 9, berkata dia seronok melihat acara perbarisan yang diadakan sempena Kemerdekaan sama ada secara langsung mahu pun menerusi kaca televisyen. “Seronok dan apabila besar nanti saya juga mahu menyertai perbarisan seperti mereka. Barulah semangat dan rasa bangga jadi rakyat Malaysia,” katanya.
BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012) teganukita
s7
‘‘Terima kasih pejuang negara’’
T
engku Seri Indera Raja (Mantan Ketua Istiadat ), berkata penjuang-penjuang yang menuntut kemerdekaan, terutama nenek moyang kita yang telah berkorban jiwa dan raga demi mencapai kemerdekaan, sama-sama kita pohon doa kepada Allah S.W.T, semoga roh mereka ditempatkan bersama para syuhada di akhirat nanti. Marilah kita jadikan semangat juang mereka sebagai dokongan untuk terus mempertahankan kemerdekaan negara. Janganlah kita leka dari ancaman alaf baru. Oleh itu kesedaran kita akan menjanjikan kelestarian perjuangan demi memajukan agama, bangsa dan negara. Syed Mohd Noor (pesara kerajaan), berpesan mengatakan kemerdekaan ini kita sewajarnya memperkukuhkan perpaduan antara kaum di mana jua kita berada. Keharmonian masyarakat akan menjadi senjata utama kepada keutuhan perpaduan berteraskan prinsip rukun negara. Kita eratkan silaturahim antara sebangsa seagama dan bergading bahu menyelesaikan masalah bersama, bak kata pepatah `Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Kata Kerana Muafakat. Ashok @ Ramesh Jiwatram (Ahli perniagaan), menegaskan kemerdekaan perlu disambut dan juga diingati sebagai hari paling bermakna dan bersejarah apatah lagi bagi masyarakat terutama pemimpin yang mengharungi hidup pada ketika itu. Semangat kemerdekaan perlu disemat sejak awal usia lagi supaya dapat menghargai negara yang sudah merdeka ini. M.Mohamed Samsudin (Ahli Perniagaan), berpendapat perjuangan yang pernah dilakukan sebelum pemimpin terdahulu cukup bermakna, dan ia perlu dijadikan pengajaran jika mahu melihat Malaysia, khususnya Terengganu terus aman, makmur dan sejahtera. Merdeka bukan hanya perlu disambut dengan acara gilang-gemilang sahaja
ABDUL WAHAB
ABDULLAH HASAN
Pejuang-pejuang Kemerdekaan yang diketuai Tunku Abdul Rahman terus berjuang selepas Merdeka bagi mengusir komunis di Tanah Melayu.
TENGKU SERI INDERA RAJA
SYED MOHD NOOR
tetapi perlu dihayati erti sebenar dan ditranformasikan dalam kehidupan seharian. Md. Salleh Sarbini (Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu), berkata sebagaimana yang kita sedia maklum, kemerdekaan adalah suatu kebebasan dari semua aspek. Sesungguhnya, jika tiada kemerdekaan, Malaysia mungkin tidak akan menjadi maju seperti hari ini. Walaupun tidak sehebat negara lain, marilah kita semua melakukan yang terbaik untuk negara ini agar Malaysia dapat bersaing sama hebat dengan negara-negara lain. Setelah Malaysia menempuh pelbagai rintangan untuk mengecapi erti kemerdekaan, saya berharap kita semua atas nama rakyat 1Malaysia akan bersatu dan mendukung hasrat yang dibawa oleh pemimpin kita. Tanpa mereka kita tidak mungkin dapat hidup harmoni, tolenrasi dan sebagainya. Saya mengharapkan keadilan dan cogan kata RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN akan terus dilaksanakan dan semoga rakyat Malaysia akan terus saling hormat menghormati dan bersatu padu sebagai sebuah bangsa yang bebas dan merdeka!
ABDULLAH MAMAT
MD. SALLEH SARBINI
HAJI MOHD NASIR
Haji Mohd Nasir Haji Ismail (Pengarah Jabatan Arkib Negara Cawangan Terengganu), pula mengajak semua rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan mengeratkan perpaduan tanpa mengira fahaman demi menjamin keamanan dan kemakmuran negara tercinta. Hargailah serta hayati segala jasa dan sumbangan pemimpin dan pejuang tanahair terdahulu yang bersusah payah membebaskan Malaysia dari belenggu penjajah. Janganlah jadikan negara ini sebagai medan percaturan nasib yang boleh menganggu gugat masa depan generasi yang akan kita tinggalkan. Kibarkanlah Jalur Gemilang sebagai tanda ketaatan dan kesetiaan kepada tanahair kita. Mokhtar A. Rahman (Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur), bersyukur kepada Allah S.W.T kerana merahmati kita semua walaupun di mana saja berada di tanah air kita ini. Nikmatlah anugerah daripadaNya di samping kekalkan semangat perpaduan dan eratkan tali persaudaraan sesama kita. Kibarkan Jalur Gemilang dan “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke -55”. Pengayuh beca, Encik Abdullah Mamat, 56, dari Kampung Tanjung Paya, Kuala Terengganu, mengajak gen-
MOKHTAR A.RAHMAN
PUAN NATIFAH
erasi baru untuk mempelajari sejarah kemerdekaan tanah air dan dapat menghayati erti keamanan sebenar. Sementara itu Encik Abdullah Hasan, 73, dari Kampung Gong Pak Maseh, Kuala Terengganu melahirkan rasa syukur kerana masih berkesempatan untuk menyambut perayaan Hari Kemerdekaan kali ke-55 dan berharap tidak ada orang yang sanggup menghancurkan negara sendiri. Perkara sama dikongsi Encik Abdul Wahab Abd Rahman, 66, dari Kampung Sungai Derhaka, Kuala Terengganu melahirkan harapan generasi muda tidak mudah terpengaruh dengan anasir yang cuba membuat huru-hara di negara ini. Encik Mahmood Ibrahim, 57, Kampung Gong Pok Jin, Mengabang Telipot, Parlimen Kuala Nerus berkata, jangan sia-siakan peluang yang ada, kekalkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini. Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke 55. Harapan kepada semua rakyat Malaysia, sayangilah negara yang diselubungi kemakmuran ini dan kekalkan keamanan yang dinikmati sekarang sampai bila-bila, kata Puan Natifah Mat Ali, 48, Kampung Jaya Batu 2, Air Putih, Kemaman.
MAHMOOD IBRAHIM
s8
RENC
teganukita BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012)
Lagu Negaraku P
eranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik. NEGARAKU (LIRIK) NEGARAKU TANAH TUMPAHNYA DARAHKU RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
Masyarakat diminta fah
S
Oleh: Suriati Ali
aliasuriati@yahoo.com
emua lapisan masyarakat, terutama generasi muda diminta memahami dan menghayati erti kemerdekaan sebenar yang sememangnya penuh makna tersirat. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata merdeka cukup bermakna dan mahal harganya bagi mereka yang memahami, ibaratkan ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. “Harta yang cukup berharga adalah merdeka, tanpanya kita tidak mampu mengecapi keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara. “Oleh itu, marilah kita bersama-sama merencanakan hasrat Malaysia untuk melahirkan rakyat berdaulat di mana sanggup berjuang demi memartabatkan maruah bangsa dan tanah air kita selamanya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-55 2012, peringkat negeri Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah: Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sum-
ber Manusia negeri, Dato Rahman dan Panglima Infantri, Briged Jeneral Dat Tetamu kehormat lain Dato’ Jamshah Mustapa Mesyuarat Kerajaan Nege pemimpin setempat. Sebanyak 120 pasuka peserta daripada pelbaga nyertai perbarisan sempen saan yang bertemakan `Ja Pasukan itu berarak s dengan melalui Jalan Sulta Jalan Pantai Batu Burok da Burok, Kuala Terengganu Dato’ Seri Haji Ahmad m eri berpuashati dengan sa kup meriah dan pasukan p bil bahagian bersemanga dan slogan masing-masin Pasukan yang mengam tandingan Perbarisan sem bangsaan Ke-55 2012 p ganu bersemangat memp masing-masing.
CANA
BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012) teganukita
ham erti kemerdekaan
o’ Haji Ahmad Razif Abd Markas Briged Kelapan to’ Mohamad Zaki Hamzah. Ketua Polis Negeri SAC a dan beberapa Ahli-ahli eri; wakil-wakil rakyat dan
n melibatkan lebih 5,000 ai jabatan dan sekolah mena sambutan hari kebanganji Ditepati’. sepanjang tiga kilometer an Ismail, Bulatan Ladang, an berakhir di dataran Batu u. memberitahu kerajaan negambutan pada kali ini, cuperbarisan yang mengamat melaungkan merdeka ng. mbil bahagian dalam permpena Sambutan Hari Keperingkat negeri Terengpersembahkan perarakan
Jalur Gemilang J
Setiap pasukan tidak lekang melaungkan Merdeka, Merdeka, Merdeka dan slogan `Janji Ditepati’ bukan saja untuk menarik perhatian juri pertandingan malah melahirkan semangat patriotik. Usaha itu berbaloi apabila pasukan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diumumkan sebagai juara keseluruhan bagi pertandingan itu dan layak membawa pulang wang tunai RM5,000 dan piala. Juara bagi kategori-kategori lain, pancaragam sekolah-sekolah menengah dimenangi pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin; pasukan sekolah-sekolah menengah tidak beruniform (Sekolah Menengah Agama Khairiah); jabatan kerajaan tidak beruniform (Jabatan Kemajuan Masyarakat). Pasukan yang diumumkan juara adalah pasukan badan berkanun tidak beruniform dimenangi MBKT; pasukan jabatan kerajaan dan badan berkanun beruniform (Jabatan Pertahanan Awam) dan pasukan beruniform sekolah adalah Sekolah Menengah Ibrahim Fikri. Setiap kategori yang juara layak memenangi wang tunai RM4,000, naib juara (RM3,000) dan tempat ketiga pula RM2,000.
s9
alur Gemilang yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum Negara Merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult. Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang. Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan diperkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950. Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar dengan warna kuning bagi mewakili warna Diraja. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Rajaraja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan mengenai bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 26 Mei tahun yang sama, Bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh Tanah melayu. Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada Kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama Jalur Gemilang dicipta oleh pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Ankuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan.
s10
teganukita BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012)
“Rakyat bersyukur kerana kerajaan cakna, mengambil berat selain meringankan beban mereka. Demikian perubahan ketara yang dilaksanakan kerajaan pimpinan BN dan Umno di peringkat negeri serta Pusat. Dulu tidak ada BR1M, tidak ada KR1M, tidak ada bantuan baiki rumah, tidak ada Rumah Mesra Rakyat, rumah orangorang tua. Sekarang bertambah banyak dari pelbagai sudut, kategori mahu pun golongan mendapat bantuan. Tiada golongan yang terpinggir. Hatta, kanak-kanak, budak sekolah, remaja, penganggur, isi rumah, ketua isi rumah, orangorang tua, mahu pun orang sakit dan mereka yang ditimpa musibah seperti kemalangan, kebakaran dan banjir.’’ - Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar (Giant Killer).
Perbezaan dahulu dan sekarang...Deretan bangunan kedai di Pekan Marang yang dahulunya dibina dengan rumah papan kini bertukar bangunan batu yang lebih dan tersusun rapi.
BN optimis rampas Marang Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com
B
arisan Nasional (BN) optimis untuk merampas kembali kerusi Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang serta Bukit Payong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Keyakinan itu dilontarkan `Giant Killer’ yang juga bekas Ahli Parlimen Marang, Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar berdasarkan lima indikator utama iaitu pertama, BN kian diterima rakyat selepas pelbagai transformasi kepimpinan di bawah Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengutamakan kebajikan menyebabkan rakyat merasa tidak terpinggir. Pada masa yang
sama, peranan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang mengetuai kepimpinan BN dan Umno peringkat negeri pula sentiasa turun padang dan bersama rakyat tanpa mengira waktu dan tempat. “Asas dan pendekatan itu turut meruntun jiwa rakyat tanpa mengira latar belakang, malah mereka di atas pagar juga mula menyebelahi kepimpinan beliau, sekali gus akan bersama-sama menyokong kerajaan. “Indikator kedua yang menyokong kenyataan saya adalah mengenai masalah dalaman di Terengganu yang amat kurang sejak kebelakangan ini. Jika dulu orang mengatakan di Terengganu wujud dua puak yang berpecah dalam Umno, bagaimanapun sekarang tiada lagi apabila mereka saling bercampur dan boleh berada di bawah satu bumbung, satu payung. Sekarang permusuhan itu sudah menemui jalan perdamaian demi melihat Umno terus perkasa serta dihormati semua pihak,” katanya ketika ditemui Teganukita, di pejabat beliau,di Gelugor Kedai, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Faktor ketiga, rakyat turut mengenang budi kerajaan yang tidak jemu-jemu melaksanakan pembangunan di setiap pelusuk tempat yang boleh dinikmati pelbagai golongan selaras dengan slogan Kemerdekaan Negara ke-55, `Janji Ditepati’. “Pelbagai pembangunan berlaku di Marang. Contohnya kemudahan infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, balai raya, masjid, surau baru, bangunan baru termasuk kem askar dan juga
h indah
BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012) teganukita Institut Latihan Perindustrian. Daripada segi fizikal, pembangunannya memang `tip-top’ di Parlimen Marang yang turut menaikkan lagi industri desa dan menjana ekonomi penduduk kampung,” katanya. Faktor keempat, dari segi bantuan dan kebajikan BN kepada rakyat juga diagihkan tanpa mengira waktu malah, terdapat dana yang diberikan kepada rakyat yang kurang berkemampuan tanpa dijangka. “Seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, dana hari raya, dana bakti remaja. Malah, bantuan kepada budak sekolah dan kemudahan untuk rakyat seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia (KR1M), tuisyen percuma, e-book dan macam-macam. “Jadi bantuan itu melekat di hati rakyat. Dalam kerendahan jiwa, rakyat bersyukur walaupun ada di kalangan mereka tidak meluahkannya dan memendam sahaja, hakikatnya mereka berterima kasih dengan jasa kerajaan. “Rakyat bersyukur kerana kerajaan cakna, mengambil berat selain meringankan beban mereka. Demikian perubahan ketara yang dilaksanakan kerajaan pimpinan BN dan Umno di peringkat negeri serta Pusat. Dulu tidak ada BR1M, tidak ada KR1M, tidak ada bantuan baiki rumah, tidak ada Rumah Mesra Rakyat, rumah orang-orang tua. Sekarang bertambah banyak dari pelbagai sudut, kategori mahu pun golongan mendapat bantuan. Tiada golongan yang terpinggir. Hatta, kanak-kanak, budak sekolah, remaja, penganggur, isi rumah, ketua isi rumah, orang-orang tua, mahu pun orang sakit dan mereka yang ditimpa musibah seperti kemalangan, kebakaran dan banjir,” katanya. Beliau berkata, satu perubahan besar dilakukan oleh BN di peringkat negeri serta Pusat sudah pun meresap di jiwa rakyat di mana kesemua mereka tanpa batasan umur, terutama golongan muda, orang atas pagar mahu pun pembangkang menerima dan memanfaatkan kesemua bantuan itu. Faktor kelima adalah isu yang meruncing di kalangan pembangkang di mana mereka kelihatan setangkai tetapi tidak sebau. Sebagaimana umum mengetahui, Pas hendak menubuhkan negara Islam, DAP tidak bersetuju dan tidak menyokong usaha tersebut. “Pas kata nak berhudud tapi DAP kata jangan. Seolah-olah Pas tunduk kepada DAP. Jadi, orang tidak yakin dengan Pas sekarang, disebabkan Pas tunduk kepada DAP. “Dulu negara Islam. Sekarang negara kebajikan. Dulu nak berhudud, sekarang tidak ada hudud sebab tunduk kepada DAP, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan sebagainya. Di situ timbul konflik dan masalah di kalangan puak pakatan pembangkang ini,” katanya. Tambah beliau lagi, isu kedua yang sedang meruncing adalah PKR dengan Pas pun hakikatnya `tidak sebulu’. Contoh, PKR begitu liberal mengenai dasar agama. PKR liberal dan juga pluralisme yang mana prinsip itu bercanggah den-
gan pegangan Pas. Malah, PKR juga menyokong dan menyertai pemimpin yang melaungkan `LGBT’ (Lesbian, Gay, Bisex, Transgender). Pada masa yang sama, Pas terpaksa tunduk demi menjaga hati, hubungan dan juga perasaan `adiknya’ itu. Bagaimanapun, mereka yang tunduk terhadap desakan adalah di kalangan pemimpin atasan sahaja termasuk Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presidennya, Mahfuz Omar. Dari situ menyerlahkan lagi realiti tindakan puak pemimpin Pas yang kian menghancurkan dasar perjuangan mereka sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan menjual maruah serta kesucian agama. “Oleh yang demikian, orang muda serta orang atas pagar sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan Pas disebabkan mereka menjadi pak sanggup dalam pakatan rakyat ini. “Tindakan Pas itu membuktikan bahawa parti itu tidak lagi dominan dan bukan tunjang kepada pakatan pembangkang ini. Pas kata nak ganti Umno. Umno tulang belakang kepada BN. Itu tidak sama kerana Pas bukan tulang belakang kepada PKR. Pas hanya pengikut. Jadi, orang mula meluat, timbul kebencian dan tiada keyakinan lagi dengan barisan kepimpinan Pas,” katanya. Menurut Dato’ Abdul Rahman, dalam pilihan raya nanti pun kerusi yang akan dipertandingkan oleh Pas lebih kecil, berbanding DAP dan juga PKR. “Pas akan bertanding pun lebihlebih 65 kerusi sahaja daripada 222 kerusi Parlimen. Jadi, orang tak yakin sedangkan lebihan itu dibahagikan antara DAP dengan PKR. Bagi orang-orang muda pula, katanya, mereka tidak yakin dengan perjuangan Pas kerana mereka daripada golongan terpelajar dan pastinya tidak akan menggadai maruah. “Mereka tidak akan menjual maruah, dasar Islam, ketuanan Melayu kepada pembangkang. Ini semua terjadi disebabkan oleh lemahnya Pas, akibat
s11
Perbezaan dahulu dan sekarang yang ketara di pinggir Sungai Marang.
kuatnya pengaruh DAP dan PKR,” katanya. Isu ketiga adalah pemimpin PKR jadi Perdana Menteri jika pembangkang menang dan ternyata pemimpin bukan di kalangan orang Pas kerana `kuasa’ PKR mahu meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, seandainya mereka berjaya menawan PRU13. Bagaimana kriteria bakal PM yang berdepan dan dilabelkan dengan pelbagai moral negatif mengenai skandal
seks, rasuah dan sebagainya itu harus
diterima. “Jadi, bersandarkan moral yang teruk bagaimana hendak menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi Perdana Menteri sekali gus menyatakan hasrat untuk menawan Putrajaya. Itu momokan saja. Bukan realiti kerana semua sedar dan maklum kemampuan dia dari segi pembahagian kerusi dan masa akan datang. Jadi, kenyataan itu sekadar angan-angan mereka,” katanya.
Bandar Marang pesat membangun hasil jasa Barisan Nasional bagi memastikan rakyat daerah itu tidak ketinggalan dan dapat menjana ekonomi walaupun pembangkang masih memerintah kawasan itu.
s12
teganukita BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012)
Kuala Berang maju membangun
Kini bandar itu bukan lagi ‘pekan koboi’ tetapi ia menjadi sebuah bandar lengkap dengan pelbagai kemudahan institusi perbankan, perniagaan dan pusat perkhidmatan.
‘‘Penduduk kawasan Hulu Terengganu perlu bersyukur dengan nikmat pembangunan yang melimpah ruah di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN).’’ - YB Mohd Nor Othman, Ahli Parlimen Hulu Terengganu.
K
Oleh: Kamarudin Mat Akib Gambar oleh: Zulkipli Putra dan Mastura Jamaludin am_ukom@gmail.com
“B
andar Kuala Berang, sudah maju sekarang,” begitu bunyi lagu Joget Terengganu yang merupakan salah satu lagu tradisional yang merdu didengar dan amat terkenal di negeri ini. Kemajuan yang dicapai bandar Kuala Berang – sebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Terengganu itu berpunca daripada hasil kemerdekaan negara yang kini sudah melebihi setengah abad (55 tahun). Kini bandar itu bukan lagi ‘pekan koboi’ yang menjadi tempat penduduk daerah tersebut membeli pelbagai hasil pertanian dan ternakan pada hujung minggu, tetapi ia menjadi sebuah bandar lengkap dengan pelbagai kemudahan institusi perbankan, perniagaan dan pusat perkhidmatan. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, bandar itu bakal menjadi pusat tumpuan pelancong yang akan berkunjung ke Tasik Kenyir – destinasi pelancongan utama bukan saja di Terengganu, malah di negara ini. Tasik Kenyir kini sedang giat dibangunkan sebagai kawasan bebas cukai, lengkap dengan prasarana dan premis
ita semua perlu mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki sekarang ini dengan nilai-nilai luhur dan murni agar tidak sampai nanti “ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan’. “Pada masa yang sama setiap warganegara kita perlu mengekalkan jati diri supaya kita menjadi insan yang disanjung, bak kata pepatah ‘ mati gajah meninggalkan tulang, mati harimau meninggalkan belang, mati manusia meninggalkan nama’ supaya negara kita merdeka sampai bilabila,”. - Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Haji Shamsuddin Sulong.
Pulau Bebas Cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir, akan menjadi mercu tanda baru bagi daerah Hulu Terengganu.
perniagaan yang sepatutnya sebagai kawasan pelancongan utama negara. Pembinaan premis kediaman dan perniagaan juga sedang giat dilaksanakan kerajaan negeri di Bandar Kuala Berang dan Ajil, sejajar dengan keperluan semasa. Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Mohd Nor Othman, berkata penduduk kawasan Hulu Terengganu perlu bersyukur dengan nikmat pembangunan yang melimpah ruah di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN). “Bagaimanapun, pada pandangan
“S
elamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Yang Ke 55. Marilah kita
meraikan hari Merdeka dengan memperingati jasa pejuang kemerdekaan yang telah memberi kita sebuah negara berdaulat seperti hari ini.Semoga Keamanan dan Kemakmuran Yang Dikecapi Terus Berkekalan Selamanya,’’ - Penolong Pengarah (T), Biro Pengaduan Awam Negeri Terengganu/Kelantan, Nasuha Ismail @ Sulong.
“D
saya penghayatan kemerdekaan di kalangan masyarakat kita hari ini secara umumnya, khususnya bagi generasi baru, agak longgar. “Justeru, saya mengharapkan sistem pendidikan negara lebih terarah kepada usaha-usaha untuk mengekalkan rasa kecintaan kepada negara dan semangat patriotisme yang tinggi,” katanya dalam satu temubual dengan Teganukita, baru-baru ini. Beliau berkata, pemikiran penduduk tempatan perlu diisi dengan rasa syukur dengan kejayaan yang kita semua
i kampung saya, tanpa mengira usia, terutama golongan muda saling berganding-bahu menjayakan program peringkat kampung khususnya Kempen Kibar Jalur Gemilang, Kampung Merdeka dan Anugerah Desa Sejahtera 2012. Ia berlangsung dalam suasana muhibah dan aman, membuktikan perpaduan dan keamanan yang dikecapi sejak dulu hasil percaturan pejuang kemerdekaan membebaskan negara dari penjajah memberi manfaat kepada semua. Keamanan juga membolehkan kerajaan dan pemimpin melaksanakan pelbagai agenda pembangunan tanpa sempadan,” katanya. - Pengerusi JKKK Bukit Wan, Haji Che Harun Ismai.
BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012) teganukita
s13
Nikmat pembangunan yang kini dikecapi rakyat hasil perubahan dan pembangunan yang dilakukan Barisan Nasional membuatkan Bandar Kuala Berang tidak lagi ketinggalan serta tidak lagi digelar `Pekan Koboi’.
kecapi agar rakyat lebih hormat kepada pemimpin semasa dan pemimpin silam yang telah mencurahkan keringat mereka untuk kemerdekaan dan kemajuan negara. “Kita mahu berlakunya kelangsungan kemerdekaan di kalangan rakyat kita di mana mereka hidup bersatu padu dan cintakan negara serta menghormati kerajaan semasa,” ujar beliau. YB Mohd Nor melahirkan rasa dukacita dengan sikap segelintir rakyat, khususnya di kalangan generasi baru yang mencemari sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dengan budaya asing yang bertentangan dengan nilainilai murni. “Anasir-anasir tidak baik perlu dihakis daripada pemikiran generasi baru agar bangsa Melayu dan masyarakat negara ini terus dipandang mulia,” ujar beliau. Seterusnya YB Haji Mohd Nor amat mengharapkan masyarakat generasi muda mengambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara luar yang bergolak akibat perebutan kuasa dan
S
Pulau Burung di Tasik Kenyir.
Pasar baru Bandar Kuala Berang.
perbalahan sesama sendiri, agar masalah yang sama tidak berlaku di negara ini. “Kita semua perlu pertahankan keharmonian negara dan kehidupan yang aman damai di kalangan masyarakat berbilang bangsa, agar negara kita dan negeri kita Terengganu Darul Iman terus makmur di bawah pimpinan Kerajaan BN,” katanya.
emua masyarakat perlu memupuk sikap sayangilah negara kita dan pertahankan keamanan yang sedang dikecapi hari ini. Tidak ada yang lebih berharga dan bernilai daripada sebuah kemerdekaan sejagat yang sedang dinikmati oleh rakyat di negara ini – Selamat menyambut hari Kemerdekaan Negara ke-55 kepada semua rakyat Malaysia. - Puan Annie Gan dari Jalan Kampung China Kuala Terengganu.
“S
Satu lagi daya tarikan baru di Tasik Kenyir iaitu Pulau Orkid.
ambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55 menggambarkan kematangan rakyat negara Malaysia. Sempena kemerdekaan ini, setiap penjawat awam perlu meningkatkan inovatif dan integriti selaras dengan plan transformasi kerajaan” – Pengarah IKBN Wakaf Tapai, Mohd Baki Yakob.
H
argai apa yang kita ada, sayangi negeri dan negara, pupuk perpaduan pelbagai bangsa yang hidup harmoni dan elak daripada perkara yang boleh mengugat keamanan. Hargai pengorbanan orang-orang terdahulu ketika menuntut kemerdekaan dan peliharalah keamaman yang dikecapi hari ini agar berterusan dari generasi ke generasi. - Encik Toh Say Eng dari Padang Midin Kuala Terengganu.
s14
teganukita BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012)
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesama Andai kerakusan menguasai kita Ke manakah tumpah harapan mereka Kerana, Di bahu kitalah terpikul segunung amanah Di jemala kita terjunjung selaut ikrar Melunas sumpah, menunai janji Ayuhlah, Rakan dan taulan, sahabat dan saingan Lupakan beza lebuhkan menerima Bertatihlah bersamaku Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia
DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, - Perdana Menteri Malaysia.
S
uara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara. Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis RajaRaja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan. Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Sejarah kemerdekaan (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan Umno pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu. Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuat-
Pada 11 Mei 1946, seluruh pertubuhan orang Melayu bersatu di bawah organisasi politik Umno yang diketuai Dato’ Onn Jaafar bagi mengekang kuasa penjajah.
kuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan. Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Umno dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul
Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya. Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh alHadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol, begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahuntahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College. Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.
BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012) teganukita
s15
Sejarah Kemerdekaan Malaysia pada Ogos 1957 manakala (gambar bawah) sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 pada 31 Ogos 2012.
Pemimpin `munafik` takut Janji Ditepati
B
uat pertama kalinya dalam sejarah tanahair, tahun ini rakyat menyaksikan dua tema berlainan digunakan serentak sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-55. Tema pertama, Janji Ditepati diilhamkan oleh kerajaan yang bertanggungjawab memerdekakan tanahair dan menggalas amanah pemerintahan dengan reputasi cemerlang membina mercu tanda negara yang bebas merdeka dan berjaya sejak tahun 1957. Manakala satu lagi tema, Sebangsa, Senegara, Sejiwa, datangnya dari idea terdesak pemimpin pembangkang yang reputasinya amat cemerlang menabur janji-janji palsu seakan mahu menjangkau langit nan tinggi. Memandangkan konsep tema Janji Ditepati amat dicemburui oleh pembangkang, tentu sahaja kita boleh menekanya barangkali mereka lebih selesa menggunakan tema bertentangan, Janji Ditaburi ataupun Janji Dimungkiri. Secara umumnya ramai kalangan pemimpin dan penyokong pembangkang membantah penggunaan tema Janji Ditepati atas alasan ianya berbau politik dan terlampau dekat dengan agenda kempen Barisan Nasional (BN). Dalam pada mereka membantah penggunaan tema 55 Tahun
Merdeka Janji Ditepati atas alasan ia berkaitan kempen politik parti pemerintah, tanpa disedari mereka juga menggunakan platform politik untuk mempolemikkan isu tema tersebut. Entah sejak bila pembangkang terutamanya PAS begitu sensitif bilamana sesuatu perkara dikaitkan dengan politik. Peliknya, bila PAS aktif mempolitikkan khutbah Jumaat di Selangor dengan menyebarkan propaganda slogan ‘berkebajikan’ partinya saban minggu tidak pula mereka mahu marah atau kecoh. Malah apabila Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat mengatakan bahawa dari mula ayat al-Quran hingga tamat seluruh isi bacaan al-Quran adalah berbau politik, tiada seorangpun pemimpinnya yang tampil menyanggah kenyataan tersebut. Bila PAS mempolitikkan isu hukum hudud dan dijadikan manisfesto partinya pada PRU 1990 malah sehingga menghantar kader-kader politiknya ke Masjidil Haram untuk
mempromosikan Bersih 3.0, tidak pula PAS melarang langkah tersebut sebaliknya terus beralasan politik adalah sebahagian dari agama. Tapi apabila 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati secara rasmi diangkat sebagai tema sambutan kemerdekaan negara pandai pula mereka memprotesnya sehingga memandaimandai mahu campurtangan untuk mengubah tema tersebut dengan tema cadangan mereka. Adakah mencemari tempat suci umat Islam dengan agenda politik kepartian, hasutan dan pembohongan lebih mulia berbanding tema kemerdekaan negara Janji Ditepati. Perkara yang sepatutnya dibantah, mereka diam. Perkara yang baik dan patut disokong, mereka ‘bising’ sampai nak terkeluar anak tekak. Takut dengan tema Janji Ditepati, menampakkan dengan jelas yang ramai pemimpin pembangkang tergolong dalam kalangan munafik kerana hanya golongan itu sahaja yang takut untuk menepati janji. Pakatan Rakyat dilihat sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa ‘mencedok’ hasil kerja kerajaan BN untuk dijadikan sebagai ilham sendiri. Langkah itu sebagai permainan politik Pakatan Rakyat yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan
BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13. Lebih mengejutkan, Pakatan Rakyat mengumumkan negerinegeri yang ditadbirnya akan menggunakan tiga tema berlainan. Kerajaan Kedah memilih menggunakan tema “Terus Berbakti”, Kelantan menggunakan “Menerajui Perubahan” sementara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor menggunakan tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”. Tindakan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk mempunyai tiga tema berbeza bagi sambutan penting itu juga jelas membuktikan kedudukan sebenar mereka yang tidak mempunyai kesepakatan. “Ini bukti dalam kalangan mereka pun tidak ada kata sepakat. Saya rasa dari segi ini rakyat juga dapat melihat dan menghakimi sendiri,” kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Dr. Rais mengulas perkara itu.
- Penulis ialah Penyelidik di Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT)
s16
teganukita BIL: 65 (15 OGOS - 15 SEPTEMBER 2012)
Wajah bandar Kuala Terengganu kini berubah dan digelar `Bandaraya Warisan Pesisir Air’ selepas 55 tahun negara Merdeka.
Terengganu dulu dan sekarang Pasar Besar Kedai Payang kini menjadi tumpuan ramai selepas kerja pengubahsuaian dilakukan menjadi lebih moden. Bulatan Ladang kini dikenali sebagai Bulatan Batu Bersurat.
Bandar Kuala Terengganu lebih membangun sekarang.
Kampung Cina lebih cantik dan tersusun berbanding dahulu.
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com
Penerima biasiswa YT mahu balas jasa kerajaan “T
erima kasih kepada kerajaan negeri. Yayasan Terengganu (YT) memastikan impian saya terlaksana kerana dapat menyambung pengajian dan suatu masa nanti saya mahu menabur jasa bakti kepada masyarakat dan negeri dicintai pula,” kata penerima biasiswa YT, Imran Mohd Rasid (gambar atas), dari Teluk Kalong, Kemaman, baru-baru ini. Imran merupakan penerima biasiswa YT berjumlah RM388,290 bagi menyambung pengajian di bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di University Of Manchester, United Kingdom selama tiga tahun bermula pertengahan September ini. Pelajar berkenaan berkata demikian ketika ditemui Teganukita di Majlis Makan Malam Bersama Pelajar Terengganu Luar Negara serta Penyampaian Wang pendahuluan Kepada pelajar Sesi 2012/2013 di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, barubaru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah YT, Encik Zakaria Yusof; Timbalan Pengarah Pelajaran, Encik Hashim Mohd Zin dan Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, Encik Razali Mahmud. “Ayuh kita menyumbang sesuatu yang lebih bermanfaat kepada masyarakat dan bersama menjadi pemangkin budaya ilmu dalam proses pentamadunan,” katanya. Imran tutut berbanggga dengan peranan dan usaha yang dimainkan Kerajaan Terengganu dalam melahirkan modal insan yang berkualiti serta membentuk negeri dan negara yang cemerlang pada masa depan.
K
edukaan 750 pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sedikit terubat apabila dikunjungi pemimpin utama negeri, baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud meluangkan masa kira-kira dua jam melawat sambil beramah mesra dan menyampaikan sumbangan hamper kepada setiap pesakit berkenaan. Turut serta dalam lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr A Rahman Mokhtar dan Pengarah HSNZ, Dr hajah T Ramelah T Senik. Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Terengganu yang diketuai Puan Nordiana Shafie dilaksanakan bagi memberi keceriaan kepada pesakit dan keluarga masing-
25
Lawatan bawa sinar ceria masing, selain mendekatkan pemimpin dengan mereka yang kurang bernasib baik sejajar dengan Program Prihatin Puteri (3P). Puan Nordiana yang juga Pengerusi 3P merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama ahli jawatankuasa Puteri UMNO Terengganu turut serta pada majlis pengagihan sumbangan berkenaan. Seorang pesakit, Mohd Shahir Mohd Sufian, 20, dari Kampung Telaga Mengkudu, Kuala Terengganu, teruja dan gembira kerana pertama kali menerima kunjungan Menteri Besar. “Saya gembira dan desasdesus mengatakan Menteri Besar akan mengunjungi pesakit di sini rupa-rupanya betul. “Kunjungan ini sedikit mengubat duka,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu lagi.
AM
To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud melawat seorang kanak-kanak di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sambil ditemani ibunya.
Perantau tidak terpinggir, nikmati peluang sebagaimana anak Terengganu yang lain
A
nak Terengganu di perantauan berpeluang menikmati faedah yang sama sebagaimana rakyat Terengganu yang lain apabila kerajaan negeri bersedia menimbang permohonan mendapatkan pinjaman dan biasiswa pendidikan kepada anak-anak mereka. Peluang itu terbuka untuk anak kepada mana-mana anak Terengganu di perantauan yang mendaftar mengundi di Terengganu bermula sekarang. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri bersedia menimbang sebarang permohonan kepada mereka yang mendaftar sebagai pemilih di negeri ini supaya turut sama menikmati pelbagai kemudahan khususnya pinjaman dan juga biasiswa tajaan Kerajaan Terengganu. “Apabila sudah mendaftar (pemilih) mereka pastinya dipertimbangkan untuk menikmati biasiswa atau kemudahan lain sebagaimana yang diterima anak Terengganu yang berada di sini. “Usaha ini bukan sahaja mampu menggalakkan mereka mendaftar sebagai pemilih dan juga pulang mengundi ke negeri kelahiran
Perantau berjumpa lebih dekat pemimpin kesayangan mereka sambil menikmati pelbagai makanan dan kuih raya pada Majlis Aidilfitri YAB Menteri Besar Bersama Perantau 2012 di Permai Inn, Kuala Terengganu.
Barisan urusetia merakam memori indah bersama Menteri Besar dan isteri.
apabila tiba masa mengundi nanti. (tanggungjawab mendaftar) bukan sahaja kali ini, tetapi juga pada masa akan datang,” kata beliau di sidang akhbar selepas Majlis Aidilfitri YAB Menteri Besar Bersama Perantau, di Permai Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Timbalan Presiden Persatuan Anak Terengganu Selangor dan Lembah Kelang (Pesat), Ir Nawawi Embong. Menteri Besar berkata, anak Terengganu boleh mula mendaftar bermula sekarang dan mereka perlu pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bermula Pilihan Raya Umum ke-14 dan seterusnya nanti.
26
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
PELANCONGAN
Khazanah Chemerong RIADAH
Oleh: Suriati Ali
aliasuriati@yahoo.com
H
utan Lipur Chemerong (HLC) terletak di kawasan Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun diliputi hutan dara kekal sebagai khazanah yang amat ternilai. Pengunjung menggemarinya kerana pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang ditemui di hutan lipur lain . Di situ, terletak Gunung Berembun dan Air Terjun Langsir tercatat sebagai air terjun tertinggi di negara ini. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), Encik Azmi Nordin, berkata HLC yang dimajukan pada 1993 mencatatkan peningkatan bilangan pengunjung setiap tahun. Katanya, pada tahun lepas sahaja, pihaknya merekodkan hampir 50 ribu pengunjung berbanding 45 ribu tahun 2008. “Individu yang datang bukan sahaja terdiri daripada pengunjung tempatan malah luar negara, termasuk Jepun, Kanada, Eropah, Singapura dan
Aliran air terjun Chemerong tersergam indah sesuai untuk pengunjung berkelah dan mandi-manda. - Gambar oleh Hazwan Roslee dan Zulkipli Putra.
China. “Jika tiba musim cuti am dan cuti sekolah, pengunjung akan bertambah sekali ganda,” katanya.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya mendaki, berkhemah, meredah hutan, berkelah dan membuat kajian. Setiap individu yang hadir
Taman permainan turut disediakan untuk kanak-kanak.
belum terusik
direkodkan JPNT bertujuan mengetahui kemasukan bilangan pengunjung dan menjaga keselamatan. Kebiasannya setiap bulan, hampir 4,000 hingga 8,000 pengunjung beriadah ke destinasi menarik ini. Menurutnya, beberapa pendekatan dilaksanakan pihaknya semata-mata ingin memulihara khazanah dan mengekalkan keindahan alam di hutan lipur ini. “Kempen kebersihan dengan kerjasama pelbagai persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dianjurkan tanpa mengikut jadual. “Peserta seronok menyertainya kerana sambil mendaki, mereka boleh menjalankan kerja amal iaitu mengutip sampah sepanjang laluan itu,” katanya. Pendekatan itu nyata memberi kesan positif kepada semua pihak terutamanya pendaki kerana sehingga kini, masih mampu mengecapi kesegaran alam semula jadi kerana bebas daripada pencemaran. Menurutnya, jika pengunjung berminat mendaki Gunung Berembun, mereka perlu menempuh perjalanan hampir tiga hari dua malam dengan melalui denai sejauh 7.6 km. “Mereka tidak perlu risau atau bimbang kerana JPNT ada menyediakan pondok `Kem Y’ dan ‘Kem Balak’ sebagai alternatif untuk beristirehat sebelum sampai ke puncak. “Dalam perjalanan balik pula, pengunjung boleh singgah di Air Terjun Langsir yang mempunyai ketinggian 305 meter.
Di lokasi itu mereka boleh merasai kejenihan air yang belum dicemari mana-mana bahan buangan,” katanya. Apa menariknya HLC adalah keindahan alam semulajadi yang begitu unik sehingga ada sesetengah pengujung berulang kali datang ke lokasi ini dengan merancang pelbagai aktiviti. Pengunjung boleh mengguna kenderaan sendiri atau mendapat perkhidmatan teksi untuk menuju ke HLC yang terketak kira-kira 30 kilometer (km) dari Bandar Al-Muktakafi Billah Shah dan 100 km jarak dari 100 km pusat Bandar Kuala Terengganu. Antara kemudahan terdapat di HLC ialah pejabat, tapak perkhemahan, pondok rehat, surau, tandas, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna dan denai untuk ke Gunung Berembun. Hitan lipur yang dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang itu dikenakan bayaran RM5 seorang jika ingin menyertai aktiviti mendaki gunung. Encik Azmi memberitahu, JPNT mempunyai rancangan membina 20 unit chalet dengan anggaran kos RM4 juta sebagai kemudahan untuk pengunjung terutama kepada mereka yang tinggal di luar Terengganu supaya menginap lebih selesa. “Selain itu, membina jambatan gantung dan menambah kawasan tempat letak kereta yang sedia ada. Sekiranya perancangan itu terlaksana, pihaknya percaya, HLC akan lebih maju dan bilangan pengunjung lebih bertambah daripada jumlah sekarang,” katanya.
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
AGAMA
mimbar
Jauh berjalan luas pandangan
Permandangan Laut Mati yang terletak di Jordan.
S
alam sejahtera. Semoga Allah Jalla Wa ‘ala sentiasa membuka pintu taufiq dan hidayahNya kepada kita semua dalam menjemput rahmah dan barakah sepanjang perjalanan hidup ini. Dalam suasana masih banyak jemputan Rumah Terbuka Hari Raya, hendaknya kita tidak pernah lupa untuk mengucapkan selawat dan salam ke Pangkuan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan untuk membebaskan manusia daripada perhambaan kepada hawa nafsu dan sesama manusia kepada perhambaan diri yang sebenarnya iaitu hanya kepada Allah; Tuhan Yang Maha Esa, sepertimana yang difirman Allah di dalam surah alDzariyat; ayat 56 yang bermaksud: “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. Memang tidak dinafikan bahawa jauh berjalan luas pandangan. Apa tidaknya ? Semakin banyak destinasi yang kita jejaki, maka semakin banyak pula pengalaman yang ditimba. Jauh perjalanan itu mungkin boleh ditafsirkan sebagai jauhnya jarak kembara, merentasi sempadan negara dan benua. Daripadanya kita dapat melihat, mengetahui dan mengenali kepelbagaian bahasa, budaya dan adat resam penduduknya yang tersendiri. Ini merupakan suatu pelajaran yang berguna. Mungkin juga jauh perjalanan itu boleh ditafsirkan sebagai keberuntungan panjang umur. Kerana mereka yang dipanjangkan umur oleh Allah, sudah pasti mempunyai pandangan dan pengalaman hidup yang beraneka. Terutama dalam membina kematangan diri, kerana dia mengalami sendiri pahit maung
kehidupan ini. Demi kepentingan perjalanan dan pandangan yang luas ini, maka Allah Jalla Wa ‘ala memerintahkan kita supaya berjalan dan mengembara di muka bumi ini agar dapat memerhati dengan penuh keinsafan nasib dan akibat umat terdahulu yang engkar dan derhaka kepada perintah Allah s.w.t. Di dalam al- Quran, sebanyak 7 kali Allah memerintahkan dengan lafaz suruhan “ Siiru “ bermaksud berjalanlah atau kembaralah. Iaitu di dalam ayat 137; surah Aali Imran, ayat 11; surah al- An’am, ayat 36; surah al- Nahl, ayat 69; surah al- Naml, ayat 20; surah al- Ankabut, ayat 42; surah al- Rum dan ayat 18; surah Saba’. Sebagai contoh, mari kita perhatikan pada ayat 11; surah al- An’am. Allah berfirman yang bermaksud; “Katakanlah ( wahai Muhammad ! )” Kembaralah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk yang menimpa orang- orang yang mendustakan Rasul- Rasul itu ”. Kalau kita berpeluang pergilah ke Negara Jordan. Di sana terdapat beberapa tempat bersejarah yang sering dikunjungi para pelancong. Antaranya Laut Mati ( Dead Sea ). Para pelancong bukan muslim mungkin tidak ambil tahu sejarah lokasi tersebut. Tetapi, kita umat Islam yang membaca al- Quran dan Hadith menemui kisah sebenar. Di situ dahulunya adalah bandar Sodum yang didiami oleh umat manusia. Allah mengutuskan Nabi Luth a.s. su-
paya berdakwah kepada ajaran Tauhid agar mereka sujud kepada Allah dan kembali menjalani kehidupan yang murni sebagaimana fitrah. Namun, ramai yang menolak dakwah yang disampaikan. Mereka menghalalkan perbuatan LIWAT, malah berbangga dengannya. Mereka menghina dan memulaukan Nabi Luth dan para pengikutnya. Yang penting tiada orang yang menghalang keseronokan mereka untuk mengamalkan cara hidup homoseksual. Apabila amaran Nabi Luth tidak dihiraukan, bahkan Baginda dipersendakan, akhirnya itu semua mengundang kemurkaan Allah Jalla Wa ‘ala. Seluruh warga kota Sodum diterbalikkan ke dalam perut bumi dan dikeluarkan lautan air yang amat masin seluas bandar itu. Betapa masinnya air lautan itu, suatu makhluk bernyawa pun tidak mampu hidup di situ. Bahkan rumputrampai ataupun lumut juga tiada di situ. Demikianlah azab dan laknat Allah di dunia ini terhadap mereka degil, keras kepala dan mempermainmainkan agama Islam yang maha suci. Kerana itu, kita perlu bersatu memerangi gerakan LGBT ini. Kita perlu memerhati generasi muda hari ini agar tidak tersalah dalam mengamalkan sesuatu budaya songsang. Kita juga mesti menolak para pemimpin yang mengamalkan atau cuba menghalalkan budaya penduduk Sodum itu. Kerana mutakhir ini, roda perlakuan homoseksual umat Nabi Luth datang kembali. Konon atas nama hak- hak kebebasan individu. Katakan TIDAK kepada LGBT. Katakan juga TIDAK kepada pengamalnya.
Sumber: Jakim
27
28
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
RENCANA
IKON Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com
K
Si genius tempa sejarah DESAKU Oleh: Mohamad Ishak
ecemerlangan seorang anak muda dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu mencipta rekod sebagai anak Terengganu pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti paling berprestij di dunia benar-benar mengujakan semua pihak, terutama rakyat Terengganu. Pelajar genius berkenaan, Mohd Firdaus Samsudin@Mustapha, 24, sedang mengikuti bidang Sarjana Sains Biokimia di Universiti Oxford, United Kingdom (UK), bakal memulakan pengajian peringkat PhD bermula bulan ini. Anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan Samsudin @ Mustapha Mamat, 62, dan Rohani Long Ahmad, 55, berkata, tawaran menyambung pelajaran ke peringkat PhD bidang Biokimia selama empat tahun yang `muncul’ lebih awal sebelum tamat tempoh pengajian itu disifatkannya hadiah untuk kedua orang tuanya. “Tempoh pengajian peringkat Sarjana ini sepatutnya dua tahun. Bagaimanapun, pihak universiti (Oxford) menawarkan saya mengikuti PhD lebih awal dari jangkaan sebenar , sedangkan pengajian masih berbaki setahun lagi. “Alhamdulillah, impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat PhD tercapai, cuma tidak sangka, ia datang secepat ini, bagaimanapun saya sangat gembira dan bersyukur. Saya mahu mendedikasikan keja-
yaan ini kepada ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan kejayaan kami adik-beradik,” katanya yang aktif menyertai kokurikulum, pelbagai pertandingan serta kuiz di zaman sekolah itu. Kelebihan mendapat tawaran keemasan pada usia yang masih muda dengan kudrat yang bertenaga dan belum beristeri serta memiliki cahaya mata berbanding penuntut PhD lain, menjadi ramuan cukup bernilai untuknya memastikan dapat memberi tumpuan terbaik dalam pelajaran nanti sekali gus merekodkan kegemilangan seterusnya. Bekas murid Sekolah Kebangsaan Kemat yang lahir tanggal 24 Jun 1988 itu sudah mencipta nama sebagai pelajar terbaik dalam setiap peperiksaan awam sejak Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 2000 lagi. Selepas memperolehi 5A, Mohd Firdaus yang lebih mesra dengan panggilan Angah meneruskan kesinambungan kecemerlangan untuk meraih pelajar terbaik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (2003) dan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2005 ketika di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Usai sekolah menengah, beliau yang merangkul Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Peringkat Kebangsaan, seterusnya mendapat tawaran melanjutkan pengajian peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM, Selangor (2006-2008). Dia yang meminati subjek Biologi dan Matematik itu berpeluang menyambung pengajian peringkat Ijazah dalam bidang Bioteknologi di Imperial College London selama tiga tahun dan berjaya mencapai keputusan kelas pertama.
Semangat kerjasama resepi kejayaan Kampung
am-ukom@gmail.com
M
asalah ketiadaan kewangan dan kemudahan tempat bermesyuarat bukan faktor untuk menjadi juara kampung contoh sebaliknya semangat kerjasama dan mufakat penduduk serta patuh kepada pemimpin setempat menjadi teras pelbagai kejayaan Kampung Gong Gucil, dekat Jertih. Perkampungan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Jertih itu dan mempunyai landskap sawah padi dan gtali air cukup cantik dan menarik terutama waktu awal pagi dan menjelang senja apabila terbit dan terbenamnya matahari yang menjadikan kampung itu tercipta panorama yang indah. Penduduk yang sebahagian besarnya bekerja sebagai petani dan segelintir peniaga serta pekerja sektor awam sememangnya antara kampung paling tersohor di daerah Besut kerana kerap muncul johan dalam pertandingan membabitkan kampung. Di dalam lokasi pentadbiran JKKK kampung itu tidak mempunyai sekolah, masjid,tanah perkuburan daan kemudahan asas lain kecuali sebuah surau
dan dewan kecil yang kelihatan sudah uzur dan usang. Bagaimanapun, rekod JKKK kampung itu cukup mengkagumkan pemimpin dan penduduk setempat kerana berjaya mencipta nama mewakili daerah ke persada negeri dan persekutuan menerusi pelbagai pertandingan yang disertainya. Antara anugerah yang pernah dimenanginya termasuklah Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Besut (2007), Johan Pertandingan Kampung Bestari anjuran Kemas (2008), Johan Ilham Desa Peringkat Zon Timur anjuran KKLK (2009), Naib Johan ADC peringkat daerah Besut (2010), Naib Johan Kebangsaan Anugerah ilham Desa (2010),Tempat ketiga Anugerah ilham Desa Zon Timur (2011) dan mewakili Terengganu pertandingan Keceriaan mewakili kategori kampung tradisional di peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan (2012). Bukan setakat itu sahaja, terbaru JKKK Kampung Gong Gucil turut meraih anugerah Johan Kontijen Perarakkan mewakili JKKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, sempena sambutan Merdeka
Raya Peringkat Daerah Besut pada 8 September lalu. Pengerusi JKKK Kampung Gong Gucil,Zahari Mat Din berkata, kejayaan yang dicapai oleh kampung itu sebenarnya hasil sokongan padu penduduk terhadap organisaasi kampung itu yang dibangunkan atas kehendak dan inspirasi penduduk sendiri. Katanya, beliau hanya selaku pengemudi dan penduduk kampung yang bekerja keras jika ada sesuatu aktiviti serta pertandingan yang disertainya. Menurutnya, tanpa mendapat upah dan habuan penduduk termasuk golongan belia, remaja, wanita, orang dewasa malah warga emas sentiasa membantu setiap program yang dijalankan oleh JKKK terbabit., Beliau berkata, walaupun tidak mempunyai banyak kemudahan awam tetapi pihaknya berjaya memberi imej kepada kampung itu untuk muncul sebagai kampung contoh dan terbaik khususnya di daerah Besut. “Pelbagai jabatan dan pusat pengajian tinggi
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
RENCANA
Selepas itu, Mohd Firdaus memperolehi tawaran menyambung pengajian peringkat sarjana selama dua tahun dalam bidang Sains Biokimia di Universiti Oxford hujung tahun lalu atas tajaan Yayasan Terengganu sebelum terus ditawarkan ke peringkat PhD di universiti yang sama. Ketika diajukan soalan bagaimana mahu menempatkan diri bersama pelajar genius yang lain, Mohd Firdaus beranggapan itu semua sebagai cabaran yang harus dihadapi dengan mempersiapkan mental, emosi dan fizikal. “Pada masa yang sama, saya juga perlu berusaha lebih gigih bagi mendepani persaingan yang sihat. Itu semua menjadi pemangkin melonjak semangat saya untuk terus berjaya selain dapat menghabiskan pengajian di peringkat PhD dan satu masa nanti kembali ke tanah air untuk berkhidmat kepada anak bangsa dengan kemahiran dan ilmu yang ada itu,” katanya. Mohd Firdaus berhasrat bekerja di UK terlebih dahulu bagi mencari pengalaman dan meneroka banyak peluang dalam sektor berorientasikan farmasi dan perubatan di negara barat itu sebelum `membawa pulang’ sesuatu yang berharga bagi manfaat anak bangsa di negara sendiri suatu masa nanti. “Saya menaruh keinginan untuk bekerja di syarikat berorientasikan farmasi atau ubat-ubatan kerana berminat menjalankan penyelidikan berkaitan perkara ini. Bagaimanapun, hati saya tetap untuk negeri kelahiran dan satu masa nanti jika terdapat peluang terbaik, saya akan kembali ke Terengganu,” katanya. Berkongsi rahsia kecemerlangan, dia yang dilabelkan sebagai `ulat
buku’ tidak menolak asas utama yang membentuk kejayaannya adalah bermula dari didikan ibu bapa, selain dipupuk menerusi kesedaran a dalam diri sendiri. Menurutnya, bapanya sentiasa menitikberatkan aspek kerohanian, selain tegas dan peka terhadap aktiviti harian kesemua anakanaknya khususnya perihal pelajaran. Lazimnya setiap malam Jumaat, keluarganya mengamalkan bacaan Yasin seisi keluarga sejurus selesai solat Maghrib. Menyentuh berhubung sosial pergaulan sepanjang melanjutkan pelajaran di negara asing, Mohd Firdaus berpegang teguh dengan prinsipnya untuk kekalkan sahsiah dan jati diri bagi menghindari diri daripada terpengaruh dengan pelbagai ragam negatif rakan-rakan. “Pun begitu, tidak dapat dinafikan, ada di kalangan pelajar negara kita berubah sikap apabila belajar di luar negara kerana terpengaruh dengan gaya kehidupan rakan berbangsa asing. Oleh itu, saya juga perlu bijak menilai dan memilih rakan sama ada yang mampu membawa kebaikan atau sebaliknya. Dia turut tidak membataskan kehidupan sebagai pelajar dengan hanya menelaah pelajaran sematamata, sebaliknya pada waktu senggang digunakan sebaik mungkin bagi menghilangkan stres dengan menonton wayang sambil berlibur dengan kawan. “Ramai dalam kalangan pelajar dari negara-negara Eropah yang berbeza agama dan budaya, bagaimanapun saya tidak mengalami masalah dalam pergaulan kerana kawan-kawan cukup menghormati saya sebagai seorang muslim,” katanya.
Mohd Firdaus bersama ayahnya yang merupakan orang utama yang memain peranan dalam memberi semangat untuk terus cemerlang.
Imbas kembali ketika Mohd Firdaus berkesempatan berjumpa dengan pemimpin idolanya iaitu Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said yang digelarnya sebagai `Bapa Anjung Ilmu’.
Gong Gucil menghantar pegawai dan penuntut untuk membuat kajian mengenai kehidupan masyarakat di kampung itu,” katanya. Zahari berkata, paling membanggakan semangat gotong royong untuk membina kampung itu sebagai kampung bersih,cantik, indah dan ceria dilakukan atas semangat kerjasama tanpa meminta sebarang bentuk habuan apabila diminta menjalankan aktiviti dan menyertai pertandingan.
Hasil sokongan padu penduduk, Kampung Gong Gucil, Besut, berjaya menganjurkan setiap program di samping menjadi kampung contoh di daerah itu.
29
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
30
AM
Gerakan realisasi 201052
Ismail johan pelita raya kali ke-12 berturut-turut
E
ncik Ismail Sulong, 70, dari Kampung Padang Hangus mengekalkan kemenangan sebagai johan dalam Pertandingan Pelita Raya 2012 untuk kali ke- 12 berturutturut. Beliau bersama keluarga iaitu isteri dan enam anak mengambil masa lima hari menyiapkan replika rumah tradisional menggunakan 450 pelita yang dihasilkan dari bahan terbuang seperti tin minuman dan tali guni sebagai
sumbu. Pertandingan ini telah diadakan sejak 12 tahun lalu dimulai sebuah kampung (Padang Hangus) dan sejak 2009 kerajaan negeri dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) bertindak sebagai penganjur dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000. Kiraan markah dibuat mengikut kampung dan tiga kampung yang bertanding ialah Kampung Padang Hangus, Kampung Pagar Ubi dan Kampung Baru
K Ismail mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi johan Pertandingan Pelita Raya kali ke-12 berturut-turut.
Tepoh yang menawarkan hadiah RM2,000 (pertama) RM1,500 (kedua) dan RM1,000 (ketiga) serta RM300 (saguhati) Kampung Padang Hangus dimenangi Encik Ismail Sulong (johan), Encik Mat Kasim Mat
Barisan pemenang Pertandingan Pelita Raya bergambar bersama Menteri Besar selepas majlis penyampaian hadiah.
Isa (kedua) dan Encik Rostam Naman (ketiga) serta 12 orang menerima saguhati. Kampung Pagar Ubi, dimenangi Encik Ismail Abdullah (johan), Tuan Kamariah Tuan Majid (kedua) dan Encik Abu Musa Mohamed Ali (ketiga) serta 12 orang menerima saguhati. Kampung Baru Tepoh, panel hakim pertandingan sepakat memutuskan tidak ada pemenang bagi tempat pertama, manakala Encik Wahab Abu Bakar (kedua) dan Encik Mohd Rashidi Che Ayub (ketiga) serta enam orang menerima saguhati. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyampaikan hadiah kepada pemenang. Hadir sama, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, YB Haji Muhamad Ramli Noh dan Pengarah LMNT, Haji Yusof Abdullah .
Tingkat integreti, jaga rahsia kerajaan Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com
P
enjawat awam di negeri ini perlu meningkatkan integriti termasuk tidak sesekali membocorkan rahsia kerajaan, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. “Setiap penjawat awam harus memegang amanah dan mengekalkan integriti dalam diri masing-masing kerana sebagai kakitangan kerajaan kita dipertanggungjawabkan menyimpan segala rahsia kerajaan dengan sebaik mungkin. “Sekarang kita melihat banyak berlaku kebocoran rahsia dan hal dalaman kerajaan dan perkara ini boleh dilelakkan sama sekali jika semua penjawat awam memikul amanah sebagaimana akujanji mereka pada hari pertama memulakan
tugas berkenaan,” katanya ketika berucap di hadapan kakitangan Wisma Darul Iman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Penasihat Undang-undang Negeri, YB Noorbahri Baharuddin serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Menteri Besar berkata, kakitangan awam perlu jujur dan tidak mengkhianati dasar dan prinsip dalam bidang tugas masing-masing yang boleh boleh mendatangkan impak negatif serta mencemarkan imej jabatan. Beliau turut menasihatkan golongan itu agar berusaha memenuhi aspirasi kerajaan bagi memastikan peranan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 Wisma Darul Iman meriah dengan kehadiran ribuan tetamu.
mereka sebagai jentera yang menerajui barisan hadapan dalam memberi perkhidmatan yang baik dan cemerlang kepada rakyat sentiasa dipandang tinggi. “Saya berharap penjawat awam sentiasa mengamalkan
kerja yang diamanahkan dengan tekun dan komited. Setiap tugasan yang perlu diselesaikan hari ini, harus diselesaikan pada hari ini juga, malah jika hari esok, perlu disiapkan hari esok mengikut masa ditetapkan,” katanya.
erajaan negeri memperuntukan RM663,000 bagi menyediakan bahanbahan berbentuk digital iaitu cakera padat untuk disimpan ke dalam e-Book yang mengandungi semua soalan-soalan yang telah disemak oleh guru-guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram) di Pejabat Pelajaran Negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata setiap peperiksaan membabitkan kos antara RM100,000 hingga RM200,000. “Untuk merealisasikan program ini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1.2 juta bagi membolehkan jabatan pelajaran melaksanakan pelbagai program intervensi menjelang peperiksaan,” katanya kepada pemberita di majlis pelancaran Program Kecemerlangan UPSR, PMR, SPM dan STPM 2012, Gerakan Merealisasikan 201052 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak barubaru ini. “Program gerakan merealisasikan 201052 merupakan antara usaha kerajaan ke arah mengekalkan kejuaraan tahun ke 12, pencapaian UPSR,” katanya. Katanya, jabatan juga akan mengadakan Akademik 201052 serta pengedaran kain rentang untuk memberi motivasi dan kesedaran masyarakat untuk kecemerlangan pelajar. Selain itu, program keterbilangan bersama pemimpin khusus untuk pelajar yang mendapat strait A dalam peperiksaan percubaan PMR, SPM dan STPM. “Program ‘gerakan kecemasan’ melibatkan ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan mengadakan solat hajat serentak dan juga khutbah Jumaat sebagai usaha terakhir untuk anak-anak kita yang akan menghadapi peperiksaan,” katanya.
BIL: 65 (15 Ogos - 15 September 2012)
31
Klinik 1Malaysia KP Perdana manfaat untuk 32,000 penduduk bandar Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com
K Klinik 1Malaysia KP Perdana di Kubang Parit beri manfaat kepada penduduk setempat dan sekitarnya.
ira-kira 32,000 penduduk di Kuala Terengganu khususnya yang tinggal di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam kini tidak lagi perlu bersesak ke hospital dan klinik kesihatan berdekatan berikutan Klinik 1Malaysia (K1M) KP Perdana, Kubang Parit, mula beroperasi secara rasmi pada 3 September lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata cetusan idea mewujudkan kemu-
dahan perubatan menerusi konsep 1 Malaysia bagi menyediakan rawatan perubatan ringan kepada masyarakat bandar yang tinggi kepadatan penduduknya. K1M KP Perdana adalah yang ketujuh di Terengganu dan ketiga di Kuala Terengganu selepas K1M Wakaf Baru dan K1M Taman Adis Indah. Selain itu, K1M turut beroperasi di Bukit Payong, Marang; Binjai, Kemaman; Kampong Nyior 7, Jertih dan Batu 6, Dungun. “Ini merupakan janji kerajaan Barisan Nasional dan Umno yang mahu memberikan kemudahan
perawatan kepada seluruh rakyat terutama yang tinggal di kawasan bandar supaya mereka tidak bersesak menunggu masa yang lama untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan berhampiran bagi mengubati penyakit yang ringan. “Jadi, klinik ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam (termasuk hari cuti umum dan cuti minggu) yang dikendalikan oleh dua syif kakitangan diketuai penolong pegawai perubatan, jururawat, pembantu farmasi dan atendan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan
K1M KP Perdana, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Anwa Sulaiman; Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pegawai Penyelaras DUN, Haji Wan Mahyuddin Wan Ngah. Dr A Rahman berkata, pemimpin dan masyarakat tempatan perlu memanfaatkan kemudahan dari klinik yang hanya mengenakan caj RM1 sahaja ini, selain mengecualikan bayaran kepada kakitangan kerajaan, pelajar sekolah serta Institusi Pengajian tinggi dan kanak-kanak setahun ke bawah.
ISSN 2180-4737 | Bil: 65 (15 Ogos- 15 September 2012)
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meluangkan masa berjumpa dengan pelumba-pelumba basikal Terenganu Cycling Team (TSG) di Kemaman, barubaru ini.
LJSM tawar hadiah lumayan Oleh: Suriati Ali
T
aliasuriati@yahoo.com
erengganu akan menghidupkan kembali Larian Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) Peringkat Antarabangsa selepas 22 tahun penganjurannya ditamatkan. Lebih 5,000 peserta tempatan dan luar negara, termasuk Thailand, Singapura, Indonesia, Afrika Selatan serta Indonesia dijangka menyertai larian sejauh 21 kilometer (km), 10 km dan 3 km itu. LJSM yang akan berlangsung pada 29 September bakal bermula dan tamat di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu. Hadiah keseluruhan yang ditawarkan cukup lumayan iaitu melebihi RM200,000 di mana tempat pertama bagi ketegori terbuka lelaki bakal membawa pulang RM30,000 dan kedudukan sama bagi terbuka wanita pula RM22,000. Sebanyak 13 kategori dipertandingkan antaranya, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan luar negara, rakyat Terengganu, pelajar Institut Pengajian Tinggi, pelajar sekolah dan Orang Kurang Upaya (OKU). Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata larian LJSM yang pernah diperkenalkan 22 tahun iaitu pada 1990 akan dihidupkan kembali se-
Ringkas BASIKAL - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Saufi Mat Senan muncul juara acara lepas beramairamai elit lelaki di Kejohanan Fiesta Jemputan Terengganu 2012 (TICF 2012) apabila menewaskan jaguh pecut tersohor, Anuar Manan di Trek Palma Serdang sejauh 80 kilometer, baru-baru ini. - Persatuan Lumba Basikal Terengganu memperluaskan pencarian bakat muda dan akan ke Hulu Terengganu dalam masa terdekat ini bagi tujuan itu.
Dato’ Seri Haji Ahmad Said (tengah), Dato’ Haji Mazlan Ngah (kiri) dan YB Haji Rozi Mamat menunjukkan hebahan Larian Jambatan Sultan Mahmud.
bagai langkah memperkenalkan Terengganu kepada masyarakat pelbagai negara. “Pihak kami yakin sasaran 5,000 peserta mampu dicapai kerana aktiviti itu sering kali menjadi sebutan orang ramai terutama di kalangan peminat larian. “Sehingga kini, kita sudah mencatatkan lebih 3,000 bilangan permohonan daripada pelbagai pihak termasuk pe-
lajar sekolah, warga asing dan OKU,” katanya. Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu, pada tahun akan datang sasaran itu akan berganda iaitu seramai 10,000 dijangka menyertainya bertepatan dengan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013. “Pihak kami serius menganjurkan larian ini kerana ia bukan saja mampu mencungkil bakat-
bakat baru, malah mampu memperkenalkan keindahan dan keistimewaan Terengganu kepada pelancong asing,” katanya. Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Sekreteriat Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Tingkat 9, Wisma Daru Iman, Kuala Terengganu.
BOLA SEPAK - Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata beliau akan meneliti laporan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhubung prestasi hambar pasukan Terengganu dan T-Team dalam saingan Piala Malaysia sebelum sebarang tindakan diambil.
Sepak Takraw Piala Menteri Besar Terengganu ditetapkan November ini
P
residen Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT), Mohd Shapian Ali berkata Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Terengganu akan diadakan pada November ini selama dua hari. Katanya, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada Kejohanan
Sepak Takraw Piala Presiden ke-4 yang dijadualkan dari 20 hingga 23 September ini di Kedah. “Sepatutnya Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Terengganu bermula 7 September lalu, tetapi disebabkan tarikh terlalu dekat dengan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden, pihak kami terpak-
sa menundanya,” katanya. Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Terengganu menawarkan hadiah keseluruhan RM50,000.
“Tarikh asal Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Terengganu ditunda berikutan memberi laluan kepada Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden.” - Mohd Shapian Ali.
Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my