“Saya menyokong usaha menubuhkan Kelab Motor Terengganu yang sememangnya wajar ditubuhkan di negeri-negeri lain juga bagi memastikan remaja tidak terbelenggu dengan gejala yang tidak sihat.” - YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri.
Agro Resort Setiu
Bil : 38 (1-15 April 2011) - http://teganukita.blogspot.com
ISSN 2180-4737
terkini
cepat
Kelas maya diperluas ke seluruh Terengganu
Terengganu kekal terbaik
lihat ms-3
Institut Khat bakal dibina di TTI
Terengganu wilayah tekstil tradisional ms 2
Terengganu mengekalkan prestasi cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 apabila gred purata negeri mencapai 5.03 bagi 2010 berbanding 5.17 tahun sebelumnya. Pengecilan nilai gred purata negeri menunjukkan prestasi keseluruhan meningkat. Malah, peratusan calon yang memperolehi A ( kombinasi A+, A dan A-) dalam semua subjek yang diambil meningkat 0.5 peratus daripada 1.31 peratus (283 calon) pada 2009 kepada 1.88 peratus (405 calon). Selain itu, peningkatan juga direkodkan dalam peratusan calon yang lulus semua subjek, iaitu 2.96 peratus daripada 53.58 peratus (11,601 calon) pada 2009 kepada 56.54 peratus (12,182 calon). Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud, berkata bilangan pelajar yang memperolehi keseluruhan A atau Gred Cemerlang Tertinggi (A+) juga menunjukkan peningkatan ketara daripada hanya lima pelajar pada 2009 melonjak kepada 17 pelajar pada 2010. Daripada 17 pelajar, empat daripadanya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, tiga pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (Kuala Terengganu dan dua pelajar masing-masing dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu dan SMK Sultan Ismail 2 (Kemaman). Sementara enam pelajar lagi, masing-masing seorang daripada SMA Atas Sultan Zainal Abidin, SMK Tengku Lela Segara (Marang), SMK Lembah Bidong (Setiu), SM Sains Sultan Mahmud (Kuala Terengganu), SMK Rantau Petronas (Kemaman); SMK Tengku Mahmud, Besut. “Peratus calon yang mendapat minimum C dalam semua subjek yang diambil meningkat sebanyak 0.83 peratus daripada 15.52 peratus (3,361 calon) pada 2009 kepada 16.35 peratus (3,523 calon). “Selain itu, daripada 72 subjek yang diambil oleh calon SPM, sebanyak 49 subjek menunjukkan peningkatan dari segi gred purata berbanding hanya 33 subjek pada 2009,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM pering-
tepat
ms 15
ms 6 Gambar oleh: Syed Abd Rahman
Solat hajat tanda kesyukuran Majlis solat hajat dan kesyukuran sempena genap tiga tahun YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu, telah diadakan di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Kolej Sukan Terengganu EKSKLUSIF Oleh: Aida Abd Rahman Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Kolej Sukan Terengganu (KST) bagi menempatkan anak tempatan yang cemerlang dalam sukan tetapi tercicir dalam pelajaran, agar mereka dapat meneruskan pengajian di bidang kemahiran menjurus kepada sukan. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, berkata penubuhan kolej yang pertama seumpama itu di negara ini, tepat pada masanya sebagai satu medium bagi memastikan masa depan atlet muda Terengganu terus terbela dan tidak
Penubuhan kolej yang pertama seumpama itu di Malaysia tepat pada masanya sebagai satu medium bagi memastikan masa depan atlet muda Terengganu terus terbela dan tidak dipersia-siakan.
dipersia-siakan. Bagi tujuan itu, menurut beliau, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli akademik dari beberapa universiti seluruh negara, sejak beberapa bulan lalu dan cadangan itu kini dalam proses memuktamadkan perancangannya. Beliau berkata, kerajaan negeri berhasrat untuk melihat kolej itu dapat dibangunkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua tahun lagi. “Selepas kita memuktamadkan peran-
cangan itu, kita akan mengusulkannya dalam Mesyuarat Mingguan Exco Negeri bagi mendapatkan kelulusan dan tindakan lanjut kerajaan negeri. “Saya optimis dan amat berharap kolej ini dapat wujud di Terengganu kerana memikirkan masa depan atlet kita yang harus mempunyai tempat terbaik dan kemahiran tertentu apabila habis belajar kelak,” katanya ketika diwawancara
lihat ms-2
2
1-15 April 2011
Pelajar Cina perolehi A+ Tasawwur Islam, Pendidikan Islam
Wong Yujing menunjukkan keputusan SPM yang berjaya memperolehi A+ dalam Tasawwur Islam dan Pendidikan Islam.
Tiga pelajar Tiong Hua, antara 17 pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 seluruh Terengganu memecah tradisi apabila masing-masing mendapat A+ dalam mata pelajaran Tasawwur Islam dan Pendidikan Islam. Selain mengambil subjek Tassawur Islam, Wong Yujing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman berjaya memperolehi A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Pelajar yang berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu mula meminati mata pelajaran Tasawwur Islam kerana dipengaruhi oleh pergaulan dengan rakan-rakan yang majoriti adalah beragama Islam. Sejak Tingkatan Empat, dia mula mengikuti mata pelajaran itu dengan dorongan rakan-rakan beragama Islam selain ibu bapanya yang langsung tidak membantah, sebaliknya juga memberi sokongan penuh. Berdasarkan faktor itu, dia bertekad untuk melakukan lebih baik berbanding rakan-rakan yang lain. “Apa yang penting kita perlu memahami subjek yang diambil untuk menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan. Sebagaimana konsep 1Malaysia, saya merasakan tiada halangan untuk saya turut sama bersama rakan Islam yang lain belajar subjek itu. “Mereka belajar sejak kecil dan saya mendapat bantuan rakan-rakan serta guru selain mentelaah sendiri subjek itu dengan menggunakan buku teks,” katanya. Manakala Lim Fang Sheng, dari SMK Sultan Ismail 2, Kemaman memperolehi 9 A+ untuk semua mata pelajaran yang diambil melibatkan Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Sebagaimana kejayaan Lim, Goh Chow Ching, dari SMK Tengku Mahmud, Besut juga memperolehi 9A+ dalam semua mata pelajaran diambilnya termasuk Pendidikan Islam.
am
Kelas maya diperluas ke seluruh Terengganu Oleh: Aida Abd Rahman Kerajaan Terengganu mensasarkan seluruh sekolah di negeri ini melaksanakan kelas maya sekurangkurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (PP DUN) diminta menggunakan peruntukan yang disediakan kepada setiap DUN bagi mengadakan sekurangkurangnya satu kelas maya di kawasan masing-masing sebelum berakhir 2011. “Sekarang kita bagi pelajar kita e-Book, disusuli eBook kepada guru-guru yang mengajar Tahun Enam. Kita laksanakan secara berperingkat-peringkat kerana kekangan kos. Selepas itu kita lakukan projek perintis dengan memulakannnya ujian (kelas maya) di tiga sekolah terlebih dahulu. “Daripada situ apabila kita berpuas hati dengan nilai
tambah yang dilaksanakan, kita akan buat di kesemua 32 DUN yang tidak memerlukan peruntukan tambahan, tetapi menggunakan peruntukan sedia ada yang kita salurkan kepada Adun melalui peruntukan Bantuan Am dan Projek-Projek kecil,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama-sama Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Eksekutif Maklumat (EIO) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar berkata, sebanyak RM1 juta disediakan setiap tahun kepada Adun dan PP DUN yang mana RM500,000 bagi Bantuan Am yang boleh digunakan untuk membeli peralatan seperti skrin sesentuh dan monitor. Manakala sebahagian peruntukan melalui ProjekProjek Kecil boleh digunakan untuk mengubah suai kelas seperti pemasangan penghawa dingin, perhiasan, mengecat dan memasang jeriji besi sebagai langkah keselamatan dan mengelak kecurian peralatan di kelas
Teganukita di pejabat beliau baru-baru ini. Kolej itu kelak kemungkinan akan menawarkan 22 kursus berkaitan sukan seperti fisioterapi, pemakanan dan mekanik jentera seperti basikal, kereta dan jet ski. Pihaknya juga memberi jaminan penubuhan kolej itu tidak akan menelan perbelanjaan yang besar kerana operasinya boleh dijalankan di dalam bangunan Kompleks Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu yang sudah tersedia dengan ruang yang sesuai serta mampu menampung kapasiti pelajar dalam satu-satu tempoh kelak. Malah, katanya kos pengajiannya juga dilaksanakan sebagaimana kolej lain di seluruh Malaysia yang memberi kemudahan pinjaman kepada pelajar.
Menteri Besar menurunkan tandatangan ke atas komputer riba sebelum diberikan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam.
maya. “Kita bagi peluang wakil rakyat kita atau PP DUN memilih sekolah mana yang mahu diberikan keutamaan dahulu. Bergantung kepada mereka jika mereka mahu laksanakan di sekolah yang kecil mungkin melibatkan empat kelas sahaja, kalau sekolah lebih besar mungkin ada enam hingga tujuh kelas.
“Bagaimanapun, pada tahun depan kita akan pastikan 32 kelas maya lagi akan dibuat oleh DUN (Adun dan PP DUN) , manakala 32 lagi dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui bajet tambahan. Mungkin akan mencecah sehingga 60 lebih hingga 70 (kelas maya) pada tahun depan,” katanya.
Bayar cukai tanah elak dikenakan denda
dari ms-1
22 kursus berkaitan sukan ditawarkan
Gambar oleh: Hanish Fadzillah
HAJI ROZI
Haji Rozi berkata, idea menubuhkan kolej itu timbul selepas melihat ramai anak Terengganu berkelana ke negeri orang hanya kerana mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor sukan seperti sukan berbasikal. “Kalau dalam sukan basikal, lebih 10 anak Terengganu berkhidmat dengan pasukan dan kelab ternama di negara asing. Namun sayangnya mereka hanya bersandarkan kemahiran semata-mata tetapi tidak memiliki sijil dan kelayakan yang diiktiraf. “Apabila ada kelayakan dan sijil yang diiktiraf, pastinya mereka ditawarkan gaji yang lebih baik dan menguntungkan mereka. Oleh sebab itulah kita akan menawarkan kursus yang berkaitan yang mampu memberi jaminan kepada masa depan mereka,” katanya.
DATO’ HAJI OSMAN
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) menyarankan pemilik tanah membuat pembayaran cukai tanah dengan segera bagi mengelak dikenakan denda dan tanah mereka diambil balik oleh kerajaan negeri. Pengarah PTG, Dato’ Haji Osman Muda, berkata cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun akan menjadi tunggakan dan boleh dikenakan denda lewat bayar. Katanya, pemilik tanah akan diberi surat peringatan untuk tempoh tertentu sekiranya mempunyai rekod lewat bayar dan tunggakan. “Jika masih ingkar membayar, Pentadbir Tanah boleh menyampaikan Notis
6A dengan memberi tempoh selama tiga bulan untuk menjelaskan segala urusan. Katanya, membayar cukai tanah adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik di mana ia perlu membayarnya mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. “Setiap pembayaran boleh dibuat secara tunai, bank draf, wang pos dan kiriman wang berpalang atas nama Pentadbir Tanah yang berkenaan atau Pengarah Tanah dan Galian Terengganu,” katanya. Selain itu bayaran boleh dibuat melalui laman sesawang http://www.maybank2u.com.my/. Waktu urusan jam 8 pagi sehingga 4.30 petang. Pembayaran di laman web, kriman pos atau sebagainya, PTG tetap menghantar bil pembayaran sebagai peringatan dan bukti. Jika tidak menerima bil itu dalam tempoh tertentu, mereka boleh mendapat di Bahagian Hasil Pejabat Tanah atau semakan di laman web http://cukaiptg.terengganu.gov.my/isolar10/ dengan mengemukakan maklumat seperti nombor bil, hak milik, lot atau PT dan mukim atau Bandar.
am
dari ms-1
1-15 April 2011
Calon yang lulus semua subjek meningkat
kat Terengganu, di SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu, barubaru ini. Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Beliau yang pertama kali meluangkan masa di majlis pengumuman peperiksaan awam negeri, kemudiannya menyampaikan komputer riba kepada 17 pelajar cemerlang berkenaan dengan diiringi ibu bapa masing-masing. Di akhir majlis, Dato’ Seri Haji Ahmad dan Encik Razali menerima kad ucapan tahniah sempena kecemerlangan SPM 2010 daripada Ketua Sektor Akademik JPNT, Haji Zubir Embong sebelum mereka menurunkan tandatangan pada kain rentang yang memaparkan kejayaan peperiksaan keputusan itu. Encik Razali berkata, secara keseluruhannya keputusan bagi sekolah seluruh Terengganu sangat memberangsangkan dengan peningkatan dari segi lulus C, lulus subjek, jumlah subjek yang meningkat dari gred mata pelajaran dan nilai gred purata negeri berbanding 2009. “Sehubungan itu, saya bagi Oleh: Esah Abdullah Kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 9,399 kes permohonan tanah haram atau 94.79 peratus daripada 9,916 permohonan yang diterima, manakala baki 517 kes lagi akan diproses tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jumlah permohonan berkenaan adalah selepas tarikh tutup pada 31 Disember 2006 di mana ia diproses menerusi Pejabat Tanah Daerah seluruh Terengganu. “Kerajaan akan membuat kajian dan penilaian dan kita bercadang membuka semula permohonan baru bagi tanah haram selepas baki semua kes selesai diproses tahun ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu, barubaru ini. Menteri Besar berkata, syarat
3
Penerbangan umrah kedua terus ke Madinah
LTSM Kuala Terengganu melakar sejarah apabila menyediakan penerbangan umrah terus ke Jeddah.
Pelajar cemerlang SPM bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas majlis pengumuman peperiksaan awam negeri.
pihak JPNT mengucapkan tahniah kepada semua calon, ibu bapa, pengetua, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, se-
mua warga JPNT dan Pejabat Pelajaran Daerah serta kepada pemimpin negeri, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad dan
pihak yang memberi sokongan dan komitmen melalui Program Pendidikan Terengganu Terbilang,” katanya.
Kerajaan selesai 9,399 kes tanah haram permohonan tanah haram adalah yang diteroka sehingga 1990 serta terdapat tanaman kekal berusia tidak kurang 15 tahun. Bagaimanapun, bagi tanaman getah dan kelapa sawit diberi kelonggaran bagi tanah yang diusahakan sekitar tiga tahun ke atas. Katanya, kerajaan menetapkan hak milik tanah haram satu lot bagi seorang rakyat tetapi pertimbangan akan diberi jika terdapat rumah dalam tanah berkenaan dan denda dikenakan sebanyak 30 peratus. Begitu juga dengan tanah per-
tanian akan dikenakan bayaran 15 peratus bagi nilai tanah semasa dan tanah tapak rumah dikenakan bayaran 10 peratus manakala jika tanah pertanian dan hasil tolakan ibu bapa akan dikenakan bayaran 25 peratus nilai semasa. Mengikut pecahan, daerah Besut menerima 973 permohonan dan berjaya diselesaikan 98.97 peratus, Dungun 540 permohonan ( selesai 89.26 peratus), Hulu Terengganu 2,794 permohonan (selesai 92.30 peratus) dan Kemaman 959 permohonan (selesai 95.52 peratus).
Manakala Kuala Terengganu menerima 1,167 permohonan (selesai 96.46 peratus), Marang 504 permohonan (selesai 91.27 peratus) dan Setiu 2,979 permohonan dengan 96.44 peratus berjaya diselesaikan. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pencapaian penyelesaian kes keseluruhan melibatkan 94.79 peratus. Prestasi itu berada pada tahap yang memuaskan, di mana semua daerah menunjukkan komitmen dalam usaha menyelesaikan permohonan tanah yang melibatkan kepentingan orang ramai.
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bercadang membuat penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu ke Madinah bagi pakej umrah yang dikendalikan kerajaan negeri pada masa akan datang. Naib Presiden Bahagian Haji dan Sewa Khas MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Husein berkata, pada masa ini terdapat cadangan daripada kerajaan negeri untuk mengadakan pakej umrah empat kali setahun melalui penerbangan terus dari LTSM, jika mendapat sambutan daripada orang ramai. “MAS akan memantau perkembangan selepas penerbangan umrah pertama dari luar Kuala Lumpur ini yang sekali gus mencatat sejarah negara,” katanya kepada pemberita sebelum keberangkatan jemaah umrah anugerah kerajaan negeri di LTSM, baru-baru ini. Terengganu menjadi negeri pertama yang menawarkan penerbangan umrah terus dari LTSM ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi yang membawa 451 jemaah yang sebahagiannya merupakan petugas operasi haji tahun lalu manakala selebihnya penjawat awam dan pemimpin masyarakat negeri ini.
`Second honeymoon’ beri impak positif Program terapi pengukuhan institusi kekeluargaan yang dikenali sebagai `second honeymoon’ memberi kesan positif apabila sebahagian peserta yang dipilih kerana mengalami masalah rumah tangga, kini mampu meneruskan kehidupan berumah tangga dengan baik selepas mengikuti program tiga hari dua malam itu. Kerajaan Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) merintis program itu sejak tahun lalu dengan melaksanakan lima siri melibatkan 20 pasangan suami isteri setiap siri. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita negeri, YB Yahya Khatib Mohamad,
berkata kerajaan membelanjakan RM17,000 setiap siri bagi memastikan peserta mendapat manfaat sekaligus mempraktikkan apa yang sudah mereka pelajari menerusi program itu. Katanya, sebahagian peserta diperolehi daripada senarai pasangan yang berdaftar di bawah khidmat kaunseling di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT). “Sebahagian daripada pasangan mereka yang ada masalah rumah tangga dan sedang mendapatkan kaunseling bagi mencapai kata sepakat dan membina kehidupan yang lebih baik. Manakala selebihnya adalah di kalangan pasangan yang dipilih oleh pihak penganjur
dan tidak semestinya mereka ada masalah rumah tangga,” katanya. Beliau berkata, kebanyakan pasangan adalah mereka yang masih di fasa baru berumah tangga dan usia perkahwinan tidak lebih daripada lima tahun. Katanya, ada juga peserta yang sudah berkahwin lebih daripada lima tahun namun lazimnya mereka berusia tidak lebih daripada 40 tahun dan berminat selain mampu memberi komitmen bagi menjalani program itu. YB Yahya berkata, melihat keberkesanan program itu, kerajaan negeri akan meneruskan lagi pada tahun ini dengan mengekalkan lima siri yang dijalankan secara berperingkat-peringkat di
Program ‘Second Honeymoon’ memberi kesan positif bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan.
pusat peranginan dalam negeri. “Kita memilih pulau bagi melaksanakan program ini kerana suasananya yang damai, tenang dan sesuai untuk memulihkan keadaan pasangan supaya mampu berfikir dengan baik tanpa gangguan pihak luar. Pada masa yang sama, kita menyediakan beberapa aktiviti dan slot
berguna kepada mereka dengan diawasi urusetia bertugas,” katanya. Untuk rekod, statistik perkahwinan di Terengganu bagi tahun 2004 sehingga pertengahan 2008 sejumlah 33,533 pasangan berkahwin telah didaftarkan, manakala seramai 5,365 jumlah pasangan telah bercerai.
4
1-15 April 2011
rencana
ANALISIS
Terengganu rancang jadi hab penerbangan Air Asia Pantai Timur Semenanjung Rancangan untuk menjadikan Terengganu sebagai hab penerbangan Air Asia bagi Pantai Timur Semenanjung adalah suatu langkah yang ke hadapan, terutama bagi menjana industri pelancongan di negeri ini. Hab merupakan tempat pertemuan atau berkumpul- bermakna apabila pusat berkumpul penerbangan Air Asia bagi Pantai Timur di Terengganu, bermakna Terengganu akan menjadi pintu masuk utama ke negeri-negeri Pantai Timur seperti Pahang dan Kelantan. Apatah lagi dengan kedudukan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang telah dinaikkan tarafnya sebagai lapangan terbang antarabangsa, sudah tentu apa yang dirancang oleh kerajaan negeri ini dengan sendirinya akan menjadikan LTSM maju dan terkemuka sehingga ke peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengesahkan bahawa Kerajaan Terengganu merancang menjadikan negeri ini hab penerbangan Air Asia bagi Pantai Timur Semenanjung. Beliau berkata, kerajaan negeri juga merancang mengadakan kerjasama dengan Air Asia bagi melatih anak Terengganu menjadi juruterbang dan jurutera. “Baru-baru ini, kita mengadakan rundingan dengan Air Asia bagi menjadikan Terengganu hab penerbangan Air Asia di sebelah Pantai Timur serta melatih anak Terengganu menjadi juruterbang dan jurutera. Rundingan seterusnya akan diadakan tidak lama lagi,” katanya. Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Kejohanan Terengganu World Invitational Jetrace Challenge (TWIJC) 2011 baru-baru ini. Kegigihan Dato’ Seri Haji Ahmad dalam menjadikan Terengganu maju di bidang pelancongan dan pada masa yang sama penglibatan anak Terengganu dalam sektor penerbangan adalah sebagai menyahut cabaran masa depan negeri ini untuk mampu bersaing. Memajukan Tasik Kenyir yang bakal menjadi Zon Bebas Cukai, dan pada masa yang sama memajukan bidang penerbangan Terengganu adalah satu pakej yang amat serasi ke arah menjadikan pelancongan sebagai sumber pendapatan baru dan utama Terengganu di masa akan datang. Semoga apa yang dirancang dan diimpikan itu menjadi realiti dan kita akan melihat Terengganu berada dalam lingkungan arus perdana Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.
Penaung
: YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.
Penasihat
: Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi
Pengarang
: Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi
Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media baru) Penolong Pengarang 2 : Aida Abd Rahman (Akhbar Teganukita) Wartawan
: Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin
Jurufoto
: Zulkipli Putra, Syed Abd Rahman & Harish Fadzilah
Pelatih
: Mohamad Shahrir, Raja Faisal
Pengendali Blog
: Harun Hassan
Oleh: RUSLAN ABD RAHMAN
Tidak siapapun boleh menafikan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semakin hampir. Tiga tahun sudah berlalu PRU ke-12 iaitu pada 8 Mac 2008. Salah satu perkara perlu dan memang pun menjadi kewajipan kepada setiap warganegara yang mencapai umur 21 tahun ke atas dan menetap di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia ialah mendaftar sebagai pengundi. Jangan ada yang berfikir undi mereka satu sahaja itu tidak penting, kerana bermula dari satu itulah menjadi puluh, ratus dan ribu. Bahkan dalam situasi sengit pilihan raya masa kini: satu, dua atau majoriti kurang dari 50 undi adalah penentunya. Di Terengganu pernah berlaku majoriti kemenangan hanyalah 27 undi, iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi pada PRU tahun 1995. Oleh itu, kepada generasi muda, mereka perlu sedar akan peranan sebagai pemilih dan mendaftarlah mulai dari sekarang dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Anda boleh pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran dengan membawa bersama Kad Pengenalan anda,- pastikan borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan simpan satu salinan Pusat pendaftaran ialah di pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara, Kaunter SPR melalui ‘Program Outreach’ dan terdapat juga pihak SPR melantik penolong pegawai pendaftar (sementara) untuk membantu proses pendaftaran sebagai pemilih ini. Difahamkan, seramai 1.9 juta atau 43 peratus daripada 4.3 juta pengundi yang layak mengundi, tetapi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga Mac lalu adalah orang Melayu. Mengikut statistik SPR, bukan Melayu yang belum mendaftar adalah
2012, PRU ke-13? Mengikut undang-undang negara Perdana Menteri boleh mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Ia sebagai ‘hak eksklusif’ seorang Perdana Menteri.
Rakyat tentu tidak sabar menunggu tarikh keramat PRU ke-13.
Anak kecil main api terbakar hatinya yang sepi air mata darah bercampur keringat bumi dipijak milik orang. Nenek moyang kaya-raya tergadai seluruh harta benda akibat sengketa di antara kita cinta lenyap di arus zaman. Indahnya bumi kita ini warisan berkurun lamanya hasil mengalir ke tangan yang lain kita kan merintih sendiri!!
1.7 juta dengan pecahan 1.3 juta atau 30.6 peratus daripada kaum Cina, diikuti India seramai 400,997 orang atau 9.3 peratus. Baki yang belum mendaftar adalah Bumiputera Sabah (249,891 atau 5.79 peratus), Bumiputera Sarawak (283,380 atau 6.1 peratus), Orang Asli (31,848 atau 0.74 peratus) dan lain-lain kaum (152,030 atau 3.53 peratus). Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf yang mendedahkan
statistik itu berkata, antara punca orang Melayu masih menjadi kumpulan terbesar belum mendaftar ialah kerana kurang rasa tanggungjawab menunaikan hak sebagai warga negara, tidak peka situasi politik tanah air dan gemar mendaftar pada saat akhir. “Itu trend yang dikesan oleh SPR. Kebanyakan rakyat kita, terutama belia Melayu kurang kesedaran mendaftar sebagai pengundi walaupun sudah berusia lebih 21 tahun. Biasanya, apabila menje-
lang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, barulah mereka sibuk mendaftar. Kalau daftar lambat dan kemudian berlaku pilihan raya, SPR tidak dapat mengesah dan mewartakan nama mereka dalam Daftar Pemilih terkini, menyebabkan mereka tidak dapat mengundi,” katanya baru-baru ini. Abdul Aziz juga berkata, sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga suku pertama tahun ini, jumlah pengundi yang berdaftar adalah 11.2 juta dengan 569,137 daripadanya pengundi baru. Daripada jumlah pengundi baru itu, 131,047 atau 23.03 peratus adalah kaum Cina, manakala kaum India 27,823 orang atau 4.89 peratus. Jumlah pengundi Melayu pula 355,805 atau 62.52 peratus, manakala Bumiputera Sabah 20,871 (3.6 peratus), Bumiputera Sarawak 27,104 (4.7 peratus), Orang Asli 2,378 dan lain-lain kaum 4,109. SPR mengakui lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas Pilihan Raya Umum 2008 Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mempastikan orang Melayu peka dengan masa depan mereka melalui undi atau pemilihan dalam pilihan raya, walaupun kita belum pasti bilakah PRU ke 13 akan berlangsung. Namun ramai membuat spekulasi ekoran tahap populariti kepimpinan negara sekarang dikatakan sudah mencecah paras 70 peratus dan berdasarkan beberapa perkembangan sosiopolitik semasa. Mengikut undangundang negara Perdana Menteri boleh mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Ia sebagai ‘hak eksklusif’ seorang Perdana Menteri. Apa pun, bersedialah kita untuk menghadapi pilihan raya umum bagi menentukan masa depan bangsa , anak cucu cicit kita. 1 Malaysia adalah rencana untuk masa depan yang terjamin semua kaum di negara ini.
1-15 April 2011
am
Oleh: Aida Abd Rahman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan pada 23 Mac lalu membuktikan Terengganu terus cemerlang apabila 17 pelajar diumumkan mendapat keseluruhan A+ dalam setiap subjek yang diambil berbanding hanya lima pelajar pada 2009. Seorang daripada pelajar cemerlang itu, Faizah Omar, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, Kuala Terengganu mempunyai kisah menarik untuk dikongsi bersama di sebalik kejayaannya memperolehi 11A+ dalam peperiksaan itu. Faizah yang ditemani ibunya, Farinah Tan Abdullah, 54, dari Kampung Teluk Pasu, Manir, ketika mengambil keputusan itu, berkata dia memberi tumpuan penuh dan berusaha dengan gigih dalam pelajaran tanpa mengikuti tuisyen di luar sekolah kerana yakin dengan sistem dan perancangan yang dilaksanakan pihak sekolah dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajarnya.
Anak yatim dan anak buruh antara 17 pelajar terbaik SPM
Empat pelajar berkongsi kejayaan selepas memperolehi keputusan cemerlang SPM
“Saya sentiasa mengikut arahan dan pesanan guru selain sentiasa meluangkan masa bertanya mereka. Selain tekun belajar, saya juga tidak lupa menyuburkan jiwa dengan solat hajat dan sentiasa mengamalkan surah Yasin
sebagai amalan harian,” kata anak bongsu daripada sembilan beradik itu. Dia yang menjadikan ibunya, seorang ibu tunggal sebagai sumber inspirasi dan dorongan utama untuk berjaya turut menghadiahkan kejayaan
itu buat wanita gigih yang sudah banyak berkorban demi membesarkan dia dan lapan adik beradik yang lain selepas kematian bapa akibat penyakit tumor 11 tahun lalu. “Kejayaan semua abang dan kakak dalam pelajaran dan kebanyakannya sudah menjawat jawatan yang baik dalam profesion masing-masing juga mendorong saya untuk meneruskan kesinambungan kejayaan itu,” katanya. Anak pertama dalam keluarga Faizah bekerja sebagai guru di Kelang, kedua pengurus besar (syarikat swasta), anak ketiga hingga kelima bekerja sebagai jurutera di syarikat korporat, keenam pelajar Universiti Teknologi Mara dan sedang menjalani praktikal
Tekstil negara Asean miliki keistimewaan tersendiri Simposium Tekstil Negara Asean ke-3 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terenggganu, menjadi medan penggiat tekstil dari seluruh negara Asean berkongsi teknologi dan elemen tekstil dari sudut seni berkaitan cara penghasilan serta pengekalan tekstil di rantau Asean. Malah, program itu juga bagi memastikan tekstil yang selama ini menjadi tradisi Asean akan terus hidup dan diminati generasi muda serta mengenal pasti bagaimana rantau itu berdepan dengan cabaran supaya tekstil mereka tidak pupus pada masa akan datang. Seorang peserta dari Indonesia, Essy Ediriono, 65, berkata, program simposium tekstil itu amat bagus dan lancar selain berasa kagum dengan tekstil tradisi yang terdapat di Malaysia dan juga Terengganu yang sememangnya mempunyai nilai estetika yang tidak terdapat di negara lain. Essy yang juga penggiat tekstil tradisi Indonesia Wastraprema, berkata tekstil tradisi seluruh negara Asean memiliki tarikan tersendiri dan hanya mampu diterokai hasil penggabungan idea serta pengalaman daripada mereka yang terlibat secara
5
langsung dan profesional dalam industri itu. “Saya bersama delegasi Indonesia amat berbesar hati dan pastinya mahu menyertai lagi program ini pada masa depan kerana banyak manfaatnya yang kami perolehi khususnya bagi mempertingkatkan lagi keseniaan tekstil yang terdapat di negara kami,” katanya. Wakil delegasi Vietnam, Ma Ngoc Dung, 56, pula berharap kesenian dan ketulenan produk tekstil negara mereka mampu berkembang ke seluruh negara Asean dan mampu mencetus inovasi baru bagi meningkatkan lagi pasaran produk itu ke negara luar. “Setiap negara kaya dengan budaya dan kesenian produk tekstil tradisi yang boleh diketengahkan lagi kepada seluruh dunia. Melalui simposium ini, kami berharap semua pencipta tekstil mendapat pengalaman berharga,” katanya. Beliau yang juga Penolong Pengarah Muzium Kebudayaan Kumpulan Etnik Vietnam gembira apabila berpeluang berkunjung ke Malaysia dan Terengganu khasnya kerana bukan hanya dapat melihat keunikan produk tekstil tempatan,
ESSY
DUNG
MOHD NOR
Pengunjung melihat evolusi tekstil yang dipamerkan.
tetapi juga merasai kelaianan budaya negera jiran. Rakan senegara Ma Ngoc, Vang Thi Mai, 47, juga berkongsi pendapat yang serupa apabila melihat simposium dua hari itu sebagai peluang yang sangat baik untuk peserta yang terdiri daripada penggiat tekstil berhimpun dan mencapai kata sepakat bagi menaikkan lagi tahap keseniaan itu. Pengusaha tekstil tempatan, Nor Atikah Songket, Mohd Nor Ashari, pula berkata program yang melibatkan peserta negara Asean
itu menjadi landasan terbaik mencetus idea baru sejajar dengan evolusi teknologi dan perkembangan penggunaan tekstil di setiap negara. “Penganjuran simposium oleh pihak Kerajaan Terengganu, Terengganu Institute of Design Excellence (TiDE) dan badan yang terlibat sangat wajar dan dihargai kerana mencetus usaha pemuliharaan tekstil merentasi sempadan negara dan rantau Asean,” katanya yang sudah terlibat dalam industri itu lebih 40 tahun lalu.
di Hospital Selayang, ketujuh pelajar perubatan (Universiti di Poland) dan kelapan belajar di Universiti Perguruan Sultan Idris. Sementara ibu Faizah, Farinah berkata selain didikan agama dan sentiasa mendekati anakanaknya untuk memberi perangsang mereka belajar dengan baik, dia juga tidak pernah memberikan sebarang ganjaran apabila anak-anaknya menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. “Saya tidak pernah memberikan sebarang habuan atas kejayaan anak-anak. Mereka buat dengan gigih dan ikhlas,” katanya sambil merujuk hadiah komputer riba yang baru diterima Faizah daripada Menteri Besar sebagai anugerah beriku-
tan kecemerlangan dalam peperiksaan itu. Nur Zulaikha Ismail, juga pelajar SMKA Tok Jiring yang turut mendapat 11A+ serta muncul antara pelajar terbaik SPM 2010 seluruh negara. “Saya tetapkan azam dan tekad untuk berjaya demi menggembirakan kedua-dua ibu bapa. Bapa, Ismail Othman, 52, bekerja sebagai buruh di Kilang Papan Wakaf Tengah, sementara ibu, Rudina Awang, 48, hanya seorang surirumah. “Saya tidak mahu menjadikan kesusahan hidup sebagai penghalang kejayaan dan menganggap kekayaan bukanlah cagaran untuk menempa kejayaan. Saya juga bertekad untuk membaiki kehidupan dan keluarga pada masa depan,” katanya.
Terengganu perintis `Manual Keluarga Terengganu’ Terengganu muncul sebagai negeri perintis yang memperkenalkan buku panduan `Manual Keluarga Terengganu’ yang bakal diedarkan secara percuma kepada setiap keluarga sebagai usaha membentuk keluarga berkualiti dan cemerlang. Buku panduan yang disediakan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dijangka diedarkan pada penghujung tahun ini kepada setiap keluarga. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, YB Yahya Khatib Mohamad, berkata program baru mewujudkan satu manual lengkap bagi setiap keluarga di negeri ini bertujuan memberi rujukan ke arah kecemerlangan hidup. “Kita sediakan panduan kepada keluarga dan ibu bapa khususnya, supaya mereka mendapat input berguna daripada risalah atau buku yang kita hasilkan kelak. Sekurang-kurangnya
mereka boleh membentuk hubungan kekeluargaan yang baik, lancar dan sihat. “Kita yakin, apabila berjaya membentuk keluarga cemerlang, pastinya kita dapat mengurangkan gejala sosial serta jenayah yang banyak membantutkan usaha pembangunan negeri mahupun negara amnya,” katanya kepada Teganukita dalam satu wawancara khas, di pejabat beliau, baru-baru ini. Beliau berkata, buku yang sedang dalam proses penyusunan itu akan menjurus kepada banyak skop kekeluargaan yang merangkumi usia awal kelahiran sehinggalah dewasa mengikut acuan Islam dan gaya hidup yang sihat. YB Yahya berkata, penerbitan buku panduan itu juga antara fokus utama portfolio beliau yang menumpukan kepada pengukuhan dan pengupayaan ke arah melahirkan masyarakat seimbang serta cemerlang.
6
1-15 April 2011
rencana
BUDAYA
EKONOMI
Oleh: Aida Abd Rahman Terengganu menjadi negeri paling layak mewakili Malaysia sebagai tuan rumah yang mengetengahkan kesenian tekstil negara-negara Asean di bawah satu bumbung kerana negeri ini menjadi lokasi menghimpunkan pencipta tekstil tradisi terutama batik serta songket yang tersohor di rantau ini. Presiden Asean Traditional Textiles Art Community (Aseanttac), Prof Sulaiman Abdul Ghani, berkata pemilihan Terengganu tepat dan memang wajar kerana negeri ini terkenal sebagai negeri pengeluar batik dan songket, selain berhasrat menjadi pusat pembangunan tradisi tekstil di Asia. “Kita berharap dengan berkumpulnya pencinta dan pejuang tekstil dari seluruh negara Asean dan juga rakan negara Asean seperti Jepun, Korea, Kanada, Hong Kong dan Australia menjadi suatu pengiktirafan dan memberi penghormatan kepada kerajaan Terengganu sebagai wilayah tekstil di pesisir Malaysia. “Harapan kita juga supaya penganjuran ini dapat menarik penglibatan lebih ramai generasi muda kerana tekstil tradisi ini banyak diperjuangkan oleh generasi lama dan keseniaan ini harus diperturunkan supaya erus hidup dan bernafas daripada satu generasi ke satu generasi,” katanya dalam sidang media sempena Simposium Tekstil Negara Asean ke-3, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, barubaru ini. Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera. Turut hadir, Pengarah Eksekutif Asean Foundation, Dr Makarim Wibisono. Sebanyak 15 negara berkampung sempena program dua hari yang menghimpunkan 330 peserta negara Asean seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand, Myanmar, Laos dan Vietnam, selain negara sokongan Asean seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea, Hong Kong dan Australia. Malaysia terpilih sebagai tuan rumah selepas simposium pertama kali diadakan di Jakarta, Indonesia pada 2005 dan di Manila, Filipina pada 2009. Prof Sulaiman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Institute of Design Excellence (TiDE) berkata,jika dahulu kain corak tradisi hanya terhad kepada pemakaian sebagai sarung dan baju sahaja. Bagaimanapun, katanya pe-
Kilang kelapa sawit dan baja Sungai Tong, Setiu. Simposium Tekstil Negara Asean ke-3, di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu menghimpunkan pencipta tekstil tradisi dari seluruh negara Asean.
Terengganu wilayah tekstil tradisional
Peserta simposium tidak ketinggalan mempamerkan ciptaan mereka.
Terengganu berhasrat menjadi pusat pembangunan tradisi tekstil di Asia.
rubahan masa dan inovasi hari ini menuntut supaya generasi muda melihat tekstil tradisi bukan hanya untuk generasi terdahulu, sebaliknya perlu mengolah menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan busana dalam gaya kontemporari, selain mereka cipta sebagai cenderahati dan juga produk hiasan dalaman. Menurut Prof Madya Sulaiman, objektif simposium itu
antara lain untuk berkongsi teknologi dan elemen tekstil dari sudut seni berkaitan cara penghasilan serta pengekalan tekstil di rantau Asean. “Semua penampilan tekstil yang ditonjolkan setiap negara mempunyai keunikan tersendiri dan batik Malaysia juga ada kelasnya yang tersendiri. Malah kebanyakan negara Asean seperti Filipina, Thailand dan Indonesia kaya dengan tenunan masing-masing tetapi songket di Terengganu juga hebat kerana tidak terdapat di tempat lain. “Hasil perhimpunan ini juga mampu menukar pengalaman dan pendapat di kalangan peserta, sekaligus mampu meningkatkan inovasi terhadap penghasilan songket Terengganu serta tenunan dari seluruh negara Asean dari semasa ke semasa,” katanya.
Kilang baja Bio-Organik mampu jimat kos RM10 juta Oleh: Suriati Ali Pembinaan Kilang Baja Bio-Organik, di Sungai Tong, Setiu, mampu menjimatkan kos import berjumlah RM10 juta setahun selain dapat membantu menangani isu pembuangan sisa tandan kosong dan `effluent’ yang dihadapi sebelum ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kilang milik TDM Berhad melalui TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP) beroperasi awal bulan Mei tahun lalu, mampu mengeluarkan 24,000 metrik tan setahun atau 2,000 metrik tan sebulan untuk menghasilkan Baja Bio-Organik. Katanya, setiap tahun TDMP memerlukan peruntukan sebanyak RM60 juta setahun untuk mengimport bahan itu dari luar negara. Apabila syarikat ini mampu menghasilkan sendiri baja, ia mampu menjimatkan kos sehingga RM10 juta setahun. “Kerajaan negeri bangga dengan pencapaian ini kerana bukan saja mampu menaikkan imej pengurusan estet malah dapat menjimatkan wang dan menghasilkan buah kelapa sawit berkualiti serta bermutu tinggi. “Pembinaan kilang pertama yang bernilai RM3.4 juta ini,
nyata mampu menangani isu kos pelupusan tandan kosong dan effluent yang tinggi selain dapat mengawal pencemaran alam dan menguruskan sisa buangan ladang. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kilang Baja Bio-Organik dan Medan Infodesa, di perkarangan Kilang Baja BioOrganik Sungai Tong, Setiu, baru-baru ini. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris, Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee, Pengerusi TDM Berhad,Datuk Haji Roslan Awang Chik dan beberapa pegawai kanan kerajaan. Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu, kilang seumpama ini bakal dibina di Kemaman dalam tempoh terdekat, kos mengenainya masih dalam perancangan. “Struktur bangunan mungkin lebih besar berbanding kilang di Sungai Tong kerana di daerah itu mempunyai ladang kelapa sawit yang lebih luas. “TDM Berhad turut mempunyai ladang kelapa sawit seluas 40,000 hektar di kalimatan, Indonesia, yang dijangka mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh terdekat,”katanya.
Baja Bio-Organik yang dihasilkan di kilang Baja Bio-Organik Sungai Tong, Setiu.
1-15 April 2011
am
Oleh: Kamarudin Mat Akib Kerajaan negeri akan mewujudkan jelapang padi baru di daerah Marang membabitkan kawasan seluas 600 hektar bagi menampung keperluan penduduk negeri ini. Tanah yang sesuai bagi tujuan itu sudah dikenalpasti dan pihak berkenaan diarah menentukan kos bagi membolehkan kerjakerja menyediakan prasarana dilaksanakan di kawasan berkenaan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jelapang padi baru akan mula dibuka pada tahun 2013, selepas semua kawasan jelapang padi yang dirancang di Kampung Mak Jintan, Setiu, sudah ditanam dengan tanaman padi yang menjadi makanan asasi penduduk tempatan. Beliau berkata, sehingga ini 400 hektar daripada tanah seluas 600 hektar yang dirancang untuk ditanam padi di Jelapang Padi Setiu, sudah ditanam dan mula mengeluarkan hasil 3.5 metrik tan hingga 4 metrik tan bagi setiap hektar.
“Kita jangkakan setelah jelapang padi baru di kawasan Jenang, Marang ini dibuka, tanaman padi di seluruh negeri ini akan mampu menampung keperluan penduduk tempatan,” katanya pada sidang media selepas majlis pengagihan e-Book kepada pelajar Tahun 5 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, di Sekolah Kebangsaan Paya Resak, baru-baru ini. Jelapang padi Setiu yang dirancang bagi menambah bekalan beras di negeri ini, dimulakan pada 1 Mei 2009 apabila kerja-kerja menabur benih dimulakan di mana pada peringkat awal ia hanya membabitkan 78 peserta dengan keluasan tanah 73 hektar. Menteri Besar hadir sendiri ke Kampung Mak Jintan beberapa bulan selepas itu apabila padi mula menguning, untuk menuai hasil pertama menggunakan jentera penuai padi moden. Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM48 juta bagi menyediakan pelbagai prasarana di kawasan Jelapang Padi Set-
Jelapang padi 600 hektar di Marang
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kini sedang menjejaki pemilik asal bangunan di Kampung Cina bagi tujuan mendapatkan kelulusan untuk menjalankan kerja pengubahsuaian bagi mengindahkan bangunan warisan di situ. Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBKT, Encik Zakaria Abdullah, berkata kesukaran menghubungi pemilik asal
hamad Ali Mohamed, berkata sebelum ini maktab itu memenangi pelbagai anugerah reka cipta peringkat kebangsaan, termasuk pingat emas pertandingan Reka cipta & lnovasi UiTM Terengganu 2010, pingat perak Ekspo Kreativiti & Inovasi Universiti Malaya 2010 dan tempat kedua (kategori sekolah) Pertandingan Rekaan Malaysia 2010. Beliau berkata, pihaknya sentiasa menghantar penyertaan setiap kali diadakan pertandingan reka cipta peringkat kebangsaan bagi menggalakkan pelajar mengetengahkan rekaan mereka. Katanya, kecemerlangan pelajar bukan diukur berdasarkan kejayaan ak-
Murid Tahun 5 kawasan DUN Bukit Payong bersama e-Book masing-masing selepas majlis penyerahan e-Book oleh Menteri Besar Terengganu.
iu, termasuk pembinaan saliran lain bagi membolehkan petani menanam padi dua kali setahun. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, selepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menentukan kos
pembinaan prasarana di kawasan jelapang padi baru itu, kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan yang sesuai, bagi melaksanakan segera projek berkenaan. Projek jelapang padi
di Setiu menggunakan modul tanaman padi di Sekinchan, Selangor, yang merupakan kawasan pengeluaran padi utama negara dan hasilnya lebih tinggi berbanding daerah lain seluruh negara.
ademik saja, tetapi ia lebih bermakna jika disertai dengan kejayaan mereka menggunakan pemikiran bagi mencipta perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada masyarakat. Bagi tujuan itu, MRSM Kuala Terengganu memberi galakan kepada pelajar merekabentuk dan mencipta alat-alat yang boleh memberi faedah kepada orang ramai berdasarkan daya kreativiti masing-masing. Antara reka cipta termasuk mesin (alat) mencabut kemuncup, alat amaran paras banjir dan alat penyejuk ‘hibiscus’. “Kesungguhan pelajar terbalas kerana boleh dikatakan mereka akan menang sama ada pingat
Pelajar MRSM KT yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Guru yang merupakan arkitek kejayaan membanggakan buat MRSM KT.
emas atau perak dalam setiap penyertaan itu,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, MRSM Kuala
Terengganu mencatat sejarah apabila mendapat tempat kesembilan daripada keseluruhan 38 MRSM di seluruh negara, dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
MBKT jejak penghuni asal Kampung Cina bangunan itu menyebabkan pihaknya tidak dapat melaksanakan kerja pengubahsuaian dalam tempoh terdekat. Katanya, ada kalangan pemilik asalnya sudah pun meninggal dunia dan berpindah ke tempat lain termasuk kembali ke China. Sehubungan itu, katan-
Kesal tindakan pengusaha chalet
HAJI WAN ABDUL HAKIM
MRSM KT cipta nama peringkat antarabangsa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila pelajarnya memenangi pelbagai kejohanan dan pertandingan reka cipta. Terbaru, pelajarnya, Muhammad Amiruddin Razali, 17, yang mewakili pasukan ragbi kebangsaan, muncul johan Kejohanan Ragbi Sekolah Antarabangsa 2011, yang diadakan di Thailand, baru-baru ini. Seorang lagi pelajarnya, Faiz Fahmi, turut menerima anugerah kepimpinan antarabangsa apabila menyertai Program Pertukaran Pelajar dan Belia Asia-Timur Jepun 2010. Pengetua MRSM Kuala Terengganu, Encik Mo-
7
ya MBKT akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak terlibat bagi mencari alternatif terbaik bagi menangani masalah itu. “Sebarang kerja pengubahsuaian bangunan itu perlu mendapat kebenaran pemilik asal sebelum sebarang tindakan diambil. Malah, hampir semua
bangunan di situ adalah bangunan lama serta setiap lot dimiliki ramai pemilik,” katanya. Oleh itu, pihaknya perlu mendapatkan kebenaran atau tandatangan daripada setiap penama yang terdapat pada lot-lot berkenaan. Pada masa yang sama, beliau meminta penduduk
yang masih menetap di stu supaya mengambil inisiatif sendiri untuk memperindahkan bangunan mereka. “Dalam usaha memperelokkan bangunan itu, pada masa yang sama mereka perlu tetap mengekalkan keunikan warisan yang ada di situ,” katanya.
Kerajaan Terengganu kesal dengan tindakan segelintir pengusaha chalet terutama di pulau-pulau di negeri ini yang bersikap lepas tangan dalam menangani pelbagai isu terutama berkaitan alam sekitar dan kebersihan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, YB Haji Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, berkata mereka perlu bertanggungjawab membersihkan kembali sampah sarap atau sisa makanan apabila selesai menganjurkan sebarang aktiviti. “Sebagai contoh, terdapat pengusaha chalet di negeri ini yang ingin menjadikan makanan laut sebagai hidangan kepada tetamu, tetapi membiarkan sisa makanan seperti kepala dan organ dalaman ikan bertaburan di tepi pantai selepas menyiangnya. “Sikap seperti itu bukan saja boleh mencemar pulau malah secara tidak langsung akan meninggalkan kesan buruk terhadap pemikiran pelancongan yang bermungkinan,” katanya. Pada masa sama semua pihak termasuk kerajaan negeri, pengusaha hotel, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami tempiasnya akibat kekurangan pelancong. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Forum Pelancongan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, barubaru ini. Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Fathil Ghani, Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Wan Supian Wan Ishak dan beberapa pegawai kanan kerajaan.
8
1-15 April 2011
MB teruskan tradi Oleh: Suriati Ali dan Hazwan Roslee Gambar oleh Hazwan Roslee Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meneruskan amalan `turun padang’ apabila memilih untuk melawat beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, barubaru ini bagi mendekati dan menyelami masalah penduduk setempat. Turut menyertai Program Lawatan Sehari Mesra Rakyat DUN Sura itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Datuk Haji Za’abar Mohd Adib; Pegawai Pembangunan DUN Sura, Datuk Rosli Mat Hassan dan beberapa pemimpin tempatan.
Dato’ Seri Haji Ahmad sempat meninjau keadaan pesisiran Pantai Teluk Lipat yang terhakis, merasmikan Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Dungun dan memberi sumbangan atap biru kepada seorang penduduk Kampung Nibong. Sebagai tanda keprihatinan dan pemimpin cakna rakyat, beliau turut meluangkan masa melawat penduduk yang uzur dan menghulur sedikit sumbangan. Dalam tinjauan di Pantai Teluk Lipat, Menteri Besar meluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi membina benteng penahan ombak Beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju membina tiga lagi benteng berkenaan sebagai tam-
1-15 April 2011
disi turun padang bahan kepada dua benteng sedia ada yang setiap satu bernilai RM500,000. Sebahagian besar pantai kini semakin teruk diancam hakisan dan pembinaan benteng itu merupakan langkah sementara memandangkan kos untuk membina benteng pemecah ombak kekal memerlukan kos kira-kira RM150 juta. “Langkah berkenaan adalah bagi menangani segera hakisan yang berlaku sementara menunggu permohonan yang dibuat kepada Kerajaan Pusat bagi membina benteng tersebut,” katanya. Sewaktu merasmikan bangunan milik JKR, Dato’ Seri Haji Ahmad meminta kakitangan kerajaan supaya tidak menjadi `duri dalam daging’ dan tidak pernah berterima kasih serta bersyukur di atas
apa yang dilakukan kerajaan. Beiau berkata, mereka sepatutnya berusaha keras membantu kerajaan melaksanakan semua agenda pembangunan yang dirancang dan bukannya bertindak ‘menikam’ kerajaan dari belakang dan menghasut rakyat. “Sepatutnya mereka dapat memberikan khidmat yang terbaik bagi membantu rakyat menyelesaikan setiap masalah yang ada sekaligus dapat menguatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan,” katanya. Dato’ Ahmad juga berkata, terdapat segelintir kakitangan kerajaan bertindak mensabotaj agenda pembangunan yang dirancang kerajaan dan sekiranya mereka ini tidak berpuas hati serta menjadi ‘gunting dalam lipatan’, mereka perlu meletak jawatan.
9
10
1-15 April 2011
TURUN PADANG Oleh: Esah Abdullah Program kepenggunaan, projek pengedaran barang perlu, kempen banteras aktiviti cetak rompak, program bestari program Tukar dan Atom, kempen kesedaran dan sembang pengguna antara projek tumpuan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu (PPDNKKT) sepanjang tahun. Kumpulan sasar adalah rakyat jelata khusus golongan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman yang sukar atau lambat mendapat info terhadap isu kekurangan bekalan dan kenaikan harga barang keperluan harian. Timbalan Pengarah PPDNKKT, Encik Abdul Ghani Harun berkata ‘turun padang ‘ bukan perkara baru kerana sudah menjadi tanggungjawab sosial PPDNKKT untuk menangani sebarang permasalahan pengguna di samping mengadakan aktiviti kesedaran masyarakat pengguna di
SERIKANDI
rencana
PPDNKKT laksana tanggungjawab sosial tangani masalah pengguna
bandar dan luar bandar. “Jabatan akan pastikan peniaga sentiasa menjalankan perniagaan beretika supaya amalan perdagangan semasa dilihat konduktif di samping menyedarkan pengguna mengenai hak-hak mereka ,” katanya. Menurutnya, beberapa tindakan dilaksanakan bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barangan tidak dinaikkan sesuka hati oleh peniaga. Justerus, pemantauan fizikal dilakukan setiap hari di pasar awam, pasar tani, pasar malam, kedai runcit, pasar raya dan hypermarket di seluruh daerah di negeri ini. Mendapatkan maklumat mengenai harga barang kawalan secara terperinci
di peringkat pengedar dan pemborong serta pemeriksaan secara berkala dan mengejut ke premis perniaga untuk memastikan tiada ruang bagi mereka menipu pengguna. Selain itu, PPDNKKT akan membuat pemeriksaan segera ke atas aduan yang diterima yang disusuli khidmat nasihat dan peringatan termasuk mengambil tindakan ke atas peniaga yang tegar. Sepanjang tahun ini PPDNKKT akan membelanjakan RM390,000 bagi melaksanakan projek dan program kepenggunaan melalui pelbagai pendekatan termasuklah ceramah, pameran, agihan pamplet, sembang pengguna dan sebagainya. Sehubungan itu, projek
PPDNKKT sentiasa menganjurkan program sosial bagi menangani masalah rakyat.
pengedaran barang perlu, projek penyeragaman harga LPG dan program komuniti drumming yang dilaksana sebelum ini akan ditambah beberapa lokasi baru seperti di Pulau Per-
hentian dan Sungai Sayap, Keruak, Besut, Mukim Pasir Raja, Hulu Terengganu dan Pulau Redang, Kuala Terengganu. “Projek ini berkonsepkan satu harga satu item
Hajah Masnah cekal tuntut ilmu Gambar oleh: Amirullah Othman
Oleh: Suriati Ali Ilmu cukup penting bagi diri setiap insan, tanpa ilmu kehidupan seseorang itu akan hanyut dan tiada pengertian hidup. Menyedari hakikat itu, Hajah Masnah Awang, 60, tidak pernah kenal erti jemu dan penat sematamata ingin memenuhi ilmu di dada selagi masih terdaya dan mampu melaksanakannya. Hasilnya, beliau yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang pernah dinobatkan sebagai johan qariah sewaktu Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sekitar 1999. Beliau kini berkhidmat sebagai guru al-Quran dan mengajar di beberapa buah masjid dan surau sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Marang. Antaranya termasuk Masjid Kampung Rawai, Masjid Alor Limbat, Masjid Jerong Tuan, Surau Kg.Pasir Tinggi dan tidak ketinggalan kelas al-Quran di Pejabat Agama Daerah Marang. Hajah Masnah tidak lokek mencurahkan ilmu kepada sesiapa saja yang ingin mendalami al-Quran, setiap kali mempunyai kelapangan, rakan sekam-
barang perlu dan pengedarannya adalah untuk menyamarataan harga di setiap pelusuk daerah dan kampung agar mereka dapat merasai satu harga yang seragam antara bandar dan luar bandar,” katanya. Katanya, jabatan turut menanggung kos perkhidmatan pengangkutan sepenuhnya untuk membawa masuk barangan berkenaan ke kawasan yang dikenalpasti . Melalui pelbagai pendekatan berkenaan jabatan menaruh harapan akan dapat meningkatkan ilmu kepenggunaan kepada golongan sasar dan seterusnya mentranformasikan mereka sebagai pengguna bijak.
HAJAH MASNAH
pung, anak dan cucu sentiasa berdamping untuk memperdengarkan bacaan masing-masing. ”Saya cukup gemar, jika ada mana-mana individu terutama golongan belia ingin mempelajari ilmu agama dan membetulkan bacaan al-Quran. ”Kita sebagai insan dan umat Islam tidak perlu berasa segan untuk mempelajarinya, kerana cukup besar ganjaran dan syafaatnya ,” katanya. Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Rawai, Marang dikurniakan lapan cahaya mata dan 19 orang cucu hasil perkahwinan dengan suami Haji Wahab Ismail yang sudahpun kembali ke Rahmatullah. Mula menyertai majlis tilawah al-Quran sejak 1985 hingga 2004. Dalam
Walaupun sibuk menimba ilmu, Masnah tetap mengutamakan keluarga tercinta.
”Kita sebagai insan dan umat Islam tidak perlu berasa segan untuk mempelajarinya, kerana cukup besar ganjaran dan syafaatnya “
tempoh itu, sebanyak tujuh kali menyandang juara peringkat Daerah Marang. Kejayaan paling manis sepanjang melibatkan diri dalam ujian tilawah apabila berjaya menjadi johan dalam Majlis Tilawah AlQuran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 1999. Katanya, kejayaan besar ini dianggap anugerah yang cukup istimewa. Oleh itu dia cukup terhutang budi dengan guru
Dato’ Hajah Rogayah Sulong, Dato’ Haji Hassan bin Azhari, Dato’ Syeikh Ismail bin Muhamad, Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail dan Haji Jusoh bin Ismail yang telah banyak meberi tunjuk ajar dan teguran. ”Tanpa mereka mungkin saya tidak mampu meraih kejayaan yang cukup besar dan istimewa ini,” katanya yang turut menyandang sebagai Pengerusi Biro Agama
Pergerakan Wanita Umno Bahagian Marang,” katanya. Segala jasa dan sumbangan Hajah Masnah dalam memartabatkan al-Quran turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan dengan menganugerahkan beberapa pingat antaranya Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada tahun 1997 dan Ahli Mahkota Terengganu (AMT) pada tahun 2000.
rencana
MIMBAR
1-15 April 2011
11
BISNES
Textra memenuhi hobi pemancing tanpa mengira golongan.
Textra tawar pakej kepada kaki pancing Oleh: Suriati Ali Textra menawarkan pakej istimewa kepada kaki pancing Syarikat milik Bumiputera, Textra Enterprise (Textra) menawarkan pelbagai kelebihan kepada ahli kelab Kolam Pancing Textra (KPT) setiap kali memenuhi hobi masingmasing di kolam ikan air tawar Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payong, Marang. Setiap enam kali memancing dengan pakej RM20 untuk tiga jam diberi percuma satu kali memancing, jemputan memenuhi pelbagai aktiviti KPT termasuk bermain futsal, badminton, boling dan barbeku (BBQ). Kelebihan lain, menyertai trip KPT memancing di Tasik Kenyir, pelbagai pantai dan mencandat sotong di laut. KPT dibuka setiap hari kepada orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam, manakala Khamis, Jumaat dan Sabtu dibuka selama 24 jam itu sememangnya mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada kaki pancing tempatan dan luar Terengganu. Pengurus Textra, Encik Muhammad Irewan Abd Jalil, berkata KPT yang diusahakan bersama rakan kongsi Muhd Rumzi Abdullah awal tahun lalu
bukan saja dibuka di kalangan ahli sahaja malah kepada pelbagai kaum dan peringkat umur boleh memancing di lokasi ikan air tawar itu. Katanya, kebiasaannya seramai 70 hingga 100 pemancing akan mengunjungi KPT pada setiap hari dan bilangan tersebut akan bertambah apabila tiba cuti sekolah dan hujung minggu. “Kami cukup gembira dan berpuas hati sekiranya dapat melihat reaksi gembira dan sorakan pemancing ketika merasai sentapan dan henjutan pelbagai spesies ikan air tawar yang mengena joran. “Perniagaan yang ditawarkan syarikat kami cukup berbeza, kerana setiap ikan yang berjaya dipancing boleh dibawa pulang tanpa mengenakan sebarang syarat walaupun berjaya memperoleh berat ikan melebihi puluhan kg setiap hari,” katanya. Muhd Rumzi berkata, pelbagai jenis ikan seperti rohu, pacu, patin, siakap, keli, baung dan ubi dengan anggaran berat 500 kilogram (kg) hingga 1,000 kg yang dibeli daripada Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC), dilepaskan pada setiap minggu dan kesemua ikan itu dibiarkan lapar. “Langkah itu membuatkan kaki pancing lebih
ghairah dan bersemangat untuk memenuhi hobi masing-masing kerana ikan mudah terkena pancing,” katanya. Textra turut menawarkan pakej memancing secara berkumpulan, kelab, persatuan dan badan berkanun; pertandingan Cabaran Raja Kolam secara bersiri semata-mata mahu menarik lebih ramai pemancing. Pendekatan lain membuka peluang kepada orang
ramai dan kaki pancing untuk menyertai Kelab Pemancing Tegar yang kini mempunyai 60 ahli tetap. Pada masa sama, pelbagai jenis anak benih ikan air tawar dibekalkan kepada pengusaha kolam tempatan, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC), Jabatan Perikanan Negeri, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Pertubuhan Pelandang (LPP) negeri.
Hasil tangkapan lumayan pasti membuatkan kaki pancing puas.
12
1-15 April 2011
IKON Oleh: Aida Abd Rahman Tangannya yang keras dan berkematu dihulur kepada anak seorang demi seorang sebagai tanda merestui langkah anak ke sekolah bagi menimba ilmu yang diharapnya akan menjadi bekalan masa depan. Walau penat dan mata pencarian yang seringkali terbantut sehingga berbulan lamanya apabila musim hujan, Ismail Othman, 52, tidak pernah kesal kerana sumber pendapatan sebagai pemotong kayu di kilang kayu tidak jauh dari rumahnya itulah yang memberikan makan, sekolah dan pakai mereka anak beranak. Dengan sokongan isteri, Rudina Awang, 48, mereka akan memastikan segala urusan persekolahan anak-anak berjalan lancar. Desakan hidup ketika semua anak-anak masih kecil dan bersekolah ketika itu menyebabkan mereka kadangkala terpaksa menebal muka berhutang. Demikian kisah silam kira-kira 10 tahun lalu yang pergi dengan hikmah berharga b u a t 1 3 beranak yang tinggal d i perkampungan nelayan Pantai Batu Rakit, Kua-
rencana
Kesusahan lalu azimat kejayaan Nur Zulaika la Terengganu. Segalanya kini berubah dan sebahagian besar anak pasangan itu berjaya dalam kerjaya dan pelajaran masing-masing. Kebahagian berganda buat pasangan itu, apabila anak kelimanya, Nur Zulaikha, 18, diumumkan sebagai pelajar terbaik negeri dan juga antara dua pelajar terbaik dari Terengganu di peringkat kebangsaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan baru-baru ini. Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Tok Jiring itu sejak kecil lagi sudah menyerlahkan potensi dalam pelajaran. Mana tidaknya, sejak pra sekolah lagi, Nur Zulaikha sukar berenggang dengan buku, malah tidur pun kadangkala bersama buku-buku ilmiahnya. Bermula daripada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dengan keputusan cemerlang 5A, Penilaian Menengah Rendah dengan keputusan 9A, gadis yang meminati subjek Biologi itu meneruskan kelestariannya apabila menepati sasaran guru dan rakan sebaya dengan keputusan 11A+ dalam SPM. Bercita-cita menjadi doktor dan mahu merealisasikan hasrat ibu bapa serta bekas guru sekolah rendahnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Rakit, yang mahu melihat dia menjadi anak
kampung pertama bergelar doktor dalam tempoh beberapa tahun lagi kian menguatkan keazaman bagi mencapai impian itu. “Hasrat saya untuk menjadi doktor pakar mata, hidung dan mulut suatu masa nanti dan dapat berkhidmat kepada orang kampung juga kepada keluarga tercinta, “ katanya yang ditemui Teganukita di rumahnya, baru-baru ini. Dalam pertemuan yang turut ditemani kedua orang tuanya, Nur Zulaikha dalam nada merendah diri tidak mahu mendabik dada dengan kejayaannya dan berharap Allah s.w.t akan memberikannya kemudahan bagi merealisasikan hasrat itu kelak sekaligus mampu meneruskan kesinambungan kejayaan ketika bergelar graduan pula. Dia yang mahu melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran di luar negara walaupun mendapat tawaran dan pembiayaan penaja, menganggap kejayaan yang digenggamnya kini hasil didikan dan cara hidup daripada kedua orang tuanya yang sentiasa mengambil berat dan tegas. Berkongsi kejayaan dalam SPM, dia menjadikan buku sebagai rakan baiknya, selain sering bertanya rakan sebaya dan mengadakan perbahasan bagi Gambar oleh: Zulkipli Putra
Nur Zulaikha yang digelar ‘ulat buku’ tersenyum puas selepas namanya sebaris pelajar terbaik SPM 2010 seluruh negara di mana kedua ibu bapanya menjadi pendorong untuk mengukir kejayaan setinggi itu
BAKTI JKKK
Kampung Tok Pong dalam lokasi `panas dingin’
MAT GHANI
Oleh: Esah Abdullah Keharmonian dan kesepakatan di kalangan masyarakat tetap menjadi agenda utama penduduk Kampung Tok Pong, biar pun ianya dilihat sebagai kawasan ‘panas dingin’ oleh luar luar. Lokasi kampung ini hanya 16 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu termasuk berada dalam kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Parlimen Marang. “Walau pun saya sedar lebih separuh daripada 300 buah rumah dengan kepadatan penduduk 950 orang ini penyokong pembangkang, tapi saya layan mereka sama rata,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tok Pong, Encik Mat Ghani Saud, 47. Apa saja bentuk bantuan dari kerajaan barisan Nasional (BN) yang sampai ke kampung ini akan diberi sama rata kerana kebanyakan penduduk di sini bekerja sendiri sama
ada tanam sayur dan padi serta kerja kontrak. “Perancangan dalam kampung tetap berjalan seperti biasa dan setiap ada majlis, saya jemput semua orang tidak kira fahaman politik dan Alhamdulillah mereka memberi kerjasama baik,” katanya kepada Teganukita. Katanya, aktiviti membabitkan penduduk seperti gotong royong bersih kawasan kediaman diadakan tiga bula sekali, kelas memasak untuk suri rumah setiap minggu dan majlis bacaan yasin diadakan di surau tetap mendapata sambutan menggalakkan. “Saya pilih jalan tengah dan tidak suka mencampuradukkan politik melampau, kerana kiri kanan semua saudara sesama Islam,” katanya yang baru dua tahun menjadi ketua kampung. Katanya, memang sukar tetapi itulah yang harus saya lakukan biarpun kadang-kadang terguris juga hati bila bantuan yang diberi dibalas dengan kata-kata yang menyingung perasaan tapi sebagai ketua dalam kampung kita perlu banyak bersabar.
menyelesaikan kesulitan dalam satusatu mata pelajaran. “ Tidak perlu menunggu lama untuk menyelesaikan masalah dalam pelajaran, ambil pendekatan proaktif dan fokus dalam kelas tanpa membebankan otak dengan perkara tidak berfaedah. Pada masa yang sama, elak bersikap negatif dengan menganggap peperiksaan masih jauh dari jadual sebenar kerana itu hanya melekakan kita. “Saya juga mengamalkan cara belajar secara konsisten selama lapan jam sehari termasuk di kelas tambahan di sekolah yang diadakan guru,” katanya yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan guru-gurunya. Di samping itu, jiwa dan kerohanian juga perlu dibersihkan dengan amalan solat sunat, membaca al-Quran dan surah Yasin apabila ada kelapangan. Menurutnya lagi, sudah menjadi amalannya mengamalkan walaupun sepotong ayat sebelum memulakan pelajaran. Dia bukan hanya memiliki ibu bapa yang penyayang dan sanggup berkorban demi anak-anak, malah di kelilingi adik beradik yang saling memberi sokongan dan memberi tunjuk ajar berguna kepadanya. Ketika meraikan kejayaan dalam SPM di SMKA Tok Jiring baru-baru ini, dua kakaknya sanggup mengambil cuti untuk bersama-sama berkongsi dan menyaksikan detik manis itu. Adik beradik Nur Zulaikha, yang pertama, Mahasan Masri, 29 (nelayan laut dalam); kedua, Fatimah Nur, 28 (guru, graduan Universiti Teknologi Malaysia; Nur Hidayah 25, (guru, graduan Universiti Kebangsaan Malaysia); dan Amirul Bukhari, 22, penuntut UIA dalam bidang farmasi (mendapat 11A1 dalam SPM 2006). Lima lagi adik-adiknya, Nurain, 16, dan Amirul Khusairi, 14, belajar di SMK Kompleks Mengabang Telipot, manakala Amirul amin, 12, Amirul Mustaqim, 10, dan Amirul Ikhwan, 7 pelajar di SK Batu Rakit. “Saya yakin setiap keikhlasan akan dibalas dengan kebaikan ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tidak terburai,” katanya yang juga Ketua Cawangan UMNO kampung berkenaan. Menyingkap sejarah kampung berkenaan yang berasal dari nama seorang pengasas yang disegani digelar ‘Tok Pong’, kerana kesetiaan dan sayangnya terhadap tanah terokaannya, orang luar kawasan yang datang sering mengelarnya dengan nama berkenaan. “Peristiwa itu berlaku lebih 100 tahun dahulu dan ia diceritakan oleh generasi nenek moyang saya dan ini merupakan sejarah yang akan kekal hingga ke generasi akan datang,” katanya. Katanya, selagi masyarakat menaruh kepercayaan kepadanya untuk menjadi pemimpin mereka, beliau akan terus memberi perkhidmatan terbaik dan akan tetap bersabar dengan pelbagai karenah dan sepak terajang segelintir masyarakat yang tidak pernah menerima hakikat kebaikan kerajaan BN dalam membantu golongan miskin.
1-15 April 2011
rencana
13 Gambar oleh: Zulkipli Putra
DESTINASI Oleh: Suriati Ali Peladang Agro Resort (Agro), Setiu pasti menjanjikan kepuasan kepada setiap tetamu yang mengunjungi lokasi jauh daripada kebingitan, kesesakan dan kesibukan bandar raya itu. Terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari bandar raya Kuala Terengganu dan 13 km dari bandar Permaisuri, Setiu, Agro Resort sentiasa dikunjungi tetamu tempatan, luar Terengganu dan asing dengan pelbagai tujuan dan aktiviti. Persekitaran lokasi berkeluasan 280 hektar dan bersebelahan Hutan Simpan Gunung Tebu itu cukup indah dan nyaman kerana semua tempat penginapannya dibina di tepi tasik buatan. Pengurus Besar Agro, Encik Sanusi Ibrahim, berkata pihaknya menyediakan pelbagai kemudahan semata-mata untuk keselesaan dan kemudahan pengunjung yang ingin menginap dan melakukan aktiviti. “Antaranya termasuk 58 unit chalet, kem latihan, lima blok asrama boleh menampung 250 orang dalam satu masa dan tapak perkhemahan. “Berkaitan aktiviti pula adalah Flying Fox, Abseilling, merendah hutan, rafting, berkeno dan permainan tradisional Terengganu,” katanya Pada masa sama, Kedai Kopi Agro ala Kopitiam kini di buka di Wisma Peladang, Bandar Permaisuri bersebelahan Stesen Minyak Caltex. Berkonsepkan Koptiam dengan sentuhan ala klasik 50 an dan 60 an. Tema yang akan ditampilkan adalah berkonsepkan Getaran Jiwa- Kenangan Mengusik Kalbu. Ia didekorasikan dengan gambar-gambar kenangan dari filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Nordin Ahmad, Ah-
Agro Resort menjanjikan kedamaian
Kelainan dapat dilihat di Agro Resort Setiu di mana tempat menginap ‘Terapung’ di atas air.
mad Nisfu, Aziz Sattar dan lainlain lagi. Juga turut menghiasi dekorasi adalah latar belakang muzik zaman berkenaan. Di antara menu dan tarikan utama yang kan di tampilkan adalah Roti Bakar serta roti stim bersama telur separuh masak ayam kampung dan lainlain menu yang menarik. Juga turut ditampilkan adalah menu-menu berasaskan herba seperti air Misai Kucing, Mas Cotek dan sebagainya. Turut mendapat sambutan adalah Nasi Ayam Agro, Nasi Gulai Kawah, Nasi Lemak, Pulut Ikan Kering, dan Nasi Kerabu. Air nira atau air tuak adalah minuman utama di Kedai Kopi Agro selain menyediakan kemudahan WiFi secara percuma kepada pelanggan.
Persekitaran lokasi berkeluasan 280 hektar dan bersebelahan Hutan Simpan Gunung Tebu itu cukup indah dan nyaman kerana semua tempat penginapannya dibina di tepi tasik buatan.
Indah dan mempersonakan-semua ini hanya dapat dinikmati di Agro Resort Setiu.
Pelbagai aktiviti sampingan seperti berkayak, berakit dan aktiviti lasak boleh dilakukan di tasik buatan manusia ini yang dikelilingi panorama mengasyikkan.
14
1-15 April 2011
am
al-fatihah KEMANGKATAN DAN ISTIADAT PEMAKAMAN ALMARHUMAH YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN BARIAH AL-MARHUM SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH AL - HAJ
Jenazah Bonda Yang di-Pertuan Agong selamat disemadi Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Suriati Ali Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah al-Haj, selamat disemadikan di Makam Diraja Masjid al-Muktafibillah Shah, Ladang, pada sebelah petang ( 21 Mac) , dengan penuh penghormatan mengikut istiadat diraja. Turut berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta kerabatkerabat diraja. Hadir sama, para pembesar negeri serta orangorang kenamaan dan rakyat jelata daripada pelbagai lapisan masyarakat. Mufti Negeri Dato’ Dr Haji Alias Abdullah membacakan talkin dan doa yang turut diaminkan oleh kaum kerabat diraja dan rakyat jelata. Sebelum itu, Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut berangkat menziarahi Almarhumah yang ditempatkan di Istana Maziah. Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta dua anakanda, memasuki ruang Istana Maziah jam 2.05 petang untuk penghormatan terakhir. Turut menziarahi jenazah Almarhumah ialah beberapa kerabat diraja Perak dan Kelantan serta Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera bersama isteri To’ Puan Wan Zaharah Wan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda. Rakyat jelata pelbagai bangsa yang dibenarkan masuk ruang Istana Maziah jam 2.15 kelihatan bersedih di atas kemangkatan Almarhumah yang sememangnya banyak berjasa kepada rakyat sepanjang hayatnya. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah.Amin.
am
Institut Khat bakal dibina di TTI Sebuah Institut Khat terulung di Asia bakal dibina di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man yang berfungsi sebagai tempat rujukan khat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. “Untuk merialisasikan hasrat berkenaan pihak pengurusan TTI akan menyiapkan kertas kerja sebelum pelaksanaan pembangunan institut berkenaan berjalan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman. Menurut Haji Ahmad Razif, pembinaan institut
Tengku Sri Bendahara Raja melihat hasil nukilan peserta yang dipamerkan pada majlis Inspirasi Seni Khat di TTI.
berkenaan akan menjadi mercu tanda baru bagi kerajaan negeri dan untuk peringkat permulaan, Geleri Khat di Institut AlQuran (IQ) di Padang Mi-
din akan dipindahkan ke TTI. Namun begitu katanya, pembinaan institut berkenaan akan mengambil kira semua aspek termasuk ka-
Koperasi kariah masjid di seluruh Terengganu Oleh: Aida Abd Rahman Terengganu bakal menjadi negeri ketiga yang menubuhkan koperasi kariah masjid bagi membantu menjana ekonomi masyarakat setempat. Perancangan itu kemungkinan akan dilaksanakan di kesemua 480 masjid bermula pertengahan tahun ini. Selain Terengganu, Selangor dan Pahang sudah menubuhkan koperasi itu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera,
berkata usaha itu sebagai satu langkah bagi memberi manfaat kepada masyarakat setempat menjana pendapatan mereka menerusi peluang perniagaan yang boleh diceburi. Beliau berkata, penubuhan koperasi itu kelak mampu memenuhi hasrat kerajaan mewujudkan satu kampung, satu koperasi dengan setiap koperasi menerima peruntukan RM10,000 daripada kerajaan negeri mengikut syarat yang ditetapkan. “Antara syaratnya ialah setiap koperasi perlu mempunyai projek yang mahu
dijalankan, barulah kerajaan meluluskan peruntukan RM10,000 berkenaan,” katanya selepas mengadakan perbincangan itu di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, barubaru ini. Turut hadir, Presiden Angkasa, Prof Dato’ Dr Mohd Ali Baharum, Pengerusi Angkasa negeri, Encik Mohamed Jais Hassan serta wakil SKM dan JHEAT. Katanya, selain menjalankan aktiviti ekonomi, usaha itu juga dapat melebarkan lagi aspek kebajikan yang dijana bersama masyarakat setempat.
jian, sejarah dan ketamadunan bagi memastikan ianya relevan. “Penyediaan kertas kerja juga perlu berpandukan beberapa institut yang ada di luar negara seperti di Mesir dan Turki,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Inspirasi Seni Khat di TTI baru-baru ini. Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Bendahara Raja telah merasmikan majlis tersebut dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan , Dato’ Mazlan Ngah dan Ahli Lembaga Pengarah TTI Management Sdn Bhd, Datuk Zubir Embong.
DATO’ MOHAMED
“Perbincangan sudah dijalankan dengan Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Angkasa), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebelum perkara itu dilaksanakan,” katanya. Sehubungan itu, satu seminar mengenai langkah serta kaedah bagaimana koperasi kariah masjid dapat ditubuhkan bakal dijalankan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, pada 28 April depan.
HSNZ pusat pengesahan ATS pertama di Pantai Timur Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menjadi pusat pengesahan Amphetamine Type Simulant (ATS) pertama di Pantai Timur dan kedua di negara ini selepas Hospital Kuala Lumpur. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, kerajaan negeri memperuntukan RM1.5 juta untuk menaiktaraf makmal dadah di Jabatan
Patologi di HSNZ. Beliau berkata, kos berkenaan juga meliputi penyediaan Perkhidmatan Ujian Pengesanan ATS iaitu untuk pengubahsuaian makmal dan pembelian peralatan. Katanya, usaha ini bertepatan dengan hasrat kerajaan memerangi jenayah penyalahgunaan dadah di negeri ini yang semakin membimbangkan. “Kewujudan perkhidmatan pengesanan ATS
ini dapat membantu agensi-agensi terlibat terutamanya pihak polis mempercepatkan kes-kes penyalahgunaan dadah terutamanya jenis ATS,” katanya. Menurut Dr. A. Rahman, setiap tangkapan kes yang memerlukan ujian pengesahan terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan ini mengakibatkan tertuduh terpaksa direman lebih lama di lokap sementara menanti
1-15 April 2011
15
Kerajaan pantau prestasi pelajar guna Portal `Fokus A’ ERS1S2Y
Haji Ahmad Razif di majlis penyerahan set Portal ERS1S2Y kepada pengetua sekolah.
Seramai 70 pelajar tingkatan lima dari tujuh sekolah menengah di daerah Setiu berpeluang menikmati kemudahan belajar secara ‘online’ menggunakan Portal ‘Fokus A’ EBSIS2Y yang disumbangan Puteri Umno Malaysia, bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Pergerakan Puteri Umno Malaysia menyerahkan set portal EBSIS2Y kepada pengetua tujuh sekolah terpilih di majlis khas yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim, baru-baru ini. Tujuh sekolah itu ialah SMK Chalok, SMK Guntung, SMK Langkap, SMK Penarek, SMK Putera Jaya, SMK Saujana dan SMK Tengku Ibrahim. Program itu merupakan kesinambungan daripada majlis pelancarannya yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akhir tahun lalu. Terengganu merupakan negeri kedua menerima set portal berkenaan selepas Perak. Sebanyak 35 set portal yang setiap satu bernilai RM795 akan diberi kepada pelajar di mana setiap set akan dikongsi oleh dua pelajar yang berpontensi meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), tetapi kurang mampu membeli alat bantuan belajar. Seorang ahli Pergerakan Puteri yang mempunyai kemahiran ICT ditugaskan untuk memantau setiap set portal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar berkaitan penggunaannya. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Haji Abd Halim Jusoh; Ahli Exco Puteri, Wan Salwati Abdullah dan Ketua Puteri Terengganu, Puan Asfalinda Anuar, turut hadir di majlis itu. Haji Ahmad Razif merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pergerakan Puteri Umno kerana memberi kemudahan pembelajaran secara ‘online’ kepada pelajar Tingkatan Lima di negeri ini yang bakal menghadapi peperiksaan SPM akhit tahun ini. Beliau berkata, pihaknya akan memantau perkembangan para pelajar yang menerima kemudahan tersebut dan ia akan diperluaskan kepada pelajar lain jika ia terbukti mampu meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.
Insentif RM500 untuk pelajar cemerlang
DR. A. RAHMAN
keputusan ujian mengakibatkan banyak kes tertangguh. “Dengan adanya perkhidmatan ini, diharap dapat membantu menyelesaikan kes penyalahgunaan dadah,” katanya.
Seramai 405 pelajar di negeri ini yang mendapat kelulusan semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumum baru-baru ini akan diberi hadiah wang tunai RM500 seorang, sebagai ganjaran kejayaan mereka meraih keputusan cemerlang. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, satu majlis khas akan diadakan dalam tempoh terdekat ini bagi
meraikan para pelajar terbabit atas kejayaan mereka. “Ganjaran ini merupakan insentif kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dan negeri ini,” katanya ketika berucap pada majlis pengagihan e-Book kepada pelajar Tahun 5 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, di Sekolah Kebangsaan Paya Resak, baru-baru ini.
sukan Bil. 38 (1 - 15 April 2011) http://teganukita.blogspot.com
Aksi lasak Jetrace
Oleh: Suriati Ali
Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa Terengganu World Invitational Jet Race Challenge 2011, (TWIJRC) selama tiga hari dan berakhir semalam (3 April) nyata berjaya dan memuaskan hati peserta tempatan dan luar negara. Sebanyak 25 pasukan dari sembilan negara termasuk Malaysia (12 pasukan) mempamerkan aksi lasak dan penuh konsisten di kejohanan yang berlangsung di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Teera Settura dari pasukan Settura Racing menjuari kategori Pro Am Runabout 800 Open; Pancho Marjak pasukan Yamaha Finland memenangi dua kategori iaitu Pro Am Runabout Open dan Pro Am Runabout 4 Stroke Stock dan Nur Shahida Mohamad Noor pasukan CTM Racing pula menjuarai Women Runabout Open. Juara lain, Bryan Chia
Wai Yuen kumpulan Meganrata Racing (Novice Runabout 4 Stroke Stock) Ahmad Dawi Alias kumpulan CTM Racing (Veterans Runabout Open) Haniff Sukri dari CTM Racing (Expert Runabout Open). Tengku Sri Laksamana Raja bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Haji Abdul Rahin Mohd Said hadir menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di majlis perasmian penutup kejohanan itu. Hadiah keseluruhan bagi kejohanan itu berjumlah hampir RM140,000. Sukan rakyat dan aktiviti sampingan seperti pameran Maritim, p e r t a n d i n g a n layang-layang, pertandingan sepak raga bulat, pertandingan sepak bulu
ayam, pertandingan bola sepak pantai dan pertandingan menangkap itik turut dianjurkan sempenan kejohanan itu bagi memperkenalkan adat dan permainan tradisional Terengganu kepada masyarakat asing. Tinjauan pemberita Teganukita mendapati, rata-rata warga asing termasuk dari Amerika Syarikat, Singapura dan Thailand terpegun dengan keunikan permainan sukan rakyat. Terdapat di antara mereka berani mencuba walaupun kelihatan agak kaku. Gambar oleh: Harish Fadzillah
Peserta dalam kategori masing-masing selepas majlis penyampaian hadiah Terengganu World Invitational Jet Race Challenge 2011.
Cungkil atlet pelapis sukan akuatik
Oleh: Aida Abd Rahman natif kerajaan mencari bakat baru dan pelapis Hasrat melahirkan dalam sukan akuatik yang lebih ramai atlet sukan mampu mewakili negeri renang dilancarkan den- khususnya dalam temasya gan penganjuran Program Sukan Malaysia (Sukma) Pengenalpastian Bakat pada masa depan. kontinjen (TID) Sukan Renang di Katanya, Pusat Akuatik Majlis Terengganu agak terbelaBandaraya Kuala Tereng- kang dalam penguasaan ganu (MBKT), Batu Bu- sukan renang atas pelbaruk, Kuala Terengganu, gai faktor termasuk kemudahan Pusat Akuatik baru-baru ini. Program anjuran MBKT yang baru selesai Kerajaan Terengganu dibaikpulih. menerusi Persatuan Re- “Kita boleh memungut nang Amatur Terengganu pingat lebih banyak da(PRAT) mensasarkan lam Sukma akan datang peserta cilik yang beru- menerusi acara renang. sia lima hingga 14 tahun “Malah, pada masa bagi mencuba bakat dan yang sama, kita juga tidak kemahiran mereka untuk boleh terlalu bergantung kepada sukan tertentu diasah lebih jauh. Pengerusi Jawa- sahaja, seperti kanu dan tankuasa Belia dan Su- basikal. Bagi memastikan kan negeri, Haji Rozi kita benar-benar kuasa Mamat, berkata program baru sukan negara, kita julung kali dilaksanakan juga perlu penguasaan di itu sebagai antara alter- kolam renang,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PRAT, Dr Hashim Azmi Che Nor, berkata pasukan renang negeri ini hanya mempunyai enam perenang dan mendapat latihan sepenuhnya daripada jurulatih tempatan. Dr Hashim berkata, jumlah itu jauh lebih kecil berbanding negeri lain dan program yang diadakan bagi mencungkil bakat baru menjadi titik tolak kepada melahirkan lebih ramai pelapis dalam sukan akuatik. “Kita akan berusaha mengumpul bakat muda untuk diserapkan di bawah kendalian persatuan dan mereka yang terpilih akan diberi pendedahan menerusi penyertaan peringkat negeri serta kebangsaan,” katanya.