Lukisan kerja senibina adalah lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan. Ianya juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen.
Kandungan e-book ini terdiri daripada enam tajuk utama iaitu pengenalan tentang lukisan kerja , bahan dan binaan yang terlibat, memahami lukisan senibina, dokumen dan format, penyediaan lukisan kerja senibina, kelulusan pelan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan rujukan yang berkaitan.
Awalan bab menceritakan sedikit pengenalan lukisan kerja senibina. Bab kedua pula adalah ringkasan mengenai bahan binaan yang terlibat dalam pembinaan banglo setingkat seperti lantai dan kemasannya, dinding, bumbung dan bahan binaan ringan.
Elemen yang penting dalam penghasilan lukisan kerja senibina adalah seperti garisan, simbol, grid, skala, dokumen dan format yang dikenalpasti. Kesemuanya diterangkan secara terperinci dalam e -book ini.
Penyediaan lukisan kerja senibina adalah bermula daripada Pelan Kunci & Pelan Lokasi, Pelan Tapak, Pelan Lantai, ..