ML Magazine N.3 / 2020 Bahasa Malaysia Version

Page 1

2 0 2 0 # 0 3

M AL


ď‚— Cover: Route66 photographed by Mirco Lazzari


HIDUP INI BUKANLAH MENUNGGU RIBUT REDA IA ADALAH BAGAIMANA BELAJAR MENARI DI DALAM HUJAN...

(VIVIANNE GREEN)


FRONT ROW

4



Mirco Lazzari ď‚– light and ambiance in Lusail during the Qatar GP Nikon D5 Nikkor 85mm 1.4 ď‚– 1sec. f.16

FRONT ROW



Mauro Lazzari  Flying Shadow  GP d’Italia  Imola MXGP Nikon D5 Nikkor 300 2.8  1/500 f. 10


FRONT ROW


Mirco Lazzari  Joan Mir on Suzuki crosses the finish line sliding in Termas de Rio Hondo Argentinian GP 2019 Mirco Lazzari  Ducati Mission Winnow MotoGP launch ambiance, Palazzo Re Enzo Bologna Nikon D5 Nikkor 600 mm 4  1/320 f. 5.6 Nikon Z6 Nikkor 24/70 4.5  1/30 f 4.5

F RI ROSNTT RROOWW



MOTORSPORT AND LIFE

MLMAGAZINE 2020#03


#3 SUMMARY 4

FRONT ROW

14

MIRCO’S SPEECH

16

A MILLION DOLLAR SMILE

32

FLAT TRACK

44 LEWIS HAMILTON 58 LIGHT ART 66 ROUTE 66 83 PERPISAHAN “WALTZ” 86 DOHA


MIRCO’S SPEECH “Tiga tahun sudah berlalu!” Ini adalah ungkapan klasik yang cenderung kita gunakan pada waktu tertentu, namun, pada saat ini, saya lebih suka mengatakan: “Hanya tiga tahun berlalu, tetapi mereka kelihatan seperti berkekalan”. Sudah sangat lama sejak senyuman Nicky tidak lagi menemani kite di litar perlumbaan. Bagi kami yang berkesempatan menemuinya - lebih dari yang lain - untuk mengenalinya, untuk tetap bersamanya, walaupun hanya secara profesional, kami merindui senyuman dan semangat positifnya. Semasa perintah berkurung ini, terperangkap di kediaman kami, bagi kami jurugambar, ini adalah masa penyusunan semula. Penyusunan semula dalam setiap aspek: kebanyakannya mengemaskini arkib kami,

tetapi juga memikirkan idea baru. Idea yang boleh membawa kepada cadangan baru ketika kita dapat kembali bertugas di litar. Kami tahu itu tidak mudah. Apabila anda mula menyusun semula, anda biasanya terkejut apabila mendapati gambar yang anda tahu telah anda ambil, tetapi tersimpan di dalam banyak cakera padat, folder, subfolder dan terlampau banyak. Dan kemudian anda menjumpai beberapa gambar sekarang, setelah tidak melihatnya sekian lama, mengambil nilai sejarah dan emosi yang sama sekali berbeza. Itulah yang berlaku dengan gambar Nicky. Tiga tahun kemudian, kami memutuskan untuk mengingatinya dengan

“Only three years have passed, but they seem like an eternity “ We miss you Nicky


“Senyuman Sejuta Dolar 3.0”: 15 foto yang belum diterbitkan yang bukan merupakan sebahagian daripada “Senyuman Sejuta Dolar”, pameran yang dianjurkan dengan bantuan IF Tourism Company di Litar Enzo dan Dino Ferrari di Imola setahun selepas kematiannya dan di litar di mana beliau menunggang perlumbaan terakhirnya. “Senyuman Sejuta Dolar 3.0” sebenarnya adalah koleksi 15 + 1 foto. Mengenai +1, anda hanya akan memahami maknanya dengan membaca edisi ML Magazine ini. Seseorang mempunyai citarasa yang sangat berbeza dan, sekurang-kurangnya bagi saya, ia membuat benjolan besar di kerongkong saya... ⚫ MIRCO L AZZARI


A MILLION DOLLAR SMILE 3.0

16




SENYUMAN SEJUTA DOLAR: NICKY HAYDEN Sekiranya saya menyatakan bahawa semua orang menyukai Nicky, mereka yang tidak mengenalinya akan berfikir, “Itulah yang dikatakan oleh semua orang apabila seseorang itu meninggal dunia. Mereka pasti menjadi hero. Tindakan mereka yang seolah-olah tidak penting membuatkan mereka berubah menjadi prestasi hebat. Kekurangan mereka dilupakan, dan kesalahan melampaui batas mereka masuk ke dalam arkib seolah-olah kematian menjadikan mereka semua tidak bersalah dan sama dengan orang lain seperti semalam. Seolah-olah kematian bukan satu-satunya nasib yang tidak ada yang dapat dielakkan, paling tidak jika mereka terbiasa dengan kelajuan 300 kilometer sejam. “ Tetapi, untuk Nicky ia tidak seperti itu. Nicky memang disukai oleh semua orang. Dan masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri. Untuk wanita, seseorang itu mesti melihat gambarnya hanya untuk memahami mengapa mereka menyayanginya. Bagi penunggang motosikal, itu kerana dia tidak pernah menyerah kalah dan memberikan kudrat sepenuhnya kepada sukan ini. Dia tahu untuk berdiri tinggi walaupun tahu dia tidak mempunyai bakat semula jadi atau perkara-perkara yang tidak mudah dicapai. Mungkin, itu berlaku kerana dia tahu bukan hanya itu sahaja, tetapi juga mengenali dirinya sendiri. Dia memahami pentingnya menggulung lengan baju dan mengotori tangan anda. Dia adalah mekanik Bruce Springsteen yang menyanyikan lagu “ I’m on fire” dan memandu Ford Thunderbird bermimpi untuk memikat hati si rambut perang yang tinggal di bukit: kecuali ‘Kentucky Kid” ini mencapai impiannya. “Kadang-kadang rasanya tidak sesuai dibandingkan dengan mereka yang terhebat dari masa lalu seperti Spencer, Lawson, Rainey ...,”

katanya, ketika berbicara dengan rendah hati. Jelas begitu jujur untuk muncul dari masa ke masa - rasa rendah hatinya adalah realiti. Satu-satunya pengecualian adalah ketika dia dengan bangga mempertahankan kesahihan kemenangan terbesarnya, Kejuaraan Dunia MotoGP 2006, setelah seseorang mendakwa bahawa kejayaannya adalah kerana kesilapan Rossi terjatuh di Valencia, dengan mengatakan, “Guys, saya memperolehi gelaran ini. Ingat, litar ini tidak pernah berbohong. “ Bagi wartawan, ini adalah bagaimana, antara “anda tahu”, “saudara” dan “maksud saya”, dia akan menceritakan kisah-kisah indah dari debu Midwest, dan Amerika. Dia akan memberitahu keluarga yang akan menunggang motosikal bersama-sama, setiap ahli keluarga, bahkan mungkin juga ikan emas di ruang tamunya. “Apa sahaja yang mempunyai dua roda dibina untuk kami,” katanya. Bapanya Earl yang mengikuti langkah demi langkahnya ke seluruh dunia dan telah mengilhamkan dia untuk menampal nombor 69 di kaca depan motosikalnya, setelah memberitahunya, “Ini amat mudah kerana ia bahkan dapat dibaca terbalik ketika anda jatuh.” Atau ketika kami berbicara tentang kebunnya di Indy, di rumahnya dan percutiannya di Laguna Seca yang tenang atau tentang hidupnya yang bahagia, senyuman dan tidak pernah iri hati. Atau ketika dia akan menceritakan waktunya dengan Honda, “Bagaimana rasanya menjadi rakan sepasukan Valentino? Hebat!. Kadang-kadang ia amat membantu dengan kehadiran kaum wanita . Mereka akan datang ke rumah motor saya dan bertanya tentang dia, jadi saya akan 

( 1 9 )


...CONTINUES FROM PAGE 19

 memberitahu mereka, ‘Dia ada di dalam. Masuklah dan saya akan memperkenalkan anda kepadanya. “ Bagi sebuah organisasi, ini adalah kerana dia seorang pekerja yang serius dan sangat rajin. Seorang penunggang ujian yang tidak kenal penat lelah dan amat profesional yang selalu bersedia untuk menyertai kehidupan garaj yang amat sukar. Dia amat hebat setanding dengan Rossi dan Stoner, tanpa perlu sebarang percaturan , memandu dan bekerjasama dengan etika kerja amat bagus. Tidak pernah terdengar ada yang pernah mengeluh tentangnya. Dan jika ada, mereka pasti berkata dalam keadaaan mabuk atau tersalah anggapnya sebagai orang lain. Bagi pesaingnya, dia begitu adil, tiada taktik kotor atau pendendam. Satu-satunya masa yang dia benar-benar marah adalah pada siri Kejuaraan Dunia MotoGP 2006 ketika Pedrosa, rakan sepasukannya, bertembung dengannya di Portugal dan hampir menggagalan misi dalam Kejuaraan Dunia, namun akhirnya dia berjaya mendapatkan gelaran itu dalam perlumbaan berikut. Tetapi, selain dari peristiwa itu dimana Gandhi juga pasti marah, Nicky tetap mengambilnya dengan caranya tersendiri dan sekali lagi membintangi satu-satunya cara dia tahu bagaimana: menggulung lengan bajunya, melupakan masa lalu, dan fokus

pada masa sekarang untuk masa depan hanya boleh menjadi lebih baik. Bagi penaja, itu kerana dia adalah salah satu orang yang mereka sebut sebagai keperibadian yang positif yang tidak bergurau senda, mereka berkomunikasi dan bukan palsu. Mereka adalah seribu wajah dalam satu: pemain skater atau pelakon, pelajar atau Rockstar. Mereka adalah kumpulan yang ceria, santai dan tiada sebarang drama. Mereka kecewa, seperti lelaki yang mengenali diri dan kehidupan mereka. Merekalah yang memahami, pada akhirnya, adalah lebih baik untuk tidak mengambil sesuatu yang terlalu serius. Bagi jurugambar, sekali lagi, cukup untuk melihat gambarnya untuk memahami mengapa mereka menyukainya. Suatu hari, di litar di serata pelusuk dunia, dia mengatakan bahawa dia menganggap dirinya sebagai lelaki paling bertuah di dunia kerana dia dapat melakukan apa yang paling dia cintai dalam kehidupannya. “Kamu tahu, itu tidak berlaku pada semua orang,” katanya sambil tersenyum dan mengedipkan mata. Kemudian, dengan salaman tangan, dia mengakhiri katanya bahawa lelaki sejati dibezakan dengan “Terima kasih, kawan.” Tidak, terima kasih, Nicky. Jumpa anda suatu hari nanti. ⚫

ALESSANDRO PASINI


( 2 1 )



( 2 3 )



( 2 5 )



( 2 7 )



( 2 9 )


ď‚— Nicky mengatasi Marco atau Marco mengatasi Nicky, saya tidak pasti, saya tidak ingat, tetapi jujur saya tidak peduli. Saya hanya tahu bahawa ketika melihat gambar ini, hati saya berdegup kencang....


( 3 1 )


USA

FLAT TRACK AMA PRO RACING

32




( 3 5 )



( 3 7 )



( 3 9 )



( 4 1 )



‘Siri Lumba Landasan Rata America� dilahirkan dengan nama Kejuaraan Agung Kebangsaan AMA, adalah siri perlumbaan motorsikal di Amerika. Ditubuhkan oleh Persatuan Penunggang Motorsikal Amerika (AMA) pada tahun 1954, pada mulanya terdiri daripada lima jenis perlumbaan termasuk perlumbaan di litar bujur, di atas jalan tanah merah dengan jarak satu atau setengah batu keseluruhan. Dari siri perlumbaan ini, pelumba seperti Kenny Roberts Sr. dan Nicky Hayden tiba di Eropah (dan seterusnya memenangi gelaran dunia)..

( 4 3 )


LEWIS HAMILTON

44


DA R I H A L A M A N R A S M I FAC E B O O K LEWIS HAMILTON “Saya rindu untuk berlumba pada setiap hari. Ini adalah pertama kali sejak saya berumur 8 tahun saya tidak dapat memulakan siri perlumbaan tahunan. Apabila anda hidup dan menikmati sesuatu yang anda gemari, apabila ia hilang pasti ada kekosongan besar. Tetapi pasti ada yang positif untuk diambil dari waktu ini. Kini, kita semua mempunyai masa yang ada di dunia ini untuk merenungkan kehidupan kita, keputusan kita, tujuan kita, orang yang kita ada di sekeliling kita, dan kerjaya kita. Hari ini, kita melihat langit denga lebih

Post 27 April 2020 - 15:25 ď‚Ž * original post in english

jelas di seluruh dunia, makin sedikit haiwan disembelih untuk kesenangan kita hanya kerana kehendak kita jauh lebih rendah dan semua orang bersama mengharunginya. Janganlah kita kembali sama seperti ketika kita menempuh masa yang sukar ini, mari kita keluar dengan pengetahuan yang lebih baik mengenai dunia kita, mengubah pilihan dan tabiat peribadi kita. Mari kita keluar dari pengalaman ini sebagai kita yang baru, baru yang menghidupkan semula anda, lebih sihat, lebih kudrat dan lebih fokus tetapi yang paling penting, lebih ramah, lebih bermurah hati dan bersedia mengambil berat terhadap dunia kita dan orang-orang di dalamnya. Saya harap kita semua dapat melakukannya.� *


LEWIS Foto Bruno Silverii dan Mirco Lazzari




( 4 9 )



( 5 1 )



( 5 3 )



( 5 5 )



( 5 7 )


LIGHT ART

58


( 5 9 )



( 6 1 )



( 6 3 )



( 6 5 )


USA

ROUTE 66 EMOSI AMERIKA bahagian 1

66



KEBEBASAN JIWA



10.892 GAMBAR SELEPAS PILIHAN PERTAMA

135.894 GAMBAR DIAMBIL

320 JAM BEKERJA SETAKAT 30 APRIL 2020

8

NEGERI California, Arizona , Nuovo Messico, Texas, Oklahoma, Kansas, Missouri e Illinois

18 HARI PERJALANAN (JULAI DAN OGOS 2012)

5

PENYERTAAN

1

CHEVROLET SUBURBAN

2448 MILES TRAVELED


ROUTE 66. AN AMERICAN EMOTION Ya, Amerika disebut berkali-kali dalam ediĹ&#x;i kali ini kerana pelbagai kejuaraan ditangguhkan kerana Covid-19. Oleh itu, kami berpeluang untuk menyiarkan satu projek yang telah kami buat di sana, di fikiran kami, untuk waktu yang lama. Route 66, jiwa emosi Amerika adalah kisah dalam gambar seperti mimpi, perjalanan yang melambangkan kebebasan selama beberapa generasi. Perjalanan melintasi Amerika Syarikat, dari Santa Monica ke Chicago, di mana anda merasakan Amerika yang sebenarnya, jauh dari bandar-bandar besar, di sepanjang jalan dengan lorong tanpa henti melalui panorama yang kelihatan bagaikan tiada batasannya. Pada beberapa situasi, kami berkesempatan untuk melepasinya dalam pelbagai rangkaian dan sekali, pada tahun 2012, kami melaluinya dengan mudah. Perjalanan selama 18 hari, 2,448 batu dan ribuan gambar

diambil dan masih dikemas kini di cakera padat, sehingga kini belum sempat memilihnya dengan tenang dan penuh konsentrasi. Kini, setelah 35 hari menghabiskan masa secara berterusan untuk projek ini dan kira-kira 320 jam bekerja, fasa pertama telah berakhir. 10,892 gambar, dipilih dan dikemaskini dari format gambar RAW, siap dinilai untuk langkah selanjutnya. Sementara itu, pilihan pertama dengan gambar yang diambil secara eksklusif dari ruang penumpang, melalui tingkap, adalah apa yang kami tunjukkan pada halaman ini. Pada saat-saat seperti ini, di mana perjalanan fizikal tidak dibenarkan, sekurang-kurangnya akal fikiran masih bebas untuk melakukannya.. ⚍

MIRCO L AZZARI

P ERASMIAN November 11, 1926

⚍

⚍

J A LA N R AYA S I A P

1938

( 7 1 )



( 7 3 )



( 7 5 )



( 7 7 )



( 7 9 )



( 8 1 )



MOTOGP PERPISAHAN “WALTZ”

83


PERPISAHAN “WALTZ”

Etimologi perkataan “perpisahan” sangat mudah: (saya cadangkan, saya mempercayakan diri) kepada Tuhan. Iaitu, sesuatu yang lebih besar, jelas melebihi had kita sebagai manusia. Ia seperti melihat ke dalam gaung, bergantung pada nasib, “begitulah nasibnya”. Orang Mediaeval tunduk pada kehendak atasan tanpa sejarah dan bukan kebetulan bahawa kata “perpisahan” ditambahkan ke perbendaharaan kata kita pada masa itu. Perpisahan mempunyai daya tarikan yang menembus, sekejap mendahului bahkan lebih. Mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada orang yang anda sayangi, motosikal kesayangan anda. Kilatan terakhir sebelum tinggal hanya kekosongan dan kerugian. Musim 2020 dilahirkan di bawah tanda perpisahan, pelumba paling terkenal dan paling berjaya. Pelumba yang sudah lebih dari dua puluh tahun, apa sahaja yang dilakukannya, pasti menjadi tajuk utama di televisyen, surat khabar dan media sosial. Valentino Rossi, pelumba yang belum berkata-kata tentang perpisahannya, tetapi yang mengatur kehidupan dan

kerjaya orang lain dengan “keputusan yang tidak mengambil keputusan”. Kesan domino yang membawa pengesahan, pertunangan, kemarahan, harapan dan strategi dalam pengurusan pengeluar dan pelumba adalah kesalahannya. Kerana, pada akhirnya, semuanya berkisarkan di sekelilingnya. Dia, dengan adil, hanya memerlukan beberapa bulan untuk memutuskan apa yang harus dilakukan di masa depannya: berlumba atau tidak untuk berlumba, sama ada untuk memulakan keluarga atau meneruskan kehidupan nomad ini. Kemudian dating satu virus yang membantutkan segalanya, bahkan perkataan “selamat tinggal”. Kita semua mencari masa depan yang boleh dipercayai dan berdaya maju, untuk cara untuk mula bergerak semula. Akal kita diperah mencari idea dan garis panduan baru untuk dapat kembali berjalan, menunggang, merancang, menjual. Motosikal berhenti seketika. Dia mungkin akan menyambung semula dengan kata ajaib yang tidak ada yang ingin didengar atau yang terbaik, kami ingin menangguhkan sejauh mungkin: selamat tinggal. ⚫

MARCO MASETTI


( 8 5 )


DOHA, QUATAR

DOHA THE PEARL

86




( 8 9 )



( 9 1 )



( 9 3 )



( 9 5 )



( 9 7 )



( 9 9 )


Editor Claudio Pavanello Art Director Mirco Lazzari Photographers Raffaella Gianolla Carlo Gambini Mauro Lazzari Mirco Lazzari Bruno Silverii Text of Alessandro Pasini Marco Masetti Translation in Malay Hazrin Yeob Men Shah Archive and Iconographic Research Raffaella Gianolla Graphic Design Silvia Lannutti Post Production Mirco Lazzari

ALL RIGHTS RESERVED No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including printing, photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other noncommercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the publisher at info@mircolazzari.com



M L- M A G A Z I N E .C O M MIRCOLAZZARI.COM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.